Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kaisar

Rate this book
“Niat aku hanya sekadar
menjagamu. Tidak lebih dari itu.”
- Hayden Fayyad

Selepas abangnya dibunuh dalam suatu letupan misteri. Hayden Fayyad diutuskan oleh ayahnya, Kaisar—gelaran kepada ketua keluarga mafia yang menguasai bandaraya Obsidia — untuk menjalankan satu misi rahsia. Hayden diperintahkan menjadi secret bodyguard kepada seorang gadis bernama Mikayla, yang dipercayai mangsa pembunuhan seterusnya.

Mikayla Ayaz adalah seorang ustazah yang tinggal di sebuah kampung terpencil dan tertutup dari dunia luar. Hayden terpaksa menyamar sebagai ustaz agar dapat mendekati Mikayla tanpa menimbulkan syak. Dalam usahanya, dia berdepan dengan persoalan: mengapa Mikayla boleh terlibat dalam konflik ini, dan mampukah dia mencari dalang di sebalik kematian abangnya?

“KAISAR” mengisahkan bagaimana dua
sosok yang lahir dalam dunia yang berbeza,
lalu melakarkan romansa di tengah
konflik antara agama dan kuasa.

436 pages, Paperback

Published May 1, 2025

114 people are currently reading
827 people want to read

About the author

Jiwa

9 books98 followers
Mustaqim Jiwa, atau lebih dikenali dengan nama pena JIWA, ialah penulis bestseller kelahiran Singapura yang menulis merentas pelbagai genre. Di bawah nama pena Serban Putih, beliau menghasilkan karya-karya spiritual, di samping menulis puisi dan buku kata-kata penyembuh jiwa (self-healing).

Beliau merupakan anak kepada Ahmad Md Tahir, seorang penyair Singapura, dan Azihan Mahmud. Latar keluarga yang dekat dengan dunia sastera menjadikan Jiwa tidak asing dalam dunia penulisan sejak kecil.

Selain menulis, Jiwa juga pernah mempelajari bidang perfileman (cinematography), yang memperkenalkannya kepada dunia visual dan menjadikannya jatuh cinta pada seni filem dan storytelling. Minatnya terhadap sinema memperkaya naratif dan gaya penceritaannya, menjadikan karya-karyanya bukan sahaja bersifat puitis tetapi juga visual dan sinematik.

Kini, Jiwa berperanan sebagai Creative Director di Nukilan Biruni Publication, di mana beliau terlibat dalam pembangunan karya kreatif untuk buku-buku terkenal seperti Tulisan (Daiyan Trisha), Azzamine, dan Rumah Untuk Alie.

Pada tahun 2017, beliau dipilih sebagai wakil MASTERA Singapura dalam bidang puisi ke Bogor, di bawah bimbingan penyair Indonesia tersohor, Joko Pinurbo. Buku puisinya, Teruntuk Langit yang Bercanda, telah menerima Anugerah Buku Sastera MABOPA 2023.

Pada tahun 2025, beliau buat pertama kali menerbitkan novel sulungnya berjudul KAISAR—sebuah karya fantasi romansa yang mengisahkan dua sosok dari dua dunia yang berbeza. KAISAR mendapat sambutan luar biasa dan segera menjadi antara novel terlaris, menandakan kejayaan besar dalam debut sasteranya di dunia fiksyen naratif.

Di pesta buku, Jiwa sering menyediakan ruang curhat dengan menaip mesej positif menggunakan mesin taip klasik, membalas setiap curhat yang dikongsikan pembaca dengan kata-kata yang menyentuh hati.

Bagi Jiwa, kata-kata yang sederhana—asal sahaja jujur dan tulus—sudah cukup untuk mewakili perasaan pembaca dan mewujudkan makna yang mendalam.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
243 (52%)
4 stars
113 (24%)
3 stars
71 (15%)
2 stars
19 (4%)
1 star
18 (3%)
Displaying 1 - 30 of 122 reviews
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
Read
July 28, 2025
I.... Hmmm... Banyaknya benda nak cakap.


Let us start with what I like from this book:

1) Ilustration, bukunya cantik sungguh. Hayden dan Mikayla antara faktor terbesar saya berminat nak baca buku ni, cantik ya ampun! Kitanya pulak suka hero and heroin cantik ni, nampak pulak dekat MPH office figura diaorang berdua lagilah rasa berkobar nak baca.

2) The idea. Buku ni gabungan dystopian dan fantasi, makanya sebagai pembaca yang suka berimaginasi, haruslah saya FOMO kalau tak baca buku ini.

3) Marketing. Marketing buku ni padu babe. Tak tipu lah, sampai saya hampir beratur panjang macam snake tu dekat reruai Nukilan Biruni PBAKL 2025, tapi saya tahankan hati dan akhirnya saya pergi berlari ke MPH untuk reserved buku ni bila dapat tahu buku ni dah masuk physical bookstore.

Tapiiiiii, ARGHHHHHHHHHH.

Whyyyyy, whyyyy did this book betray my heart? And my expectation T_T

1) Gaya penulisan terlampau direct sampai saya tak cukup mendalami karakter yang ada dalam buku Kaisar ni. Terlampau monoton, takde eloberation, takde monolog. Bahasa tubuh tak menonjol untuk saya bayangkan kesengsaraan, ketegangan, kesedihan yang berlaku dalam jiwa karakter yang sedang menghadapi kesemua di atas.

2) Saya tak faham coorelation watak Mikayla dan kerjaya dia sebagai seorang ustazah. Seorang ustazah. Banyak kali saya cakap:- Pooja, what is this behaviour? (harap fahamlah ya pop reference ni) Like, whyyyy? Wae did she act like this, self-centered girl, a very ego ustazah and pleaseeeee, degil. If penulis nak tunjuk she a very strong woman, tak semestinya heroin perlu berpelakuan yang saya sebutkan, kelembutan kalau diletakkan pada tempat yang betul semestinya akan tonjolkan watak seorang srikandi yang kuat dan hebat.

And again, saya mention ustazah ya, kita kena faham ustazah dan ustaz ni dalam institusi akademik tempatnya teratas sekali, cikgu bahasa, cikgu sains semuanya seiring tapi guru agama ni dalam masyarakat takhtanya no 1. Makanya bila saya nampak watak Mikayla ni self-centered, degil, ego and ya Allah kenapa akhir-akhir tu dia perlu macam tu? Dia ustazah wehhhh. The audacity to say 'spoiler ahead'

"Saya ikut sahaja, my Kaisar." even before getting married, ya Allah.



3) Hayden. Erghhh, you are not cool. Not even a little. Please help me.

4) The tatabahasa, the writing, is all messy. Geramnya akuhhhh, ialah dengan adalah banyak kesalahan tempatnya. Ya Rabbi, ni basic tau. And as I say previously, buku ni genre dystopian dan fantasi, mestilah kita nak banyak penceritaan yang boleh buka imaginasi dan minda, tapi penulis terlampau tekankan ayat bermadah dan berpuitis, sampai lupa nak streghten the core of the story.

5) Please, kenapa cakap buku ni Islamic? Saya sedih lah. Sedih tau, tak baik buat pembaca macam ni. Claiming a book as an Islamic genre ni, tanggungjawabnya besar. Penulis terlampau nak menonjolkan cita-cita nak menyatukan dunia mafia dan agama ni sampai lupa nak didik pembaca tentang agama, tentang tauhid, aqidah, purification of heart.

6) Belajar agama dalam masa yang singkat? Ini biarlah saya serahkan kepada Tuhan, sebagaimana para ulama menuntut ilmu bertahun lamanya untuk menjadi seorang yang layak digelar ustaz. Seperti yang saya cakap sebelum ni, ustaz ni dalam institusi pendidikan, letaknya no 1

Banyak lagi saya nak kupas tapi saya serahkan tugas kupasan seterusnya kepada pembaca lain pula. Idea buku ini sebenarnya bagus, saya sukakannya tetapi penulis tak berjaya nak buatkan saya teruja. Maka saya akhiri semua ini dengan kekecewaan terdalam. ⭐⭐
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books15 followers
August 4, 2025
Illustrasi dan perancangan marketing yang bagus merupakan antara kenapa novel Kaisar ini boleh dapat hype yang sangat tinggi. Tahniah, bukan mudah untuk createkan hype supaya pembaca nampak novel ini dalam ribuan pilihan novel-novel yang lain.

Akan tetapi, I have to rate satu bintang kerana execution cerita yang sangat lemah dan seperti tidak mempercayai kemampuan pembaca untuk berfikir secara keseluruhan. Jalan cerita yang mendatar dan karakter yang banyak melakukan perkara yang "tibehhh".

I bought this copy masa PBAKL, just to read it secara santai dan stress free. A mafia with a woman yang kuat agama? Interesting theme. Me loving a good bad boy character could never skip this kinda story. Rupa-rupanya I got even more stressed out sebab pengolahan naratif yang berulang-ulang kali memaksa untuk pembaca ingat bertapa karakter-karakter ini digeruni ramai. But me as pembaca found no reason to be afraid of them.

Why is this book giving me a headache?
- Terlalu banyak typos : I could turn a blind eye kalau hanya ada 2-3 typos. Tapi typos dalam Kaisar terlalu banyak sampai I dah tak mampu nak kira. Also, repeating sentence. Ada pengulangan perenggan yang sama seolah-olah tiada semakan dibuat sebelum mencetak. Untuk harga buku setinggi itu, kejadian seperti ini tak patut berlaku. Harapnya cetakan lain dapat disemak sebelum sampai ke tangan pembaca.

- Penggunaan footnote dan glosari yang tidak perlu : Most of the time, it was already explained in the sentence itself. Jadi untuk pembaca merujuk footnote semula sebenarnya tidak perlu. Pembaca boleh faham sendiri apa maksud perkataan-perkataan yang baru diperkenalkan. Some of them menggunakan perkataan english seperti contoh, "Assasin" yang di berikan penerangan pada footnote. Sedangkan penggunaan "Pembunuh Upahan" boleh digunakan sebagai ganti.

- Kata nama am/Kata ganti nama diri yang tidak standardize : Sekejap Fayyad Castle, sekejap Castle, kemudian Fayyad Castle semula. Dialog yang sekejap aku, sekejap saya. Sekejap Kayla, sekejap Mikayla. Perlu disemak semula cara karakter-karakter ini bercakap dan naratif yang ditulis. Semak juga penggunaan em dash yang melampau.

- Villain yang kurang perancangan :

Usaha untuk menulis sesuatu yang baik itu ada, tetapi tidak cukup. Harapnya penulis boleh improve lagi gaya bercerita. Percaya bahawa pembaca boleh menilai sendiri buruk baik sesuatu tindakan. Berikan ruang untuk pembaca sendiri merasa gerun dengan tindakan kejam dan keji sebuah keluarga mafia yang tidak hidup dengan aturan yang ditetapkan.
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
June 8, 2025
3.8/5🌟

this is solely my personal opinion, you can agree disagree with me. theres part i love and theres part i was like erk just why

honestly the marketing is succeed, holyairball it did convince me. marketing can make or break a book’s first impression, and clearly this team nailed it💥 from tiktok edits to visuals and that whole mysterious and compelling vibe, it sounds like they really knew their audience. this kind of effort deserves credit👏🏻👏🏻👏🏻

now lets dive a bit into the plot. at first i agak skeptical dengan tema begini but i dont want to judge before i read. however even after i finished reading this whole story, the combination of mafia and Islam specifically putting the term ustaz in the same sentence, just didnt sit right with me. i get the idea of hes forced to pretend to be an ustaz because the kampung doesnt trust outsiders. but couldnt he have just disguised himself as someone wanting to learn about religion? that still fits the logic, especially in a city like Obsidia where religion is almost dead.

The title ustaz carries weight tho. its not something you can just casually slap on for plot convenience. and this isnt even about being overly sensitive, its about maintaining credibility in storytelling. that role has deep cultural and religious significance, and even in fiction, it shouldnt be used too lightly. i believe a more thoughtful approach couldve achieved the same plot purpose without compromising that value. i read the author's explanation where he said, Hayden is just non practicing muslim, he didnt kill people just coming from mafia background. Hayden did getting the punishment for his wrong objective but it still didnt change the fact he pretend to be ustaz coming from that kind of background. entah la i serius rasa tak kena🥲

aside of that, i found this book didnt dissapoint me. though i did find some build up moments a little dry and definitely couldve been stronger. the writing style was readable and digestible for me. i just wish some character reveals weren't given away too early cuz it kind of killed the thrill.. bila semua benda disuap terlalu awal ni jadi tak adventure dah but still penyampaian cerita masih buat i hooked nak baca sampai habis

for a male author making strong female lead character THANKYOU SO MUCH🫡🫡🫡 Mikayla Ayaz the woman you are! cara penulis buat watak Mikayla ni tak lembik, ada ciri ciri srikandi, menjaga maruah diri sampaikan orang sekeliling semua hormat dia sebagai seorang wanita dan penyampai ilmu. i love when someone sedarkan Mikayla how she always act hollier than thou mcm dia la terpaling agama terpaling baik. that was so real, and we love a character who gets humbled and grows from it. even Hayden pon ada character development walaupon watak dia tak menarik sangat. Nampak watak dia hidup time dia bagi tactical plan tu je

hence love jugak scene war and tactical. the build up dekat sini nice gila. tak senang habis mcm tu je. sebab selalu sangat kecewa dengan scene fighting cam aik gitu je lah mudah habisnya ponn hahshhshs. theres points, not rushed or resolved too easily. the dynamic between Mikayla dan Hayden where romance dia light je tak cringe THANK GOD for the subtle romance. i love the last scene where Mikayla standing firm with her decision. we stan bold woman😭🫶🏻

overall, this book is okay okay aja in a good way, ambik yang baik. if you enjoy than good for you, kalau tak enjoy pon its valid everyone has their own taste
Profile Image for fadhilahzulkefli.
61 reviews1 follower
June 16, 2025
Yang best pasal buku ni:
Marketing bagus, dengan illustration of the caharacters, cover buku cantik. Tapi, itu je lah. Sekadar cantik.

Yang tak best pasal buku ni:
Seorang mafia lepastu berlakon jadi ustaz? Tak pernah solat atau baca quran, tiba-tiba boleh yakinkan satu kampung yg dia pro dalam agama? MENGARUT. Jalan cerita mendatar, takde apa yang exciting pun bila baca. Dah boleh agak siapa villain. Buku ni rasanya lebih sesuai untuk budak sekolah. Kalau untuk orang yang 20an baca, rasa cringe.
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
August 11, 2025
3 stars - 12 Aug

F knew it when Freread this book, F just felt "meh".

F tertanya² how on earth F gave this one 4 stars back then… was I delusional or was my brain on standby mode at the time? 🙄😅

Karya ini agak mendatar. Hayden datang ke Mikayla’s life to protect her after he failed to protect his brother’s family. Hayden ni bongsu, he felt pressured since it was always his brother who handled things before.

The “sparks” between them? Ermmm felt like it was just Mikayla who was head over heels for Hayden. Hayden said their worlds were different. Tu yang F cakap Mikayla was the only one terkinja²... Hayden didn’t even invite her to come along when he left 🙈

Ada special chapter - this one also F questioned why tak masukkan sekali masa release Kaisar.. why must ada special chapter.

Lama² F fedup dengan karya yang cliffhanger

4 stars - 13 Jun

Cliffhanger ke karya ini? What happened to Damien and Viktor?

F takda idea about Jiwa's latest book either. In fact I don't know pasal penulis ni. Adik² readers dalam group kept talking about it, telling everyone to buy Kaisar.. join the battle.

F kan selalu curious. I bukan fomo. But more ke curios.. F nak tahu penulisan Jiwa. Gigih battle sampai gigil². Menyampah F 🤪😅

The story’s quite havoc too pasal mafia guy and an ustazah. Before release, biasalah ada drama kat thread... making a fuss about it.

Bila F baca kan... takdalah more ke mafia sebab Hayden ni anak mafia. F mana minat cerita mafia but this one exceptional. My imagination cuma pasal a story about a guy who just wanted to protect a girl from danger. Cliche kan 😄

Plot cerita fast-paced. Korang boleh baca in one sitting. Confirm habis. F suka author’s writing style. 💙

F suka jugak babak tempuran. Rasa sebak dan proud. Hope penulis boleh habiskan cerita Kaisar ni.

Yelah Viktor tu kan tikus makmal.. bila dia nak kena tangkap? Mikayla dah left kampung Nurul Asror, adakah she will be next Queen? Tempat Hayden Obsidia adakah will be Islamic place? Some questions were left unanswered.

ps : bookmark Kaisar more like a slip of paper than a standard bookmark
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
August 17, 2025
The good:
1. Illustrations berwarna yang sangat cantik. Book jacket and cover pun warna sangat terang.

2. Font size just nice tak terlalu kecil atau besar.

3. Konsep yang menarik dan marketing yang sangat berjaya.


Kenapa I tak suka?
1. Boring sesangat. I dah cuba banyak kali untuk teruskan pembacaan and I rasa terseksa. Mood membaca I merundum. It’s like flat je and just going with the flow with no excitement & shock factor.
Mula-mula dah tau siapa orang jahat tu & agenda dia.

2. Endless typos. Setiap bab ada typo sampai perkataan tu hilang from the sentence tak complete, repeated words, etc. Kalau self-publish faham lah kita bagi chance but ini under publisher yunk and tak murah wei. Maaf, ini memang eyesore for me sebab bukan sikit typos tu, byk dong.

3. Mafia. I am annoyed. Hyped and marketed as mafia. Aduh! Maaf nak tanya, ada buat research tak about what is actually mafia? Takde rasa mafia langsung, and the watak laki utama is like so cringe. The way he speaks, the way he thinks and the way he acts termasuk Kaisar and kumpulan mafia yang lain. The whole thing takde real mafia feel. The feeling I dapat bila baca, Hayden bagi I impression of “I am not a boy anymore, but yet I’m still not a man”. Faham? Entahlah, the core meaning of mafia is related to organized crime, violence, drug trafficking, illegal activities, groups that move in secret in their own dark world. Jadi Islamic version of mafia, macam tak betul. Perlu ke hype as mafia? I rasa Kaisar is not ya.

4. The fact that Hayden tak pernah solat dan ikut ajaran Islam but can undercover as ustaz for so long but no one suspected? Tak ada logik.

Lately dapat tahu ada special chapter, and kena beli. Mak aiii…why tak buat mcm indo, semua extra or special chapters free utk readers yang beli novel.

Malaysia authors nie tak. Sikit sikit tambah special chapters/epilogue, kena beli. Whyyyyy???

Nasib baik I tak minat. Jimat duit I.
Profile Image for Anna Lorai.
78 reviews
August 17, 2025
DNF'ed at 25%

Sorry, I really tried. I can't. 🧍🏻‍♀️The plot might be good if I continued, but I don't wanna keep getting my hopes up. My fault for falling into the popular booktok stuff lol

I can understand there's Islamic aspect to the book, but you can't say that they're "Mafia" if you make them into the rich CEO type of vibe without the blood, the guns, the killings, the abuse, etc. Maybe I've been exposed to a lot of dark stuff. Maybe that's the problem.

I don't know much about Mafia in real life. But being humane is far from it. This is a book being told to have religious aspect, enemies to lovers trope, possessive MMC and strong FMC, and "Oh! He's a mafia." That's not interesting enough, at least not for me. It's just rich people doing illegal businesses that doesn't affect people's lives.

Also, Walmart version of Sylus (lmao)—Vendetta. The dumbest villain I've ever read. The fact that he let Fayyad's right-hand man go after the guy hesitated to continue helping him, baffled me. A real mafia—heck, a real vengeful person, with a gun, if it was me, would tell the guy, "Yeah, you can go," and when the guy turns, I would shoot his head off. A real villain doesn't take chances. That part pissed me off so bad. 🤣

Anyways, just my opinion. Not for me. 💃
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
July 26, 2025
my personal ranking 1.5/ 5..

tuh pun sbb novel dia cantik.. plus ada gambar² lawa.. kalau nk bg ranking soal jalan cerita.. OUT!.. sorry.. not my taste..

jalan cerita.. olahan cerita.. mendatar gila ah.. jujur menyesal beli 😅 dah la mahal.. beli dgn hrga rm45 kot.. masa dekat pbakl.. FOMO pnya pasal beli tnpa ada review..
#Menyesal

tak tahu utk org lain.. but for me.. sendu yg amat..

mana ntah logik seketul mafia sndu yg amat tang gituh..mana ntah vibe mafia nya.. kosong.. tak ada..

ntah mcm mana nk terangkan.. yg pasti this one hype sbb promotion dia je. Kalau berbahas soal jalan cerita. None..out. cannot go.. baca skip langkau utk hbskan sebijik ni.. plus akn ada smbngan 2nd book.. tp tuh la.. cheq x beli dah. CUKUP!.

1.5/5 tuh dah d kira tinggi dah tuh.. kalau bukan sbb novel dia cantik dah xder ranking tuh 🤣🤣

not so rekomanded.. but if u r FOMO d persilakan beli.. Bye!!!
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
June 28, 2025
Best, fast paced cuma tak berapa boleh terima konsep mafia-ustaz-bodyguard-cinta dua dunia. Too sudden to digest. Plus cliffhanger. Lain orang lain pendapat dan penerimaan. Other than that, effort utk buku ni sangatlah 💯 dari muka depan buku, ilustrasi berwarna, pc, book jacket dll. Lebih banyak karya fantasi daripada Jiwa lepas ni, who knows ?
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 1, 2025
My thoughts?

1. Actually aku gamble je baca buku ni sebab tengok ada mixed reviews. Ada yang suka, ada yang tak. Tapi sebab aku dah baca preview sebelum ni dan rasa best, aku start baca je. I'm glad I did. I like this book. Best kut. Berbaloi dengan marketing yang kaw2.

2. Aku suka gaya penulisan penulis. Tak terlalu santai dan tak juga terlalu rigid. Storyline dan plot pun smooth, ringkas dan pantas, tak draggy, tak buat kau bosan. Typo aku jumpa dalam 2 huruf je kalau tak silap. Paling best banyak illustrasi dalam buku ni weh. Setakat ni Nirnama je juara buku ada illustrasi. 

3. Aku suka gila watak Hayden. Anak mafia tapi baik gila. Contradict dengan as mafia should be haha. Yela, tak dingin, tak arrogant, kaki perempuan pun bukan. Tak ada perangai tak semengah pun. Dah la handsome, semua skill ada, bijak serba serbi. Very loyal to his father pulak tu. Fuhh

4. Dah tengok villain buku ni? Aku memang jatuh cinta terguling2 dah dengan Vendetta. He's exactly like the White Rabbit in Devil May Cry. Reason dia valid. I am on his side in this haha.

4. I didn't see the plot twist on page 103 coming at all 🤯

5. Aku suka gila masa Hayden undercover jadi ustaz tu haha. Nasib naik ada partner in crime dia yang paling function, Hael the life saviour. 

6. Scene favourite aku? 1st masa Mikayla bagi test kat Hayden sebelum diterima masuk kampung Nurul Asror. 2nd masa last battle dengan Vendetta. For Narnia!!! Eh silap For Asror!!!

7. Cuma satu je yang aku tak puas hati. I couldn't sense any chemistry between Hayden and Mikayla. It feels flat, there's no spark in their relationship. Masa bila diorang start fall for each other tak jelas.Aku tak boleh nak ship diorang. Bagi aku buku ni lagi sesuai jadi action fantasy instead of romantasy.

8. Tapikan, ada benda yang tak settle lagi dalam buku ni. Traitor dalam Fayyad family diorang belum discover. Takkan lepas macam tu je? Ada sambung ke nanti? 🤔
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
September 28, 2025
Saya baca novel ini atas saranan anak murid. Novel ini tiada adegan karut-marut antara lelaki dan perempuan. Bahasa pun elok. Ada carutan tetapi di censor. Sesuai untuk remaja. Tetapi untuk saya selaku mak, isteri dan guru; saya bagi 2/5 bintang.

Dunianya menarik tetapi saya kurang berminat dengan kisah dunia mafia. Mafia ni zalim. Macam jenayah di Mexico yang mencabul wanita, jadikan hamba dan lain-lain. Jadi, saya tak berkenan dengan tema romanticize mafia dan 'perempuan berjaya mengubah orang jahat'. Tidak semudah itu.

Tambahan lagi, saya rasa macam tak logik Hayden boleh menguasai agama dalam masa yang singkat untuk mengaburi kampung Mikayla. Seperti mana pendapat pembaca yang lain, lebih baik sekiranya watak Hayden ditukar kepada watak seorang pendosa yang berhijrah ke kampung Mikayla untuk mempelajari agama. Lebih mudah untuk masuk ke kampung Mikayla dan menipu penduduk di sana.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
78 reviews21 followers
Read
August 21, 2025
DNF when he goes & impersonates as ustaz. I'd prefer his bodyguard to do that instead of the ml who is supposed to be a mafia's son, yang hampir tiada didikan agama. Belajar agama ni bukan sesenang itu ye.
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
September 22, 2025
2.5 ⭐️

ye berjaya habiskan haha 😊

firstly saya redeem voucher mysiswa so takdelah rasa bazir sangat. permulaan cerita, ya allah rasa macam tak make sense langsung? cringe pun satu. banyak gila typo, sekejap Ayahnya, sekejap ayahnya. weh .. kalau dalam dialog ayahnya tu huruf kecil. pelik lah mana editor buku ni?

second, saya tak tahu life as mafia. saya memang takde basic langsung. so saya tak boleh nak ulas about that thing sangat cuma maybe boleh perkukuhkan lagi kot. banyakkan tengok cerita mafia baru nampak rawr sikit. sebab banyak scene rasa macam flat gila.

third, saya suka ulasan agama dalam ini. banyak dapat belajar. yelah dah si hayden ni kena berlakon jadi ustaz kan. walaupun ada part yg bodohnya org kampung ni takkan tak perasan ustaz ni cakap sensorang kan? tapi dah namanya fiction ok jelah hadap jelah.

fourth, dialog dengan mikayla. helo? sekejap terpaling ustazah sekejap macam member ajak lepak mamak. tak consistent langsung. maaf cakap. rasa macam??? apa benda ni? and tak sweet pun, maaf cakap.

fifth, kenapa penggunaan ayat kadang macam klasik sangat kadang macam genz sangat. ye sama je mavam point atas ni tapi aku tak faham langsung.

kesimpulannya, it was enjoyable for me, at least. tak tipu, sebabkan saya fomo dengan all the marketing. good job team marketing, anda berjaya memanipulasikan saya haha 😆 srs do punya lawa illustration dia so make sense je kalau org suka, even cerita dia flat. author can improve. saya cakap ni berdasarkan apa saya rasa. tak bias, bukan pembenci buku ni sejak awal. walaupun at first agak skeptikal bila cerita mafia jadi ustaz ni. sorry lah kitanya org kampung takde pulak didedahkaj isu begini.

ok not my cup of tea. punya panjang aku komen baik korg setuju haha bye
Profile Image for Introvert Insane.
537 reviews7 followers
July 29, 2025
I SEE THE VISION BUT....

Kaisar tells the story of this fictional city of Obsidia who is run by mafia families, spearheaded by the Fayyads. One night, they were ambushed and the two heirs, Eymen and Hayden were assassinated. Eymen died along with his wife and son but our protagonist, Hayden survived. His survival was kept secret to the world except for the Kaisar, Zayne and Hayden's bodguard, Hael. To figure out the identity and motive of the person who is trying to destroy the Kaisar family, Hayden is tasked to protect a girl in a secret village of Nurul Asror as she is believed to be the next target. Hayden is forced to don the identity of an ustaz to infiltrate Nurul Asror. There, he found religion, love and uncover secrets of his family. Think of Obsidia as KL/Gotham and Nurul Asror as Kelantan (or what Kelantan wishes to be).

The premise is good and as a lover of mafia genre I can see what it is going for? As for the initial controversy on "ustaz mafia" thing, it is untrue as it make sense for Hayden's character growth. The pacing is good, not too slow that I got bored but not too fast that I got whiplash. Hayden trying to be an ustaz is actually hilarious ngl.

However, I am not a fan of the writing style. This book have the same problem that I have with so many Malay novels. It seems novel Melayu authors regardless of publishers have trouble with "show don't tell". Jiwa spells out everything and leaves no room for self interpretation, even for things that are blatantly obvious like how corrupt Obsidia is and how isolated and religious Nurul Asror is. For some reason there HAS to be specific paragraph-long description on how far from Islam Obsidia is and what the Kaisar family is like and yet, the power of description is not used for things that are supposed to be used. Eg; "Masjid yang cantik". When he could've used that effort to describe how the masjid is beautiful because this is how you flesh out the worldbuilding.

Some scenes felt weird like he's writing screenplay. like wdym, you want to keep the identity of the mole a secret but reveal it 4 pages later? Does anyone in Nukilan Biruni understand suspense??? And what's with the scene with the mole and the whole "wajahnya tidak jelas kerana duduk di luar lingkungan cahaya"? Is this breaking the fourth wall? This is appropriate for screenplay but for a novel? Nahhh... it's too obvious the author is trying to be dramatic and mysterious but misuse something for screen in books.


The relationship development between Hayden and Mikayla is fine but I can't help but feel like... huh? They're in love? And to be married (at least until the secret chapter is out?). Like it felt very insta-love.

Hayden's insecurity about becoming the next Kaisar felt half-baked because huh?

Also it is "ceasefire" and not "cease fire". "Killing machine" and not "killer machine".

Anyways, love the aesthetics, the merch, marketing campaign etc.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
July 11, 2025
WEH WEH NOVEL NI SUMPAH BEST YA??? AT FIRST AKU SKEPTIKAL GILER KOT DENGAN NOVEL NI, TAPI IT SEEMS LIKE NOVEL NI BERJAYA BUANG TANGGAPAN SKEPTIKAL AKU TU. WEH NAK SECOND BOOK CEPATLAHHHHH NAK LELAKI MACAM HAYDEN BOLEH TAK????😭💖

RTC
Profile Image for shvtaaa.
25 reviews1 follower
July 10, 2025
illustration mmg lawa cuma mafia jdi ustaz mcm “huh”. Buku ni pun mcm slow sikit la and ending tu mmg predictable la, fl & ml kawin.
Profile Image for ezt.
3 reviews1 follower
August 19, 2025
The more i see reviews from ghost readers for this book, the more i am convinced this book is a trash.
Profile Image for dura.
37 reviews3 followers
June 19, 2025
3.8/5. dont really like the writing style but the story is interesting and well structured.
Profile Image for Balqis.
7 reviews
May 26, 2025
Cerita mafia yang tak cringe langsung. Plot yang tersusun. Babak-babak perang yang diceritakan membuatkan saya sebak sebab mereka memperjuangkan agama.

Watak Hayden Fayyad adalah watak kegemaran saya. Dia tersangat hijau walaupun dia mafia haha. Tak baran, tak main perempuan.

Watak Mikalya, Miikayla ni sempurna, mintak maaf ckp saya rasa dia sombong sikit sebab dia rasa dia dan penduduk Nurul Asror orang yang terpaling alim, tak ada dosa. Sampailah dia jumpa Hayden dan dia sedar semua orang tak sempurna.

Kepada writer, harap ada sambungan kisah kaisar ni bila Hayden dan Mikayla dah jadi Kaisar dan Kaisarah nanti. Mesti lebih seronok kerana mereka ada tanggungjawab lebih besar, agar rakyat bandar Obsidia pulang ke pangkal jalan dan kembali beriman.

Romance yang tipis, tapi readers boleh rasa. Saya bagi 4/5 kerana semua benda dekat dunia ni tak sempurna. Hehe
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews3 followers
November 8, 2025
Rating: 3.8/5🌟
Trope: Bodyguard x protectee/forbidden love/secret identity & undercover/revenge & redemption arc/tragic past & emotional conflict/ etc...

Bila abangnya mati dibunuh, Hayden Fayyad pewaris dunia mafia dihantar untuk melindungi Mikayla, seorang ustazah kampung yang misteri dan menjadi sasaran seterusnya. Dalam penyamarannya, terbuka rahsia yang menguji iman, kuasa dan hati antara tanggungjawab, dendam, dan cinta yang tak sepatutnya wujud.

My thoughts 💭 short review I guess (my opinion)

Ok first of all I must say that strategy marketing dorang memang hebat and menarik! Aku sampai tertunggu² untuk battle buku ni and it is my first time nak battle² bagai ni. Tapi bila sampai aku tak baca terus pun hshshshs tengok sekarang baru keluar review HAHAHAHA..

Baik, jom kupas sikit pasal buku ni. The idea actually quite menarik dah sebenarnya, cuma I don't get any 'wow factor' from this book. Macam mana nak cakap ya? It wasn’t that bad, but it wasn’t that good either. Jalan cerita agak fast pace and then romance antara ML dan FL pun seems mature and not cringe.

I wasn't really into this book sangat since jalan ceritanya biasa² je bagi aku. Tapi aku kena bagi kredit dengan penulis sebab dah usaha untuk put some effort for his karya and the marketing too. Kesimpulannya, to me, this was an okay read. ❤️
Profile Image for Ahnaf.
6 reviews
August 8, 2025
despite it being so famous on tiktok, socmed and other platforms, i find it to be overhyped. the writer is obviously better in marketing than writing. Ill give my reasons. Firstly, im not a grammar police but the grammar in this book is out it pisses me off. What do you mean by "2 orang?" it is a basic knowledge that numbers under 10 should be type out. And that is an example, i cant write all of it. Dont get me started at the spelling, does it even proof read? ive wondered as i read the book. I wont comment on the plot, it is undeniably good, great plot twist, and amazing imagination i would say. Next, what its lacking? character depth, i know, the writer include their trauma, preference bla bla bla but lacking 1st pov and inner monologue makes the book ... doesnt deserve a second book. I wont say its bad, but just saying, i wont get emotionally attached at the characters. sum up, overrated.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
June 12, 2025
I'm not into novel yang ada mafia atau jenayah sangat sebab rasa cringe. Surprisingly, Kaisar tak buat saya cringe. So, I consider this is actually a good book lah kan. Takde super cheesy scene atau scene tak elok. Actually, romance dalam novel ni pun tak fully romance. Akhir-akhir tu lah baru mereka berterus terang dengan perasaan masing-masing.

Awal bab dalam novel ni ditulis dengan begitu 'direct'. Tak ada elaboration. Ayat yang digarap begitu mudah dan senang dibaca. Pertengahan dan pengakhiran barulah ada elaboration sikit, mungkin pada pertengahan bab dan akhir tu melibatkan perasaan jadi ada lah huraian nya tu.

Kalau ada orang yang suka fast paced novel, bolehlah baca Kaisar ni. Dari satu scene ke satu scene lain, cepat betul dia jump. Contohnya, scene Hayden ditangkap dan dimasukkan dalam penjara bawah tanah. Lepastu adalah monolog yang dia insaf semua tu, lah lepastu terus dapat escape daripada penjara? Dia macam tiba-tiba sangat tapi acceptable lah.

Plot twist predictable. Dan,identiti antagonis tu awal sangat di revealnya, huhu. It's like takde benda yang keep us hooked until the end of the book. Takde unsur kejutan macam "Lah, dia ni ke antagonis nya?" sebab hint semua dah di dropped pada awal.

Tapi, ending dia comel. Saya suka ending dia.

Bagi saya,Jiwa sebenarnya ada idea yang menarik. Boleh improve lagi pengembangan idea tu supaya penulisan kamu tak nampak macam rushing sangat. Tahniah atas novel pertama yang dihasilkan. Jiwa sinonim dengan puisi jadi mungkin novel debutnya tak sempurna.Kita pun tahu penulisan puisi tak sama dengan penulisan novel. It's okay, permulaan yang baik. Keep moving forward dan saya menunggu sambungan Kaisar 2(kot kotlah ada, huhu)
Profile Image for Cutie_pie28.
387 reviews8 followers
July 8, 2025
Hayden - mafia yg dtg ke kg Nurul Asror utk melindungi Mikayla - ustazah..

Hayden dtg menyamar sbg ustaz Addin... Mikayla dpt rasa yg Hayden dtg sbb sesuatu tp die tk tau ape.. sehingga laa satu kejadian terjadi kt umah Ibu Zahrah. Terbongkar sedikit demi sedikit..

Ape jdi kt Damien? Mcm ter tnye laa kan.. ape hukuman Damien tu.. last page buku tu die tulis nk kua kn secret chapter.. bile tue? Huhu
Profile Image for Eiline.
42 reviews
June 6, 2025
4⭐️🤌🏼🤌🏼

DAMNN KAISAR.

INI YANG KITA MAHUUU. Strong FL & ML

Masa beli ni, tak letak high expectation tau. WHY? Sebab buku yang famous, selalu over hype. And I hate that.

Tapi sbb tak nampak review lagi, kita pon try lah. Not Bat Lahhhh HAHAHAHAHA
Profile Image for Farah Lucy.
15 reviews
July 1, 2025
"𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜, 𝙖𝙞𝙧 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖. 𝙄𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙞𝙝, 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙪. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜, 𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙖𝙢𝙖𝙧𝙖𝙣."

────୨ৎ────────୨ৎ────

Fuh, betul betul lain dari yang lain ya storyline buku ni 👍🏻 Betul2 fmc & mmc datang dari dua dunia yang berbeza tapi saling melengkapi gittu 🫣

Siapa yang akan suka buku ni?
✅ Mafia (tak cringe @ try hard nak nampak mafia)
✅ Enemies to lovers
✅ Islamic(halal) love story
✅ Strong female character

Buku ni bagi aku setiap plot dia tu tak ada pun buat aku rasa borring tau. Plot yang tersusun, lepas satu akan ada satu adegan pulak so memang korang disajikan jalan cerita yang tak akan henti info, hint, kejutan, manis dan lain-lain. Boleh kata fast-paced jugaklah cerita dia. Buku ni pun bukan sekadar cerita mafia @ romance saja tau, dia ada juga share ilmu agama so balance lahh.

Tbh I'm not into novel yang ada mafia & lelaki ganas ni (Don't att me) sbb aku pernah baca satu buku sebelum ni yang watak lelakinya ganas & mafia tapi cam over sangat nak nampak ganas tu. Rasa cringe yang amat 😭 But this book? Acceptable! Tak try hard langsung!

Ayat yang diolah pun mudah sangat2 nak baca & faham so sesuai je kalau adik2 korang nak baca sekali sebab tak ada pun scence yang terlalu violence @ tak elok ke.

Paling aku suka ialah Mikayla, seorang yang sangat strong! We love strong female character 😍 Ada prinsip yang kuat, galas tanggngjawab untuk jaga Kampung Nurul Asror sebagai pembesar, pandai memanah, tunggang kuda. Pergh 💥💯 Walaupun Mikayla ni orang yang tegas, tapi ada sudut Mikayla yang sweet dan prihatin tu juga. 🫣

Dan Hayden? Oh don't let me start dari awal lagi aku dah amazed dengan dia. Bayangkan orang yang tak praktis agama Islam sepanjang hidup tiba2 boleh berlakon dengan SEMPURNA sebagai seorang ustaz dlm masa beberapa hari je? Siap boleh imamkan solat pulak tu. 👀 Bab skill berlawan dan berlakon pun bagi je dekat dia semua dia sauk. Senang citer Hayden ni too good to be true lah. Tak ada satu pun yang merah kecuali dia seorang mafia 😂

Aku boleh puji juga scences lawan & perang dalam buku ni memang diceritakan dengan agak terperinci. Sepanjang scences ni memang aku focus sangat nak nak waktu perang tu perghhh part tu memang debar ada, takut ada, excited pun ada! 😆

Cuma apa yang aku kurrengg sikit ialah chemistry antara Mikayla & Hayden tu macam kurang sikit akhir2 tu je baru aku dapat rasa & menyelami perasaan masing2. So kiranya macam slowburn romance jugala kan?

Akhir kata, buku ni ajar aku untuk sentiasa berwaspada dan jangan terlalu percaya dengan orang sekeliling. Boleh jadi orang yang paling kita gak sangka tu lah gunting dalam lipatan. Apa-apa pun, saya tunggu Secret Chapter 👀 sebab tak puas ending dia! Masih ada beberapa persoalan tak berjawab.

Rate : 4.5/5
31 reviews
July 19, 2025
First of all, the plot is very meh. Predictable from the start. No WOW factor whatsoever in terms of the storyline.

Secondly, WHY BANYAK TYPO?! 1-2 typo, i faham. But ni banyak ya, takkan tak perasan before printing aduh????. Idk why i tak jumpa orang comment pasal ni. Siap ada satu ayat, berulang dua kali. Penulisan pun very repetitive, like okaaayy we know ustaz tu dia berlakon jerr, no need to ulang banyak banyak kali.

I dont know. Not for me. Not even gonna bother continue reading the secret chapter.
Profile Image for Iffah Nabilah Ab Rahman.
44 reviews
June 2, 2025
Good storyline, predictable but enough to keep you hooked. The romance is not cringey. the writing could be better though. Certain parts are a bit dry and a little forceful. However, overall it did not disappoint.
2 reviews
August 29, 2025
Actually the real rate is 3.5/5.

Saya dah baca both kaisar dan secret chapter. Cerita ni serius seronok but ada part yang suka dan kurang berkenan.

Apa yang saya suka dari buku ni ofc the illustrations. Kedua, saya paling suka baca part sweet hayden dan mikayla lagi ii part ujian hayden as ustaz, moments mereka berperang bersama, part mikayla kejar hayden guna kuda 😭 dan part mereka candle light dinner. Serius blushing giler kite 😆🫶🏼

Then part paling buat kita goosebump bila hayden tiba ii buat kudeta. Serius ye tak expect! Terkejut betul saya AHAHA

However, ada beberapa hal atau kekurangan dalam cerita ni. Tapi saya percaya author akan improve untuk buku selanjutnya selepas membaca review ii buku ni. First, ada banyak kesalahan tatabahasa basic dlm buku ni like tanda baca di hujung dialog, penggunaan di- itu sepatutnya hanya boleh digabungkan dgn kata kerja. Cthnya, ditulis atau ditampar. Kata penegas 'lah' pula mesti bercantum dgn perkataan sebelumnya. Then, author boleh improve writing dgn mempelbagaikan lagi dialog tag. Dialog tag pun ada cara menulisnya. Tak boleh tanda mati then dialog tag dimulakan dgn huruf besar. Cth betul, "Aku penatlah weh," keluh Ali / "Kau tak penat ke?" tanya Abu. Tapi, if selepas dialog tiada dialog tag, baru perkataan tu boleh start huruf besar. Cth, "Aku penat. Nak rehat."
Tubuhnya bangkit dari sofa dan meninggalkan ruang tamu.

Ketiga, sometimes perbualan antara hayden dan mikayla terasa cringe especially part mikayla tiba ii speaking "my kaisar". Saya rasa lawak sikit kat situ, sorry to say. Maybe saya yg tak biasa sbb mikayla jarang bercakap dalam BI. Dia jadi mcm tiberr sikit.

Keempat, bagi saya cerita ni kurang detail. Saya tak rasa sangat aura hayden as mafia dan aura vendetta as villain. Saya perlukan bukti dlm cerita ni utk rasa aura mereka. Sekadar sebut mereka bijak, tubuh tegap, mahir guna senjata tak cukup. I need more to feel their aura 🥹 Then, saya nak tahu juga how hayden slowly jatuh cinta dengan agamanya dan apa yang dia belajar tentang islam. Dlm cerita ni saya expect byk perkongsian ilmu agama but sadly not. Jadi tak terasa sangat genre islamik tu. Same goes to mafia. Saya rasa author patut mendalami siapa itu mafia dan apa perbuatan mereka. Mcm tak matching pula vibe family fayyad dengan term mafia itu sbb mafia ni biasanya terlibat dgn illegal activities dan jenayah. Kalau keluarga elit/bangsawan/kerabat diraja maybe bole relate sikit. Tpi apa boleh buat, identiti keluarga fayyad pun dh tkleh ubah so tkpelah.

Lastly, saya tak berapa berkenan dgn gaya bercakap ahli keluarga fayyad. Maybe author boleh tetapkan satu bahasa saja utk dorg berinteraksi. If english, use full english dan sebaliknya. Ini sekadar cadangan saya saja.

Apapun, saya terhibur dengan cerita ni dan semoga author Jiwa dapat lahirkan karya yg lebih baik dari ini. Good luck!
Profile Image for Aira Zira.
95 reviews2 followers
July 8, 2025
This novel dah jadi one of my comfort book. Sis suka dgn gaya penulisan beliau. Pace yg lancar. Jalan cerita yg kemas. Walaupun naratif yg mudah diramal, cerita tak rasa bosan. Sesekali kita tak stress fikir pasal konflik why not? Ditambah pula dgn ilustrasi2 yg sangat cantik.

Kita akan tenggelam dgn penyamaran Hayden Fayyad sebagai ustaz Addin. Melindungi Mikayla tanpa diketahui. Walau diri diragui, ustaz Addin tetap jadi tumpuan penduduk kampung di Nurul Asror. Yelah, datang dari bandar nak duduk kampung. Lepas tu berjaya semua ujian yg Mikayla bagi. Fuhh.. perfect!

Mafia tak semestinya kena serius, ada Hael mesti ada je benda nak digelakkan. Penyeri betul! Si Mikayla? Seorang yg tegas tapi ada masa dia rapuh. Dirinya pula sentiasa meragui kesempurnaan si ustaz. Seperti ada sesuatu yg tak beres dan perlu dicari tahu.

Aksi dalam cerita ni? Ada tapi sangat minimal. Ada terasa sikit macam vibe Nirnama. Kalau sepanjang cerita penuh dgn aksi, mungkin lebih menarik. Vendetta pun not bad la seperti bayang kejahatan.

Bibit cinta pula ada la selit sikit. Kadang terasa bahang manis tu walau apa yg keluar dari mulut Hayden dan Mikayla mcm serius dan cakap lepas. Tapi, jujur cintan2 tak dirasa seperti hal yg utama dalam novel ni.

Banyak lagi nak diceritakan tapi seeloknya korang baca dan nilai sendiri. Ada juga beberapa perkara yg kurang dijelaskan. Misalnya, si pengkhianat dalam castle tu. Mungkin ada sambungan Kaisar 2? So, overall saya suka cerita fantasi ni. Tidak terlalu klise. Yang penting sedap dibaca.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
August 18, 2025
hanya baca sampai ke bab 2-3 saja. saya bukan FOMO, sekadar pinjam novel ni melalui kawan.

mmmmmm rasanya bukan ke arah novel islamik sangat. entahlah. takut nak ulas hahahaha nanti kena marah dengan para peminat novel. mungkin silap saya juga sebab saya bukan target audience.
Displaying 1 - 30 of 122 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.