Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aksara Tentang Rasa

Rate this book
Dhuha percaya setiap pertemuan ada takdirnya, setiap rasa ada aksaranya. Bersama Nathan, dia pernah menulis satu kisah yang indah—penuh gelak tawa, rahsia kecil dan harapan tentang masa depan. Tanpa disangka, Nathan menghilang ... meninggalkan helaian kisah mereka tergantung di tengah ayat.

Dalam kecelaruan mentafsir rasa, Dhuha juga menekuni karyanya—Palette—kisah cinta dan kerinduan yang tak pernah padam. Tulisannya tergantung, entah menunggu peleraian yang sempurna atau cuma keengganan menoktahkan penamat.

Bertahun-tahun berlalu, dan Nathan kembali—dengan hati yang berselirat dan rahsia yang belum terungkap.

Kini, di antara huruf-huruf lama dan kenangan yang tak pernah selesai, mereka diuji dengan satu persoalan: Berani lagikah mereka menyambung kisah cinta yang pernah terabai?

Keputusan Dhuha akan merubah segalanya ...

Paperback

Published May 1, 2025

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Froszrine

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (19%)
4 stars
9 (25%)
3 stars
19 (52%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
December 31, 2025
– crush-to-lover-to-hater, noble idiot, and second chance trope.

– awal awal hooked lah juga sebab curious nak tahu apa yang jadi sampai Nathan sanggup buat keputusan putus tunang.

– bagi aku, niat Nathan tu baik, cuma cara dia salah. hence why aku cakap it’s noble idiot, he makes decisions driven by good intentions but ultimately causes harm or difficulty to other people.

– tapi as the story goes, aku rasa jalan cerita jadi flat.

– watak Dhuha macam ada split personality sekejap tak nak, sekejap nak. Nathan pun slow gila nak ambil tindakan pun☠️ like bro can you read the room for once?!!

– basically dari pertengahan sampai hujung, banyak scene tarik tali. so kalau jenis yang tak suka slow progress, mungkin akan rasa geram/boring sebab development diorang lambat.

– disebabkan awal tu dah ada big time skip, so susah sikit nak fully grasp connection or feelings antara diorang lepas 3 tahun terpisah.

– also aku tak faham function conflict Sophie tu. tiba tiba muncul, cepat settle, lepastu berdamai macam tu je. then suddenly ada drama baru dengan Anas😭 like girl pick a struggle please

– an okay-ish read. papepun, don’t let my two cents fully influence you, sebab what’s not my cup of tea might still be yours.
Profile Image for meenie.
330 reviews3 followers
November 17, 2025
4.5⭐️

as someone who doesnt like second-chance trope, i was surprised to see that i do actually enjoy this one.

ok lah tapi si nathan ni bukannya curang pun isu sebenarnya so okay jelah deserves second chances. ok. the storyline is simple, actually. fast paced. boleh agak apa akan jadi next. so saya suka. even boleh predict pun tetap saya salah lol. cuma saya curious apa ending sophie 😞 apa status sophie dengan anas haish - ke author ada nak buat buku pasal diorang dua? hm -

satu jelah saya annoyed bila si dhuha keep on tak nak dekat nathan tapi bila nathan tanya what are we? kau suruh dia tanya diri dia sendiri balik. aku emoh !!!! kalau tak suka boleh direct terus jangan buat org tergantung sepi yeek !! saya pantang org gini !! ok tu je bye - enjoy it till last
25 reviews1 follower
August 31, 2025
First of all, COMEL GILAAAA. Jiwa hopeless romantic saya sangat merontaaaaaa. As someone yabg dah baca cerita Froszrine sejak zaman wattpad busuk lagi memang dah tahu watak-watak penulis ni sememangnya posesif, hopeless romantic, jiwang + broken nak mati sebelum kahwin. Tapi lepas kahwin semua gedik terlebih.

Plot cerita is 100% . I love how simple the plot is but the progress is quite impactful. The character development for both character sumpah comel gila. This is what I imagine my uni life would be but yeaahh as always, what's in the novel will always stay in novel. Bukan setakat realiti, bayang nak macam relay Dhuha & Nathan pun tak nampak dah.

Those yang nak cerita light, heart fluffy romance should try read this book. Totally recommended.
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
July 4, 2025
What I like about this book?

First of all, the cover is so pretty! Plus, it has embossed lettering... rasa seronok bila sentuh. The book is floppy too so senang nak buka luas² while reading. Love that!

The story itself is a light, easy read. Kisah Dhuha dan Nathan yang tiba² tak jadi bertunang. Tapi pace dia agak slow, so korang kena banyak bersabar sikit untuk appreciate jalan cerita.

Overall, it's an okay read... not too heavy, just nice kalau nak chill² baca waktu lapang. Faham kan? 🙈
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
August 7, 2025
ᴀᴋꜱᴀʀᴀ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ʀᴀꜱᴀ ʙʏ ꜰʀᴏꜱᴢʀɪɴᴇ

Dhuha, seorang penulis & editor yang pernah mencipta kisah cinta dia dan Nathan dalam bentuk tulisan iaitu Pallette. Tapi tiba-tiba, Nathan hilang. Tanpa khabar, tanpa alasan. Tinggalkan Dhuha dan cinta mereka yang tergantung separuh jalan.

Selepas 3 tahun, Nathan muncul semula. Dia datang dengan jawapan, dan harapan untuk betulkan semula apa yang pernah patah. Tapi bukan mudah bila hati pernah disakiti. Impak yang ditanggung dhuha sangat mendalam.

Layt Intiqab ada kisah silam kenapa dia meninggalkan dhuha. Apa yang dia buat tu salah walaupun niat dia baik. Dia lambat buat keputusan, banyak ragu-ragu, selalu simpan sendiri. Tapi dalam semua tu, dia tetap usaha. Tetap cuba jadi lebih baik.

"𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒖𝒑 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒏𝒈 𝒉𝒖𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂"

Permula cerita tu buatkan saya tertarik nak tahu kenapa Nathan tinggalkan Dhuha tapi bila part tengah tu plot cerita jadi perlahan. Dia banyak scene main tarik tali, Nathan pun satu lambat betullah take action (ada angkut dua-dua pergi pejabat agama kang😩) Friendship dalam group "biizinillah" saya suka yee! kelakar wehh perangai sorang sorang alahai geram.

So kalau korang bukan peminat slow progress, maybe akan rasa geram sikit. Tapi honestly, I enjoyed how raw and flawed the characters were. Kita nampak proses mereka hadapi trauma lama, dan cara mereka grow.

3.9/5 🌟
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
Read
January 3, 2026
Dah cuba untuk baca, tapi diriku tidak mampu meneruskan lagi. Bukan my kind of genre.

Nak letgo novel ni, condition 10/10, RM20 inc postage.
Profile Image for Cutie_pie28.
399 reviews8 followers
June 21, 2025
Okay laa cerita santai².. tp agak slow.. overall enjoy baca..

Cuma sy suke btul design buku.. 😊
Profile Image for Sarah.
9 reviews
December 3, 2025
For me,I know dia punya plot is like slow burn and all but for me,the slow burn is not slow burning.It's just that tiba tiba je si female lead ni ajak male lead kawin.This is only my opinion.Tho,it is a great book to read.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for faitasy .
23 reviews1 follower
August 3, 2025
Dhuha Inayat, seorang penulis yang pernah menulis kisah indah dia dengan Nathan dalam bentuk tulisan. Namun tanpa amaran, Nathan pergi. Hilang begitu saja, tanpa sebarang alasan.
“Palette”, kisah yang sepatutnya ditamatkan dengan bahagia, terhenti separuh jalan, ditinggalkan bersama luka yang sukar ditulis semula. Setelah beberapa tahun, Nathan muncul semula. Dhuha terperangkap antara mahu menyambung semula kisah itu atau tak. Adakah “Palette” akan tergantung selama-lamanya?

————————————————————-
Permulaan cerita ni cute laaa, it feels like you and your crush, finally getting along after secretly liking each other for so long. Ada debar, ada senyum sorang-sorang. Tapi seiring dengan perkembangan cerita, author bawa kita menyelami luka dan persoalan yang jauh lebih dalam.

Walaupun ATR ada unsur luka, kehilangan, perpisahan antara Dhuha & Nathan, saya tak rasa sedih sangat. Saya taktau emosi sedih saya dah lari ke mana waktu tu HAVSHAHHA. I just wanna see how Nathan breaks through the walls Dhuha built because of him. And yes, kadang aku maghah jugak si Layt Intiqab a.k.a. Nathan ni, cepat la sikit bang, nak tunggu raya haji tahun depan baru nak confess ke? Saya tak reti sabar. 😔✌🏻

Pacing dia santai, tak laju. Tapi tetap buat kita rasa terikat dengan cerita. Dah hujung2 baru berbunga ye gais HAAHHAHAAHAHAH haihh Layt Intiqab!!

saya biasanya tak suka second chance trope, tapi sebab Nathan ni bukan sebab curang atau apa-apa, I feel like he deserves a second chance. So i enjoyed this!

3.9/5 ⭐️
Profile Image for Ieqa sawal.
37 reviews1 follower
August 26, 2025
𝒜𝓀𝓈𝒶𝓇𝒶 𝒯𝑒𝓃𝓉𝒶𝓃𝑔 𝑅𝒶𝓈𝒶 - 𝙵𝚛𝚘𝚜𝚣𝚛𝚒𝚗𝚎
@ink.loaf

Rate 3.8 ⭐️

..

Kisah Cinta Dhuha dan Nathan yang terputus ditengah jalan . Nathan yang tiba-ii hilang tanpa khabar,pergi tanpa jejak sebelum hari Pertunangan mereka.

3Tahun Dhuha hidup dalam luka yang ditinggalkan oleh Nathan . Kini Nathan hadir semula dalam Hidupnya dengan membawa harapan untuk Perbetulkan hubungan yang telah musnah dahulu.

Dalam masa Nathan nak perbaiki Hubungan mereka, Dhuha seperti ragu dengan perasaan sendiri, adakah rasa dendam ? adakala rasa kosong ? Kadangkala rasa nak lompat-ii teruja sebab Si dia ada . Dhuha Tak pasti dengan Perasaan sendiri yang membuatkan Nathan hampir nak giveup untuk perjuangkan. Kekadang perasaan tidak boleh dipaksa dan terpaksa untuk lepaskan dengan ikhlas .

--

Cerita yang smooth , konflik cinta yang tak berat . walaupun kadang-ii rasa "Bab ni tak perlu ada kot" masa membaca tu sebab buatkan jalan cerita jadi panjang 😖🤏🏻.Tapi cerita dia overall best and cute sweet je tak tipu 🙏🏻
dan Saya suka sangat watak Family & kawan-ii Diaorang ni. Tersangat function dalam support untuk perbaiki Hubungan Nathan & Dhuha .

sekian 💙
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
August 1, 2025
Cover dia menarik tapi tak dapat menarik perhatian saya.
Kalau penulis kembangkan cerita apa jadi dekat Dhuha/Nathan masa dalam tiga tahun mungkin boleh la kita sama sama faham perasaan dua dua ni.
Cuma dia agak meleret dengan perasaan orang tu dan ini buat sedikit tak boleh focus.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.