Jump to ratings and reviews
Rate this book

Khianat

Rate this book
Ketika operasi rahsia di sempadan Malaysia–Thailand bertukar menjadi medan pembelotan, seorang anggota komando bertindak kejam membunuh rakan skuadnya sebelum melarikan diri bersama pembekal dadah dari Thailand. Dunia keselamatan gempar.

Biro Keselamatan Awam menugaskan Syira untuk menjejak suspek bersama Nisrina, ejen sekuriti biro. Pada masa yang sama, Sarjan Fuad, bekas komander si pengkhianat, mengetuai unit khas Angkatan Tentera Malaysia. Misi: buru, tangkap dan hapuskan.

Namun apabila situasi memerlukan Syira dan Fuad bekerjasama, ego dan prinsip bertembung. Gagal bukan pilihan kerana jika suspek terlepas, rahsia ketenteraan dan kredibiliti keselamatan negara akan tercalar.

Dalam dunia operasi rahsia, kepercayaan adalah mata wang paling mahal. Dan masa … adalah musuh paling kejam.

448 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Ahmad Erhan

4 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (70%)
4 stars
17 (25%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for matchataro.
183 reviews28 followers
October 6, 2025
4.8/5— WEH BEST GILA?????? I MEAN I UNDERSTAND KENAPA RAMAI RATE TINGGI BUKU NI😭👏🏻 WE DEMAND PETRA’S POV AND MORE ABOUT PETRA AZAMUDIN MY MANNN HAHAHA act nak bagi full stars sebab memang gempak gila wehh writing and plot cerita ni tapi sebab bagi saya masih banyak benda tak terjawab. apa jadi dengan kes mahkamah petra dan fuad, whos the guy yang dekat akhir tu, backstory Petra yang for me patut ada lagi banyak depth especially apa yang dia buat dekat rumah dia tu. saya wonder beside the broken home, what other factors that leads him to do all the rebelious-ish things. dan pasal fon tu yang asalnya Nisrina fikir banyak kemungkinan antara Fuad dan Kolonel Amer. saya rasa part fon ni penulis lupa nak letak penutup. sama ada Kolonel Amer tahu atau tak apa yang sebenarnya jadi, itu masih jadi persoalan.

ada part yang macam operation agak draggy sebab macam2 watak baru diperkenalkan, faham la it was a part of operation. bila dah masuk klimaks tu perghh memang tak boleh berhenti selak page! penulis did a great job in delivered both female and male characters. Dialog Syira and Nisrina tak rasa kekok when it came from a guy author. in fact description rupa both women memang buat saya bayang diorang ni baddass and hot! Petra tak yah cakap la ek MEMANG HOT GILAA TOWLONGGG NAK PETRA🫦

the twist memang dah agak dari awal but still the build up memang best, dah macam tgok movie yaa🫶🏻 writing and detail action memang padu and kemas, buat pembacaan langsung tak rasa bosan. all the jargons and terms showed how penulis really poured everything into this work👏🏻 tak tahu nak cakap apa dah selain NAK BOOK 2!!!
Profile Image for Mslvoe.
2,283 reviews238 followers
September 25, 2025
This story is insanely good! Memang awesome giler! The action scenes F rasa cam watching a good movie.

Ingat nak baca santai² je.. ermm ended up flipping through until the very end.

Karya ni set kat negeri Kedah... rindu pulak my late tok's hometown. And the food mentioned macam nasi lemak, bihun sup daging, cendol alahai so mouthwatering.

Kisah Petra memang A!
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,025 reviews126 followers
December 9, 2025
Tak sangka ku habiskan dalam sehari 🤣

At first ku sangka cerita ini will focus on Petra as the main character, tapi Petra catalyst je - muncul kejap-kejap je macam main hide and seek gitu.

Our main character ialah Syira, seorang penyiasat dalam Biro Keselamatan Awam dan her bodyguard Rin. Actually, kalau tak baca Khianat, Joy tak sedar pun BKA actually exists 🙊 Okey, they have been tasked by her CO to investigate about Petra supaya ATM & PDRM dapat tangkap dia kerana membelot negara.

Cerita ini memang sangat action packed dan tak bosan. Penulis sangat arif dalam selok-belok setiap jabatan dan jelas from this novel, banyak research yang telah beliau lakukan untuk novel ini. Tahniah and syabas to author!

Normally kan, cerita genre thriller gini by male authors mostly guna lelaki sebagai watak utama, tapi Khianat nie kita diberi Syira and Rin. It was a refreshing take on this genre whereby pembaca mengikut kisah Petra melalui siasatan Syira. Method imbas kembali dalam novel juga dilakukan dengan elok dan smooth je - it actually helped to build the emotion and pacing of the story surrounding the mysterious Petra.

Jadi, nak tau kebenarannya? Bacalah Khianat. Joy rasa macam sedang tengok movie 🎥.

The only thing that affected my reading was the spelling mistake of “rogue”. It is “gone rogue”, “rogue agent”. Bukan “rouge”. “Rouge” tu dah lain maksud ya.

So, saya harap penerbit dapat betulkan kesilapan ini dalam kecetakkan seterusnya. *nada yang lembut & sopan*

Akhir kata, pleaseeeeeeee have the next book in this series! Kita perlukan lebih Petra. This book deserves the hype! Superb and excellent writing.
Profile Image for Fuka-chan.
148 reviews
October 16, 2025
4 stars! Buku yang menarik! Lain dari yang lain dari normal genre buku yang aku selalu baca.

Shira, Biro Keselamatan Awam, kena pegi cari rouge agent (agent belot), Petra yang dah bunuh teammates masa misi khas jejak tokan dadah dekat hutan sempadan Siam. Journey mencari Petra bertemankan ejen security, Nisrina yang akan jaga Shira. All events tembak tembak dalam ni semua bertempat dekat Kedah bak ang. Best! Walaupun aku macam dah boleh agak plot twist dia, tapi perjalanan di Kedah tu menarik. Cuma aku rasa set up untuk jumpa Petra tu terlalu lama, dan lepas jumpa Petra, alamak kejap je. Dah nak final act. Patutnya author kena buat jumpa Petra lama sikit. Penat je build up character Petra, pastu dah habis buku.

Anyway since author ada plan nak jadikan series, saya nak request buat cerita Petra banyak sikit ya. Plus cover kemas make sure second book cover pun kacak bergaya macam ni pls.

Recommended!

Saya nak baca buku author sama yang lain pulak! Pasal serial killer! Waaahhh
Profile Image for akusipeminatbuku.
268 reviews33 followers
May 31, 2025
Tamat bacaan novel Khianat. Satu je aku nak cakap, puas hati baca. Cerita padu, takde meleret. Ayat kemas dan tepat.

Memang tak rugilah aku beli hahahaah. Pilihan yang tepat.

Nak tahu cerita ni tentang apa? Jom, aku kongsi sikit. Aku bagi hit dan tip supaya anda pergi cari buku ni dan baca sendiri 😁.

Ceritanya melibatkan beberapa kelompok pihak keselamatan - ATM, Polis dan Biro Keselamatan. Kisah bermula dengan misi untuk menangkap tokan dadah yang dah lama dikehendaki. Ketika misi ini, ada anggota yang jadi pengkhianat, termakan pujuk rayu dan wang ringgit.

Jadi kes itu disiasat oleh Syira seorang detektif dari Biro Keselamatan Putrajaya. Apa Syira buat, dia mula dari awal, kumpul maklumat tentang suspek.

Dia cari orang-orang yang rapat dan kenal suspek, nak kaji bagaimana sikap dan psikologinya. Dalam setiap cerita yang Syira dengar ni, kita akan dibawa ke cerita-cerita dan misi-misi di mana suspek ni pernah terlibat. Macam biasa, aku pun jadi detektif sekali la. Cuba teka apa next move suspek.

Ni yang Syira jumpa mak cik Kalsum tu, nak kenalkan dengan anak dia 😆😆😆. Ketika Syira dalam proses mengumpul maklumat tu, penulis pun bijak masukkan suasana kampung dan tempat-tempat sekitar Kedah.

Jadi ini cerita apa keadaannya bila komando gone rouge, bahayanya dan sukarnya usaha untuk mengesan seorang yang memang terlatih secara professional. Memang best lah baca, aku takde komen lain dah nak cakap. Best betul 😆😆😆.

Cumanya, aku nak bagi tip, kalau anda nak baca novel ni, pastikan get ready siap-siap cendol, rojak buah, bihun sup, laksa dan kopi o kampung. Kalau semua ni ada, sempurnalah perjalanan pembacaan anda nanti.

Lagi satu, aku rasa penulis memang suka cendol, dalam novel pertama beliau Tempur, dia tulis pembunuh upahan minum cendol tepi jalan sebelum buat kerja. Masa tu aku macam ahhhh...jangan pandang enteng orang minum cendol tepi jalan ya 😆.
Profile Image for Amal Lee.
282 reviews36 followers
July 9, 2025
Wahh bakpelah cerita best selalunya tak tebal (emm no, 481 m/s tak tebal, for me). I takde mende nak complaint. Aksi lawan lawan dalam ni pun senang nak faham tak berbelit. Background yang penulis masukkan dalam cerita ni pun terasa dekat sebab kita membesar dekat situ 😆. So guys, yang mana tak terbuka plastik lagi cepat cepatlah baca cerita ni.

Lepas I baca Ilham penulis tu aaaaa cepatlahhh siapkan siri tu! We want more Petra, Petra, Petra. Okaylah, pahni dah boleh cari buku penulis yang lain.
Profile Image for Hani~.
185 reviews4 followers
July 18, 2025
Terima kasih kawan-kawan yang pengaruh saya baca novel ni. Memang best. Tak sempat rasa bosan. Rasa nak reread ada la 😊

▪️Biasanya kalau kita baca genre aksi/pertempuran/ ketenteraan macam ni, ancaman itu datang dari luar. Cth: pengganas, penjenayah etc.

Tapi novel ni bawa sisi berbeza. Ancaman besar datang dari dalam iaitu anggota pasukan misi itu sendiri.

▪️Ada sub-plot yang saya suka iaitu perselisihan peribadi melibatkan dua wakil agensi yang mengendalikan kes ni. Pihak tersebut adalah Angkatan Tentera Malaysia (Sarjan Fuad) dan pihak Biro Keselamatan Awam (Syira).

Ketegangan timbul mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti komunikasi, seniority, gender, kepercayaan, prinsip kerja, strategi operasi dll. Atauuu... ada faktor lain?

▪️Watak Petra. Uniknya watak ni kerana pembaca kenal dia dari sudut pandang watak-watak lain. Apa yang Syira dapat dari soal-siasatnya terhadap beberapa individu, itulah juga yang pembaca tahu. Kecuali ada beberapa bab kita dapat bersua sendiri dengan lelaki dingin ini.

▪️Hmm.. banyak lagi point nak share. Tentang Syira dan keputusan pentingnya, tentang operasi yang gagal, tentang lelaki tak bernama, tentang kemahiran penceritaan penulis, dan tentang makan-makan. Ya makan itu penting walau dalam saat genting. Kalau tidak, mana nak dapat energy untuk mereka berfikir cerdas dan bergerak tangkas kan? 🤭

InsyaAllah akan sambung di Instagram.

P/s: Saya dah dapat teka arah tuju plot utama sejak awal. Ternyata tekaan tu betul. Tapi tetap enjoy baca novel ni atas sebab-sebab yang saya nyatakan di atas.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
520 reviews45 followers
May 6, 2026
Setelah mendapat berita adanya seorang komando yang berpaling tadah, Syira seorang ejen daripada Biro Keselamatan Awam ditugaskan untuk menyiasat hal tersebut. Syira ditemani oleh Nisrina terpaksa ke utara bagi tujuan tersebut.

SH sedikit pun tidak merasa terkejut dengan plot twist yang berlaku. Semua sudah dalam dugaan. Namun, ia memberikan rasa puas apabila dalang sebenar telah terungkap.

Wang sebesar 20 juta itu sememangnya angka yang mampu menggugah jiwa-jiwa manusia yang rapuh. Apabila jati diri dan integriti tidak dipasak dalam-dalam ke lubuk jiwa itulah yang terjadi.

Sebagai seorang yang rabun, SH sentiasa kagum dengan mereka yang bergelar penembak tepat ini. Walaupun dibantu dengan kemudahan senjata yang canggih namun, tetaplah latihan dan juga bakat serta mata yang terang mampu menjadikan mereka antara yang terbaik.
Profile Image for Arifful Baqi.
Author 11 books41 followers
June 5, 2025
Alhamdulillah, selesai membaca novel thriller KHIANAT karya Ahmad Erhan, terbitan Buku Prima (Karangkraf).

Sinopsis ringkas:
Seorang bekas komando yang membelot kerana tamak akan wang ringgit. Dua gadis cantik dari Biro ditugaskan untuk menjejak penjenayah berbahaya ini. Dalam penyiasatan, berlaku pelbagai insiden: syak wasangka, kejar-mengejar, pembunuhan, makan-makan dan, ya… pengkhianatan demi pengkhianatan.

Apa yang menarik tentang novel ini:

1. Latar dunia ketenteraan : Memberi nafas segar kepada novel aksi tempatan.

2. Lari daripada klise filem patriotik : Bukan kisah klise komando "demi negara", tapi sebaliknya ada unsur pembelotan yang membuka sisi gelap perjuangan. Namun, semangat patriotik tetap terasa.

3. Elemen penyiasatan & detektif : Usaha menjejak saspek digarap dengan logik dan strategi.

4. Pace laju : Serius, tak sempat rasa bosan. Terus nak tahu apa jadi lepas ni.

5. Cerita sangat fokus : Misi utama: kejar Petra. Tak meleret. Tak menyimpang.

6. Ada filler, tapi masih relevan : Cerita dalam cerita tentang Petra. Tujuannya jelas, nak tunjuk betapa 'badass'-nya Petra.

7. Petra = Watak utama sebenar : Dialognya sikit, tapi auranya besar. Nama dia disebut dalam hampir setiap bab.

8. Rasa tak puas : Nak lagi aksi Petra. We need more!

9. Aksi kemas dan meyakinkan : Serapi lipatan baju askar.

10. Humor bersahaja : Tidak memaksa, datang tepat pada masanya.

11. Laluan negeri Kedah digambarkan dengan terperinci : Boleh bayang jalan-jalan tu dalam kepala.

12. Cendol wajib ada : Hahaha, ni penting.

13. Dialog hidup dan realistik : Tak skema, tak dibuat-buat. Natural.

14. Cuma satu kurang puas hati : Dua orang penjahat tu… apa jadi kat mereka lepas tu?

Kesimpulan:

Khianat adalah novel aksi yang wajib dibaca oleh peminat genre ini. Sarat dengan ketegangan, kesetiaan, pengkhianatan dan babak-babak yang buat kita tak senang duduk.

5 bintang daripada saya! ⭐⭐⭐⭐⭐
Tahniah Ahmad Erhan! Teruskan berkarya!
Profile Image for Edziani Nabila.
125 reviews9 followers
July 16, 2025
Buku ni - chef's kiss!

3 perkara yang saya suka tentang Khianat:

1. Gaya penceritaan yang sinematik.
Teknik flashback dan penggunaan point of view  daripada pelbagai watak menjadikan pengalaman membaca seperti sedang menonton sebuah drama aksi.

Misalnya, bila watak Syira Ejen dari Biro Keselamatan Negara menyoal Sarjan Fuad, pembaca dibawa menyelami kisah dari sudut pandang Fuad sendiri. Kemudian, apabila Syira menyoal Petra pula, naratif masih berada dalam garis masa yang sama, dari sudut pandang Petra diselitkan dengan sedikit twist yang menambah umpph cerita tersebut.

2. Melalui novel ni, saya baru tahu beberapa lokasi sebenar di Kedah yang mewah dengan pemandangan!
Pertama kali tahu wujudnya nama tempat Wang Tepus, Simpang Kuala dan beberapa nama tempat sekita Filipina dan Thailand. Kemudian, dapat ilmu tentang dunia tentera dan senjata-senjata yang digunakan mengikut keadaan.

3. Banyak nilai moral yang saya perolehi bila baca buku ni terutama terselah sisi tamak manusia apabila disogok dengan wang berjuta, dah tak peduli semangat juang untuk negara. Bagaimana satu watak bernama Somram ni terjebak dengan jenayah pengedaran dadah sebab nak selesaikan hutang si ayah.

Tolong baca ya
Profile Image for Salmiah Awang.
33 reviews
November 17, 2025
novel ni adalah novel aksi. saya suka sangat. mengisahkan perjalanan syira mencari kebenaran.

tapi bagi saya, ia adalah kisah petra Azamuddin yang terpaksa berjuang untuk membersihkan namanya.
tapi ini tak mudah sebab ianya melibatkan pasukan keselamatan negara.

kisah Petra menjalani operasi khas juga memang best baca. kita rasa nak tahu dan nak tahu je.

jadi, jom baca
Profile Image for Mohamad Nasrul.
243 reviews8 followers
October 3, 2025
Sejak dari awal mengetahui tentang Petra dari mulut Fuad dan Abu, aku jujur mengharapkan sebaliknya walaupun segala latar silam Petra yang negatif memang menjurus kepadanya untuk sebuah pengkhianatan tersebut. Kehadiran Syira dan Nisrina dari Putrajaya yang menyelidik mengenai kes tersebut dengan cara mereka, sedikit demi sedikit menyelak halaman kebenaran.

Cerita bergerak dengan sungguh baik - imbas kembali dan tergantungnya cerita pada akhir bab menjadikan cerita ini semakin enak dibaca, lagi dan lagi. Mungkin seenak cendol di gerai Nahed? 😅

Latar tempat yang terakam, beberapa darinya pernah saya jejaki - Simpang Kuala, Alor Ibus dan Merbok, membuatkan paduan visualisasi yang tertulis kemas dalam novel dan imaginasi saya menyatu menjadi sebuah filem aksi mendebarkan yang begitu mengasyikkan dalam kepala saya.

Suka saya ingatkan kepada pembaca untuk fokus pada bahagian penceritaan Nahed, kerana dari situ banyak hal yang yang membongkar kebenaran sedikit demi sedikit mengenai Petra. Saya terpaksa menyelak kembali halaman ketika Nahed menceritakan kejadian misi tersebut kepada Syira dan Nisrina untuk kefahaman yang lebih jelas akan watak-watak berkenaan.

Bermula dari Merbok, cerita menjadi semakin mendebarkan dan itulah momen OMG pertama yang meremangkan bulu roma saya. Babak aksi juga terlakar padu dan penceritaan tentang bidang keselamatan begitu mengagumkan.

Momen OMG kedua saya pula adalah ketika misi Nahed bersama Petra. Penceritaan Nahed pada bab sebelumnya tergantung dan penulis menyambungnya kembali dengan baik sekali menjelang akhir cerita.

AKHIR CERITA, WOW! Saya hanya mampu menjerit dalam hati, "WOW, OMG BEST GILA CERITA NI! " dan betapa saya merinding dengan keseluruhan ceritanya yang awesome!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
November 14, 2025
Melihat kulit buku agak sukar untuk saya beli pada awalnya. Saya bukan pembaca buku seram. Tapi bila lihat synopsis, ia berkisar ketenteraan.

Latar cerita bermula dengan operasi rahsia ketenteraan di sempadan Malaysia-Thai. Tim komando terbaik diarah menyiasat kes penyeludupan dadah di kawasan tersebut. Namun, apabila berlaku pembelotan dan ahli tim komando terbunuh, maka bermulalah konflik cerita.

Pencarian seorang komando yang melarikan diri cuba dijejaki oleh Biro Keselamatan Awam. Meski pun perempuan, bukan calang-calang orang juga mereka ini. Tugas berisiko ini digalas demi keselamatan negara. Ia membawa mereka ke utara tanah air menjejaki suspek.

Ah, sedap pula cendol yang Syira dan Nisrina makan tu. Pembaca dibawa ke Kedah menelusuri suasana kampung dan kawasan pergunungan Jerai, selain perlu peka dengan keadaan sekeliling.

Ketika membaca buku ini, baru sahaja berita memaparkan penangkapan terhadap beberapa orang pemimpin tertinggi angkatan tentera yang belot terhadap negara. Bagaikan kena pula dengan situasi yang dibaca. Sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana ia boleh berlaku dan pihak mana yang terlibat dalam menyelesaikan konflik begini.

Semoga pihak keselamatan negara terus cemerlang dan dipermudahkan urusan.
Profile Image for lysareading.
331 reviews43 followers
March 9, 2026
Sekarang dah faham kenapa ramai suka buku ni. Petra, Petra, Petra! What a mysterious man you are although it took you long enough to step out from your shadow but I did not disappointed. Puas hati baca, berbaloi duit saya habis untuk buku ni :p

Watak Petra ni umpama morally grey character. You might doubt him when it comes to justice and corruption. Why do I say that? Because at first glance, his actions speak for themselves. Ikut kepala sendiri, tak disiplin, dan kebanyakan anggota memang tak berkenan dengan perangai dia. However, no one can deny that Petra is “the best among the best” despite his ruthless reputation.

A natural born master sniper.

Kalau memang buku ni dijadikan sebagai permulaan satu kisah bersiri, maka Khianat memang introduction terbaik untuk watak Petra. It feels like tease tease gitu sebab memang tak puas lah ceritanya kan?! Semestinya nak tahu asal usul Petra dan kredibiliti dia sebagai seorang "master sniper". Jiwa merentan juga ni nak tahu cerita seterusnya. Menyesal pula baca laju-laju...

Btw, dekat Alor Setar sana kan, agak-agak wujud ke eh gerai cendol Encik Nahed tu? Terliur pula bila Syira dgn Nisrina tu pekena cendol sana 😋

Profile Image for fiy.
128 reviews3 followers
June 5, 2025
“Dunia kami hanya ada satu undang-undang ketika konflik tercetus. Bunuh atau dibunuh.”

Permulaan cerita yg Syira ditugaskan utk menjejaki rouge komando yg dipercayai telah berlaku khianat bersama Nisrina. Dalam misi tersebut, kedua-dua wanita ini telah berurusan dengan beberapa orang tentera utk menyelesaikan misi. Jalan cerita yg sangat smooth, saya seperti digam utk meneruskan pembacaan sehingga kata tamat. Persoalannya adakah betul org yg mereka buru itu mengkhianati?

Tak, cerita dia baca buku ni sebab nak tahu pasal Petra tu je. Banyak betul orang cerita pasal Petra tu. Petra tu begini, Petra tu begitu. Banyak versi betul yek☝🏻 Tapi sebab tajuk pun khianat jadi tekaanku mengenalah 🤣 expect ada plot twist yg wow tapi sbb dah boleh teka ada yg tak kena dari awal so teruskan pembacaan sebab nak tahu ending je. Tapi tulah smooth betul jalan penceritaan! Macam mana ending pengkhianat tu pun sukerrr, tersusun sangat jalan ceritanya

Tapi serius suka sangat dgn buku ni sbb rasa mcm masuk dalam dunia buku ni. Buku macam ni lah on top, buat saya rasa nak baca lagi & lagi. Walaupun ada skip jugak sebenarnya tapi tak mengganggu pun dgn skip tu 🤣 serius cakap baca buku ni macam tengok movie cuma sambil baca tu takde popcorn je. TOLONGLAH SESIAPA YANG ADA BUKU NI PERGI BACA SEKARANG! 🫵🏻

Sekarang ni ada dua benda yg tertanya siapa yek lelaki dari kor risik tu 🫣 satu lagi bila yek siri seterusnya akan muncul? Menarik betul nak tahu kisah hidup Petra yg seterusnya ni. Ke Petra berganding dgn lelaki misteri kor risik tu? If yes, I’m sold 🫵🏻😔

Personal rating: 4.8/5
Kurang 0.2 sebab dah boleh teka plot twist
Profile Image for Atiqah Ahmad.
235 reviews2 followers
October 4, 2025
Seksa betul nak menamatkan pembacaan bila kau terperangkap dalam reading slump yang berlarutan. But you know it's a good one when you're able to finish it without jumping to another book, mostly with totally a different genre.

Pace cerita yang laju, di mana aku dapat membayangkan setiap aksi pertarungan yang dihidangkan, berserta mimik² muka setiap watak sekali, persis menonton filem action thriller mat salleh. Plot twist yang tak kurang hebat, walaupun jauh di sudut sanubari ada terdetik siapa pengkhianat sebenarnya. Ia sedikit pun tidak menggoyahkan ritma pembacaan aku.

Grammatical or typing errors? Tak payah cari lah, rasanya memang takde langsung, hence deserve 5 solid ⭐. Tahniah kepada penulis, tak sabar nak follow rapat aksi kering Petra yang seterusnya, in shaa Allah. Teruskan berkarya!
Profile Image for Atirah Ghazali.
80 reviews2 followers
January 24, 2026
Cerita ni memang best dan padu.

Permulaan cerita disajikan dengan misi memburu Petra, seorang komando merangkap sniper, the best among the best yang dikatakan berpaling tadah dan membunuh ahli skuad sendiri demi duit. Syira dan Nisrina daripada Biro Keselamatan Awam ditugaskan untuk membantu siasatan dalam usaha menjejaki Petra. Bukan mudah untuk menjejaki Petra sementelah dia sendiri seorang yang professional dalam bidang tugas dia. Beberapa kali Petra hampir ditangkap namun dia asyik terlepas dan tiap kali itu juga pasti ada nyawa yang melayang. Boleh dikatakan tiap tempat yang Petra singgah pasti ada kematian.

Awal penceritaan memang jelas bahawa Petra seorang pembelot terutama bila diselidik sejarah silam Petra yang negatif dan bermasalah dari segi disiplin. Namun bila masuk ke pertengahan cerita buatkan kita mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa Sarjan Fuad merangkap bekas komander Petra nampak begitu nekad inginkan Petra mati. Syira juga mula berasa sangsi dengan kes tersebut apabila pihak ATM sendiri cuba menyembunyikan beberapa maklumat penting daripada mereka berdua. Dia mula bertindak menyiasat sendiri dan membawa mereka berdua kepada satu rahsia besar iaitu rahsia pengkhianatan yang sebenar.

Cerita ni memang penuh aksi dan tak bosan. Pace pun laju dan jalan cerita tak meleret. Highly recommended!
Profile Image for Muhammad.
26 reviews
May 23, 2025
bismillah.

masyallah tabarakallah kepada penulis kita ini. agak lama juga saya tidak membaca genre yang sebegini. karya karya beliau tidak menghampakan saya. jalan cerita kemas! fast pace! tersusun! teruskan perjuangan tuan! saya menunggu for your next karya!
Profile Image for sansuriya82.
147 reviews2 followers
June 18, 2026
⭐ Personal Rating: 4.8/5

Bila pertama kali membaca KHIANAT, perkara yang paling ketara ialah keberanian Ahmad Erhan membawa pembaca masuk ke dalam dunia operasi ketenteraan dan perisikan yang jarang disentuh secara mendalam dalam novel tempatan. Ini bukan sebuah cerita yang bergerak perlahan dengan terlalu banyak drama; sebaliknya, ia terus menolak pembaca ke tengah medan konflik, tembakan, pemburuan dan permainan strategi antara pihak yang memburu dengan individu yang diburu.

Kekuatan terbesar novel ini terletak pada babak aksinya. Setiap operasi dirasakan hidup dengan perincian yang meyakinkan. Penulis jelas membuat kajian mengenai dunia ketenteraan, penggunaan senjata dan cara pasukan khas bergerak. Babak serang hendap, pertempuran dan misi memburu musuh berjaya mencipta debaran seolah-olah pembaca sedang menonton filem aksi di layar besar.

Dari segi watak, Petra merupakan antara karakter yang paling meninggalkan kesan. Dia bukan sekadar antagonis biasa yang melakukan kejahatan tanpa sebab, tetapi seorang watak yang mempunyai kecerdikan, ketenangan dan sisi misteri yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang langkah seterusnya. Watak-watak seperti Syira, Nisrina dan Sarjan Fuad pula membawa keseimbangan kepada cerita melalui perjuangan mereka mempertahankan amanah dan maruah pasukan.

Namun, bagi pembaca yang lebih gemar novel dengan pembangunan emosi yang mendalam atau kisah percintaan yang kuat, KHIANAT mungkin terasa agak dingin. Fokus utama novel ini memang terarah kepada aksi dan konflik operasi, menyebabkan ruang untuk menyelami kehidupan peribadi sesetengah watak menjadi agak terhad. Ada beberapa bahagian yang bergerak sangat pantas sehingga pembaca mungkin memerlukan masa untuk mengingati semula nama watak dan peranan mereka.

Walaupun begitu, kelemahan tersebut tidak banyak menjejaskan pengalaman membaca. Jalan cerita yang pantas, konflik yang sentiasa berkembang dan elemen pengkhianatan yang menjadi tunjang utama membuatkan pembaca sentiasa mahu mengetahui kebenaran di sebalik setiap kejadian.

Secara keseluruhannya, KHIANAT adalah sebuah novel aksi thriller tempatan yang berjaya membuktikan bahawa karya Melayu juga mampu menghasilkan cerita bertaraf seperti filem aksi antarabangsa. Ia sesuai untuk pembaca yang sukakan ketegangan, operasi khas, konspirasi dan permainan psikologi antara pemburu dan mangsa.

✔ Kekuatan:
-Aksi yang sangat mendebarkan dan realistik
-Dunia ketenteraan yang terasa meyakinkan
-Antagonis yang kuat dan berkarisma
-Plot penuh kejutan serta pengkhianatan

✘ Kelemahan:
-Kurang ruang untuk perkembangan emosi beberapa watak
-Banyak watak dan istilah operasi yang memerlukan fokus tinggi

Kesimpulan:

KHIANAT bukan sekadar kisah tentang musuh di medan perang, tetapi tentang musuh yang lahir daripada kepercayaan yang dikhianati. Sebuah thriller aksi yang pantas, ganas dan sukar untuk dilepaskan.
Profile Image for HarryPotter17200.
1 review
November 16, 2025
Dalam novel Khianat ni awal2 lagi dah ingat watak Petra ni sebagai main antagonist tapi rupa2nya ada plot twist dekat climaxnya 😂

My opinion lah novel Khianat ni mengingatkan sy pada NCIS: Hawaii episode 7 pasal 4 ke 5 anggota marine yang ditembak mati dalam hutan dekat kaki gunung berapi di Big Island, Hawaii. Dalam kes tu mereka syak yang salah seorang dari anggota marine si Clint Osbourne namanya bertindak membunuh kawan2 dia dengan sengaja kiranya macam rouge lah siap ketua squad marine tu tolong pasukan NCIS lagi untuk tangkap Osbourne. Sebab mereka check yang Osbourne ni agak pendiam & tak suka bercampur sangat dengan ahli squad dia. Lepastu ada lah ahli pasukan NCIS ni datang ke nightclub yang anggota2 marine ni pernah pegi and then orang club tu mention yang ada pekerja club tu yang bernama Rebecca dah lama tak datang keje & mereka pun taktau ke mana keberadaan si Rebecca ni.

Then pasukan NCIS ni pegi lah dekat tempat kat mana squad marine tu tadi selalu berlatih ke berehat camtu. Siasat punya siasat ada dalam berapa kotak macam tu lah kat situ & bila pihak NCIS check kat bawah satu kotak ni mereka terjumpa mayat Rebecca yang dah dibalut dalam plastik. Lepastu bila dah dibawa mayat ke forensik dah dibedah siasat semua tu pihak forensik sahkan dna Osbourne tak ada pun dekat mayat Rebecca sebaliknya dna anggota2 marine yang ditembak mati tu termasuk dna ketua squad tu ada pada mayat.

Nak dipendekkan cerita lepas NCIS dah tangkap & soal siasat Osbourne, dia kata dia takde kena mengena dengan Rebecca. Then ketua squad tu pun datang katanya nak ambil semula si Osbourne tu. Lepastu, ketua NCIS pun terus spill the tea apa yang jadi waktu tu yang sebenarnya ketua squad marine dan semua anggota2 marine tu dah pun buat benda terkutuk pada Rebecca beramai ramai sebelum habiskan dia & buang mayat dia. Osbourne pulak taknak terlibat senang kata dia jadi saksi & dah warn si Rebecca tu pasal mereka jadi sebab tu lah mereka rancang nak habiskan Osbourne secepat mungkin. Kesudahannya NCIS dengan kerjasama pihak polis Hawaii pun terus tangkap & gari ketua squad marine tu. Osbourne pulak dijatuhkan hukuman jugak tapi disebabkan apa yang dia tu buat just untuk pertahanan diri dia, pihak NCIS pun akan try untuk ringankan hukuman yang dia dapat.

Apa sy boleh gambarkan persamaan dalam novel ni & episode NCIS: Hawaii tu adalah watak Petra ni lebih kurang macam anggota marine Clint Osbourne & watak Fuad & pasukan dia adalah ketua squad & anggota2 squad marine yang ditembak mati tu. Tapi bezanya novel Khianat ni pasal terima rasuah & episode NCIS: Hawaii tu pasal serangan gatal2 beramai pada seorang pekerja nightclub.

Apa saya nak kata lagi ialah novel ni memang 100% A++++ 👍👍👍 tak rugi beli dekat popular haritu.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
92 reviews
February 9, 2026
Koranggggg!!! Tolonglahhh baca novel ni sebab
✅ Fast paced - tiba-tiba je dah habis 😌
✅ 90% action
✅ Keindahan negeri Kedah/ loghat utagha (aihh rindunyaa!)
✅ Imagine commando jadi pengkhianat negara?
✅ Watak utama yang strong terutama sekali Petra 🔪

Pernah tak niat nak baca sikit-sikit, sekali sedar-sedar dah sampai halaman terakhir? Khianat buat saya jadi macam tu. Dari awal lagi, ceritanya bergerak laju dengan aksi yang kemas—serius rasa macam tengah tengok filem.

Latar kejadian novel ni kebanyakannya di negeri Kedah. Dari cara penulis gambarkan keindahan negeri Kedah yang menghijau, ada cendol sedap (santan fresh dari pokok kelapa yang ditanam sendiri 😆). Dari Pekan Rabu sampai ke gerai cendol, setiap tempat terasa hidup dan “dekat” dengan pembaca. Paling menarik, fokus cerita bukan sekadar pada si buruan, Petra, tapi pada penyiasatan Syira iaitu seorang pegawai Biro Keselamatan Awam dan bersama rakan seperjuangannya, Nisrina.

Petra hadir sebagai watak yang misteri: muncul sekejap-sekejap, cukup untuk buat kita tertanya dan nak tahu lebih. Saya dihidangkan dengan Petra yang bermasalah disiplin dan digambarkan sebagai watak yang sangat gilakan duit. Secara automatik memang dah tanam dalam kepala, Petra bukanlah watak utama kot? (Tapi macam tak mungkin lah kan?)

Gaya penceritaan penulis sangat jelas hasil research yang mendalam. Istilah, prosedur dan selok-belok pasukan keselamatan disampaikan dengan yakin tanpa buat cerita jadi berat. Teknik imbas kembali digunakan dengan smooth, membantu bina emosi dan pacing, terutama dalam menjejaki kebenaran di sebalik pengkhianatan yang dituduhkan.

“Apa kata… kita mulakan dengan operasi di sempadan dulu?”

Walaupun klimaksnya memang padu dan sukar dilepaskan, ada beberapa persoalan yang terasa masih tergantung. Terutamanya hal-hal berkaitan latar belakang Petra. Mungkin penulis nak sambung untuk siri yang kedua? 👻

Secara keseluruhan, Khianat ialah novel aksi-thriller yang fresh, bertenaga dan sangat visual. Watak-watak wanita digarap dengan meyakinkan, aksi terasa real, dan misteri Petra cukup kuat untuk buat pembaca menuntut sambungan.

Tolong lah penulis, kami memang perlukan buku seterusnya. Lebih Petra banyak sikit, please 🙏✌🏻
Profile Image for Kern.
46 reviews5 followers
June 5, 2026
Novel ini tentang pembelotan yang berlaku oleh salah seorang anggota dalam satu operasi di sempadan Malaysia-Thailand. Seterusnya adalah tentang penyiasatan yang dilakukan oleh Biro Keselamatan Awam bagi mencari kebenaran kes tersebut.

Awal pembacaan aku dah boleh bayangkan macam tengah tengok wayang ala2 Filem Jason Bourne. Bermula dengan pengkhianatan, kemudian penyiasatan oleh Syira dari Biro Keselamatan yang telah menemubual individu-individu yang mempunyai kaitan dengan pelaku, Petra Azamudin. Kaedah penceritaan penulis mengingatkan aku kepada novel Dia oleh Abdul Rahim Awang. Dalam novel tersebut, seorang wanita ditemui mati membawa kepada penyiasatan oleh seorang wartawan untuk mencari tahu tentang pembunuh sebenar. Setiap individu yang ditemuramah mempunyai cerita dari sudut pandang masing-masing yang kemudiannya membina kepercayaan pembaca tentang peristiwa yang berlaku.

Dalam novel Khianat ni, Syira menemubual anggota sepasukan yang terlibat dalam operasi, bekas jurulatih Petra, jiran sekampung dan bekas rakan satu tim. Setiap daripada mereka mempunyai pengalaman masing-masing bersama Petra dan inilah yang membentuk persepsi pembaca terhadap Petra. Latar tempat banyak berlaku di Alor Setar dan daerah sekitar seperti Yan, Merbok dan Sungai Petani. Maka lebih terasa dekat di hati sebab aku pun tinggal di Alor Setar. Memang boleh bayangkan tempat tu dengan jelas contohnya ketika Syira dan Rin cuba memerangkap pengintip mereka di Pekan Rabu membawa ke Kedah Shopping Centre. Kalau bukan berlaku di Kedah sekalipun, aku suka jika penulis menggambarkan sesuatu daerah dan kearifan setempat dengan teliti, dapatlah kita kembara seketika ke daerah tersebut.

Cuma aku rasa operasi di Filipina agak panjang dan babak dengan Petra tu sangat sedikit. Namun, secara keseluruhan dapatlah aku rasakan kehebatan dan kemahiran Petra yang bukan calang-calang. Calling for penulis untuk hadirkan francais Petra Azamudin selepas ini. I like that name lah.

Ps: Lepas turun Tanjung Jaga, dekat simpang tiga tu kalau belok kanan ke Tanjung Dawai, belok kiri yang ke Merbok. (^__^)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
74 reviews1 follower
December 8, 2025
Spoiler alert!
.
.
Jalan cerita sangat memuaskan hati. Cerita ni sebenarnya boleh je habis awal, tapi being me ~ as usual, I will drag cerita ni sehabis baik kalau best. Dah la tak ada sambungan, nanti terimbau-imbau. Awal-awal lagi dah rasa mencurigakan. Dia macam kalau dalam scene CSI, it is too perfect atau the alibi is so strong. From that moment, setiap tingkah laku akan ku ikuti bagaikan bayang-bayang hahaha. Tapi untuk watak utama ni rasa agak slow sebagai penyiasat, dia punya deria ke enam tu agak slow. Kawan dia laju, layak la sebagai ‘bodyguard’ untuk mengesan ancaman. Paling suka dia tidur tapi dalam masa yang sama masih berjaga-jaga 👀.

Cerita ini macam ada banyak lapis (macam pengkhianatan dalam pengkhianatan) tapi penulis sentuh satu lapis je… (huhuhu i was expecting more ~ prequel maybe). Ini betul-betul ‘Don’t judge the book by its cover’ nanti kau rasa huhu..Nanti ber-huhu 😩 la sampai ke sudah. Penulis pun cerita pasal makanan tak bertapi… sambil baca sambil terliur. Cendol la, gulai rebung la, aish kesabaran tau dak. Dah satu keje nak cari makanan tu pulak.

But the ending, rasa terhibur… sebab boleh ehhh lepas semua aksi yang terjadi baru nak tutup cerita yang tergantung. If selesaikan, tak perlu dah hunting dekat rumah tu and call barua tu.. ini tidak cerita sekerat sambung selepas aksi… Lawak² 😸 Terhibur.

Saya akan menanti buku seterusnya hasil penulis ni. #firsttime dengan karya penulis tapi boleh masuk.

KarangkrafReadingChallenge #resensibuku #krcchallenge #dalizatimembaca #dalizatireads #dalizatispace #negara #askar #khianat
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
598 reviews13 followers
August 9, 2025
📚 Ulasan Buku Khianat – Ahman Erhan

Best! 😍 Ini buku kedua dari penulis yang aku baca selepas Tempur. Tempur dulu kisah pembunuh kejam yang terpedaya dengan permainan orang yang mencatur hidupnya. Kali ini pula, Khianat memang betul-betul mengangkat tema khianat mengkhianati.

Siapa sebenarnya yang berkhianat?
Siapa yang bawa cerita sebenar?
Adakah segala persoalan akan terungkai?

Kalau dah habis baca, aku boleh kata cerita kali ini lebih kepada memperkenalkan siapa Petra — komando yang berpaling tadah?! Sanggup mengkhianati skuad demi wang. Misi kali ini diusahakan oleh dua wakil Biro Keselamatan untuk menyiasat kebenaran.


---

✨ Apa yang menarik?

Plot penuh fighting, shooting dan aksi di pelbagai lokasi — hutan, rumah setinggan, semuanya penuh adrenaline.

Buku ini memang action + thriller yang kebaboom.

Banyak adegan kejar-mengejar penjenayah yang dikehendaki.

Watak Syira dan Nisrina yang asalnya orang pejabat, tiba-tiba dibawa ke dunia perisikan dan tembak-menembak. Nasihat aku, kalau masuk dunia macam ni… harap jangan menyusahkan orang lain. 🤣

Aku suka part kita ‘jalan-jalan’ ke negeri Kedah. Semua makanan yang aku rindui digambarkan, buat aku terbayang dan terus cari!

Penulis bijak menjelaskan suasana dan persekitaran, sampai terasa macam kita pun ada sekali dalam dunia Khianat.

Baca buku ni memang tak sempat nak relax, tambah-tambah bila part berperang… tengah syok tiba-tiba masuk iklan! Jahat betul penulis, memang nakal. 🫩



---

Persoalannya…
Berjayakah mereka merungkai segala misteri pengkhianatan Petra?

Aku sokong penuh siri yang penulis rancang. Buku-buku anda memang layak dibaca berulang kali. Amazing!
Profile Image for Nadiaasafri.
31 reviews1 follower
February 10, 2026
My first Malay novel bertemakan thriller dan aksi. Saya sejujurnya agak terkejut tengok buku-buku melayu yang agak tebal dan berat. Jarang baca buku yang sampai 500 m/s. Mungkin sebab font dia agak besar.

Kisah tentang komando yang telah mengkhianati negara. Pelbagai pihak seperti polis, angkatan tentera malaysia dan biro keselamatan negara cuba untuk menumpaskan pembelot ni.

Anyway, review saya

1. Memandangkan ini kali pertama membaca cerita yang ada unsur pertempuran, perkataan-perkataan asing atau lama saya tak dengar macam “topografi, raifal”. It’s like testing my spelling skills hehe.
2. Dua karakter wanita yang memainkan peranan yang penting dari sudut siasatan bagi saya boleh nampak how people stereotype women just because the majority are men in detektif jobs gitu. Tak adil tapi itulah realiti kan?
3. Secara keseluruhan saya start untuk engage with the book (yang nak teruskan pembacaan jeee), scene throwback mission di Filipina. It was nerve-wrecking, rasa macam boleh bayang visually.
Profile Image for Vida Ariff.
171 reviews
May 28, 2026
Buku yang aku tak senang duduk selagi tak habis baca. Rasa ingin tahu nak tahu 'apa jadi lepas ni' tu, memang mengalir deras sepanjang waktu membaca.

Mengambil Kedah sebagai lokasi majoriti dalam buku ini, kita seolah-olah dibawa sekali mengembara dalam pemburuan Petra, seorang anggota komando yang dilabel bahaya atas jenayah yang dilakukannya. Syira dan Nisrina cuba menjejaknya berdasarkan maklumat dan petunjuk, dengan kerjasama Sarjan Fuad.

Pun begitu, 'kerjasama' itu dirasakan janggal dan ada sesuatu yang tidak kena. Syira dan Nisrina dapat menghidu ada sesuatu yang disembunyikan.

Siapa Petra sebenarnya? Semakin banyak maklumat yang Syira dan Nisrina gali, semakin banyak persoalan yang timbul. Siapa yang jahat sebenarnya dalam cerita ini?

Pengakhiran yang mencetus rasa mahukan lebih lagi cerita daripada watak Petra.
Profile Image for Elle Houri.
104 reviews1 follower
June 22, 2025
Seriously best! Tak sangka sy boleh minat dengan genre baru lepas baca novel ni. Memang susah nak letak lepas baca buku ni. Flash back dia tak mengelirukan. Aksi dia macam tengok dalam movie. Watak-watak semua pun menarik. Walaupun dah agak ada plot twist tapi saya tetap nak tahu apa kesudahan cerita ni. Berjaya habiskan dalam 1 stgh hari je sebab nak tau sangat kesudahannya.

Sy harap penulis teruskan lagi novel macam ni. Nak juga tahu misi-misi yang lain secara terperinci. Ataupun ceritakan POV dari Petra pula. Nak tahu sangat apa yg Petra buat masa misi Lanun Sulu tu. Mesti cool gila.

Tahniah penulis! Kalau ada kisah bersiri, saya pasti akan beli lepas ni. Can't wait for your next novel.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lvndrblue.
35 reviews
December 3, 2025
PADAT!

Satu perkataan yang boleh diberikan kepada buku ini.

Padat dengan aksi. Tiada satu helaian pun terasa bosan ketika membaca. Setiap penceritaan dikembangkan dengan begitu baik. Penulis berjaya mengekalkan momentum cerita tanpa leret. Setiap helaian memancing pembaca untuk membaca dan membaca lagi.

Watak Petra, walaupun tidak banyak dialognya, namun meninggalkan impak dalam penceritaan. Begitu juga dengan watak Syira dan Nisrina yang begitu professional dan kompeten dalam bidang tugas masing-masing.

Untuk beberapa babak yang tidak ditutup, diharapkan penulis dapat menyambung cerita ini dalam siri seterusnya. Terutama tambahan kepada watak Petra!!

Anyway, m/s 327 paling goosebumps!!!
Profile Image for SN Fatihah.
14 reviews1 follower
June 3, 2025
Pernah dengar istilah baca buku macam tonton filem?

Ini gambaran yang tepat apabila membaca kisah penyiasatan Syira & Nisrina dalam novel thriller aksi Khianat.

Gaya penulisan Ahmad Erhan membuatkan kita seolah-olah menjadi watak yang berada dalam setiap babak. Seperti bersama Syira & Nisrina di Pekan Rabu, di gerai cendol dan dalam setiap perjalanan menjejak langkah si pengkhianat.

Novel ini dibaca dalam masa sehari saja kerana pacenya terlalu laju, aksinya kemas dan terasa sayang jika terlepas setiap bait perkataan.

Tahniah buat penulis. Saya nantikan karya sambungan. Dengar kata ini buku pertama dalam siri.
Profile Image for Salwa Suhaili.
10 reviews
February 10, 2026
Dalam negara tengah ada skandal pihak atasan tentera, novel ni memberi sedikit 'ubat' untuk merawat cela yang terpalit.

Novel KHIANAT ni memberi gambaran realiti tak semua tentera itu pembelot kepada negara.

Plot twist, penuh debaran dan rasa tak ada tempat untuk pause bacaan. Adore sangat dengan tempat persembunyian Petra yang berhampiran dengan rumahnya.

Dapat bayangkan betapa getirnya tugas seorang Komando. Tak ada jaminan untuk diselamatkan oleh kerajaan sekiranya tertangkap dalam sebarang misi rahsia di sempadan negara.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews