Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Siri-Siri:

1. Bercakap Dengan Jin
2. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan
3. Tidur Di Rumah Bunian
4. Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan
5. Berjaga Di Hujung Jambatan
6. Melihat Jembalang Air
7. Terkencing Dalam Seluar
8. Manusia Berkepala Anjing
9. Panjat Bilik Anak Dara
10. Mencari Harta Karun
11. Menunggang Harimau Di Tengah Malam
12. Toyol Jadi-jadian
13. Penunggu Hutan Hulu Kinta
14. Bersuamikan Hantu Raya
15. Dikejar Mayat
16. Kain Dalam Perut Gadis
17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli
18. Diganggu Lembaga Hitam
19. Diresapi Semangat Monyet
20. Memburu Raja Pukau

316 pages, Paperback

First published September 1, 2011

25 people are currently reading
329 people want to read

About the author

Tamar Jalis

26 books29 followers
Tamar Jalis atau Ahmad @ Mohd Radzi Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940, di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan. Beliau berkahwin dengan Maznah Mohd Isa.

Karya mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Sebanyak 284 siri itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005. Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.

Namun penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun 2011. Nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.

“Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan (majalah bulanan) Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali,” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.

Selain itu, beliau merasakan pengalaman mengikuti datuknya Kulup Muhamad Diah perlu diceritakan dan dikongsikan, datuknya atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional banyak mengubat orang yang mengalami gangguan jin sekitar daerah-daerah di Perak.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamar_Jalis
Kosmo, 25 Dis 2011. Tamar Jalis Pinjam Nama Jin - Ahmad Luthfi
BHarian 28 Jun 2011. Tamar Jalis Tamatkan ‘Persembunyian’ - Nurhayati

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
82 (61%)
4 stars
27 (20%)
3 stars
17 (12%)
2 stars
7 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
September 12, 2016
I believe in the supernatural.
However, I am skeptical of the author's experiences as depicted throughout the book mainly because of the perfect continuity. Each new adventure begins immediately as one case ends without significant pause. Not to mention how each case seemed interrelated.
But taking it all as fiction, this is a very entertaining book.
I wouldn't mind grabbing the next entry in the series.
Profile Image for Danish Wafi.
1 review
July 22, 2013
Berdasarkan pembacaan saya terhadap semua siri Tamar Jalis ini. Orang ramai mungkin menganggap buku beliau semata-mata berkisarkan mitologi dan genre seram, tetapi tidak sama sekali. Banyak diskusi mengenai agama, budaya, cinta, dan lain lain lagi. Dan seperti kebanyakan penulis buku yang tersohor, selalu karya terawal mereka ialah yang terbaik.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 9, 2020
Kalau tanya orang dahulu, pasti mereka mengenali Tamar Jalis, penulis novel seram yang popular pada era 80an. SBDJ mengandungi 284 siri kesemuanya, dan buku ini memuatkan 20 siri yang pertama. Menurut penulis, sebahagian kisah ini adalah kisah benar yang dialami dan didengari daripada datuknya dan diolah dalam bentuk memoir. Jarang saya membaca buku fiksyen apatah lagi novel seram, namun novel ini berjaya menarik minat saya dengan naratif yang baik dan mudah difahami. Kebanyakan kisah bertempat di hutan dan yang paling menarik ia berlatar belakangkan negeri Perak, negeri kelahiran saya. Membaca buku ini membuatkan kita lebih menghargai nilai dan budaya masyarakat terdahulu di samping memahami geografi etnik setempat. Bukanlah niat penulis mengajak pembaca mempercayai perkara tahyul, tetapi untuk berfikir dan mengambil pengajaran untuk meninggalkan perkara khurafat. Bakal meneruskan pembacaan untuk jilid kedua pula. ⭐5/5
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
June 11, 2018
Buku langka, tapi ni cetakan terbaru dari Nafiela Books. Kategori 100 buku warisan. Ada 20 siri buku ni. Nak baca takut, tapi baca juga sampai habis. Kalau tak baca, tak tau kisah apa kan. Kisah benar ni, penulis dengan datuknya memerangi manusia syaitan (bertopengkan manusia) macam tu.

Penulisan simple. Penulisan menceritakan tentang pengembaraan dengan datuknya. Tak pasti melalui cerita datuknya atau penulis sendiri berada di situasi. Mudah faham jalan cerita. macam penulis berborak kosong macam ke kedai kopi. Seram memang seram la. Kadang rasa berdebar juga membacanya.

Cuma, terkilan tak dapat habiskan tajuk pukau. Bersambung pada siri kedua. Macam-macam benda la berlaku. Semuanya adalah nafsu semata-mata untuk kepuasan diri dengan bantuan syaitan. Apa pun, buku yang bes giler. Takda yang pusing-pusing, berjela-jela. Straight to the point.
Profile Image for Moris.
145 reviews3 followers
April 20, 2023
My number one favorite maven from Malaysia. His work in atmospheric horror, pregnant with folk elements and islamic subculture, always left me catatonic - goosebumps and a superlative desire to not make a sound in the darkness of my bedroom, for fear that the demons under the bed would hear me.

If only I could find copies of his books now.
Profile Image for Mohd Rizal.
18 reviews1 follower
September 27, 2014
Jalan cerita, cara penceritaan dan bahasa yang sangat baik dalam sebuah novel melayu. Boleh diiktiraf sebagai novel melayu seram klasik terbaik dan dalam kelas yang tersendiri. Jilid 1 adalah yang terbaik. Dibaca semula selepas kali terakhir dibaca lebih dari 25 tahun dahulu. Perlu baca semula kesemua siri yang setakat ini baru di terbitkan semula setakat jilid 4.
Profile Image for Muhammad.
3 reviews1 follower
January 14, 2014
novel seram bersiri nie mmg aku dah lama cari.
mmg xnyesal beli.
teknik penceritaanya sangat menarik dan beri kesan.
banyak elemen2 yang tokwan ni cuba tonjol.
blh kenai banyak jenis2 hantu, cara pengubatan.
Profile Image for Zaimah.
6 reviews
May 7, 2015
five stars as it haunted me at night
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.