Jump to ratings and reviews
Rate this book

Derana

Rate this book
Dunia ini memang kejam, dan untuk menjadi penghuninya, dia harus lebih tegar.

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh.
Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan.

“Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah.”
“Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu pula tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?”

Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa.
Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kumpulan Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan?
“Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut.”

Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam.
Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh suka duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya.

“Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?”- Marsha Adlina

Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?

Paperback

First published February 1, 2025

2 people want to read

About the author

Bunga Zuhri

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
2 (28%)
1 star
1 (14%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Aira Zira.
104 reviews2 followers
November 8, 2025
Rate : 2.5⭐️

Sebuah novel motivasi yg menekankan isu keremajaan melalui kisah hidup seorang gadis bernama Marsha. Bermula dgn ayahnya yg dipenjara atas tuduhan rasuah. Dia kemudian bersendirian untuk ‘survive’ dgn kehidupan diburu pemiutang. Di usia yg muda, Marsha terpaksa berusaha sendiri untuk kelangsungan hidup.

Demi nyawa, dia memilih untuk berada jauh dari tanah air. Keluarga angkat yg terbuka menerima setelah ikhsan yg dilakukan. Dikelilingi pula kawan2 baru yg menghidupkan dirinya. Keberadaan Marsha di negara asing turut memberi kita pelbagai kisah melalui rakan2 Koreanya. Kaitan antara satu sama lain dilakar baik oleh penulis.

Cerita Derana ini agak berat kalau kita amati.
Ini kerana, bermacam kisah dan isu kekeluargaan yg mahu disampaikan oleh penulis. Penggunaan bahasa sedikit baku mungkin sebab pertuturan bahasa luar. Naratif kurang kemas tapi masih mampu memahami situasi. Nama watak pun banyak kadang terkeliru tapi bagus menguji ingatan.

Namun, saya suka dgn beberapa mutiara kata yg diselitkan penulis dalam ceritanya. Terima kasih untuk naskhah yg punyai kelainan ini. Maaf andai ulasan ini kurang memuaskan. Semoga penulis terus sukses dan berkembang baik dgn motivasi masyarakat.
Profile Image for N.A.N.A.
215 reviews5 followers
May 15, 2025
Ok mula-mula sekali nk minta maaf kat penulis sbb saya tak dpt nak hbskan novel ni 🙏😭 maaf tau. Antara sebab knp saya tak hbs baca:
-terlalu banyak watak sampai saya pening nk ingat ni watak apa watak yg mana.
-setiap watak tu ada masalah mereka masing2 sampai lelah nk hbskan baca
-gaya bahasa pulak hmmm maaf saya ckp harap utk karya awk yg akn dtg dpt diperbaiki

1 yg saya suka. Novel ni banyak quotes dan saya sukakannya. Apapun tahniah utk karya pertama awk 😊
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
September 26, 2025
my otak is hurt huhuhu sebab semua plot dia berat. nak baca tu memerlukan jiwa yang tenang and this book almost made me dnf.

Author punya cerita dah best cumanya situasi dia mcm tiber. karakternya pun hmm menyirap ah jiwa gue.

penulisan author boleh diperbaiki lagi tpi cerita dah cukup bagus cumanya kena memperelok gaya bahasa serta perasaan karakter-karakter untuk readers baca rasa sampai kat hati
Profile Image for Intan Safirah.
21 reviews2 followers
December 12, 2025
Saya suka sebenarnya bila penulis berani angkat isu berat macam trauma, anxiety, buli dan keluarga yang bermasalah. Benda bukan senang nak tulis, tapi dia cuba juga untuk bagi pembaca rasa struggle tu. Terbayang watak-watak dalam Kdrama pun ya. Harap penulis akan teruskan menulis pada masa akan datang. Mungkin boleh tulis latar belakang di Malaysia pula untuk lebih dekat dengan hati pembaca. Watak boleh dikurangkan, dan gaya bahasa boleh lebih santai. All the best!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.