Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sejujur Manggis

Rate this book
Menghimpunkan sembilan buah karya yang terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya dalam antologi ini merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu dan kawakan.

Karya-karya tersebut menggambarkan keprihatinan pengarang akan pelbagai masalah remaja kini dalam landskap sosiobudaya, kekeluargaan, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan teknologi komunikasi; setempat dan sejagat.

“Sejujur Manggis”, cerpen yang menjuduli antologi ini mengungkapkan dan mengangkat kepentingan nilai kejujuran dan keikhlasan dalam kehidupan. Dengan mengaitkan hubungan jumlah tampuk dengan ulas manggis, seorang bapa secara tamsilan mengajak anak remajanya meninggalkan kepura-puraan dan menginsafi keadaan diri.

Pemenang Kategori Cerpen Remaja
Hadiah Utama
1. Marga Ranah Rusuhan, Mohd Fathul Khair Mohd Dahlan - Mingguan Malaysia
2. Menyuluh Kehidupan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia
3. Sekolah Hidup, Amin Minhad (Aminhad) - Mingguan Malaysia

Hadiah Penghargaan
1. Bukan Yatim Gaza, Syafiq Zulakifli - Mingguan Malaysia
2. Deritanya Bukan Kepalang, Nursyuhada Salleh - Mingguan Malaysia
3. Laut Kehidupan, Norfatihah Syed Ali - Mingguan Malaysia
4. Perginya Sang Pejuang, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Utusan Melayu Mingguan
5. Rombongan Masuk Jawi, Mohd Helmi Ahmad - Utusan Melayu Mingguan
6. Sejujur Manggis, Muhammad Aminul Khalil Zaini (Khalil Zaini) - Utusan Melayu Mingguan

105 pages, Paperback

First published November 15, 2013

7 people want to read

About the author

Fathul Khair Mohd. Dahlan

5 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
December 29, 2017
Cerpen-cerpen remaja ini monotonous dan beberapa gaya bahasanya agak janggal dengan perwatakan remaja (ada kanak-kanak yang diberi perwatakan yang melampaui usia secara rasional). Bagaimanapun cerpen Menyuluh Kehidupan menampilkan kreativiti yang menarik apabila menggunakan objek lampu suluh dalam latar masyarakat desa yang belum menikmati kemudahan elektrik. Ia semacam ‘meminjam’ gaya Shahnon Ahmad dalam Tivi apabila objek televisyen menjadi subjek kritikan yang mewakili kemodenan dalam pandangan alam Barat tetapi cerpen Shapiai Muhammad Ramly ini lebih positif kerana dihantar dalam bungkusan untuk remaja.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
July 3, 2023
Bila sudah meningkat dewasa, baru saya tersedar betapa pentingnya cerpen berkualiti untuk bacaan anak-anak remaja sama ada bagi kelompok pra remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja. Minda remaja putih jernih, polos dan mulus, pendedahan bahan bacaan yang baik penting sebagai vaksin kepada virus-virus tak baik yang tular ketika usia kritikal ini.

Tapi, mungkin sebab saya dah berjiwa dewasa dan tua, saya boleh terima dan telan cerpen-cerpen dalam ini. Tapi jika saya adalah anak muda, mungkin saya akan kurang tertarik pada bentuk cerita yang seperti buku teks. Cuma bila difikir semula, buku ini diterbitkan 10 tahun lalu, jadi ini adalah gambaran standard remaja bagi generasi Y dulu. Buku ini adalah rakaman yang bagus tentang misi, visi remaja bagi 10 tahun yang lalu.

Alangkah bagus jika Hadiah Sastera Kumpulan Utusan masih aktif sekarang dan boleh pula merakam cerpen-cerpen terkini yang bersesuaian dengan remaja dan zaman serba kompleks sekarang. Ya, sekarang banyak lambakan cerpen anak muda, cuma, kita paling tidak perlukan satu versi yang 'bersih' untuk dijadikan pilihan bacaan yang baik untuk anak-anak yang serius mahu membaca karya yang berkualiti sebagai 'starter pack'. Sebab kita mahu the next 'Faisal Tehrani' ataupun 'Hilal Asyraf' untuk dibina dalam tempoh 20 tahun lagi.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
January 28, 2021
Gaya bahasa di setiap cerpen agak janggal untuk dibaca tetapi penyampaian mesej-mesejnya mudah difahami. Dalam cerpen-cerpen tersebut, aku tertarik dengan cerpen Menyuluh Kehidupan. Garapan ceritanya unik yang menggunakan lampu suluh sebagai arah cerita.

Apa-apapun, semua mesej dalam cerpen ini sangat memberi inspirasi. Terima kasih kepada para penulis.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.