Jump to ratings and reviews
Rate this book

Stesen Hikayat

Rate this book
"Kalau dapat buku ayah saya pun, dia tetap takkan kembali!"

"Tetapi Mawar perlu pulang untuk mereka yang masih tinggal."

Mawar sedang mencari sebuah buku.

Itu permintaan terakhir Akhdar, ayah Mawar yang baru meninggal dunia. Tanpa tahu tajuk dan siapa penulisnya, hanya isi cerita itu yang menjadi kompas; kisah seorang penglipur lara yang menjual cerita untuk cinta.

Sinaran Hikayat, sebuah kereta api yang merentas ruang dan masa dinaiki Mawar untuk mengejar Awang Batil, penjaga kereta api itu.

Awang Batil punya buku yang dicari Mawar.

Tetapi buku itu ada harganya.

312 pages, Paperback

First published May 23, 2025

11 people are currently reading
176 people want to read

About the author

Osman Deen

14 books117 followers
Hai! Saya menulis cerita yang saya nak baca. Disebabkan itulah, asyik lompat genre sana sini hehe. Sehabis baik, saya cuba memastikan karya saya karya manusiawi;

Karya-karya tentang manusia, ditulis oleh manusia yang ingin faham lebih lagi tentang manusia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
122 (62%)
4 stars
59 (30%)
3 stars
14 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 69 reviews
Profile Image for lea in pages.
76 reviews9 followers
June 6, 2025
COVER CANTIK BUKU PUN BESTT!!

Ya Allah BEST GILERRR and rasa sangat sangat magikal. Bestnyaa kalau kereta api nii betul betul wujud😭Buku yang membuatkan saya rasa sayang nak habiskan dan buat saya tertanya-tanya ada lagi tak buku yang best macam ni??!!

Kisahnya tentang Mawar yang baru kehilangan ayahnya. Amanah terakhir ayahnya adalah untuk mencari sebuah buku cerita berkulit biru, tanpa tajuk buku yang sering dibacakan sewaktu dia kecil. Dari sinilah bermulanya satu pengembaraan yang penuh dengan pengajaran, cerita dan rahsia yang perlahan-lahan terungkai.

Saya sangat mindblown yaa dengan world building buku nii dan saya sangat suka dengan premise buku ini!! LURVEE SANGAT SANGAT😭😭 obsessed gilaa sebab rasa sangat magikal. Bayangkan kereta api terbang yang serba serbi lengkap dan dipenuhi buku-buku. Literally setiap ceruk ada buku! What a dream😍✨ lepastu singgah pula ke tempat yang sangat magikal, penuh dengan cerita-cerita. Kenapalah kereta api macam Sinaran Hikayat ni tak wujud dalam dunia nyata😭😭

Jalan ceritanya packed, setiap bab ada makna dan semuanya saling berkait. Saya memang hooked dari mula sampai akhir. (okayy dah tu je saya boleh bagitahu takut terbagi spoiler🤧) Banyak pengajaran dan nilai yang saya dapat sepanjang membaca buku nii. Ada part yang buat saya geram, marah, sedih, terluka dan terkilan tapi hujungnya buku ini pujuk balik hati saya🥹🫂

CUMA SATU JE… saya masih nak tahu apa jadi dengan Awang. Penulis ada plan nak buat sambungan tak😆 Sebenarnya saya belum boleh keluar lagi dari Sinaran Hikayat sebab hati saya masih terikat dengan kisah Awang. Jadi pengembaraan saya… belum tamat lagi, kan?
Profile Image for Akmal Zahrudin.
223 reviews27 followers
February 20, 2026
My thoughts?


1. Buku last yang aku baca dari Osman Deen ialah Pada Masa Yang Terhenti (PMYT). Effortlessly 5/5 stars read for me. You can check out my previous post for a review on that book.


2. Station Hikayat - baca buku ni macam tengah layan movie Studio Ghibli. Ceritanya same vibe dengan PMYT. Keyword : kehilangan ayah. I have to go through that excruciating pain again. Feeling pain again and again. What's with Osman Deen and grieving nowadays 😭


3.  Mawar - the name of the mc. Mawar just lost her dad. She goes on a journey in Sinaran Hikayat train to fulfill her dad's last wish, which is to find a book. I love her so much. Mawar reminds me a lot of myself back then.


4. Sinaran Hikayat train is simply magical. Bergerak dalam multiple dimensions i think. Penumpang2 dalam keretapi ni pun datang dari multiple timeline. Siapa yang boleh naik this magical train? Of course orang yang dapat tiket dan ada satu hajat. Along the way bila wish dah tercapai baru tiket akan burn dan boleh turun.


5. Dalam keretapi ni nanti Mawar dapat kawan baru, Puteh dan Kundang. Bila baca korang akan dapat tahu apa connection between Mawar, Puteh dan Kundang ni. 


5. Yang paling aku tak sangka masa the face reveal of Awang ~ really caught me off guard. I really wish Mawar knew sooner 😢


6. Chapter 32 makes me ugly cry 😭 The hell, I wish I had that chance too. Osman Deen really knows how to mess with my emotions huh?


7. In conclusion, I have unlocked another favourite book written by Osman Deen. Love this book to the max! Some people may find buku ni biasa je. Tapi bagi aku yang pernah kehilangan ayah ~ the yearning to return to the past.. this book has everything in it.
Profile Image for Mslvoe.
2,159 reviews214 followers
October 4, 2025
F memang suka cerita yang tak masuk akal macam ni… ibarat you time-travel ke a place you’ve never been before.

Mawar ni rapat gila dengan ayah dia and bila ayah dia request Mawar cari buku... membawa Mawar ke Stesen Hikayat.

Before that, Mawar dah jumpa dengan Awang… Mawar dok searching for him sebab nak pass buku yang Awang pinjamkan.. sampailah Mawar berjumpa seorang atuk @ Lembayung.

Bila Mawar sampai kat Stesen Hikayat, she meets Puteh and Kundang. Dari situ, memang best baca perjalanan Mawar penuh dengan rasa adventure and the plot twist was something F totally didn’t expect. Honestly, I thought Awang had his own separate role!

This story made me smile and gave me that happy feeling like I was also inside Stesen Hikayat.

Cuma satu persoalan still linger dalam kepala... siapa perempuan tu yang kat stesen? She seems like she knows something about the stesen… or did I actually miss something? 🤔
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
298 reviews15 followers
June 4, 2025
BEST GILERRR!!!😭😭😭💕

Tahu tak perasaan lepas baca buku yang sangat best tapi kau tak mampu nk gambarkam perasaan tu? Itulah yang aku rasa sekarang 🥹
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
June 14, 2025
45/2025

-Stesen Hikayat
-Osman Deen

Berkisar tentang Mawar yang dalam usaha memenuhi impian terakhir arwah ayahnya, untuk mencari sebuah buku yang penuh nostalgia. Dalam pencariannya itu, dia bertemu Awang, lelaki yang penuh misteri. Dapatkah Awang membantu Mawar mencari buku yang dimaksudkan?

Tahniah buat Osman Deen kerana menghasilkan sebuah karya yang segar ideanya. Menjadikan kereta api sebagai latar utama, tidak siapa tahu, ada magis yang boleh diceritakan melaluinya. Selain jalan ceritanya yang lancar, permainan emosi dalam naskhah ini benar benar membuatkan hati saya dijentik tentang bagaimana rasa sebuah kehilangan lebih lebih lagi insan yang kita paling sayang.

Keseluruhannya, buku Stesen Hikayat ini wajar dimiliki oleh mereka yang mencari-cari karya yang bergenre fantasi namun terisi dengan nilai-nilai yang membentuk jiwa.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
499 reviews42 followers
October 27, 2025
Setelah kehilangan ayahnya Mawar cuba mencari sebuah buku lama yang pernah berada dalam simpanan ayahnya. Dia ingin menunaikan hasrat terakhir ayahnya itu. Dalam pencarian itu, dia bertemu dengan Awang Batil seorang penjual buku gerabak. Dan pertemuan itu membawa Mawar menaiki Sinaran Hikayat bagi menjejaki Awang Batil.

Kehilangan orang yang kita sayang sememangnya tidak mudah untuk kita hadapi. Begitu juga dengan Mawar. Tetapi kehadiran Kundang dan Puteh antara yang menjadi pengubat lara jiwa Mawar. Dan realitinya bila kita dalam kesedihan, keseorangan menghadapi rasa itu sememangnya membebankan jiwa. Kita memerlukan sokongan daripada orang yang terdekat.

Membaca naskah ini membuatkan SH rasa teringin untuk turut menaiki Sinaran Hikayat. Banyak tempat yang disinggahi keretapi ini yang sangat menarik bagi seorang pembaca buku tegar. Teringin ke Hutan Lipur Lara dan juga ke Sungai Cereka. Dan pastinya Sinaran Hikayat juga sudah tentu penuh dengan buku pelbagai genre.

Jalan cerita sangat menarik dengan watak yang pelbagai warna. Plot twistnya pun sangat menarik. Setiap yang berlaku membuatkan SH ingin tahu apa lagi yang akan berlaku. Apa lagi rahsia yang bakal terbongkar.

Cuma ada satu soalan yang terdetik di hati SH. Siapakah pegawai wanita yang membenarkan Mawar masuk ke stesen dengan sebuah tiket yang kita sudah tahu bukan daripada dunia nyata. Apa kaitannya dia dengan Sinaran Hikayat. Adakah Sinaran Hikayat telah menempatkan pekerja mereka di stesen-stesen tertentu?
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
July 6, 2025
Stesen Hikayat by Osman Deen

Ini kali pertama Kirah baca novel daripada Osman Deen dan Kirah tahu kenapa banyak review positif untuk novel-novelnya. Ceritanya unik! Stesen Hikayat ni seolah-olah kita punya impian dan angan-angan untuk 'escape' daripada realiti dunia yang pahit.

Mawar, dia rasa bertanggungjawab untuk mencari buku yang disebut-sebut ayahnya sebelum bapanya meninggal dunia. Tapi dia tak ingat apa tajuknya, siapa penulisnya. Setakat klu yang sekecil cuma yang dia punya, mana nak jumpanya!

Dalam pada masih bermuram durja dengan kehilangan orang tersayang dan buntu dalam pencarian naskhah itu, takdir menemukan Mawar dengan lelaki bertopeng misteri yang meminjamkan dia sebuah buku. Tapi nak dipulangkan macam mana dan di mana?

Lalu muncullah lelaki tua bersama-sama sekeping tiket kereta api.

Kereta Api Sinaran Hikayat.
Tapi kereta api apa ini?
Tak pernah dia dengar nama dan hala tujunya. Berbolak-balik hati Mawar jadinya.

Namun, di sinilah Mawar. Di dalam kereta api lama itu. Kereta api yang isinya penuh dengan buku. Gerabaknya dilimpahi manusia yang sepertinya pernah ada pada zamannya dan waktu dulu kala.

Maka di situlah, segala-gala yang tersirat pun lerai simpulannya.

Bagi Kirah jalan cerita dan premis novel ni sangat menarik dan tak pernah Kirah baca lagi kereta api terbang yang mampu jadi jambatan untuk seseorang tunaikan hajat mereka dalam penceritaan fiksyen. Gaya bahasa Osman Deen pun satu benda baru yang Kirah adapt, ayatnya ringkas tapi ada bunga dan alunnya.

Tapi Kirah mengharapkan cerita ni dikembangkan dengan lebih mendalam lagi sebab plotnya dah gempak dan best, cuma penceritaan pada setiap bab dan tempat menarik tu terlampau pendek sampai terbantut penghayatan dan keseronokan kita tadi sedangkan potensi cerita ni boleh jadi lebih besar. Kirah mengharapkan world buildingnya lebih kompleks. Ada certain part yang buat Kirah kerut kening sikit, nak memahamkan konflik dan plot twistnya agak susah ditambah lagi dengan bahasa yang agak berbunga. Ada misteri yang belum terlerai juga. Penghayatan emosi pun boleh diperelok lagi.

Apapun, cerita ni masih sedap dan seronok dibaca. Ini pun hanya pendapat kecil Kirah aja, maaf kalau tersalah kata.

Rating: 3/5 bintang
Profile Image for bookmehnia.
348 reviews20 followers
March 16, 2026
(16/2026) 4/5🌟 Fantasi (Fiksi) | 299 ms

“𝙏𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥, 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣. 𝙅𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙪𝙠𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙚𝙢𝙖𝙣, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙬𝙖𝙧 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙮𝙖𝙝, 𝙤𝙠𝙚𝙮?”

Permintaan terakhir ayah Mawar sebelum dia menutup mata ialah untuk Mawar mencari sebuah buku. Habis dipunggah dan diselerakkan bilik bacaan arwah ayahnya, namun tidak jumpa buku yang dikata. Bagaimana hendak jumpa kalau tajuk dan penulisnya tidak tahu siapa? Yang ada cuma maklumat yang buku itu kisah seorang penglipur lara yang menjual cerita untuk cinta.

Kenapa penting untuk Mawar mencari buku itu? Kerana ayah yang minta. Ianya seolah jadi jaring penghubung antara dirinya dan ayah, walau ayah sudah tiada.

Mawar putus harap. Mawar hilang punca. Sedih kehilangan ayah masih lagi terasa, ditambah pula kesedihan tidak dapat menunaikan hajat ayah yang terakhir. Tapi, ke mana lagi Mawar hendak cari buku itu?

Suatu hari, Mawar terjumpa seorang lelaki misteri memakai topeng yang kerjanya membawa sebuah bagasi kayu yang isinya buku-buku. Apa sahaja jenis buku ada di dalam bagasi kayu itu, seolah dunia yang tanpa batasan. Lelaki itu telah meminjamkan sebuah buku kepada Mawar, dan sebelum sempat Mawar ingin bertanya padanya, dia sudah menghilangkan diri.

Beberapa hari kemudian, niat Mawar mahu bertemu semula dengan lelaki misteri itu untuk memulangkan buku yang dipinjam, tidak kesampaian. Sangkaannya lelaki itu pasti akan kembali untuk menuntut kembali buku tersebut. Namun tiada kelibatnya, melainkan seorang lelaki tua yang berkerusi roda bersama cucunya. Mawar menceritakan hal perihal lelaki misteri itu kepada lelaki berkerusi roda dan disambut dengan tawa.

Lelaki berkerusi roda itu menghulurkan sekeping tiket keretapi 𝘚𝘪𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘬𝘢𝘺𝘢𝘵, dan beritahu Mawar, lelaki misteri itu ada di dalam perjalanan keretapi itu. 𝘚𝘪𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘬𝘢𝘺𝘢𝘵 itu akan tiba di stesen setiap hari pada jam 10 malam. Sangka Mawar, sudah tentulah dia antara mangsa penipuan, namun ada yang telah menggerakkan hatinya untuk cuba menunggu dan mungkin menaiki keretapi 𝘚𝘪𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘬𝘢𝘺𝘢𝘵 - niatnya untuk memulangkan buku sahaja, dan mungkin bertanya tentang buku yang dicari ayahnya?

Namun tanpa Mawar sedari, sebuah pengembaraan telah pun bermula. Mawar akan bertemu Puteh, Kundang dan Awang Batil - namun siapakah mereka ini? Dari manakah 𝘚𝘪𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘬𝘢𝘺𝘢𝘵 itu bermula dan di mana ia berakhir?

Cerita ini adalah sebuah taman fantasi untuk seorang pembaca visual seperti saya. Saya terbayang warna-warni kemeriahan visualnya seperti filem 𝘔𝘢𝘨𝘪𝘬𝘢 atau drama 𝘓𝘢𝘨𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘗𝘶𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘘𝘢𝘴𝘦𝘩. Namun satu perkara penting yang saya paling suka dan kagum tentang cerita ini ialah tentang penggunaan nama-nama lokal dan tradisi dalam setiap konteks cerita - nama makanan, nama tempat, nama watak, dan pelbagai lagi. Sesuatu yang mungkin tidak selalu kita jumpa dalam penerbitan mana-mana buku novel tempatan. Kita selalu kagum dan memuji buku-buku ‘𝘩𝘦𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨’ dari Jepun atau Korea Selatan yang pandai menarik minat pembaca melalui konteks lokal dalam penceritaan, namun penerbitan lokal kita tidak kurang hebatnya, dan cerita ini buktinya.

Elemen fantasinya tidak terlalu berlebihan yang juga diselitkan dengan sedikit peringatan rohani yang bagi saya sangat penting agar pembaca sentiasa tahu batasnya. Jalan cerita yang menarik terselit sedikit elemen misteri yang membuatkan pembaca mempunyai rasa ingin tahu apa sebenarnya yang mengaitkan Mawar dengan perjalanan keretapi misteri ini. Apa sebenarnya buku yang dicari oleh ayah Mawar?

Cerita ini bukan sahaja menjadi hiburan fantasi kepada pembaca, tetapi ada satu tema besar yang ingin disampaikan pada pandangan saya. Bagaimana seseorang itu menghadapi situasi kehilangan orang yang tersayang. Seperti kata-kata yang saya ambil dari dalam cerita di permulaan reviu ini, fasa bersedih itu adalah sebuah tempoh yang tiada penamat, namun orang yang masih hidup masih perlu meneruskan perjalanan yang mungkin masih panjang. Keretapi 𝘚𝘪𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘬𝘢𝘺𝘢𝘵 itu sendiri adalah sebuah metafora perjalanan hidup seseorang. Adakala kita perlu berhenti untuk berehat dan merenung semula apa yang telah kita lakukan, dan selagi kita masih meneruskan perjalanan (masih hidup), maka kita teruskanlah. Memori orang tersayang masih ada kita simpan kemas, tetapi diri kita perlu juga dijaga, jadi hiduplah dengan sebaiknya.

Saya ada banyak soalan tentang beberapa perkara di dalam cerita ini. Saya fikir ada banyak perkara yang masih belum terungkai. Apa yang kita boleh harapkan adalah semoga ada sekuel daripada tuan penulis bagi menjawab soalan yang bermain di minda saya. Saya juga tertarik dengan cadangan-cadangan tajuk buku lokal yang diberi di dalam jalan penceritaan, semuanya saya kira ditulis oleh penulis-penulis otai tempatan. Antaranya Faisal Tehrani, Ramlee Awang Murshid, Pak Sako dan Sri Rahayu Mohd Yusup. Salah satu buku kegemaran saya, ‘𝘒𝘶𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘴𝘪𝘴𝘪𝘳 𝘔𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯’ juga ada disebut.

Baca buku ini sekiranya anda gemar elemen fantasi dan pengembaraan.

#justreaddontbawang #bookmehnia #March2026 #2026reads #MarchReads #MarchTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #stesenhikayat #osmandeen #bookiut


Profile Image for meenie.
379 reviews3 followers
November 12, 2025
kalau diberi peluang untuk naik kereta api ajaib, adakah kita akan terima atau tolak peluang ini? kalau kereta api ini boleh putar balik semula memori bersama orang tersayang, kita akan kekal di dalam gerabaknya? atau bergerak pergi meninggalkan masa lalu?

— hands down to one of the prettiest, coolest & perfect book i have ever read.

jujur kata ini buku pertama dari osman deen yang saya baca. sebelum ini hanya tahu nama dan karya. bila
sudah baca, oh baru saya faham kenapa bukunya menjadi kegemaran ramai sang pembaca.

stesen hikayat bukan sekadar sebuah cerita fiksyen. kisah ini membawa kita untuk lebih bersyukur, menghargai apa yang ada. benar apa yang Awang sampaikan, ‘ini hanya tempat persinggahan. sudah tiba destinasinya, maka kita harus turun untuk menyambung kisah hidup kita’. kereta api yang tiada penghujungnya. kereta api yang membawa seribu satu kisah penumpangnya. kereta api yang berhenti di setiap destinasi yang mempunyai sejarah tersendiri.

bila saya baca, saya teringat kereta api menuju ke Hogwarts. ah - jiwa #PotterHead saya meronta. setiap destinasi yang kereta api berhenti, buatkan saya teringin untuk ke sana. hm pasti best kan? hehe -

akhir kata, saya sangat suka dengan kisah ini. boleh dikategorikan sebagai comfort read saya. terima kasih penulis sajikan kisah ini 🤍 buat rakan-rakan yang lain, yes buku ini bukan sekadar hype sahaja. ada nilai murninya juga.


oh lupa untuk beremosi - ending tu kenapa ek? ha macam tiber tapi ok je sebab best tapi kenapa ek! mohon siapa dah baca explain pls hehe
Profile Image for Aira Zira.
139 reviews2 followers
July 16, 2025
Berangan tu kan percuma?
Melalui cerita ni, beranganlah diri nak naik tren magis ni. Tren yg membantu penumpangnya mencapai hajat. Macam kita tgk cerita Aladin tu, tapi ni tren.

Setiap penumpang ada hajatnya. Datang juga dari pelbagai zaman. Begitu juga dgn Mawar yg berhajatkan mencari buku biru milik ayahnya. Tapi, ada bayaran untuk dapatkan buku itu.

Dalam tren, Mawar rapat dgn Puteh dan Kundang. Walau si Puteh dan Kundang sering bercakaran, mereka tetap sentiasa bertiga. Keletah si dua kawan tu mmg mencuit hati. Mawar selesa ditemani mereka.

Buku ni best sbb akan bawa korang ‘travel’ ke alam magis. Ada hutan yg penuh cerita. Korang makan buah tu, terus ada cerita terpapar dlm fikiran korang. Ada laut pula yg mampu tenggelamkan korang dgn suara2 yg tak mampu diluahkan. Tak kawal, boleh hanyut dan tertinggal tren.

Plot twist dia juga sgt menarik. Siapa sangka dia itu, siapa sangka dia ini. Ish mcm benang berbelit! Tapi, ada jugalah part yg kurang jelas dan masih bingung. Yang pasti best. Tebal sikit lagi mesti lg banyak tempat magis dpt pergi kan? Hehe
Profile Image for ✨ sufina ✨ (thebadassreader).
187 reviews48 followers
June 14, 2025
✫ oh wowwwww memang cerita dia mcm ghibli laa 🤩 sangat unik, bukan saja kereta api terbang ye tapi ada hutan yang bila kau makan buah tu kau nampak cerita, pantai yang kau boleh dengar kata kata yang tak terucap dan banyak lagi.

✫ Pada saya, the first half buku ni sedikit slow. Tapi bila dah sampai THAT PART memang tak boleh stop baca. I awal awal bangga eh ckp "haa dah agak dah" pastu macam Osman ni ckp kat i "haaa ko sabar jap", pastu memang WOW ye plot twist dia ‼️

✫ Selain worldbuilding yang menarik, saya rasa sayang dengan watak watak utama dalam cerita ni. They're so precious to me. I rasa inilah magic Osman, dia pandai tulis watak yang dekat di hati pembaca.

✫ Patut baca ke? I rasa patut. Sebab buku ni banyak buat kita berfikir tentang hidup, tentang menghargai orang yang kita sayang dan juga 'meraikan' hidup orang yg telah pergi.

Cuma saya ada jumpa sedikit typo dalam buku ni tapi saya harap second print boleh fix!

My rating: 4 ⭐️
Profile Image for nuradillashahida.
3 reviews
June 7, 2025
“Waktu di kereta api ini hanya masa tambahan yang diberikan Tuhan.”

The main genre is fantasy, tapi contain element grief. Though it’s not heavily mentioned sepanjang cerita, the author won’t let you forget about it. I love the way dia selitkan and kept reminding us about it. Despite the cover being the main reason I bought the book, tapi apa yang sebetulnya ikat jiwa i to the story was penulisan Osman Deen itself. He selitkan unsur klasik which i rasa dia bawa dengan sangat cantik throughout his penulisan. Sejujurnya, I rasa not all authors actually mampu untuk hidupkan unsur klasik tu like he did.

Alur cerita? Tak terlalu slow or terlalu laju, just perfectly nice. But at the same time, it made me feel like I couldn’t stop reading, and suddenly the book was over. Sedih sebab I didn’t expect to finish it so quickly. Also, this is the first book that didn’t make me cringe with how friendship was portrayed between Mawar and the others. Plus point for the humor!

I can’t decide on a favourite character because setiap character yang disebut tu tak ditenggelamkan by others. One more point to the author, sebab I don’t think it’s easy to balance all the characters well. Though I have to say, the character Awang Batil left me with a lot of questions by the end—which I’m really hoping will lead to a spin-off (or maybe another book for the prequel?).

Verdict: If you love Magika, please give this book a chance. Setiap perhentian Kereta Api Hikayat ni akan buat you rasa macam ditarik ke alam Magika. Unsure whether it’s from the details of the tempat yang diceritakan or the klasik concept yang diselitkan, i can’t decide tapi now i know kenapa this book sold out and crowned as best seller during PBAKL. Well deserved.
Profile Image for aliaareadstoo.
258 reviews7 followers
June 29, 2025
Stesen Hikayat by Osman Deen is about Mawar, who is in search of a book mentioned by her father as the last will. The problem is, she only has a gist of it, with neither the title nor the author's name. Awang Batil, the keeper of Sinaran Hikayat, holds the answer to her search.

- First and foremost, I really love how the author incorporates the element of time travel, allowing readers to see how characters from different eras interact with one another, while exploring how past events influence future outcomes all at once.

- And don’t even get me started on the fantastical creatures in Hutan Lipur Lara, Sungai Cereka, and Pantai Kotak Katik Kata... mind-blowing! The concept of Pokok Cerpen, with fruits that tell stories when you eat them? Genius. 😭😭😭 I seriously don’t know how Osman Deen came up with all this... so creative. I also really love Gerabak Pustaka... such a cool idea!

- While much of the story feels fun and adventurous, the author weaves in emotionally powerful scenes as well. For example, the moment when Mawar meets her father halfway through the story really tugged at my heart. I was especially moved by this because I share something similar. My late father was the one who introduced me to books. As I grew up, we shared an interest in almost every genre, often reviewing them together. So yes, I deeply resonated with that scene.

- Overall, it’s such a fun and engaging read! I’ll be honest... I was totally lost for the first 10 chapters 😂, but my curiosity kept me going. I had so many questions, I just had to keep flipping pages. I even guessed a few things early on, but that didn’t stop me from wanting to see where the story would go. What to do, magical realism is just my cup of tea 🤓😇
Profile Image for Klux.
208 reviews
July 1, 2025
My first book from Osman Deen. I've heard nothing but high praises for his works but the main reason why I want to read this book is because of the cover. It has that Harry Potter vibes and that got me intrigued.

Stesen Hikayat is a story about dealing with the lost of your love ones, either through death or other circumstances.

It started off with Mawar who felt the need to find the book that his father asked her to find while he was on his death bed. Luckily she had met Awang Batil, the bookseller on keretapi Sinaran. Mawar got the ticket from an old man on a wheel chair. She took the risk and board the train. She met Puteh and Kundang on the train, and slowly the mysteries unfold. We get to see how their fates, including that of Awang, were intertwined.

What do I think of the book:

× I spotted a few misspelled words. I hope it will be corrected when they reprint the book for the next edition. It spoilt the reading experience a bit.

× I love how imaginative the story is especially of Hutan Lipur Lara dan Sungai Cereka. However, i feel like something still fall short. Cerita dia tak sampai ke hati sangat.

× I managed to guess the ending when I wasn't even halfway through the book so i don't get the surprise element when they revealed who is who.

Story 4/5
Characters 4/5
Development 4/5
Style of writing 4/5
Enjoyment 3/5
Overall 3.8/5
Profile Image for Honeytea.
7 reviews
August 20, 2025
BEST YANG TAK TERKATA!!!

Mula-mula saya beli buku ni sebab nampak cover dia cantik je. Illustration untuk cover dia sumpah on point. Bila saya baca blurb buku saya macam hmm mungkin cerita ni dia biasa je sebab blurb tu x convincing sangat tapi bila tengok ramai yang suka buku ni di Instagram saya beri lah buku ni peluang juga.

Apa yang saya boleh kata ialah WOW! Tak sangka pula best dia macam ni. Bila dah sampai bab terakhir tu saya dah tahu dah saya akan rate buku ni 5⭐ sebabkan penceritaan dia. Ada masa saya ketawa dengan keletah watak Kundang. Ada masa saya rasakan yang penulis Osman Deen ada sesuatu yang dia nak sampaikan dekat pembaca dia. Teladan yang diselitkan sangat bermakna. Saya menangis dekat ending tu sebab dapat rasakan luka mawar sedang diubat.

Penceritaan yang sangat smooth walaupun buku ni macam contemporary fantasy (if that makes sense) tapi tak ada satu masa pun saya confuse dengan dunia yang Osman Deen bina dalam ni. Saya juga suka bagaimana penulis bermain dengan masa dalam buku. An interesting concept to brought up.

Satu permintaan saya untuk osmandeen 🫣.... Boleh tak buat buku tentang awang pula??? Kisah awang mungkin lebih mendalam dari penumpang-penumpang lain. Macamana dia boleh jadi penjaga stesen hikayat kan? Would love to read that book!
Profile Image for Mini.
53 reviews
October 18, 2025
Review Time 📚⏰️

Stesen Hikayat - @osmndeen
Rating: 5/5 🌟

Ada buku yg kita baca dan ada juga buku yg perlahan2 “membaca” jiwa kita. Stesen Hikayat bagi saya tergolong dalam kategori kedua jenis bacaan yg menyentuh sesuatu tanpa kita sedar.

Kisahnya tentang Mawar, seorang gadis yg baru kehilangan ayahnya, Akhdar. Sebelum pergi, ayahnya sempat meninggalkan satu amanah iaitu mencari sebuah buku misteri yg dia sendiri tak tahu tajuk dan nama penulisnya. Dari situ bermulalah pengembaraan ajaib Mawar menaiki Sinaran Hikayat, sebuah kereta api yg mampu merentas ruang dan masa. Setiap stesen yg disinggahi ada kisah tersendiri; ada makna, ada kenangan dan ada sesuatu yg perlahan2 menyembuhkan luka di hati.

Saya sengaja berlama2 dengan buku ini. Ada rasa 'menahan' diri daripada menamatkan kisah ini terlalu cepat. Saya mahu setiap lembaran menjadi jeda yg membuai. Ibarat melabuhkan sauh di perhentian yg sunyi, sangat melegakan saat kepala sarat mendambakan ruang untuk bernafas.

Bila membaca tentang perjalanan kereta api itu, memori saya terus terbang ke zaman belajar dua tiga tahun lepas. Suasana stesen dan deruman tren yang melalui landasan di Stesen KTM Bangi kembali terbayang di ingatan. Mungkin sebab itu dunia Sinaran Hikayat terasa begitu dekat seolah2 ia benar2 wujud!

Bahagian antara Mawar dan ayahnya pula betul2 menyentuh hati. Ada saat tertentu yg buat saya ikut sama mengalirkan air mata 🥲. Bukan sebab sedih semata, tapi kerana rasa rindu dan kasih yg digambarkan itu terlalu tulus.

​Namun, perjalanan Mawar tidak sunyi. Dia ditemani oleh Puteh dan Kundang. Tingkah mereka yg kadangkala bertikam lidah, namun sentiasa bersama, menambahkan rencah kemanusiaan dalam kembara ini. Ikatan persahabatan yg terjalin di dalam Sinaran Hikayat membuktikan bahawa walau di mana kita berada, kita memerlukan bahu untuk bersandar 🫂.

Terima kasih penulis! Semua kisah dan rasa dalam buku ini buat saya jatuh sayang pada dunia Stesen Hikayat! Bila cerita tamat, rasa berat hati pula nak lepaskan mereka. Pendek kata, wajib baca!

Sekian.

#minimembaca #stesenhikayat #osmandeen #bookiut #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for Fishball🐡.
31 reviews2 followers
March 2, 2026
Solid 5

1. Ini buku pertama Osman Deen yg saya baca, saya sgt amaze. Ada lagi malay book that was written this prefect?!!

2. Tahun lepas, saya berjinak-jinak tgk Ghilbi series. Salah satu yg terkesan di hati, adalah series The Spirited Away. Rasa kosong bila kita sedar yg kita tak akan kembali dan harungi adventure sefantasi itu lagi. Bukan nak kata, novel ini sama dgn cerita itu. Totally different. Tapi cabability author untuk wujudkan rasa kosong dlm hati pembaca, yg seorang film maker mampu wujudkan melalui ilustratasi dan animasi tapi Osman Deen mampu bina hanya dgn barisan ayat. Itu yg power!!

(Lepas ni nak marathon buku author ni byk2)


3. Jumpa lagi Awang. Macam buku biru yg ada tiga kisah, mana tahu watak awak author akan kekal hidupkan sepanjang zaman dlm buku lain jugak kan? Bak kata satu quote ini, di dalam sebuah buku, seseorang itu boleh hidup dan mati berkali kali.

Kudoss untuk athours. Example a good story teller and story writer
Profile Image for Shine Imani.
24 reviews
July 28, 2025
Masha Allah, wonderful! Tahniah penulis dan penerbit untuk karya yang penuh perjalanan warna-warni. Buku lawa, bila baca macam sedang mengembara di dunia fantasi yang sarat dengan keindahan & pelajaran.

Teruntuk semua yang dirundung duka dan sedih, belajar untuk berdamai dan menerima rasa ini. Tapi, sampai satu masa ; bangkit, teruskan berjalan dan teruskan kehidupan. Mesej yang sangat mendalam & relevan dgn kehidupan kita semua.

Please keluarkan buku-buku menarik macam ini lagi! Infinity love!
1 review
June 3, 2025
Buku Stesen Hikayat banyak mengingatkan saya bahawa dunia ini hanyalah sebuah persinggahan. Kehidupan di dunia bukanlah destinasi terakhir kita. Setiap insan yang kita ditakdirkan untuk temui dan kenali hanyalah teman sepanjang perjalanan menuju destinasi yang hakiki.

Mawar membuatkan saya terfikir apakah reaksi dan emosi saya apabila satu hari kelak ditakdirkan saya kehilangan satu watak penting dalam kehidupan saya. Watak yang sangat penting sehinggakan satu persoalan yang sukar untuk saya jawab muncul berenang-renang di lautan fikiran saya.

'MACAM MANA AKU NAK TERUSKAN HIDUP SELEPAS INI?'

Begitulah lumrah kehidupan. Setiap permulaan pasti ada penamatnya.
Profile Image for Fathnin Alyea.
82 reviews
December 25, 2025
4-4.5 /5⭐


"Esok... Tiada lagi esok bersama."

"Kadang-kadang, ada benda tak perlu digegaskan,"

"Selamat tinggal, Mawar. Teruskan hidup dan teruskan berjalan tahu,"

Buku ni buku pertama dari Osman Deen yang sy baca. Selalu dengar good reviews berkenaan penulis ni. Dan setelah bermula dan habis baca Stesen Hikayat ni, barulah faham kenapa Osman Deen ni dapat banyak pujian dari para pembaca.

Stesen Hikayat ni berkisar tentang seorang gadis yang baru kehilangan ayahnya, Akhdar. Sebelum meninggal ayahnya ada pesan kepada Mawar untuk mencari sebuah buku. Awang Batil, seorang lelaki misteri bertopeng merah dikatakan mempunyai semua buku yang dikehendaki. Mawar mencari Awang dengan harapan Awang mempunyai buku yang dicari. Dalam usaha mencari Awang, Mawar diberikan tiket oleh seorang kenalan ayahnya untuk menaiki kereta api ajaib. Mawar bertemu dengan pelbagai orang dari masa yang berbeza dalam kereta api tersebut, termasuk Awang. Awang mempunyai buku yang dikehendaki Mawar, namun untuk memilikinya, ada harganya.

Pertama sekali, sy suka betul dengan lenggok bahasa dalam buku ni. Ianya macam ada campuran bahasa klasik dan bahasa moden. Iyalah memandangkan watak2 pun dari masa yang berbeza. Tetapi susunan ayat, perkataan yang digunakan sangat senang untuk dibaca. Suka sangat bila Puteh dan Kundang berinteraksi sebab rasa macam dengar orang zaman P. Ramlee bercakap. Buku ni buat saya sedar yang indah sungguh rupanya Bahasa Melayu ni. Ayat2 walaupun ada bunga2nya tetapi sangat straight forward! Tak perlu pusing2 otak fikir apa yang cuba disampaikan.

Seterusnya, plot cerita. Industri kita sekarang ni sudah tepu dengan buku bergenre kehidupan dan benda2 ajaib ni. Jadi sedikit sebanyak sy macam sudah agak aluran cerita ini yang akam bertemakan healing dan self discovery.

Sebagai seorang pembaca, menaiki sebuah kereta api yang lengkap segala keperluan harian serta buku dari segenap alam, ia diumpamakan syurga! Oh sy pun mahu naik kereta api macam ni! Jadi sy suka konsep kereta api merentas ruang dan masa, membantu orang-orang yang telah hilang arah tuju untuk mencari jawapan untuk kehidupan.

Sy paling sedih waktu babak perpisahan Mawar dengan Puteh dan Kundang. Masa Kundang mula turun...memang rasa..ada sesuatu yang hilang. Perasaan dia macam setelah semua orang sudah balik selepas Hari Raya. Rasa sunyi. Bila Puteh turun dah mula rasa sebak sebab Mawar akan tinggal seorang. Buku ni buat sy sedar yang kadang2 kita selalu ambil mudah akan perkara sekeliling kita dan hanya akan menghargai bila perkara2 tersebut telah tiada.

Akhir sekali, saya suka betul dengan penamat cerita ni. Semua persoalan terjawab. Pernah terfikir juga yang entah2 Puteh dan Kundang ini ada kaitan dengan Mawar dan ternyata betul tekaan sy! Mereka berhububg tetapi bukan dalam bentum yang disangkan2. Bab ini lah sy rasa macam kagum dekat penulis sebab boleh menhubungkan tiga watak dari garis masa yang berbeza.

Secara keseluruhan, Stesen Hikayat merupakan sebuah buku yang mengetengahkan tentang kehilangan orang tersayang dan bagai mana kita yang ditinggalkan meneruskan hidup.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for DayDreamer8912.
359 reviews13 followers
August 29, 2025
🚨TW: loss of love one, almost pulled to the land of nowhere

Sry not really good in writing review in Malay but love this story so much. A time traveling train which people who wants their wish to be fulfilled and when it is fulfilled their ticket will fade away and they will need to get down from the train. But there is also a catch, only the person who can see a man with a red mask who is name Awang always with a bag of books and also those who have the the time traveling train ticket.

Mawar whose father recently passed away ask her to find the book from his childhood and she was really lost because her father didn't tell her what is the title of the book. And before he father passed away, she received a book from Awang to read. And when she tried to find Awang again it was not easy because he doesn't appear to people all the time however, she stumbled upon an old man with a man guessing that he might be his grandson where there. She also saw them in her father's funeral and then when she told the old man that she is finding Awang, the old man passed her the train ticket which states 22:00pm and there was no time or date which puzzled her.

She decided to board the train the next day however, a lady told her that she will need to bring her toiletries which made her puzzled again. Then, she came back the next day with her toiletries and extra clothing and once she boarded she felt so lost and then she met a sweet girl named Puteh and another man named Kundang . They all have their wishes and stories that wanted to be fulfilled.

Love the friendships between three of them and also they tried to help Mawar to find the answers to the poem that was asked by Awang in order to get the book that her father wanted her to get. So, three of them helping each other to fulfil their wishes. It is a heart-warming and heart wrenching stories. And all of them are from different timelines and also little did they know that their stories are linked to each other even the mysterious man with a red mask, Awang.

Can't spoil too much you will have to read it to find out.
Profile Image for Hifzs Hidayah.
14 reviews1 follower
March 12, 2026
Stesen Hikayat membawa pembaca ke sebuah dunia fantasi yang unik, di mana setiap stesen kereta api menyimpan kisah, pengalaman dan pelajaran tersendiri.

Konsep kereta api misteri yang hanya dapat dinaiki oleh insan terpilih ini bukan sahaja menimbulkan rasa ingin tahu, tetapi juga membolehkan pembaca menjejak pengalaman watak-watak dengan cara yang menarik dan penuh imaginasi.

Struktur episodik setiap stesen memudahkan naratif mengalir, sambil mengekalkan ketegangan dan keterujaan sepanjang perjalanan.

Kekuatan utama buku ini terletak pada world-building yang tersusun rapi. Setiap lokasi, suasana dan elemen fantasi digambarkan dengan jelas tanpa terasa berlebihan, membolehkan pembaca membayangkan dunia Stesen Hikayat dengan mudah.

Imajan yang dibina, dari pemandangan semula jadi hingga interaksi watak, menyuntik realisme ke dalam fantasi dan menambahkan kedalaman emosi.

Saya kira, Osman Deen juga berjaya memadukan unsur fantasi dengan elemen time-travel secara lancar, menjadikan dunia novel ini terasa hidup dan konsisten.

Dari segi plot dan watak, naratif disusun dengan teliti, menggabungkan episod berasingan menjadi satu perjalanan yang koheren. Watak-watak digambarkan dengan motivasi dan perwatakan yang jelas, membolehkan pembaca merasai perjalanan mereka tanpa perlu terikat pada detail spesifik cerita.

Plot twist juga dibina dengan sangat bernas, mengekalkan keterujaan pembaca tanpa menjejaskan pemahaman dan aliran naratif. Dinamika sosial antara watak juga menonjolkan nilai persahabatan, sokongan dan interaksi manusia yang universal.

Kualiti penulisan Osman Deen menambahkan daya tarikan buku ini. Laras bahasa sederhana tetapi mengesankan, membolehkan pembaca dari pelbagai lapisan umur mengikuti cerita dengan mudah, sementara gaya penceritaan yang matang dan reflektif mengajak pembaca merenung makna pengalaman, perjalanan hidup dan hubungan antara individu.

Stesen Hikayat sesuai untuk mereka yang mencari fantasi tempatan yang kaya imaginasi, tersusun dengan baik dan mampu meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
62 reviews
July 12, 2025
📚 Stesen Hikayat by Osman Deen

⭐️ Rate: 4.8/5

“Selamat datang ke Sinaran Hikayat, di mana kemahuan hati menjadi destinasi penumpang. Jadi, apa hajat tuan hamba?” 🚂✨

Novel ini mengisahkan Mawar, yang sedang mencari sebuah buku misteri — permintaan terakhir arwah ayahnya sebelum meninggal dunia. Tapi cabarannya, dia tak tahu tajuk atau penulis buku tu.
Yang dia tahu cuma satu:
📖 Ia tentang penglipur lara yang berkelana mencari cinta.

📚 Buku itu tak dijual di kedai biasa. Ia cuma boleh ditemui melalui seseorang bernama Awang Batil — penjual cerita, yang hanya muncul kepada mereka yang dia pilih. Dan dia memilih… Mawar.

Disebabkan rasa ingin tahu, Mawar menaiki sebuah tren misteri:
🚂 Sinaran Hikayat — kereta api yang bawa penumpang untuk memenuhi hajat dihati.

Honestly? Masa baca ni, terus terbayang vibe macam Hogwarts Express versi dipenuhi buku dan cerita! 😍📚

Dalam perjalanan tu, Mawar jumpa dengan dua orang penumpang:
👧🏻 Puteh & 🧑🏽 Kundang — penumpang yang masih terperangkap kerana hajat mereka belum tertunai.
Mereka bertiga jadi rapat, dan bersama-sama cuba membantu Mawar mencari “harga” untuk mendapatkan buku tersebut:
📜 pantun yang perlu dibeli daripada Awang Batil.

💖 Apa yang saya suka sangat:

1. Kereta api penuh buku — dream semua bookworms 😍🚂
2. Hutan Cerita — pokok yang penuh dengan cerita 📖🌳
3. Sungai Cereka — makan buah dari pohon, boleh rasa pengembaraan ✨🍎
4. Persahabatan Mawar, Puteh & Kundang yang comel dan menyentuh hati 🥺

Dan ya…
⚠️ Plot twist dia buat saya diam lama. Macam: “Eh? Eh? Serius lah?” 🤯
Ada bab yang saya ulang baca sebab…
🤣 Bahasa dia puitis luar biasa sikit, dan saya dah biasa dengan gaya biasa. Tapi itulah keunikannya!

✨ Verdict:

Cerita ni magical, lain daripada yang lain, manis dan menyentuh jiwa.
Kalau korang suka cerita dengan sentuhan fantasi + pengembaraan + simbolik kehidupan —

You should totally give this a try. 💫📖
Profile Image for Nurien Aina Ahmad.
30 reviews1 follower
February 1, 2026
Sebuah Hikayat Merentas Masa

Di dalam sebuah gerabak kereta api yang misteri, berhimpunlah insan-insan yang datang dari zaman dan masa yang bersimpang-siur. Ada yang dari masa silam yang jauh berdebu, ada pula dari masa hadapan yang masih belum tertulis. Maka jadilah gerabak itu bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi suatu ruang yang merentas dimensi waktu dan takdir.

Buku ini bukanlah sekadar lembaran cerita, ia adalah suatu fantasi yang hidup, dihuni oleh roh dan jiwa dari pelbagai kurun. Setiap penumpang di dalam kereta api itu membawa harapan yang belum sempat diraih, cita-cita yang tertangguh, serta kisah hati yang belum selesai. Dan apabila tiba saatnya, mereka akan turun, masing-masing menuju takdir yang telah lama menanti.

Lembar demi lembar, kisah ini membawa saya jauh mengembara, merentasi sempadan dunia yang tidak tercapai oleh akal biasa.

Destinasi yang disinggahi kereta api ini amat luar biasa, ada yang indah bak syurga dalam mimpi, ada pula yang suram seperti bayang-bayang luka yang lama.

Di tengah-tengah pengembaraan itu, muncul Mawar, seorang gadis yang sedang menjejaki kitab yang telah diamanahkan oleh arwah ayahandanya. Tanpa disangka, pencarian itu menjadi permulaan kepada sebuah pengembaraan agung. Satu demi satu rahsia tersingkap, satu demi satu kisah terurai. Dan benarlah, sesiapa yang membaca hikayat ini pasti akan terkesima, bukan kerana fantasinya semata, tetapi kerana kebenaran yang tidak terjangka.

Maka tamatlah sudah sebuah kisah yang bukan sekadar cerita, tetapi cerminan jiwa manusia yang mencari makna dalam perjalanan hidupnya. Buku ini bukan hanya membawa pembaca mengembara merentas masa dan takdir, bahkan turut mengusik sanubari dengan harapan, kehilangan, dan erti sebuah pertemuan.

Sesungguhnya, tatkala helaian terakhir ditutup, jiwa ini masih tertinggal di dalam gerabak itu, menanti detik untuk turun, atau barangkali... untuk terus berjalan.
Profile Image for Afi & The Books.
22 reviews
Read
December 7, 2025
Membaca novel ini buat saya teringat filem The Polar Express; suatu perjalanan menaiki kereta api yang dipenuhi peristiwa - peristiwa menakjubkan. Cumanya, versi Osman Deen ini versi melayu dan masih ada keasliannya.

Pertama, tentang watak Awang Batil yang sentiasa mengheret kotak buku di stesen - stesen kereta api. Nama watak pun sudah ada vibe melayu. Kisah tentang Awang Batil ini diceritakan dengan bersahaja sehingga buat saya percaya (atau berharap) watak ini wujud di dunia nyata. Saya mungkin akan mencari-cari Awang kalau saya ada di stesen komuter/ lrt selepas ini. Ramalan saya juga tepat apabila saya meneka siapa Awang Batil sebenarnya...haha

Kedua, tentang prosa melayu yang menyerlah sepanjang pembacaan. Karya - karya evergreen seperti Menikam Kalbu dan lain-lain disebut dalam buku ini. Malah bagi watak utama, Mawar mencari jawapan ketika menaiki kereta api ini juga, beliau perlu membeli dan menjual pantun dengan Awang Batil.

Ketiga dan akhir sekali tentulah mesej besar yang saya dapat iaitu tiada yang lebih besar daripada perancangan kita melainkan percaturan Allah. Sepanjang membaca buku ini, walau apa pun hajat, tujuan dan destinasi penumpang kereta api ini, mereka akhirnya hanya menjalani apa yang telah ditentukan oleh Allah. Mesej seperti ini tidak lari daripada kita orang melayu yang beragama islam. Sebesar mana pun imaginasi kita tentang kereta api dan stesen perhentiannya, tentang dimensi masa yang menjangkau pemahaman manusia, saya tak dapat lari dari mengatakan andai semua cerita ini benar boleh terjadi, tentulah semuanya dengan ketentuan tuhan.

Sekurang - kurangnya, itulah yang saya fikirkan dan rasakan sepanjang saya merasa kagum dan teruja ketika membaca buku ini. Harap - harap jika ada sambungan, tuan penulis boleh memilih untuk bercerita tentang Awang Batil pula...
January 28, 2026
Ayah mawar last request for her on his deathbed is to carikan sebuah buku yang berwarna biru. Which Mawar don’t remember the title and the author.

Takdir menemukan Mawar dengan Awang Batil, which gave her a book(different one) when she was rushing to the hospital for the dad. Now she needs to find him back to help her in search for the book the arwah ayah requested.

So someone who went for the dad’s funeral (i forgot the name) gave her a train ticket and ask her to naik tren “Sinaran Hikayat: a tren yang merentas ruang dan masa” dan di sini she met two significant people which is Puteh and Kundang.

Puteh’s hajat is the meet her mom cinta hati tak kesampaian boyfriend. Since her mom died, she felt like no one is mourning her mom like she did and in meeting this stranger she can relate with him. The reason also she really want to go meet him because she nak sampaikan kematian mak dia to the ex. The mom would always bacakan buku given by the ex to Puteh. From here we can see that her mom’s ex is an author.

Kundang’s hajat is to finish off his manuscript.

Spoilers:
When Puteh was trying to meet the stranger on the Bangi Station. Ada lak mamat tengah sewel going on a rampage so this one stranger give her the Sinaran Hikayat ticket and push her into the train. From there her story start. (Found out that it was actually Kundang yang push her inside the tren)

I love how these people: Mawar, Puteh and Kundang has the correlation. Like love love love that. I also love that once they step out of the train, their memories tak hilang. love how this one insignificant mention of her dad living in an orphanage bringing this book back 180°. How the book is passed around through generations. And that actually her dad is Awang Batil all along.

This book world building is seriously the fucking best. Im so speechless. I read the whole book in just one night
This entire review has been hidden because of spoilers.
11 reviews1 follower
July 1, 2025
👜📘🌳🚞
Stesen Hikayat
Penulis : @osmandeen
Penerbit : @bukubookiut
🌟Infinity!!!!

🚞Pernah tak kita terfikir, ada sebuah keretapi yang mampu membawa kita pada gerbang magis, di mana apa yang kita hajatkan akan menjadi destinasi kita. Dan disuatu tempat, ada buah yang kita makan, selain mempunyai rasa yang enak, manis dan masam, juga turut membawa kita "mengembara" dan melihat cerita yang tidak pernah kita fikirkan. Juga pada pantai dan laut yang mampu membawa suara hati yang terpendam. Sungguh menakjubkan!

🚞Buku ini, it's a masterpiece, pada orang yang suka mengelamun dan membayangkan adanya 'magis' dalam hidup seperti aku.

🚞Perlahan-lahan kita dibawa menelusuri kisah Mawar yang mencari sebuah buku atas permintaan ayahnya. Magis demi magis disantapkan untuk pembaca yang mudah terbuai seperti aku.

🚞Aku sangat sukakan suasana ceritanya yang sangat detail memandangkan aku adalah pembaca yang suka membayangkan scene setiap cerita di dalam sebuah novel.

🚞Stesen Hikayat ini membawa aku mengalami sendiri beribu perasaan. Aku menangis, kadang ketawa, tapi lebih banyak teruja dan tergamam! Ceritanya terlalu sempurna.

🚞Segala tempat dan kejadian di dalam buku, seolah-olah membawa aku sekali di dalam cerita Mawar dan sahabat-sahabatnya yang berada di dalam keretapi Sinaran Hikayat. Plot twist nya sangatlah mengejutkan aku😭

🚞Terasa begitu cepat habisnya kisah ini🥲Aku masih mahu berada di dalam keretapi Sinaran Hikayat ini, masih mahu merasai dan membayangkan indah-indah setiap jelajahan yang ia bawa kepada pembaca🥹

🚞Tahniah buat penulis! Ini bukan hanya sebuah kisah, ini ialah sebuah 'tempat' untuk 'lari' seketika daripada dunia yang penuh cabaran🥹

🚞Terima kasih kerana berjaya menyajikan hikayat ini dengan sempurna💞

#yatibaca #stesenhikayat #osmandeen
Profile Image for Liana Taj.
31 reviews1 follower
August 9, 2025
Sudah lama saya tidak mengalami perasaan 'tak boleh letak buku'. Tapi buku Stesen Hikayat berjaya membuatkan saya terus membaca tanpa henti.
Buku ini mengingatkan saya kepada sebuah filem fantasi waktu kecil saya iaitu The Polar Express yang ditayangkan pada tahun 2004. Tetapi Stesen Hikayat membawa saya ke alam yang lebih dekat dengan saya kerana berlatarkan tempat-tempat di KL/Selangor dan berkaitan dengan kecintaan kepada buku.
Buku ini mengisahkan tentang Sinaran Hikayat, sebuah kereta api misteri yang hanya dapat dilihat dan dinaiki oleh insan terpilih. Setiap stesen yang disinggahi membawa cerita, kenangan dan pelajaran hidup yang tersendiri. Kereta api ini juga mempunyai peraturannya yang unik dan perlu dituruti oleh setiap penumpang.
Saya sangat menyukai beberapa tema yang diketengahkan dalam buku ini seperti kesetiaan dalam cinta, erti kekeluargaan, persahabatan,keindahan alam semula jadi dan kehilangan insan tersayang.
Semua tema ini disulam dengan begitu baik dan penuh penghayatan. Tahniah buat penulis.
Antara stesen yang sangat saya ingin lawati ialah Hutan Lipur Lara dan Sungai Cereka. Saya bayangkan betapa tenang dan damainya kedua-dua tempat ini.
Dan yang paling saya suka, buku ini dipenuhi dengan 'plot twist' demi 'plot twist'. Setiap watak ada rahsianya yang tersendiri dan setiap satunya didedahkan dengan kejutan yang tidak disangka-sangka.
Bagi anda yang sedang mencari karya fantasi tempatan yang unik, Stesen Hikayat ialah pilihan yang sangat tepat.
Pasti tidak menyesal selepas baca buku ini. ❤️
Oh ya, antara punca saya tertarik untuk beli buku ini juga adalah kerana kulit bukunya cantik dan 'sprayed edges' yang menawan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Adila Adriana.
22 reviews
February 18, 2026
Kulit buku yang sangat cantik dan magikal. Warna biru langit dan gambar kereta api terbang menambahkan seri pada kulit buku yang menawan ini. Saya juga rasa tertarik mengenai jalan cerita yang unik iaitu tentang kereta api ajaib disertai hikayat setiap seorang dalam naskhah ini. Jalan cerita yang unik, magikal dan ada unsur ala-ala studio ghibli buatkan saya semakin ingin menyelak halaman yang seterusnya. Gaya dan lenggok bahasa juga bagus serta mudah difahami. Cukup indah untuk buat kita rasa terbang sekali dalam Sinaran Hikayat itu.

Kisah ini adalah tentang seorang gadis bernama Mawar yang baru kehilangan orang yang tersayang iaitu ayahnya. Mawar ingin menunaikan hasrat terakhir ayahnya dengan mencari sebuah buku berwarna biru yang misteri. Pencarian itu membawanya bertemu dengan Awang Batil dan menaiki Sinaran Hikayat. Sebuah kereta api yang merentasi ruang dan masa. Disinilah keajaiban bermula bersama Puteh dan Kundang.

Setiap stesen yang mereka berhenti ada magisnya tersendiri. Misalnya, Pantai Kotak-Katik Kata. Bukan seperti pantai biasa tetapi pantai itu hanya ada duka dan masa lalu yang menikam diri. Angin yang bersiul adalah suara hati yang terpendam. Tetapi kalau hati tidak kuat, akan lemas dalam duka masa lalu di pantai itu.

Di penghujung cerita ada plot twist. Semasa membaca saya boleh rasakan bahawa Awang ini pasti ada kaitan dengan mereka semua. Awang, bukan sekadar seorang penglipur lara yang membawa sebuah hikayat dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Tetapi, dia juga mempunyai hikayatnya sendiri yang memerlukan jawapan kepada penamat kisahnya itu.

Akhir kata, naskhah ini unik dan magikal. Kepada mereka yang meminati vibe ghibli, magikal dan fantasi, saya sangat sarankan buat mereka yang inginkan keajaiban.
Displaying 1 - 30 of 69 reviews