Kita tidak akan dapat lari daripada mereka. Ke mana sahaja kita pergi, di mana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita lakukan, mereka tetap akan ada bersama. Adakalanya mereka duduk bertenggek di lubang hidung tanpa dihidu, berpaut pada kelopak mata tanpa dilihat atau membisikkan sesuatu pada telinga tanpa langsung kita sedari. Mereka ada di dalam udara yang kita hirup, dalam air yang diminum dan dalam makanan yang ditelan. Malah mereka sudah hidup di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan ke dunia. Mereka adalah raksasa halus yang sentiasa ada bersama kita tanpa mengira masa dan berupaya menggunakan manusia demi keuntungan mereka. Mereka; adalah parasit mikro iaitu bakteria, virus, fungus dan protozoa yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar melainkan dengan bantuan lensa mikroskop. Selalunya mereka akan hidup tanpa menghiraukan kita, tetapi apa yang akan terjadi jika mereka merasuk tubuh dan mula bermaharajalela?
Bolehkah buku ni dikatakan genre sci-fi? Aku tak pasti sebab ini bukan genre yang aku minat tapi membaca tulisan penulis ni betul-betul mengujakan.
Ps: Kredit penulis.
Full review: 23/01/19
Pertamanya, aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini bukan kerana isinya ya. Ia kerana kecuaian sendiri yang selalu tertinggal buku kecil ni haha.
Keduanya, kerana konsep membaca buku ini lebih kepada on-the-go, jadi banyak terms/jargon yang aku tak sempat tilik kat pakcik Google. Haih, nak kena ulang balik baca ke apa ni?
Tapi, keseluruhannya aku suka dengan kesemua 14 cerita pendek dalam buku ni. Surprisingly, sebab memang bukan genre yang aku minat. Mangga & Penjajahan Dunia tu sangat scary okayyy. Nampak cam isu kecil tapi efeknya? Kena baca sendiri ya! Dan, kerana buku comel ini juga aku rasa semua tempat kat rumah tu kena di-dettol-kan.
Ps: Mungkin lepas ni, aku kena lebihkan lagi genre sebegini dalam gobok. We try ya, go go Cherina!
Reading Biohazard will result in you now thinking about every move you make, every inch of anything you touch/eat/breathe in and could possibly turn you into a germaphobe. A compilation of short stories revolving around viruses and diseases-related, this book is also a collection of my worst nightmares.
While some of the stories could sound preachy, Kushairi did a really good job in mixing the science up with real life anecdotes, to make sure we can relate. My personal favourite was Mangga & Penjajahan Dunia, sure to terrify you in drinking anything, really.
Saya fokus pada tema yang dibawa. Penulis berjaya membawakan sains mikrobiologi dalam bahasa yang mudah. Mengaitkan apa yang dipelajari dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling, satu idea yang menarik dan patut diteruskan.
Mungkin penulis boleh baiki dari segi jalan cerita. Sesetengah cerpen boleh diteka endingnya bagaimana. Tidak terlalu mempunyai kepelbagaian. Tetapi masih tak menjejaskan keenakan dan keseronokan keseluruhan buku ini.
Kerja yang bagus :) Menunggu buku seterusnya. Jangan putus asa, ayuh gemilangkan kembali penulisan sains fiksyen negara ini.
Satu, penulisan yang sangat kreatif. Dua, banyak sangat banyak istilah-istilah biologi mikro yang digunakan dalam naskah ini. Watak-watak mikro dalam naskah ini sangat hidup, berfungsi dan sangat berpengaruh menjadikan pembacaannya tidak bosan dan banyak kejutan. Sangat2 teruja dgn penulisan yang matang dan berinformasi sebegini. Tahniah.. 4 bintang bersinar-sinar
Penulis menggabungkan isu-isu sosial bersama isu-isu perubatan dan menjadikan naskah ini sebagai wadah ilmiah yang saya kira separa santai. Separa santai bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan sains mikrobiologi yang mendalam, pembaca sebegini harus rajin membuat carian sendiri berkenaan perkara yang kurang difahami.
Namun bagi saya, pencarian yang dibuat adalah satu keseronokan dan timbul minat baru untuk membaca lebih lagi karya sains fiksyen sebegini. Gimik sampul dengan logo "Infectious Substance" adalah antara sebab saya berminat dengan antologi cerpen biohazard, biarpun hal ini melanggar prinsip saya menilai buku dengan luaran kulitnya.
Diharapkan penulis boleh menyelitkan "element of surprise" dan meninggalkan sedikit tanda tanya yang hanya terjawab di akhir pembacaan. Hal ini disebabkan oleh, saya mampu meneka sesetengah cerita berdasarkan tajuk dan awal pembacaan. Pembaca seperti saya mungkin mudah bosan apabila disajikan penulisan yang dikira ada "spoiler" di awal cerita.
Penulisan kreatif adalah unik, tidak seperti penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah memerlukan kesinambungan yang jitu dan hujah-hujah yang tepat untuk menyokong pendapat. Penulisan kreatif adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana skema, bergantung kepada imaginasi penulis dan pembaca. Harapnya, dalam penulisan yang akan datang, penulis boleh mempertimbangkan perkara ini. Maaf jika ada yang tidak bersetuju dan kurang senang, namun teguran ini adalah ikhlas untuk penambahbaikan.
Syabas kepada penulis yang mengadun isu agama, isu kesihatan, isu politik dengan halus dan tersusun dan berjaya menghasilkan plot-plot yang realistik biarpun agak cliche. Namun peringatan sebegini yang harus diulang-ulang cerita kerana masih lagi berlaku pergaulan bebas, kepercayaan karut, kurang prihatin terhadap kebersihan diri sehingga mengakibatkan kerosakan pada diri manusia.
The 5 essential values of life: nyawa, agama, akal, maruah dan harta menjadi keutamaan untuk kita lindungi. Itulah yang saya sering fikirkan bila membaca antologi ini. Akhir kata, semoga diteruskan lagi menulis dan tampil dengan karya-karya baru yang bermutu.
Ramai orang yang saya kenal, khususnya rakan-rakan sepengajian di Universiti Mansurah, ramai yang berbakat dalam bidang penulisan. Cuma penulisan mereka lebih berkisarkan isu politik, agama, motivasi dan travelog kehidupan.
Jarang saya menemukan pelajar perubatan, terutamanya di lokaliti saya, yang mampu menulis tentang apa yang dia belajar, tidak kisah samada artikel ilmiah mahupun lain-lain bentuk.
Gambar naskhah Biohazard terpampang di laman utama Facebook saya, tulisan seorang yang tidak asing lagi di bumi Mansurah ini. Tajuk antologi cerpen ini mengingatkan saya pada permainan video 'zombie' yang terkenal, Resident Evil (Biohazard di Jepun). Meneliti kulit, secara kasarnya cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku ini mengetengahkan beberapa spesies parasit dan mikroorganisma sebagai tema.
Secara peribadi saya suka tema yang dibawa, memandangkan saya juga menggemari subjek Parasitology (subjek mengenali 'pokemon' :P). Penulis berjaya mempersembahkan fakta-fakta perubatan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami umum, walaupun tidak total. Analogi-analogi digunakan untuk menerangkan bagaimana sistem imuniti manusia melawan pencerobohan anasir-anasir asing. Pada masa yang sama, penulis juga menyelitkan isu umat Islam, gejala sosial yang melanda masyarakat, serta kesedaran untuk menjadi muslim yang praktikal.
Cerpen yang paling dekat di hati saya ialah 'Revolusi Gastrik,' kerana semasa saya membaca helaian-helaian terakhir buku ini, saya sedang menahan sakit akibat makan lewat dari biasa (gastrik menjengah :P). Cerpen ini juga mengenang kembali revolusi yang berlaku di bumi pengajian saya yang penuh suka dan duka.
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan percubaan pertama saudara Kushairi ini, meskipun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Semoga penulisan ini dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar perubatan lain untuk mengkaji dan menghasilkan penulisan ilmiah tentang apa yang mereka pelajari di universiti.
"Antologi Cerpen Biohazard " tengok tajuk pun dan tahu kan ? kompilasi 15 cerpen dalam satu buku yang berkonsepkan microbiology yang sinonim dengan virus dan seangkatan dengannya .
Ada beberapa cerita yang deep gila . Ada yang lawak gila dan yang paling gila ialah aku sekali jadi gila waktu baca .
Dalam bebanyak cerpen dalam tu , favourite aku ialah "dialog parasit" sebab cerita dia daripada point of view parasit . cool gila kot dan dia reflect balik dekat kita sebagai manusia . Dan dengan baca buku ni , ia menambahkan lagi semangat berwawasan untuk dapat A+ dalam biology .
Dan pesanan penulis , "Jangan lupa basuh tangan sebelum makan . "
Strongly recommended! Setiap cerpen ada mesej-mesej tersendiri. Ada yang deep, yang kena korek sendiri, and ada jugak yang direct. Kalau tak dapat tangkap jugak mesej dia, tak tahu la. Analogi pun menarik dan mudah difahami.
Akhirnya aku berjaya habiskan buku tulisan sahabat aku ini. Jujur cakap aku tak berapa gemar Sci-Fi (aku masih terpegun dengan ejaan Sai-Fi lol) tapi buku ini sedikit sebanyak berjaya racun aku untuk terus membelek, page after page, till the end.
Cerpen paling aku minat dalam semua-semua cerpen aku rasa adalah 'Salah Siapa' dan 'Dua Bidadari'. Gaya penulisan Kucai secara keseluruhannya bersahaja sambil menyelitkan informasi tentang Mikrobiologi&Immunologi membuatkan orang yang tiada asas dalam Ilmu Sains Kesihatan pun boleh layan buku ini.
Aku rasa buku ini sesuai bagi yang baru nak berjinak dalam mengenal genre Sci-Fi.
Ada beberapa kesalahan ejaan or susunan ayat dalam buku ini, but that's to be expected for a début effort it was good enough.
I'm expecting better things to come out of Kucai's ever growing arsenal of word-play and story-telling. Selamat.