Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelindung Bidadari

Rate this book
Leftenan Komander Fattah Zabran, dia telah difitnah oleh adik tiri sehingga menyebabkan dia dihalau oleh ayah yang selama ini sangat menyayanginya. Dek hasutan keluarga tiri dia disisih ayah kandung.

Fattah Zabran membawa diri ke Kampung Teluk Sena tetapi nasib malang telah menimpanya, apabila dia difitnah lagi. Kali ini dia difitnah merogol Najah Umairah. Kerana perasaan kasih dan kasihan, Fattah Zabran menikahi Najah Umairah.

Tak pernah langsung mengenali satu sama lain tetapi mereka perlu hidup bersama. Fattah Zabran tekad memburu manusia durjana yang telah merosak hidup Najah Umairah. Beribu dugaan yang hadir, Fattah Zabran tak akan pernah putus asa memikat hati Najah Umairah yang pemalu.

719 pages, Hardcover

Published February 1, 2025

About the author

Miss Mysterious

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (20%)
3 stars
3 (60%)
2 stars
1 (20%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,077 reviews200 followers
June 25, 2025
Bila F baca balik review ini, F rasa review ni paling sopan F tulis.

Masa ordered hardcover ni tertarik beli sebab kena "racun" gan readers lain.

Habis je quantity untuk hardcover tup² ada softcover version white.

Frust la jugak sebab dustjacket hardcover F tak berkenan sangat... cam ukiran orang dulu²

Tapi bila selak hardcover ni, F tertarik dengan ilustrasinya. Smart, cantik.. handsome. Setiap kali selak ada je ilustrasi yang lawa². Kira worth it la beli hardcover.

Karya ni terbitan penulis... typo itu adalah few.. takda tanda soalan, ayat yang buat kita keliru. to me normal-lah. F takda fussy sangat pasal typo ni. Just bercerita 😊

Okay kita cerita pasal karya ni pulak. Baca prolog tu F rasa takda feel. Sebab Najah baru lepas kena rogol, dicampak ke dalam semak. Bila perempuan kena rogol, biasalah akan ada perasaan trauma. Nie Najah agak relax.

F baca lagi.. F boleh rumuskan Najah ni kuat sebab Fattah. Najah pernah kelar tangan dia, Fattah yang beri semangat. Najah punya trauma ni tak teruk macam watak² lain yang F pernah baca. Macam F cakap Najah agak relax hadapi dugaan yang menimpa dia.

Fattah ni watak dia memang greenflag. Memang sesuailah tajuk Pelindung Bidadari sebab Fattah sentiasa ada bila Najah kena hina.

Bakal mak mentua tak jadi tu selalu menghina Najah sebab fikir Najah aibkan keluarga dia padahal Najah ada musuh dalam selimut.

Karya ni adalah jugak scene aksi but sorry penulis F tak amik port sangat. F lebih curious tentangkisah Najah dan Fattah.

Pendek kata family Fattah ni especially atok nenek dan adiknya memang mempunyai hati yang baik. Berbeza sungguh dengan character ayahnya.

F suka perbualan atok nenek & Farisa. Ceria je. Tersengih² jugaklah baca. Tu pun lagi scene kena kejar angsa & tundukkan angsa. Macam² diaorang ni

Ayah Fattah ni F ingat insaflah bila dah sakit tapi ermm cemburu sampai buat sesuatu yang tak baik. Kesian lak watak dia jadi jahat. Ingatkan happylah dapat berkumpul 1 family ramai².
Profile Image for Antheryna.
13 reviews1 follower
September 8, 2025
Buat yang tertanya-tanya macam mana penulisan author ni,

Ayat dia macam laju, pendek dan banyak tiba-tiba. Rasa macam berlari. Penat nak baca. Bila baca rasa macam laju aje. Dah try slow down, tapi tetap laju.

Indah khabar dari rupa. Banyak sangat kesalahan ayat. Contohnya, 'favorite, savior, pelahan'.

Tak ada tanda soalan. Penggunaan tanda baca yang salah.

Sorry to say, penulisan tak kena dengan jiwa. Senang kata, tak sampai/feel. Jalan cerita okey sahaja.

Maaf, cik penulis. Harap boleh improve untuk next karya.

To author: Tolong hire editor/proofreader untuk semak balik novel ni
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.