Jump to ratings and reviews
Rate this book

Qaid: The Unknown

Rate this book
Demi menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri, Amra bertemu kembali dengan musuh sejatinya, Ketua Detektif Diraja Aqtar – Damien Qaid. Dari mula detik pertemuan itu, mereka sentiasa bercakaran. Amra tak sesekali mahu mengalah. Damien pula sengaja mahu Amra kalah.

“Aku percaya, satu hari nanti kau akan tikam belakang aku.” – Damien
“Aku takkan tikam belakang kau, D. Aku akan tikam kau depan-depan.” – Amra

Dalam menjejak motif dan identiti pembunuh, misteri demi misteri yang berangkai mula terungkap. Rahsia yang selama ini tenggelam dalam lipatan memori kini memanipulasi kewarasan.

“Usaha kita selama ni sia-sia, Amra.” – Damien

Saat kebenaran terbongkar, Amra dan Damien terpaksa memilih antara dua jalan yang menuntut pengorbanan teramat memeritkan. Dua jalan yang akhirnya memisahkan mereka.

“Kalau semua ni terlalu berat untuk kau, tinggalkan aku.” – Amra

Dalam ketidakpastian, dapatkah Amra dan Damien membuat sebaik-baik pilihan? Sedang
maut dan derita menanti di hujungnya. Lalu, apakah jalan yang dipilih itu akan dapat menyatukan mereka kembali?


***

EFFALEE memang pandai bercerita. Cerita dia pandai mempermainkan perasaan kita.
Perasaan kita pula pandai-pandai aje buat kita rasa macam-macam. Lain macam sungguh!
– Pingu Toha, Editor

484 pages, Paperback

First published May 1, 2025

35 people are currently reading
309 people want to read

About the author

Effalee

5 books135 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
188 (56%)
4 stars
93 (27%)
3 stars
41 (12%)
2 stars
7 (2%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 78 reviews
Profile Image for Huda.
34 reviews3 followers
July 1, 2025
First of all, i rasa plot dalam cerita ni biasa je. Dia macam okay but not that good tapi i suka the plot twist sebab kita memang takkan expect who is the real villain in this story.

Secondly, the chemistry between Damien and Amra, where is it? Kenapa i tak dapat feel the love. Love story dorang pun agak mendatar dan tak menarik dan ada jugak a few scenes yang a bit cringe.

Yang menghidupkan lagi cerita ni ialah friendship between Damien, Taqi dan Haq. I sangatt invested in their friendship. I always tertunggu apa yang Taqi nak buat lagi lepas ni sebab dia memang rare and mystery. I harap one day, author akan tulis kisah pasal dia pulak. Overall, i enjoy baca. Cuma i tak puas sebab ending dia buat i sedih haha
10 reviews
November 11, 2025
Ok well this was my first read of Effalee's book. So far bila I baca buku ni kan I tercari cari di mana chemistry between Qaid and Amra ni. Sebabnya macam tiba tiba dah suka sama suka pula hahah. I pun macam.. Hah? When did that happen? 🙂 Tak ada selit langsung about their character development mcm mana start jatuh cinta yada yada semua tu

Also, I tak dapat nak betul betul grasp the view of Aqtar dan Adhara. Dahlah author cuma describe dekat permulaan bab saja. Bila baca ayat2 dlm bab permulaan pasal 2 negara tu rasa dah mcm baca buku teks sejarah. Sempatlah tertidur kejap masa baca tu. Tak byk pun pengembangan cerita tentang 2 negara ni dlm bab lain.

Ok next, the only thing yang buat I rasa nak continue baca lagi buku ni was the friendship between the trio Qaid, Haqq and Taqi. I nak sgt tahu apa jadi dgn Taqi. Apa kesudahan hidup dia? That's it??

Also, I tak taulah kan if is it only me but I want to point out that sesetengah dialog mcm agak childish and a bit cringey. You are writing about an adult romance story. 30 tahun ke atas pula tu bukannya umur budak2 sekolah lagi ya. Tu yang sikit2 rasa mcm eh cringe nya dialog ni 😭 And ada part ulang "perempuan gila" entah keberapa byk kali like enough ya tak perlu ulang byk kali

Last but not least, the plot twist. Bagi I not bad. Terkejut juga bila tahu who the villain was sebab I memang tak expect langsung. Betullah org kata musuh kita ni sebenarnya adalah org yg berada disekeliling kita je. Oklah ada juga terselit pengajaran kat situ. 1⭐ for that.


So yeah, overall 2/5⭐.
This is just my opinion ya sebab I tahu masing2 ada minat suka baca buku yg mcm mana. I just feel like her writing style is not something I would enjoy reading (faktor usia mungkin) and I don't think I'm gonna buy her other books, Idk. Plot, setting dlm buku ni dah nice tapi sayang seribu kali sayang olahan cerita kurang menarik minat saya.
Profile Image for Mslvoe.
2,108 reviews204 followers
July 30, 2025
F tetap nak kasi 5 stars eventhou F not satisfied with the ending. Tapi sebab F suka sangat dengan watak Taqi, terus tutup mata jela part tu.

I can imagine Taqi dok rolling his eyes bila Damien dengan Haqq dok busy gossip pasal dia. Kelakar giler! Taqi ni memang mischievous, notty boy but smart and I swear F banyak gelak bila scene dia muncul.

Cerita ni thriller with plot twist yang F tak jangka langsung. Bila reveal siapa the real villain, F macam “No way!”

Diorang ni kalau berjumpa memang macam kucing dengan anjing. Time Prof nak cari bodyguard, Amra pulak merengek suruh Damien responsible... But when Damien finally came up with that plan terus Amra terdiam!

Relationship diorang memang slowburn tapi Damien’s character development is chef’s kiss. Sweet sangat! Ada la sikit cringe moment tapi F tak kisah... F tersengih² je macam orang angau.

Scene selfie dalam hujan tu… ya Allah, F tersenyum sensorang pukul 3 pagi. asallah comel sangat

Ada juga part sedih... bila Sultan Herman passed away in a tragically. Haqq jumpa ayahanda dia dengan kesan tikaman... lepas tu tengok rakaman video... heartbreak tapi entah kenapa F tergelak sikit jugak . Emotional rollercoaster betul.

But honestly, the strongest part of this story is friendship trio Damien, Haqq and Taqi. F berharap satu hari nanti diaorang boleh peluk each other and heal together. That would be the closure we all need.

F still tak boleh move on dengan watak Taqi. cute sangat!
Profile Image for Nur 나지하.
9 reviews1 follower
July 4, 2025
Selalu berhenti baca kejap and tengok cover buku untuk pastikan betul ke Effalee yang tulis. Sebab honestly disappointing betul jalan ceritanya. Beza betul dengan novel TT and CC. Damien dengan Amra tak ada chemistry langsung. The only best part adalah friendship Damien-Haqq-Taqi.
Profile Image for chelsannereads.
187 reviews4 followers
September 19, 2025
Tajuk: Qaid : The Unknown (Siri Aqtara 1)
Pages: 484
Rating: 4/5🌟
Trope: Enemies to lovers + he fell first and harder etc...

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

One word. Mind-blowing 🤯 plot twist cerita ni tak rilek eh. Masuk part akhir² tu bila segalanya terungkai aku terkejut sangat, sebab langsung tak expect please I'm so bad at this.😭 It was a good read btw.

Sebelum aku baca novel ni ada terbaca satu dua review cakap they don't find the chemistry between Amra and Qaid.. and tbh yes, I felt the same too. But aku tetap suka dengan character dorang. Satu kuat mengusik, satu lagi kuat melawan memang ngam lah dua orang ni. Side characters yang aku suka pula ialah Haqq and Taqi 😍 Haqq is a very loyal friends, poor this man dia dah kehilangan banyak orang yang dia sayang.🥺 Taqi pula nakal but broken 💔 in the inside, ma man need a hug for sure. 🥺🫂 Tapi aku paling tak boleh blah dia boleh buat video 'hey welcome to my YouTube channel!' 😭 hilarious lah Taqi ni. 🤣

This whole book punya world building I can see it, penulis cuba buat world building macam 'Wakanda' punya and I think it's a good try. ❤️ Cerita ni I can say it's a roller coaster read for me, but not too extreme. 🤭 Penulis punya humor macam biasa menjadi and some of the scene in this book very funny 😭 make me giggling af. 🤣

Disebabkan aku dah pernah baca karya penulis sebelum ni dekat Wattpad so aku boleh masuk dengan penulisan dia. Overall novel ni menarik! And I'm looking forward to read the second book in this series.🤍Recommended.🔥
Profile Image for Cutie_pie28.
420 reviews11 followers
August 27, 2025
Taqi nie notty btol perangai die.. Amra dan Damien ni mcm kurang chemistry.. ade laa scene yg a bit cringe.. tp tk kisah laaa.. huhu..

Layan laaa cerita nie.. tp plot twist nie mmg tk ku sangka laaa… i mean like wowww.. 😲
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
May 24, 2025
Qaid The Unknown by Effalee

Demi menyelamatkan satu kes pembunuhan bersiri, Amra bertemu kembali dengan musuh sejatinya iaitu Damien Qaid yang juga merupakan Ketua Detektif Diraja Aqtar.

Dalam menjejaki misteri dan kebenaran tersebut, mereka terpaksa memilih antara dua jalan. Jalan yang hampir nemisahkan mereka.

Dapatkah mereka membuat keputusan yang betul?
______________________________

Another masterpiece from Effalee guys! 😍❤️‍🔥
For some reason, I like this book more than her previous book. Maybe because it's written it 3rd POV kot. So nampaklah yang penulisan dia jauh lebih matang. Dia jadi lagi serious.

Especially the female lead- Amra. God, I LOVE HER! She's independent and have a strong aura you know. We stan independent woman! ❤️‍🔥

Even though buku ni lagi serious, but still ada ya sedikit rom-com & jokes yang terselit dalam buku ni. Siapa lagi klau bukan antara Amra & Damien! Diorang kalau jumpa je dah macam cat dog. Asyik gaduh aje! 🤣

Other than that, buku ni juga membawa sedikit kelainan daripada buku ii sebelum ni which it's involved 2 different countries (setting). Dalam buku ni, setting dia ada 2 tempat which is Kerajaan Aqtar & Kerajaan Adhara. Yang membuatkan cerita ni menarik lagi, sebab kedua-dua kerajaan ni mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza. Boleh dikatakan yang mereka ni musuh.

Ditambah lagi dengan elemen penyiasatan, memang membuatkan kita lagi tertarik la nak baca. Buku ni, even dia packed with information about both countries, tapi dia tak draggy sangat pun. Sebab penulis tak menyumbat semua info tu dalam satu bab. Dia letak info tu sikit-sikit that's why la senang nak hadam.

The chemistry between the main lead itself, Amra & Damien tu memang SLOW BURN HABIS. Diorang punya relationship tu memang banyak melibatkan emosi. Korang akan rasa kelakar, blushing, sedih, and ada juga scene diorang yang membuatkan kita rasa SCHOCKED TERUK YA. 😭🤌

Buku ni srs memang banyak PLOT TWIST that you might didn't expect about it. Percayalah cakap kita yang semua watak tu memang memainkan peranan sampai habis.

Other than the romance itself, buku ni pun banyak menceritakan pasal FRIENSHIP. Love gila friendship tiga ketul tu- Damien, Taqi, & Haqq. (KETEPI SEMUA, HAQQ SAYA PUNYA OK. KITER DAH COP DULU!! 🤣🤣🤣) Haqq tu sangatlah hijau sehijau hutan amazon. Tak sabarnya nak baca kisah dia pulak. Taqi pulak, THE MOST UNEXPECTED CHARACTERS in the book. Memula kita agak annoyed gila dengan dia ni. Rasa nak hempuk, tapi bila dah baca lama ii tu barulah faham why he's ended being like that.
-
The romance pulak, YA ALLAH terasa la single tu bila baca buku ni. Lepas je diorang kahwin dia punya manis tu, semut pun boleh kerumun. DAMIEN SANGATLAH ACT OF SERVICE YA. 😭 Gaduh ii pun sayang jugak dekat bini ye. Siap tanya Haqq lagi mcm mana nak pujuk isteri. 🙈
-
Cuma satu je, towards the end tu, character Ayyash macam menghilang dari radar. (Idk, maybe kita tak perasan ke apa tapi rasa mcm kejap je screen time dia.) And since pembunuh4n bersiri dalam buku ni melibatkan golongan Down Syndrome, it would be nice if it's was written and focus more on it rather than the kerajaan and the romance. (Just my opinion okay)
-
Overall, kalau korang nakkan suatu kelainan, this book is waiting for you in your cart. The fact the the trope is ENEMIES TO LOVER, you better hurry! It's everyone's fav trope kan?!?! 🫶
-
Personal rating: 4.9/5 ⭐
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
May 12, 2025
Mula:7.30 pagi
Tamat:12.30 tengahari

Solid 5 for this novel. Element thriller aku suka. Bukan effa lee la kan klu tak ada plot twist yg banyak. Sikit lagi aku nk sakit jantung sbb plot twist tu tau. Nasib baik la bkn dia dalangnya. Recommended or not? Yes recommended
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews15 followers
June 6, 2025
Pacing buku ni tersangat laju tapi dalam masa yang sama dapat buat aku enjoy dengan plot.

The only downside is aku rasa detach dengan the 'world' Aqtara & Adhara. Since the book ade label siri Aqtara so I am assuming there might be few books(?) coming, I kinda hope the author explores more about the world building sebab sepanjang pembacaan aku tak boleh nak imagine langsung world building siri ni

in terms of characters, I invested more with the friendship between Qaid, Haqq and Taqi compared dengan main love story, maybe because I didn't like Amra that much.

Taqi is the character yang aku fully interested in. I want to know more about him, hopefully ada buku pasal dia in future
Profile Image for Fishball🐡.
29 reviews2 followers
September 24, 2025
⭐️⭐️⭐️


1. Ada vibe “Queen Charlotte in Bridgerton” especially part “I want you Amna!”. Serta merta teringat, King George to Queen Charlotte, “I want you! My heart call your name!!”

2. Kingdom Adhara and Kingdom Aqtar ini, ibarat Korea Utara and Korea Selatan.

3. Damien - tsundera type🤌🏻. Teringat pada Damien yg suka pada Anya from Spy x Family

4. Taki - everyone favourite. Hampir mengelamkan main character iaitu Damien. Playful but genius type. Hampir mirip dengan watak ‘Kaito Kuroba’ from Detective Conan.

5. Suka persahabatan antara Taqi-Haq-Damien. Especially the last scene. Love that so much. Tapi kadangkala, terasa persahabatan mereka macam perempuan dari segi dialogue, gurauan, touching-touching. Tak normal ye, lelaki friendship potray begitu. Sangat girly and unless mereka gay🤣

6. Part Istana ada CCTV where seluruh Aqtar dapat diakses di situ, abit disappointed for me. For me, dah ada CCTV kenapa polis diraya tak guna sahaja fasiliti itu utk tangkap Damien? Like what? Si Damien tu siap keluar berjalan-jalan kot di luar rumah??! Klu betul CCTV where every spot at Aqtar boleh dilihat, macam mana Taqi boleh merayau-rayau tanpa ditangkap dan tidak diketahui location? The fact of CCTV tu, tak patut wujud for me.


6.Overall enjoyable. I love dialogue between Amra-Damien. Damine so likable! Walaupun forced marriage agak cliche pada zaman novel and wattpad ni, their progress still enjoyable to read.

7. Amra character just so-so for me. Tak adalah tak suka, tapi tak adalah suka sangat. Walaupun seorang peguam, Amra tidak memainkan watak sangat. Like, peguam itu hanya atas nama sahaja. Amra macam kebanyakan heroin dalam novel cinta sahaja.Taqi-Damien friendship gives more butterfly. Taqi deserve his own book where he play as main character. Saya harap heroin Taqi had more unique and prominent personality
Profile Image for Atiqah Ahmad.
209 reviews2 followers
January 21, 2026
Gosh, spent literally a month to finish this (rolling my eyes like D lol).

So far okay² saja cerita ni, berbanding dengan last two books, aku rasa lawak benak ubi yg menjadi trade mark cik author berkurang dengan drastiknya dalam karya kali ni. Yg bertambah pulak level of cringe nya. Ya ampun, engkau lah yg terpaling cinta. Masalahnya masa mana start bercinta pun tak tau, hairan aku. Tbh, aku lebih rela mereka saling bercakaran, sebab kat situ nampak lebih genuine dialognya dan mencuit hati.

Regarding persahabatan antara 3 trio tu hmmm boleh lah interesting la jugak mainan emosinya. Taqi tu like a genius man stucks in badan kanak² ribena.

Dari segi alur cerita, plotnya fast paced, dan plot twist? Agak kebaboom la considering ada scene di mana author berjaya mempermainkan perasaan aku. Cuma jujurnya tekaan aku tentang siapa penjahat sebenar dah betul, it's just i can't predict the reasons behind it. So, adalah elemen kejutan di situ.

Pujian boleh diberikan kerana almost no spelling errors can be found, and punya lah misteri identiti ML sampaikan aku syak dia alien KAHKAH.

Minus 2 ⭐ sebab selain tak tahan dengan level of cringeness and cheesyness dia, terlalu banyak repetition words and dialogues yang aku rasa tak perlu. Yg paling dahsyat adalah no chemistry between the main leads at all. I repeat AT ALL! Mungkin boleh ditambahbaik dalam naskhah akan datang, the sparks need to be there. Overall, fun reading!
Profile Image for naaaamr.
25 reviews
May 31, 2025
I guess I really like this genre of novels? It keeps you wondering what happens next. Because it's like all three of Effalee's novels, I finished them all in ±24 hours. There are so many plot twists, some I expected and some I didn't. To Taqi, I hope you get better. He's a good man who just wants justice. Okay, goodnight

02.08 am, 1 June 2025
Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
May 15, 2025
Seperti biasa, romcom dan Effalee berpisah tiada. Cerita bermula dengan seorang peguam bernama Amra yang terpaksa bekerjasama dengan detektif polis, Damien Qaid. Musuh sejak di universiti.

Kes pembunuhan bersiri yang berlaku di Aqtar. Dalam aksi kejar mengejar, Damien turut memburu memori lama— tentang siapa sebenarnya Damien.

Amra turut membantu Damien walaupun sejuta kali dia berkata benci. Akhirnya cinta berputik. Saat nyawa menjadi taruhan, mereka berdua bergabung menentang kejahatan.

Penulisan Effalee semakin matang. Ini dibuktikan dengan garapan kemas kisah persahabatan antara Damien, Haqq dan Taqi. Berbanding karya sebelum ini, persahabatan mereka lebih memberi kesan di hati. Saya suka watak Taqi. Hampir sama dengan watak Obi dalam anime Snow White with Red Hair.

Kudos, fly high Effalee.
Profile Image for Nik Natia.
67 reviews3 followers
June 14, 2025
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Luv Taqi..
Profile Image for Isya.
25 reviews
June 26, 2025
Bagi aku, buku ni biasa biasa je sbb storyline dia macam Janji Izekiel but Janji Izekiel lagi best to me. Aku baca m/s depan pun dh thu qaid ni sapa soo pretty boring maaf tapi you guys should read novel ni sbb Friendship between Haqq Taqi and Damien are so precious!!
Profile Image for Rauda Shu.
42 reviews4 followers
May 16, 2025
I LOVE YOU KAK EFFA!!! I WANT TO MARRY ALL YOUR MALE LEAD (IF ONLY I COULD HSHSHSH) VERY RECOMMENDED!! <3
Profile Image for Vale.
8 reviews
June 4, 2025
First of all, this is my first time writing a 'serious' book review here. Apologies in advance.

I felt like this book here is much better than the previous book that I read from Effalee which is Cuisine's Chef. The reason might be because I find Qaid less cringe. However there are certain parts that I felt were missing. The pacing is too fast for me and there's a plot hole that didn't answer my question why this happened and how. I believe that Qaid shouldn't be a stand-alone, a number of crises shouldn't be just thrown in. However, the book sleeves (?) stated 'Siri Aqtara', so I figured it was a series rather than a standalone.

Taqi Mikhyariq is the only thing that keeps me going 🫶. I like the relationships that take place there as well. Not to mention the camaraderie between the three of them (Damien, Haqq and Taqi) or the bond between Damien and Amra. I adore how they always support one another. Additionally, the development of Damien and Amra's relationship. The character's development. Damien's approach. What a perfect man Haqq is and so on.

I can guess the plot twist from hundreds pages before but it still didn't make me want to quit or what. Which proves how interesting the plot and the world building is. There's also many lessons that we can get from this book.

Overall, it's the best book I've ever read from Effalee and I can see that the author did improve her writings. You're doing a great job author! I'll wait for the next books. Anddd i expected to know more about the kerajaan since it didn't satisfy me enough:(
Profile Image for Aira Zira.
116 reviews2 followers
August 1, 2025
Inilah fantasi yg kita nak baca. Seperti terbahagi kepada 3 cerita. Tapi, disusun kemas dgn penulisan yg sedap. Pace pun lancar dan laju. Leka bila dah mula baca, tak nak berhenti! Malah saya sendiri tak nak habiskan cerita ni sebab best sgt!

Damien Qaid, saya rasa dia ni kerek, selamba dan kadang2 fragile walau susah pecah berderai. Dia dgn Amra tak habis2 nak bercakaran. Masing2 pun 2x5 je perangai. Mulut boleh tahan minta cili juga dorang ni. Amra yg nak bekerjasama dgn Qaid pun stress sbb tak banyak membantu.

Tak boleh nak cerita banyak nanti terspoil. Bahagian tengah draggy sikit tapi still best. Masa ni rahsia terbongkar sikit demi sikit sampai kita pun wow bila tahu hal sebenar. Bila ikut si putera raja balik negara asal, time ni saya rasa cerita makin menarik. Macam mana dia buktikan pendirian dia dgn style dia sendiri. Memang kita pun bersorak tgk perangai dia. Haha

Plot twist pun boleh tahan jahat. Walau ramai kata predictable tapi saya suka cara penulis main tuding2 jari tu. Bila dah tau, rasa terhibur sikit sbb saya pun terpedaya dgn penulis😂 Watak Taqi paling hidup walau suka selit sana sini. Personaliti dia mcm Joker. Gila2 punya perangai. Dia punya gurau boleh buat orang check in hospital!

Awal cerita je saya tak berapa gemar watak Damien dan Amra sbb dorang nampak mcm kebudak-budakkan sikit. Tapi lepas tu dah okay nampak matang dan serius. Ada masa berbunga2 sikit melayan. So buku ni best no doubt guys!
Profile Image for Ms. Ami.
12 reviews
May 13, 2025
I'm surprised there's no other reviews yet hehe. I think this book is better than TT and CC but idk how to put into words on why i prefer the characters in Qaid than the other two books, huhu my bad. I guess I just like the banters between Damien and Amra and the minimal corny jokes here unlike the ones in CC and TT.

I did suspect *** since the very beginning and the author managed to make me ponder about my suspicion when Ivan said something about Haqq, I was like 'ehh janganlaaa dia yg jahat?!' Thankfully it was really the one i suspected from the beginning.

Overall, I really enjoyed this book! I guess there's gonna be another book from this series soon?? Since it's called Aqtara series? Goodluck Effalee!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
August 31, 2025
Cerita mengenai Kerajaan Hestan, yang terpisah menjadi 2 kerajaan, Aqtar dan Adhara. Cerita dimulai dengan siasatan kes pembunuhan bersiri, yang mana, akhir novel baru terungkai siapa dalang pembunuhan tersebut. Suka dengan watak Haqq, seorang kawan yang setia, sangat membantu. Haqq is cute.
Profile Image for Mou_fiey.
15 reviews
June 5, 2025
OMGGG, I just finished reading it, and I swear Effalee's work never disappoint!!!!

The plot was chef kisss ughhh and I love both Amra and Qaid jssushsgsyussushshshshshsh

as usual Effalee work will always have a lot of plot twist which I love it soo muchhhh and I know that some people I read on goodreads don't really like the way she joke between a serious situation, well in my opinion I think it was fineee , good way indeed to make the problem lighter and avoid pergaduhan hahahh.

okayyy so let me tell you the trope between Amra and Qaid ehem ehem that makes me jump outta my bed💕💕💕

1. Rivals to loverrr
2. lawyer × detective
3. YEARNINGGGG (author please make more of thissss hahahahah) he literally on his knees begging to get restu from Amra's father and he literally don't mind being stab by Amra and even apologies that his blood touches herrr
4. Green freaking flaggggg

other than that, I love the stories of friendship between Damien,Haqq, and Taqi. heushshshdhdhs like their story hit my heart the mostttttt Graaaaa. Haqq is so jshsgshsyayaag and taqi is sooo ahsyysgssgyssgsysg (i kennot tell or it will be a huge spoiler lol)

I LOVE how the author writes Taqi like dayummmmmm uhum. i know he's a huge jerk, but the way the author describes him and his attitude? ehem hawttttt, yesss shawtyyyyt hahahahahhaahah (I'm just a simp,please ignore this)

at the end of the story ,I was so freaking suspense, then Taqi pulled out his gun to his head. BOOM. Read it yourself, hahahah, (i ain't spoiling no more)i swear it is so freaking gooodddd ,I need the next boookkkk ughhhhh ,if the author didn't write next book, I will gigit ii you hshshdhd
Profile Image for Ienariena.
28 reviews
January 6, 2026
First time baca buku dari Effalee.

1) Permulaan cerita best. Rasa macam okay this gonna be good. Tapi pertengahan cerita agak draggy sampai lupa hala tuju cerita ni. Aku sampai confuse mana buku ni nak bawa aku. Kejap sana kejap sini.

2) Imagine baca conflict between North Korea + South Korea tapi South Korea tu negara islam. And North Korea tu Firaun yang perintah. Mungkin penulis ambil ilham dari kisah Nabi Musa. Aku harapkan ada originality sebenarnya but still good try boleh ingatkan kita tentang kisah nabi.

3) Dialog macam baca buku komsas sekolah. Too formal. Dialog Qaid bila dengan Amra pada mulanya sedap baca. Lama lama tone percakapan dia dah macam sama dengan semua watak. Taqi pula agak cringe.

4) Plot twist okay. Memang unexpected tapi tergelak sikit kat plot twist hujung tu. Watak untuk plot twist kalau boleh bagi lebih emotional impact pada watak utama lagi best

5) Nak Dnf dah tapi habiskan juga sebab nak tahu ending je. Macam makan onde onde tapi inti gula pasir

Overall 3/5 ✨
4 reviews
September 28, 2025
Ummm for me cite dia tak seplot twist buku effalee yg dulu punya like cite ni mcm serabut sikit for me lah sbb cite dia mcm tak tahu nak tangkap sape sebernanya tapi akhir ii dia plot twist jugak lah tu je love story un tak banyak sgt umm..
Profile Image for Anissuraya Zulaimy.
1 review
August 31, 2025
This book was amazing, the characters were also very attractive. I felt so happy. This book makes me cry too. The storyline is the best. I really like Damien Qaid's attitude, he was kind and concern to Amra Adrina. I also like the closeness and friendship between Damien Qaid and Haqq. They were always there for each other. But, I really want the author to continue the story between Damien Qaid, Haqq and Taqi Mikhyariq. However, the story was mind-blowing and amazing. I really recommend this book!
41 reviews
May 20, 2025
alhamdulillah, selesai sudah tugas saya sebagai detektif dan peguam yang tak bertauliah

start: 17/5/2025
end: 19/5/2025

kita baca slow-slow sebab tak nak habis cepat

mulanya kisah ni antara Amra, seorang peguam dan Qaid, seorang detektif terpaksa bekerjasama untuk selesaikan 1 kes pembunuhan

eh, tiba-tiba Qaid pula yang disyaki sebagai pelaku, sampai kena hukum gantung. From my opinion, tak adil untuk hakim jatuhkan hukuman gantung direct kalau tak cukup bahan bukti untuk pertahankan suspek...bila nak dekat habis baru faham...turns out hakim tu ambil rasuah from a person

let's be for real, start dari 1st chap saya banyak gelak, ni mmg romcom tahap tertinggi..jarang berlaku ya kalau setiap chap ada rasa lawak, maybe perasaan saya atau mmg realiti

my favourite character? ofc the one and only TAQI MIKHYARIQ👏🏻👏🏻👏🏻

walaupun character dia mcm psycho sikit, disini kak effa nak tunjuk betapa sakitnya jadi seorang Taqi sampai mcm-mcm benda dia buat

apa-apapun saya kesiankan Taqi

while for Amra and Qaid, LURVEEEE, THE CHEMISTRY BETWEEN THEM IS HARD TO DESCRIBE IN WORDS

gaduh tetap gaduh, but at that moment, it's giving 'he fell first, he fell harder untill she finally notice, and she fell for him'

untuk Raja Gon...JUJUR CAKAP SAYA GELAR DIA RAJA GORGON, YA ALLAH RASA TENGAH BAYANG WATAK FIRAUN MASA BACA PASAL RAJA GORGON NI

jujur cakap, plot twist over plot twist...awalnya masa Haqq kata ttg Qaid dan ibu dia dapat kerakyatan kat Aqtar tanpa perlu kenakan undang-undang direct dari arahan sultan, masa tu dah terfikir...'ntah ii Qaid ni anak sultan Herman dgn puan dianna, kira cam bini kedua la'...LAH JAUH MELESET SANGKAANKU, RUPANYA QAID TU ANAK RAJA GON TU HA

watak Haqq ni antara watak yang sus...sebab mana nak ada kawan yang baik mcm dia, yang sayang kawan mcm ahli keluarga sendiri..susah nk cari org mcm dia...masa kat terowong bawah tanah tu mmg dh kuat feeling kata ni semua antara keje Haqq atau keja Kai(masa ni mmg dh sus dgn perangai Kai, start dari masa Taqi letupkan rumah Amra tu), alhamdulillah x jatuh fitnah lagi kat Haqq

the most unpredictable character...MAK NAH, NOH MAK NAH TU SENANYA KIND OF PEREMPUAN SIMPANAN RAJA GON, TAK PERNAH-PERNAH ANGGAP MAK NAH SEBAGAI SUSPEK, sekali kena tipu hidup-hidup da

Kai, turns out mcm abang kepada Qaid sebab dari ayah yang sama and Kai actually anak kepada Mak Nah make me realise betapa hebatnya kak Effa dalam menghadirkan plot twist yang tak dapat diteka ni

masa Taqi buat vid 'Taqipidea' tu kan, kita dh mcm terfikir...Taqi ni senanya pernah keje ngan doc Ferhad kan? tapi masa tu terdetik jela, tak tahu pula betul

alhamdulillah, segala rempah ratus lengkap dalam cerita ni, gembira ada, marah ada, maki hamun pun ada, but yet still choose to crying at the end of the story...their friendship is so pure....kesilapan mereka hanyalah tentang kepercayaan terhadap satu sama lain

tak banyak dapat saya spoil tentang hubungan Qaid dengan Amra...sebab situasi diorg pun sama sedih mcm situasi 3 sahabat ni..tapi paling terkesan tentang 3 sahabat ni la

semoga siri kedua nanti kak Effa akan explain ttg backstory Taqi, TAQI DESERVE TO BE HAPPY!!!

apa-apapun, saya rate ni 10000/10, a truly masterpiece..i never said this to any novel, but this novel awoke me from deep sleep about my own religion...nampak disini betapa jahilnya saya, lahir dalam Islam tapi masih berbuat dosa..sedangkan mereka yang baru masuk Islam? berusaha untuk menjadi org Islam yang terbaik..buying this novel is actually recommended to all of you who searching for enemies-to-lovers troop with a slight touch of Islamic side

saya setia menunggu novel kedua dalam siri aqtara...harap ii novel kedua dan ketiga pun ada slipcase, barulah match dengan ke-aesthetic-kan Qaid kan??
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for neynaaareads.
12 reviews1 follower
October 5, 2025
This is my first time of reading EffaLee’s book. Honestly. I beli sebab hype dekat TikTok and i read some of the reviews kata Effalee punya penulisan ni best etc.

Truthfully, tak mengecewakan. Tetapi, tidak juga mencapai my expectation. I’m so sorry.. I think this is a ME problem..

I rasa plot cerita is kinda good walaupun you can expect already who Qaid really is. I think, tajuk buku tu jadi QAID saje pun takpe. When you put “The Unknown” tu, I sebagai reader, dah boleh agak Qaid tu siapa dan apa 😅 Ms. Effa macam mengetengahkan kisah nabi Musa a bit?? and feel like a North & South Ko**an punya conflict?? I think so la. I’m not sure, but it feel like that la. I enjoy baca buku ni sebab the plot twist is so twisting. Ms. Effa berjaya buat saya berteka - teki siapakah the real villain. The villain really caught me off guard 😚 && Friendship between Damien, Haq dan Taqi tu best. I wish their friendship’s story is written more and more. And,, I suka gila kat Taqi tuu! Watak Taqi ni macam Kaito Kid tauuu. Bijak, nakal dan suka buat masalah, but you cannot hate him! 😆 I rasa Taqi yang menghidupkan buku ni. I love author for this Taqi character :)

Damien & Amra relationship - I tak rasa langsung chemistry antara mereka ni. I don’t know why. Seriously. I expected much more between them (sebab hype Tiktok are mostly based on them). I rasa macam plain cerita antara mereka ni. Like, literally what you see in Tiktok hype, itu je la yang ada. There are some part that I felt is too cringey?? Ada part yang kelakar (masak sup & Damien pujuk Amra tapi satu istana tahu). But most of it, it felt too forced. I dont know, probably I yang dah baca banyak buku yang better in relationship development. For me, Damien is just a plain type of green + tsundere man. Amra - plain girl yang ada dalam kisah cinta. Get it? I tak nampak yang dia ni berdiri di atas kaki sendiri. Macam banyak Damien/Haq yang selamatkan Amra bila dalam bahaya. I was expecting that she’s not a damsel in distress, but she really is. And, I rasa FL umur dah 30 kan dalam cerita ni? Tapi, perangai dia kind of childish a bit?? FL macam nak nampak badass, tapi tak sampai sangat. Or, I think this is a ME problem again. I’m sorry..

Overall, still an okay read. Kudos to author, Manes’s illustrator, editor and team. Cumanya, a bit susah for me to repeat baca.
Profile Image for داميا.
4 reviews
December 28, 2025
saya dah siap baca qaid: the unknown and honestly, pada awalnya saya memang tak boleh stop baca tahu tahu dah sampai around 40 chapters macam tu? 🫡🙂‍↕️ maybe sebab tu juga, saya rasa cerita ni laju & berakhir lebih awal daripada saya expected~ my expectations was too high :[ with this novel.

anyway, jalan ceritanya still interesting to read tho 👀and selari dengan kata kunci pada bookmarknya — “tentang nama bangsa, kuasa dan harta” yepp 😼🤌🏻 I suka gila the way author a.k.a Effalee tulis novel ni; takde typo pun??? (saya rasa), tersusun and puisi dia senang pembaca faham, 🌟0🌟 suka ×3 ada beberapa part yang terasa sedikit hambar but ada juga part yang bagi effect emosi kepada saya tau 🖐🏻

ada part tu buat saya almost CRYING OKAYYY??? (bila tahu yang ayah Damien buat macam tu dekat Damien dan ibunya), ada juga part yang buat saya SENYUM :DDD (ish Amra yang Damien ajak kahwin saya pula yang blushing) and part sebelum ending dia BUAT SAYA WHAT THE HECK, SO... 😨 (plot twists dia pergh tak expect. :0).

pacing dia okay laju & engaged. walaupun chemistry between ml (Qaid Al-Asytar) and fl (Amra Adrina) tu bagi saya macam tak ngam (terasa neutral je -_-) but hear me out 👂🏻 I love the way they loves/teasing each other! especially when Damien try pujuk isteri dia Amra si Hagemaru Bengkak dia 😭 dengan bantuan Haqq HAHAHA comel betul. untung la amra dapat husband hijau dia sehijau adudu- eh sehijau hutan ni 🌳💞🙈.

ending dia for me boleh la (lega sebab habis fuh) tapi kan author.. saya excited la nak tahu tentang kehidupan taqi lagi/friendship diorang (Taqi, Damien, Haqq) :D.

saya akan recommend this novel to the readers yang suka islamic contents (almost nangis ✌🏻.. ok?), unexpected plot twists (terkejut wey) , easy to read book (KHUSYUK TU PENTING 🤌🏻)

🌟⭐🌟⭐ out of five.

28-12-25.
Profile Image for Syua.
34 reviews
July 7, 2025
Buku ini mengisahkan tentang 2 kerajaan. Kerajaan Aqtar dan Kerajaan Adhara. 2 kerajaan yang jauh berbeza. Aqtar mengamalkan agama Islam dan negeri yang sangat maju berbanding dengan Adhara. Sultan Adhra iaitu Raja Gon sangat kejam,angkuh dan sombong. Menggangap dirinya sebagai Tuhan.

***

Damien seorng detective dan Amra merupakan seorang peguam. They're academic rival since dri university. Di pertemukan dalam satu kes pembunuhan bersiri. Dorang ni selalu bergaduh. Macam anjing dan kucing. Ada sahaja benda yang xkena dan xsependapat dgn dorng. But,ada satu perkara yang trjadi dkt Amra yg mmbuatkan dorang berkahwin.
Damien such a green flag husband. Even cara dorang berkahwin scara tergesa. Damien ni nampak kasar dgn Amra but damn yess, He's really love her sm. Damien snggup lakukan apa sahaja hanya untuk isterinya. He’ll burn everything for his wife. Damien and Amra really meant to be each other.

“Aku boleh maafkan orang sakiti aku. Tapi aku tak boleh maafkan org yg sentuh isteri aku.” -Damien

“Senyum untuk aku. Aku nak senyuman paling bahagia daripada kau.” -Amra

Akan tetapi, ada rahsia yang dia simpan dari semua orang. Damien ni such a mystery guy. Damien Qaid? or Qaid Al-Asytar?


1000/10
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ayu.
21 reviews
August 8, 2025
3.7/5 ⭐️

Ni buku pertama saya baca dari Effalee jadi tak boleh nak compare dengan previous book.

Tbh buku ni biasa je jalan cerita dia. Nak kata fantasy macam bukan tapi ada media sosial bagai. Tapi awal-awal memang best cerita sebab nak bongkarkan kes pembunuhan. Pertengahan dah macam slow sikit sebab susun atur cerita macam celaru sikit.

Hubungan Amra dengan Damien seronoklah gaduh-gaduh tak matang tu. Tapi lepas kahwin jadi macam meh. Tak in depth relationship diorang so macam tak strong sangat hubungan ni.

World building dalam buku ni sangat tak kuat ye. Penulis tak tekankan sangat pasal dua negara ni lebih mendalam. Sekadar description awal-awal. Peta dalam buku macam tak ada pun tak apa.

Plot twist okay lahh macam boleh agak macam tak. Hujung-hujung baru terbongkar semua. Baru puas dah tau kenapa terjadi itu ini.

Friendship Damien, Haqq dan Taqi lebih utuh dari semua di atas. Bromance diorang best. Tu je yang menguatkan cerita buku ni.

Qaid : The Unknown? No lebih kepada Qaid : No suprise bro. Hahaha tapi Qaid ni green flag lah love his character.

60% pertama syok lah baca buku ni tapi dari 61-85% tu agak bosan sikit, cerita tak strong sangat sampai rasa cam nak give up pun ada tapi nasib lah habiskan juga. Ending pun bestlah diakhiri dengan bromance diorang.
Displaying 1 - 30 of 78 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.