Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ikon Syabab

Rate this book
Golongan pemuda bukanlah golongan yang calang-calang. Gelegak darah muda mereka mampu mengerakkan dunia. Siapa pemuda kita pada hari ini, menentukan bangsa kita di hari esok. Ingatlah, masa muda akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Ikon Syabab menceritakan tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat dan mengatur strategi untuk mencapainya. Tokoh-tokoh ini layak menjadi ikutan remaja Islam. Terutama dalam menjalani masa-masa muda yang penuh dengan rayuan hawa nafsu dan bujukan syaitan. Jom kenali pemuda Islam berjiwa besar seperti Yahya bin Yahya, Imam Malik bin Anas, Imam al-Bukhari, Arthaah bin Munzir dan ramai lagi. Kisah-kisah mereka yang dipaparkan dalam buku ini pastinya bakal memberi inspirasi.

140 pages, Paperback

First published March 1, 2014

4 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Umar Muhammad Noor

15 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (66%)
4 stars
10 (25%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
January 24, 2015
Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, sebuah buku yang sangat memberi motivasi dan inspirasi. Terasa malu apabila membandingkan profil anak muda di dalam buku ini dengan diri sendiri.

Para ulama dahulu sangat menjaga masa, adab dengan guru dan sangat mencintai ilmu. Setiap masa menuntut ilmu bagaikan tiada lagi hari esok.

Bukan sekadar mengandungi biografi para ulama tetapi penulis bijak memikat pembaca dengan tarbiah, tip dan motivasi. Gaya penceritaan yang santai sesuai dengan aras pembaca. Sangat disyorkan membaca buku ini. Semoga kita lebih bersemangat tinggi menuntut ilmu dan menghafaz al-Quran. .

Antara tokoh yang diceritakan ialah Yahya bin Yahya yang digelar oleh Imam Malik sebagai "Tokoh Cerdas Dari Andalus".

Pada suatu hari ketika majlis ilmu Imam Malik bin Anas lalu seekor gajah (haiwan yang jarang terlihat di negara Arab). Kebanyakan murid bangun dan melihatnya kecuali beliau.

Selesai majlis, Imam Malik bertanya mengapa beliau tidak melihat gajah? Jawabnya, aku keluar dari negeriku untuk belajar adab dan menuntut ilmu denganmu bukan melihat gajah. Imam Malik berasa kagum dengannya.
Masya Allah.
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
January 6, 2018
Sebuah naskhah ringan, namun sarat dengan kisah beberapa orang pemuda ilmuwan pada zaman kegemilangan Islam yang membawakan seribu satu pengajaran, khususnya buat pedoman remaja dan belia pada masa ini supaya terus kekal fokus dan bersemangat dalam musafir ilmu ini.

Bacalah kisah-kisah orang soleh. Insya-Allah, padanya terdapat keberkatan yang sangat perlu untuk kita miliki. Kalian mencari tonik jiwa yang berkesan bagi mengubati penyakit malas, lemah semangat, atau futur dalam menuntut ilmu? Karya ini adalah satu penawarnya yang mesti kalian miliki!
Profile Image for Ismail Isman.
55 reviews3 followers
March 30, 2016
Buku yang sangat menarik yang difahamkan merupakan artikel-artikel yang dicoret pengarang, Ustaz Umar Muhammad Noor.

Buku yang menyentuh isu-isu remaja dan menuntut ilmu yang berkaitan. Penulis mengambil contoh-contoh para ulama silam yang merupakan nama-nama besar dalam agama Islam semisal Imam Nawawi, Imam Bukhari, Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Al-Ghazali rahimahumullah. Para ulama ini diambil kisah zaman muda mereka dan disampaikan penulis dengan gaya yang lebih mesra pemuda.

Buku yang sangat baik untuk dihadiahkan kepada para pemuda.
Profile Image for Shah Abdullah.
44 reviews8 followers
October 11, 2014
Buku ini amat sesuai digunakan oleh ibu bapa mahupun para pendidik dalam melahirkan anak-anak muda khususnya para remaja menjadi Syabab yang menegakkan Islam.
Profile Image for Ruqaiyahq.
30 reviews
April 30, 2015
thanks ustaz hamidi for suggesting this books .
SYABAB ialah pemuda :)
1 review1 follower
July 13, 2015
Nice. Membuat kita lebih mengenal dan sedar bahawa ramai tokoh yang patut dan wajar dicontohi.
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
October 25, 2015
Buku yang sesuai untuk dihadiahkan kepada golongan remaja dan pemuda untuk dijadikan panduan menjadi pemuda yang unggul.
Profile Image for Mohamad Fuad.
Author 7 books70 followers
Read
December 3, 2015
Bahasa yang mudah difahami, disertakan sumber rujukan dan bentuk penulisan yang ringan. Sesuai untuk remaja dan juga orang dewasa yang berkeinginan mengenali tokoh-tokoh ulama silam dan salafussoleh
Profile Image for شرقاوي روسلن.
10 reviews
February 2, 2017
Buku ini memberi panduan kepada para pemuda yang sinonimnya sebagai penuntut ilmu, bagaimana mengharungi zaman muda sebaik-baiknya.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
November 2, 2014
manfaatkan masa muda kita untuk menghadam ilmu sebanyak yang mungkin.... :-)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.