Insan yang sama, berikan Ivy dua pengalaman berbeza.
Dengan Adha, Ivy pernah mengecap bahagia. Dengan Adha juga, Ivy pernah jatuh ke jurang derita. Apabila cinta tak lagi sama, dan yang tinggal hanyalah luka yang tak terubat.
"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku!" - Adha.
Empat tahun berlalu, kebencian menjadi tembok yang memisahkan mereka. Tiada pilihan selain melukai, meski hati sendiri hancur berkali-kali. Namun, saat takdir mempertemukan semula dan rahsia demi rahsia mula terbongkar.
"Ivy, I minta maaf." - Adha. "Mati hidup semula pun, I takkan buatlah!" - Ivy.
Mungkin Adha lupa... Sekali Ivy benci, selamanya dia benci. Tapi benarkah hati Ivy sekeras itu?
Ikuti kisah suka duka mereka dalam, Ivy.
"Perfect view, with a perfect person, will make a perfect moment."
timeskip cerita ni banyak sangat so jump scene yang terlalu sudden jadi kureng and ke arah ending pon terasa rushing. geram betol dengan keputusan Adha tu and tak consistent for me sebab dari awal dia kenal Ivy tu macam mana so bila once dia buat keputusan mendadak mcm tu i rasa maghoh sebab macam bukan Adha haihh at least i harap ada la execution and explanation kenapa dia terus melulu buat mcm tu tapi takdeee buatkan watak Adha ni terus jadi unlikable
i puas hati bila Ivy tak senang senang maafkan dan terima Adha sampai melutut dan menangis Adha dibuatnya kita lurvee grovel man tapi i rasa Adha patut menangis air mata darah kot baru i puas hati sebab geram sangat la dgn dia ni😭 valid semua yang Ivy cakap and rasa. patut buat more scene Adha grovel and tunjuk more effort instead of timeskip. scene diorang bertekak dan bergaduh depan Isma tu pon i geram, as parents yang dah mendewasa patutnya rasional la tak gaduh depan anak. kesian Isma, i ni dah la tak boleh bila cerita ada anak kecil mcm ni. nangis bila baca dialog Ivy pasal Isma sebagai seorang ibu hugs Rose Ivy🥺
Ivy pon satu geram jugak, dah bersuami pon batas dengan Luke dan Jazz takde la jaga mana. i macam tak boleh nak fikir logik dah tahu isteri orang tapi boleh lagi tak rasa bersalah keluar dengan lelaki lain tanpa Adha. memang la kawan lama tapi you should respect Adha and knows the boundaries as someones wife. Pertama kali i boleh terima la dia keluar tak bagitahu dengan siapa tu tapi dah bila kali kedua takde rasa bersalah gakk hmmm tu la nak dijadikan cerita en and oh sedikit sakit mata kalau obvious grammatical error. sekali faham tapi i rasa tiga ayat ulang error yang sama. the line "He/She dont deserved."
i mengharapkan ada scene Datuk Haliza dan Ivy lagi. development dalam relationship diorang before cerita berakhir tapi sedih takde. diorang ni instant love jugak tapi sebaik la i okay je dengan build upnya. i dah risau dah kahwin bahagia awal sangat tapi belakang tebal lagi. rupanya melo dan angst menunguu😔
apapon Ivy still hooked me in every page, ofcourse every story from akyelrahim i akan baca. moga banyak lagi cerita angst dari penulis hehe
Kali ni best pulak. Best gila. Melodrama gitu. Jgn tertipu la dgn cover hijau tu. Jalan ceritanya penuh dgn liku-liku kehidupan. Ahmad adha yg mulanya hijau bertukar jadi jingga lps sesuatu konflik terjadi.
Kesian ivy. Ujian tak berhenti menimpa dia. Ya Allah mcm nak peluk dia. Watak antagonis dlm ni dpt balasan yg setimpal. Sempat jgk la aku nangis lps kejadian 4 tahun tu. Mak tak kuat nak klu melibatkan anak ni. Haih. Jangan risau happy ending
Klu korg suka genre melodrama. Novel ni utk awk. Sis Akyel kata pain dia 6/10 jgn percaya. Pain dia bagi aku la yg suka baca ni pain jgk la 10/10
penulisan sedap and macam biasa matang jadi jalan cerita jadi best and hooked teruk dari awal sampai akhir! takde satu bab pon yang bosan and this one is lowkey a page turner book for me🫶🏻 setiap scene ada je buat kita rasa “nak lagi nak lagiii”
hidup t20 yang kak akyel cuba perincikan dalam IVY felt so real and raw. betul dalam dunia ni wujud je orang kaya yang pergi umrah balik hari pon duit dia takkan luak. kak akyel pon tunjuk yang kerja Adha bukan sekadar perkataan ‘kerja’ sahaja and the details about his work matters! bak kata ivy bila tgok dalam drama memang nampak best jadi bos hakikatnyaaa… kak akyel dah portray in IVY that hidup Adha tu takla sesenang goyang kaki bila dapat title “boss”🤣 banyak benda dia kena recheck kuttt
their conflict (punca Ivy and Adha berpisah) is undeniably cliche. aku rasa nak benam kepala Adha dalam lautan pasifik. APA BENDA KO PERCAYA TERUS?! tapi knowing the insta-love trope includes in the story i rasa valid je la sebab walaupun diorang ada cerita pasal backstory masing2, diorang macam tak ‘kenal’ betul betul lagi. backstory ivy dengan perangai takda pedoman datuk jerry sumpah reminds me of Wen Yifan (cdrama The First Frost)🥹😭 her life feels like hurricane, semua kucar kacir but she’s so strong ya allah💔 if i tell her how i lived she’ll probably take it as a joke because she experienced something WORST lol. SUKA GILAAAAAA masa Adha grovel tu she stood up on herself tak bagi muka langsung dekat Adha untuk curi hati dia balik like SHE CLOCKED HIM SO BAD THERE YOU GO THERE’S MY IVYYY🙂↕️🫶🏻⭐️
awal2 tu i suka jugak Adha yang always lawan mulut dengan mama dia. my fav line from him is— “You act like my mother first, then I’ll act like that anak orang lain” brooo see what you did there? HOT. 🫦🫦 but… OF COURSE THERE’S BUT. mamat ni sumpah aku dah tercarut when that one ayat came out from his mouth (note: page 362). and the audacity of him to ugut Ivy lepas diorang jumpa balik 4 tahun kemudian?! oh my god this man never fails to test my patience dekat hujung2 cerita. i have to give credit to kak akyel for this—the grovel scene. in my gr rants ada cakap Adha kena melutut 10 kali dekat the firdt scene dia melutut, i never knew there’s another one coming. SUMPAH MY JAW DROP AND I GOTTA THANK KAK AKYEL FOR IT SHE REALLY NAILED THIS PART😭🫶🏻 in every second chance love novel memang WAJIB ada KNEELING GROVEL SCENE (if the ml buat salah)
for one fact, Jazz yang kasar tu nampak lagi rasional dari Adha yang buat keputusan melulu. Luke and Jazz played a very crucial role in Ivy’s life actually. I have to give them a honour mention sebab selalu ada dengan Ivy walaupun awal2 i sedikit sus dengan diorang yang tak jaga batas. ivy pun satu, pergi ikut masuk hotel gitu memang boleh cetuskan kontroversi la😑 some scenes awal2 yang ada Luke and Jazz buat i hesitate to trust them with Ivy sebab my gut feeling told me they’re not a good people but i guess this time i got it wrong. diorang baik je, cuma kalau konsistenkan lagi part tak pegang2 sesama mahram mungkin i akan lagi faham Ivy’s side. i have a lovehate relationship with Adha lepas nampak mesej dia bila Ivy buka phone dia balik. mixed feelings betul i dekat ending😭
memang dah mention Datuk Haliza akan uruskan Datuk Jerry tapi i think it would be better if there’s more elaboration and execution regarding that issue. Datuk Jerry tu bukan je ada masalah dengan company dia, diri dia pun bermasalah. even “problematic” is an understatement to describe Datuk Jerry’s character banyak lagi soalan dalam IVY yang tak terjawab. if it was executed longer, i would’ve gave a higher rating — 3.5/5🌟
- Ivy. Dibesarkan dalam ranjau onak dan duri. Hidup dari kecik sampai besar lain daripada orang-orang normal. Watak Ivy ni sangat kasihan tau. Setiap apa yang dibuatnya berbeza penerimaan salah dan betul. Saya suka part di ms 315. Valid. Cuma, ada situasi boleh dicantikkan lagi (& teguran mesra): (1) Ms 361. Sepantas kilat Ivy tepis tangan Luke. Kalau Adha tak datang, tak tepis ke cane? (2) Ms 344. Lepas ni boleh tak tolong hafal nombor suami. (3) Ingatkan Ivy tak pregnant sebab dia tengah nak exam 🥲. Takpalah benda dah jadi kan.
- Adha. Watak dia lemau sikit. Satu pesanan khas - crying, begging, and even kneeling mean nothing if you keep doing so 😭😭. Selepas jumpa Isma, saya rasa his efforts hanya setakat bare minimum sebagai seorang ayah tapi di ms 469 and onwards, saya berlapang dada. Boleh la Adha, lulus dah tu.
- Pertemuan Ivy-Adha. Terlampau cepat suka. Tak berani nak kata saya tak suka insta love bcs somehow the execution and description yang main peranan. Hangat, merona, jantung berdegup kencang tak kerap ada tak apa sebab pembaca sendiri tahu the love is in the air~💕. Tak perlu ayat berbunga. Cuma ayat yang terletak elok, sesuai bergantung pada cara olahan. Hulur dan sambut kata antara watak biar lagi catchy and interesting.
- Watak-dialog orang kaya dan bualan anak-orang tua rasa macam cosplaying.
- 4 tahun berpisah dan berjumpa balik cepat sangat. Gap tak rasa lama.
- I’m aware that Ivy dan Adha tengah tak ok tapi for some reason pleaseeee, elakkan bergaduh depan Isma. Budak-budak ni walaupun kecik tapi kadang dia faham dan ingat.
- Apa pun, saya memang ada soft spot dengan watak budak kecik. Bila masuk scene Isma je rasa sebak… rasa sedih…. rasa nak masuk dalam buku nak peluk dia….
- Ada sesetengah ayat memang tergantung eh???
- Pengakhiran Datuk Jerry agak simplified. Penerimaan Ivy untuk hidup semula dengan Adha pun sama. Perbualan bertiga, Datuk Seri Haliza dengan Adha dan Ivy patutnya ada sebelum cerita habis.
- Acceptable but not my fav. Konflik sangat ‘those’ Malay novel/drama-coded. FL hidup miserable. ML kaya (but rebellious). Mentua tak suka. Fitnah curang. Hampir dir*g*l. ML mudah lafazkan cerai tak fikir panjang. FL susah sensorang. Dan semestinya, ML tak tahu ada anak bersama. Repent. Grovel. Again and again. TAPI since ni buku Akyelrahim dan pada masa yang sama confirm tak melalut dan merepek bcs I put trust in her works. Jadi dengan 3 bintang, saya tetap nak baca from her (still eyeing Cerita Kita, Love Yours and many more in the future). *plus point, content penulis selalu menceriakan hari-hari saya hihi :3
- Sebelum ni, I needed to distract myself. Teringin nak baca buku yang ayatnya mudah, tak pecah otak fikir luar kotak. Tapi nak jugak layan drama orang bercinta. Nak rasa ada love and hate for that book. Then I chose Ivy, and no regret at all.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kali ni karya Akyelrahim more ke arah melodrama. But honestly, F tak sempat nak feel sedih sebab F terlalu busy sakit hati dengan perangai Adha.
Adha ni anak tunggal, pewaris empayar fast food. Disebabkan dia tak nak ikut arahan mak dia yang dominan tu, terus kena kickout dari company.
Ivy pulak, anak yatim piatu yang dijadikan anak angkat. Konon yelah pada Dato Jerry dan Datin Mel. Tapi hakikatnya, hanya untuk content... topeng untuk menutup & menagih simpati. Didera, dipukul, dihala dan dituduh cuba goda ayah angkat dia. Eh please, lelaki tua tu tak layak pun dapat title ayah.
Nama sebenar Zakaria, tapi dia bangga guna nama Dato Jerry. Typical lelaki tua gatal tak sedar diri. Wife dia pula? Seriuslah, takan tak sedar laki sendiri tu mata keranjang? But bini dia cam bodoh² je 🙈🤭
Adha & Ivy first jumpa dekat LU Mart. Adha teruja tengok Ivy makan ramen cheese. Tunyang Adha start tegur Ivy. Tak lama lepas tu dia terus melamar Ivy. Ivy pulak setuju. Fast love story but cute.
Everything was okay until Adha’s mum plan majlis untuk mereka. Time ni la Dato Jerry mula buat hal, especially bila Adha terminate kontrak dia.
Ivy kena aniaya giler² dengan mak Datin... kena halau, kena pukul, kena tolak atas jalan tar. Paling sadis, Adha outstation time tu and Ivy tak boleh contact dia sebab phone kena rampas. Literally stranded.
Ivy try cari Adha tapi tak ingat nombor dia. Luke & Jazz ajak dia pergi event in hope to find Adha. Baru je Ivy nak cari Adha, Dato Jerry datang seret Ivy, almost kena rogol. Nasib baik Luke muncul, eloklah bantai orang tua tu.
Part ni F paling geram...rasa nak hempuk je Adha. Instead of finding the truth, dia terus ceraikan Ivy. Seriously Adha? Katanya educated, tapi tak tahu nak selidik dulu? Nak tanya pun tak reti?
Ada satu part F geram dengan Ivy. Why so susah nak explain dengan husband yang Luke & Jazz tu kawan? Be transparent sikit. Minta izin nak keluar but tak cakap nak keluar dengan si kembar. Bila info pasal dorang zero, memang senang la Adha percaya fitnah.
Bab Adha melutut tu… haaa puas hati! Tapi F still rasa tak cukup puas. I nak tengok lagi sesi bertekak tu. Kasi burn sikit lagi!
Cuma masa dorang bergaduh depan Isma, kesian pulak. Budak baru umur 4 tahun, sure dia blur. Tapi nickname dia cute ya amat! Chuck! 🥰
Overall, F suka plot dia... intense, penuh emosi. ehh panjang lak review 🤭
Bagaikan daun Ivy yang menjalar, perlahan-lahan melilit dinding dalam diam, hidup seorang Ivy juga begitu—tenang di luar, namun dalam diamnya, dia terus mencari arah, berpaut pada harapan walau dunia tak selalu menyambutnya mesra.
Dunia yang mengajarkan untuk hidup berdikari, mencari hala tuju sendiri seperti daun ivy. Kehadiran Adha sedikit-sebanyak telah membuatkannya gembira. Namun, Adha juga membuatkannya derita.
Dapatkah Ivy hidup gembira semula atau dirinya masih terus terluka? __________________________________
My first impression towards this book "oh cover buku ni hijau, mesti hero dia sehijau cover ni." Tapi... tidak seperti apa yang kita expect. Hero buku ni ada hijaunya juga, namun ada juga kuningnya sedikit.
First few chapters, memang tidak dapat dinafikan yang ML memang hijau. Hijau betul yer, sehijau cover ni. 🙈 Dia punya act of service tu memang fuhh, A+! Walaupun Ivy tu kerja macam tu, tak ada parents semua, tapi Adha tak pernah judge pun. Even mama Adha pernah pandang rendah terhadap Ivy, Adha tetap backup Ivy.
Masa diorang kahwin lagilah, memang comel gila!! Tersenyum kita baca buku ni macam kerang busuk. Betullah orang cakap, bercinta lepas kahwin memang hits differently. Adha banyak tolong Ivy macam-macam. Memang husband material la orang kata!
Cumanya...bila dah kahwin awal ni, mesti akan ada dugaan dikemudian hari. Apatah lagi bila kahwin muda. Same goes with this book. Here's comes the pain...
Selalunya buku ii Kak Akyel yang kita baca semua cute, fluffy aje. Bila baca je buku ni, memang lain sikit. Dia banyak bermain dengan emosi. Sampai kita sendiri naik geram.📈📉📈📉
That one chapter tu memang kita terkejut beruk gila dengan ML dia. Like what?!?! Why dia buat Ivy macam tu? Kenapa dia tak percaya Ivy? Part ni memang kita emo sikit. Nak aje kita masuk buku, ceramah si Adha ni. Mana Adha yang hijau tu? Kenapa dia bertukar kuning pula? 😭
Bukan mudah ye jadi seorang Ivy. Sudahlah kahwin muda, tak ada parents, parents angkat pula tak suka dia. Memang banyak la dugaan. Tambah pula apa yang Adha buat dekat dia memang bertambah pedih hidup dia. 😭💔
NASIB BAIK ending dia, si Adha tu kembali hijau balik. Kalau tidak....
Overall, buku ni memang berjaya membuat saya berperang dengan emosi ye. Everytime kak Akyel tulis novel, memang nampak realistik gila cerita tu. Gaya bahasa yang matang, storyline yang realistik, and nampak hidup. ❤️
To kak Akyelrahim: lepasni buat la novel comel lagi, taknak dah novel pain sebab bila comel, comel sangat. Bila pain, pain sangat la pulak. 😭 Hehe gurauuu. Cedih la kiter tak dpt jumpe mase kat pbakl aritu. ☹️
Ivy - seorg budak 15 thun di halau oleh keluarga angkat.. die di ambil dri rumah ank yatim bukan utk di jdi kn ank.. tp content semata.. sbb parents angkat die ni org politik.. lepas die di halau kua umah, die keje kt kelab malam sbg waitress.. selama 5 thun..
Adha - anak tunggal yg hidup dgn mak nye yg dominan.. Tp die jenis relaxxx jee.. tk melatah pun..
Dorg berjumpe di LU mart.. mase tu Adha ternmpk Ivy mkn ramen cheese dn bau die menarik perhatian Adha.. dri situ dorg kenal n rapat..
Bile dorg kawin, Adha masuk balik dlm company mak die.. and batal kn kontrak ngn Datuk Jerry (ayah angkat Ivy).. mmg Datuk Jerry naik angin n plot something utk bals dendam kt Ivy n Adha..
Satu² ‘bukti’ dorg bgi kt Datuk Haliza, mmg terus percaya laa bulat².. Ivy trus kene nnt.. kwn² baik Ivy dtg tlg (Luke dan Jazz).. and of cozzzzzz Adha pn caya laa.. daa nk call Ivy tk bole.. die tk tau fon Ivy, mak Adha da rampas.. geram eh ngn Adha nie.. tk siasat lgsg trus bgi hukum..
After 4yrs Adha tagih balik kt Ivy.. rase mcm tk cukup bile tgk Adha melutut mcm gitu.. ptut buat lebih lgi… 🤭
Comelll nama pggilan Isma - Chuck.. ‘Chuck nak pegi kedai beli coklat, jelly, aiskrim.. semua Chuck nk beli bole?’ 🥹
This is just my personal view and apparently it was not my cup of tea.
I do not like this book.
1. This genre doesn’t suit with writer’s writing style. I love her previous books because her writing was santai and simple but went it applies on this genre and plot, it was a NO for me. Honestly, it was awkward but it was a brave act to write something that was out of her usual genre.
2. Personally, something is off with the trope(s) Insta Love and Second Chance. It could be a hit or miss but this one … I’m so sorry it was a miss. It feels rush and everything was out of control.
3. Adha was a 50% loser and short minded boy. Hear me out, he grew up with everything and yet refuse to take over his mom’s company???? Boy, you’re stupid. I’m so sorry but you ask for Ivy’s hand in marriage without a second thought and yet you refuse to be a CEO????????? What kind of man who is a penganggur ajak anak dara orang kahwin? But yeah, that also explains why he did not teragak to divorce Ivy just like that.
4. For his mom, I kinda had mixed feelings with her. She’s a basically just a rich almond mom who provides everything for his son except emotionally. But she’s not totally wrong tho.
5. Ivy, this one was a special case. So I assume that she does not know anything since she was being abandon when she’s only 15. I’m guessing she’s a bit jahil about everything because she didn’t get proper school, environment but again … she’s a bit stupid when she minta izin nak hangout but tak mention who she’s going out with. The reason was she forgot. OH GOD. YOU’RE EXCITED TO GO OUT AND HAVE FUN YET FORGOT THATT????? so i think Adha’s feeling and anger was valid.
6. The twins. They’re a good friend of Ivy who does not judge her at all. But yeah since they share the same placenta, they also share the same stupidity. Who the hell bring their friend (who they totally knew is a wife) to a hotel room????????????????????? I was speechless for that part. Oh god. Mana hormat kau dekat status kawan kau yang dah jadi bini orang??? God, you went schools abroad but yet stupid enough to pull this. I understood, as a good friend, when you saw your friend was miserable and kena belasah separuh mati, you need to cheer her up. BUT IS IT NECESSARY TO DRESS HER UP NICELY (SEXY) AND INVITE HER TO THE EVENT AT A HOTEL??????? I had enough of them when I read this part. I’m so sorry but they’re a bad luck to Ivy.
7. Adha was a total devil when he had the balls to ugut Ivy. What the fck is wrong with that man. GOD I HATE HIM. I REALLY HATE HIM. HE’S TOO PUSHY. The terms, a man who yearns is the man who earns do not applies to him ‘cause he was a total fck up man. Yes he grew into a matured person but honestly, with that stupid act that he pulls, he does not deserves the second chance.
8. The last part, that’s it??? Just like that she accept him again??? Ivy … It feels rush and somehow not enjoyable.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bermula dgn si Adha yg terliurkan ramen cheese, mulalah dia mengenali Ivy. Si gadis yg hidupnya sederhana. Bertahan dgn kehidupan sendiri dari pelbagai dugaan sejak kecil. Ada masa lucu juga melayan mereka ni. Comel dan manis gituu. All the way cerita pun smooth.
Mudahnya Adha buat Ivy jatuh cinta, semudah itu juga Adha buat Ivy bencikannya. Malangnya hidup Ivy bila dia kena hadap semula keadaan yg dia tak inginkan. Malah lagi teruk. Tiada siapa percayakan Ivy kecuali si kembar Luke dan Jazz. Saya suka betul watak kembar ni. Cara kembar sayangkan Ivy tu memang tersentuh.
Simple love story yg sedikit sebanyak mencuit tangkai hati. Hidup Ivy tak mudah tapi dia sangat kuat dan tabah. Watak dia tak lemah. Saya suka. Adha memang caring sanggup hulur tangan dan hati untuk jaga Ivy. Tapi langit tak selalunya cerah. Begitulah kehidupan. Best korang buku ni. Buat healing2 perasaan.
Cover buku ni patut tukar dari hijau kepada merah.
Saya tak salahkan Adha sebab dia juga mangsa keadaan tapi hurm kenapa akalnyaa terlalu pendek ?? Dia terlalu cepat membuat keputusan tanpa komunikasi dengan Ivy dulu ?
Buku ni best yaa. saya sejenis tak suka cerita sedih tapi memandangkan ni buku penulis fav saya, saya beli jugak hehe. selalunya buku dia saya baca sehari je dah habis sebab biasanya kisah kisah yang dia tulis comeel dan manis! macam minum air teh petang-petang sambil berteduh bawah pondok tengok sawah haa gituu
cuma kalini punya cerita buat saya terkedu. 3 hari untuk habiskan. banyak kali juga tutup buku tengok nama penulis. aku tak salah buku kan? memang ini kan penulis yang sama dengan kimia, heliophile and lain lain tu? sah memang penulis yang sama😭 saya terkejut sebab kisah kalini nampak lebih matang.
okay enough sembang pasal penulis, kita masuk tentang buku. buku ni mengisahkan tentang Ivy seorang anak angkat yang diangkat oleh datuk jerry (org ternama) yang sebenarnya nak naikkan imej dia je. niat untuk jadikan ivy sebagai anak angkat bukanlah niat utama dia. dia hanya jadikan ivy sebagai 'content' untuk dia nampak lebih baik di public dan disanjungi sebagai orang yang kononnya baik dan humble.
well ivy ni ditemukan dengan adha dekat satu convenience store sebelah 'tempat kerja' ivy. adha anak orang kaya. mak dia paksa adha untuk jadi director dekat salah satu syarikat yang mak dia ada. well syarikat tu hampir lingkup sebab ada penyelewengan. daripada adha kerja di bawah orang, lebih baik adha jadi bos dekat salah satu syarikat dia. itu la yang mak adha fikir.
bila tertekan sebab selalu berbalah dengan si ibu, adha selalu bawa diri pergi ke tempat yang tak sepatutnya. nak tunjuk protes tapi akhirnya dia lencong kan kaki ke convenience store bersebelahan tempat yang dia konon nak tuju tu. hesh nasib baik adha kuat iman. kat situ dia jumpa ivy. tengah makan ramen.
nampak sedap. tapi dia tak tau ramen perisa apa yang perempuan tu makan. jadinya untuk perjumpaan kali kedua mereka dia beranikan diri untuk tanya. well kenal-kenal macam tuu and then jatuh cintaa..
for me..buku ni bestt sangat! bukan sebab penulis ni penulis fav saya tapii memang jujur ikhlas kisah ivy dan adha ni best. dia bagi sweet sweet kaw kaw kat depan tiba tiba masuk je page 300+ berdentum-dentum guruh bila bacaa. eeee sikit lagi kita nak nangis tauu nasib baik sempat tahan.
kesian ivy😭 dia deserve nothing but happy! jahat betulla watak antagonis. tak cukup cubaan membunuh, fitnah pulak lagi. and adha? hurmm...hero kalini a bit yellow ke merah-merahan. tak se green forest macam yang lain. i notice beberapa scene awal adha dengan mak dia, mesti akan bergaduh. and kalau ikutkan sebenarnya adha yang selalu buat mak dia naik angin. tapii yelah, itu la hasil didikan mak yang tak selalu berikan perhatian dan kasih sayang dekat anak. kan dah jadi macam tu. mak dia cuma nak dia ambil alih syarikat mak dia tu tapi dia tentang sekeras kerasnya. hujung hujung terima jugak apoo lah adha, adha😭
but! it's okay adha tetap ada aura tersendiri. kita suka bila dia fokus dengan urusan kerja dia. nampak hawtt. cumaa itu la tuduh melulu tanpa fikir apa apa. tapii tak boleh salahkan sepenuhnya dekat dia juga sebab dia pun mangsa keadaan.
btw Luke & Jazz- eee comel ya kembar dua tu. our MVP! kalau tak disebabkan dia orang, sampai ke sudah adha tak cari ivy balik
💌 "Perfect view, with a perfect person, will make a perfect moment"
Novel IVY membawa pembaca menyelusuri perjalanan hidup seorang gadis yatim piatu, Rose Ivy, yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan hartawan ternama, Dato’ Jerry dan Datin Mel. Pada mulanya, semuanya tampak indah—manis dengan janji-janji manis di dada akhbar:
🥺 “Kami berjanji akan menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang…”
Namun janji tinggal janji. Takdir berubah menjadi kelam apabila Ivy yang masih bawah umur dihalau keluar hanya berbekalkan sehelai sepinggang—dipukul, difitnah, dan dikhianati oleh mereka yang kononnya bergelar keluarga.
💔 “Sayang apa, kalau akhirnya dibuang seperti sampah hanya kerana fitnah?”
🧀🥢 Perkenalan Ivy dengan Ahmad Adha berlaku di sebuah kedai serbaneka LU Mart, berpunca daripada satu perbualan ringan tentang Samyang Cheese Ramen—namun siapa sangka, dari semangkuk ramen lahirlah benih cinta yang tulus?
Adha, pewaris perniagaan keluarga, melarikan diri dari kehidupan mewahnya demi mencari ketenangan. Ivy pula sedang merawat luka jiwa yang hampir parah. Kedua-duanya bertemu di titik rapuh, namun saling menyembuhkan.
💬🥰🥰🥰 “Kalau Adha nak hati Ivy, boleh?” “Be my wife? Biar I jaga you.”
Tapi… ✨ Page 362. ⚠️ Hati pembaca mula retak. Adha, mengapa mudah percaya pada fitnah?
😭 Kata-kata tajam yang dilemparkan padanya menghancurkan Ivy… dan juga hati saya yang membaca!
Mujur ada Luke dan Jazz—dua kembar yang setia, menjadi pelindung dan penyokong Ivy saat dunia menolaknya. Sungguh, persahabatan mereka adalah antara elemen terindah dalam naskah ini.
✨ Nilai Murni yang Menyentuh Jiwa: 1️⃣ Persahabatan yang Ikhlas – Luke, Jazz dan Ivy buktikan bahawa kadang-kadang orang luar lebih memahami dan menyayangi daripada darah daging sendiri. 2️⃣ Bijak Menilai, Bukan Menghukum – Kisah Ivy mengajar kita agar jangan mudah percaya dengan apa yang dipaparkan pada media sosial dan mesti siasat sebelum menghukum! 3️⃣ Kekuatan Mental dalam Perkahwinan Muda – Ia bukan sekadar cinta, tapi komitmen, kesabaran dan kepercayaan. 4️⃣ Bahagia Itu Sederhana – Harta bukan segala-galanya. Cinta yang tulus, persahabatan sejati dan jiwa yang tenang lebih bermakna.
🎧 Soundtrack vibes:
"illicit affairs" – Taylor Swift "Let Me Down Slowly" – Alec Benjamin "Hanya Rindu" – Andmesh "Cinta Sejati" – Bunga Citra Lestari
📚 If you love:
Plot twist yang merobek jiwa
Hero yang buat kita menyukai kerana kehijauan nya dan kemudiannya …..
Heroine yang kuat, lantang dan berprinsip … then Ivy is for you!
Ivy ni first buku kak akyel yang saya baca untuk tahun ni. Dan saya tak sangka yang saya akan enjoy sangat baca Ivy.
Saya suka penulisan kak akyel akan watak Ivy yang terpaksa independent sejak kecil, dan bagaimana dia membesar dalam persekitaran yang tak berapa mendukung dia untuk membesar dengan baik.
Saya juga suka bagaimana kak akyel tulis watak adha tu, sebagai anak orang kaya yang spoiled tapi masih cuba berpijak pada bumi yang nyata. Terutamanya selepas dia berkenalan dan jatuh suka pada Ivy.
First meet diorang sangat cute dan refreshing. Relationship diorang juga terasa sangat comel. Saya juga suka konflik berkait dengan keluarga angkat Ivy, saya rasa jatuh kasihan pada Ivy yang kuat jiwanya. Umur 15 dah terpaksa cari kerja untuk tanggung hidup sendiri.
Namun, apabila mula sahaja part Adha outstation, saya terasa penulisannya agak rushing. Saya tak pasti kenapa, tapi saya rasa kureng sikit di situ.
Disebabkan kehidupan Ivy dan Adha yang saya boleh kata, tidak berada dalam environment yang baik; Ivy yang 'diguna' oleh keluarga angkatnya untuk kepentingan mereka sendiri. Pulak tu, Ivy terpaksa bekerja secara haram di kelab. Adha pula, dari kecil jiwanya kosong daripada apa yang patut dipenuhkan dalam jiwanya, iaitu cinta dan kasih sayang daripada emaknya. Pulak tu, dia selalu kena aware dengan persepsi orang terhadap dia (asbab cara mak dia didik dia). Jadinya, adalah beberapa perkara yang ditulis dalam cerita ni, buat saya tak berapa berkenan; macam Ivy dan kawan kembarnya terlampau rapat sehingga melepasi batas. Tapi saya faham, mengapa Ivy ditulis begitu. Saya juga belajar memahami orang orang yang hidup seperti Ivy dan juga Adha. Saya tak boleh mudah mudah menghukum mereka, sebab saya tak tahu bagaimana mereka membesar menjadi seorang manusia. Saya tak tahu apa yang mereka hadapi.
Nonetheless, saya boleh kata Ivy is a really good read. Dan saya sangatt suka watak Ivy dan Adha, refreshing watak mereka. (Tapi saya paling suka Chuck >< cute je dia manja manja) Dan sepertimana ibu bapa Chuck, saya pun harap chuck ingat memori yang baik baik je daripada masa kecilnya. Dan kalau chuck ingat pun perkara yang tak best tu, ia tak menjadikan Chuck seorang yang keras hati dan cepat marah. Moga Chuck membesar jadi orang baik yang lembut hati.
Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasih kak akyel untuk naskhah ini 💚
Buku ini mengisahkan liku kehidupan IVY yang dihalau dari rumah oleh keluarga angkatnya, tanpa belas kasihan kepada seorang gadis berumur 15 tahun.
IVY bangkit di jalanan, menjadikannya berdikari tetapi sunyi. Walaupun begitu persahabatan bersama LUKE & JAZZ ikhlas menjaga IVY bagaikan saudara. I love how protected-nya kembar ni pada IVY. Pertemuan IVY dengan AHMAD ADHA mengisi kesunyian IVY. ADHA berjanji untuk menyokong dan mempertahankan IVY serta memberikan dalam sebuah perkahwinan yang bahagia.
Malang sungguh kerana fitnah, ADHA yang awalnya sehijau daun ivy, tetiba jadi warna oren. Dengan gelojoh memungkirkan janji-janji yang dibuat kepada IVY tanpa sedikit pun cuba mendengar penjelasan ADHA meninggalkan IVY tanpa mengetahui yang IVY mengandung.
Kesian IVY terpaksa membesarkan sendiri ISMA dengan serba kekurangan. 4 tahun berlalu IVY bertemu semula dengan ADHA. Apa yang terjadi 4 tahun lepas terbongkar dengan bantuan LUKE dan JAZZ.
ADHA cuba memujuk IVY untuk diberikan peluang kedua kepadanya. Namun, Meninggalkan IVY selama 4 tahun tanpa khabar berita mengeraskan lagi hati IVY. Namun kerana ISMA, IVY kembali semula ADHA supaya anaknya mendapat kehidupan yang selesa. Itu lah kasih dan pengorbanan seorang ibu.
Moralnya, hidup la berlandaskan agama supaya kita lebih bijak membuat keputusan berlandaskan agama.
p/s: mana nak cari bff macam JAZZ and LUKE? Aku needs one. 🤧
Haih, dah takda tempat lain ke nak celebrate birthday selain hotel?😂
Ivy. Hidup dia agak malang dan sangat sedih. Lagi sedih bila dapat keluarga angkat yang /()$&@😤! dan dihalau keluar dari rumah gara-gara fitnah.
Pertemuan Ivy dan Adha bagai merubah hidup Ivy. Ivy ada pelindung dan tempat teduh yang nyaman. Tapi sampai bila? Ayah angkat Ivy nak balas dendam, mak Adha pula tak suka bermenantukan perempuan seperti Ivy.
Fuhhh. Karya Akyel kali ni buat saya benci dengan semua orang dalam buku ni😂 Like aku benci semua orang kecuali Lee kot.
Sikit lagi nak baran dengan Ivy sebab watak dia tu! Tapi toward the end dia bangkit dan dia lawan balas balik apa yang Adha dah buat pada dia walaupun technically Adha pun tak bersalah sebab ikut perasaan membabi buta. 3 bulan sesi pujuk memujuk maaf bermaafan patut jadi 3 tahun hahah. Puas dapat tengok Adha melutut merayu haaa amek kau! Mak Adha tu lagi lah. Eiii. Mungkin sebab provokasi dari Datuk Jerry juga beliau jadi begitu. Terlalu pentingkan diri sendiri
Watak Luke dan Jazz saya suka sebab mereka berdua memang kawan yang baik untuk Ivy tapi at the same time rasa macam salah faham ni terjadi berpunca dari mereka juga😌 Aku geram sebab dorang tak jaga boundaries (iykyk).
Dan akhir sekali seketul Isma yang comel gebu. "Panggil papa je" "okay pape je" 🤣🫶
Pulangkan akak akyel saya yang dulu😭HUHUHU. just kidding. Apparently buku ni agak mengejutkan dan tidak disangka Ada orang kata buku ni dah pernah keluar watpad tapi mungkin waktu tu saya bocah lagi and no one give a warning😩. I never expect a melodrama from akyel? Like how shock I was upon reading that I had to stop untuk digest everthing.
But say less, my fav author never disappointing. Melodrma ke comedy ke memang semua dia sapu. Tapi for this book aya agak rasa kurang attachment maybe cause aya bukan a fan sedih ii ni. Aya mampu baca sekali jer buku ni. Mu gkin akan pick up balik after 2 years atau lepas aya hilang ingatan.
But the plot and character wise, 3/5. Ada sebahagian watak yan kurang memberi makna and a first yellow flag ML from akyel. Impressive I would say.and tbh, aya tak suka ending. HAHAHAHAHA. i need something berlaku to that damn dato. Kuang hajor punya jantan. I need him to suffer. Same goes to the ML mother.
But overall, quite a heavy reading cause author berani sentuh topic ni, but still enjoy till the end.
finished this last night and I really adore watak Ivy ni, she's strong woman and despite everything dia still wanita yang baik and sy suka part dia tak cepat memaafkan and bukan jenis weak female lead, she stood for herself but bila tiba waktu yang tepat dia jumpa kemaafan buat Adha. Adha pulak dari awal memang green flag, it kinda love at first sight. I love that he didn't give up sampai dia redeem segala salah silap dia and there's so many small moments yang for me sangat cute and melting. Despite melodrama saya rasa bacaan ni light untuk saya takde la heavy smpai marah sgt ke Adha pun, its believable je, kalau tgk from his POV and he did redeem himself so suka sangat dgn dia 🤌🏻💗
moments yang saya suka, Adha still spend time with his son after work and penat even though nampak mcm kecil je, but this part sy sgt tersentuh 🤧
- for me, jalan cerita agak expected dan Ahmad kalini tak green macam selalu ni kuning kut - jadi seorang ivy ni kuat betul ye, hidupnya dari kecil hingga dewasa susah nak kecapi bahagia, bila bahagia tu hadir tak sehingga akhirnya dia diuji sekali lagi - jazz + luke ni memula I fikir dia orang ni non muslim. Idk la if it’s only me tapi because of that one scene tu yang buat I berfikir sedemikian tapi watak dorang pun boleh dikatakan penting - last buku ni tak pain tapi buat orang baran refer kepada scene hujung
I memang dari kimia lagi suka buku kak akyelrahim sbb sweet dia selalu cheesy wedges…so for Ivy I memang lurve dia punya jalan cerita and kak akyel memang dah warning awal2 yg buku ni lain sket..soo I thought it will be a bad ending…tp nasib baik alhamdulillah happy ending!!..I actually kesian kt Ivy sbb kene lalui kehidupan tk macam orang lain and kesian kt Isma…I bersyukur sangat sbb datin dh berubah sket…anyway I love this book and maybe gonna reread it in the future?
Akyelrahim is my auto buy author. Gaya penceritaan dalam IVY lain dari karya Akyelrahim yang lain, melodrama, conflict antara keluarga, kisah 2 darjat. Mesti akan ada yang kata "ahhh klise!" Tapi kalau betul kamu menghayati dan sukakan gaya penulisan beliau pasti akan tertarik dengan cerita ini.
Kudos the author sebab dah berjaya buat kita macam turun naik roller coaster haha, tak sabar nak baca karya yang seterusnya!
Sayang sangat sebab saya suka AR punya writing but this book just not for me. Berbulan untuk habiskan buku ni dan tknak mula baca dari awal sebab permulaan dia just no no. Dan ada juga dalam 2-3 pages macam sejak bila kasar betul bahasa ni. (mampu gelak je).
Dua dunia yang berbeza menemukan Adha dan Ivy. Gadis muda yang bekerja di kelab malam demi menyara kehidupan, dan seorang jejaka yang bertindak rebel demi bahagianya.
“𝙒𝙝𝙮 𝙄 𝙖𝙢 𝙨𝙤 𝙡𝙪𝙘𝙠𝙮 𝙩𝙤 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪?”
-
Untuk pertama kalinya, buku ni lain sikit dari kebiasaan penulisan Akyelrahim. Kalau sebelum ni memang sepak angin non stop, Ivy ni berjaya buat aku naik angin dengan sikap Adha😭I have a love hate relationship sikit dengan mamat ni🙂
Walaupun jalan cerita dia agak klise, I have to admit, Akyelrahim berjaya tulis cerita ni dengan baik. Dari babak penderaan yang dialami Ivy, membawa kepada babak babak penuh kesedihan yang berlaku selepas itu.
Rose Ivy. Hidup dia tak mudah. Jadi anak yatim dari dia dilahirkan, didera bila jadi anak angkat. Dibuang suami tanpa usul periksa. She did what she should do. Suka sangat bila dia tak mudah terima Adha after all he said to her.
Ahmad Adha. Dalam banyak-banyak Ahmad, Ahmad ni je yang paling tak boleh terima🙂Awal tu sukalah perangai dia sebab semua love language, dia conquer. Masuk konflik, I wish Luke and Jazz beat him up🙄
The only acceptable character dalam cerita ni, Luke and Jazz. They did what they should. They did their best as a friend. Dia orang yang selalu ada untuk Ivy. Lurveee🤍
“𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙩𝙪𝙣𝙟𝙪𝙠 𝙢𝙪𝙠𝙖 𝙠𝙖𝙪 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪.”
Akyelrahim berjaya twist the emotion yang awalnya bikin blushing dan sepak angin, kepada emosi yang bilin mendidih hati. Watak Adha taklah segreen watak Akyelrahim yang lain.
But, I do hope grovel part Adha tu panjang lagi. Kalau lagi seksa, lagi best😝tak puas sangat baca part tu sebab he did something really terrible to Ivy. And yeah, I wish for more tragic ending untuk watak Dato Jerry🤬also, i do feel something is missing from this book, tapi I sendiri tak tahu apa.
After all, Ivy berjaya buat I hooked to read every pages, tapi I tak puas. I need more and more😝To Akyelrahim, tulislah lagi cerita sedih🫣😝
her previous four books yang aku baca semua comel-comel dan isunya ringan but not this time (CW: ada s3xual violence).
from the start we’re served with kisah hidup Ivy yang penuh konflik. because of her problematic family, banyak perkara yang dia terpaksa hadapi sejak kecil. at the same time wujud elemen cinta antara dua darjat antara Adha dan Ivy yang obviously tak dapat restu. dan lebih parah bila ada campur tangan 'orang luar' yang jadi batu api.
also, cerita ni ada taste of insta-love and as someone yang not really into that trope, i was a bit sceptical about how the author would build their chemistry without making it feel forced. walaupun still rasa tak fully click, i can understand why they could fall for each other that quickly after few encounters, considering both of them datang dari miserable background and emotionally deprived.
bercakap pasal watak, Ahmad kalini tak berapa nak marhaen, tak berapa nak green, tak berapa nak disegani (oleh saya) sangat. dah biasa feeding myself dengan green flag hero hasil tangan kak Akyel, sekali baca cerita yellow flag hero macam ni HA SAKIT HATI AKU. i tried to understand him sebab boleh agak that kind of misunderstanding akan datang, tapi ENGGAK NYANGKA KAMU SEEMOSI INI, DIMANAKAH KERASIONALANMU. aku tak expect eh gitu je dia put an end between him and Ivy😭 but thanks to his grovel scenes, at least Ivy got the melutut she deserved walaupun sebenarnya aku masih emo waktu Adha memaksa & keluarkan kuasa veto dia.
Rose Ivy. dari kecik sampai besar tak habis-habis ditimpa masalah. and when she thought she finally got the happiness she imagined, tahu-tahu… bahagia tu cuma trial version. GIRL CAN’T EVEN BREATHE IN PEACE. but thanks to the cheeky Chuck, girl got a reason to stay living.
and i won't deny, tak kira Adha atau Ivy, masing masing ada salah sendiri. situasinya lebih kepada 'kalau kau tak buat macam ni, benda ni takkan jadi' and that applies to both of them. so, tak boleh nak salahkan sebelah pihak je.
as someone yang tak sukakan cerita sedih, i’d say this story is light melodrama tapi in that one scene (tak boleh nak exposed lelebih takut potential spoiler), i was staring at the page and like OHH, NO ONE CAN BEAT KASIH SAYANG SEORANG IBU☹️
walaupun ada beberapa part yang aku still tak puas hati especially the redemption of Datuk Haliza, but I guess it is what it is, considering her as one of the 'victims' too.
bab prolog dan epilog tu sooo creative terus buat kita hooked from the start! dan walaupun tak diceritakan secara detail tentang ‘si fulan’ ni lepas apa yang dia dah buat, tapi dengan epilog je, pembaca dah boleh rasa that sense of satisfaction ending.
Rose Ivy, strong FL, seorang ank yatim piatu, dihalau keluar oleh keluarga angkat sehinggalah dia terpaksa mencari kerja utk menyara diri semasa berumur 15 tahun. Walaupun dia dh ada ank pon ttp kuatkn diri dan semangat utk teruskn hidup, mencari nafkah utk menyara diri dan ank nya. Ivy kadang2 naif, x sedar kelakuan dia semasa hadir parti si kembar tu boleh timbul salah paham, tp at least she's saying sorry and explaining it to him. She knew it was so wrong of her.
Ahmad Adha? Part diorg bertemu utk pertama kali dkt kedai serbaneka, makan samyang cheese, dia dlu fall in love dekat Ivy, mmg comel. Angau sungguh eh. Byk benda dia experience, siap mkn mee samyang cheese dkt kedai, sbb slama ni dia mkn dekat restoran, maklum lah ank org kaya, dia mana pernah merasa benda2 mcm tu. Salute to him dtg nk meminang Ivy, bukan ats simpati, tp sbb dia betul2 nk jaga n sukakan dia, instead of bercouple. sanggup spend duit nk hiaskan rumah dgn perabot, mana yg perlu utk rumah diorg, nk siapkn segala kemudahan, nk senangkn Ivy. Part salah paham yg terjadi mmg geram sgt dekat Adha. dia x siasat betul2 apa yg terjadi sebenarnya. bulat2 percayakn gambar n msa bertemu msa kembar peluk Ivy, pdahal Ivy hampir2 kne 🍇 dgn Datuk Jerry msa tu, nasib baik si kembar dtg selamatkn dia. tp dia dh buat conclusion sendiri 'rupa2 nya dia curang' and then boom, minta cerai. Ivy dh try explain dkt dia tp dia xnk dengar langsung, x nk percaya.
Luke n Jazz? Diorg ni kembar, Luke is like ice, menawhile Jazz is like fire. kwn rapat Ivy selama 3 tahun. Diorg anggap Ivy mcm keluarga, mcm adik sendiri, x lebih dr tu. Sanggup hulurkn bantuan kpd Ivy wlaupun dia xnk susahkn sesiapa pon. selalu sibuk tp tetap cuba cari msa se mata2 nk spend time n lepak dgn dia, klau boleh nk ajk keluar sma2. diorg betul2 amik berat psal Ivy.
Sad? Mostly psal kehidupan Ivy yg menyedihkn antara semua watak2 yg ada, past n present, dia tetap cuba kuatkan semangat teruskn hidup ❤️🩹 Angst? Grieving? Boleh la, x banyak ❤️🩹 Yg kekal jd misteri n x puas hati: 📌xde ke ibu bapa kandung Ivy? 📌xbyk scene slepas mak Adha dh terima semula Ivy sbg menantunya, mostly dia fokus n manja dgn cucu dia je. ingtkn boleh tgk scene dia spend time, shopping, eratkn hubungan dgn Ivy gitu. 📌patut nya bg lg pengajaran dkt org tua (Jerry) tu sblum dia ditangkap, aduh geram, msih x puas, rsa mcm nk masuk dlm buku, dera n belasah dia. 📌ingtkn nk tgk scene si kembar lg msa akhir cerita, kot2 diorg pon ade happy ending sendiri ke ape
This entire review has been hidden because of spoilers.