Bagaimana jika watak yang dicipta jatuh hati kepadamu? Bagaimana jika dia tidak tahu siapa dirinya? Dan bagaimana jika kebenaran menghancurkan segala-galanya?
Ivan Achilles, antagonis dalam Candra dan Kasih, merentas ke dunia realiti dan hatinya terikat dengan Asteria—tanpa mengetahui dia hanyalah seorang watak dalam novel. Apa yang akan terjadi apabila dia mengetahui kebenaran?
Kecewa, Ivan menghilang, meninggalkan Asteria dengan luka yang tidak terubat. Lima tahun berlalu, mereka bertemu semula—tetapi adakah ini satu keajaiban atau satu kesilapan? Mengapa hidup Ivan seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat?
Dapatkah mereka menulis semula takdir, atau perasaan mereka hanya permainan pena yang akhirnya akan terpadam-lupus?
idk should rate two or three stars. personal opinion about this book.
Untuk readers yang berminat nak jump into:
✿˖° Percintaan antara penulis dan karakter fiksyen (si antagonis). ✿˖° Pengulangan antara realiti dan fantasi. ✿˖° Pengembaraan merentas dua dimensi berbeza.
This might be for you ⤴︎
I cannot denied yang I tertarik bila ada konsep 'fictional character' sanggup merentas ke dunia realiti atas sebab dia tak puas hati dengan ending yang penulis dia dah tetapkan. Not only that, the spark of romance is growing in reality. Maybe org cakap, it's weird but the idea was captivated and err tricky.
──── ୨୧ ────
But here is my problem or should I said, my concern (?): I don't enjoy much the first and second part of the story sebab I confuse and tak dapat connect the dots along the way. I faham yang cerita ni sepatutnya kita cari the missing puzzles then slowly uncover the relationship between Ivan dan Asteria - however connecting the pieces should be fun but sadly, the sudden transition plot, unclear timeline and lack of description in the worldbuilding and external surrounding ruined the flow of my reading experience.
Appreciate it if that part diperkemaskan especially timeline & flow since we're playing with the time looping concept here.
Itu masa awal-awal lah, lepas tu bila masuk part Ivan dekat hujung-hujung, baru I rasa okay sikit nampak sinar dah. Masuk third part, it's become clearer but for my case kan, I would prefer if the writing could grab my attention on the first or second half terus. Bila dah masuk third part ni macam jauh sangat nak catch my interest.
Dari segi intonasi karakter pun, bagi I lebih kurang sama je. I susah nak differentiate tone untuk setiap karakter kecuali melalui gesture or personaliti. Sebab nampak yang Ivan ni cenderung ke arah love language seperti words of affirmation and acts of service.
──── ୨୧ ──── Dan I paling suka dekat sini:
Page 266: Bila Ivan dah start bosan dan muak 🤣 Macam gini kot perasaan fictional character bila penulis sendiri stuck dengan manuskrip sendiri *lewls
Epilog II: Emotional and at the same time, you injected humor and give a proper closure! (like finally). Boleh pula author tu buat plot cenggitu - for me, it was brilliant! Not gonna spoil it but I memang tergelak dengan part Asteria dengan that guy. Kasihan juga dia eh sebab terpaksa jadi penjaga lama sangat. Maybe sebab tu kot dia nak pi rasa adventure kejap •︵•
──── ୨୧ ────
However, I have to give credit to the author because this kind of story is so tricky to pull off and she took the risk to do it. It’s either you nail the plot, the characters, or (if you're lucky) both. For this round, there were some parts that just weren’t my cup of tea. Kesimpulannya, baca review I boleh, percaya jangan (ง'̀-'́)ง tekak kita berbeza-beza.
the idea was there. ibarat kdrama extraordinary you. haruuu yaaa ~ ha siapa pernah tengok? bayangkan watak dalam buku tu keluar dalam dunia nyata. kau nampak dia yang sebenar - terkejut kan? yang paling terkejut bila watak tu sebenarnya ciptaan kau, kau penulisnya so kau tahu apa endingnya.
kudos to the author for the storyline - interesting but maybe boleh diperkemaskan lagi. 🙏🏻 maybe kalau buat movie ke tak pening macam buku kot
ok this one quite harsh sikit the review :
and whats the connection between author and this ‘iris heterokromia’ ? 😭😭😭🫵🏻🫵🏻 gurl u been describing mata way too much but u never describe the plot like that 😔🙏🏻
it should be around 100 pages sahaja. too draggy. the plot was there but it was too late. dah bab 5 pun masih tak nampak jalan cerita ni ke mana. sekejap masa depan sekejap masa belakang. the dialogues are too cringe for some scenes. banyak sangat unnecessary parts - should have focus one clearing apa yang sebenarnya berlaku. dah rasa macam aku pula yang dalam dunia fantasi. ayat sangat berpuitis sampai saya pun taktahu mana patut saya fokuskan. maybe author nak tunjuk part misteri tu tapi buatkan saya pening.
itu jelah. masuk page 167 baru saya rasa cerita ni bergerak. bukan haters lah ini ulasan review. ok bye
– kisah Mimpi dan Bintang ni macam baca cerita yang berjalan dalam bulatan, dalam satu lingkar masa yang panjang. timeline dia ulang dekat waktu yang sama.
– honestly, it’s either you’ll find it brilliantly crafted or mungkin akan rasa letih if repetitive plots aren’t your thing.
– i already love the concept. but as someone yang suka cerita dengan lore dan details, kalau world building digarap dengan lebih mendalam, mesti lagi nice because the premise and idea dah menarik.
– i did enjoy the dynamic between the two leads at the beginning. it had that “reluctant allies to lovers” vibe.
– but at the same time, i felt it was a bit too fast for both of them to fall in love. macam… where’s the turning point? eventho Part II did include more in-depth background stories about them, i couldn’t quite grasp when or how the love really developed.
– despite that, THAT gallery scene, THAT luar rumah scene really got me tearing up. the destiny between the two of them is just… 😭💔 destiny work hard but Ivan work harder.
– untuk genre fantasy it can be tricky, but author’s writing style cukup untuk bawa i masuk dalam dunia mimpi tanpa rasa lost.
– overall, Mimpi dan Bintang is a bold and creative take on the romantasy genre. kalau suka cerita yang kacau emosi dan main dengan konsep realiti-fiksyen, definitely give this a try.
– it may not be flawless, but it dares to explore something many of us only dream of.
my first impression of this book mengingatkan i dekat k-drama W Two Worlds. memang time baca 100 mukasurat pertama i terbayang lukisan komik Lee Jongsuk yang kena tembak tu as Ivan HAHA. i love the premise and the idea of this story.
i labeled this story as messy and complicated. why? cerita ni memang undeniably messy but in a good way of course. awal2 tu memang i tak dapat connect the correlation between Bahagian 1 and 2 walaupun terang2 tunjuk POV Asteria and POV Ivan tapi sumpah gue feninggg sebab takda kena mengena. so i thought Ivan tu muncul dekat universe lain yang ada Asteria as the author la. bila i keep on reading baru i faham apa sebenarnya yang jadi (sebab tu orang cakap kena baca habis dulu baru jaj gahaha)
complicated sebab otak tak cukup GB i memang rasa cerita ni memeningkan😭🙏🏻 regarding the world building, memang i perlukan lagi banyak execution since this story is fantasy and melibatkan dua dunia iaitu realiti dan fiksi. Grammata City pun just mentioned once or twice, tapi tak ada description pasal universe tu sangat. lebih kepada Kedai Buku Lama je. maybe sebab i banyak tengok video teaser dekat account author so i dapat jugak bayang vibe vibe Scotland yang author tried to show in Grammata City.
however, i suka how both the prolog and epilog boleh jadi permulaan bagi sesebuah kisah. and how the cover resembles the ending SOOOO MUCH. kena baca sendiri baru fahammm🙂↕️
what’s more, I love Asteria’s fashion sense! 😍🫶🏻 old money vibe sangat kenaaa gila dengan illustration dia HAHA perangai Ivan tak macam apa yang I expect yek, i thought bro gives off masculine vibe tapi boleh tahan goofy jugak mamat antagonis nii😭 satu je la yang i rasa penggunaan perkataan yang berulang dalam description appearance Ivan— ‘iris’. tahu nak tunjuk warna mata Ivan tu lain dari yang lain😞🤣
romance dia boleh tahan cringe. tapi cringe yang klasik. gaya penulisan okay bagi i sebab i tak adalah memilih sangat bab penulisan ni cuma i cuba fahamlah dia baku sebab ceritanya pun genre fantasy. dialogues diorang pun baku and macam i cakap tadi romance dia cringe yang klasik sebab nak flirt pun bahasa baku kita jadi tak dapat nak feel sangat kemanisan tu😭 on the contrary, it didn’t make me stop to keep on reading. author did lure me to meet the ‘tamat’ word smoothly.
the last three chapters sakit amattt tapi i didn’t cry (kental💪🏻) boleh nampak kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. scene galeri seni tu wehhh ya allah my heart dropped together with Ivan🥹😭🤚🏻💔
walaupun i bukan peminat romantasy but the advance plot managed to catch my attention. i applaud the author for giving a try to write this lowkey-messy-and-complicate-thinking kind of story. don’t let my thoughts bother you otherwise.
💫Mengisahkan seorang penulis iaitu Asteria yang menulis tentang Ivan Achilles, watak antagonis dari novel, tiba-tiba muncul di dunia nyata dan mula jatuh cinta, tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak rekaan. Apabila kebenaran terbongkar, Ivan menghilang, meninggalkan Asteria terluka. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula—namun adakah ini takdir atau hanya permainan pena yang bakal berakhir sekali lagi?
💫since dah lama tak baca fantasy×romance story I love the concept when fictional characters keluar ke dunia nyata. (𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘨𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘢𝘣𝘦 𝘧𝘪𝘬𝘴𝘪)
💫buku ni ada 3 bahagian, ada 3 pov berbeza dari Asteria, Ivan & kejora dan cinta. bila part 1,2 tu macam samar-samar je, part 3 tu baru macam faham. Watak Ivan dalam Illustrasi nampak lah kan cover macho misteri gituu tapi bila awal awal tu perangai dia kelakar ye tak nampak macam antagonis punn😞. kalau tengok from my journal or cover ada pintu 🚪kan? weh part tu terhibur eh 🤣. comelnya ada penjaga 🪄
💫 recommendations kepada yang suka baca romance fantasy lover, elemen merentas masa, penulis × fictional characters
since buku ni konsep dia macam kita akan stuck kat satu time loop so memang aku target nak habiskan in one sitting je. I love the idea, the plot and storyline pun nice. tapi ada part yang macam tak terjawab jugak (sikit jela). dialog antara mc agak awkward for me tapi tak cringe sangat. and kadang chemistry diorang tak berapa attached tapii love story Ivan dan Asteria ni memang sakit.
overall, boleh la best. boleh feeling feeling fall in love dengan watak fiksi yang keluar dari novel agittew. buku ni macam escapism untuk aku yang kadang rasa nak lari dari reality hidup hahah
Tertarik nak baca buku ni sebab konsep rentas dimensinya. Tapi mungkin buku ni bukan untuk saya, sebab genrenya full romance. Quite cringe haha, for me lah. Tapi untuk elemen fantasi & greek mitologi tu, saya kena puji idea penulis. Memang menarik.
OVERALL: You need to prepare the timeline paper in your mind when you read this because the story consists of time loops to different timeline. I really love the concept where the characters jump out from the story to the real world. Story wise, it is good. I need to say that the author know my weakness and decided to attack me at the end of the story, which makes me want to put extra 0.5 rating. But the writing can be improved as I see too many overused phrase like 'aksara' and 'iris', and sometimes the way it describe something makes me confused. The tatabahasa is good but I think there are some phrase or sentences that needs to improve the tatabahasa. I would also like to point out that I have seen a few typos that should be corrected for the next printing. The editor need to look at it properly.
CHARACTERS: Given the personalities of the character, I'm not sure if it's just me because I feel like the way they talk sometimes not too natural like the normal people or match their personalities. The way they talk are over puitis (but maybe this is just me because I got cringe easily, sorry!). At first part, it is shown that Asteria confused between her illusion and reality, that might affect her personality. She looks so pasrah with her life but then Ivan appeared, she gets a bit annoying (for me) but then suddenly fall in love? I feel like it is too early. While the Ivan described as the antagonist suddenly become mellow and soft with Asteria. This will be described at Ivan's POV but I still think he is too early to fall in love, but I guess that's how cinta pandang pertama.
BOOK PARTS: This book has 3 parts, which consists of 3 POVs, Asteria's POV, Ivan's POV, and 3rd person of view. I love both MCs POV because we can know what they actually feel. But when it reached the 3rd part, the timeline got me confused. It would be better if the author indicate at least date or the count of the loop.
Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada penulis atas percubaan yang sangat berani menulis naskhah bergenre fantasi sebegini. Saya tahu tak mudah nak tulis fantasi sebab world building berbeza dengan dunia realiti. Cumanya, Mimpi dan Bintang ini taklah world building dia terlalu extra— sebab ia cuma perihal watak novel yang masuk ke alam nyata.
Selalu kita akan favour hero je kan? Kalau antagonis biasanya tak ada yang sayang. Yang menariknya dalam novel ni,antagonis tu lah yang dijadikan watak utama. Cuma, saya macam 'kureng' sikit lah apabila backstory Ivan tu diserlahkan.Macam try hard nak menampakkan Ivan buat semua tu (memalukan Juwita dan lain lain) tu cuma kerana jiwanya tersakiti.
Kemudian, novel ni ada 3 bahagian POV. POV pertama ialah POV Asteria . Inilah bagi saya POV yang paling memeningkan berbanding 2 POV yang lain. Sebab macam tak teratur. Timeline tak smooth — saya tak boleh connect macam mana watak ni ada kat situasi ni dan terus jump pergi situasi lain pula. Ada scene yang Asteria kata dirinya menghidap oneirism kemudian tiba-tiba Ivan memang wujud pula. Jadi waktu baca POV Asteria memang saya tak guna otak sangat lah. Sebab tak boleh nak hubung kait, haha.
Tapi masuk POV Ivan (POV kedua) dan POV anak-anak mereka (POV yang ketiga), saya dah boleh faham jalan ceritanya.
Ketiga, saya perasan gaya penulisan penulis memang puitis. Ini yang saya suka, sedap pemilihan kata dan sebagainya. Cuma, ada banyak sangat frasa yang overused macam candra semua tu. Mula-mula memang saya macam "aww heartwarming" tapi bila dah overused saya cringe sikit. To be honest, saya tak ada masalah pun dengan ayat romantis klasik cuma kalau pelbagaikan frasa atau kosa kata yang digunakan lebih baik.
Apapun, saya takkan serik membaca novel lain penulis ini. Semoga berjaya dalam bidang penulisan!
It’s a fantasy story yang mengisahkan seorang penulis bernama Asteria (Ria) yang jatuh cinta dengan watak antagonis ciptaan dia sendiri. And guess what? The antagonist, Ivan, merentas dimensi dari dunia aksara ke dunia realiti! OMG 😭 It’s every reader’s dream to meet their favourite fictional character in real life HAAVSHSHAHAH
———————————————- Masa fai mula baca Mimpi dan Bintang, fai terkejut sikit sebab personality Ivan masa permulaan cerita nampak… err, lain dengan ilustrasi dia. Gambar nampak serius, misteri, tapi dalam awal2 cerita, bapak kelakar! Banyak cakap pulak budak ni HAVSAHAHHA. Bukan Ria je pening, aku pun pening 😭 And bila masuk bahagian tengah cerita, Ria dah mula sweet-sweet dengan jejaka dia tu. BROOO it’s still too early for a happy ending. Mesti ada something akan jadi 😏
One fact about Ivan yang kita tak boleh lupa, he’s still an antagonist. That’s why illustration dia nampak serious and dark macam tu. Dia antagonis dalam kisah orang lain, tapi dalam kisah dia dengan Ria, he’s the hero.
——————————————-
For those yang tak suka ayat yang terrrlalu manis, korang kene get ready la ek, si budak Ivan ni mulut dia kemainn manis dia. I was like “😧” . As someone yang tak pernah bercinta, pastu kalau tiba-tiba ada orang bagi ayat cinta Ivan tu kat aku, aku sepak mamat tu HAVAHHAAH sorry, i cannot 😭🙏🏻
Overall, Mimpi dan Bintang is a unique blend of romance and fantasy. Kalau korang suka cerita yang lari dari kebiasaan dengan elemen ‘dunia dalam dunia’, this one is for you. It’s not a typical story.
The angst, the pain, the vibe, the atmosphere, saya sangat suka. Walau banyak yang kata cerita ini memeningkan, namun bagi saya, cerita ini okay. Tak pening pun. Saya boleh faham apa yang berlaku dengan baik.
Dari segi worldbuilding, (sebab ini genre fantasy) could be better but regardless, I still found myself enjoying this story very much. Bahagian 1 is my fave sebab saya sangat suka that dreamy kinda like storytelling yang buat saya rasa terbuai dengan jalan ceritanya.
Saya terpaksa kurangkan 0.5 bintang kerana ada beberapa adegan lawak yang kurang kena dengan selera saya. (No hate pada penulis) Dan 0.3 lagi kerana identiti sebenar Ivan yang didedahkan pada bahagian 3 macam sedikit anti-climatic pada saya. 😭🥹
Dan lagi 0.2 sebab ada typo yang boleh dikatakan agak banyak juga. (Tapi maaf saya tak annotate jadi tak ingat muka surat mana.) Tapi saya harap ia sudah dibaiki untuk cetakan-cetakan seterusnya! 🙌🏻
Tapi ngl, its still an enjoyable read!! Saya sangat suka cara penulis bermain dengan bait kata dalam ni dan nama anak-anak mereka sangat sedap ya!! Saya tahu bukan senang nak menulis cerita bergenre fantasy jadi apabila dapat tahu ada penulis Malaysia yang membawa genre fantasy sebegini, memang saya antara yang paling teruja! (Sebab saya jenis suka cerita fantasy jenis begini)
Akhir kata, terima kasih kepada penulis untuk cerita ini. 🫶🏻
Tajuk Novel : Mimpi dan Bintang Penulis : Penerbit : Rating : 3.5⭐️/5⭐️ “Pernah tak rasa… jatuh cinta dengan watak dalam fiksyen — dan tertanya, ‘bagaimana kalau mereka hidup?’ Ivan Achilles buat saya percaya, kadangkala mimpi itu terlalu hidup untuk dilupakan.” Mimpi dan Bintang ialah kisah cinta antara Ivan, watak lelaki yang tercipta dalam dunia fiksyen, dan Asteria — gadis yang membuat dia ingin hidup di dunia nyata. Ia bukan sekadar kisah cinta, tapi tentang takdir, pilihan, dan persoalan: adakah kita milik pena penulis, atau suara hati sendiri?
Apa yang saya suka 🥰 ❤️ Bahasa yang senang difahami 🌀 Konsep metafiksi: macam tenggelam dalam dunia antara dunia. 🎭 Ivan bukan watak hero yang tipikal.
Apa yang boleh diperbaiki 🫣 ⚠️ Saya agak keliru sedikit sebab antara dua dunia sebenar dan mimpi. ⏳ Beberapa bab terasa sedikit lambat, tapi mungkin itu gaya penceritaan yang disengajakan — untuk rasa ‘tersesat’ dalam dunia mimpi Ivan.
Bagi pendapat saya, novel ni sesuai untuk yang mahukan kelainan dan yang pernah terfikir kalau watak hero suka pada aku, apa yang akan terjadi? 🤭
Buku ni awal2 dah pov1 dan pov1 sangat susah ye... susah utk kami baca dan menyelami dan susah juga untuk writer menulis(maybe).
Novel ni boleh kita bahagi pada 5 bahagian, 1 prolog, 3 cerita, 1 epilog.
3 cerita tu semua pov1 tu kisah asteria penulis yg bercinta dengan watak antagonis yg handsome tu(ivan archillis) - handsome, kaya, dan punyai segalanya kecuali rasa cinta je dia tak de. so dalam kisah novel yang asteria tulis tu dia buat la ivan ni penagih cinta pada si juwita, tapi kisah juwita dan qash dalam ni sikit je lah sebab ni kan kisah asteria.
rasa pusing2 lepas masuk ke cerita ke 2, sebab pov1 tadi bertukar ke ivan pulak, kemudian cerita ke 3, kisah mereka berdua dalam timeline yang sama.
epilog akhirnya baru lah faham keseluruhan cerita. agak mencabar ya otak nak link kan semua2.
overall cerita ni boleh kata agak berat untuk saya.
Beli buku ni tanpa sesiapa yang rekomen, nampak di kedai buku dan terus beli. Pada mulanya agak mengelirukan, tapi setelah saya baca dan terus baca, ternyata semuanya memang berkait rapat. Cerita ni memang kena fokus dan peka dengan details, sebab ia memang leads to jawapan how, and why ia terjadi. Penulis memang pandai tarik minat saya untuk membaca dan saya dapat habiskan baca buku ini selama 1 hari setengah.
Oh ya, buku ini genre dia Romantasy. Kesimpulannya, saya suka buku ini kerana ia memberi saya semangat untuk terus membaca walaupun masih berbekas rasa sedih dek kerana watak utama dan jalan ceritanya.
cerita ini mengisahkan tentang si antagonis yang merentasi dimensi aksara ke realiti dan si penulis yang mahukan wataknya menjadi realiti.
Pada memulanya cerita ini agak memeningkan kepala sedikit tapi lama kelamaan dapat difahami. Saya suka dengan perangai Ivan pada part I asyik buat saya tendang angin je (flirty, orang single memang begini) tapi macam tak percaya pulak perangai dia dengan gambar yang dilukiskan! LAIN SUNGGUH (reminder dia si antagonis)
vibe MDB sama dengan K-drama W: Two Worlds. And if you guys are fan of fantasy you can try this!
The storyline is there but agak tk kemas.Sometimes,I get confused by the story itself.There are some ayat that's a bit cringe(don't get me wrong).Also,the author 'iris hetrokimia',I don't get the plot.Like,the author mention it many times but I don't get the plot.But overall,I enjoy it.