"Sofea, ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau ada peluru menuju ke arah awak, I'll make myself as your shield?"
"Tapi awak ingat tak apa yang saya cakap lepas tu? Saya pun sanggup buat benda yang sama."
** Danish Coelho Ilyas memiliki segalanya. Atlet tinju tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai setiap kejayaannya tidak mudah.
Dalam diam, dia terlibat dengan organisasi misteri yang menuntut kesetiaannya. Kerana merekalah, nama Danny terkenal ke persada dunia. Walau berisiko, Danny tidak gentar, bahkan langkahnya semakin yakin. Kesetiaan Danny tidak pernah dipersoal.
Namun apabila Danny bertemu semula Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dahsyat, demi kejayaan yang lebih besar. Jika dia perlu mempertaruhkan segalanya, jalan manakah yang akan dipilih?
Barangkali semuanya telah dirancang sejak awal. Dan yang akan menang ialah yang paling hebat merancang.
Lepas habis baca Rahsia Danny, aku cuma mampu duduk dan fikir Teme ni manusia ke apa?? sebab jalan cerita buku ni bukan biasa-biasa. WHAT AN EXPERIENCE. Dan bagi aku walaupon cerita ni dipasarkan sebagai stand alone, lebih baik baca Bayang Sofea dulu untuk lebih faham kronologi yang terjadi.
Buku ni ada dua babak besar—babak pertama sebagai kesinambungan direct dari Bayang Sofea. masuk babak kedua, kita mula dihidangkan dengan masa, memory, dan maklumat secara berlapis. inilah saatnya rahang aku rasa penat nak keep dropping dan terpaksa berhenti beberapa kali untuk hadam HAHAHA timeline dia bukan jenis linear santai, kena betul-betul fokus untuk connect the dots. tapi bila dah dapat connect DAMN! puas dia tak dapat explain. Kena focus. Kena baca balik pun ada🤣 The way Teme tak suap reader. kena keep on baca untuk faham apa yang berlaku. ITS LITERALLY A SCAVENGER HUNT✊🏻
Yang aku paling suka, buku ni sarat dengan unsur politik dan permainan kuasa antara pemimpin Nusaraya dan mereka yang terlibat dengan 'that organization'. Rasa macam tengah tengok game catur yang intense. setiap langkah ada maksud, ada risiko, ada kesan. Watak bukan sekadar bercakap, tapi setiap keputusan mereka berperang. Aku suka sangat vibe yang tegang, intelektual, dan penuh dengan strategi. The mind games in this book? chefkithssss!!
Kalau Bayang Sofea fokus pada sisi Sofea—emosi, kekuatan, dan keberanian seorang wanita, Rahsia Danny pula mengetengahkan tentang siapa Danny sebenarnya. Perjuangan dia. Apa yang dia simpan dan korbankan. Kalau tertanya betul ke Danny tu wujud, kena baca sebab masih ada twist dia di hujung')) Dan bila tahu backstories Danny, especially pasal keluarga… semua yang dia buat bukan untuk nama, tapi untuk agama, masyarakat, dan negara. the way Danny bukan sempurna, tapi dia ada prinsip. it hits hard. its personal. its painful. Danny💔
walaupun ni buku pasal Danny, Teme masih kekalkan elemen woman-centric yang aku personally sangat hargai. Watak wanita tetap kuat, berlapis, dan sangat impactful. Even dalam cerita Danny, watak Sofea masih besar dan bermakna. Oh Raisya Sofea Tanjungreja, a woman you areee🫶🏻🤍
dont make me start with how genuine the love between Danny and Sofea oh my shaylaa😭 bila tahu punca kenapa Sofea selalu sakit kepala bila teringat pasal Danny tu sedih betoll😭 they complete each other, as if destiny had this planned from the very beginning🥹🤍
for me their relationship isn’t just a coincidence or planned, it’s fate unfolding like two puzzle pieces finally finding their place'))
kalau rasa Bayang Sofea dah cukup buat pening, Rahsia Danny akan buat kita rasa macam tengah duduk dalam bilik interrogation dengan semua teori kena soal balik. Plot disusun dengan baik sebab semua persoalan akhirnya terjawab. dalam semua kekusutan tu, kita akan nampak betapa besarnya hati dan perjuangan Danny. Aku personally tak kisah jika cerita ni berakhir di bab 47, a sad ending somehow left a bigger impact to me haha tapi aku tetap berterima kasih pada Teme sebab tak biarkan cerita ni dengan open ending, they finally getting a happy ending they deserve and the post credit?? FUHH WHAT A MOVIE WORTHY.
Terus dikurniakan ilham untuk menulis Teme! Buku ketiga boleh buat pasal Bustamin pulak👀 I somehow wanna know how their children live with the fact having a Nusaraya's president also and ex Rice and Bread CEO mom and a professional boxing also a ***** father. what a sexy combination career couple😮💨
and macam biasa dekat list chapter depan buku Teme akan ada break the code atau hint awal cerita dengan susun huruf pertama setiap chapter. when i finished this, it does make sense. GENIUS.
Kali ini kisah.. Siapa Danny? Siapa dalang organisasi rahsia tu?
Awal bacaan kita disajikan tentang Danny sewaktu persekolahan. Dia buli anak pengetua, Razman.
Time ni pun kita dapat jumpa ayah Danny. Kisah Danny yang berhenti sekolah, jaga ayah dia yang lumpuh.
Danny cari duit untuk keselesaan ayahnya. Nanti bila korang baca part ayah Danny beri surat tu, confirm melalak. Lagi sedih bila Danny menjerit² nak ayah dia. Sedih giler F time ni.
Masa tulis ni pun teringat scene tu dah meleleh² airmata F.
Warning.. mula² korang baca korang takan jumpa persamaan dengan Bayang Sofea. Dah masuk tengah² baru nanti watak Sofea muncul.
Perjumpaan Danny dengan Sofea di Sulawesi tu dirancang sebenarnya. Korang akan baca lebih details penglibatan Danny dengan organisasi rahsia tu.
Setiap bab buatkan F berkerut, teruja, blur sampai F fikir F berada dalam dunia Sofea. Yelah dia kan gifted.
Setiap kali otak Sofea questioned pasal Danny, dia sakit kepala. Like cam ada chip dalam otak yang buat kena block pasal Danny.
Nak akhir² tu kan.. F kagum dengan kepandaian Raisya Sofea. Kagum dengan plannya tanpa sedar plannya buat diri Danny tak selamat. In the end Sofea tahu siapa diri Danny sebenarnya.
F rasa F dah nak ter-reveal pasal Danny kalau F teruskan. Cuma nak cakap akhir² scene tu F tringat movie source code.
F hope this is the closure for Sofea and Danny. F dah tak sanggup nak continue. Ending untuk Danny tu... I cried! 😭😭😭
Peninju terkenal merupakan satu identiti yg orang luar semua tahu tentang Danny. Tetapi, di sebalik tabir jejaka bernama Danny ini menyimpan pelbagai kisah yg tidak diketahui oleh orang awam termasuk isterinya sendiri Sofea. Apapun yg terjadi “rahsia” itu Danny harus simpan kemas, biar masa memainkan peranan. - Pada buku kali ini penulis akan lebih menumpukan jalan cerita Danny. Akan diceritakan kehidupan peribadi Danny lebih lanjut dan sebab utama kenapa dia boleh bergiat aktif dalam perlawanan tinju. - Tarik nafas dalam-dalam mungkin dibahagian satu penceritaan dalam buku ini, dahi akan bertaut kerana ia umpama membaca buku baru dan langsung tidak ada kaitan dgn buku sebelumnya. Tetapi, percayalah masuk di bahagian kedua buku ini, pembaca akan bertalu-talu “ditampar” dengan segala rahsia yg mula memecahkan kod satu persatu-persatu. Segala tanda tanya bakal terjawab dengan drastik. Sehinggakan terpaksa saya tutup buku ini tadi utk menghandam jalan cerita yg saya baca. - Kalau anda rasa Bayang Sofea sangat mindblowing, well yall won’t survive this. The twist yang diterapkan dalam buku ini buatkan saya ternganga. Sampai saya berfikir, macam mana Teme boleh dapat idea utk mengolah jalan cerita sedemikian rupa? - Segala tanda tanya yg timbul di Bayang Sofea juga akan terjawab perlahan-lahan. For those who yg masih tertanya adakah Danny wujud? Hm. Korang selami karya ini sendiri dan tafsirkan sendiri. Tapi bagi saya, penutup di buku kedua ini sudah cukup puas untuk saya. Taknak dah wujudkan teori yg menyakitkan kepala lagi. - Lagi satu prepare tisu, I did not expect buku kali ini lebih emotional. Sebab saya sangat lemah kalau isu menyentuh fasal kekeluargaan, mudah sahaja hati rasa sebak. Demi keluarga tercinta banyak benda Danny dan Sofea harus titikberatkan. - “Kumpulan Rahsia” yang sering diperkatakan dibuku sebelum ini juga akan diceritakan lebih terperinci dan apa sebenarnya motif utama mereka sehingga melibatkan Danny. - Rasanya saya perlu noktahkan reviu saya disini kerana takut akan menjadi “spoiler” utk pembaca diluar sana. Percayalah korang akan suka karya ini dan sekali lagi ia merupakan satu lagi buku yang menakjubkan dari saudara Teme!
Babak Satu, we’ll get to know Danny. Dari situ, pembaca boleh explore the deeper sides of him dari zaman persekolahannya sehinggalah kepada punca utama dia menceburi dunia tinju.
At the same time, we’re served with a lot of new things/information. Rasa macam everything doesn’t make sense sebab susah nak kaitkan dengan apa yang berlaku dalam Bayang Sofea. AND BELIEVE ME WHEN I SAY I’M THIS CLOSE🤏🏻 TO DITCHING THIS BOOK HAHAHA (merely because there’s just too much political stuff going on). But worry not, eventho it might feel a bit heavy due to slow buildup, you’ll already get the shock you needed.
And thanks to Babak Kedua, it really felt like a puzzle worth solving. The title fits perfectly sebab Danny memang penuh dengan ✨rahsia✨ so many twist and turn. Semua persoalan yang tak terjawab dalam previous book, you’ll finally get your answers here. From the real Danny to the mysterious organisation yang buat pembaca tertanya-tanya sepanjang masa. And honestly, the manipulation and group ideology parts are quite disturbing and apa yang diorang buat tu SANGAT JIJIK.
If you still have any speculations on kewujudan Danny, then you have to read this book🙌🏻 I think it’s the closure everyone’s been waiting for (at least for me). Baru la faham apa maksud ending Bayang Sofea lepas baca ni.
Also, walaupun elemen romance dalam cerita ni maybe around 1%, but the romance is romancing!! These two are a match made in heaven, especially after knowing the truth kenapa Sofea asyik sakit kepala whenever she thinks about Danny tu 😭😞💦 sedih nokkk you can really feel the love. They both sacrificed a lot.
I’m pretty sure nak baca Rahsia Danny, you need to be ready and in your Do Not Disturb mode, sebab the timeline is sooo confusing. Kena fokus betul-betul, and you’ll definitely start connecting the dots.
AND THE EPILOG… macam tengok movie, and the post-credit scene is givinggg. It was a new-but-familiar scene
alhamdulillah dah habis baca buku ni lebih best berbanding bayang sofea 'plot twist is twisting' penulis berjaya gabungkan semua persoalan dan misteri dalam buku b.sofea hingga ke buku r.danny rangkuman yg memuaskan dan muktamad tiada cerita sampingan yg tergantung
cuma bahagian 1 tu agak perlahan dan membosankan, sampai bole 'slot in' buku lain sekejap bahagian 2 pula terlalu banyak pertukaran masa utk setiap bab, sehinggakan terkadang 'lost track' dengan apa yg nak disampaikan dan ksinambungannya.
🔖Solid 5 ⭐️ storyline and plot cerita ni best... Kalau Bayang Sofea, kita dapat tahu perjalanan hidup sofea and learn lesson from kehidupan sofea so dalam Rahsia Danny ni, we know about Danny life and apa yang dia lalui and learn a lot from Danny story and his experience in life...
🔖Timeline cerita yang berubah-berubah dalam chapter yang berbeza banyak... Ada yang current timeline and ada yang flashback so memang kena focus and take time adapt... Kalau tak boleh hilang focus and confuse masa baca...
🔖Elemen suspend and thriller cerita ni intense betul... Danny dan Sofea yang hadap dengan Al sekali rasa cemas, takut dan gelabah adoiii... Memang buat adrenaline rush betul.. Semua Plot twist dalam cerita ni memang gila gempak... Tak expect Plot twist dia jadi macam tu...
🔖Tak expect dalam cerita ni ada part funny... Tengah intense tetiba ada part funny... Part Danny pakai rambut palsu tu aduhaiiii sumpah kelako part tu... Emosi dan feeling Al berubah-berubah in short time masa baca... Lain chapter lain emosi dan feelnya... Memang buku ni buat orang rasa emotional rollercoaster...
🔖Satu kata untuk buku ni 'Puas' either untuk plot, issue or conflict even untuk ending cerita... Lega!!! Dah boleh stop berfikir pasal ending Bayang Sofea sebab ending Rahsia Danny dah tolong jawabkan... One of the best ending buku yang Al pernah baca...
weh bencinya hahaha sumpah plot twist datang without any warning langsung eeee !!
sambungan after bayang sofea. sebabkan saya pelupa so saya kena baca balik bayang sofea. ok fine best gila. otak sofea ni sumpah creepy gila. apo boleh manipulate diri sendiri. ok so skrg life dia as a wife of Danny.
first page eh dah jadi presiden? bakpo nyah ... ko bukan CEO ke? terkejut tapi still boleh diteruskan. enjoyable, fun gitu and thrilling juga. 80% cult, ritual while the rest consist macam romance, kekeluargaan, pengorbanan and even slice of life. kalini i was satisfied dengan ending dia, cuma EH? aku dah menjerit melolong macam orang gila rupanya .. HM !!!! tapi part ending tu still tak boleh bayang macam mana boleh jumpa? VR ke? dok pehey mohon penjelasan. anyway saya recommend buku ni kepada semua. pls kalau nak baca series ni kena ada dua-dua buku kalau tak jadi macam saya, lepas habis buku first kena tunggu sejuta tahun nak tahu ending dia :)
2) 60% about politic, 20% ajaran sesat, 10% Danny backstory, 5% romance, another 5% saya pun tak tahu nak klasifikasi sebagai apa. My personal favourite, 5% about Danny backstory. Agak sedih sbb sikit sangat. Tapi hanya author with high IQ boleh buat cerita mengenai politik. Dan teme membuktikannya. Tetapi saya hanya reader dgn IQ biasa. Mungkin reader yg enjoy this style of story, find it exciting
3) It was a good and mind blowing read for someone who enjoy heavy reading, but I more to slice of life person. I dont really enjoy politic setting (60% regarding politic)
4) Too much info, difficult term, term that I need to google. Saya tak boleh baca chapter after chapter in long duration. Terlalu berat and tired along the way. Kena ada pit-stop. Jadi baca dua bab, main tiktok, baca dua bab main tiktok. My brain tak boleh cope with excessive info
5)Personally, saya suka watak Sofea yg dipotray. High intelegence woman. Tak seperti author lain yg cuba potray ML/FL mempunyai fikiran yg cergas/lain pada lain selalunya tak tercapai pun. But, teme potray dgn baik dan menenkan pencapaian dan proses yg Sofea lalui.
6)Kalau dijadikan movie, memang akan meletup. Lebih lebih lagi kalau movie itu dapat diterbitkan setanding dengan teknologi barat sbb buku ini perlu imaginasi yg ckp tinggi utk baca. But for reading? Personally, saya rasa agak sukar utk meminati. Saya lagi prefer Bayang Sofea. The plot twist and info tak adalah sebanyak Rahsia Danny, tapi Bayang Sofea lagi dekat pada jiwa reader utk otak seperti saya
Lain sangat karya Teme ni dengan yang sebelum-sebelum ni. Lagi berat, lagi mindblowing, lagi berselirat, lagi banyak misteri. Saya kagum sangat dengan cara penulisan Teme yang tersusun dan banyak maksud tersirat. Boleh relate dengan isu semasa dan kehidupan hari-hari.
Cuma kureng sikit sebab ada beberapa part yang saya pening nak faham. Kejap masa depan, kejap masa lalu. Pastu kejap macam ni, kejap macam tu. Maybe sebab saya kurang membaca cerita aksi, so otak saya takdelah sampai tahap boleh bayang babak-babak berat tu.
Tapiiiii sumpah rasa macam tengah baca kdrama. Bukan tengok tapi baca! Kalau ada adaptasi pun best jugak ni 🤩✨
Babak satu dah rasa berat. Masuk babak dua lagi mindblowing. Memang takleh sambung dah. Kena rehat seminggu dua hadam balik storyline dia yang fuhh—sumpah bikin ketat dada! Masuk hujung hujung cerita tu mula keluar air mata. HAHAHA first time yeeee baca buku Teme sampai nangis-nangis!
Overall saya boleh cakap cerita ni beesssssstttt sangat!
Permulaan buku ini… jujur aku rasa agak perlahan, penat, berat dan sedikit rimas. Aku hampir give up masa baca, sebab kebetulan waktu tu isu konflik Is-Wel di Timur Tengah tengah hangat. Jiwa dah penat tengok berita, lepas tu baca pula Rahsia Danny (RD) yang awalnya berat dan penuh konflik… aku nak tenang tapi makin sesak. Jadi first half buku ni aku ambil masa berhari-hari nak habiskan — malah sempat cari buku lain dulu untuk reset emosi dan minda.
TAPI! Masuk second half... aku terus bagi A+++++! Pergh! Mantap, penuh strategi dan kejutan. Semua rancangan Raisya dibongkar satu per satu. Watak Sofea pula? Hmmm… pada awalnya rasa macam tak berguna langsung .. Tapi bila masa berjalan, Sofea mula cuba mengawal bidak yang dicatur. Walau begitu, dia tetap perlukan Raisya. Kelemahan terbesar mereka berdua? Keluarga. Dari situlah bermulanya rancangan gila Raisya si genius. 👏👏👏 aku kena give juga Credit buat Raisya walau decision maker is Sofea.
Second half aku habiskan dalam 2 hari, sedangkan first half ambil berhari-hari. Bayangkan betapa berbezanya tahap 'grip' dia!
Apa yang menarik dalam RD: ✔️ Jawapan kepada banyak persoalan dalam Buku Bayangan Sofea (BS) ✔️ Pendedahan tentang siapa Danny sebenar – banyak! ✔️ Dunia politik digambarkan sangat realistik dan menyakitkan jiwa. ✔️ Jangan terlalu emosional bila Sofea terlibat dalam dunia politik — ya, aku pun angry dan sakit jiwa dengan dunia politik, terutama bila Plot Presiden Azlan dikatakan ‘mati’. ✔️ Plot twist memang banyak. Power gila. ✔️ Banyak pengajaran dan ‘hint’ tentang realiti dunia sekarang. Kalau nak faham lebih dalam, boleh baca juga Dunia Tanpa Tembok 1, 2, 3 oleh Ayman Rashdan Wong – sangat membuka mata!
Berbaloi beli? Ya! Sangat disarankan. Ending tak terlalu tergantung, banyak persoalan terjawab walaupun ada yang sedih (dengan kematian seseorang 😢), tapi akhirnya ada juga harapan bahagia untuk masa depan.
Penutup buku ini buat aku terdiam: "Mereka akan sentiasa ada, menyelinap tanpa sedar… Kita yang perlu bersedia sebelum catur dimulakan!"
"Kita sedih, kita sakit, kita menangis, kita jatuh kehilangan tempat bergantung.... Kita tak ada pilihan. Kita perlu bangun sendiri. Semua akan pergi tinggalkan kita kalau kita tak bangun."
Lepas dah habis baca buku ni, ekspresi yang boleh aku katakan ialah "OH MY GOD! WHAT A BOOK!! WHAT A STORY!"
Rahsia Danny ialah kesinambungan daripada buku pertamanya iaitu Bayang Sofea. Bila mana Bayang Sofea menekankan akan latar belakang kisah Sofea, Rahsia Danny pula mengetengahkan akan latar belakang kisah hidup Danny pula.
Buku ini menguraikan akan kisah masa lampau Danny dan keluarganya, kisah bagaimana dia bertemu dengan Sofea semula dan penglibatan hidup beliau dalam hidup Sofea. Sejujurnya, aku tak nak cerita banyak sangat berkenaan plot dalam buku ni. Takut terspoil kan dekat yang belum membaca lagi.
Cuma aku boleh katakan yang jalan cerita, susun atur plot dan plot twist dalam buku ini memanglah tersangat MIND BLOWN! Bayang Sofea agak biasa-biasa sahaja bagi aku, tetapi Rahsia Danny, bukan biasa-biasa.
Terdapat penambahbaikan juga pada personaliti para karakter di dalam buku ini berbanding dengan karakter dalam buku-buku Teme Abdullah yang lain, jadi buku ni umpama bagi fresh view dalam gaya penulisan Teme bagi aku. Karakter utama iaitu Danny dan Sofea juga mempunyai personaliti yang kukuh yang dapat aku sedari sepanjang pembacaan.
Walaupun buku ini boleh dibaca sebagai stand alone, amat digalakkan untuk baca Bayang Sofea terlebih dahulu supaya dapat difahami lebih mendalam tentang sesuatu perkara seperti kredit Bread yang diasaskan oleh Sofea, kondisi keadaan mental Sofea, penglibatan Danny dalam hidup Sofea dan lain-lain.
To the author, this book is a masterpiece and definitely will be going to my "Recommended" shelf.
Jalan cerita ok and I still like his ideas pasal konsep anti-riba, politik yang berintegriti dan lain-lain. Kisah pasal kultus ni pun dah biasa dengar especially zaman teori konspirasi dulu. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin boleh ditambah baik. Antaranya tiada garisan masa yang jelas dan menyebabkan kekeliruan sama ada situasi tersebut tengah berlaku atau dah lepas. Kedua, watak Raisya dan Sofea seakan-akan sama bahasa percakapan diorang sedangkan personaliti mereka jauh berbeza. Paling ketara bila kedua-duanya menggunakan 'saya awak' padahal kalau ikutkan Raisya agak kasar dan sedikit angkuh manakala Sofea lebih lembut dan sopan. Lagipun rasa agak awkward bila bercakap dengan diri sendiri menggunakan ganti nama 'saya awak' ni. Jadi untuk membezakan siapa yang tengah bercakap hanya berpandukan keterangan penulis mengenai nada percakapan atau nama watak.
Kadang aku keliru dengan Sofea sama ada dia menghidap DID atau wujud sejenis penyakit 'high intelligence'. Tapi kalau dia ada split personality tak mungkin dia boleh ada memori alter ego dia. So just assume dia sama macam Prof Vegapunk dalam One Piece yang boleh bahagikan otak dia kepada beberapa personaliti berbeza. Cuma kes Sofea, dia bahagikan otak dalam minda dia saja.
Perkara yang aku puas hati dalam RD ialah ada diceritakan bagaimana Sofea menjadi Presiden Nusaraya dan terjawab persoalan dalam Bayang Sofea. Ending RD juga boleh dikatakan happy ending la cuma somehow agak tak logik tapi nama pun fiksyen kan. Lagipun cerita ni berkonsepkan futuristik so ok la. Oh ya satu lagi, plan/ramalan Raisya untuk beberapa tahun akan datang terlalu perfect seperti yang dirancang yang mana aku rasa agak exaggerated kecuali part Danny. Identiti sebenar Jebediah pula buat aku tersenyum.
Kesinambungan daripada buku Bayang Sofea, RD menceritakan tentang Danish Coelho (Danny), seorang atlet tinju yang tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai segalanya tidak mudah. Diam-diam, dia terlibat dalam organisasi misteri. Apakah organisasi tersebut? Adakah ianya kebetulan, dirancang, atau hanya satu propaganda?
Namun, apabila Danny bertemu Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dasyat demi kejayaan tersebut. Jika dia perlu pertaruhkan segalanya, jalan mana yang dia akan pilih?
Terkedu. Terkesima. Ternganga. Yes, macam itulah reaction kita masa baca buku ni. Terlalu banyak informasi yang disumbat sampaikan kita speechless. Kalau rasa BS tu dah penuh dengan plot-twist, buku ni lagilah mind-blowing gila. 🤯 Segala persoalan dalam BS finally terjawab.
I've read this book in 2 days. Actually boleh je nak habiskan dalam sehari sebab buku ni fast paced pun, cuma database otak sayer tidak dapat untuk menyumbat segala data lagi dah. It's enuffff😭
Babak pertama - semua agenda, organisasi yang Danny terlibat itu semua diceritakan dengan details. Sumpah tak expect dia jadi begitu dark sekali ye. Rasa goosebumps baca. I did some research and memang betul ada ritual sapi tu in real life. 🤯🤯🤯 Dalam babak pertama ni juga banyak bermain dengan emosi. Kejap rasa shocked, kejap questining the book, dan ada juga scene yang sedih- scene ayah Danny tu. 😭😭😭
Masuk babak kedua- every pieces of puzzle started to complete. Start je babak kedua novel ni, gue sudah start pening. Banyak menceritakan pasal politik, belum termasuk lagi plot twist dia lagi. Ada satu scene tu buat kita tercengang ye. Rasa di-scam pun iyer. MY JAW DROPPED 🤯😭
Overall, both buku BS & RD ni memang masterpiece betullah. Teme is such a mastermind of this story. Dia punya storyline tu memang korang tak leh nak expect, tak leh nak jangka dari awal. Dia kena baca slow ii baru boleh faham.
No wonder la both buku BS & RD ni bestsellers, because it's really deserves it!!!! SUCH A MASTERPIECE! I'm not exaggerating I swear. ✋ Korang kena baca dulu baru tau penangan buku ni macam mana. Mesti korang akan ternganga jugak mcm sayer. 😭
"Lagipun kita semua pendosa. Cuma berdosa dengan cara yang berbeza."
Misteri. Thriller. Aksi. Psikologi.
Tema: Politik & Konspirasi
Boleh dikatakan ini adalah karya Teme Abdullah yang masterpiece 🤌 ✨ chef's kiss ✨
Rahsia Danny ada dua babak. Babak pertama saya baca, saya rasa macam. Ehh apa ni? Tak faham. Bila dah masuk babak kedua, baru sel-sel otak saya berhubung lalu rasa ingin meletup sebab 💣 bam bam bam 🤯 banyak gila plot twist.
Rahsia Danny adalah pelengkap buat Bayang Sofea. Segala persoalan yang ada dalam Bayang Sofea telah dijawab dengan baik dalam Rahsia Danny.
Sejujurnya ada beberapa perkara yang boleh diperhalusi melalui karya ini, Namun adalah tidak wajar kerana mungkin akan memberi spoiler awal… Hahahaha Sebagai pembaca , mungkin ada sesetengah pembaca merasakan karya ini agak berat & terlalu dark untuk dihadam Namun, konsep penerimaan setiap org mungkin berbeza bergantung kepada beberapa faktor Bagi yang mengharapkan plot twist, jujurnya saya merasakan jalan ceritanya masih boleh diagak. Telahan mahupun jalan cerita boleh dijangka melalui klu2 yang diberikan ketika promosi Walaupun tidak begitu cukup rencah untuk memberi rasa yang padu sehingga saya menutup buku ini pada helaian terakhir,saya masih beranggapan karya ini tetap boleh dinikmati meskipun masih terdapat ruang atau lompong yg berkemungkinan boleh digarap lebih kemas oleh penulis Adapun begitu Melalui Kiasannya kisah Danny & Sofea Ketahuilah ,hakikat dunia ini terlalu singkat, “Kita bukan berada di sini untuk berehat, Kita di sini untuk Allah dan kembali kepadaNya”
"When there is an opportunity to serve Allah in your profession, family, or society, please do your best and be the best version of yourself”
Kerana itu adalah sebahagian daripada kehidupan juga fardhu kifayah.
“Whatever you do, do it for Him. That is what makes you extraordinary not just unique “
Bukan juga kita perlu berharap menjadi dan kerap persoal “aku tidak cukup hebat/ istimewa”, Tetapi kita mampu dlm konteks memberi pada keupayaan masing2 Percayalah, Tuhan tidak menjadikan kita sia2 Kita adalah sempurna dan ciptaanNya yang paling agung!
Kita dilahirkan untuk menjadi penjuang cuma berada di pentas yang berbeza Siapa pun kita adalah menjadi kewajipan untuk kita fahami serta dalami ilmu, jiwa dan amanah itu. Sungguh kita semua adalah pendosa, bezanya seberat/ sebesar apa dosa itu dan bagaimana ia dilakukan Namun, tidaklah juga itu pengakhiran kerana Tuhan Maha Kaya Benar beban ada dimana2, tapi apa pilihan kita? Tiada jalan yang singkat hatta mudah Semuanya perlukan masa Trust the process Usaha tidak mengkhianati hasil
Terkadang susah itu lebih baik kerna jauh memberi makna Teruskanlah…. Sesungguhnya dunia memerlukan kamu Dunia hari ini tidak hanya perlu orang yg bijak pandai sahaja tetapi sangat memerlukan yang tidak pernah lelah untuk terus berjuang Dan semoga itu juga satu usaha/ benih dalam membina jambatan ke syurga.
Aku tak tahu nak ulas macam mana One word comes to mind “Brilliant”. Lain daripada apa yang pernah aku baca. Aku sangat puas hati. Aku baca Bayang Sofea dulu then baru baca Rahsia Danny. Now baru aku faham kisah dalam Bayang Sofea. Everthing make sense. Aku baca kedua-dua buku ni tanpa apa-apa expectation. Memang puas hati sangat. Teme Abdullah is definitly made into my favorite author list, sebaris dengan Frieda Mcfadden dan Clare Mackintosh.
Mantap! Memang syok baca, ralit tengok² dah habis dalam tempoh sehari saja. Kalau Bayang Sofea, ada plot yang predictable & part yang tergantung / samar², tapi Rahsia Danny ni dah melengkapkan rencah rasa semua. Mind-blown.
Bukan peminat tegar novel beliau, tapi this one memang terbaik. Berbaloi sangat baca.
Teruskan berkarya dengan karya yang membuka minda & memberi mesej kebaikan sebegini 👍🏻
Baca sekejap, lepas tu stop kejap. Nak bagi digest dekat otak HAHAHAHAHA If you think that Bayang Sofea punya plot twist dah gila-gila, you don't know how the plot twist was inside Rahsia Danny. 🧍🏻♀️🧍🏻♀️🧍🏻♀️
betul Rahsia Danny boleh dibaca sebagai standalone tapi personally i recommend untuk baca Bayang Sofea dulu untuk memudahkan readers faham bila membaca babak dua.
my experience while reading this book, i had to take a break after chapter 46. “whyyy temeee whyyyyy” lepas baca tu terus teringat babak dalam novel leftenan adnan 😭 apeni i was not readyyy tapiiiiii ni laa dia sebab kenapa i tak pernah miss beli buku teme HAHAHAHA
terima kasih teme! semoga diberikan kelapangan masa dan mendapat ilham untuk terus menulis. it is a great book where i can learn a lot 🤍
absolute masterpiece. deserves all the hype. this book is just chefkiss 💯. every page is a page turner. how i enjoy all the emotional and brain roller coaster reading this book. it’s not just about connecting all the pieces crumbs in this book, but how the emotion of the characters portrayed. i just nak cakap, keep on writing Teme. i amaze how he can write a story like this like what happened inside his brain 😭
anyways, please read Bayang Sofea and Rahsia Danny guys. very worth it!!
Nak kata tak best, okay jalan citernya. Banyak plot twist, futuristik, dan macam² yang di luar kotak fikiranku yang biasa² ni. Tapi bukan my kind of genre, jadi dia tak menusuk ke hati dan kotak pemikiranku. Cuma mmg kagum dgn kreativiti penulis. Mcm mana dia boleh terfikir mengarang citer yang di luar kotak ni ntahlah. Dia mcm kalau movie tu ada campuran citer The Da Vinci Code dan Robocop. Mmg hebat penulisnya! Tahniah Teme!!
If you think the first book was insane ? Wait till you read this book 🙂↔️ Mesti tertanya-tanya macam mana author boleh buat buku macam ni ? CAUSE THE PLOT TWISTS WERE INSANE !!
Dalam buku Bayang Sofea, that mysterious organizations tak wujud pun since it is all based on Sofea's hallucination. Tapi in this book, it does exist. So this so-called the group which is the Builders, yang akan bantu Danny from A-Z untuk jadi juara tinju tapi at the same time Danny akan bantu dorang juga untuk misi kuasai Nusayara and bina the Temple of Solomon.
I suka sebab author kaitkan about plots and conspiracies in tge real world and take inspiration untuk buat plot buku ni. On how macam mana the builders plan letak Danny kat sekolah mana, duduk rumah mana and even pertemuan Danny dengan Sofea pun it is orchestrated. I'm kinda of ragu-ragu dengan Danny punya loyalty since macam nak gunakan Sofea but nop that's not the truth 🙏🏻 (its related to the plot twist...again !)
And Sofea is definitely the main character again ? She's a mastermind. 10 steps ahead of the Builders all the time. I love it cause she's tooooo pandai sebab ada ramai "character" dalam otak dia untuk plan for the grand scheme, even that one character managed to out-scheme Sofea ?? GILA !!
It's a rollercoaster ride. Full of love reading Danny-Sofea scene and I was like sobbing too cause ingatkan Danny tak survive tapi alhamdulillah nasib baik tak sad ending. It truly reminds of me of how pahlawan-pahlawan, askar-askar berjuang untuk protect negara dari dijajah oleh kuasa luar. Danny is definitely the epitome on how patriotisme is demonstrate.
so the conclusion for this book is, teme you are genius :)
Semalam lagi saya dah habiskan Rahsia Danny. Buku Teme kali ini, saya ambil masa lebih lama untuk habiskan berbanding buku-buku Teme yang lain. Kebiasaannya saya boleh habiskan bacaan buku fiksyen in one sitting sahaja kalau jadual saya tak padat. Secara peribadi, Rahsia Danny bukanlah terlalu berat bagi saya, cuma plotnya menyentuh hati saya dengan cara yang berbeza, saya sendiri tak pasti mengapa. Mungkin kerana buku kali ini ada menyentuh soal keluarga dan kehilangan. Berkali-kali juga saya perlu berhenti membaca untuk menghadam apa yang berlaku.
Secara keseluruhan, Rahsia Danny sudah sempurna bagi saya. Dengan gandingan cerita dalam Bayang Sofea, semua persoalan saya sudah terjawab. (Mungkin persoalan baru akan timbul selepas saya mengulang baca buat kali kedua, saya tak pasti). Plot dalam cerita ini tersusun dengan sempurna. Pembaca tidak terus disuap dengan semua jawapan, memberi ruang untuk pembaca sama-sama berfikir dan menilai perlahan-lahan bersama dengan penulis sebelum semuanya terjawab satu demi satu.
Dari segi penulisan, saya rasa ada banyak improvement dari buku-buku sebelumnya. Cuma, saya perasan ada beberapa ayat yang macam tak lengkap. tapi ni cuma pendapat peribadi saya. Mungkin juga hasil dari cubaan untuk pendekkan cerita. (Now, I'm curious, what would the unedited, longer version be like?) Apa-apa pun, overall, semua okay saja.
❗❗ Spoiler Alert ❗❗
(Review saya selepas ini mungkin mempunyai spoiler buat yang belum baca Bayang Danny.)
Trauma yang Danny alami, Tindakan yang dia pilih demi melindungi negara dan keluarga tercinta sangat menyentuh hati saya. "A hero is someone who doesn't want another person to get hurt like he did." Danny seorang yang begitu. Kehilangan demi kehilangan yang Danny alami, tetapi the weight of the world that he bear alone on his shoulder doesn't make him a villain. Hati saya rasa terpeluk buat Danny bila Sofea ada di sisi dia. Di mata orang lain, Danny mungkin pahlawan. Tapi pada mata Sofea, Danny cuma suami yang dia sayang. Danny juga manusia yang memerlukan bahu untuk bersandar, telinga untuk mendengar. I'm glad Danny have Sofea by his side. The trust, the love they share. I wanna cry😭.
Masuk saja bab 46, dengan tajuk yang begitu, saya sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi. Jujur, masa ni, saya dah mula meraung. Sedih yang teramat, dalam masa yang sama, saya tak faham. Kenapa Danny pilih cara tu? Saya macam nak patah balik, dan suruh Danny tenang dulu, tarik nafas dalam dalam. Hahahaha 😂.
Tapi, sebenarnya tindakan tu bukan melulu, bukan bodoh. The plot was necessary. Kalau Danny tak ambil tindakan tu, 'mereka' takkan berjaya dihapuskan dalam Nusaraya. Mereka akan ada masa yang cukup untuk lari, Sofea dan anak-anak pun takkan terlepas dari cengkaman mereka. Kalau Danny tak 'mati', mungkin dia takkan berjaya lolos pun dari dikejar mereka sepanjang hayat. Sofea juga takkan dapat tahu yang Danny adalah perisik, memandangkan identiti Danny perlu dirahsiakan. Tanpa mengetahui perkara ni, mungkin Sofea akan kekal curiga pada Danny dalam keadaan dia tak mampu menganalisis tindakan Danny dengan mendalam. Dan lagi satu, Raisya. That happy ending between Sofea and Raisya was possible because of this. Tanpa menundukkan ego Raisya, Sofea mungkin takkan jumpa harmoni dalam kepala dia sendiri.
"THEY WHISPER, I WONT KNEEL, I BEAR" "FIRM AND FIGHT, I SHALL NOT FLEE"
Danny bukan seorang pengecut.
Pilihan yang Danny ambil, bukan semua orang mampu buat. Danny mengajar kita untuk ambil tindakan, untuk buat sesuatu. Dia ajar kita nilai sebuah perjuangan yang membawa pulangan dalam bentuk keamanan akidah masyarakat. Danny buat sesuatu, bagaimana dengan kita? Apa yang kita mampu? Berjuanglah dengan apa yang kita ada sampai ke titisan darah yang terakhir.
Walaupun Danny tak 'Hidup semula' sekalipun, impak dari perjuangan dia akan tetap kekal dan memberi manfaat. Perjuangan dia akan diteruskan oleh generasi seterusnya. Bak kata review seseorang, Teme ni bersifat baik hati, jadi ada bab-bab terakhir yang Teme tulis memujuk kembali orang-orang yang hatinya lembut. Tapi sebenarnya, hati Raisya Sofea Tanjungreja pun terpujuk, kan Teme?😉 Terima kasih for the happy ending. What a masterpiece. I am pleased to be among the earlieast to finish this story.
Komen tambahan:
Sebenarnya lately saya perasan buku Teme makin susah nak buka, tak macam siri jalanan and Empayar 3 cetakan pertama. Saya tak pasti sama ada keadaan setiap naskhah adalah sama atau tidak dalam setiap cetakan, tapi cetakan pertama Empayar 3 dan siri jalanan milik saya okay je. Buku boleh dibuka luas tanpa menjejaskan spine buku. Bayang Sofea (Cetakan pertama) dan Rahsia Danny (Juga cetakan pertama) lebih keras nak buka. (Saya dah buat spine training dekat buku-buku tu, of course). Disebabkan tekstur kertas sama, saya rasa puncanya lebih kepada grain alignment kertas tu. Naskhah STP dan KTDD pun sama sebenarnya, cuma buku-buku tu lebih nipis, jadi tak ada masalah bagi saya.
If i'm not mistaken, this might be because the paper grain running perpendicular to the spine. It should be parallel with the spine for better comfort and to make sure the pages is not easily warped. Sebagai someone yang ada wrist and hand issue, saya tak boleh baca buku ni sambil baring dengan selesa. Kena ada extra effort untuk buka buku, dalam masa yang sama tak merosakkan spine. Kalau simpan di rak dalam keadaan menegak untuk tempoh lama (Bayang Sofea & STP), saya perasan pages dia akan membengkok ke tepi. Spine buku pun lebih fragile.
Disebabkan saya tahu, insya-Allah teme akan baca review dekat sini, jadi saya suarakan dekat sini. Nanti saya akan cuba hantar feedback dengan pihak IMAN juga. Btw sorry sebab body shaming 'anak-anak' Teme, hehe. Jangan marah aaa.
Once more, thank you Teme Abdullah, for the beautiful story. Teruskan berkarya Teme.
Kepada yang telah membaca “Bayang Sofea”, sekuel 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘭𝘰𝘯𝘦 ini pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan. Kepada yang mahu terus membaca pun tidak mengapa, tapi pada pendapat peribadi saya, perlu baca “Bayang Sofea” dahulu untuk dapatkan impak maksimanya atau 𝘮𝘪𝘯𝘥𝘣𝘭𝘰𝘸𝘯 𝘦𝘧𝘧𝘦𝘤𝘵.
Sekiranya terdahulu, kita tertanya-tanya siapakah sebenarnya Sofea, sehingga wujud teori-teori masuk akal yang memungkinkan cerita latarnya, “Rahsia Danny” akan memberi jawapan-jawapannya.
Jalan cerita dibahagikan kepada dua babak. Terdapat banyak 𝘧𝘭𝘢𝘴𝘩𝘣𝘢𝘤𝘬𝘴 di babak pertama, di mana kita akan diselitkan cerita tentang kehidupan Danny pada awalnya dan bagaimana Danny boleh terjebak dengan sukan tinju, dan juga kisah Danny dan Sofea. Babak kedua pula akan menumpukan pada jawapan kepada segala persoalan yang bermain di fikiran kita tentang Sofea dan juga Danny dan organisasi rahsia tersebut.
Memang padanlah dengan tajuk yang sedemikian rupa, kerana memang kita akan didedahkan dengan rahsia Danny yang mungkin juga kita sudah jangka ataupun tidak. Danny mengingatkan saya pada 𝘌𝘵𝘩𝘢𝘯 𝘏𝘶𝘯𝘵, lantaran saya baru juga menonton 𝘔𝘪𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘐𝘮𝘱𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦: 𝘋𝘦𝘢𝘥 𝘙𝘦𝘤𝘬𝘰𝘯𝘪𝘯𝘨 mungkin kerana kedua-duanya berjuang mencari kebenaran. Perang minda yang dihadapi kedua-dua watak ini, memang sangat mencabar. Antara integriti, moraliti, jati diri, nilai diri, setiakawan, cinta pada orang tersayang, kepatuhan tanpa kompromi, kecintaan pada negara - semuanya jadi persoalan. Apa yang perlu didahului?
Saya amat meraikan penulis-penulis tempatan yang punya idea sebegini kerana tidak ramai yang berani menempuh 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 seperti ini. Tema teori konspirasi ini banyak ditulis oleh penulis-penulis antarabangsa, namun ada kelainan bila membaca 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 yang sama di dalam bahasa kebangsaan. Seperti juga yang telah saya nyatakan di dalam reviu “Bayang Sofea”, sekali lagi karya ini mengingatkan saya dengan karya-karya 𝘋𝘢𝘯 𝘉𝘳𝘰𝘸𝘯. Walaupun karya ini dalam kategori fiksi, saya agak pembaca-pembaca kita juga pernah membaca artikel-artikel berkaitan organisasi rahsia dunia, atau menonton dokumentari seumpamanya, sedikit sebanyak pasti kita akan sedikit “terusik” dan tertanya-tanya. Wujudkah ianya di dunia realiti dan dalam negara kita sendiri? Kalau anda tanya saya, saya akan jawab “sudah semestinya”.
Saya sangat suka akan konsep, idea dan jalan cerita kali ini dan saya berpendapat ini adalah karya Teme yang paling 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘵𝘪𝘰𝘶𝘴. Namun, seperti “Bayang Sofea”, saya masih merasa seperti ada sesuatu yang 𝘮𝘪𝘴𝘴𝘪𝘯𝘨, dan tidak memberikan kepuasan sebenar kepada pembaca seperti saya. Antaranya, 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺 penceritaan yang sedikit melompat-lompat disebabkan oleh pelbagai 𝘴𝘶𝘣-𝘱𝘭𝘰𝘵 yang memungkinkan akan menimbulkan persoalan logik. Dan juga 𝘵𝘪𝘮𝘦-𝘧𝘳𝘢𝘮𝘦 yang tidak begitu jelas dan sedikit mengelirukan, apabila saya terpaksa merujuk kembali kepada masa-masa tertentu untuk kepastian tentang berlakunya sesuatu di dalam penceritaan. Saya minta maaf kepada peminat karya ini, mungkin saya terlalu mencari 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯, kerana ini memang 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 yang paling saya gemari.
Sangat menarik apabila penulis menyuntik elemen-elemen Nusantara dan kemelayuan pada unsur-unsur yang terlibat di dalam penceritaan, contohnya pada nama operasi, pada alat pertabalan Presiden, nama-nama tempat dan sebagainya. Sedikit susah untuk memberikan sinopsis kerana pasti akan terlepas 𝘴𝘱𝘰𝘪𝘭𝘦𝘳 tentang jalan cerita. Jadi, mungkinkah ada rahsia lagi yang tersimpan? Anda harus membaca kalau ingin tahu.
Baca sekiranya anda minat teori konspirasi dan 𝘗𝘴𝘺𝘤𝘩𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘛𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦.
Secara peribadi, aku rasa Rahsia Danny boleh dikategorikan sebagai novel tempatan yang berada di kelompok teratas liga mystery & suspense psychology. Rahsia Danny kali ini lebih matang dari segi plot dan keseluruhan story tellingnya lebih menguji minda berbanding Bayang Sofea. Walaupun diterbitkan sebagai buku stand-alone, tapi aku galakkan kau baca Bayang dulu supaya kau faham dulu rentetan peristiwa yang saling berkait antara kedua - dua novel.
Seperti Bayang, kau kene bina konspirasi teori sendiri dengan menjalinkan fakta, peristiwa dan timeline yang tersedia untuk membantu kau memahami apa sebenarnya rahsia si Danny ni. Kebijaksanaan Teme Abdullah terbukti dalam kehebatannya menulis cerita yang menuntut fokus pembaca sepenuhnya, dalam masa yang sama menuntut kebijaksaan kau untuk menelaah, menggali kemudian membongkar jawapan sebenar kepada segala spekulasi yang berkecamuk dalam novel ini - terutamanya Sofea dan Danny yang sedang berusaha membongkar memori yang hilang, kebenaran tentang identiti mereka, dan darkness yang menyelubungi masa lalu mereka disebabkan organisasi misteri tu. Dorang tak akan sengaja meninggalkan hint seperti dalam regular PC games yang kita main, kau kena cari kepingan - kepingan maklumat yang berselerak dan bijak membezakan antara realiti dan halusinasi, imbasan peristiwa yang sudah berlalu atau yang sedang berlaku.
Rahsia Danny terbina dari 2 parts - 1st part adalah kesinambungan dari Bayang Sofea, manakala 2nd part terdiri daripada flashback, dan penyampaian serpihan maklumat secara subtle dan berperingkat. Aku sebenarnya agak lemah dengan novel yang intellectual sebegini sebab kebijaksaan aku sebagai pembaca selalu teruji, kekadang terasa dihina. Berkali - kali juga lah aku terpaksa refer balik notes yang aku catit di merata buku untuk connect the dots, sebab tu aku guna 3 hari untuk habiskan pembacaan, this is not a regular novel terbitan Iman, yang semuanya berlaku secara linear.
Rahsia Danny bagi aku, adalah karya paling matang di antara buku bersiri yang telah Teme diteribitkan. Tidak perlu universe building yang rumit dan imaginatif, cukup dengan permainan politik antara pemimpin Nusaraya dan organisasi misteri itu untuk menarik minat aku meneruskan pembacaan ke mukasurat terakhir. Kau akan terpegun dengan permainan politik dorang, adakalanya kau akan waswas dengan keputusan dorang. Tapi aku enjoy menggali segala maksud, plan, dan analisa kesan dari apa yang diperkataan dan dilakukan oleh watak - watak dalam novel ni. Teme berjaya membawa emosi aku untuk merasakan situasi yang tegang, highly intelectual, dan penuh pull-and-push antara watak.
Finally, siapakah Danny dan adalah Danny wujud akhirnya terjawab! Kita dibawa menelusuri Danny's struggles, what he keeps hidden, and the sacrifices he makes. Danny's background story, especially his family's history, is personally striking and painful.
Aku sebenar tak berapa gemar dengan kisah cinta antara Danny dan Sofea tapi part ini diceritakan dengan agak in-depth, jalur cerita percintaan dorang diceritakan dengan rapi, tapi aku banyak skip dialog-dialog dorang about sacrifices, and promises to be there and take care of each other all that. Tapi the love story part ni aku rasa akan menarik ramai female readers. Afterall, aku percaya most of Teme's fans are ladies. Bab ini aku boleh rasakan Teme is serious this time, there's an in-depth emotion expressed melalui pena Teme about love.
Aku puas.
Kali ini aku lebih puas dengan plot twist dalam Rahsia Danny dan overall reading experience aku. Bravo Teme.
Rahsia Danny melengkapkan lompong plot dalam novel Bayang Sofea di mana ada sela masa yang sangat besar antara Sofea sebagai CEO Rice & Bread dan Sofea sebagai Presiden Nusaraya. Rahsia Danny juga menjawab teori pembaca manakah yang betul atau hampir betul ketika membincangkan 'ending' Bayang Sofea suatu masa dulu. Adakah 'plot twist' nya menarik??? Saya bagi pujian terlebih dahulu atas usaha Teme menyerlahkan keaslian idea dan kreativitinya dalam novel ini. Idea berkaitan kredit sebagai mata wang, identiti sebenar sapi merah, plot politik dan beberapa hal lain meletakkan novel Rahsia Danny beberapa anak tangga di atas novel - novel lain yg 'cliche'.
Saya agak menyukai olahan Teme pada organisasi The Builder, Bara dan strategi politik Sofea. Cuma pada pendapat saya, saya lebih suka kalau Sofea ini adalah individu yang bijak secara semula jadi. Saya fikir saya lebih meminati watak Sofea andai dia adalah insan biasa yang menjadi hebat mungkin atas latihan luar biasa atau amalan yang konsisten... bukan kerana eksperimen. Ianya akan menjadi lebih berinspirasi apabila seorang insan biasa seperti mana2 pembaca untuk membayangkan kita juga boleh jadi seperti Sofea jika kita melalui rutin yang sama. Saya rasa plot twist Sofea akan jadi lebih 'powerful' kalau ianya datang dari otak Sofea sendiri, bukannya dengan bantuan Raisya. Tapi ini hanya pendapat saya...
Seperti mana saya tulis dalam review Bayang Sofea, vibe futuristik yang digunakan dalam novel ini pula kurang menarik minat saya. Bukan salah penulis cuma saya sendiri kurang minat pada dunia masa depan yang digambarkan berteknologi tinggi. Berbeza dengan novel Empayar atau Kapal Terakhir di Dunia, saya lebih cenderung menyukai latar tempat masa hadapan yang sudah 'hancur' seperti yang digambarkan dalam kedua-dua novel ini. Mungkin kerana saya lebih tertarik kepada plot kebangkitan semula tamadun berbanding plot mempertahankan tamadun maju sedia ada.
Akhir sekali komen saya adalah tulisan Teme tetap menarik... Ada pengajaran, teguran dan motivasi dalam penceritaannya kepada pembaca dari pelbagai aspek seperti mempertahankan pegangan akidah, memilih pemimpin yang adil dan bersih serta mempersiapkan diri dan akal sebelum turun ke medan perang.... Jika pembaca membaca dengan penuh penghayatan dan niat mencari pelajaran, Inshaallah banyak mutiara yang boleh dijumpai. Review saya hanya tertumpu pada aspek teknikal yang mempengaruhi selera saya sahaja, tidak langsung memberi kesan kepada nilai moral, kemanusiaan dan akidah yang terkandung dalam novel ini.
Macam biasa, setiap kali nak baca buku Teme, I would start with no expectation. Sebab tak kisah la cerita dia macam mana, I would still buy because he is among my "auto-buy" authors.
TAPIIIIIII dengan no expectation ni lah membuatkan saya ternganga dengan plot cerita ni. Seriously, siapa yang nak start baca buku ni disarankan untuk bersedia untuk terima lots of new information pada babak pertama cerita ni. Dah la saya baca babak pertama waktu tengah sakit kepala, makanya bertambah tambah sakit kepala weyh 😂
Awal-awal cerita sangat intense dan crucial. Your brain will try so hard to digest what's going on actually. Storyline dia bukan jenis cerita yang anda boleh santai santai ye. Bukan jenis straightforward mahupun kind of easy throwback. It's more complex than that (at least for me yang jarang baca cerita action intense macam ni). Otak anda kena sentiasa connect the dots bila baca babak pertama ni.
Tapi jangan risau, masuk babak kedua everything will start to make sense. Segala kekusutan mula terlerai satu per satu. Dah boleh chill sikit sebelum plot twist manja yang terakhir haha.
Ok now let me tell you my personal review of Rahsia Danny. Which part I like and which part yang kurang berminat.
🤩:
1. Bila dah faham siapa sebenarnya Danny, sangatlah LOVEEEE the moral of the story. Danny you really earn my respect 🫡
2. Dalam novel ni boleh dikatakan kurang daripada 10% je element romance. Tapi Danny and Sofea complemented each other so well 💕
😵:
Yang kureng sikit berminat bila part politik pada awalnya yang agak berjela, plus dengan keadaan reader masih tertanya-tanya hala tuju cerita, mungkin boleh kurangkan elaboration scene politik ahli parlimen.
Above all, this is the most satisfying read so far for this year, 2025. I wonder macam manalah Teme boleh terfikir cerita yang sebegini rupa. Kalau korang rasa Bayang Sofea tu dah cukup berat, itu bermakna anda belum baca Rahsia Danny. Satu kata untuk Rahsia Danny, WOWWWWWWW!
Tahniah Teme for this masterpiece! 👏🏻
P/s: Nak reread Bayang Sofea dan STP untuk memantapkan pemahaman hehe.
Banyak yang diceritakan, banyak hal yang tersurat dan tersirat, malah ada lebih banyak lagi rahsia yang tersimpan. Ia memberi vibes rahsia dalam rahsia, mimpi dalam mimpi.
'Movie' Rahsia Danny di-deliver dengan sangat baik sekali. I can see all the things inside my head, it feels like saya tengah makan popcorn ssambil tengok movie dalam wayang. Walaupun kadang saya agak macam lost dengan garis masa Rahsia Danny tapi alhamdulillah saya berada di jalan yang lurus hahahaha
All the moments sangatlah bermakna. Ada scene yang membuatkan saya menangis, geram, sedikit keceewa, lucu dan sweet 😆 sangat suka all the characters!
Ada beberapa scene yang memerlukan saya untuk melepaskan dan menenangkan diri, rasa dan emosi yang sedang dirasa. Jika kamu merasakan hal yang sama, just take your time okay.
Disebalik plot twist merata rata, masih terselit hal yang membuatkan saya rasa the moment tu sangat cuteee ><
Dah, saya taknak tulis panjang panjang dah. Taknak update live dah (tapi korang baca lepas saya update, its like korang rewatch balik apa yang saya tulis) korang baca la sendiri. Saya pun dah termenung teruk sangat dah ni. Dia punya mind blowing tu, tak tahu nak kabo cemana 😭
Kita punya la tak letak apa apa ekspetasi, last last Teme yang meletakkan ekspetasi tu setinggi gunung Everest. Princess bows to you Teme. Ini bukan setakat good or nice, I respect you Teme. Pinjam sikit idea menulis tu, saya sentiasa kekurangan idea.
Ni last, saya baru perasan sebenarnya yang nickname Danny tu Shadow. Jadi, adakah Bayang Sofea equal to Shadow Sofea dan ia memang dari awal adalah kisah Danny dan Sofea(?)
Kepada kalian, selamat menyelami kisah Danny dan Sofea. Hidup ini tidak seperti apa yang kita sangkakan. Akan sentiasa ada plot twist yang kita tak jangka sama sekali. Wujud tanpa pengetahuan kita walaupun kita sentiasa peka dengan sekeliling. Apa yang sudah menjadi rahsia itu, biakan ia terus menjadi rahsia (untuk masa sekarang)
To Teme, terima kasih kerana masih memilih untuk terus menulis 🌻
Sebelum saya mengulas review ini dengan lebih lanjut, saya ingin mengucapkan tahniah dahulu kepada author kerana berjaya menghasilkan buku yang sangat membuka minda pembaca melalui jalan cerita yang tersirat dengan pengajaran 👏🏻✨
Pada pandangan awal, saya meramalkan Rahsia Danny ni hanya membawa kesinambungan tentang teori-teori yang bermain di minda pembaca selepas menamatkan Bayang Sofea sahaja. But well… as expected from the author, he will always know how to deliver such an impactful story.
Dan ternyata semuanya sudah terjawab dengan kemas dalam buku ni tentang siapa sebenarnya Danish Coelho Ilyas.
Namun, terselit juga konflik berat dan pemegang rahsia antara rahsia dalam buku ni. Ada a few scenes dalam buku ni yang membuatkan saya teringat akan siri Empayar sedikit.
Buku ni sangat menitikberatkan semangat patriotisme dan kepentingan sejagat dalam memartabatkan keharmonian tanah air.
Sejujurnya antara faktor saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ni sebab I’m just scared to finish it man 😭 It was a roller coaster ride for me sampaikan nak selak muka surat seterusnya pun rasa berdebar-debar sebab the plot twist was fuhh 😮💨
One thing for sure, my girl Sofea was serving as always 🫶🏻 Since dari Bayang Sofea lagi memang I adore giler dengan her character. We love a woman who is self-sufficient and empowering, okay? And of course, Danny in this book was very charming 😩😍 They make such a power couple tau aaa lurvee.
But yeah backstory Danny awal-awal tu serious sedih like why he must have to endure everything all by himself like that 😢❤️🩹
To wrap it all up buku ni BEST SANGAT SANGAT!
Who says fiction books couldn’t portray real life events in educating more people on what’s actually happening in the real world?
Apa pun before korang baca buku ni sila lah bersiap siaga dari segi mental sebab memang kena banyak berfikir. I mean… semua buku teme memang kena banyak berfikir pun kan huhuhu 🤧