Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sakura

Rate this book
"Awak nak jadi Sakura ke?" - Airis Elman

"Saya memang dah penat hidup sebagai manusia tapi tak adalah sampai nak jadi bunga." - Nurin Nabeela

Sakura itu istimewa. Sakura juga ada harganya.

Kemelut keluarga Takeshita datang dengan cabaran yang rumit, mampukah Nurin dan Airis menghadapi hubungan yang serba sulit ini?

Gadis pelukis bertemu jejaka kafe di bumi Jepun.

Berawal dari manisan dan lukisan, Nurin dan Airis berlanjutan dengan jalinan perasaan.

Nurin harus bertahan dengan ancaman musuh tradisi keluarga Airis; setelah memilih untuk kekal bersama anak sulung daripada keluarga berpengaruh di Jepun itu.

Airis perlu berterusan melindungi si pelukis yang mula memenuhi ruang hatinya.

Paperback

Published May 1, 2025

1 person is currently reading
43 people want to read

About the author

Deian Dyan

3 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (35%)
4 stars
19 (47%)
3 stars
7 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
July 10, 2025
idea dan plot dah best, tapi taktau kenapa aku rasa macam agak mendatar je baca buku ni. genre rom-thriller tapi tak rasa thrill pun sepanjang baca. watak ml pulak macam wujud tak wujud je. a bit disappointed la, faham je dia dah tak terlibat dengan galeri himawari tu semua sejak kes 5 tahun dulu but at least, aku mengharapkan lebih dari watak dia sebenarnya. watak fl kadang cringe sikit la ngan dia ni tapi kadang okey je.

scene nurin dan awatif kena culik tu— a bit kelakar for me masa dah hujung hujung scene tu sebab ada part yang hideki dengan izuna tak silap(?) diorang bermusyawarah dulu sebelum nak berlawan dengan musuh sedangkan awatif dah tak sedarkan diri. oh my god— stresnya aku baca. masa ni macam tak berapa logik sangat sebab nurin pun sepatutnya dia pengsan sebab ko baru lepas kena belasah kut?? tapi still boleh dengar diorang bersilaturrahim kat situ *picit dahi* yea, i got it cerita ni pov 1 so nurin kena dengar semua benda lmao😭

pace cerita ni laju sebenarnya tapi taktau kenapa aku banyak kali tersengguk lol. since buku ni berngenre action-thriller, so expectation aku agak tinggi la jugak tapi kecewa sikit la sebab ada part yang plot hole dan agak questionable jugak. maybe gaya penceritaan penulis ni tak berapa nak masuk tekak sangat ataupun aku sendiri yang memang agak kureng dengan cerita yang guna pov 1. tapi writing dia so far okay la boleh dihadam. aku suka part plot twist tu jela kot. overall, not my cup of tea pun but still boleh habiskan sampai ending
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
August 18, 2025
Wow! Idea cerita Sakura ni serius menarik tetapi....
Jangan tertipu dengan cover pink ni. Sakura bukan sekadar cerita cinta manis, tapi sarat dengan konflik penindasan, kekeluargaan yang diselangi dengan action-thriller, serta kemelut kuasa.

Bayangkan, kau diserang secara mengejut dan penjahat itu ingat kau adalah Sakura.
Persoalannya, siapa sebenarnya Sakura?

Belum pernah Nurin Nabeela ni ada gelaran 'Sakura' malah, tiada sesiapa yang dia kenal dengan nama tersebut. Sejak perkenalannya dengan keluarga Airis, hidup Nurin berubah dan pelbagai ancaman terjadi. Maka, misteri identiti Sakura bermula.

__

Walaupun idea Sakura tu menarik, I ada love-hate relationship dengan buku ni. Yang best, I suka sebab ada action! Bab torture, lawan dengan penjahat tu memang susah nak berhenti baca. Daripada kisah kawan baik Nurin, musuh keluarga Takeshita, dan obsesi dijadikan jenayah - semua tu buat cerita ni standout dengan twist yang saspens. I suka bila writing penulis ni buat I nak predict sekali apa yang jadi. Ada yang kena, ada juga yang tersasar.

Pembawaan sejarah family Takeshita dengan musuhnya pun menarik walaupun masih banyak persoalan yang membelenggu fikiran kita. Alangkah baiknya jika diperkembangkan. I boleh rumus dekat sini: Pergaduhan puak yang tiada kesudahan tu hanya sebab 𝑺𝒂𝒌𝒖𝒓𝒂?

Lah pathetic.
Seriously, those men were so pitiful because from what I saw, those clan prolonged a long war because of women's status? I know we are unbeatable but it's such a shame with that attitude.

Perkara yang I rasa kurang disini (personal view), hubungan Nurin dan Airis. Of course, he would be shining knight in armor but that's it. I tak dapat mendalami karakter Airis walaupun dia ada good background like: pandai buat dessert/pastries, anak sulung, punya kisah silam sehingga menganggu kesihatan mental. Tapi interaksi Airis dan Nurin tak cukup kuat untuk I 'ship' mereka. Maybe relationship tu tak konsisten dari awal sebab mereka strangers then sudden fall in love? I don't catch that.

Sebaliknya, I nampak spotlight untuk Nurin secara individu, diikuti dengan Shasha dan Maria. Kondisi Nurin yang kelihatan lelah pada pertengahan cerita dengan drama semua tu, nampak dia macam dah berputus asa untuk hidup. Afterwards, I suka dengan kebangkitan Nurin!

Personally, strength cerita Sakura ni terletak pada action dan konflik. Part tu yang buat I keep turning the pages berbanding dengan elemen lain.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
November 13, 2025
My thoughts?

1. Aku tertarik nak baca buku ni sebab mmc dia orang Jepun 🤪 Aku kalau pasal Jepun2 ni memang obses sangatlah. Sebab tulah Salju Kyoto is one of my top 5 favourite books.

2. Nurin - fmc buku ni seorang pelukis. A very talented one. Dapat pergi Jepun atas urusan kerja bawah Galeri Himawari. Dia heret bff dia Awatif pergi sama. Awatif ni pulak ada kawan kat Jepun yang buka cafe pastry. Owner cafe tu of course la mmc, Airis.

3. Airis ni pulak dari family Takeshita. Takeshita ni kira keturunan yang hebat la. Pegang business segala. Diorang ada musuh tradisi, geng pakai cincin zamrud. Geng cincin zamrud ni pulak jenis takde telo. Diorang akan carik pasal dengan Sakura dari family Takeshita je. Sakura ni ape pulak? Gelaran untuk menantu dalam family Takeshita.

4. Tak tahu macam mana si Nurin boleh caught up dalam masalah tu. Semua sebab puak syibal tu salah faham ingat si Nurin tu Sakura sebab ada kat kafe si Airis. Dari situ la start macam2 masalah sampai kena culik bagai.

5. Actually aku baca sampai habis pun masih tak faham apa penyebab Takeshita dan geng cincin zamrud ni jadi sworn enemy 🤣

6. Aku kan mati2 ingatkan yang Awatif dah gone tapi false alarm rupanya. Syibal betul haha. Apasal cara penceritaan tu macam Awatif dan gone 😭

7. Satu je benda yang aku kurang puas hati dalam buku ni. The romance rasa macam off sikit. Aku rasa macam tiba2 je Airis suka kat Nurin. Out of nowhere tiba2 panggil Nurin cupcake 😭 pastu Nurin pun takde tunjukkan ciri2 macam suka Airis sepanjang progress buku.

8. Overall aku memang enjoy baca buku ni. Storyline menarik, penceritaan pun not bad. Tak draggy sangat. And aku memang dah dapat agak dari awal ye siapa the true villain. Bijak kan akum Bila dapat tahu masa ending tu heheh tepat tekaan aku 😂

Personal rating :
3.7/5
Profile Image for nnn .
14 reviews2 followers
June 19, 2025
Finally, i’m finished reading this book.

Personal rating ; 4.5/5 🌟
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
June 4, 2025
Nurin Nabeela. Seorang pelukis yang terpaksa ke Jepun bagi program kolaborasi dengan Galeri Himawari. Niatnya cuma satu apabila berpijak di bumi matahari terbit itu, hanya kerja! Tetapi tidak sampai seminggu dia di Jepun, Nurin telah diserang di Alice’s Cafe.

Airis Elman. Pemilik Alice’s Cafe, jejaka berdarah Jepun yang pakar membuat roti. Disebalik nama melayu yang Airis pegang, dia juga membawa nama keluarga ‘old money’ Takeshita yang mempunyai musuh tradisi tersendiri. Ancaman? Tidak semudah menguli roti untuk menyelesaikannya.

Sakura. Bukan hanya sekadar sekuntum bunga. Tidak semua mampu menggalas nama itu. Cantik tetapi mampu membawa maut.

Alasan apakah Nurin menjadi sasaran mereka? Ancaman Tradisi? Lukisan? Seni? Semua hanya kerana ‘dia’.
_____
Action-Thriller Romance loverssss! Korang kena baca buku ni! Cukup rencah rasa tiga genre tu dalam kisah diorang ni! Adegan aksi dia fuhhh 🤌🏼💋 Cumanya saya kurang puas dengan aksi dari Airis, sikit sangat! Gaduh lagi pls Airis 🙏🏼 ok jk! Scene thriller dia sangat ngeri! Memang betul-betul brutal ✋🏼

Saya suka sangat dengan cara penceritaan dan perkembangan watak Airis, dari awal he looks so chill but at the same time he’s very protective dalam diam. Ha faham tak? To me, he is a lover boy with a strong personality 🫶🏼

And my lover girl, Nurin! Suka juga watak dia yang tak memaksa, tak menggedik dan tak annoying. Dia matang, wanita kuat yang sanggup berkorban walau darah yang menjadi galang ganti. Sayang Nurin 🫶🏼

Bagi saya, jalan ceritanya sangat menarik. Not-so-light-conflict but with a plot twist yang saya dah ramal dari awal sebenarnya. Tapi saya kagum dengan keunikan ‘seni’ dalam ni, terbeliak biji mata bila baca 😮‍💨

Yang menambah rasa dalam cerita ni sebenarnya watak sampingan, sangat memainkan peranan sebagai ‘keluarga’ walaupun tiada darah yang sama mengalir. I love the bond between them.
— tbh this story hit me a bit sebab dia mainkan emosi tw tu, saya sangat lemah dengannya. Triggered me inside but it blends well with the perfect quote 🫶🏼
Profile Image for faitasy .
21 reviews1 follower
June 1, 2025
Let’s talk about Sakura by Deian Dyan!!

Nurin Nabeela, si gadis pelukis yang perlu ke Jepun atas urusan kerja. Siapa sangka dia bertemu dengan seorang pemilik cafe yang bakal mencuri hatinya HAVSHSH

💞 stranger to lover
💞protective male lead
💞 action romance
💞mental health issue

Airis Elman, si pemilik cafe. Dia ni set set Aaron Warner tauu HAHAHAAHAAH. Pertemuan pertama dia dengan Nurin je dah rasa sweet 🫠 ok btw, buku ni fast-paced tau (for me laa) I couldn’t put it down while reading it!

Dalam ni dia ada konflik sikit. Keluarga Airis ni ada musuh, al maklumlah… family dia ni berpengaruh dekat Jepun tu. Jadi Airis ni kene la protect Nurin. Mampukah Airis melindungi si gadis pelukis??
Walaupun ada konflik, fai masih boleh faham dengan apa yang jadi, semua soalan terjawab. Masa mula-mula baca memang banyak betul persoalan. Character dalam ni suka nauu simpan rahsia HAVSHSHS. Emosi korang akan jadi 📈📉📈📉📈📉 tauuu, srs shakappp 😭😭

Gaya penulisan penulis pun kene dengan fai. Lepas tuu, bukan Airis je yang helokk, yang lain pun handsome GSAHSSHSHH my second crush lepas Airis ialah Izuna tau, mula2 ingatkan ada cinta segi tiga, rupanya bukan. Nasib baik 😌👍🏻

Anyway, i enjoyed it. Lenguh mulut duk tersengih-sengih. I hope you guys can enjoy this book tooooooo

4/5 bintanggg ⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
August 22, 2025
Novel yg saya kategorikan my comfort book. Gaya penulisan yg sedap dibaca. Pace yg lancar dan cerita yg kemas. Biarpun cerita sedikit mendatar dan mungkin tidak terlalu hype tapi saya suka sgt. Macam ala-ala tgk drama Jepun (walaupun saya tak pernah tgk hehe).

Sakura - menantu perempuan.
Gelaran diberi untuk menantu perempuan dalam keluarga Takeshita. Bunyinya manis tapi beban memikul gelaran tu agak pahit. Menjadi ancaman berpuluh tahun punca dari persengketaan dua keluarga. Puncanya? Kena bacalah ye.

So, Nurin Nabeela ni pergi Jepun sebab kerja. Siapa sangka jejaknya kaki ke sana, dia mengalami beberapa perkara yg tak sepatutnya. Dalam tempoh itu juga, dia mula rapat dgn Airis yg keluarganya agak berpengaruh di Jepun. Lepas satu, satu benda pahit jadi dekat Nurin.

Twistnya tak berat tapi berjaya menarik minat untuk terus baca. Dalang pun boleh tebak siapa dan tak sangka seteruk itu perancangannya. Hanya kerana obses dgn seni, manusia boleh jadi gila. Perit juga apa yg Nurin lalui. Ada juga yg buat saya rasa ngeri dan ngilu. Kejam juga ye buku ni.

Jujur cakap saya sangat leka melayan cerita nya. Walaupun first-person POV bukan kegemaran saya tapi penulis sampaikan dgn sangat baik. Cerita tak terlalu emosi dan cringe tapi cukup menyentuh perasaan sbb bonding yg ada pada keluarga Takeshita ni paling saya suka! Terima kasih penulis untuk karya yg istimewa ini.
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
June 6, 2025
ꜱᴀᴋᴜʀᴀ ʙʏ ᴅᴇɪᴀɴ ᴅʏᴀɴ


🧁 Nurin Nabeela seorang pelukis di sebuah studio Galeri Prisma Art yang pergi ke Jepun atas urusan kerja. Dia telah mengajak kawannya Syasya Awatif untuk ikut serta sebab fasih berbahasa Jepun. Tidak sampai seminggu berada di Jepun, ada peristiwa yang menyebabkan Nurin dia telah diserang di sebuah Cafe milik Airis. Persoalannya siapa yang menyerangnya & apa motif ?

🧁Airis Elman seorang pemilik cafe iaitu Alice Cafe yang pandai bakery, pastry. Lelaki berkacuk Jepun-Malaysia ini berasal dari keluarga Takeshita yang punya banyak konflik keluarga. Sejak kejadian Nurin diserang dia telah mengambil berat tentang Nurin yang ada kaitan dengan keluarganya.

🧁so far saya suka buku yang ada misteri + thriller + romance macam ni. Dia takdelah manis bergula je cukup rasa & cara penulis mengetengahkan art dalam ni menarik ✨ for me plot twist dia dah boleh agak dari awal tapi saya suka cara penulis kembangan watak dalam ni.

💗 recommended kepada peminat buku-buku romance + thriller + misteri baca buku ni 😆

4/5 🌟
Profile Image for NAyla.
35 reviews1 follower
June 11, 2025
Sakura ni bgi aku vibe sma dgn Salju Kyoto by Sara Aisyah. Ada vibe yakuza and action sikit. Buku ni ringan sikit dari Salju Kyoto. And aku suka smooth writing dia. Airis GREEN FLAGGGGG LURVEEE
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for atiq.
32 reviews
November 8, 2025
4.5⭐

fuhh. What a GREAT read!

Saya suka macam mana penulis interpret kekayaan keluarga Takeshita tanpa perlu mention berapa banyak kereta/ berapa besar rumah yang mereka.

Boleh dikatakan buku ini slow-burn, tapi saya suka! sebab dari awal cerita, dah nampak dah chemistry Nurin & Airis ni.

Walaupun cerita agak mendatar, tapi setiap bab ada moment yang buat saya tersenyum sendiri. Dialog antara Nurin & Airis tu penuh dengan subtle tension yang manis.

Saya juga suka gaya bahasa penulis yang tenang tapi padat dengan emosi. Setiap watak rasa hidup dari Nurin yang nampak lembut tapi sebenarnya kuat, sampai Airis yang penuh teka-teki tapi sangat menghargai.

Cuma ada sedikit saya kurang puas hati. Saya harap sangat watak Papa tu wujud sekejap dalam cerita walaupun hanya satu babak atau satu dialog. Sekurang-kurangnya nampaklah dia masih wujud dan hadir dalam hidup Nurin & Airis.

Sebab dari awal, saya fikirkan mereka dah kehilangan ayah, sebab langsung tak disebut-sebut secara jelas. Kehadiran Papa walau sekejap mungkin boleh beri lebih emosi atau penjelasan kepada latar belakang keluarga mereka.

Ending dia pun puas hati! Tak rushing.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.