Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Dendam

Rate this book
“So, get ready to live in ruins once I get back.” – Adam Hirdy.

Kerana marah dan dendam, Adam meninggalkan Azalea seusai akad nikah mereka.

Tiga tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita.

“Belum sempat awak hancurkan saya, saya dah pun hancur, Adam. Saat awak pergi tinggalkan saya masa hari pertama saya jadi isteri awak, saat itu juga hidup saya terus hitam ... sehitamnya. Saya dah tak nampak lagi ada warna putih dalam hidup saya.” – Azalea.

Selama tiga tahun itu jugalah Azalea menunggu kepulangan Adam. Bukan untuk kembali ke pangkuannya, tetapi inginkan kebebasan selepas Adam menghancurkan hidupnya sepertimana yang diucapkan.

Dan … Adam kembali semula selepas tiga tahun bersama rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea. Tetapi belum sempat rancangan dilaksanakan, petunjuk demi petunjuk datang kepadanya dan membawa dia kepada satu per satu rahsia yang secara tidak langsung melibatkan Azalea.

Apakah rahsia tersebut?

Apakah kaitannya dengan Azalea?

Serta, adakah Adam meneruskan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Azalea atau dendam itu terkubur begitu sahaja?

960 pages, Paperback

First published May 1, 2025

17 people are currently reading
160 people want to read

About the author

D.Dahlia

2 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
80 (57%)
4 stars
44 (31%)
3 stars
9 (6%)
2 stars
4 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 52 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
June 15, 2025
Perghhhh akhirnya F jumpa perkataan TAMAT. Tebal buku ni.

Buku ini quite thick but setiap cerita dikarang dengan begitu details and well-organized plotlines.

At first, F wasn’t really into the male lead, Adam — his ego turned me off. Bayangkan on wedding day, after nikah he just walked away after marrying Azalea.

3 tahun Adam merantau, finally balik ke Malaysia… with revenge in his heart.

Mula-mula rasa nak baling buku kat Adam. Ego dia tu masyaAllah! Tapi bila F dok selak pages by pages... F pulak yang terjebak emosi.

But surprisingly, I grew to like Adam's character. Adam ada ada satu sifat bila dia curious tentang sesuatu... he digs deep really deep. Info dia selidik kalah FBI. Hati F? Dah kena rompak dengan abang dendam ni! 🤪

F tak sangka plot twist about who was behind Azalea’s abduction and Dato’ Maliki’s murder. I was like "huh".. betul² psycho orangnya."

Azalea... adoiii poor thing this soul, jadi mangsamanusia yang keji. She was kidnapped, abused, and almost raped.

I thought Uzair was the villain but turns out, he had his own hidden agenda. F suka ending untuk manusia² yang jahat tu.. setiap perbuatan ada balasannya.

Adam yang akhirnya konon nak take revenge atas Azalea endup jadi knight in shinning armor for Azalea. Sweet 💙💜

ps: ada typo antara dato norman dan dato razak. rasanya 2x F jumpa typo. sepatutnya dato razak tapi ditulis dato norman.
Profile Image for Huda.
26 reviews2 followers
August 1, 2025
3.5 ⭐️

Maybe because my expectations were too high with all the good reviews here and on tiktok.

Adam Hirdy – to be honest, i couldn’t really get into his character. After everything he did to Lea, i was desperately hoping he would beg on his knees for forgiveness and suffer, even just a little. One moment he hated her with all his heart, and the next? Boom, suddenly in love. Throughout the whole story, i tak nampak langsung part Adam betul-betul grovel. Frustrating gila.

Azalea – her character literally drained me. Everytime dia bukak mulut suruh Adam balik dekat Rose, i dah rasa darah naik kepala. Like girl, kenapa you macam ni please staphhhh. But deep down, i tahu dia tengah struggle. Apa yang Lea went through bukan biasa-biasa. Mental illness is not something you can just brush off. And despite all the chaos, she deserved happiness. She’s broken, but still trying. That hit me real hard 💔

Overall, it was a solid read. I punya stress tu sampai i tak sabar nak habiskan setiap chapter. Ada jugak few parts yang rasa draggy and honestly tak perlu pun. But shoutout to the author — her writing style memang best, smooth sangat sampai i tak boleh nak dnf. She kept me hooked till the end.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
July 12, 2025
WORTH.THE.HYPE

Mengisahkan Azalea dan Adam yang dipaksa kahwin oleh parents Adam. Disebabkan ini, Adam yang dah mempunyai kekasih hati, Rose jadi benci sangat dekat isteri yang baru dinikahi dan dia tekad untuk tinggalkan Azalea lepas sahaja dorang bernikah. Nak dijadikan cerita lepas je Adam tinggalkan isteri dia ni dan pindah ke luar negara, macam-macam berlaku yang menjadikan Azalea ni trauma.

Aku tak nak spill banyak tentang storyline sebab takut spoiler. So aku nak review watak.

Adam. Awal pembacaan aku sangatttttt bencikan dia. Kau lelaki kot, kalau tak nak kahwin tak payah la kahwin and stand up to your opinion je la tak perlu la nak seksa anak dara orang. Tapi bila meneruskan pembacaan aku jadi suka dengan watak Adam ni (siapa je tak hehe). Walaupun dia masih belum dapat terima Azalea sebagai isteri dia tapi dia sangat protective dan dia betul-betul menjadi pelindung Lea. Aku sangat suka baca part dia menuntut bela atas apa yang dah jadi kat Lea sepanjang dia takde di Malaysia.

Azalea. Walaupun watak dia ni perempuan yang ada sakit mental, tapi dia macam ada kekuatan sendiri bagi aku. Kalau yang dah baca faham lah maksud aku. Ujian dia bertubi-tubi dan the fact yang dia still bertahan dan ‘lawan’ suara dalam fikiran dia tu buat aku rasa dia seorang yang kuat. Dia sangat polos dan comel tau. Comel yang natural dan tak cringe LANGSUNG. Jujur aku cakap, kalau lah Lea ni betul wujud aku nak peluk dia. Dia dah lalui banyakk sangat benda pahit.

Info tentang penyakit mental yang penulis garapkan pun sangat sedap dibaca. Kau tak rasa macam tengah baca wikipedia pun. Penulis pandai olah penerangan tersebut dan buat kita tak rasa bosan untuk baca maklumat ataupun info.

Setiap watak ada peranan masing-masing dan ini yang aku suka. Setiap watak diolah dengan kemas. Takde wasted potential langsung. Pengakhiran bagi watak jahat sangat lah best dan patut. Aku sejujurnya agak kurang yakin kalau nak baca buku yang diangkat daripada wattpad sebab mostly yang aku baca penulisan rempit dan banyak softporn TAPI buku ni tak langsung ye. Aku 100% yakin penulis ni orang yang educated dari segi penulisan dan penyampaian dia.

Terima kasih untuk karya ni D. Dahlia. Tak sabar nak baca Kerana Terluka pulak hehe.

Overall best. Nanti dah reprint sila beli.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Profile Image for twiggies.
89 reviews5 followers
October 26, 2025
reread (physical book + special ebook):
lepas reread baru perasan banyak betul dialog in english🫩 i’m okay if the author wants to insert a few english words tapi ni straight bi agak annoying la haha. plus bagi aku ada a few unnecessary scenes yang kalau tak ada pun tak ganggu jalan cerita so tak adalah draggy sangat.

but despite that, i still applaud the author for her writing. memang sukalah penulisan D sebab sedap dibaca.

anyway, i love the details of psychosis in this book. confirm author ambil masa buat research about this mental health issue untuk tunjuk realism dalam watak Azalea, especially dalam ebook D tunjuk the relapse she went through during her pregnancy.

as for Adam, memang awal awal tu redflag la. kerja nak menyembur je, ko relax boleh🫩 haha nak kata hot tu tak adalah kot eh i wouldn’t settle for this type of man. kitonyo manja. but at least he did what he should’ve and acted realistically. cumanya, kalau nak tengok dia grovel, tak payahlah. sampai ke kulit buku belakang pun kau tak akan jumpa😭 after reading two of D’s books, i can say yang memang mmc dia tak pernah grovel after what they did to the fmc so agak tak puas dekat situ.

but the ending for the villains was satisfying. tak adalah cliche yang diorang end up kiok macam gitu je at least they got the punishment they deserved.


first read:
dah pernah baca wattpad ver, nanti nak reread yang buku pulak anyhoo

satu je yang tak puas hati. Adam needs to grovel more. tak puas. cara dia tebus kesalahan tu acceptable? maybe. satisfying? not enoughhh. bro need to be humbled more AND DESERVED TO SUFFER A LITTLE LONGER 🫡🔥
Profile Image for chernation.
27 reviews
October 29, 2025
saya nak bagi 5 bintang sebenarnya tapi, saya rasa kurang sesuatu. part adam grovel. sikit sangat. even dah nak habis cerita, adam masih tegas dengan azalea walaupun dia dah menyesal sikit. dia dah tahu azalea ni trauma survivor, sampai masuk hospital, tapi adam masih tak cuba berlembut dan betul-betul fahami azalea. ok, tu jela penyebab tolak satu bintang.

selain dari tu, saya suka semuanya. penulisan D, susunan plot dan motif dendam. walaupun dah boleh agak tapi tetaplah buat kita tertanya sebab ia disusun cantik.
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
October 25, 2025
i dont get the hype not for me, draggy namampos. mananya part Adam grovel orang cakap tu?? banyak gila unnecessary plot and scenes. the only thing i love writing penulis yang kemas and the potray of Lea's mental health. stress la haku dengan Adam tang mana hot tu haha tah la
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
June 17, 2025
♾️/5

Bacalah engkorang semua. Review soon (bila dah dapat ebook 🫣)
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
September 21, 2025
4.5 ⭐️

this book deserves the hype 👏🏻👏🏻👏🏻 applause

srs talk. no wonder everyone loves it. saya suka !!! cuma minus 0.5 sebab asal eh asal saya ni kurang penyabar sikit HAHAHAH apa jadi dengan redza? pls i need proper closure. harap penulis baca review ni pastu buat buku pasal redza pulak 😄😄

btw buku ni 936pages howl- mak ingat 735pages je. bayangkan i dah prepare mental i untuk 700+pages je sekali kena add on another almost 300pages fuh mental tapi suka sangat ahahhaha kill me pls

cukup rencah. cinta cintun. trauma. drama. siapa jahat siapa tak? ya allah stress ye mak fikir siapa jahat dahlah semua org sussy nyah dalam buku ni nasib aku tak buat mindmap justify siapa yg jahat je adoi lah

kudos to the author and cant wait to read her next book 😘💗
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 30, 2025
Kerana Dendam by D.Dahlia

Sesungguhnya, sejujur-jujur dan seikhlasnya Kirah cakap, novel Kerana Dendam ni memang worth every single penny yang sesiapa pun keluarkan. Journey antara Azalea dan Adam dalam naskhah ni sangat cantik alur susunnya. Walaupun orang tengok daripada ketebalannya rasa ngeri, boleh demam kus-kus dan nak lari sebab ketakutan, eh jangan!

Kerana Dendam memisahkan Azalea dan Adam sejurus pernikahan mereka berdua berlangsung. Sikit pun Adam tak sudi pada sang isteri yang hanya bernikah dengannya atas motif dan kepentingan tersendiri.

Bila dia diseru untuk pulang ke tanah air, tekadnya cuma satu. Dia akan hancurkan hidup Lea dan buat Lea terseksa hidup dengan dia. Maka dendamnya terlunas.

Dendam terlunas X
Makin berdendam ✓

Kecil besar kecil besar saja dia tengok Mek Lea. Lea lah punca darahnya naik. Selalu buat dia naik hantu. Kedegilan Lea dalam kenaifan wanita itu buat Adam makin buntu.

Lea pula? Setiap kali nampak Adam seperti nampak hantu. Kain terus dia angkat, ting tang ting tung lari lintang pukang sebelum kena buru.

Walaupun review ni nampak macam main-main, janganlah engkome tertipu. Kisah mereka tak berakhir di situ. Satu per satu rahsia gelap yang menyatukan mereka berdua, membawa kepada tersingkapnya satu kebenaran yang tertangguh.

Pembunuhan. Kehilangan. Kematian.

Dan paling utama, adalah kondisi seorang Azalea. Sakit tak semestinya pada jisim.

"I want you to feel safe and protected when you're with me. I want you to depend on me. I want you to seek me out whenever you feel unsafe."

Mental illness. Ya, Azalea salah seorang pejuang yang masih bertahan untuk terus hidup. Apa yang membuatkan naskhah ini berjalan dengan begitu utuh adalah kekuatan topik yang satu ini pada jalan ceritanya yang konsisten.

Tak nak cerita lebih, cukup kalau Kirah kata KD ni salah satu cerita yang dah masuk carta fav Kirah. Even tebal pun tak terasa melelahkan. Penggunaan bahasa dan writing style yang sangat baik pun jadi salah satu asbab kenapa cerita D memang sedap dibaca.

Bagi Kirah, plot cerita gempak mana tara sekali pun, kalau bahasanya ke laut, tak jalan juga. Tapi KD ni pegang kedua-duanya. Bahasa dan jalan cerita bergerak saling mengimbangi. Memang best.

Topik mental health sebenarnya dah banyak dalam lambakan karya sekarang. Benda ni satu benda yang bagus. Cuma dalam KD ni, isu ni tak diketengahkan secara general saja. Itulah wow factor yang membuatkan pembaca marhaen macam Kirah rasa buku ni worth untuk ditelaah. Sebab kita gain something new. Setiap scene 'struggle' yang Lea alami membuatkan kita as pembaca pun sama naik resah dan boleh mendalami perasaan seorang survivor yang bersusah payah untuk tetap normal dan kekal waras.

I would saya yang D is gifted. Gifted dalam dunia penulisan sebab even baru dua buku terbit, gaya penulisan dan kematangan ceritanya dah macam lama terbit buku. Tapi tak bermaksud gifted tu tak keluarkan effort dan research untuk karyanya. Kita boleh nampak how she puts lessons dan morale dalam naskhah ini.

Kerana Dendam memang satu perjalanan yang sangat baik. Kalau ada pun penambahbaikan mungkin daripada segi typo dan tersilap perkataan yang langsung tak menjejaskan pembacaan.

Congrats D, Kirah harap D terus fly high. Tulis cerita yang baik-baik dan berkualiti. Kirah tunggu cerita Redzaaaaaaa. I kenotlah cliffhanger ni. Kita ni kepochiii tentang hidup Redza dengan dotdotdot dirahsiakan untuk yang skip baca snippet sebab nak baca full nanti macam saya HAHAHA.

Highly recommended! SERIUS WAJIB BACA korang!

Rating: ∞ / 5 stars
12 reviews
June 1, 2025
Sejak aku kena hasut dgn budak2 yg keje kat booth prolog tahun lepas beli buku pertama dahlia ni, tahun ni aku beli buku kedua dia plak tanpa dihasut sesape sbb aku dah fall in love dgn writing style dia. Bila aku tgk ig prolog terbitkan buku ni utk pbakl, aku excited. Aku tahan diri baca bab yg ada kat wattpad sbb aku nak rasa surprise tu sksksk

First of all aku nak ucap tahniah utk dahlia sbb masih kekalkan cara writing yg sama. Sedap sgt dibaca. Aku suka bila penulis yg pandai buat setiap ayat tu mcm puitis tapi tak terlampau berbunga. Faham tak maksud aku. Takyah guna kosa kata yg terlampau pelik atau bombastik yg kena cari pulak maksudnya benda. Guna kosa kata moden yg simple pun dah blh buat ayat tu sedap.

Utk jalan cerita, plot kerana dendam ni pulak aku blh katakan agak berat jgk. Sbb penulis ketebgahkan isu mental health, trauma. Sgt detail la bagi aku setiap peneramgan tu. patut la buku ni tebal. Tapi aku suka bila penulis ada usaha buat research pasal tema yg diangkat. Nampak la penulis tu betul2 nak educate pembaca bkn just ckp ‘oh ml/fl ni ada masalah mental’ tapi tak jelaskan pun kenapa, apa puncanya, mcm mana watak tu atasi masalah tu. mcm surface je tau2 dah elok padahal org yg ada masalah mental ni bkn senang nak elok. Ada yang sampai mati pun tak elok2.

Watak azalea ni mmg malang bagi aku. Dia ni kira macam mangsa keadaan. Aku bet mesti ramai yg ingat dendam tu solely dendam adam towards azalea tapi youre wrong. It’s deeper than that. Semua watak dlm novel ni bersangkut paut disebabkan dendam. Kalau sesiapa baca tau la malsud aku.

Back to watak azalea, aku suka dia punya degil tu sksksk. lepas tu watak dia ni comel yg aku rasa sgt natural penulis buat. Bila baca tak rasa cringe. Kau bayangkan la adam tu garang giler tp azalea ni selalu buat dia marah. Dlm takut2 tu ada la berani2 gitu. Tapi ada satu part tu sedih sgt. Aku nangis la sikit sbb rasa kehilangan tu. tak nak sebut sape korang baca sendiri.

Untuk watak adam pulak. Aduhaiiii aku tak tahu byk mana aku menyumpah kat dia ni masa bab depan2 tu hshshs. Tapi bila dia dah tunjuk sisi dia yg ala2 nak ke green tu mmg cair habis. Dia punya sweet tu seadanya je tapi blh buat aku melting. Adam ni aku bayangkan seorang yg sgt garang, serius pastu agak baran jgk la. Part dia dgn si tuttt tu perghh mmg dia langsung tak kasi chance weh. Puas hati akuu baca. And then aku suka penulis buat watak ml yg morally grey camni tanpa ada violence dgn harsh words to fl. pastu aku suka sgt bila penulis tak buat taktik tipikal yg selalu aku baca dlm novel where ml benci2 kat fl tapi hadap nak tuntut hak as suami. Adam tak ye. Benci2 dia kat azalea tu pun penukis buat dia masih hormat maruah isteri dia. Takdak dia paksa2.

Overall, aku suka sgt dgn buku ni. Walaupun tebal tp aku tak rasa draggy. Masa mula2 tgk buku ni tebal aku ingatkan mmg akan draggy tapi sbb cite ni fast pace takdan nak rasa draggy. Yang aku rasa cuma tertanya-tanya. Oh lupa nak mention pasal blackeyes. Weh aku tak sangka blackeyes tu rupanya tuttt. Semua yg aku teka salah sksksk. Pastu aku suka ending nya. Puas hati sgt bila antagonis dpt balasan yg setimpal. Takdak nak lwmbut2 hati maafkan camtu je.

Tahniah penulis untk cite yg ada manfaat, ada input. At least aku dpt la jgk belajar serba sikit pasal org yg ada masalah mental ni. Camne dorang struggle. Harap byk lagi tulis cite yg best2 akan datang!



Solid 5 ⭐️ for kerana dendam
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
September 2, 2025
Fuhhh.. dpt jugk abis kan buku nie.. 900+ pages. 😓

Adam yg ego tinggi melangit.. terpaksa kahwin dgn Azalea.. itu pun Azalea tidak di beri ape² pilihan.. lepas nikah, Adam trus tinggal kn Azalea.. Lepas Adam pergi, Azalea pulakk kene culik dan di seksa.. 🥺

3 thun berlalu, Adam balik dgn dendam yg mendlm.. bile terjumpe Azalea, die perasan yg Azalea lain dgn perangai die.. mule² die igt kn Azalea tu berlakon..

Kwn² Adam tlg bukak kan mata Adam utk selidik ape yg jdi.. mmg Adam selidik abis-abisan.. dri situ die tau sape yg berlakon sape yg tidak..

Satu² terbongkar buat kn Adam membalas dendam terhadap pelaku nye.. padan muke..! 👏🏻

Lea semakin lama semakin teruk dgn trauma die.. Adam sentiasa di sisi utk bantu die.. begitu jugk dgn mak pak mentua die.. supportive sungguh..

Mmg puas hati laa baca.. cerita tersusun rapi.. each chapter cukup padat..

Ape sbenar nye yg terjadi kt Redza dan Melissa?
Mcm tergantung di situ.. aishh..
Profile Image for Neryss.
5 reviews1 follower
November 17, 2025
900+ pages in 1 day? Cerita ni mmg boom! Lelaki nama Adam ni mmg semua haram jadah ke mcm mne?

Tapi Adam in this story takda lah kejam sgt pun. Tak sempat nak kejam rahsia dah mula terbongkar

Adam Hirdy, handsome, kaya, bijak tapi asyik nak marah je kerjanya.. tapi character development dia lah yang paling chef kiss sekali. Mmg terbaik, dia pnya protect Azalea, tak sempat nak red tau je terus dh green lah this guy.

Azalea, ohh pity this girl. Kerana dendam org lain dia menjadi mangsanya. Terlalu kejam ape yang diperlakukan keatasnya. She doesn't deserve all that pain. But she's resilient just like her name. Nampak lah cara dia berlawan dengan setiap sakit dia tu dengan tabah sekali.

Tapi Azalea ni pulak mmg suka menaikkan darah Adam, ade je dia nak mengorek si Adam ni. Adam pula kerjanya mmg naik darah sesaja. Suami yang suka marah, Isteri pula mmg suka buat suami marah. Elok sangat lah jadi suami isteri dua org ni

For me this book truly elaborates on what is truly mental health awareness about. Ini baru betul mental health awareness bukan yang kuban asyik menggila 24j nak menjerit je.

Cara Azalea berjuang melawan sakit dia, cara Adam support dia dari segala aspek tu mmg respect lah. Effort Adam tu mmg on top lah I must say. Dia usaha untuk tau segalanya tentang Azalea. Dia cuba untuk buat Azalea rasa selamat at any cost. Usaha untuk pulihkan Azalea. Demi Azalea dia sanggup bergadai nyawa just to take revenge for the sake of his wife's pains. Hebat kan?.

Cara penulis ni elaborate everything is so beautiful, sangat tersusun, walaupun buku ni tebal tapi lagi selak lagi nak tau ya ape yang terjadi sebenarnya. For me mmg I dh boleh agak who's the villain actually. Tapi the real saviour tu terngadah jugak lah bila dpt tau. Overall cerita ni mmg sumpah best!! Worth buying! Worth reading!! Really worth my time I must say

Now I dah tak sabar nak tau kisah Redza & Mellisa Hopefully it will come out sooner.
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
June 12, 2025
Adam Hirdy ada salah seorang lelaki yang ego nya Ya Allah, tak boleh bawak bincang.. Mak dia suruh kawin dia ikut tapi lepas tuh, memang dia ikut kepala dia je la. Tak kisah dah apa orang kata, kalau dia kata tak nk dgr maka dia tak akan dgr.. Tapi satu je Adam ni, kalau bila dia syak something dia akan cari tahu smpai akar umbi la.. Semua dia siasat.. semua dia kaji cari tahu.. Baran pulak boleh tahan.

Azalea, memang dari kecik lagi kena dera, alik2 kawin dgn Adam sbb nk bayar hutang, tapi malangnya sbb dendam orng lain dia yg jadi mangsa. Dan la kena kawin TERpaksa, laki hilang hari perkhwinan, kena culik pulak.. Smpai mental dia down gila. Terlalu baik pun ya.. dan selalu suka buat Adam marah dan geram.. Ha, tu memang hobi dia la.. Klau sehari tak buat Adam naik suara bukan Azalea la tuh..

Konflik boleh dikatakan agak berat. Dengan culik dera bgai.. Jadi tak di galakkan buat mereka yang suka bacaan santai sbb yng ni tak santai.. penuh debaran dan tanda tanya.

Tapi yang boleh jamin, siapa yang beli baca tak akan menyesal lah.. Detail dia.. cari cerita dia.. Dialog dia semua tersusun..

Sngt d rekomended dari pihak saya... Tebal 941 paged berjaya d habis kan dalam masa 24jam shja..
Profile Image for Aziah.
19 reviews
May 31, 2025
Adam & Azalea..
Banyak konflik dalam cerita ini.Semuanya berpunca dengan dendam.Azalea yang menjadi mangsa.Kesian sungguh bila selami apa yang dia kena hadap.
Awal-awal geram gila tau dengan Adam,nasiblah dia cepat sedar dan jadi suami yang caring.Lepas Adam dah mula sukakan Lea,memang A+ lah dia jaga Lea.
Overall kisah ni cukup rasa.Rasa geram+dendam+sweet+kejam+trauma+sweet balik.Puas hati & bila baca tu rasa smooth ja.Gaya penulisan D kita suka sebab sangat detail.No wonder buku ni tebal macam kamus dewan.hahaha.
8 reviews
November 18, 2025
Sukanya penulisan D.Dahlia 🫶🥹 I would say yes, heronya mungkin tak se-green flag dlm novel novel lain yg I pernah baca tapi I suka cara author menceritakan yg setiap characters dlm novel ni ada shortcomings masing masing, tak ada yg sempurna. Mcm tu juga Adam. Ada babak yg I tak berapa suka lagi lagi part dia kotorkan tangan dia sendiri utk balas balik perbuatan org lain yg buat jahat pada dia tapi I seakan boleh faham kenapa dia sanggup ambil tindakan mcm tu. And somehow, I try to put myself in his shoes. Walaupun I still tak boleh terima juga hm

Part grovel tu hm betul tak ada langsung tapi tak menjejaskan pembacaan I langsung. Itulah yang kurangnya sebab tu I bagi rating 4 ⭐ je. Plus, Adam ni pun baran juga orgnya. Garang weh.. Itu pun satu juga nasib baik hujung tu dah ada perubahan sikit dari segi sikap baran dia tu kalau tak memang tak boleh diselamatkan dah buku ni masuk dnf list terus lol

Azalea, her characters definitely brokes me the most. Perit betul kisah hidup dia. Can you guys imagine dari kecil hidup dia jadi mangsa abuse dgn bapak dia lepastu kena kahwin pula dgn lelaki yg bencikan dia? Tak cukup lagi dia hampir kena r**** pula?? Trauma dia tu sampai dia di serang penyakit mental.. Ujian hidup dia ni bagi I terlalu berat. And I'm so glad bila Adam dpt tahu, dia offer diri dia utk jadi 'safe place' Azalea. Dia mcm sweet gitu yer.. Ada juga babak yg I sedikit geram bila dia selalu sgt ulang ulang nama Rose setiap kali dia berdua dgn Adam. Dia mcm potong mood tau ish haha

Jalan cerita pula tak membosankan. Dialog antara characters sgt matang dan paling penting tak cringe langsung. Romantic scenes memang secukup rasa dia bagi hehehe.. Paling sukalah part Adam dah mula sayangkan Azalea ni 🥹 I knew it dia bukanlah nak berdendam sgt pun tapi rupanya ada org lain yg lagi beria pula berdendam. Hah siapa pula yg lagi berdendam sgt tu? Kena bacalah kalau nak tahu..

Overall I puas hati dgn villians yg dpt balasan setimpal. I mcm tak boleh brain ada org psycho mcm tu gila betul ya mengucap panjang I baca kronologi kejahatan diaorg ni. Not to mention the plot twist, lagi lagi siapa sebenarnya Blackeyes. I sampai kerah otak fikir siapa. Meleset semua haha

Bila baca buku ni buat I rasa tak sabar nak tahu kesudahan kisah diaorg ni and yeah for me they do deserve the happy ending. Tak sabar nak baca special ebook dia pula
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
June 14, 2025
4.5⭐
Sangat rare ya untuk jumpa novel yang tebal begini tapi tak rasa meleret. Penulisan yang sangat bagus bagi aku. Tahniah kepada penulis. Cumanya... I want to see Adam grovel more.. it's not enough for me, dude needs to be humbled more lol
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
July 14, 2025
Best. Tolak satu sbb ada typo, kesalahan tatabahasa dan knp banyak perkataan indo dlm ni. Barusan boleh je ganti dgn sebentar tadi. Mampir tu boleh ganti dgn singgah. Banyak la
Profile Image for Dhia Yana.
115 reviews
August 9, 2025
Sangat² best buku ni. Pack dengan gore (sedikit) misteri dan romance so this is not typical romance novel. I'm not really into Malay romance book but this is very good. Beli sebab sipnopsis pretty catchy. Macam² jadi ye dalam buku ni. Dengan plot twist nye lagi. Dan juga macam² watak yang ada dalam ni. Btw, teringin nak tahu background story Redza dengan Melissa. Overall buku ni bagus, banyak ilmu lagi² pasal mental illness so buku ni bukan 'kosong'. Plot juga tak membosan kan dan really membuatkan kita tertanya-tanya. It took me 3 days to finish this as buku ni thick ye 900+ pages. 5 ⭐ obviously.
Profile Image for alice.
1 review
June 19, 2025
I’ve never read a book as thick as this book! But it’s totally worth the time i spend to read this book. I sangat suka how well the character growth, the storyline, the detail explanation untuk setiapa apa yang character tu rasa. Rasa macam i la character tu sendiri 😂

Even Adam cinta mati dengan Rose at first tapi dia still ada akal. I suka part bijak Adam kat sini. Azalea pula, i tak rasa kalau i dekat tempat dia i boleh survive. She’s indeed a very strong character for someone yang ada a very traumatic past. I actually quite suka character Azalea. Cuma tulah, part degil dia tu kadang eeeee dia ni kaaaannn.

Apapun, i akan repeat novel ni lagi walaupun tebal dia nauzubillah.
Profile Image for Hartif.
15 reviews
August 17, 2025
Dragging storyline and slow pace. There is too much unnecessary plot.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
28 reviews
October 4, 2025
✨ Review Novel : Kerana Dendam ✨
Penulis: D.Dahlia
Penerbit : PrologMedia
Rating : 4.8/5 ⭐️

Pertama sekali, Kerana Dendam memang worth the hype. Tebal? Ya. Tapi jangan tertipu dengan ketebalannya sebab once korang start, memang susah nak berhenti. Plotnya sarat dengan konflik, trauma, dendam, kasih sayang, dan kesembuhan yang perlahan-lahan buat kita rasa dekat dengan watak.

📚 Jalan Cerita
Kisah bermula dengan Azalea dan Adam yang terpaksa bernikah. Adam langsung tak redha, malah dia dah ada wanita lain. Selepas meninggalkan Lea sendirian, macam-macam ujian menimpa. Trauma, kehilangan, pengkhianatan—semua menghantui hidup Azalea. Tapi bila Adam kembali, bukannya lega yang datang, malah dendam yang membara.

Apa yang menarik, dendam Adam terhadap Azalea bukan sekadar isu rumahtangga. Di sebalik kebencian itu, ada sejarah lama dan rahsia gelap yang akhirnya membuka mata kita pada konflik sebenar antara mereka.

👨 Watak Adam
Pada pengawalan cerita, memang sakit hati baca perangai dengan perangai si Adam ni. Ego tinggi, keras kepala, baran, dan selalu nak menang. Tapi… semakin jauh saya baca, semakin nampak sisi dia yang lain. Protective, obses mencari kebenaran, dan tanpa sedar dia jadi pelindung paling kuat untuk Lea. Dia sweet dengan cara dia—macam bad boy yang tak reti nak tunjuk sayang, tapi bila dia protect, kita sendiri cair.

Antara dialog Adam yang paling saya rasa macam eh kau ni kenapa? 😌

“Listen here carefully. Once you enter my life and become mine, there’s no going back for you.”

Ayat tu macam satu amaran + pengakuan. Kasar bunyinya, tapi penuh makna tentang perasaan dia terhadap Lea selepas diijabkabulkan.

👩 Watak Azalea
Lea ni fragile tapi bukan lemah. Dia ada sakit mental, tapi penulis berjaya gambarkan struggle dia dengan sangat realistik. Suara-suara dalam kepalanya, trauma yang menghantui, rasa takut nak trust sesiapa—semua tu buat pembaca rasa sama-sama resah. Tapi dalam setiap kelemahan, Lea ada kecekalan yang buat kita rasa nak peluk dia kuat-kuat. Saya ada juga kawan yang mengaku dia sakit jiwa. Dia pernah kata, memang dia dengar suara-suara untuk dia bunuh dir* ya.

Dan ada satu dialog Adam yang sangat menyentuh hati saya—rasa macam turning point untuk watak dia:

“I cannot erase what happened but I promise you this, I’ll never let anyone hurt you anymore. I’ll protect you.”

Dialog ni menunjukkan sisi Adam yang genuine dan mula berubah. Dia bukan lagi lelaki yang hanya marah dan berdendam, tapi lelaki yang mula bertanggungjawab & jadi tempat Lea bersandar.

💡 Isu Kesihatan Mental
Salah satu kekuatan besar novel ni ialah cara penulis bawa isu mental illness. Info dan penerangan disampaikan dengan smooth—tak rasa macam baca Wikipedia, tapi cukup buat kita faham dan sedar. Malah, setiap struggle Lea buat pembaca lebih empati pada real survivor di luar sana.

🖋 Gaya Penulisan
Bahasa penulis kemas, plot tersusun, dialog hidup. Walaupun karya ini asalnya daripada platform lain, kualitinya jauh lebih matang daripada kebanyakan karya adaptasi. Tak ada wasted character, tak ada softporn murahan—semua watak ada peranan jelas. Ending pun puas hati, especially untuk watak-watak jahat (memang padan muka 👏).

🌟 Kesimpulan
Kerana Dendam bukan sekadar kisah cinta benci antara dua manusia. Ia adalah kisah tentang dendam, healing, trauma, dan kekuatan untuk bertahan. Novel ini padat dengan emosi—geram, sedih, marah, dan akhirnya lega.

Bagi saya, ini antara naskhah terbaik yang wajar dimiliki. Kalau awak nak cerita yang ada depth, ada mesej, dan dalam masa sama buat hati roller coaster, novel ini memang pilihan tepat.

Terima kasih D. Dahlia untuk karya ini 🫰🏻
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
October 30, 2025
ML: Adam
FL: Azalea

Best! Cerita yang penuh misteri. Banyak rahsia dan peristiwa yang nak diungkap. Plot twist tu tak terjangka. Kejutan demi kejutan.

Adam kahwin dengan Azalea kerana terpaksa dan pergi ke Kanada meninggalkan isterinya selepas saja akad nikah. Perginya bawa diri konon protes, tapi lama ya. 3 tahun. Bencinya bukan kepalang sampai dia haramkan nama Azalea keluar dari mulutnya. Tapi Adam masih tahu tanggungjawabnya yang satu ini iaitu memberi nafkah zahir bulanan. Tapi tentu saja Azalea tidak tahu duit bulanannya dari sang suami yang hilang.

Banyak yang berlaku dalam 3 tahun itu. Azalea menanggung kesan PTSD dan kebimbangan (anxiety) daripada satu peristiwa gelap yang berlaku selepas dia ditinggalkan pada hari pernikahannya itu. Sudahlah dia memang dah ada trauma berat sebab dibesarkan dalam keadaan penuh penderaan dan penganiayaan oleh bapanya dan bapak tirinya.

Dia dan ibunya didera dipukul oleh bapanya. Ingatkan lepas kematian sang ayah sewaktu dia masih kecil, dia susah bebas. Tapi tidak. Siapa sangka ayah tirinya juga berperangan setan juga, berhutang sana sini sehingga Azalea hendak dijadikan 'bayaran' kepada ah long. Tapi sejak itulah, dia kenal dengan Uncle Norman. Uncle inilah yang selamatkan Azalea daripada ah long itu.

Dia diberikan wang yang banyak untuk lunaskan hutang tersebut, diberikan rumah dan kereta. Tapi ingat suka-suka? Tidak. Uncle Norman juga mendesak Azalea sekiranya mahukan itu semua, dia kena kahwin dengan Adam (anak tirinya). Sebab apa? Sebab Adam ni waktu tu dia tengah bercinta dengan Rose, manusia yang paling kejam dan licik. Tapi Adam tahu? Tidak. Dia dibutakan dengan cinta sampai sanggup ketepikan keluarga. Yang tahu kejahatan Rose siapa? Uncle Norman.

Tapi belum sempat Uncle Norman bocorkan rahsia kekejaman Rose dan babanya (Dato' Razak, bekas kawan baik Uncle Norman dan Dato' Maliki - arwah bapa kandung Adam), Uncle Norman koma lama sangat. Masa nilah banyak babak babak terungkainya setiap satu rahsia demi rahsia.

Best!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti R.
66 reviews
June 17, 2025
Punca segala dendam : Solid Structure
Mastermind : Dato Razak & anaknya Rose
Mangsa : Dato Maliki(ayah Adam), Azalea,Adam,Dato Norman(ayah tiri Adam),Uwais(skandal Rose),Puan Hajar(ibu Azalea),Zara(adik Rose),Uzair(kembar Uwais),Dayana (isteri Uwais)
Savior : Redza(cousin Adam), Datin Fatima (ibu Adam), Melissa(wife Redza, muncul 1 page je tapi impak kuat. Why? Penulis, you really know how to tease yea. I bayangkn nak jadikan si Redza ni single green tapi dah kenapa story dia, he already married guy searching for wife yg larikan diri. Now, cik penulis, silalah keluarkan kisah Redza-Melissa)

Adam - mula2 tu rasa geram & marah. Tp salute dengan tahap waras dia the moment dia terima emel misteri. Dia siasat then jumpa jawapan. Dlm process tu & until habis novel ni, Adam best guy. Tapi menakutkan bila mode protective dia keluar. Like Redza said to Uzair, Adam sangat menakutkan

Azalea - nak hug dia. She so kuat. She lemah but not the damsel in distress kind of lemah but her struggle kill her slowly but her fight to keep diri sendiri waras memang mengundang emosi & sakit bila membaca. But, the moment Adam slowly understand her,protect her am glad. She in good hand

Uzair,Adam,Redza - this trio the best. Adam & Uzair yg gila tp Redza the neutral. Bla Uzair & Adam bergabung utk balas dendam, wow, I tau jahat tapi i puas hati apa yg mereka buat kat Rose & Dato Razak. Tahu menyalahi hukum but kalau dah undang2 boleh dibeli dengan kuasa,duit & fake acting, so i sokong apa yg Adam & Uzair buat. Tp mereka still ada waras thanks to Redza

The overall novel memang best. Its a no skip chapter.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Am.
8 reviews1 follower
August 15, 2025
Ketebalan buku ni, tak memenatkan langsung untuk baca ! Cara penulis olah cerita, buatkan kita rasa nak teruskan je membaca.

Adam dan Azalea. Terikat dalam satu hubungan, tanpa rela. Apa yang pasti, hubungan itu terikat disebabkan dua perkara penting yang kemudiannya membawa kepada pelbagai lagi kejadian. Bermula dengan dendam, ianya berlarutan meninggalkan trauma yang mendalam terhadap Azalea.

Kalau nak kata, watak Azalea tu lemah sangat, might be yes. Tapi bila tengok balik sejarah hidup dia, mungkin itu yang menyebabkan karakter dia menjadi seperti itu. Dalam pada 'lemah' pun, dia ada kekuatan dan kecekalan tersendiri. Dalam pada 'lemah' pun, dia sangat degil ya. Degil dengan orang yang dekat dengan dia je. Mana tak Adam naik hangin. Hahaha.

Watak Adam pula, mungkin kelihatan keras pada awalnya. Yelah, dia pun nak balas dendam kan. Hati tu penuh dengan rasa tidak puas hati, tambah lagi dengan baran yang sedia ada. Maka jadilah begitu. But he is sweet and caring in his own way. Tapi, sekali je orang betray dia, habis lah memang sampai lubang cacing dia cari !

Kerana Dendam ni mengetengahkan tentang kesihatan mental. Which is, I kagum dengan effort penulis untuk terangkan setiap keadaan tu. Cuma, lebih baik jika all the psychological terma tu di olah dengan layman terms. Lebih mudah untuk yang tiada langsung pengetahuan psikologi untuk faham. Semua istilah-istilah yang digunakan tu, ada istilah lain yang lebih mudah untuk orang faham. Anyway, it was a good book.

Love <3
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 24, 2025
[BOOK 69_2025]

Kerana Dendam by D.Dahlia.
.

Best!!!
.

Kalau ikutkan faktor usia dan reading slump ni, aku tak rasa aku mampu habiskan buku setebal kamus dewan ni. But I did it!
.

Buku ni best sebab olahannya best.
.

Jujurnya, plotnya agak cliche. Ada elemen arranged marriage, elemen salah faham, elemen nak balas dendam, tetiba tersayang pulak.
.

Gitulah.
.

Nak kata ada part tarik tali, rasanya takde. Lebih kepada, lambat (lembab) nak ceritakan hal sebenar yang buatkan bukan Adam je yang tertanya-tanya, tapi aku jugak.
.

Kisahnya si Adam ni ada girlfriend, namanya Rose. Tapi parents Adam tak sukakan Rose, so, mereka kahwinkan Adam dengan Azalea.
.

Lepas kahwin, Adam terus tinggalkan Malaysia dan juga Azalea, tanpa mengetahui yang pada hari yang sama, ada kejadian tragis menimpa Azalea.
.

Sekembalinya Adam, dia cuba untuk membalas dendam kepada Azalea, sedangkan Azalea minta dilepaskan. Pada masa yang sama, Azalea menghidap Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)/depression, dan Adam mulai mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi.
.

Yang aku suka jugak, buku ni 'clean' daripada adegan mesra suami isteri. Sekadar peluk dan cium dahi sahaja.
.

Buku ni best je. Cuma tidak dinafikan, bila terlampau tebal, ada la jugak part yang draggy. Yang aku rasa macam nak hempuk je Azalea bila dia masih berahsia, dan Adam yang ego membabi buta itu.
.

Apa-apa pun, best je. Kalau korang sukakan cerita cliche versi nafas segar gitu, bacalah.
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
June 29, 2025
Persiapkan mental korang kalau nak baca novel ni. Sarat dan berat sama seperti fizikal novelnya. Setiap bab disampaikan penuh emosi. Ada masa saya pun menung lepas baca nak proses balik otak.

Berat ye menjadi seorang Azalea. Ujian dia bukan biasa2 bila mental dan kewarasannya tidak seperti orang lain. Rapuhnya Azalea seperti kaca yg mudah pecah bila jatuh. Kepulangan Adam selepas meninggalkannya pula memberi sikit rasa goyah dan gerun. Masakan tidak, Adam pernah berpesan dia akan menghancurkan Azalea.

Si Adam, mula2 agak geram dgn dia ni. Konon nak balas dendam tapi tak habis2 dok tekan si Azalea. Lepas banyak benda terbentang depan mata, barulah nampak sisi lain pada Adam. Jadi Adam pun bukan mudah ye, nak mengurus isteri yg begitu, sokongan yg diberi mungkin tak mampu orang lain buat. Walaupun dia garang dan kasar tapi dia sangat ambil berat.

Keadilan terus dicari satu persatu sehingga terbongkar dalang yg sok suci. Bertambah rasa amarah bila tau penyeksaan dan trauma tu datang dari orang yg paling dipercaya. Tu semua kerana dendam. Sekali dah berjaya balas balik dendam tu, memang puas hati ni tau! Haa rasakan la kau!

Tak boleh story lebih sebab serius berat untuk diluah. Korang baca dan faham. Satu benda saya belajar dlm cerita ni. Jadilah pasangan yg sentiasa menyokong pasangan korang. Jgn mengalah awal bila diuji tapi bersabar dan sentiasalah ada untuk satu sama lain. Ada juga part tu nampak sisi suami sendiri yg selalu jadi support system saya. Selamat membaca!
Profile Image for Syukri.
157 reviews9 followers
August 5, 2025
Kisah Azalea dan Adam yang berkahwin secara paksa dan ditinggalkan oleh Adam sejurus selesai akad nikah. Tiga tahun kemudian Adam kembali untuk memberikan neraka kepada Azalea kerana dendam dia terhadap Azalea.

Tapi satu persatu kisah dirungakai oleh Adam mengenai Azalea dan dari satu perasaan dia mula berubah...

Worth my time to read this book. Walapun tebal macam kamus tapi its a page turner. Penulis pandai main dengan emosi aku. Jalan cerita tak bosan walaupun main story agak cliche, kahwin paksa. Semacam tengok kdrama yang bermacam genre. Gaya penulis yang detail tapi tak meleret

Start baca without any expectations pun tapi tertarik sebab tebal, curious kenapa tebal sangat dan ada jugak nampak few times lalu kat medsos.

Plot twist demi plot twist muncul sampai terberhenti baca. Tak percaya tiba-tiba Uzair ada kembar. Aku memang syak Rose tu jahat, tapi sampai tahap kejahatan dia, keji betul.

Aku puas hati dengan watak Adam & Azalea sebab kalau perfect sangat perwatakan dia tak jadi drama pulak. So ada a bit annoying sikit watak dorang ni.

Overall memang best untuk siapa yang suka drama intense, revenge, trauma, enemy to lovers.
Profile Image for chicabelle౨ৎ.
146 reviews
October 7, 2025
꒰ 🌷 post-read ramble 🌷 ꒱

♡ main leads
adam hirdy – my oh my. okay, he started off super intimidating, and he was too sweet to the wrong person (yeppp his ex 🥀) anyway Idc what anyone says, to me he’s a whole green forest. he was harsh to lea, yes, but he was too blinded with his hatred.
azalea – truthfully? I didn’t see it coming. I mean her whole backstory. she’s adorable with her quirks, but somehow annoyed tf outta me with her worrying about rose like girl HE’S YOURS. NOT HERS!! 😤

♡ tropes
slow burn / secret wife / revenge / found family / traumatised fl x protective ml

♡ highlights
• that one moment when they played basketball together!! omg that was so cute. adam knew how to shoot his shot to confess his feelings 😭
”Kau dengan bapak kau kena bertanggungjawab atas setiap nyawa yang jadi mangsa korban kau berdua. Dan kau kena bayar setiap titis air mata Azalea yang tumpah disebabkan derita yang kau bagi pada dia. Aku nak kau lebih menderita daripada dia!" HE’S INSANE FOR THIS 💯
• and omg that part when adam said he missed the clingy version of lea when she was mentally & emotionally struggling :(
"Kalau kau tanya aku seribu kali soalan yang sama, jawapan aku pun tetap sama. Aku sayang kau.”

♡ ratings
plot — ★★★★★
characters — ★★★★★
romance — ★★★★★

♡ mini-review / thoughts
honestly I’ve never felt so satisfied reading a local book. two epilogues?? the writing style?? 10/10. d.dahlia might be my new fave wattpad author!! 🥹 the slow burn was so good got me so invested into the drama. I highkey thought it would be the classic cliché drama but nooo. the thriller was mind blowing. every detail the author put in this book was UGHHH amazing. I loved it. I’m gonna read redza’s book now ayeeee 🤌🏻✨
Profile Image for Wawa.
64 reviews
November 19, 2025
Real rating 3.5⭐️

Novel ni has so much potential. Tapi I would suggest the author untuk proofread and add in a glossary. I perasan certain words yang wujud kat Dewan Bahasa & Pustaka (ex: miting - perkataan yang dipinjam dari English). It would be nice kalau author letak dalam glossary (clarify some words) or letak footnote macam buku dulu-dulu.

Pembaca boleh belajar benda baru sambil membaca. Untuk ayat English memang tak ada kesalahan grammar, tapi nampak tak natural.

“Listen here carefully” sound awkward
Should be “Listen carefully” je
“From now onwards”
Should be “ From now on”

Why is it important? Sebab hero kan duduk Canada tak kan la English dia bunyi tak natural. So… please upah someone else untuk proofread sebab novel ni best tapi banyak ayat English nampak awkward & cringe sikit.

Adam: character development ada, tapi emotion tu tak sampai. I hope for more… hujung nya i tak berapa berkenan Adam jadi morally grey sebab wife dia.

Azalea: character tak tahu nak jadi apa. Oh Azealea communication is a key. Ada masalah mental health disebabkan kejadian yang menimpa masa hari perkahwinan dia & Adam. Tapi i pun penat tengok character dia. Dia macam, kau ni kenapa????


Anyway… the author definitely has potential, with a bit more polishing of the characters and plot, the story could be amazing. Hopefully your editor does a better job with your next novel.
Profile Image for Nabilah Izzati.
27 reviews
December 13, 2025
THIS BOOK DESERVE INFINITY STAR ∞🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Saya agak lambat membaca novel ini kerana sebenarnya saya agak takut untuk membaca novel yang viral dalam Tiktok..Tetapi seriously, buku ni sangat worth the hype yang diterima. Sangat-sangat. The writing style, the plot, the character, plot twist, language, the balance POV among the character, semuanya bagi saya perfect gila.

Tak tahu dah nak cakap apa sebab speechless, semua scene2 dalam buku ni di luar jangkaan, tiada satu pun watak dalam buku ni yang kita akan rasa sia-sia, semua ada peranan masing2, all the plot twist saya sendiri tak dapat nak jangka, build up relationship between Adam & Azalea memang chef kiss....kita tak rasa terburu-buru nak habiskan buku ini which is sangat rare bagi buku yang tebal macam ini.

Thank you kepada penulis sebab bila segala kesulitan & pahit berakhir, penulis tak cepat-cepat tamatkan kisah Adam & Lea, dia berikan kita scene2 yang manis sebelum meletakkan kata TAMAT di hujung mukasurat.

Hopefully akan ada buku berasingan menceritakan kisah Redza & Melissa pula.
Displaying 1 - 30 of 52 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.