Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Dia Dan Stiletto

Rate this book
Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.


“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF

“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA

Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.

“Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA

“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF

“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA

“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” - ASHRAFF

“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA

“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah.
Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” - ASHRAFF

Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?

“Kau nak bermadu dengan aku?” - HELINNA

“Kau sanggup? ” - AULIA

“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA

Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.

Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?

Paperback

First published October 1, 2014

37 people are currently reading
315 people want to read

About the author

Sri Sarah

5 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (36%)
4 stars
31 (20%)
3 stars
35 (23%)
2 stars
19 (12%)
1 star
10 (6%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
June 2, 2017
I'm glad this book is borrowed from the district library. Bukan dibeli dengan duit sendiri.

Permulaan cerita, Aulia is a whiny 25 year old girl. (I use 'girl'. I don't think she deserves to be called 'woman' or 'lady'). Tak tahu kenapa kalau anak Dato' perangai perempuan tu mesti ibarat kanak-kanak kecil yang merengek sebab ibunya tidak izinkan untuk terjun dalam lopak air. Lain dengan anak Dato' yang saya jumpa di universiti. Matang dan bernas juga idea mereka bagi dalam kelas. Sebabnya mereka ada duit untuk dapat access pendidikan lebih bagus. Aulia ini macam spoiled child pun ada. Dalam muka surat 57, dia menangis depan ayah sebab tak dapat beli kasut Chanel? Menangis. Seriously? Kata kaya, drive Audi TT, aset berjuta dalam akaun peribadi, pergi la beli luar negara di kilang Chanel teros.

"Hey, it's just a novel, don't be too serious."

Ya..ya.. saya faham. Tapi cuba bayangkan ada pelajar PhD kesusasteraan dan bukan Islam yang ingin buat kajian tentang novel Malaysia. Kandungan dalam novel atau buku menunjukkan tahap pemikiran rakyat Malaysia. Literature reflects society. Trend kebanyakan (kebanyakan, bukan semua) novel cinta Malaysia boleh dikatakan cuba me-romantik-kan 'paksaan'.

Kahwin paksa ohh sungguh romantik.
It's so romantic bila kena 'paksa' atau bahasa kasar, kena rogol.
It's so romantic bila suami bersikap sadis terhadap isteri.
It's so romantic bila isteri jadi submissive terhadap suami walaupun kena maki, tunjal kepala, tampar dan dipanggil dengan kata-kata cacian.

Mungkin niat penulis untuk cakap isteri kena taat suami. Tapi bak kata Goodreaders lain, jangan taat membuta tuli. Jangan sampai jadi hamba. Orang yang benci agama Islam akan nampak "Okay perempuan tiada suara dalam Islam. Kedudukan perempuan di bawah lelaki. Mesti dengar cakap bapa atau suami walaupun perempuan tu tak rela."

Kata ibu Ashraff, dia suka dengan Aulia sebab Aulia bijak. Tapi kalau Aulia bijak, dia boleh charge Ashraff dengan marital rape. Kata tak suka kena rogol, kenapa tak charge Ashraff dengan marital rape? Suka lah tu. Cakap tak serupa bikin Aulia ni. Ibu Ashraff (mak mertua Aulia) cakap Aulia pandai. Ye lah tu pandai.

"Aulia sayang dekat Ashraff tu. Dia rela berkorban demi suami. Takpe dia bersabar."

Ye la.. teruskan dengan sikap submissive hang. Sikap macam ni la mencemar nama Islam yang jaga hak-hak wanita. Kemudian, orang yang benci Islam akan keluarkan slogan "Islam is a patriarchal religion", "Muslim women being oppressed by husbands" dan "Islam tak adil terhadap wanita". Yang lelaki pula semakin seronok buat sesuka hati diorang sebab isterinya tak akan berani report. Nak berkorban pun, biar bertempat beb. Jangan main petik je lepas tu amal tanpa pemahaman.

Bahasa dalam buku ini tak kena dengan taste.
Perubahan emosi yang hmmmm... Ashraff macam robot. Hari ini tekan button Hulk, jadi marah-mengamuk-jerkah. Esok tekan button baby, jadi manja dan mengada-ngada. Human emotion does not work that way. It changes gradually.

Akhir sekali, saya suka kata-kata Goodreader Anas Affandi pasal buku ini...

"... saya rasa novel-novel seperti novel ini yang memaparkan tema mangsa rogol jatuh cinta dengan perogol atau memaafkan sang perogol begitu saja seolah-olah memperlekeh dan mentertawakan semua mangsa-mangsa rogol yang berada di luar sana."

Secara umum novel cinta Melayu tema kahwin dengan perogol, perogol akan dimaafkan kalau:
1. Dia anak Tan Sri atau anak Dato'.
2. Pewaris Banana Holdings atau Rambutan Corporations yang bernilai juta-juta.
3. Bawa Bugatti Veyron, bukan motosikal kapcai.
4. Muka model atau berdarah campuran. Bukan muka biasa-biasa.
5. Badan sasa.

Kalau perogol merupakan lelaki gendut pakai selipar getah koyak beserta seluar pendek pasar malam, takde maknanya perempuan itu nak maafkan dan kahwin dengan dia.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 27, 2014
Boleh laaaa....
.
p/s: Tapi maaf la, tak boleh nak jadikan koleksi peribadi.. Harap lepas ni janganlah buat buku yang tebal melampau tapi isinya kurang..
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
November 30, 2014
habis pun baca. semput naik roller coaster masa baca buku ni. nak kata boleh lah tu, ada juga bestnya. nak kata best takdelah sampai tahap gila. so tengah2 lah.

masa baca buku ni, aku confuse dengan si aulia ni. aku syak dia ni anak orang kaya jadian lah. reason: 1. kasut berpuluh, kereta audi tt, ayah pangkat datuk, anak tunggal, manja gila dengan parents, ayahnya sanggup bayar sejuta untuk biar ex boyfriend dia pisah dengan aulia, kredit kad berkeping2, dlll TETAPI macam excited lebih2 plak dapat makan kat restaurant mewah di kuala lumpur. bukan di paris or venice ke. aiyoyo...confuse aku. dah lah tu...boleh dia kata cincin 16 ribu tu mahal. untuk aku memang mahal. tapi untuk orang kaya, mahal ke tu? habis tu audi tt tu harga dia seringgit dua ke puan aulia oit?

selain tu aku confuse dengan perubahan sikap dia. penulis buatkan dia berubah terlalu drastik. ok. isteri kena patuh kata suami. tapi bukan patuh membabi buta! even aku memang nak dia dengan ashraff tapi sakit hati...jangan cakaplah.

encik ashraff: boleh tak jangan kaitkan agama bila perlu? bila part suruh isteri patuh, amboi mula lah cakap haram dosa segala. habis tu yang kau rogol aulia tu tak berdosa ke? tu sebelum kahwin. yang selepas kahwin? iye tugas isteri adalah melayan suami tapi bila ianya satu paksaan (even dalam law takde istilah merogol isteri) kenapa tak keluarkan hukum agama masa tu?

bila baca buku ni, aku jadi sedih. kalaulah ada orang bukan islam yang membaca, apa akan mereka fikirkan tentang institusi keluarga islam? fungsi suami dan isteri dalam membina keluarga yang dirahmati Allah? aku akui aku bukan orang kuat agama. masih banyak salah silapnya. tapi sedih bila baca watak seorang lelaki islam yang dikatakan tunaikan solat dan berpuasa tapi masih berzina dengan perempuan bukan isterinya. apa, seorang itu boleh dikatakan mempunyai base islam yang mantap hanya dengan solat dan puasa? itu maksud islam? dan sanggup seorang ayah mertua yang dikatakan selalu solat berjemaah tapi masih sanggup upah anak saudara sendiri untuk letak ubat dalam minuman menantu sendiri. bila baca rasa macam penulis merendahkan atau mempermainkan islam. mungkin itu bukan niatnya tapi itu yang aku rasa bila sampai tamat.

pasal helly, adoi ni lagi sorang aku confuse. aku tak faham definisi cinta dia sebelum kahwin dengan fazri. mula2 macam jual mahal. then x sabar nak kahwin. bila dah kahwin nak bercerai pula. tapi macam tak nak. then bila tahu ash kahwin dengan aulia, mengamuk sakan. bila tahu ash rogol aulia, eh eh eh dia pula yang menghalang. pening kepala.

aku rasa tak pernah baca buku beliau. baca biodata pun mungkin orang baru. so masih ada banyak ruang yang perlu dibaiki. good luck, dear author.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
October 14, 2014
Sanggup sengkang mata hanya untuk habiskan novel nie.. Mula2 sentuh takut gak, sbb x suke part honey2 nie. Tp moment dah baca mmg x leh letak. Mmg otai si Aulia nie ohsem sangat and suka sangat kat dia. Tp si ashraff tue mmg wat sakit hati. Melampau betul perbuatan dia. Tp datuk rahman pun sengal gak. Tak selidik dulu betul2.. Bile org dah jatuh cinta, mmg x guna la kan. Huhuhu.. Anyway, alisya gak yg paling best. Ahaks.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
January 26, 2020
Formula slap-kiss atau grovelling hero mudah saja. Hero balas dendam atau melakukan sesuatu yang jahat pada heroin, jatuh cinta pada heroin tapi masih ego, dapat tahu heroin tak bersalah dan bermulalah sesi pujuk rayu untuk menambat hati heroin.

Negara gajah putih amat terkenal mengangkat formula ni sampaikan ada pembaca barat yang merasakan lelaki Thailand memang bersikap begitu.

Formula yang sama cuba digunapakai oleh jurukarya Malaysia. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Dan sayangnya, hasil dari Sri Sarah ini tidak mampu mengangkat formula itu dengan baik.

Aku, Dia & Stiletto tidak membawa kelainan. Tidak ada satu pun yang membezakan ia dengan karya dengan tema sama. Malahan, tidak ada pujuk rayu dari sang hero. Hanya ada seorang heroin yang merasakan salah-satu tanggungjawab sebagai isteri ialah sentiasa mengalah.

Watak Lia juga tidak dikembangkan dengan baik oleh penulis. Lia bukan wanita yang bangun dari jurang hitam dengan kekuatan diri. Lia hanyalah watak yang selalu kita baca di media, seorang yang pasrah dengan ketentuan hidup.

Watak Ashraff sebagai musang berbulu ayam memang wujud di alam nyata. Bagi mereka, solat ialah perisai untuk mereka kebal melakukan dosa lain. Dan ego lelaki bernama Ashraff ini amat tinggi. Saya tidak nampak di mana hebatnya watak ini.

Novel tebal ini mungkin akan berjaya sekiranya editor memainkan peranan. Saya sama sekali tidak dapat terima Bahasa Inggeris yang tunggang langgang.
11 reviews2 followers
September 11, 2015
Sakit hati saya bila berjumpa karya-karya yang seperti ini. Memandang enteng gelojak emosi dan kesengsaraan yang dialami seseorang mangsa rogol. Sebagai seorang yang selalu dekat dengan mangsa-mangsa rogol atas tuntutan tanggungjawab dan kesedaran kerja-kerja sukarelawan yang menumpukan perhatian terhadap wanita-wanita yang menjadi mangsa rogol, keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi gejala masalah yang membelungi dan merantai golongan wanita terutamanya wanita melayu islam mutakhir ini, saya rasa novel-novel seperti novel ini yang memaparkan tema mangsa rogol jatuh cinta dengan perogol atau memaafkan sang perogol begitu saja seolah-olah memperlekeh dan mentertawakan semua mangsa-mangsa rogol yang berada di luar sana.

Pesan saya pada penulis-penulis Novel, novel adalah satu wadah bacaan ringan yang mampu menjadi medium dalam berdakwah dan berpesan-pesan kepada masyarakat. Maka, seharusnya penulis-penulis novel ini mengambil satu inisiiatif untuk menjadi lidah yang menyampaikan mesesj-mesej sosial yang bermanfaat kepada semua pembaca.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 7, 2016
Ok read this book numerous time since 2014..
Not many people will agree but I do love this book.

I think most probably the writer was trying to point out that not many people really understand the law of a nation or Islamic Law which have been implemented in a country or where to get justice done..or maybe it is the stigma of being disgraced by society that stopped them from reporting. Usual predicament that tagged along with womens pride, dignity and integrity after the abused. When situations like rape and threat are not being reported or handled properly, men who committed such crime absconded easily.

Back to the story :

Aulia seorang gadis yang manja, bijak dan sahabat yang amanah tanpa sengaja berkenalan dengan kekasih sahabat karibnya, Asyraf, semasa berebutkan sepasang stiletto merah dikedai kasut. Pergelutan demi sepasang kasut berlanjutan sehingga ke parking lot. Pertemuan after pertemuan happened which spark off more emotional outburst between them.

Asyraf, kekasih Hellina - top model, seorang playboy yang sering melanggar batasan dengan bukan mahram, juga seorang yang kuat cemburu dan egois not terhadap Hellina tapi Aulia..apa yang dia nak dia cuba dapatkan tanpa memikirkan risikonya atau perasaan orang lain.

Kerana tidak tahan dgn sifat Aulia yg sering mencalar ego dan kewibawaannya sebagai seorang lelaki, juga kerana cemburu melihat Aulia menangisi perkahwinan kekasihnya sendiri serta tertangkap dengan Hellina semasa dia bersama Widya..dia perangkap Aulia ke apartmentnya dan merogol Aulia. Dia sangka bahawa Aulia yang pecahkan tembelangnya.

Beberapa bulan selepas kejadian tu Aulia disahkan mengandung dan dibuang keluarga selepas ayahnya menikahkanya dengan Asyraf. Selepas pernikahannya..Asyraf janji akan menceraikan Aulia selepas melahirkan anaknya dan bernikah dgn Hellina..from hereon Asyraf feelings changed towards Aulia without him realising it and he stopped womanizing. I think at 4 mths Aulia keguguran sebab terkejut nampak Fazri sahabat karibnya di bilik bersebelahan penginapannya dengan Asyraf. The plan to marry his childhood sweetheart proceed.

Hellina found out the truth about Asyraf affair with other women and asked for divorce immediately after the wedding reception. bla..bla..bla..Hellina found out abt the other woman in Asyraf life. She was hell bent on revenge towards Asyraf without sparing a thought towards Aulia's feeling..Fazri yg angaukan Hellina was torn between friendship and love life..ini lagi satu jantan tak guna.

Aulia bawa diri ke Uk sambung master. Ending happy but Im not happy with Hellina and Fazri..sahabat yang mementingkan diri sendiri..

Kalau kita baca cerita ni kita boleh lihat non-chemistry between Hellina and Asyraf..both are self centered..its not as if Hellina was so in love with Asyraf or lovey dovey type. Honestly, Hellina was just jealous that Aulia has a placed in Asyraf heart..sebabnya Si Asyraf ni senang2 je lepaskan Hellina but not Aulia. But she gave reasons that Asyraf tak layak untuk Aulia due to his past. But she herself tak jujur that she was attracted to Fazri..Cuma part ni je menyampah k.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
May 6, 2015
Book #40 - 2015

Sebenarnya ceritanya menarik. Ada potential untuk ia menjadi sebuah cerita yang awesome but....

I felt like the story is just messy. Saya tak berapa faham character yang diportraykan oleh Aulia and Ashraf. Infact, I felt as if, both of them punya character ni sekejap berubah-ubah.

Sorry
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
January 11, 2015
First, tertarik dgn cover. Second sya mmg peminat karyaseni. Third, ramai org kata best sgtttt.

Bila sya bca, eh, tipah tertipu ke ?

Simple from me, lia n ash kahwin sbb lia mengandung ank ash. Ash rogol dia sbb salah faham. Majlis kahwin drg ade 10 je termasuk mak bapa maaing2. Sgt ringkas. Ada sbb knp ash nk kahwin dgn lia. Mak bapa ash x tau lia pengandung ank luar nikah. Mak bapa lia pula x tau ank sape lia mengandung, drg x tau itu ank ash. Ash pulak, entah dia tau ke tak ank tu ank dia, kat sini yg sya confuse, sbb dia buat mcm bkn ank dia. Ash cinta mati dgn helly n mmg nk kahwin pun. Tapi helly jijik dgn lelaki yg pernah berzina. Msa mlm pertama, ash bgitau dia pernah berzina, helly trus minta cerai. Kt sini bru dia sedar sape terima dia seadanya. Ash mmg solat tapi kaki party, kaki perempuan. Msk bilik bawa perempuan tu hal kecik je. But lps kahwin dgn lia dia try ubah perangai dia. Lia before kahwin mmg garang tapi lps kahwin lemah plus lembut. Nk jdi isteri soleha. Helly bff lia. Helly x tau lia dgn ash dah kahwin. Msa dia tau (dah cerai dgn ash) mmg dia mengamuk giler. Tapi lps ash ckp dia yg rogol lia. Trus helly suruh lia cerai dgn ash, alasannya ash dah rogol dia. Parents lia pun paksa lia cerai dgn ash. Tapi lia x nk. Suddenly 3 thn kemudian, story kat sini mmg sya x expect. Mcm cite indon pulak, main tarik tali. Serious aya rsa bosan. Masa dkt ending bru happy. Haila ..

Tahniah kpd penulis, blh dibaiki lagi.
ke sya yg slh sbb x hayati cite ni ?
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
October 18, 2014
ini novel edisi susah letak..
penangan dia sampai kwn2 sy pon naik menyampah sebab saya mengendong jer novel ni ke mana-mana..x sia-sia tunggu buku ni lama dari KS...suka sgt jalan cerita dia! ni first novel yg sy bce dr Sri Sarah..ape yg saya rase tentang karya ni sgt awesome!
korg bce summary novel ni pon dah dpt rase keterujaannya..
saya suka Aulia sebab dia sgt tabah&positive!
ashraff tu sy bley kata bengong pon ade! dah la jahat pastu ego.. benci laa!!!
klo sy jadi Aulia, x yah setia kat dia pon x pe laaa.. klo korg nak tahu ape jadi kat Ashraff Aulia & Helina.. sila bace novel!
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 11, 2015
3.5 bintang untuk novel ini. :)

Awalnya agak slow.
Sampailah pada klimaks cerita, bila Aulia dirogol.
Kemudian konflik demi konflik.

Cuma aku geram dengan paranoid dan cemburu Ashraff.
Rasa nak tapakkan jer.

Hahaha!

Apa pun, tahniah penulis!
Profile Image for Sue Chiaki.
42 reviews6 followers
November 14, 2014
Sakit jiwa dgn Ashraff yg ego x ingat, baran x bertempat, cemburu yg amat. Aulia pula dr se orang yg out spoken, sometimes garang boleh menjadi seorang yg begitu sabar. Mmg best walaupun ade part mcm longgar n less impact. Kesimpulannya still worth buying n menjadi koleksi peribadi.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
August 24, 2019
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Profile Image for Shida Saad.
12 reviews
February 1, 2019
Hanya kerana sepasang stiletto merah, Aulia dan Ashraff berkenalan. Marah, merayu, bergaduh setiap kali berjumpa bagai anjing dengan kucing. Aulia yang pada mula seorang yang sangat garang, menjadi lemah setelah sesuatu berlaku terhadap dirinya. Memaksanya tunduk akan setiap kata-kata yang keluar dari mulut si suami.

Cinta antara suami dan kasih seorang sahabat membuatkan Aulia selalu berada dalam dilema. Tersepit di antara kedua-duanya.

Baru nak hidup bahagia, ada saja rintangan dan dugaan datang silih berganti sehingga membuatkan mereka sepasang suami isteri terpisah beribu batu selama tiga tahun. Perit! Setelah pulang ke tanah air dengan bukti cinta mereka, suami masih belum dapat menerima mereka.

Mampukah Aulia kembalikan kebahagian mereka sekeluarga?
Profile Image for Julie.
Author 18 books17 followers
May 7, 2019
Tak gemar novel yang glorify rape and blind obedience seperti yang digambarkan oleh penulis novel ni. I have no problem with sex scenes but not rape. Didn’t finish reading and will never encourage people to read this. The feminist in me is raging right now

Rating sebenar: 0 star.
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
August 20, 2017
Almost 1 month to finished...finally i'm done...hehehe
1 review
April 2, 2021
Review nya bisa 😋
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
January 17, 2015
Saya rate kan buku ni biasa biasa aje. Mungkin penulis menang dari segi presentation. Penceritaan menarik. Walaupun isi cerita agak membosankan masih berkisar cerita yang sama.

Pada mula pembacaan saya agak teruja. Tapi bila sudah tiba ke hampir separuh buku yang tebal gedabak tu, saya sudah mula merasa ceritanya agak meleret leret.

Mengambil masa hampir seminggu jugak la untuk saya selesaikan semuanya...



Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
October 31, 2014
Fuhhh!!! Lega ....mula dari first page dh x blh nk stop dh..... Sesgt suka watak Aulia n geram dgn kesengalan si Ashraf... Antara novel yg mesti di baca wl pon mse bc mmg sesak nafas ....welldone sri sarah..mmg karya yg awesome hehehhe❤️
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
February 2, 2015
Suka citenye.. x pening2 sgt.. i like
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.