Pergolakan tercetus dalam pasukan bola sepak Amer apabila pihak sekolah telah bertindak melantik jurulatih baharu – seorang guru dari sekolah lain. Beberapa isu timbul apabila jurulatih itu bertindak memasukkan anaknya sendiri ke dalam pasukan dan menggugurkan pelajar lain. Tindakan ini telah menimbulkan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli pasukan.
Demi memulihkan kembali semangat berpasukan yang telah retak, pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sentol Patah telah dihantar ke kem latihan di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Bagaimanapun, tragedi tiba-tiba terjadi. Mereka telah disapa penunggu kawasan itu.
Amer merasakan ada sesuatu yang tidak kena, sepertinya bencana yang menimpa pasukan bola sepak sekolahnya itu berkait rapat dengan seseorang dari dalam pasukannya sendiri. Angkara siapakah yang menjadi penyebab kekalutan itu berlaku? Mampukah Amer menyelamatkan rakan-rakannya daripada amukan jin hutan?
Genre seram-thriller begini bukanlah kegemaran saya namun karya sebegini menyeimbangkan genre yang boleh dibaca. Kisah seram-sadis pelajar sekolah yang diburu jin puaka akibat sakit hati dan kejahatan hati manusia.
Hanya yang berilmu dan terisi dadanya dapat menepis gangguan makhluk penyesat manusia dan menyelamatkan kawan-kawan yang lain.
Permulaan bab masih tiada misteri sehinggalah insiden ketika mereka dalam pasukan bola sepak sekolah bersama guru pengiring perlu mengikuti kem bina semangat di air terjun Sekayu. Panggilan telefon daripada Shah juga mula menjadikan cerita mula suspen.
Beberapa klu sudah ada dan terjawab di hujung cerita. Penceritaan yang menarik dan merungkai persoalan tentang tragedi yang berlaku di air terjun Sekayu sehingga mengakibatkan salah seorang menjadi mangsa. Kesian jugak dengan mangsa tapi dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca supaya lebih menjaga tingkah laku.
Amukan Jin Hutan 🕸️ misteri 🕸️ seram 🕸️ thriller Level seram: 3/5 👻
Amukan Jin Hutan, buku kedua selepas Nenek Tua & Serigala dalam siri Amer Si Eksorsis. Unsur mistik serta gangguan makhluk halus menjadi elemen utama. Pertama sekali, buku ni bukan jenis buku yang buka je muka surat pertama terus seram. Cerita dia bermula dengan nada ringan macam konflik dalam pasukan bola sepak sekolah, ego remaja dan sebagainya. Bila masuk part tengah-tengah baru rasa macam tak sedap hati. Haih nasib baik la saya dah tak duduk asrama, takut pulak nak pergi tandas malam2 lepas scene tu… 😭💔
Lepas tu kan, saya tak expect langsung siapa yang sebenarnya ‘punca’ kekacauan tu. Punya la confident tuduh sorang watak tu dari awal. Siap buat teori sendiri dalam kepala. Sekali bila masuk part pendedahan… lahh engko rupanya punca. Mujur ending buku ini jawab persoalan sayaaa 😭
Buku ni sesuai untuk untuk sesiapa yang nak cuba genre seram. Sesuai jugak untuk pembaca muda. Walaupun ada unsur seram dan misteri, yang paling lekat di hati sebenarnya ialah ikatan antara watak-watak. Especially Amer dengan sepupu dia, Haikal. & sekarang diorang dah ada ahli baru! Hehheehehhe
Siapa dah baca? Kalau belum, you can get your copy dekat @penerbitx 👻