OFIAH QISTINA, gadis yang dibesarkan dengan segala harta dan kemewahan. Namun dia hanya dahagakan kasih dan sayang papa dan mamanya.
Paksaan papa Qistina, Tan Sri Ali Saifuddin, untuk mengahwini lelaki durjana bernama Remy tidak diendahkan demi menjaga maruah serta imannya. Maka dia lebih rela dihalau keluar dari rumah daripada berkahwin dengan Remy. Lantas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Ian Iskandar tidak mahu dilepaskan. Dia lebih rela menjadi seorang peneman kepada ibu Ian Iskandar walaupun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke kota London.
IAN ISKANDAR, lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang serius lagi tegas. Hidup di bawah satu bumbung bersama Qistina membuat hati lelakinya terusik. Buat pertama kali hatinya terbuka ingin memiliki dan dimiliki. Pertama kali jugalah dia merasakan apa itu kasih, sayang, cinta, marah dan cemburu, hanya kerana seorang gadis.
Kehidupan Qistina menjadi huru-hara dengan perhatian rapi yang diberikan Ian Iskandar. Sikap lelaki itu yang terlalu ingin memiliki Qistina mengiringi setiap langkahnya. Sifat cemburu Ian Iskandar terhadap hubungannya dengan Dr. Ilyas Khan benar-benar melemaskannya.
“Will you marry me, Qistina? Apa yang susah sangat nak faham, Qistina? Soalan simple macam tu pun awak tak boleh faham? Straight forward je kan? Takde bahasa kias, takde teka-teki…” – Ian Iskandar
Mampukah Qistina menerima Ian Iskandar setelah apa yang Remy lakukan terhadapnya? Mampukah Ian Iskandar menerima Qistina seadanya? Mampukah mereka pertahankan bahtera cinta mereka apabila mengetahui Remy masih memburu Qistina? Siapa pula Remy?
Betapa hebatnya cinta seorang lelaki bernama Ian Iskandar terhadap cinta hatinya. Demi Qistina, Ian Iskandar sanggup melakukan apa sahaja… apa sahaja demi kebahagiaan seorang isteri!
Phewww....rebah bangun nak habiskan buku ni. Tahniah kepada saya sebab berjaya ;-)
For those yang biasa baca english romance, this novel will be felt familiar. Sometimes it feel like a deja vu. Macam baca HR atau Harlequin pun ada. It was that close.
Since most of the reviews for this book were encouraging, I was drawn. But in the end, it was our own experience (reading the book) that matters. Pandangan orang lain hanya sebagai penanda aras, tapi yang akan memberi penilaian adalah kita sendiri. As for me, I'm not that impressed :-( .
Watak Qistina dan Ian digambarkan se-sempurna makhluk. Cantik jelita, lemah lembut, akur dengan kehendak ibu bapa /suani tetapi berhati keras bila mempertahankan kebenaran. Ian pula jejaka kacukan bermata biru yang sangat mementingkan ibunya dan keluarga dan sanggup memikul tanggungjawab berat walaupun di usia muda.
Qistina terlalu cantik sampaikan Ian jatuh cinta pandang pertama. Kerana kecantikan itu juga dia diambil bekerja. Hmmmm... Dan memang kerana kecantikan itu jugalah Ian sangat mencintainya. This did not sit well with me. Yes, kecantikan tu anugerah Allah, kita harus menerima kelebihan dan kekurangan kita. Tapi bila kecantikan itu terlalu diagungkan, ia akan memberi kesan kurang keyakinan (insecurity) pada yang berwajah biasa-biasa ni. Demotivated here...huhu.
Perlakuan Ian dan Qistina selepas berkahwin agak melebih-lebih. Rasanya separuh dari ketebalan buku ni diperuntukkan untuk babak-babak yang menjurus ke arah hubungan kelamin. Asal berbual, heret ke katil. Cempung ke katil. Berlari ke katil. Dan berulang kali juga la diberitahu yang Qistina tidak akan menolak 'hak suami' tu, tak kira masa. A little bit too suggestive there. Kalau tak huraikan pun tak der masalah la rasanya. Tu kalau kat rumah, dalam bilik. Kalau pergi berjalan-jalan pulak, berpeluk sakan bercumbu-cumbuan tak kira tempat. Alasannya sebab dah halal, jadi tak kisah la nak buat apa pun kat mana pun hatta di depan orang lain. Rasanya dalam Islam, tidak digalakkan suami isteri menunjuk kemesraan yang berlebihan bila di tempat terbuka kan?
And one more thing, perlu ke diberitahu bahawasanya Ian dan Qistina terlambat bangun sehingga terlepas waktu subuh selepas malam pertama??? Motifnya? Dah la terlepas sembahyang subuh, bila tersedar tu dibuat tak kisah sebab dah terlepas waktu katanya. Siap buat round tambahan pulak. Nak tunjuk romantik ke mesra ke biarla berpada-pada. Ni dah sebijik macam scene dalam novel-novel english romance lepas malam pengantin. Diorang tak per la bukan Islam, kenapa kita nk kena masukkan jugak?
Saya dah terlalu tepu dengan kemesraan Ian-Qistina sehinggakan lain-lain cerita yang terjadi tu tak memberi kesan langsung. Even bila saya membaca english novels, saya tetap pilih yang ada plot dan motif. Unfortunately, I couldn't feel either one here.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
It's much better than expected! Walaupun konflik dan drama dalam cerita ni agak berat, N suka dengan cara pengolahan penulis yang tidak 'memberatkan' isu itu. Dengan personaliti watak-watak utama yang mengamalkan sikap terbuka dan berterus-terang, isu-isu mereka tidak menjejaskan hubungan mereka.
Suka sangat the relationship between Ian dan Ina. Sangat-sangat cute and sweet!
Dalam ada segalanya, tetap ada kepincangan. Selain dari mempunyai pelajaran tinggi & kekayaan keluarga, Qistina juga mempunyai peribadi yg elok & rupa yang menawan. Apa yg kurang adalah kasih sayang keluarga yg terlalu mementing darjat dan business marriage. Nilai2 ugama tidak diterapkan dlm keluarga sehinga 5 rukun Islam juga tidak dipraktikkan melainkan diri Qistina sendiri. Dia dibesarkan oleh keluarga orang gajinya di rumah sendiri sebelum berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran.
Berlainan dgn Ian Iskandar, jejaka kacukan English-Malay dibesarkan oleh ibunya sendiri setelah berpisah dgn ayahnya. Semua nilai murni, ini dipraktiskan walaupun tidak lagi tinggal di Msia. Kerana kehancuran hubungan ibu dan ayahnya dan kemalangan ibunya yg menyebabkan dia lumpuh, Ian lebih senang menghabiskan masa dengan kerja. Dia mencari seorang pendamping bagi ibunya yg kesunyian.
Kerana enggan patuh pada kahwin kerana business, Qistina dihalau keluar dari rumah as soon as she graduated. Two weeks in fact. Dia berlindung dirumah Mak Esah sambil mencari pekerjaan. Secara kebetulan Ian yg mencari pendamping bagi ibunya terima dia bekerja di London after the 1st interview just bcos of love at 1st sight. Too beautiful too ignore.
Sepeninggalan Qistina, sedikit demi sedikit musibah melanda keluarganya. Ian, as always, jadi penyalamat dalam senyap. Dan siapa Ian dgn bekas tunang tak jadi Qis terbongkar. Segala yg terjadi dlm keluarga Ian 20 tahun lepas started to unravel too.
______***_______
As much as I like Ian and Qistina relationship, ada juga watak mereka yg saya tak suka. 1. Awalnya , Qistina action blur tentang perasaan Ian yg sejuk beku and tegas. Tapi dia tahu gaya Ian seperti orang cemburu. 2. Terlalu banyak main tarik tali. 3. Bila ingin suami melakukan sesuatu kebaikan mesti ada ungkapan seperti " Demi Qis, lakukanlah. Kata sayang or kata cintakan Qis." Sort of that way. Cant get exact word. Not that Ian ni ahlak dia buruk. ~ Why mesti perubahan tu dilakukan kerana Qistina. Since dia sangat menjaga hubungan dgn Allah, bukankah kata2 tu seperti redundant. Shdnt it be bcos of Allah? 4. Tidak dinafikan this couple sungguh handsome dan cun meletop. Saya faham the story revolved around them, jadi tak hairanlah sesiapa yg kenal Qis finds her attractive tapi asal asyik Qis yg jadi centre of attraction not the husband. Hubby dia mcm 3 orang je yg terpikat unlike Qis mcm banyak nah gitu padahal takdelah banyak. Bukan takde langsung cuma ratio 8 : 1. 5. And when she knew of her husband weakness, she took advantage of it. Ni mcm dah tahap riak..
Like seriously, dlm author nak tunjuk kebaikan Qis saya jadi menyampah dgn sikap ambil kesempatan.
6. Ian, kerana terlalu cintakan isteri sanggup lakukan apa saja. Jarang sekali membantah. Dan dia terlalu cemburu.
I have to admit bab honeymoon, I skipped a bit. Too mundane. The story began nicely, a bit lame in the middle and ending..okaylah boleh diterima..overall not that bad. Bapa Qis ni businessman ke gengster? Geram je dgn pak cik ni. Alhamdulillah, insaf juga akhirnya. Abg Qis, with all the malapetaka yg dah resolved masih boleh bertanya, "Shall I change too?". Nak berhijrah tak payah tunggu..Bila dah rasa buat aje lah dude. Sejujurnya, mmg kena paksa diri dan beristiqamah..pelan2 baru dtg keikhlasan dan ketenangan. Islam itu mudah dan tak memaksa. I called that disciplining oneself towards better goals.
kenapa la MB xbaca awal2 buku ni.. best jalan cerita DBI ni
penceritaan tentang cinta, kasih sayang suami isteri, kasih syg dan hormat seorang anak kepada ibu bapa..
mcm xpercaya ni karya pertama writer sukar nak melepaskn karya ni punya la berhemah MB baca.. kalau tebal pun MB sanggup je baca sebab xde part yg MB rasa bosan
Kisah bagaimana Ian Iskandar(Ian) si mata biru jatuh cinta terhadap Sofiah Qistina(Ina) betapa sayang dan cintanya dia pada Ina sejak pandang pertama di Kuala Lumpur.
Di kota London mereka dekat tapi jauh.. hehe duhai Ian kalo begitu cara layanan kamu kpd ina mmg patut ina lari tgk ank dara org macam nk terkam je... garang semendang kalau la mummy dgn Doc Ilyas tak amk part mmg sampai ke sudah tak terluah perasaan cinta awak tu..
Finally dorg kawin jugak selepas berkali2 Ina reject Ian.. baca la eh knp Ian kene reject berkali2 Bila Ina kata setuju je terus Ian kata minggu depan jugak nikah, muktamad mesti jugak!!! hehehe mmg gelojoh mamat ni kalau dia kata nak mmg dia nak jugak iktkn hati haritu jugak dia nak nikah.. sabar aje lah.. aduhh la mamat ni terlalu comel bila jeles.. hahahaha
Sukanya MB dgn cara Ian ni wow sgt Bagaimana cara dia tackle Ina yg masih dlm dilema sbb apa yg remy telah lakukan pada dia dulu Bagaimana cara dia mengeratkan mengembalikan sinar kegembiraan Ina terhadap family dia Bagaimana cara dia mengalirkan kasih sayang seorg suami terhadap isterinya Pelbagai rintangan mereka hadapi, Ian sanggup korbankan segalanya demi kebahagian isteri tercinta..
Berbunga2 berbintang2 je gan mat saleh sorg ni..hehe Huhhhhh Ian Ian Ian Ian kenapa la romantik sgt kamu ni.. Bila dtg part jeles pn MB rasa kamu romantik sgt yg bagusnya Ian ni dia seorg yg cemburu tp cool Ina xkn terasa lebih dari 2minit la hahaha pasti cair balik org kata lelaki gen mat saleh ni romantik hihi agaknya mcm betul je kn Untung la sapa dapat Ian..
Ada 1 part yg MB xsanggup baca terlalu detail rasa nk cakap kat writer knp tak GREY part apa yg remy buat kat Ina masa tu.. serius seriau gila..
mmg melekat kat hati la karya Lynn Safiya ni sampai ke penghujung cerita pn masih terasa lagi..
Dari mula saya membaca dari bab pertama, saya dah tak boleh stop. Hingga ke perkataan tamat. Dan Nama Ian iskandar terus melekat dihati sampai ke hari ini.
Ian Iskandar. Satu nama yang indah. Seindah budi perkertinya.
Dia yang romantik, Dia yang bijak, Dia yang nakal, Dia yang manja, Dia yang penyayang, Dia yang penyabar, Dia yang tegas, Dia yang mengambil berat, dan Dia juga la yang sangat memahami.
Walaupun pada mulanya dia suka marah-marahkan Qistina. Namun semua itu hanya ingin menutup rasa hatinya. Bertuah benar Qistina kerana berjaya mengetuk hati si jejaka itu. Ian Iskandar walaupun kaya namun sikap dia yang sangat menjaga batas pergaulan amat saya minati.
Haish, Bila mengingati ian boleh angau tau. Tambahan lagi bila ingat mata Ian yang tajam dan berwarna biru tu..
Tahniah kak lynn, DBI sangat best. Boleh buat saya tersenyum sendiri tau bila ingat kat hero yang kekal melekat kat hati ini sehingga ke saat ini.
cerita ni terbaikk..sape yg suka cita hero yg garang2 tp bila dah jatuh cinta jd romantik..boleh lah baca..gerenti cairrr..lg2 spesis mcm Ian Iskandar ni..jatuh cinta berkali2 beruntung Qistina tau..hehe..
Separuh buku yang pertama boleh la baca satu persatu patah perkataan. Masih lagi mengetengahkan konflik kekeluargaan. Masuk separuh buku yang terakhir saya dah tak mampu, jadinya saya baca laju-laju sampai ke penamat.
Saya masih suka dengan olahan penulis. Tapi untuk kisah kali ini, saya kurang suka. Memandangkan buku ni pun dah lama jadi saya abaikan. Siapa suruh baca pada masa sekarangkan?
Ian yang romantik dan suami yang over protective akan Qistina. Memang sepadan la dengan Qistina yang cantik rupawan, lemah lembut dan sopan tu. Macam biasa, watak hero yang seorang ini memang kuat cemburu dan obses dengan isteri sendiri. Boleh agak dah.
definisi BAHAGIA mmg solely dapat dirasakan dalam setiap bab.. merasa ia sangat indah menjadi cik puan isteri kepada suami seperti Ian. hati rasa penuh. so contented. i lurve to the moon and back. awesome!!! setiap penderitaan dikupas, setiap kebahagian disalurkan ke seluruh veins. dan senyuman sentiasa mengiring pembacaan. =)
Sekali hati merasa cinta, Selamanya aku setia, Sekali jiwa kita bersatu, Selamanya aku milikmu.....
Kisah cinta agung seorang Ian Iskandar terhadap isterinya, Sofiah Qistina. Sangat manis & sangat romantis. Kedua2 mereka membesar dalam keluarga yg pincang. Takdir menentukan mereka saling jatuh cinta & kasih sayang mereka saling melengkapi kekurangan yg ada.
Walau pelbagai rintangan melanda, namun demi bahagia si isteri, Ian rela pertaruhkan segalanya. Cinta Ian kukuh merantai jiwa Qistina sehingga aura kasih sayang mereka tersebar ke sekelilingnya, menjalin mesra kembali ikatan keluarga.
Karya Lynn Safiya ini mengangkat tema cinta, kasih sayang & kekeluargaan. Penggunaan bahasa yg sungguh indah & teratur struktur ayatnya baik dlm BM@ BI membuatkan karya ini mudah melekat di hati.
Baca buku dlm bentuk online...so maknanya di e sentral, thought of buying it, but sebab dah ada ,pinjam je kawan punya.
At 1st dihidangkan dengan keadaan keluarga si heroin. Ok dah dpt tangkap plotnya bagaimana,but even dah agak, still teruskan .. So u know what it means..
The style , the plot keep changing and keep me addicting, and here comes the hero, never thought that the hero will be that man with lots of money...hahahaha.. Ingatkan dengan orang lain..
So the plot is smooth, the correlation between character kita dapat paham.
cerita yg bt sy tertggu2 utk dibc sepenuhnya…sejak bab 1 di up kat grup, sejak itu sy sering ternanti cerita ni….sy mmg jatuh cinta pandang pertama dgn citer ni….xtau lah kenapa but seriously mmg sy suka…menyusuri kisah kehidupan ian dan qistina membtkn seolah2 sy adalah qistina….
saya suka dgn cara ian menjaga dan membahagiakan isteri yg dia cinta….cara ian menyelesaikan masalh keluarga qistina pun membtkn sy rs mcm beruntungnya qistina mempunyai suami spt ian….dan part yg btl2 bt sy sedih apb tragedi yg menimpa qistina. syukur ian pantas bertindak…sy sendiri sukar nak bygkan sekiranya ian terlambat….
overall pada saya citer ni mmg best….jika anda rs seblknya, itu citarasa anda….but for me, citer ni mmg meninggalkn kesan di hati….good job writer….
No words...best, best n best. Walaupun at first x berapa yakin nk beli novel ni but after diyakinkan pihak lovenovel sendiri kat pameran buku klcc mmg x menyesal langsung. Terbaik dari ladang. Rugi klu x beli n memilikinya. Shall recommend my buddies to grab it.
Alahaiii... cerita ni agak OTT kat part2 dot-dot-dot, tu aje kut, takde keistimewaan lain IMO.
Actually ni cubaan kedua aku baca novel ni selepas cubaan pertama terkandas - mungkin time tu tak larat nak layan topik2 hero super-hensem-lagi-kaya bertemu ngan awek spesies lawa lagi cerdik tak hengat yang menjadi pewaris kepada keluarga multi jutawan lagi billionwan sehinggalaa mereka mencapai 'happily ever after'. Rasanya aku stop kat part diaorang baru nak menikah kut, heheh...
done reading DBI... thanks to Perpustakaan Negara Malaysia kerana menyediakan khidmat peminjaman buku online. walaupun DBI ialah novel pertama penulis yang diterbitkan, tapi ini novel ketiga beliau yang saya baca selepas RG dan GK. so far, RG is the best. ye la, RG is her latest novel. she did improved a lot. good job!
Qistina yang dihalau keluar dari rumah, akhirnya bekerja sebagai companion untuk mummy Ian, di London. di sana lah, cinta mereka berputik dan akhirnya mengecapi bahagia walaupun ada je masalah yang timbul.
as i read her 3 novels, i can conclude few similarities:
1. novel Lynn Safiya mesti related dengan tema kekeluargaan. family mertua yang sangat baik dan supportive. hubungan yang rapat antara siblings, kawan yang sangat baik... 2. setiap hero heroin yang digambarkan tu mestilah cantik dan handsome, or at least attractive enough, untuk buatkan watak sampingan suka/menyimpan perasaan kat hero/heroin... 3. saya suka gaya bahasa LS dalam menggambarkan perasaan setiap karakter. contohnya, renungan Ian etc 4. part lepas kahwin, saya suka gaya LS dalam menggambarkan kemesraan watak, namun, dalam DBI, that part is a bit daring dan terlampau banyak. yes, this is her first novel, and i should congratulate her, because she did reduced it a bit in GK and RG. tahniah! 5. novel LS biasanya jenis santai romantik dan tak memeningkan kepala, except for DBI yang banyak konflik sikit. 6. novel LS biasanya berkisar tentang hero heroin yang agak bermasalah in expressing their feelings. dorang ni susah sikit nak confess their love to each other, but they express it thru action. dengan cemburu bagai.. tapi lepas kahwin, semua hero jenis yang over protective... 7. as i said earlier, novel LS ni lebih kepada hubungan suami isteri dan hubungan kekeluargaan. so, watak langau yang menyerabutkan kepala tu tak banyak ataupun cuma minor. so, it is a smooth reading. 8. saya suka apabila LS menulis dialog in English untuk part di London. sebab saya pernah baca novel yang wataknya berkomunikasi dengan non-Malay, tapi dialog in BM. thanks for making the scene looked real.
conclusion: i enjoyed reading DBI.
Lynn Safiya's novels are highly recommended for those, who loves sweet romance love and cliche story. why cliche? sebab watak utama biasanya kaya, handsome and lawa. tapi, hidup kita memang klise pon. hahaha...almost everyday, we do the same things, over and over again. tapi serius, kalau tak nak stress dan serabutkan kepala, bacalah novel LS ni (saya lebih suka GK dan RG. havent read YBDH yet). and my advice is, bacalah ikut turutan terbitannya. macam saya, saya baca RG dulu. of course lah, RG tu paling best. kalau baca ikut sequence, you gonna notice that she did improved her writing style. kudos to the writer...keep writing......
First time lihat buku ni kat bookstore xde feel lngsung nk jdkn ia sbg koleksi tp satu hari tu terbaca review dari seseorng kt fb trus rs ermm apa salahnya try baca n then godeh review kt dlm goodreads ni mkn byk good review dr pembaca trus cr novel ni kt kedai...ermmm mmg BEST....dh bc trus x blh stop dh...tahniah penulis..semoga terus berkarya yea...❤️
Demi Bahagia Ini, merupakan novel yang mampu menghiburkan pembaca. Saya tertarik dengan perjalanan cinta Qistina dan Ian. Tidak perlu banyak konflik untuk para pembaca berfikir maka jelas dapat menghiburkan hati pembaca yang sememangnya memilih bahan bacaan untuk menghilangkan penat bekerja. Tahniah penulis Lynn Safiya yang berjaya menghidupkan cerita ini.
First time baca penulisan beliau, tiada keserabutan dalam penceritaan.. semuanya tersusun dari permulaan, perkembangan, puncak cerita, peleraian & penutup...
Tahniah buat penulis dalam menghasilkan novel cetakan pertama...