Jump to ratings and reviews

Aku Mahu #15

Aku Mahu Banglo Pink

Tan Sri Hisham mahu menjual salah sebuah banglonya! Fasha yang mendengar, segera merayu mahu memiliki rumah itu. Pada Fasha, memiliki banglo sendiri membuatkan dirinya setaraf Justin Bieber ~ selebriti yang ada rumah seawal usia remaja! Malangnya Fasha tidak mengetahui, banglo yang dimahukannya itu terdapat dua orang anak-beranak yang tinggal di situ. Seri dan ayahnya, dapat tinggal di Banglo Pink atas ehsan penyewa lama... Nenek Elizabeth. Namun setelah nenek itu meninggal dunia, Seri dan ayahnya tiada hak menumpang teduh. Sebaik memiliki Banglo Pink, Fasha terus mengadakan parti teh untuk warga sekolah. Tujuannya, menunjuk-nunjuk pada tahap maksima! Ketika itulah, Seri terpaksa menyamar menjadi orang gaji dan ayahnya pula sebagai tukang kebun. Sepanjang masa juga, Seri merancang pelan cuba mensabotaj Fasha... biar tidak kekal lama di banglo. Parti teh mahu dirosakkan makanan. Banglo Pink pula direncana supaya tampak berhantu dan menakutkan. Sesungguhnya Seri tidak tahan melayan Fasha yang banyak permintaan mengalahkan puteri kayangan! Lalu berlakukan perebutan mendapatkan Banglo Pink. Mampukah Seri bertahan? Atau Fasha dengan bantuan The Wannababes akan menang? Ikuti kisah kelakar terselit info dekorasi ini, pasti menghiburkan hati!

280 pages, Paperback

First published January 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Ain Maisarah

135 books429 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (55%)
4 stars
23 (25%)
3 stars
12 (13%)
2 stars
3 (3%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Limau Nipis.
677 reviews26 followers
October 1, 2014
Saya rasa saya tidak sesuai membaca buku Ain Maisarah lagi sesuai dengan peningkatan usia.

Dan nampaknya buku ini tidaklah menarik perhatian saya sekiranya sehingga berbulan-bulan terpaksa menghadap untuk menghabiskannya.

Saya habiskannya di majlis anugerah kecemerlangan anak saya hanya untuk mengisi masa lapang.

Rasanya ingin saja dijual buku-buku yang dibeli di PWTC sempena Pesta Buku tempoh hari nukilan penulis ini.
1 review
November 10, 2016
Best
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aaliya.
22 reviews1 follower
May 20, 2018
👨‍⚖️👩‍💼👨‍💼👩‍🔬👩‍🔬👩‍🌾👩‍🌾👨‍🏫👨‍🏫👩‍🎓
Displaying 1 - 6 of 6 reviews