Puteri—atau nama penanya, Cahaya—hidup dalam kegelapan. Sejak kecil, sinarnya sering dipadam oleh mereka yang sepatutnya melindunginya. Dunia mengajarnya bahawa kepercayaan dan kasih sayang hanya sementara, maka dia menulis, mencipta dunianya sendiri. Tanpa Puteri sedar, dia juga telah melukai insan di sekitarnya ketika dia asyik menyuluh cahayanya sendiri.
Nadeem, seorang hikikomori, masih terperangkap dalam kegelapan silam. Dia menerima ikatan pernikahan ini bukan kerana cinta, tetapi sebagai satu penyelesaian. Namun, hidup sebumbung membuatkan dia melihat sisi Puteri yang tersembunyi—seorang wanita yang selama ini dibiarkan malap.
Saat kebenaran terbongkar, Puteri menjauhkan diri. Adakah Nadeem akan membiarkan Puteri terus memadam cahayanya sendiri, atau Nadeem menjadi seseorang yang menyalakan sinarnya kembali?
Bila I cakap buku ni tak chill, memang tak chill. I ingatkan tipikal marriage-of-convenience: kahwin sebab ada hidden benefits but my jaw-dropped bila kisah Puteri & Nadeem dikembangkan lebih mendalam.
Bagi I, ini bukan kisah pasangan yang lovey-dovey. Ia lebih kepada perjalanan mencintai diri sendiri atau orang sekarang kata - love yourself first. Pada awalnya, I dikaburi dengan kisah Nadeem yang menghidap sindrom 'severe social withdrawal' atau dikenali sebagai hikikomori. Dekat Jepun, sindrom ni banyak terjadi dalam kalangan remaja dan dewasa.
Interesting theme, tbh. I baru tahu ada istilah khas untuk orang avoid social contact dan sanggup tak keluar rumah selama berbulan atau bertahun atas sebab-sebab tertentu. Untuk Nadeem, trauma sewaktu zaman sekolah buat dia nekad untuk tak jejak dunia luar. Sehinggalah dia bertemu dengan Puteri. Sedikit janggal bila tiba-tiba je dengan mudah mereka berkahwin but hmm takpelah kita vibe je dulu at the beginning.
Ingat tadi I kata I “dikaburi” dengan kisah Nadeem? I ingatkan cerita dia dah cukup berat. Rupa-rupanya, isu Puteri ni lagi berat :') Apa-apa yang berkaitan dengan toxic parents & abandonment issues agak 🔪 bagi I.
Jadinya, I looking forward that time on macam mana penulis nak kembangkan kisah Puteri ni. Did I cry? Not really. Tapi sebak tu memang ada. Especially bila melibatkan childhood abandonment. Girl, we're in the same boat. That constant self-blame and intrusive thoughts? I feel you. And the petty revenge (yang Eiyad kata petty tu) hmm so cruel. Clever move, author. I guess mmg penulis berjaya buat I rasa sedih for Puteri.
She deserved to be loved. Kalau I ada kuasa untuk ubah masa lalu, I would give that to her. :')
Cuma, I rasa emosi tu agak one-sided sebab tak banyak ditunjuk (secara action) kenapa parents dia toxic, awal-awal tu I confuse kenapa Puteri behave macam tu. So bila tahu punca, I was like "ah okay i see". Tambahan lagi, perkahwinan tu memang banyak bantu Puteri capai goals dia sendiri. However, their marriage took me by surprise. The spark is there but how I wish they could've developed better.
Mungkin akan ada orang yang cakap: 'Alaaa ni cerita pasal anak yang terluka je. Dah umur 20-an, takkan tak reti nak bercakap dengan parents?'. Well, my advice just - kalau you tak pernah lalui situasi macam Puteri, lebih baik diam. Kita ambil kisah mereka untuk dijadikan pengajaran.
Lastly, I appreciate advice daripada Iqra (page 361). Recovery phase tu memang susah tetapi I guarantee, it's worth it to try. Sebuah naskhah yang membuka mata I. Pedih itu ada, sakit itu pasti bila baca buku ni. Kredit kepada Ink Loaf atas pemberian naskhah ini.
i suka konsep awal2 cerita ni. marriage in convenience, both dapat benefits. Nadeem dapat cari cara untuk ‘pulih’ dari title Hikikomori dia dengan adanya Puteri sebagai peneman dan Puteri dapat olah dan kaji lebih baik pasal Hikikomori untuk letak dalam manuskrip yang she’s currently working on. relationship diorang memang undeniably comel. scene early marriage diorang buat i banyak giggle which for that i thank author sebab cure my reading slump🥹🤍 cerita ni tak hambar! Nadeem and Puteri ni reminds me of dynamic Seong-A and Gyeon-U dalam kdrama Head Over Heels sebab hyper wife x calm husband eish dah la kita memang still in gyeonseong phase tak muvon lagi😩🦋
i love consistent characters. bila watak dalam sebuah karya tu konsisten, pembacaan jadi lagi sedap. i suka buat character study when i understand and can read through a character’s personality well. abandonment issue and mental health yang diketengahkan dalam watak Puteri make me feel stabbed. lagi2 bila Eiyad cakap yang orang tinggalkan Puteri, sebab perangai Puteri sendiri. you know, realiti tak seindah apa yang diceritakan di dalam buku and i salute this book for portraying what reality actually is. how flawed the characters are—it feels real. sebab dalam dunia ni, semua orang ada kekurangannya. kita je yang tak nampak sisi mereka yang satu tu. sometimes, we think too much about our pain until we forgot about the people who were sincerely there for us. i get both sides (Puteri and her surrounding) in this case. benda pasal mental health ni tak boleh dipaksa ya.
masa tahu pasal past Nadeem, i’m still okay eventhough rasa sebak tu menggila jugak lah. air mata bergenang tapi tak menitis. cuma tersentak. watak Nadeem macam Gyeon-U, kena tuduh pembawa malang dan orang sekeliling ramai m4t1 disebabkan dia. maybe ni otak i je, tapi past Nadeem ni reminds me of kes arwah Zulfarhan yang pernah viral dulu. plus sekarang kan memang ramai tengah aware pasal isu membuli dekat sekolah yang makin menjadi2.
bila tahu slightly pasal past Puteri, i rasa marah lebih daripada sedih sebenarnya dengan mak kandung dia. i expected the plot twist about herself sebab dari awal cerita dia asyik cakap perkataan tu je (iykyk)😞💔 her backstory was undeniably SAD—my chest hurt and my heart ached, but it wasn’t enough to make me cry🥹😂 but PAGE 385 BROKE. ME. SO. BAD. 😭💔😭💔
plot tersusun cantik. satu persatu dan sedikit demi sedikit author reveal and ceritakan each main character’s backstory by transiting one scene to another. the pace is quite fast for me but it’s not bore-some. i know author nailed this part. she didn’t make one scene unnecessarily and monotonous. every scene in Memadam Cahaya feels important. the ‘details’ are important and that made me stay throughout the moment i was riding this one. round of applause to the author for doing a well research regarding psychological disorders too!
setiap anyaman naratif dalam Memadam Cahaya feels like a warm hug🫶🏻 penulisan Deelion sangat kuat dari segi kelembutan. it soothes me in a way i can’t explain. another hurt comfort story in the list, checked. naratif boleh dikatakan agak santai however (this is my personal opinion), some dialogues antara watak especially the main characters terasa agak baku buat rasa sedih tu terbantut. it was supposed to be sad bila Puteri & Nadeem cakap macam tu, tapi that sad feeling didn’t really reach me sebab dialog tu baku. sayanglah, sebab buku ni ada potensi untuk buat i nangis dari pertengahan cerita sebenarnya haha💀
Mengisahkan tentang Puteri yang mahu berkahwin dengan Nadeem yang dipercayai menghidap hikikomori iaitu seseorang yang mengasingkan diri dari bergaul dengan manusia di dunia luar dalam tempoh yang lama. Namun tanpa Nadeem tahu, Puteri mempunyai tujuannya tersendiri menjadikan Nadeem sebagai rujukan untuk manuskrip novel terbarunya.
Nadeem; this cutieeee sjshsjshshs Nadeem ni i boleh cakap watak dia sangat comforting. Even dia agak introvert, dia banyak tunjuk sisi sebenar dia dengan Puteri dan lebih selesa dengan Puteri. Paling suka dia describe kenapa dia suka sangat karya-karya Cahaya. Cara dia comfort dan layan Puteri nicely tu sangat la husbandable🫠🫶🏻 seeing him struggle nak lawan rasa takut dia and slowly dah boleh adapt new life dia dengan Puteri awhh imma so proud of him🥹 his dark past— so heartwrenching. Fgs my man truly deserves to have his happiness in his entire life😔
Puteri; aka penulis terkenal di persada dunia yang dikenali sebagai Cahaya. Sangat ketara dengan Nadeem, Puteri ni seorang yang ceria and always giving positive vibes. Suka dengan humour Puteri ni sebab comelll. Tapii another side of Puteri yang selalu buat i tertanya dengan konflik family issues Puteri ni sampai dia jadi ‘toxic’ for herself, sumpah sedih namati i nangis tersedu sedu ye😭 the fact that Puteri had to go through all the pain by herself. Sakit tu i tak tau nak describe macam mana haha. How i wish i could hug her if she were real😭🫂
Jujur i cakap, konflik broken family ni i memang cepat tewas. Sangat main emosi. Awal awal korang akan dihiasi dengan kemanisan dan kecomelan Puteri dan Nadeem ni. Everything is going smoothly. Tapi bila dah hujung hujung tu tau tau pipi dah basah haha.
Puteri dan Nadeem ni bagi i couple yang ‘comfortable’ for each other. I just love how their characters are potrayed so well especially Puteri. Mereka ada past life yang tak indah tapi mereka menjadi ‘penyelamat’ untuk satu sama lain.
Kalau past life Nadeem dah cukup sedih, i bet you akan rasa rabak terus bila tahu konflik hidup Puteri pulak. Tapi kalau mental u kuat maybe tak nangis la kot haha. Untuk ending, author cakap its an open ending. But for me, idk haha. I termenung lepas baca🥲
Buku ni i nampak apa yang penulis nak sampaikan sebenarnya. Cerita yang sarat dengan kehidupan, mental health, harapan, keluarga, kawan dan diri sendiri. So many good values yang buat kau sedar tak semua orang ada life yang sempurna. Even nampak orang tu happy je selalu tapi di sebalik senyuman dia, kita tak tau apa yang dia dah lalui dalam hidup dia.
Heads up to deelion sebab berjaya hasilkan sebuah karya yang berjaya buat emosi i tunggang terbalik kat hujung hujung tu hshs. What a beautiful writing. I sangat enjoy baca MC which is this is my first time baca karya penulis. Did i recommend this? Absolutely YES. Cerita yang tenang tenang tapi boleh main emosi jugak
– anyone yang tengok our unwritten seoul & head over heels, characters dalam tu sangat Nadeem and Puteri coded.
– marriage of convenience. both setuju nak kahwin sebab ada ‘muslihat’ tersendiri especially Puteri. bila author kembangkan kisah dia it was such a #holyfknairball and enough to leave me completely in awe😞
– i was so eager to know kenapa Nadeem isolated himself from the real world. for me the build up of his character is nice, his past traumas and the way he tried to slowly let down his walls lepas jumpa & selesa dengan Puteri.
– tapi siapa sangka, disebalik senyuman dan watak happy go lucky yang dibawa rupanya ada Puteri yang juga terperangkap dalam kegelapan sendiri, penuh luka yang tak pernah benar benar sembuh.
– author gives us a strong Puteri’s backstory & bila watak dia dikupas satu persatu, rasa macam lagi faham kenapa dia buat keputusan yang orang lain mungkin anggap selfish.
– this is a soft love story about “kita sembuh sama sama” sebab as the story progresses, boleh nampak bukan Puteri je selamatkan Nadeem, sebenarnya Nadeem pun selamatkan Puteri dari kegelapan dia. AND THAT’S WHAT MAKES IT MORE DEVASTATING t-Y
– ada la few scenes & dialogues yang cringe but they didn’t fully interrupt my reading.
– it’s a story yang penuh luka, cinta, dan harapan. kalau suka emotional romance please give this book a chance. truly a bittersweet ride for me.
konsep hikikomori (yang saya pertama kali dengar) diketengahkan dalam buku ini; satu istilah bagi mereka yang mengasingkan diri daripada dunia luar dan kehidupan sosial. saya berpendapat sama dengan @lysareading, hikikomori bukanlah satu-satunya isu yang diulas dalam Memadam Cahaya. penulis berjaya menyelitkan elemen-elemen: - broken family - anak yang diabaikan - bullying
penulis juga mempunyai gaya penulisan yang cantik, dan membuatkan saya dapat baca dengan lebih laju! saya tak pasti kenapa, tapi Memadam Cahaya memang ada vibe macam menonton drama TV3 (neither a good nor a bad indicator).
bagi saya, jalan cerita bagi buku ini ada yang predictable atas sebab hint yang penulis dah pun berikan kepada pembaca sejak awal lagi. saya lebih suka kalau penulis tak berikan “foreshadow” pada apa yang bakal berlaku. saya dapat rasakan perasaan dan emosi saya akan lebih berbolak-balik kalau elemen surprise tu lebih besar.
tapi, babak di mana Puteri ingin berkahwin dengan Nadeem, atas alasan menggunakan personaliti Nadeem (seorang hikikomori) sebagai watak di dalam buku baharunya, bagi saya - rasa tak kena. saya lebih suka kalau ada alasan yang lagi kukuh di sebalik hasrat Puteri, sebab perkahwinan bukanlah sekadar akad sahaja. mungkin it makes more sense selepas kita dapat tahu sesuatu towards the end, tapi saya personally tak berapa minat this approach dalam sesebuah buku.
cara nadeem perlahan-lahan membuka ruang dalam hidupnya buat puteri - memang menyentuh hati. on top of this, saya berharap ada lebih banyak scenes antara puteri dan nadeem—specifically yang menunjukkan mereka lebih vulnerable with one another, sebab saya berpendapat yang kita mungkin akan lebih senang warm up to and fall for someone bila kita mula let our guards down.
all in all, it was a good read. saya suka mesej hikikomori dan harapan, yang dibawa dalam buku ini. thank you Ink Loaf atas pemberian naskhah ini!
Kadang-kadang, orang yang paling banyak senyum tu lah yang paling banyak menangis dalam diam. Dia beri cahaya pada jiwa yang hilang arah, walaupun hati dia sendiri mencari-cari sinar untuk terus berdiri. Macam Puteri.
———————————————————— Nadeem ialah seorang “hikikomori” (seseorang yang menarik diri secara ekstrem dari masyarakat dan mengasingkan diri dalam tempoh yang panjang). Dia terperangkap dalam kegelapan silam selama 11 tahun. Nadeem menerima Puteri sebagai isteri sekadar satu penyelesaian. Namun setelah hidup bersama Puteri, Nadeem mula merasakan ada cahaya kecil yang mampu menembusi kegelapan dalam dirinya.
—————————————————-
Fai memang suka baca buku cinta-cinta ni, tapi bukan semua buku cinta boleh kene dengan Fai. Memang agak cerewet sikit kalau bab pilih buku cinta sebab for me, cerita cinta kena ada feel & bukan sekadar drama biasa je. Tapi bila Fai baca Memadam Cahaya oleh @deelionly , Fai rasa buku ni lain macam sikit, bukan cerita cinta biasa, tapi lebih kepada perjalanan hidup yang penuh dengan emosi dan harapan.
Kalau part comel, comel betullll! Bila cerita jadi sedih, rasa sedih la pulakkk. Macam naik rollercoaster. Kejap tersengih, kejap sedih, kejap maghohh BSHAHHSAH
Fai suka bila penulis cipta watak Nadeem bukan macam hero yang sempurna. Dia manusia biasa. Jadi dia boleh gagal & berjaya. struggle untuk lawan takut dia tu. itu yang buatkan cerita ni lagi real. Watak-watak dalam buku memang ada chemistry, comel gila!! Kalau Fai suka, korang pun mesti suka. Kalau korang suka cerita yang buat kita fikir dan rasa, bukan sekadar hiburan kosong, “Memadam Cahaya” memang boleh masuk list baca korang.
“Jangan mengeluh bila jatuh, sebab kalau kita tak jatuh, kita takkan pernah belajar cara untuk bangun.” Fai suka ayat ni tapi masa baca buku tu terlupa nak tanda muka surat berapa, jadi ayat dia lebih kurang macam tu lah hehehe
Puteri. Seorang penulis buku yang terkenal dengan nama pena Cahaya, cukup semua pakej cantik, muda, periang dan berbakat. Nadeem. Seorang Hikikomori yang menjauhkan diri daripada kehidupan sosial.
Mereka bernikah. Bukan atas sebab cinta. Puteri dan Nadeem ada alasan yang tersendiri. Pernikahan itu telah menjadi titik permulaan mereka mengenali erti sebenar Kehidupan, Kepercayaan dan Cinta.
Kisah silam; Telah memalapkan jiwa mereka. Nadeem perlukan cahaya untuk keluar dari kegelapan silamnya. Puteri juga perlukan cahaya untuk menyuluh masa depannya. Mereka; Yang akan menyalakan cahaya walau kehidupan kian sirna di lautan dunia yang gelap. ___ Inilah dia buku cinta yang paling menyakitkan dengan mesej yang sangat berat. Sejujurnya ini pertama kali baca buku yang watak utamanya tidak sempurna tapi kekurangan tu menyempurnakan keseluruhan cerita.
Dari mula dah di ‘feed’ dengan kekurangan Nadeem sampai saya expect this story is about him, but little did I know Puteri punya background story lagi sakit dan sakit yang toksik.
Padat dengan mesej. Cara penyampaian yang sangat jelas dan menusuk jiwa. Nangis juga bila kebenaran terbongkar, bila diorang luahkan apa yang terpendam disebalik senyuman. I could never survive if I were them, betul cakap. The struggles, the toxicity and lack of humanity ✋🏼😔
Saya takde la menangis teresak-esak tapi emosi sangat bila kita letak diri sendiri dekat kaki Nadeem dan Puteri (especially her 😔). Saya tak sangka dengan plot twist dia, betapa sakitnya dia sampai terpaksa buat macam tu demi menyuluh cahaya buat diri sendiri.
Chemistry Nadeem dan Puteri sangatlah kuat sampai saya rasa diorang ni kalau tenung sesama sendiri pun boleh buat jatuh cinta. He’s so sweet and She’s so kind.
+ korang kena baca buku ni sebab konflik, watak, jalan cerita dan pengakhiran yang sangat puas hati.
Puteri✧*。 Sejak kecil hidupnya tiada cahaya yang menerangi hidupnya. Disebalik kegelapan yang perit itu dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dengan cara menulis buku sehinggalah dia berjaya menjadi penulis best seller dalam industri buku. Hidupnya kian ceria & popular.
Nadeem ✧*。 Ada peristiwa yang menjadikan dia memilih untuk menjadi hikokomori yang mengurungkan diri didalam rumah hampir 11 tahun.
Nadeem menerima Puteri sebagai isterinya hanya untuk menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya Puteri pula mahu menjadi Nadeem hanya sebagai rujukan menyiapkan manuskrip novelnya.Sepanjang mereka bersama mula membuka ruang baru untuk dia mengenali Puteri yang sebenar.
Honestly saya ingat buku ni sekadar buku yang comel-comel indah belaka tapi tidak ye. Isu dalam buku ni agak berat lah dimana watak utama iaitu Puteri tu sendiri yang susah untuk hargai diri sendiri dan watak Nadeem yang sangat perlukan sokongan keluar dari hikokomori. Isu puteri pun sama berat juga ye isu broken family + bad influence friend + toxic environment yang bawak impak besar bila dia dewasa. Both characters carry each other through the darkness 🥹🫂🤍
For the ending saya tak nangiss tapi tiba tiba air mata gedik keluar ')
Satu, mungkin saya salah pilih buku sbb buku sebelum ni menarik dan sangat best. Jadi, buku ni sangat tenggelam
Dua, MC takde watak yg buat saya tertarik.
Tiga, penulisan penulis okay tapi sejujurnya saya kurang suka dengan cara penulis memperkenalkan watak lagi lagi Puteri. Rasa macam awkward. Rasa macam bahagia yg puteri tunjukkan tu awkward, puteri terlalu memaksa utk tunjuk diri dia bahagia tapi hakikatnya dia tak bahagia.
Sejujurnya cara penulisan watak yg tak kena dekat mata saya. Chemistry tu hujung hujung lah baru ada, baru bagi impact tapi tulah ending pun 🙂
mengisahkan tentang Puteri @ Cahaya seorang penulis yang hidup dalam kegelapan akibat ulah ibu bapanya dan Nadeem seorang hikikomonori yang masih terperangkap kisah silam.
baca buku ini macam rollercoaster
bila sedih, sedih sungguh bila part comel, geram je rasa
kepada Puteri & Nadeem diluar sana, semoga sentiasa kuat
banyak pengajaran yang dapat diambil antaranya: hargai seseorang selagi masih ada, ibu bapa manusia masih manusia terkadang buat silap dan perlu minta maaf kepada anak.
adakah cerita ini berdasarkan cerita sebenar juga?
Bagi pendapat saya yang jujur. Cerita ni best. Sumpah best. Jalan cerita. Memang tak boleh stop untuk baca. Satu jelah masalahnya, banyak typo, penggunaan ayat yang terbalik. Kadang susah nak faham. Harap InkLoaf boleh semak dan tambah baik balik. Sebab novel InkLoaf memang semua best. Cover cantik. Keep It Up penulis!
macam baca kisah sendiri pun ada 🥹 also rasa nak peluk kuat-kuat ya seorang puteri & nadeem. walaupun bagi saya open ended, i am so glad that at least they have each other. and most importantly, themself.
THIS IS SO GOOOOOD?!!! I LOVE IT TO THE CORE. It just have the right amount of comedy, romance and even angst. Gue hampir menangis ye, like literally 2/3 part menuju akhir tu hidung dah soksek :')