Jump to ratings and reviews
Rate this book

Belakang Rumah Dinda

Rate this book
Siti Dinda.

Dinda benci namanya. Hambar, biasa ... tak seperti Dharia, adik kesayangan keluarga yang namanya saja sudah berbunyi hebat.

Dia mahu lari daripada hidupnya yang menyesakkan.

Pertama … mahu lari daripada keluarga yang sering menyalahkan segala perbuatannya.

Kedua … mahu lari daripada seorang stalker yang menghendapnya tanpa henti.

Rehal, teman lelakinya, menghadiahkan sebuah banglo sebagai tempat perlindungan sementara mereka merancang perkahwinan. Namun, Banglo Han-Hal tidak sunyi seperti yang disangka. Dari malam pertama, bayangan-bayangan aneh muncul ... termasuk sepasang orang tua yang tergantung di rumah kosong di belakang banglonya. Kulit mereka pucat, bibir terbuka lebar seakan mahu menjerit … tetapi tiada suara.

“Banglo belakang rumah ni memang kosong, tapi kenapa setiap malam I rasa diperhatikan? Dua orang tua tu … dia orang macam nak sampaikan sesuatu, Rehal. Macam mana I nak hidup dengan tenang kalau dia orang tak berhenti menghantui I?” – DINDA.

Mampukah Dinda menyelongkar rahsia yang tersembunyi … atau semuanya sudah terlalu lewat?

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang rumah Dinda?

416 pages, Paperback

First published May 1, 2025

2 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Sharaf

9 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (37%)
4 stars
23 (39%)
3 stars
10 (17%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 27, 2025
Dinda is stronger than me. I WOULD’VE PACKED MY BAGS IMMEDIATELY once aku tahu rumah tu dah ada a few keluarga mati and i ardy experienced the gangguan myself, maap shakap. tak kiralah betapa desperatenya aku nak tempat tinggal. and i’d prolly butakan mata & pekakkan telinga kalau ‘diorang’ mintak pertolongan 😔🙏🏻

anyway, cerita ni berjaya buat aku curious dengan takdir keluarga yang mati dalam banglo tu. diorang dijumpai mati tergantung, tapi something tragic happened to them and it remains a mystery sebab tak ada sebarang petunjuk walaupun benda yang sama jadi dekat 3 keluarga.

also gangguan yang Dinda alami tu sebenarnya macam typical gangguan yang kita selalu tengok dalam horror movies but somehow, i still got the eerie vibes the author was trying to show. reading this book at midnight is not a good idea for someone whose least fav genre is horror HAHAHA. kau bayangkan bangun pagi dengan sakit kepala, badan sengal, perabot yang kau dah alih tetiba balik ke susunan asal, and paling geli celah kau berdarah??? bila semua benda dah terbongkar, it's actually mindblowing la to see the story go that way.

hence aku suka bila baca buku and halfway through the story, i get this feeling of "ohh i know what's happening" and feel so sure about it (confident tu penting) tapi tahu tahu ada plot twist.

aku tak sure if author plans nak buat BRD2 ke apa considering the way the ending was shown, but for now i'd say the khadam still wins.

this is my first time baca penulisan penulis untuk genre psycho thriller horror macam ni, and actually it’s good. senang faham, tak rasa berbelit, and the buildup was nice. cuma dekat pertengahan tu ada beberapa scene yang rasa berulang, but since it’s important info to the story, so okay je. as for dialogues, ada part yang baku sikit. macam baca dialog roleplay assignment pun ada gak sksksk.
Profile Image for Diniy Qistina.
177 reviews5 followers
January 12, 2026
Sebagai seseorang yang bukan peminat genre horror dan gore sebegini, saya amat speechless dengan cerita ini. Tak dinafikan cerita ni memang best. Very mind blowing. Dia punya plot twist tu memang betul-betul twisting. 🤯

Okay begini, Dinda ni dari kecil lagi dia menjadi mangsa pilih kasih oleh ayahnya. Walaupun dia anak kandung orang tuanya, tapi sejak dia lahir lagi ayah dia tak suka dengan dia. Katanya Dinda ni (lebih kurang macam) anak pembawa malang gitu. Tak macam adik Dinda, Dharia yang sangat membawa tuah dan sangat menyenangkan hati orang tuanya. Oleh sebab tak tahan sangat bertikam lidah dengan ayahnya, Dinda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah keluarganya dan tinggal di rumah sahabatnya, Selina, sebelum dia tinggal di sebuah rumah banglo yang telah dibeli oleh kekasihnya, Rehal. Kononnya banglo tu Rehal beli atas nama Dinda sebagai hadiah kahwin mereka nanti.

Tapi... Sejak dari hari pertama Dinda tinggal di banglo tu macam-macam kejadian aneh dan misteri berlaku. Bukan sahaja dalam dan luar banglo itu, tapi terhadap tubuh badannya sekali. 😰

Dia punya seram dan gore tu sumpah tak rilek! Nasib baiklah ku tak baca cerita ni masa tengah malam. Ya lah, "gangguan" tu semua selalu berlaku pada waktu malam.

Bila semua kebenaran dah terungkap tu sumpah ku speechless! Tak tahu nak bagi reaksi macam mana dan nak rasa apa. Tapi sungguh paling kesian dengan apa yang Dinda perlu hadap dari awal sampai hujung cerita. Memang sesadis itu ke kisah kehidupan seorang Siti Dinda? 🥲

Dia punya ending tu tak tahulah saya nak kata sama ada ia tergantung atau memang open ending. Tapi walau macam mana pun boleh je agak apa yang akan jadi seterusnya kat Dinda. But still... Kesiannya Dinda! Dia betul-betul mangsa keadaan yang langsung tak bersalah! 😭🫵
Profile Image for Aira Zira.
117 reviews3 followers
October 23, 2025
Rate : 3.8/5⭐️

Ada apa dgn belakang rumah Dinda? Ternyata sejak Dinda pindah ke rumah banglo yg dihadiahkan Rehal, banyak perkara aneh yg dilalui. Bukan setakat aneh, malah seram dan misteri. Dah susun atur perabot, tapi kembali pada kedudukan asal. Dinda pula sering nampak bayang mayat tergantung.

Jalan cerita yg menarik. Plot yg kemas. Saya tak sangka dapat teka dgn betul siapa dalangnya. Dinda memang wanita yg kuat. Bermacam perkara pelik dia alami, dia masih berani nak cari tahu kebenaran. Punca dan apa yg mengganggu. Betul ke dia tidak keseorangan di banglo tu? Atau ada ‘benda’ yg dah lama tinggal? Misteri betul.

Dari gangguan stalker, ayah yg pilih kasih lepas tu gangguan misteri. Buatkan kita mix feeling dgn buku ni. Bayangan yg Dinda dapat pun akan tunjuk kita sisi yg mengerikan. Tanpa sedar baca2 dah nak habis. Last yg Dinda tahu tu, saya sendiri tak sangka. Terus pain. Boleh try baca. Cerita tak terlalu berat tapi cukup menyakitkan.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
179 reviews3 followers
August 2, 2025
Mind blowing… mula2 mmg ingatkan 100% about roh dan hantu semata2… tup2 ada thriller dan psikopat… btw love sgt dgn penulisan Encik Sharaf kta nie… tp kan Encik Sharaf… sya Nk selamatkan Dinda tp mcm x selamat jugak lah Dinda Sbb wpun terselamat ada plot twist lgi… huwaaaa… k… bye
Profile Image for meenie.
348 reviews2 followers
October 19, 2025
when i say i love good horror-thriller book, this is what i mean !!! belakang rumah dinda is everything 🤓

permulaan dia dah rasa creepy. ok first things first, ye saya pun rasa paranormal ok rumah dinda ni. like what do u mean, rumah ni pernah berlakunya kes pembunuhan beramai-ramai di mana mayat dijumpai tergantung di atas siling ruang tamu tanpa siapa tahu siapa pembunuhnya? bukan satu ok, tiga kali dah berlaku. dengan ada potret pelik dalam rumah, bila nak alih je mesti potret tu ada balik di kedudukan asal. creepy as fakkkkkk

tapi - wujudnya pelbagai karakter buatkan saya terfikir siapa dalang di sebalik semua ini? damien? jiran baru yang dinda curiga akan kehadirannya? selina? kawan baik kepada rehal? atau mungkin, rehal sendiri yang masih berkeras untuk dinda tinggal di rumah yang dikatakan berhantu tu.

jujur cakap, ha maaf cakap, time tengah fokus apa sejarah banglo han-hal ni, lupa pasal stalker dinda. pls- thats creepy juga. tah pape ye - ini 2025 pun ada lagi ye nak jadi stalker? allahu mengucaplah bang kak.

i loved it. saya tak spoil apa-apa pun. best weh. geram jeeeeee ihhh banyak scene terkejut-terkejut. kitanya manja ha hahaha
Profile Image for Potlots.
14 reviews
June 2, 2025
Belakang Rumah Dinda by Sharaf
5/5⭐️
.
Sebelum masuk part isi dan penceritaan BRD, nak cakap pasal cover buku dulu. Selepas baca BRD Sha renung cover buku dan amatinya. Sempurna walaupun ada typo tp tu bukan isu besar. Apa yg Sha kagum adalah Ilustrasi cover tu sgtlah on-point dgn isi buku. Dinda, piano dan 2 mayat tergantung. Tahniah!! @prologmed …
.
BRD adalah Psiko-thriller + horror. Selepas COP, BRD ni karya physical ke-2 Sharaf yg Sha baca. Kisah Dinda dgn paranormal yg berlaku dirumah itu. Kisah kematian tragis 3 keluarga yg cuba dirungkaikan oleh Dinda sehingga mengancam nyawanya dan org yg rapat dgnnya. Cerita ni tersusun kemas dari awal sampai akhir tiada yg buat aku confius semua berjalan dgn lurus. Cerita ni sgt mengujakan tak nak jd spoiler. Bebaloi!! Sgt berbaloi!!…
.
To author Sharaf, sy ada soalan.. adakah ending cerita berakhir disini atau ada bahagian 2 lg? BRD:2 since ending BRD mcm belum berakhir. Adakah waris khadam Walid akan lahir? Adakah Dinda betul2 selamat.. ending dia melahirkan banyak persoalan buat Sha HAHAHAHA Sha blom puas dgn ending BRD 🤣 tp sy suka BRD tahniah @aksarasharaf !!!
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
June 28, 2025
Ulasan Buku: Belakang Rumah Dinda oleh Sharaf
⭐⭐⭐⭐⭐ 500.0/5.0

Satu lagi karya mantap dari @aksarasharaf yang langsung tak mengecewakan! Bila tahu penulis merupakan graduan dalam bidang psikologi, barulah faham kenapa penulisan beliau sentiasa membuatkan pembaca teruja, cemas dan rasa dekat dengan emosi watak.

Buku ini mengingatkan aku pada filem Korea Door Lock. Walaupun jalan ceritanya berbeza, tapi vibe dan tekanan psikologi yang dialami oleh mangsa sangat serupa—membuat kita faham dan rasa sendiri trauma yang dirasai.

Bayangkan baru pindah masuk rumah, tapi setiap pagi bangun, susun atur rumah berubah. Mula-mula sekali dua mungkin boleh abaikan, tapi bila dah berkali-kali? Memang seram. Dinda dalam cerita ni sedang mencari tempat berteduh selepas konflik keluarga, tapi sejak menjejak kaki ke rumah tu, satu demi satu kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku.

Dan bila rahsia sebenar terbongkar... Allahuakbar, memang pahit nak ditelan. Banyak kematian dalam buku ni, dan yang lebih menyeramkan—roh-roh yang tidak aman meminta untuk ‘keluar’ dari rumah tersebut sebab mereka tahu ada sesuatu yang jauh lebih bahaya turut ‘menumpang’ di dalamnya...

Tahniah Sharaf! Aku sebenarnya tengah baca buku lain, tapi bila ternampak posting penulis suruh baca Belakang Rumah Dinda, aku terus potong Q TBR! 🤣 Dalam masa 6 jam, habis baca dari mula sampai noktah terakhir. Memang tak boleh berhenti! 🙌

---

#BelakangRumahDinda
#SharafWriter
#BukuSeram
#PsikologiThriller
#KaryaMantap
#Sakitjiwapunyaending
#TraumaDanRahsia
#BacaanWajib
#TBRPotongQueue
#DoorLockVibes
Profile Image for Mini.
46 reviews
September 5, 2025
Review Time 📚⏰️

Belakang Rumah Dinda - @aksarasharaf
Rating: 5/5 🌟

Kisah bermula bila Dinda lari dari rumah sebab konflik dengan ayahnya, lalu menumpang di banglo kosong yang dibeli oleh teman lelakinya, Rehal. Pada mulanya nampak macam jalan keluar terbaik untuk Dinda, tapi semua berubah bila dia terjumpa mayat tergantung dalam banglo tu. Dari situlah gangguan pelik bermula.. perabot bergerak sendiri, bayangan hitam yang mengintai dan rasa diperhatikan setiap masa. Suasana creepy tu memang berjaya buat pembaca rasa tertekan sama macam Dinda.

Yang buat novel ni lain daripada sekadar kisah seram biasa ialah cara penulis mainkan emosi dan psikologi watak. Saya boleh rasa tekanan Dinda, trauma dia dengan keluarga dan juga dilema cintanya dengan Rehal. Sepanjang baca, saya sendiri beberapa kali terlepas reaksi spontan: “hah?”, “eh jap jap…”, “aik??” 😂 sebab setiap kali ingat dah faham hala cerita, muncul pula twist baru yang buat kepala pusing.. Fuhh, mind-blowing!

Hubungan antara banglo Dinda dengan banglo kosong bernama Astana Melur pada awalnya memang nampak misteri dan tak jelas. Tapi bila sampai ke penghujung, semua jawapan dirungkai dengan cara yang kemas dan penuh kejutan. Bahagian twist tu memang padu, ibarat hadiah utama untuk pembaca yang setia ikut kisah dari awal. Part awal yang agak perlahan dan gaya penceritaan ada sedikit fragmentasi, tapi bila dah lepas suku cerita, memang terus melekat sampai habis.

Keseluruhannya, Belakang Rumah Dinda ialah thriller psikologi + seram yang cukup berkesan.. gabungan misteri, emosi, dan twist yang meninggalkan kesan. Alhamdulillah.. puas hati, tak menyesal baca dan confirm antara thriller tempatan terbaik yang pernah saya baca!

Sekian.

⚠️ Content Warning!
(Ada gore, b*nuh, trauma emosi, konflik keluarga, stalker & gangguan paranormal. Novel ni sesuai untuk 18+ sahaja.)

#minimembaca #belakangrumahdinda #sharaf #prologmedia #reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagram #bookstagrammalaysia
Profile Image for SS.
527 reviews5 followers
June 24, 2025
Masa dengar Prolog Media cerita sinopsis Belakang Rumah Dinda dalam live. Saya terus rasa macam okay boy menarik betul you punya storyline eh . ☝🏻😮‍💨 And as usual. Memang tidak menghampakan - walaupun ending dia tak macam ending (masih mengharapkan helaian seterusnya ada sambungan ˎˊ˗). Please do something pasal ni oki. Sila menulis sekarang.
And --ya buku ni ada TW. Harap maklum.

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Dinda.
Hubungan Dinda dengan ayahnya tidak baik. Dia merasakan ayahnya selalu melebihkan adiknya Dhariah. Cara layanan juga memang ketara. Banyak yang Dinda boleh senaraikan jika ada yang bertanya:

'Kenapa engkau cakap ayah kau tak suka engkau?'

Dan senarai itu mungkin akan panjang berjela tidak berkesudahan. Nak dijadikan cerita, one day. Kantoi yang Dinda ada boyfriend. So disebabkan penerimaan ayahnya tidak okay. Dinda ambil keputusan untuk keluar rumah dan pindah ke rumah yang disediakan boyfriendnya.
Jadi di rumah tersebutlah --segalanya-galanya bermula.
Rumah yang dikatakan 'keras', ada penghuni sebelumnya mati dll. Dan Dinda juga mula menerima gangguan di rumah itu. Apa yang jadi seterusnya?

For me, penulis ada banyak kelebihan.
• Antaranya gaya penulisan yang selalu buatkan pembaca hook dari mukasurat pertama - terakhir dan teruskan pembacaan. ✔️

• Bermain dengan elemen suspen & seram. Elemen diletakkan di tempat yang bersesuaian. ✔️

• Gambaran terperinci (suasana sekeliling, reaksi watak, keadaan latar tempat, perbuatan karakter dll) ✔️

Storyline menarik. Kita pula jadi terfikir-fikir. If kita dekat tempat Dinda? Macam mana? . Terdesak pula. Lepastu hanya itu saja tempat berteduh as for now. Memang rasanya akan ikut jejak si Dinda juga. hshs

Hm. Bila dah halfway baca. Kita macam okay ada banyak scene flashback & watak. Tapi suprisingly kita tak pening kepala nak ingat. Sebab tersusun dan tak terkejar-kejar. So buatlah sepoloh seratus flashback scene dari penghuni yang sebelum ni pun. Should be no problem.

Dinda. Kenapa awak tak suka nama awak. Saya suka nama awak tau. Auto teringat cerita dulu-dulu. Klasik sangat 🏅
Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
June 3, 2025
Diclaimer buku ni tak sesuai untuk remaja bawah 18 tahun. Sebab scene gore yang ngeri.

Belakang Rumah Dinda mengisahkan pasal Dinda yang lari rumah kemudian tinggal kat Banglo Han-Hal. Teman lelakinya, Rehal yang belikan rumah tersebut. Nanti diorang berkahwin, Rehal berjanji akan tinggal bersama.

Asalnya cuma gangguan manja tapi lebih parah bila gangguan lebih teruk. Bayang-bayang hitam, perabot beralih, makanan yang hilang. Belakang rumah Dinda ada sebuah rumah banglo kosong bernama Astana Melur.

Perkaitan antara kedua rumah ni mulanya tak jelas tetapi 10 bab terakhir sangat mengejutkan. Karya Sharaf macam biasa Mindblown dan susah berhenti bila dah mula membaca.

Gaya penceritaan boleh diperbaiki lagi.

5 bintang ikhlas dari Ain 🤩
Profile Image for Noor Hidayah.
74 reviews6 followers
December 4, 2025
Cerita hantu bertukar genre di akhirnya.. hebat plot twist.. tak terpikir.. 🙃
Profile Image for Syazwan Razak.
75 reviews1 follower
September 5, 2025
dont let the funky cover fool you! the writing is so clean and beautiful, kosa kata Bahasa Melayu dan ayat sangatttttt cantik! I love each of the character! ugh!!! and that plot twist?! HELLO?! this book really crammed a whole rollercoaster into one read!
Profile Image for Glow.
83 reviews
October 22, 2025
Pace cerita ni slow sebenarnya bagi aku. Dan agak banyak persoalan yang aku tak nampak apa klunya. Tapi sebenarnya klu tu dah ada, kau je tak nampak 😌

Cuma bila masuk pages 300+ tu dah nampak laju sikit pacenya. Tu yang aku susah nak stop baca. Siapa stalker? Misteri apa yang ada dekat Banglo Han-Hal, termasuk belakang rumah tu? Kenapa semua orang mati dalam keadaan tergantung? Kena baca kalau nak tahu hahaha.

Serius talk, otak aku macam jammed lepas tahu apa yang jadi. Eh gilalah 😭 Ending tu lagilah. Weh... Kesian Dinda 🥺
Profile Image for Muhammad.
10 reviews
June 8, 2025
bismillah.

masyallah, fuh! jalan cerita yang penuh dengan debaran, psiko, thriller, seram!
tragedi 3 keluarga yang amat tragis dan duka bagi aku. dengan dinda penuh kekusutan hidup..aku simpati pada dinda..ending nya..aku was like what? harapan aku adalah, hopefully ada sambungan, dan aku harap Damien will help dinda! pada korang yang suka dan minat genre sebegini, this is for u. terus kan karya mu, dan terus kan perjuangan, Mr Author!
insya'allah will wait for your next book!
Profile Image for Elle Houri.
83 reviews1 follower
September 23, 2025
Cerita yang menarik. Bermula dengan mistik, rasa takut juga nak baca buku ni sorang-sorang. Tapi lama ke lamaan tak boleh nak letak dah buku ni. Semakin nak tahu apa sebenarnya terjadi.

Kesian juga mengenangkan nasib Dinda. Tak hairan lah dia jadi sekeras itu. Tapi tak puas hati dengan ending Selena. Dia terlalu terburu-buru bertindak. Sepatutnya dia lebih berhati-hati selepas mengetahui kebenaran.

Kesian juga dengan watak ML, diorang pun sebenarnya mangsa kepada kesilapan ibu bapa. Kerana terlalu mengejar kekayaan dan kemewahan, anak menjadi mangsa.

Tahniah penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
August 9, 2025
Habis buku ni aku macam menung kejap hahaha. Aku ingatkan betul la yang kacau Dinda tu selama ni hantu. Rupanya ada juga syaitan bertopengkan manusia yang sanggup bunuh orang sebab nk harta warisan. padahal rumah tu dah bukan milik diorang dah.

cerita fast pace, aku tak nampak banyak sangat plot yang pelik atau buat aku macam keliru. ada sedikit plot twist kat hujung cerita & penulis pandai buat ML pura2 tak tau apa yang jadi kat rumah Dinda tu padahal dia anak pada pemilik asal rumah tu. ishh hahah
This entire review has been hidden because of spoilers.
107 reviews2 followers
October 29, 2025
Bagi saya 𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 punya kulit buku memang menarik perhatian seperti 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻, 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗦𝗮𝗺𝗮 dan buku ini. Termasuk dua lagi buku, 𝗖𝗹𝗼𝘀𝗲 𝘁𝗼 𝗬𝗼𝘂 & 𝗧𝗶𝗴𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗮𝗻𝘆𝗮 yang menunggu giliran untuk dibaca saya.

𝗕𝗥𝗗. Cerita yang penuh misteri. Epilog cerita menemukan kita dengan babak seorang lelaki ditemani rakannya bertemu dengan tok bomoh untuk mendapatkan khidmat khadam, dimana sebagai balasan, perlu menyediakan makanan mentah dan perjanjiannya kekal hingga ke cucu cicit. Kerana terdesak, dituruti.

Kemudian, pembaca dibawa ke kehidupan Dinda bersama kekasihnya, Rehal dan juga keluarganya. Disebabkan konflik keluarga dia berpindah keluar dan tinggal di rumah banglo pemberian Rehal disamping untuk mengelak dari di kacau pengendap yang meminatinya. Maka bermulalah sedikit demi sedikit gangguan dari banglo itu. Dinda juga turut bermimpi aneh serta badan menjadi sakit. Ianya memberi kesan kepada kehidupan seharian Dinda. Disebabkan itu, Dinda nekad untuk merungkai segalanya. Damien jiran Dinda dan Selina rakan Rehal turut membantu.

Adegan-adegan 𝘰𝘶𝘵 𝘰𝘧 𝘣𝘰𝘥𝘺 bak kata Damien yang dialami Dinda bagi saya agak menarik. Dimana kita diperkenalkan dengan penghuni-penghuni yang tinggal di Banglo itu sebelum Dinda dan apa yang berlaku pada mereka. Saya dapat merasakan tekanan dan ketakutan yang dialami Dinda. Jika saya ditempat Dinda, memang dah lama cabut lari.

Namun terdapat beberapa bahagian dan kosa kata berulang, membuatkan 𝘱𝘢𝘤𝘦 membaca sedikit terganggu. Selain daripada plot cerita yang saya rasa agak longgar walaupun padat dengan adegan-adegan mendebarkan. Bagi saya penulis cuba untuk memasukkan segala elemen untuk disajikan kepada pembaca tetapi menjadi sedikit cacamarba dan kurang memberi impak emosi secara keseluruhan. Seakan-akan semuanya 𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘶𝘳𝘧𝘢𝘤𝘦 sahaja. Dan bagi saya tempoh 20 tahun agak lama untuk misteri ini terungkai jika benar Damien komited untuk mencari siapa pelakunya.

Secara keseluruhan, ia buku 𝘮𝘺𝘴𝘵𝘦𝘳𝘺/𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 yang baik. Penulis boleh pergi jauh jika betul-betul fokus dengan genre yang dipilih dan melakukan penambahbaikan. Penghujungnya seakan-akan 𝘷𝘪𝘣𝘦 filem atau novel Barat, dimana ia bukanlah pengakhiran yang sebenar.

𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗿𝗲𝗹𝗮.

Profile Image for Ieqa sawal.
37 reviews1 follower
August 23, 2025
🄱🄴🄻🄰🄺🄰🄽🄶 🅁🅄🄼🄰🄷 🄳🄸🄽🄳🄰 @aksarasharaf
@prologmed

rate : 5⭐️
Psiko , Thriller , Horror

Ending cerita tu mindblowing gila, tak terfikir pun sekejam itu 🤷🏻‍♀️.
And Saya terus beli buku yang lain disebabkan saya Lurve dengan Penulisan beliau👏 Teruskan berkarya.❤️‍🔥
..
Jangan risau buku ni Boleh dibaca umum walaupun ada kejadian2 yang mengerikan tapi masih terkawal 🙏🏻 .

.
.
Kisah Dinda yang mempunyai masalah dengan "Ayah"nya yang sering menganggap dirinya membawa malang pada keluarga. Kemudian Dinda keluar dari rumah dan tinggal disebuah Banglo yang dibeli oleh KEKASIHnya iaitu Rehal .

setelah menetap di Banglo tersebut sesuatu yang misteri menimpa dinda , dan Keberadaan Dinda di banglo tersebut dia beranggapan kekasihnya mempermainkannya. ( Rehal Rahsiakan Kejadian yang terjadi dibanglo sebelum ini)

Kejadian2 aneh dibanglo itu mula dirungkai sendiri oleh Dinda dengan bantuan Seseorang yang inginkan kebenaran . serta bantuan rakannya ..

tapi yang buatkan saya suka dengan BRD ialah sebab Plot Twist dia 😎 sangat2 boom 🤯.
Yang belum kesempatan nak baca atau belum beli , Boleh la Melabur sekarang sebab @prologmed memang Tak pernah menghampakan kita 🙏🏻.

⬇️⬇️

🏡 Berlakunya Perbuatan Syirik yang memberi kesan buruk pada waris

🏡 Seorang bapa yang memilih kasih terhadap anak yang disebabkan ujian buruk yang menimpanya

🏡 berlakunya pembunuhan yang kejam dan ngeri

🏡 Tidak mahu Melepaskan @ move on dari sesuatu perkara

sekian .
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
February 9, 2026
Belakang Rumah Dinda - Sharaf
1/2/2026 - 9/2/2026
M/S: 396

Anak-anak tegur, ibu baca buku apa ni? Bila tengok cover buku ni. Kebiasaanya ibu depa baca buku romcom, abang-abang uniform dan cover scenery, sekali bila hampir 10 hari kelek buku cover macam ni memang mengundang pertanyaan depa. Seram la tu 😆.

Kisah horror yang dialami Dinda, bila dia keluar dari rumah sebab tak tahan dengan cara ayah dia, Hamadi treat dia sebagai anak. Pilih kasih yang terlalu nyata dalam layanan keluarga buat Dinda tekad untuk keluar dari rumah keluarga walaupun dia tak ada tempat tinggal. Kepercayaan penuh pada teman lelaki, Rehal buat dia yakin untuk bina hidup dengan lelaki itu.

Rehal, sebagai agen hartanah telah membeli Banglo Han-Hal sebagai hadiah kepada Dinda. Rehal merancang untuk membina keluarga mereka di banglo tersebut. Tapi sesuatu yang pelik dan menakutkan selalu mengganggu Dinda.

Persoalan yang menjadi tanda tanya dan Rehal seperti menyimpan rahsia daripada Dinda. Gangguan-gangguan ini berterusan bagaikan petunjuk kepada Dinda berkenaan kisah kematian penghuni sebelum ini di banglo itu.

Penceritaan yang detil dan plot dikembangkan dengan baik buat karya ni ada menarik curiosity Kakchik untuk terus baca.

Cuma penamatnya, kesian pada Dinda yang baru nak memulakan hidup baru selepas semuanya terbongkar. Ada beberapa persoalan yang tidak terjawab, adakah kisah ini dimenangi oleh makhluk itu?

kcbaca_2026: 6/30
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
November 29, 2025
Yes mind blowing, tapi still saya baca dengan fast reading, sebab nak tau kesinambungan dari prolog tu, apa yang terjadi pada khadam yang dia ambil tu. Mula2 ingat kisah horror, memang la saspen, tetiba ada selit pasal keluarga, konflik kekeluargaan dan hubungan antara adik beradik.

Akhir kata, best dan try la baca.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.