Pulau Batik sepatutnya menjadi tempat Arty merungkai sejarah keluarganya—bukan tempat dia menyaksikan kematian demi kematian. Ketika satu persatu tetamu di pulau itu menemui ajal dalam keadaan misteri, dia dan sahabatnya, Yuji, mula menyedari satu perkara: ini bukan kebetulan.
Tiada sesiapa boleh dipercayai.
Setiap orang ada rahsia.
Dan setiap orang berpotensi menjadi pembunuh.
Ketika ribut mengganas dan komunikasi dengan dunia luar terputus, mereka hanya ada satu pilihan—menemui pembunuh sebelum mereka sendiri menjadi mangsa.
Tapi sejauh mana mereka sanggup pergi demi kebenaran?
I dapat tahu ini karya debut penulis. Permulaan yang sangat baik untuk cerita jenayah misteri, dan yang paling penting: percubaan untuk 'gula-gula kan pembaca' ternyata berjaya!
Ada gandingan duo ala-ala Sherlock Holmes & Dr. Watson tetapi dalam kes ni, unexpected things happened.
Bagi Lysa, jenayah dia tidak terlalu ekstrem tetapi itu tidak membuatkan cerita ni biasa. Ada elemen 'slow-suspense' & 'mind trick' ketika Arthur dan Yuji cuba mengumpulkan bahan bukti. Dalam kes ni, tiga pembunuhan terjadi yang melibatkan sahabat-sahabat mendiang atuk Arthur. Hanya alibi, pertengkaran berterusan dan rahsia yang di-spill slowly yg menyebabkan motif pembunuhan semakin jelas.
Pendapat peribadi Lysa, ceritanya agak mendatar. Biasalah, bila amatur yang jalankan siasatan, mesti ada part yang diluar bidang kuasa masing-masing. Apa yang kurang sebenarnya, bila I don't feel the thrill. Maybe sebab kurang menonjol daripada segi emosi ataupun body language dalam konteks ni. Kebencian & dendam si pelaku tu tak 💯sampai dekat I bila dah reveal. Tapi yg minah tu, dah lama I fishy, so betul lah 💢
However, I give credits to the author sebab when I looked back, I should not focus on how the crimes were executed. Found family and friendship is the key point. You will see bonded friendship crash. That's hit me!
Conclusion, revenge and greedy can mask our dark side and fooled everyone.
dah lama tak baca buku misteri ala ala penyiasatan gini. my first impression bila habis je baca buku ni, wow. plot twistnya sangat mindblown rasa macam diperbodohkan pun ada hahah
sangat enjoy baca walaupun ambil masa seminggu lebih jugak nak habiskan sebab kekangan masa dengan kerja hakiki but still, buku ni buat aku tak rasa nak dnf sebab nak tahu siapa pembunuh sebenar. walaupun orang yang aku teka tu salah, tapi hujung hujung dia tekaan aku benar sekali sebab dah rasa pompuan ni sumpah fishy
sejujurnya ada part yang aku rasa mengantuk gak la sebab intensenya tak berapa nak sampai so rasa agak mendatar sepanjang pembacaan. tapi suspens tu ada, setiap kali yuji ni menyiasat buatkan detective mode kita auto on sekali hshs. ngl hes so genius tho sampaikan aku predict dia ni detective bukan student hahah. aku lagi suka si yuji ni dari arthur sebab arthur jenis tak menyabor geram aku
tapi dengan segala motif dan misteri kematian henry denning juga satu persatu terbongkar lagi unexpected jugak cumanya rasa macam agak ‘tiba tiba’— but still make sense dengan intentions semua orang dalam vila ni. tapi tak puas sebab tak diceritakan lebih details
just amazed how author sangat pandai susun atur plot dan jalan cerita, create the alibis, klu demi klu, misteri pembunuhan yang buat kita tak expect langsung suspeknya siapa, even watak ramai pun tak berserabut baca. overall, i enjoyed it sm walaupun awal awal tu rasa macam terlalu surface tapi salute kat penulis dalam menghasilkan karya yang menguji otak macam ni
Tiga kes pembunuhan berlaku di sebuah pulau persendirian, Pulau Batik, milik Henny Denning, datuk kepada Arthur, atau lebih dikenali sebagai Arty. Kesemua tetamu di pulau tersebut tidak mempunyai akses untuk keluar dan hanya mampu menantikan kehadiran Mr. Lee, peguam kepada Henny Denning, yang dijangka tiba dalam masa tujuh hari. Arty dan kawan baiknya, Yuji, mula menyiasat kes pembunuhan yang terjadi sementara menanti kedatangan Mr. Lee.
Aku sangat gemar membaca buku yang mencabar minda dan membuat aku berfikir secara aktif, dan novel misteri pembunuhan ini benar-benar memenuhi citarasa aku. Sepanjang pembacaan, aku berteka-teki mengenai siapakah pembunuh sebenar, apakah motifnya, dan bagaimana kaedah pembunuhan dilakukan. Namun, seperti biasa, aku tidak berjaya menjadi detektif. Sungguh sukar memahami makna tersirat.
Plot twist dalam buku ini benar-benar mengejutkan! Langsung aku tak sangka individu itu ialah pembunuhnya 😱 Namun begitu, aku berjaya meneka identiti sebenar salah seorang watak di dalam rumah tersebut (seperti yang didedahkan dalam epilog). Dan, aku bangga ye sekurang-kurangnya aku berjaya juga teka satu benda betul 😆
Gaya penulisan dalam buku ini mudah difahami dengan susunan jalan cerita yang teratur. Cuma ada dua perkara yang aku rasa sedikit kurang. Pertama, suasana ketegangan atau ketakutan dalam kalangan tetamu tidak begitu dirasai, walaupun ada mayat yang sudah berada di dalam rumah, lebih tiga hari oo! Kedua, walaupun jalan ceritanya tersusun, ada bahagian yang terasa agak panjang dan berlarutan, sehingga boleh membuatkan aku hilang fokus sedikit. Namun, selepas pendedahan plot twist, rentak cerita menjadi lebih menarik dan mendebarkan.
Rasa sedikit terkilan dengan nasib yang menimpa si pembunuh di penghujung cerita.
Ada pencetus amaran untuk satu bab yang aku tidak mahu nyatakan di sini kerana seperti secara tidak langsung bagaikan memberi spoiler 🤛🏻
Secara kesuluruhan, Close to You merupakan satu percubaan yang baik daripada penulis dalam genre misteri. Aku mengesyorkan buku ini kepada para pembaca yang gemarkan kisah-kisah pembunuhan dan misteri yang menguji minda.
masyallah tabarakallah. aku dah habis kan karya ini, pada 2 hari. kerna apa? jalan cerita nya, watak watak nya, siasatan nya, perangai manusia yang..mmg fuh! aku sampaikan dapat tahu siapa kah dalang sebenar sangkaan ku 2 watak sahaja..tetapi...sangkaan kurang tepat..dan jalan cerita nya mengingatkan aku kepada filem 'Pusaka Pontianak' walaupun ia sama, tetapi tidak serupa. ala ala agatha christie pun ada juga..ni nampak nya...korang yang minat pada genre, mystery, penyiasatan, dendam dan sewaktu dengan nya, korang boleh layan buku ni. aku mmg minat this type of genre. harapan, penulis dapat tulis karya sebegini lagi, di masa akan dtg. semoga Allah Taala Mempermudahkan Segala Urusan penulis, berkenaan. aamin ya rabb. rating 5 stars.
Ni novel first debut penulis tak silap aku. Aku tertarik dengan novel ni sebab berkaitan dengan crime thriller. Ni memang favourite aku la. Aku suka kalau ada penyiasatan ni .
Henry Denning. Seorang hartawan. Penulis. Mempunyai seorang anak perempuan,Sophea Denning. Dan seorang cucu, Arthur Wee .
Jemputan ke Pulau Batik milik Henry Denning setelah kematiannya diurus oleh peguamnya, Encik Lee. Arthur, Puan Yani, Ye Hong, Pravin, Adaline, Marina, dan Paul. Arthur ditemani oleh sahabat baiknya, Yuji. Apakah sebenar tujuan jemputan tu? Siapa mereka? Mereka perlu tinggal disitu selama 7 hari. Tapi kat situ, rangkaian Telefon tiada. Bot tiba2 hilang. Misteri .
3 pembunuhan berlaku. Ye Hong, Adaline dan Pravin. Macam mana nak urus? Nak contact Encik Lee, tiada rangkaian Telefon. Nak keluar minta bantuan, bot hilang. Nak berenang? Memang tak lah. Nak tak nak kena duduk dengan mayat sampai hari ke 7. Sampai En Lee kembali ke situ. Takkan nak biar je. Jadi Arthur dan Yuji melakukan penyiasatan. Mereka perlu mencari pembunuh tersebut .
Apa motif pembunuh sebenarnya? Kenapa pembunuh target Ye Hong, Adaline dan Pravin?
Cerita jenis straight forward. Akhir cerita, penulis sajikan plot twist yang tak disangka. Bagi aku, penulis ada idea yang menarik. Gaya penulisan Pon menarik. Moga lebih banyak karya beliau next time.
Arty anak yatim piatu, namun dia bersyukur dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang sederhana, namun bahagia. Sehingga ke universiti, Arty sudah biasa bersendiri, sehinggalah Yuji muncul dalam hidupnya dan menjadi sahabat baiknya. Hanya Yuji yang faham dirinya.
Sehinggalah satu hari, seorang peguam, Mr Lee datang menemuinya dan menyatakan tentang sejarah keluarganya yang sebenar, dan dia menjemput Arty untuk ke Pulau Batik bersama tetamu-tetamu khas lain untuk menginap di vila di pulau itu, dan seterusnya merungkai rahsia di sebalik cerita tentang keluarga Arty yang sebenar. Arty memutuskan untuk membawa Yuji bersama sebagai penemannya.
Pulau Batik ialah sebuah pulau yang tidak terpencil namun jauh dari sebarang kemudahan. Pengunjung harus menaiki sebuah feri kecil untuk ke Pulau Batik. Bekalan makanan juga harus dibawa secukupnya ke pulau itu. Tatkala berada di pulau itu, cuaca tidak menentu - terkadang mentari bersinar, terkadang ribut melanda, mengakibatkan talian komunikasi terputus.
Mungkin atas sebab itulah, pembunuh misteri mula bertindak. Tiga pembunuhan berlaku, satu demi satu tanpa bukti dan klu. Mustahil, kerana hanya Arty dan tetamu jemputan sahaja yang berada di pulau itu, tiada orang lain. Siapakah yang mahukan mereka semua mati? Atau, Arty sebenarnya ditipu?
Misteri kian memuncak, apabila satu demi satu rahsia terbongkar. Rupa-rupanya, setiap orang di pulau itu menyimpan rahsia tersendiri dan mungkinkah ianya terkait dengan siri pembunuhan yang berlaku? Arty tidak boleh berdiam diri kerana dia tidak mahu menjadi mangsa seterusnya. Bersama-sama dengan Yuji, mereka cuba mencari kebenaran di tempat yang tiada siapa boleh tolong kecuali diri mereka sendiri.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?
Cerita ini mengangkat konsep 𝘭𝘰𝘤𝘬𝘦𝘥-𝘳𝘰𝘰𝘮 𝘮𝘺𝘴𝘵𝘦𝘳𝘺, di mana terdapat beberapa karakter yang terperangkap di suatu tempat dan terjadinya (siri) pembunuhan dan mereka yang menyiasat, harus mencari bagaimana pembunuhan itu terjadi, bagaimana ianya dilakukan dan bagaimana ianya tidak meninggalkan sebarang jejak atau bukti.
Bagi saya, karakter-karakter yang dihimpunkan seumpama tiada 𝘤𝘩𝘦𝘮𝘪𝘴𝘵𝘳𝘺 sesama sendiri, namun saya rasa ia tidak merosakkan cerita dan mungkin ia keperluan jalan cerita. Mungkin saya sahaja yang nampak kejanggalannya. Ada karakter yang saya rasa jengkel dan juga ada karakter yang saya kasihankan. Penamatnya yang sedikit mengejutkan membuat saya lagi bertambah kasihan pada satu karakter itu.
Saya seronok membaca buku ini, bukan bermaksud saya psiko (😅), tapi oleh kerana saya sudah boleh meneka siapa pembunuhnya pada setengah buku dan jawapan saya tepat sekali, kerana jarang-jarang kejadian ini terjadi pada saya. Walaupun saya peminat tegar 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 ini, saya selalu gagal ‘menyiasat’ di dalam pembacaan saya yang lain. Saya tidak boleh sebut konsep yang digunakan penulis kerana ia akan jadi 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘪𝘨𝘨𝘦𝘴𝘵 𝘴𝘱𝘰𝘪𝘭𝘦𝘳, tetapi saya sangat suka penulis yang pandai menggunakannya kerana ia menjadikan pembacaan lebih menarik dan memerlukan pembaca bekerja keras berfikir di luar kotak.
Jalan ceritanya menarik kerana ia betul-betul membawa pembaca menyelusuri penyiasatan yang dijalankan dan apa sebenarnya yang terjadi walaupun mungkin ada sedikit kesinambungan yang tidak selari yang akan menyebabkan kita berfikir tentang kelogikan ianya terjadi. Arty dan Yuji boleh saya andaikan sebagai Holmes dan Watson ataupun Detective Conan dan Ran Mouri, disebabkan ada sedikit 𝘷𝘪𝘣𝘦 penyiasatan dari negara matahari terbit itu. Satu perempat akhir buku adalah kemuncak plotnya dan epilognya paling mengejutkan dan buat saya tidak boleh duduk diam - 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 yang tidak terjangka.
Laras bahasanya mudah difahami, tiada ayat yang berbunga dan penceritaannya mudah tapi menarik dan tidak meleret-leret, walaupun saya sangat sukakan 𝘦𝘹𝘵𝘦𝘯𝘥𝘦𝘥 𝘱𝘭𝘰𝘵 dan 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺. Saya memang sangat mengagumi penulis daripada 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 seumpama ini, tentang bagaimana otak mereka harus berfikir secara kreatif untuk menghasilkan plot yang di luar jangkauan.
Sekiranya anda gemar genre ini seperti saya, boleh cuba baca buku ini.
Aku kan, kalau baca cerita penyiasatan gini, seawal kata pendahuluan daripada penulis lagi, aku dah turn on detective mode aku. hahaha. Aku akan fokus setiap bait ayat tu untuk dapatkan klu. .
Dan tettt... .
Tetaplah aku salah meneka siapakah pembunuhnya. hahahha. .
I should have trusted my gut feeling. arghh. Padahal kan, sepanjang baca novel ni, hati aku dah terdetik, kenapa dia yang dah macam hero buku ni, sedangkan watak utamanya orang lain. hahaha. frust aku. Mindblown sungguh. .
Ceritanya, Arthur aka Arty, baru dapat tahu yang dia ialah cucu kepada Henny Denning yang baru saja meninggal dunia. Dan Arty dijemput ke Pulau Batik untuk mengenal sejarah keluarganya. .
Dan bukan Arty sahaja yang dijemput. Ada 7 orang lagi (kalau tak silap) yang turut hadir. Dan Arty bawak jugak Yuji, kawannya untuk temankan dia. .
Dan peraturannya, mereka semua perlu berada di pulau tersebut selama 7 hari. Selepas itu, barulah peguam akan hadir untuk bacakan wasiat. .
Namun malangnya, pembunuhan demi pembunuhan berlaku. .
Arty dan Yuji mulai menyiasat. .
Siapakah pembunuhnya? .
hahaha. rasa penat memerah otak, tetiba plot twist, lagi dan lagi. hahaha. Aku literally ternganga mulut bila tahu siapakah pembunuhnya. Siap ulang baca lagi part tersebut, nak confirmkan apa yang aku faham. hahaha .
HIGHLY RECOMMENDED untuk semua yang sukakan buku Prolog dan juga cerita penyiasatan. .
p/s: kepada penulis, walaupun ni buku debut, tapi best ya. teruskan berkarya.
Sedar tak sedar, rupanya saya dah beli 5 novel keluaran Prolog Media. Kerana tajuk, kerana kulit buku, kerana nama pena penulis yang biasa-biasa.
Konsep ceritanya seperti kebanyakan novel atau filem Barat. Pembunuhan berlaku di pulau terpencil & komunikasi terputus. Yang membezakan adalah drama di dalam cerita itu dan cara penyampaian.
𝗖𝗧𝗬 merupakan novel pertama penulis & ianya tidak menghampakan. Satu pengalaman membaca yang 𝘢𝘷𝘦𝘳𝘢𝘨𝘦. Tidaklah kecewa. Tidaklah wow. Suasana tegang yang dibina secara perlahan diserikan dengan permainan psikologi halus. Tetapi bagi saya, kerana Yuji adalah seorang pelajar universiti dan bukan dalam bidang penyiasatan, 𝘩𝘪𝘴 𝘥𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 walaupun betul, rasa kurang meyakinkan. Disebabkan itu, ceritanya agak mendatar, kurang rasa 𝘴𝘶𝘴𝘱𝘦𝘯𝘴𝘦 & 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭 kerana kurang sentuhan emosi. Rasa amarah si pembunuh pada mangsa-mangsa tidak sampai ke jiwa. Rasa ketakutan juga tidak dapat dirasai sepenuhnya apabila watak-watak seperti tidak terlalu terkesan dengan mayat-mayat yang ada di bilik masing-masing. Ada pula beberapa watak yang kelihatan agak 2D bagi saya.
Tidak dinafikan, saya turut berteka-teki siapa pembunuhnya tetapi saya dapat menjangkakan si dia itu terlibat secara tidak langsung dengan kematian di bahagian prolog yang didedahkan sewaktu bahagian epilog. Pasti akan ada watak yang acah-acah 𝘪𝘯𝘯𝘰𝘤𝘦𝘯𝘵 tetapi punya hasrat tersirat.
Secara keseluruhan, Close to You adalah satu percubaan yang baik daripada penulis dalam genre misteri cuma perlu pelbagaikan kosa kata & penanda wacana supaya tidak kelihatan berulang dalam perenggan yang sama.
Cerita ni best juga tapi.... Agak meleret, entah la rasa macam baca buku masa zaman sekolah dolu2 Dah pertengahan baru laju ya pembacaan
Idea yang menarik cuma mungkin boleh baiki lagi agar dapat buat orang tertarik untuk teruskan bacaan, tambah part suspen atau part pembunuhan tu buat lagi dramatik ke atau timbulkan lagi suspek agar pembaca bertambah keliru (kita pun nak jadi detektif juga ✌), sesungguhnya aku baca dalam keadaan terpaksa, bosannn, dah ketengah tu baru best.
Suspek aku antara Arty dan Marina Makin baca macam eh penulis mula keliru dengan Dr Paul pula, dah terpedaya kitanyaaa
Part Yuji taknak kongsi apa yang dia temui denga Arty tu la buat aku syak dengan si Arty ni walaupun jarang jumpa watak utama yang jahat. Dan masa baca macam eh kenapa rasa macam Yuji ni lebih menonjol, patut laaaa.....
Marina ni pula sebab watak baik naw, selalu yang baik ni la something wrong 😆
This entire review has been hidden because of spoilers.
I'm giving it a 5 star read because it has the element of suspense and mystery that a reader cannot even suspect it at all. It's like reading a novel from Frieda Mcfadden but it's in Bahasa. Which i gladly picked it up during the bookfest.
The starting of the story line, it seems like a book you've read before - a person who goes to an island, and ending up being "trapped" for several days, and you have other people staying with you in one mansion. Ending up one by one, goes dead.
But here's the catch; you (as a reader) think you know who's the murderer but you don't actually know the truth of what's bind to happen on the next chapter.
Terasa bca kisah Detektif Conan je… Love how the author plot twist here and there… mmg x sgka ehh… mula2 ingatkan watak nie yg pembunuhnya tup2 org lain plak yg x expected lgsg ya based on how innocent he was… ehhh terspill plak… and I do love how close it was hbgn persahabatan between watak utama and kwn dia… but at the same time I love jugak issue mental health and loneliness yg dialami oleh watak utamanya… I’m just hoping it will be discuss more tp faham jgak… this is a thriller book…
Overall for debut book… I must say that this book is quite good…
Psst!!! Actually from the beginning I’ve already smell something fishy about Marina… damn!
Kisah misteri tetapi agaknya tak sesuai pula dengan citarasa saya, sebab pada saya ia meleret. Jadi saya baca secara fast reading, dalam 3 jam settled.
Kisah bagaimana Arthur (pov1), anak angkat tiba2 discovered dia cucu pada atuk yang meninggal yang kaya raya dan mewarisi harta yang banyak. Beberapa orang telah dijemput ke Pulau milik atuknnya selama 7 hari, sebelum bacaaan wasiat diadakan oleh peguam. Dalam tempoh tu pelbagai perkara terjadi dan plot twist Pov1 tu rupa2nya mati? ermmmmmmmm (*thinking *thinking)
Fuh! Fuh! Fuhh! Just finished reading this. Sebuah karangan yang hebat. Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami. Perasaan berdebar-debar dari mula baca sampai ke akhir. Pengakhiran yang tak disangka. Emosi aku terganggu! Tahniah!!! Penulis yang bijak.
Mind blowing! Plot twist demi plot twist, ya. Thanks penulis sebab buat aku tidur lambat dok baca novel ni. Sepanjang aku baca, memang ada beberapa nama dalam list siapa pembunuh sebab setiap watak ada motif dia orang. Hampir-hampir aku nak terus je skip ke last chapter sebab tak sabar 😅
Terbaik la penulissss ni. Plot twist yang tak dijangka yaaa. Dua kali ba pulak tuuu twistnya hahahah. Penutup sama epilog. Syok betul baca. Puassssss!!