Persamaan kimia? Pemalar Avogadro? Kenapa huruf bersatu dengan nombor?
Hanani pada awalnya optimis untuk melakukan yang terbaik dalam subjek Kimia, punah keyakinan diri setelah terjebak dengan kegagalan. Akan tetapi, ada insan-insan baik sudi membimbing Hanani untuk bangkit dan terus berjuang. Tunjuk ajar daripada Cikgu Shahmi dan Cikgu Farhana membuka ruang untuk Hanani membina potensi diri, walaupun selepas berhadapan dengan kejatuhan yang sukar.
Namun, di sebalik tindak balas kimia yang berwarna-warni dan nota yang menggunung tinggi, ada bahaya sedang mengintai Hanani tanpa dia sedari. Kali ini, bukan gred Kimia sahaja yang perlu dipertahankan. Ada tangan-tangan ghaib yang perlu dilawan.
Dalam dunia yang penuh dengan unsur dan formula, bagaimana pula jika ancaman sebenar tidak dapat diramal hasil akhirnya?
rate 4.3/5 ⭐️ ‼️ Highly RECOMMENDED ‼️ boleh share baca dengan anak , adik2 , saudara mara 🤪🤏🏻 Best ceritanya 🫵🏻.
🧪🧪 Hanani yang ingin menjadi jurutera , dan pandai Seperti Angah . Tetapi Hanani kurang yakin dengan dirinya yang lemah dalam subjek Kimia. (Yela sampaikan nak menjawab persoalan dari cikgu pun Hanani tak dapat nak bagi jawapan.)
Ketika dalam fasa tidak yakin pada diri hadirlah insan-ii yang baik membantu dan membimbing Hanani .Aaira , Cikgu Shahmi dan Cikgu Farhana yang membantu Hanani membina Keyakinan diri untuk bertahan sehingga Hanani berjaya.
..
Tapi didalam dia nak mencapai gred yang baik untuk kimia terselit rasa kurang yakin untuk Hanani tempuh . disebabkan Keluarganya ada isu besar lain yang membuatkan mereka lebih berhati-ii supaya Kisah lama tidak terulang lagi? Kisah Lama ? tentang apa pula yang sampai takut terjadi lagi?? ** Kena beli 1 dan baca 🤪**
.. Tapi dalam sambil baca ni "kenapa Hanani nak jadi mcm angah dalam bidang kejuruteraan tapi kenapa dia tak minta tolong dari angah je ajarkan dia Subjek Kimia ni ?" kan? 🤔. Apa kaitan Along dengan Shahmi? Siapa yang menyebabkan keluarga mereka ni dalam kesulitan? ada dendam ke ? Tapi apa kaitan dengan SUBJEK KIMIA PULA? Haaa ⁉️ byk tanda tanya kan ⁉️ 🤔 PENINGLAH kan? !!! HAHAHAHHA yang belum baca SELAMAT MEMBACA 🫂