Buku ini merakamkan pengembaraan intelektual dan nilai yang diterokai Dr. Razif Fuad selama 21 hari di Amerika Syarikat demi misi memahami isu hak asasi, budaya dan kehidupan masyarakat Amerika dari dekat. Disampaikan dalam gaya penulisan yang santai, jujur dan menyentuh, buku ini menggabungkan ilmu, nilai serta rasa. la bukan sahaja menghidupkan naratif yang jarang ditulis oleh seorang Muslim Timur tentang Amerika, tetapi turut menjadi pencetus semangat buat anak muda - untuk berani menjelajah dunia, tanpa pernah kehilangan jati diri Muslim yang utuh.
Dr. Mohamad Razif bin Mohamad Fuad is a Malaysian author, translator, and scholar specialising in Islamic theology, philosophy, and interfaith studies. He holds a PhD in ʿAqīdah and Islamic Thought from Universiti Malaya, and has served in various capacities including at the Office of the Mufti of the Federal Territories, the Muslim Council of Elders in Abu Dhabi, and as CEO of Rufayda Academy.
Dr. Razif's works explore classical and contemporary issues in Islam, including the challenges of New Atheism, comparative religion, Islamic mysticism, and the integration of ethics in healthcare. He is the translator of Hayy bin Yaqzan by Ibn Ṭufayl (Malay edition, IBDE 2024) and is currently working on several academic publications and dynamic Malay translations of major Islamic texts. His writing blends rigorous scholarship with accessible language, offering readers both intellectual depth and spiritual insight.
Beyond academia, he is an avid coffee enthusiast and believes that a thoughtful book — like a good cup of coffee — can shift perspectives and nourish the soul.
Dr Razif Fuad melakukan perjalanan ke Amerika dalam kerangka jemputan rasmi kedutaan mereka untuk memberi peluang memahami dengan lebih dekat pelaksanaan HAM berkaitan LGBTQ+ di sana. Kembara ini membawa pengarang merentasi landskap yang mengujakan dan pengalaman yang memperkaya hidup dan sarwa pandangan.
Peserta dibawa ke beberapa institusi penting yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan golongan minoriti, termasuk kelompok Afrika-Amerika dan sebuah kota di sempadan Amerika yang menyaksikan banyak isu pelarian. Pengarang juga berkesempatan melawat beberapa buah gereja dan berbincang dengan para penganut Kristian daripada pelbagai aliran.
Perjalanan ini merentas empat kota iaitu Washington, New York, Florida dan San Diego. Keempat-empat negeri ini membentangkan suasana berlainan yang menjadikan kisah lebih mengasyikkan dan memberikan pelbagai sisi sebuah negara sebesar Amerika.
Suka dengan gaya bahasa pengarang dan sulaman penulisan beliau yang merangkumkan pengalaman di tanah air sebagai pembantu senator dan ulama, Dr. Zulkifli.
Aku memang suka apa-apa berkaitan dengan America ini. Ya lah mimpi dan cita-cita memang nak pergi sana juga nanti. Permulaan penceritaan best tapi pengisian mengenai pengalaman nya America macam sedikit sangat, pendek, padat dan simple sangat.. kosong je. Tetapi isi-isi yang cuba di sampai kan okeh penulis cukup jelas untuk di fahami dan sampai lah. Penuh details dan cukup untuk di hayati.
Dari perjalanan New York ke Orlanda, Orlanda ke San Diego tidak di cerita kan pergi dengan ada. Details nya tiada. Errmmm.. tak puas hati betul lah.
Suka dengan penulis sebab suka singgah ke kedai buku..!! Hahaha