Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detektif Vampire #4

Detektif Vampire: Papan Ouija

Rate this book
“KAU BOLEH TANYA ‘DIA’ DAN ‘DIA’ AKAN JAWAB PERTANYAAN KAU MELALUI ABJAD-ABJAD YANG TERTERA DI ATAS PAPAN OUIJA.”

Suatu ketika dahulu, sebuah papan ouija meragut nyawa beberapa remaja sebagai korban. Dikatakan ia membawa sumpahan kepada sesiapa yang bermain permainan berunsur syirik itu. Bertahun kemudian, satu tragedi hitam menimpa sekumpulan ahli kelab ragbi, mengorbankan salah seorang daripada mereka. Sejak itu, Hairul, Ashrof, dan Shahril mula diganggu makhluk misteri yang memburu mereka selama empat belas hari. Dalam keadaan terdesak, Hairul mendapatkan bantuan Kelab Detektif Vampire untuk menjejak semula papan ouija yang telah hilang secara misteri.

Kes baharu dibuka. Hafiy, Bazli dan Anaqi perlu mencari cara untuk memusnahkan papan ouija itu sebelum ada lagi yang menjadi mangsa permainan maut tersebut. Banglo lama yang baru dibeli oleh ayah Hairul menjadi tumpuan siasatan kerana di situlah papan ouija itu mula ditemui. Di sebalik kisah papan itu, tersembunyi rahsia yang kelam. Aura hitam yang menyelubungi papan itu menyukarkan Anaqi menggunakan kuasa psikometriknya bagi mencari petunjuk seterusnya.

Kelab Detektif Vampire mula menerima tekanan dan ancaman penutupan setelah mereka berkeras mahu meneruskan siasatan kes itu. Namun, mereka sedar terlalu banyak yang dipertaruhkan untuk berpatah balik. Mampukah Anaqi dan rakan-rakannya menyelongkar misteri papan ouija hingga ke penghujung, atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya?

172 pages, Paperback

First published May 23, 2025

2 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
3 (50%)
3 stars
3 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for books.bintulu.
262 reviews7 followers
July 21, 2025
Julai 2025: Papan Ouija

⚠️ Jangan sesekali mendekati perkara syirik.
⚠️ Fikir dulu sebelum mencuba sesuatu.

Buku keempat dalam siri Detektif Vampire. Selepas cuti semester, pelajar kembali ke Sekolah Menengah Elit Cenderawasih. Namun kali ini, seorang pelajar telah terkorban selepas bermain dengan papan ouija di dalam stor sukan. Papan permainan itu ditemui di banglo lama yang dibeli oleh keluarga Hairul.

Papan ouija ini boleh menghasut sesiapa yang berdekatan untuk bermain. Hidup pemain juga akan dihantui oleh lembaga-lembaga menyeramkan. Dalam tempoh 14 hari nyawa pemain menjadi taruhan.

Cabaran besar bagi geng Kelab Detektif adalah untuk menghapuskan papan ouija tersebut. Selain tidak mendapat kepercayaan daripada polis dan pihak sekolah, pelajar lain turut tidak memberi kerjasama. Pengetua sekolah pula amat mencurigakan.

Anaqi terpaksa menggunakan kuasa psikometrinya dan Hafiy menterjemah sebuah buku yang mereka jumpa di banglo lama itu. Buku itu seakan manual kepada papan ouija tersebut dan mempunyai cara untuk melupuskan papan ouija itu.

🏚💀🏚

Siri kali ini membuat saya geram. Pertama, kenapa ahli kelab detektif tidak menghubungi ambulans apabila kawan mereka cedera? Kedua, dalam keadaan genting semasa final scene, boleh pula si Bazli ni tertinggal barang penting! Aduh, geram betul saya dengan Bazli ni!😤

Namun, perkara-perkara inilah yang menambah rencah dalam siri kali ini. Belum lagi ditambah dengan pengurusan sekolah, junior yang tidak jujur dan Asyrof dengan egonya. Saya berharap konflik Kelab Detektif dengan pihak sekolah akan semakin panas dalam siri seterusnya. Bertambah-tambah🔥

Kali ini banyak nasihat turut diselitkan. Saya melihat tema besar 'Remaja Suka Mencuba' dalam episod kali ini tidak jauh beza dengan remaja dalam kehidupan sebenar. Mereka suka mencuba perkara baharu namun ada yang memudaratkan.
.
Diharapkan dengan peringatan daripada buku ini, dapat membuatkan pembaca berfikir banyak kali sebelum mencuba sesuatu yang baharu dan menjauhi sihir walaupun sekadar for fun.
.
Terima kasih @penerbitx untuk siri ini.
Profile Image for Amira.
38 reviews
September 23, 2025
Papan Ouija Review
Language: Malay
Suitable for: 14+
Reading pace: Fast

Physical copy, courtesy of PernerbitX, thank you 😄.

From the title itself, we know the next case that the boys needed to solve was, a bunch of kids messing around with the ouija board. This time around, we receive familiar names which was in the Bloody Mary book - Ashrof, Hairul & Fahmi. Even though Ashrof was one of the students that got hidden in the mirror by Bloody Mary, he still had his egoistic manner towards Bazli & the club. In my mind, having hidden by the ghost and you're still pathetic afterwards? I mean, some people never change then 🤷‍♀️. But it took the worse turn for him & his gang when they decided to play around with the ouija board.

My thoughts:
This novel is more action-packed compared to the rest of the books. I'm a sucker for horrors, so the mentioning of a creepy old lady in white with white long hair, pocong, and the famous 'mawas' jinn is something I'm familiar when I was younger. So, I find it nostalgic as I used to listen to creepy stories from my cousins who stayed in boarding school. Ahh good times 🤭 (listening to it not actually experiencing it 🤣). Please, I would never want to see these creatures because they're the most ugly-horrified-looking being on earth.

I enjoyed reading the fights between the boys and the jinns. However, as much as I wanted to enjoy reading, I couldn't. The amount of grammar errors & typos were a huge turn off for me that I had to put it down several times 🫤. One of the reasons why I got the reading & review delayed. This story could've been read & reviewed in a day. I hope the proofreader can check this through. Some of the errors are mispelled words (typo) like ouija becomes puija, as the letters are close to each other on they keyboard. Aside from the action-packed, getting closer to know Anaqi's bloodline and the E.D.E.N's organisation, if it wasn't for the errors, this could've been an enjoyable read.
Profile Image for Nad.
378 reviews
July 4, 2025
Masih tertanya EDEN ni misi dia apa? Nak untung ke nak create more people to become killer?
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.