Jump to ratings and reviews
Rate this book

Peluang Kedua Buatku

Rate this book
“Haura suka abang Am .…” — Haura

Cinta di bangku sekolah tak selalu manis seperti yang digambarkan. Bagi Haura Mikayla, cinta yang ditolak adalah luka yang dia mahu lupakan.

Banyak lagi lelaki baik di luar sana, kan?

Menjejak ke bab baru kehidupan, Haura bertemu orang baru daripada pelbagai latar belakang. Hidupnya kini lebih luas daripada sekadar papa, mama dan Hawwas.

Tapi tidak semua yang hadir, datang dengan niat yang baik.

“Izinkan aku jaga Haura Mikayla sebagai suami dia, boleh?” — Amsyar

Bagi Amsyar Dizhwar, anak tunggal keluarga, tiada yang lebih penting selain membahagiakan orang tuanya. Soal pasangan hidup? Nanti dulu.

Namun, pertemuan semula dengan Haura membuka memori lama — dan mungkin juga peluang baru.

Bila perasaan bercambah, mampukah Amsyar menjaga semua hati tanpa mengorbankan dirinya sendiri?

Dan setelah semua yang berlaku … layakkah Haura diberi peluang kedua?

656 pages, Paperback

Published May 1, 2025

1 person is currently reading
35 people want to read

About the author

Fairy

20 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (37%)
4 stars
9 (22%)
3 stars
13 (32%)
2 stars
1 (2%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,079 reviews201 followers
August 22, 2025
F would like to highlight that this book has some printing issues. On several pages, the text appears with a shadow or double-print effect, which makes the writing look blurry and less comfortable to read. It’s unfortunate, F feel sorry for the author since this is her first book.

Kisah santai

Chemistry between Amsyar dan Haura ni sweet. Suka dengan sikap Amsyar yang protect Haura.

Dan Haura bukan jenis mengadu. Dia banyak diam sebab taknak Amsyar berada dalam tekanan if libatkan maknya.

Mak Amsyar ni tak suka Haura selepas Daniel buat dajal kirimkan surat.

Datang lak langau si Ameena. Geram dengan dia. How could she aibkan Haura depan saudara-mara Amsyar?

F suka betul Amsyar mengamuk sampai tertumpah air panas terkena kat Ameena. Bukan sekali tapi 2 kali. Padan muka!

overall... an okay read
Profile Image for bibliophile.
91 reviews1 follower
July 1, 2025
What I thought about this book:

🔖Storyline dan plot cerita simple dan tak terlalu berat. Cerita sampai tapi masa awal-awal bacaan tu agak susah nak adapt dengan cerita ni maybe awal cerita slow or terganggu momentum bacaan sebab writing style. Tapi apa pun cerita ni best sebab dari dalam Wattpad lagi Al dah reread banyak kali sampai jadi novel.

🔖Suka dengan chemistry watak-watak dalam novel either watak utama or watak tambahan. Chemistry depa A++. Tambah2 chemistry Amsyar + Haura. Dorang comel sangat. Dorang ni memang couple yang serasi dan sesuai together. Suka sangat dengan momen and part lovebird ni...

🔖Watak fav Al sudah semestinya Amsyar... hahahahaha.... Hero green flag + fiction + kegilaan ramai reader ni.... Suka sangat part amsyar selalu nasihatkan or cara dia tegur haura sangat lemah lembut tapi tegas at the same time hati ni sejuk je dengar....

Profile Image for Alkiinos.
15 reviews
Read
June 22, 2025
DNF. Tak tau nape rasa serabut baca. Tak boleh nak paksa sambung dah sampai m/s 100. Biasanya terbitan PM tak camni. Sedikit kecewa.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
August 22, 2025
Haura yg punyai khilaf.. Amsyar lelaki greenflag…
Lepas dorg kawin, mak Am tk brape suka ngn Haura sbb kesilapan die.. tp die tk tau cerita di sebalik silap Haura tu.. trus die hukum…

Haura ni walau pun die tahu die silap, mmg die hadap smue cemuhan tu.. Haura kuat tp sbenar nye die nie mmg manja.. dgn org yg rapat ngn die shj die akn tunjuk sisi manja die tu..

Hawwas - abg Haura syg dan percaya Haura tu baik.. die protect Haura.. kelakar bile Hawwas dan Aniq terpaksa dgr Amsyar ber sweet² ngn Haura..

Overall cerita santai.. tkde konflik yg berat…
Profile Image for Booku Puspita.
44 reviews
July 2, 2025
Setiap orang ada dosa dan aib masing-masing. Bila dah bertaubat sungguh-sungguh, layak je nak dapat peluang kedua dari Tuhan. Tapi tulah… kadang manusia ni, susah nak move on dari silap orang. Macam lupa pulak, syurga tu bukan kita yang pegang kunci dia.

Haura ni jenis ceria, comel, kelakar pun ya. Tapi dia ada kisah silam yang buat dia selalu rasa bersalah pada Tuhan, pada keluarga. Tapi rasa bersalah tulah yang jadi kekuatan dia. Dia belajar jadi kental, tak mudah down bila orang asyik ulang-ulang kisah lama dia.

Perkembangan watak Haura memang best. Dari lemah sebab cakap-cakap orang, lama-lama dia berubah jadi lebih kuat. Walaupun keluarga dan mertua sendiri pernah pandang hina, dia tak simpan dendam pun. Dia tetap muhasabah diri, tetap pilih untuk berbaik.

Amsyar ni… sumpah green flag 🌿 Penyabar, lembut, dan paling penting, dia penyokong utama Haura dari belakang. Haura bebel? Cengeng? Dia layan je dengan senyum, sebab katanya Haura comel. Orang dah angau dengan bini sendiri, macam tu la gayanya 😂

Yang buat Amsyar ni rare dia pandai sangat jaga dua hati. Bila kena duduk tengah-tengah antara isteri dan mak, dia tak berat sebelah pun. Dia tetap tenang, tetap jaga perasaan dua-dua. Susah nak jumpa lelaki macam ni sekarang.

Aniq & Hawwas tu pulak… asyik kena tahan loya je bila Amsyar tiba-tiba mood gedik manja dengan Haura. Aniq siap borak kacip cakap alahan tu mitos je 😆

Tapi part paling kelakar masa Haura tanpa rasa bersalah kemek & calarkan kereta Amsyar. Siap salahkan benda lain pulak tu 😂 (tak ingat devider / batu) Nak marah pun tak sampai hati… sebab Haura tu comel sangat bila buat muka tak bersalah dia tu.

Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
July 29, 2025
Setiap manusia tak lari daripada buat kesilapan. Wajarkah dia diberi peluang kedua?
.

Haura, dia pernah melakukan kesilapan pabila dia dengan mudah menyerah diri kepada Daniel. Namun dia cepat tersedar lalu bertaubat. Dia mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Daniel. Tapi Daniel ni psiko, kurang ajar n tak guna. Dia pergi rakam time dia tengah tut dengan Haura dan sebarkan video tersebut
.

Ibu ayah mana dapat terima pabila anak yang dididik dan ditatang bagai minyak yang penuh, menconteng arang kemuka mereka. Mujurla Haura punya abang, Hawwas yang sentiasa disisinya
.

Ugutan demi ugutan dilakukan Daniel. Dia bagaikan psiko. Mengejar Haura. Mujur ada Amsyar yg sentiasa dekat dengan Haura. Amsyar, kawan baik Hawwas. Merangkap crush Haura masa sekolah. Bekerja sebagai tentera udara berpangkat mejar. Anak tunggal kesayangan ibu dan ayahnya. Anak yang baik. Menghormati orang. Tapi layak ke Haura dengannya?
.

Amsyar jadi bertanggungjawab terhadap Haura. Lalu menjadikan Haura sebagai isterinya. Walaupon dia mengetahui kisah silam Haura, tp dia menerima Haura seadanya. Namun bukan ibu Amsyar. Saat dia mengetahui kisah Haura. Dia membenci. Dia kecewa. Muncul pula, Ameera. Teman sekolah Amsyar. Memburukkan lagi keadaan
.

"Kita ni manusia, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Bila kita di atas, jgn sesekali rasa kita lebih baik drpd yg lain. Bila kita di bawah, jgn rasa kita paling hina. Semua kita sama di mata-Nya. Hari ini kita buat dosa, esok lusa kita bertaubat.Hari ini kita menyesal, esok lusa siapa tahu hati kita tdk lg dibolak- balikkan dgn dugaan dan ujian - Nek Ati
.

Satu yang aku suka pasal Haura. Dia ni jenis positif. Macam2 orang lakukan untuk pisahkan dia dengan Amsyar. Tapi dia berlapang dada. Percaya pada suaminya 100%. Tapi sikit laa aku macam kurang pasal Haura ni, perangai dia. Macam kebudak- budakan. Even dah kawen, perangai dia still macam budak. Mujurla Amsyar ni jenis melayan. Sebab sayangnya dia pada Haura
.

Setiap manusia layak diberi peluang kedua, jika mereka sedar akan kesilapan mereka. Mereka hanya manusia biasa. Xlari daripada buat kesilapan. Kita sebagai manusia tak layak untuk menilai. Serahkan pada Allah
Profile Image for neynaaareads.
11 reviews1 follower
August 30, 2025
Haura Mikayla & Amsyar Dizhwar

Haura yang ada kisah silam.. Amsyar yang tersangat baik..

Cerita ni, I tak pernah baca dekat wattpad, but I know about this story because of Tiktok videos and all. Semuanya pasal betapa sweetnya Amsyar ni etc. This book got that Tiktok hype - and made me buy it.

This is solely my personal review ya. WARNING SPOILER ALERT
1. Cerita dia sangat light. Very cutesy. No conflicts between the main characters. Conflict dekat mak Amsyar & Haura tu je. Tapi alhamdulillah, okay dan boleh diterima. I would not say much about this. Relationship Amsyar dengan Haura pun cute. Layan je lah Amsyar tu dengan kerenah si Haura.

2. Walaupun orang anggap Amsyar ni green flag (which he is), but still, to me, he just plain green flag. Duk mengikut je lah kata Haura tu. Suruh tukar lagu Barbie, dia pun tukar je (yang Barbie ni metafora, because i dont remember the actual scene, but the example fits.) I know, author nak buat Amsyar tu green forest segala mak nenek green, tapi green flag pun ada boundary. Takkan ikut je semua cakap isteri? Dia macam, kalau kau tak suka untuk buat perkara itu, then say it. Terangkan je, no need to follow all your wife’s words. Tu namanya macam tak ada pendirian. MY PERSONAL OPINION YA.

3. Even though cerita dia cute, tapi cerita dia juga sangat panjang. SANGAT. I don’t know tebal sampai 600+ muka surat tu untuk apa. Tapi, tetaplah dihabiskan juga, walaupun banyak skip and pandang sekali lalu je mana page yang tak penting. Ini adalah salah diri sendiri - sebab dah terbiasa/banyak baca buku, jadi cerita yang lengthy sangat ni, akan jadikan saya turn off sikit… sikit je la..
4. Prolog Media.. please,, do hire an editor to edit the novel. Janganlah terus copy paste cerita dari wattpad ke novel. With all the typo(s), all the (…) in the novel,, haduh, kacau mood lah bila baca. Kita beli buku mahal2, mesti nak layout buku pun tiptop.
5. The only good thing in the novel is Hawwas. Weh, abang Haura ni, paling function teruk. Itu je I mampu cakap. Dia sangat sangat menjaga adik dia.

Overall, an okay read.
6 reviews
September 16, 2025
Dah selesai baca keseluruhan buku ni, walaupun ambil masa sikit sebab ada cuti dan komitmen lain (hehe biasalah).

Saya mula kenal penulis dari Wattpad melalui cerita *Her Protector*, dan sejak tu terus minat gaya penulisan dia.

Tiba-tiba dapat tahu dia dah publish buku pertama, terus rasa teruja dan melilau cari buku ni sana sini. Bila dah dapat, terus baca... dan memang butterflies sepanjang baca!

Cara penulis menggambarkan setiap watak tu sangat hidup, terasa macam boleh nampak depan mata.

Saya paling suka:
- Cara penulis wujudkan konflik, antara setiap watak, realistik dan menyentuh.
- Cara dia highlight red flag & green flag, pada karakter lelaki, memang buat kita terfikir.
- Dan yang paling menarik, dia masih kekalkan elemen watak berteraskan Islamik, tapi tak terlalu memaksa, cukup kena dengan suasana dan situasi.

Terima kasih penulis sebab terus menulis buku yang simple tapi sangat menyentuh jiwa. Saya sendiri boleh bayangkan siapa pelakon yang sesuai untuk setiap karakter, sebab gaya penulisan awak sangat kena dengan jiwa saya.

Saya bagi *9/10* untuk buku ni. Satu markah tu hilang sebab bagi saya, *watak sampingan terlalu kejam pada watak utama*, sampai rasa nak masuk dalam buku dan tolong 😅

Tapi overall, buku ni memang berbaloi untuk dibaca dan dimiliki. 💕

Teruskan menulis, penulis!

Saya tunggu awak publish Arash dan kisah Hawwas dan Aniq! Hehe 💜
Profile Image for Meya.
3 reviews2 followers
October 1, 2025
Satu je nak cakap, buku ni overrated. Maaf la eh tak kena selera.

The overall plot was flat and boring. The only thing yang buat buku ni hidup bila part Amsyar dengan Aniq. I was hoping author to write their scenes more, tapi berapa helai je dia tulis.

Also, I stress sebab review bukan main gempak pasal Amsyar ni Mejar bagai. Tapi tak ada pun scene details dia bekerja as Mejar tu. Semua just basic cerita pasal tudm bla bla. More on pergi kerja balik kerja je. Ini very trypical dalam drama melayu yang tarik beg pilot dekat KLIA je pastu settle 🤣. I expected too high maybe.

Entah macam mana I tetap habiskan tapi nasib baik guna Mysiswa beli, takde la rasa membazir sangat en. Also taktahu kenapa sampai 600++ pages?? Very draggy, bukannya conflict besar pun sampai perlu pages banyak tu??

Pape pun, I takkan percaya dah overhype novel. Mostly semua mendustakan I. Penat kawe.

Taktahu macam mana people love this book so much.... Bukan setakat plot flat, even character pun flat. Tbh a bit annoyed dengan Haura sebab entahla terlalu childish maybe? Pastu part Amsyar suka Haura tu macam tiber sikit. Tiba tiba rasa berdebar, out of nowhere 😂
Profile Image for Su Zainudi.
150 reviews
November 16, 2025
First of all, saya baca versi wattpad. So for wattpad version i gave 2.5🌟. Since wattpad version mmg pening dengan segala typo, ayat tunggang terbalik. Kalau tanpa typo, cerita ini sedap dibaca.

Kisah mengenai Haura yang terpalit dengan kesilapan masa lalu. Datang Amsyar yang sanggup menerima Haura yang sudah bertaubat atas kesilapan namun, kesilapannya tetap diperlekehkan oleh org lain. Datang pulak si Ameera yang memburu cinta Amsyar. Silap Puan Khadijah, nak lepaskan kekecewaan pasal Haura pada Ameera tapi lastly Ameera meranapkan kepercayaannya. Penulis tak pulak letak ending untuk Ameera. Bagi saya tergantung sikit di situ. Haura ni manja dia acceptable la, willing to learn.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanan Y.
3 reviews
January 10, 2026
Mengisahkan tentang Haura yang mempunyai kisah silam yang dipandang serong masyarakat bertemu dengan lelaki bernama Amsyar dan memberikan Haura peluang kedua dalam percintaan. Amsyar mengubah perspektif Haura dengan cintanya yang tulus, dan ikhlas.

My opinion, cerita sangat simple dan straightforward. Babak2 Amsyar dan Haura selalu penuh dengan rasa cinta. cerita from Wattpad dan hype di TT sbb greenflag man, i think this suits YA more. I still think its a big draggy on the plot. 600+ pages of not much.

Anyway good job author for making it to a book! Semoga boleh publish banyak lagi buku in the future! 🫶🏼
Profile Image for qyzzlost_.
7 reviews
May 23, 2025
baca kat wattpad je sebenarnye but know know skrang dh publish..insha allah gonna buy it for collection soon<3
1 review
August 23, 2025
Cerita yang santai. Penulisan yang bagus. Tapi sayang quality novel bermasalah. Publisher tak berkualiti.
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
October 27, 2025
ML: Amsyar
FL: Haura

Best! Jalan cerita yang menarik. Menyentuk isu kekeluargaan dan rumahtangga.

Haura ni waktu kat sekolah menengah, dia crush dengan kawan abang dia (Hawwaz) iaitu Amsyar. Confess dah tapi kena reject, Amsyar reject dengan baik sebab dia nak berbakti pada mak ayah dia dulu since dia pun anak tunggal. Hahaha tapi Haura ni tak nak tunjuk dia sedih kena reject so dia act macam "Aku suka kau sikit je pun" 😂. Sejak kejadian tu, dia memang segan betul kalau terserempak dengan Amsyar.

Okay. Masuk alam dewasa, Amsyar dah berjaya jadi Mejar Amsyar Dizhwar (anggota TUDM). Haura pernah terlanjur dengan Daniel (bf dia at the momment). Tak lama diaorg bercinta, Daniel ni banyak kali bahkan hampir 3 tahun kot Haura ajak dia jumpa mak ayah Haura untuk kahwin, tapi Daniel taknak. Daniel kata dia belum bersedia. So disebabkan Haura ni dah matang, dia pun cakap dengan Daniel dia nak putus. So merentanlah si Daniel ni dan dia ugut untuk sebarkan aib Haura pada keluarganya.

Masa si Daniel ni hantar gambar kepada keluarga Haura, teruk Haura kena marah, kena balun dengan ayah dia. Haura ni rapat sangat dengan ayah dia sebab yalah anak perempuan seorang. Rasa dikhianati oleh anaknya, hantar pergi belajar, tapi buat perkara terkutuk. Amsyar tahu pasal ni sebab dia terserempak dengan Haura di shopping mall, masa tu Daniel datang jumpa Haura dan cakap kuat kat situ, masa ni lah Amsyar tahu.
Sekalipun mengetahui kisah sebenar, Amsyar tanpa menghukum seseorang wanita atas dosa silamnya, memperisterikan Haura. Disayang dan dijaga dengan penuh tanggungjawab - green flag lah orang kata.

Saat bahagia bersama, datang si Ameera (someone yang pernah ada hati dengan Amsyar sewaktu di bangku sekolah). Sibuk nak mengendeng dengan lelaki orang, pastu buat cerita dia mengandungkan anak Amsyar. Perasan. Masa ni pun, mama Amsyar dah tahu kisah silam Haura sebab Daniel ni pergi hantar gambar tak senonoh Haura kat rumah mertua dia. Kantoi. Dan Haura terus dibenci dan dicaci oleh mama Amsyar. Sampai dicanang dekat kawan-kawannya (kawan-kawan mama Amsyar), Ameera tu pun dok sebar aib Haura.

Tapi Amsyar tetap berada di sisi. Tak bagi peluang pada orang lain yang nak buat jahat pada Haura.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.