36. Pukau Ular Tedung 37. Terkena Badi Belibis 38. Suara Azan Dalam Kolam 39. Dendam Orang Sabar 40. Pemuda Menjerit Malam 41. Berkasih Dengan Langsuir 42. Sepasang Tangan Berbulu 43. Buaya Jadi-jadian 44. Skandal Pawang Buaya 45. Badan Pawang Berasap 46. Berjalan Atas Angin 47. Bila Syaitan Datang Menguji 48. Bertemu Ibu Santau
Tamar Jalis atau Ahmad @ Mohd Radzi Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940, di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan. Beliau berkahwin dengan Maznah Mohd Isa.
Karya mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Sebanyak 284 siri itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005. Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.
Namun penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun 2011. Nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.
“Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan (majalah bulanan) Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali,” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.
Selain itu, beliau merasakan pengalaman mengikuti datuknya Kulup Muhamad Diah perlu diceritakan dan dikongsikan, datuknya atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional banyak mengubat orang yang mengalami gangguan jin sekitar daerah-daerah di Perak.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamar_Jalis Kosmo, 25 Dis 2011. Tamar Jalis Pinjam Nama Jin - Ahmad Luthfi BHarian 28 Jun 2011. Tamar Jalis Tamatkan ‘Persembunyian’ - Nurhayati
Buku yang memberhentikan masa. Bila dibaca tidak boleh membayangkan situasi yang berlaku dengan persekitaran sekarang (10-an abad ke-21), tetapi kena lontarkan diri ke zaman 50-an ke 70-an. Dibaca dengan cara itu, barulah ia akan jadi buku yang memberhentikan masa.
Saya rasa itu kelemahannya, tiada perincian zaman yang banyak. Jika ditulis bersekali penerangan pakaian, tatacara hidup kemasyarakatan dan manusia, serta kemudahan-kemudahan pada zaman itu, realisme buku ini pasti lebih terserlah. Mungkin Siri Bercakap Dengan Jin boleh dijadikan rujukan baik untuk mengetahui dekad-dekad pasca merdeka dan komunisme di Malaysia.