Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan perasaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai.
Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.
Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri.
"EJ? Siapa EJ? Adik bongsu kesayangan? Wait...wait...Adam, kita ada adik ke?" - ASYRAFF
"Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi...Yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun," – ADAM
Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya.
“I know mummy...Jasmin tahu kalau mummy ada...mummy mesti marah dengan apa yang Jasmin buat sekarang ni. Tapi mummy tak ada. Buat apa Jasmin nak jaga hati mereka yang langsung tak ambil berat pada Jasmin. Kan best kalau mummy masih ada, dah tentu telinga Jasmin dah kena pulas sekarang ni. Dah tentu pipi Jasmin dah merah kena cubit kan?”- EDLYNN JASMIN
Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'.
“Selagi ia wujud dalam hati… selagi itulah rindu akan terus bersemi.”
Ya Allah tebalnya. Biasanya F okay cerita tebal² ni tapi F jadi rasa cepat bosan bila baca karya ini.
Karya ini ada 50% boleh dibuang... 300-400+ pages tak cukup okay untuk cerita ini.
F rasa rimas dengan panggilan EJ dengan Iz. Baby ... baby... adoiii yelah budak muda bercinta dengan Doktor tapi itulah rasa awkward giler 🙈
Banyak sangat scene meleret²... 10 tahun Tuan Fir tunggu masa nak cari bukti. Kenapalah ko tak pergi je kat wife tu kalau perasaan tu masih ada. Yelah nama pun cerita... kalau jumpa sure kisah ini tak sampai 300+
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM28. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Sebenarnya N berada di atas pagar on how to review this. Patutkah N highlight yang baik-baik saja atau luahkan apa yang terbuku di hati mengenai novel ini. Selepas membaca satu artikel mengenai drama Cinta Ibadah dan Suamiku Encik Sotong tentang bagaimana nilai-nilai moral dan keagamaan seolah-olah dipandang ringan oleh pihak yang berkarya, I decided to share my two cents. However, please do bear in mind that perkongsian ini hanyalah dari satu sudut pandangan seorang pembaca yang naif dan kerdil.
Kalau ikutkan hati, N nak kasik rating satu bintang sahaja. Why? Kerana novel setebal 1299 mukasurat ini agak repetitive. Gaduh-gaduh, lepas tu sesi meluah perasaan, pastu come to the conclusion that nothing is and can be solved. Pastu gaduh-gaduh balik and the cycle continues. To be honest, the last 400 pages N tak baca pun. Setakat belek-belek jer but I still get the gist of what happened in the last 400 pages. Having said that, N harus beri pujian kepada Sha Ibrahim kerana despite the repetetive pattern, the story sebenarnya quite enjoyable, especially di awal-awal cerita di mana banyak yang masih kabur. Sebab itu tambah satu bintang lagi. Sejujurnya, N rasa bersalah sebab main imbas-imbas jer sebab I genuinely like the story. I really do. Pengolahan cerita memang best. Tapi N ada sebab kenapa bila nak last-last, N main imbas-imbas jer.
To start with apa yang N tak boleh terima adalah watak Edlynn yang teramat biadab. Plain and simple. Tak kiralah how cool you are or how rebelious you are, it doesn’t give you any leave to be rude to someone who is older than you. And every single time she played the victim card, N rasa nak campak jer novel ni ke dinding. Kalau ikutkan dah berterabur dah muka Edlynn ni kena terajang dengan N.
Setiap kali dia biadab dengan abang-abang dan ayah dia and orang tanya apa masalah dia, dia akan jawab dia dah penat mencuba memperbaiki hubungan mereka. Bitch, please! You tried for two months and spent thenext four fucking months stomping your feet and acting like an uncivilized brat because daddy and big brothers didn’t give the hug and kisses you desperately craved for! Had she taken the effort to get her head out of her ass, she’d realize that she wasn’t the only victim around. Semua orang dalam ahli keluarga dia menjadi mangsa khianat dan masing-masing kehilangan. Bukan dia sorang saja, jadi tak payahlah nak emo bagai.
N sebenarnya terkejut kenapa tiada seorang watak pun dalam novel ni yang menegur sikap biadab Edlynn. Bukan sekali dua dia bersikap biadab dengan ahli keluarganya di depan orang lain, tapi tiada siapa pun yang menegur. Asyik-asyik menyalahkan Firdause kerana tak menunjukkan kasih sayang dan memberi alasan Edlynn sedang memberontak. Adakah apabila seseorang itu sedang memberontak maka sikap biadab itu dimaafkan dan dikira acceptable? Seolah-olah ia satu lesen untuk seorang anak dan adik berkurang ajar dengan bapa dan abang-abang sendiri? Seolah-olah seseorang anak memang patut berkasar dengan orang tua kerana tidak memberi kasih sayang yang sepatutnya? Nauzubillahiminzalik.
Maaflah, mungkin kerana my own rebellious days sudah lama berakhir jadi sikap ketidak matangan Edlynn memang sukar untuk N terima. Bukan N sendiri tak pernah memberontak. Been there, done that, so what? But there are certain lines you should never cross, no matter how angry you are. And one of those lines adalah mengeluarkan kata-kata yang memang sengaja digunakan untuk menyakiti hati ahli keluarga sendiri.
Sebenarnya apa fungsi Ikmal dalam cerita ni selain menjadi love interest kepada Edlynn? N harapkan Ikmal sebagai seorang doktor yang 9 tahun lebih tua daripada Edlynn dapat menjadi the voice of conscience kepada Edlynn. Malangnya sebaliknya yang berlaku. Ikmal turut menjadi tidak matang dengan bersikap kebudak-budakan apabila dia bersama Edlynn. There are times N rasa Ikmal ni seperti ditundukkan.
Speaking of tidak matang, adakah wajar bagi seorang wanita dewasa duduk sebumbung dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya? Adakah menjadi ibu angkat bermakna dia juga menjadi ‘isteri angkat’ kepada bapa anak-anak angkat sehingga membolehkan dia tinggal sebumbung? Has our moral and religious value become so dismal and corrupted that we can pandang sebelah mata dalam hal-hal seperti ini?
If there’s any storyline yang N suka, it’s Adam-Nurul Iman and Asyraff-Intan. Malangnya cerita dorang cenonet sangat...
Storytale - 4 bintang.... Redundancy - minus 2 stars
Its not that the story is not nice... It is! In fact I like it so much.... But the effort that I have to take in finishing this book is not a joke. If the tale had been shorten by 40 percent, I would have absolutely gave 4 and a half stars. Sha Ibrahim is one of my fav author. That's y I pushed myself to finish this without skipping. N that's all that I can say nowadays.... In my case, less is not more. Less is SAFER.... Cheerioss...
perghhhh.... seyes, otot lengan dah muncul. hasil usungan buku CADS sambil baring2.. hahaha.. tebal2..
dina baca2 page 6 pun dah sebak.. bile baca laie dan baca laie, mmg lagi tersentuh hati jiwa dan perasaan.. huhuhuhu.. sampe hati mereka wat EJ camtu.. kesiannyer EJ seumpama meminta sedekah. sobs sobs sobs.. tyme2 nie mmg terasa nak terjah masuk sat dlm CADS pastu nak bahasakan skit si twin 2 ekor plus bapak budak. tp sbb x kose, mmg membebel sorang2 jerla.. hahahhaa...
garapan part perjalanan hidup Seorang EJ tue mmg pelbagai rencah.. secukup rasa. walau byk gilos part2 cedey meruntun jiwa.. ada gak part2 comey2... part2 gedik2 manja gitu. hehehe...
as usual nukilan Sha jarang lari dr tema cinta dan persahabatan. persahabatan antara EJ and Mike. Safi ngan TF. both sangat2 comey. part2 manja2 si Safi yang TF aja boleh nampak. hahaha.. part2 si Mike yg senantiasa menjadi bayangan EJ. nampak kuat bonded antra mereka. x lut langsung dek peluru.
Ikmal Izzudin.. ngeeee... my kuchi2... hahahhaa.. ada byk part si Iz jadi jejaka pilihan Malaya, tetapi bila dia amik tindakan untuk menjauhi. mmg sakit hati giler bab kot. rasa cam nak geget2 jer sbb geram dan marah. sib baek la EJ ngan DINA sayang awak lebey. jadi kita kasi tyme jer kat awak tuk fikir masak2 gitu. sbb bila dah wat keputusan, kita nak lekat cam belangkas. hahahha...
TF hero pujaan kak Tie Tinie ngan kak Sitie Roskiah... perghh.. padan lah org kata lelaki berumur nie lagi value. kalu baca part2 TF, memang CAIR kot. meleleh cam kek cekelat leleh. dengan romantisnyer. dengan caringnyer. dengan gagahnya. dengan manjanyer. dengan tegasnyer. dengan barannyer.. ooopssie... hahaha. semua jenis dengan la.. hahahhaa.. walau part Kaseh ada skit2 jer. to dapat rasakan betapa dalamnya cinta suami si Kaseh.
bagi dina yg x reti nak menulis comey2 nie, CADS mmg ohsem! mmg x sangka kisah sebenarnya ialah itu. baiknya seorang Kaseh, sanggup mendiamkan diri sehingga kesaat akhir walau diri sendiri terluka parah. huhuhu... sadis. tabahnya seorang EJ hadapi segala kemelut ngan blh dikatakan berjaya. hehehe..
psst2.. rindu plak kat Dia Segalanya bila baca part Suraya check up. ngeeee
Kehadiran Edlynn Jasmin ke villa itu adalah demi menunaikan amanat mummy dan memperbaiki hubungan dengan daddy dan abang-abangnya. Namun, kehadiran dia seperti tidak dialu-alukan. Perlahan-lahan, Edlynn mula membalas setiap perbuatan mereka yang menyakitkan hatinya.
Fuh, seminggu lebih baru berjaya habiskan buku ni dengan 2, 3 malam bersengkang mata membaca sampai ke pagi! Secara peribadi, olahan penulis yang santai dan kekeuatan watak-watak sampingan yang menyayangi Edlynn menjadi kekuatan untuk menghabiskan buku ini - Mike, Intan, Nek Yah, Abang Bob dan lain-lain. Jalan cerita yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan pengkhianatan ala2 drama berantai popular Idaman dulu memang cukup rencahnya, tiada yang kurang. Cumanya, seperti menonton telenovela, setiap episod berulang adengan yang sama, bergaduh, ditenangkan dan adengan sweet sikit sebelum bersambung ke episod seterusnya, dan baru nampak konflik sebenar.
Saya enggan menyentuh kekurangan-ajar Edlynn yang pada saya over (tapi kalau dekat Maria tu sesuai sangat la), tapi ketidak-matangan dan barannya daddy dan abang-abangnya. Mungkin seperti kata pepatah, marah tanda sayang, mulut kata benci tapi hati kata sayang, rasanya tiada seorang pun ahli keluarga yang betul-betul mengalu-alukan kedatangannya. Untuk remaja yang berumur 19 tahun dan baru kematian mummy, orang yang paling dekat dengannya, tentulah sedikit sebanyak memberontak.
Tuan Firdause, digambarkan billionaire di Malaysia tapi sangat ego sehinggakan selepas 10 tahun baru tergerak nak menyiasat kejadian sebenar. Itu pun, sangat slow tindakkannya dan macam tak bersungguhpun. Apa pun alasan, tak patut melayan Edlynn sebegitu. Mungkin betul, makin tua makin keras hati seseorang itu, tapi adakalanya too much. Begitu juga dengan Adam dan Asyraff yang kelihatan tak ada sebab untuk menafikan kewujudan Edlynn.
Saya tak nampak keserasian antara Edlynn dan Ikmal, selain hubungan abang-adik. Perwatakkan Ikmal juga tidak begitu menonjol berbanding Mike. Malah, abang Bob lebih menyerlah dan terasa ada di mana-mana walaupun tiada dialog dia. Selain tempat Edlynn meluah rasa, saya kurang berkenan gandingan Ikmal-Edlynn ni.
Dan, pembalasan untuk dalang-dalang yang terlibat macam..itu je ke? Bukan kes kecil tu, sampaikan memecahkan kasih sayang ibu dan anak, dan pelbagai fitnah lagi. Sekadar ugutan tanpa apa-apa balasan setimpal, sedikit sebanyak memang tak puas hati jugak la.. penat melayan novel tebal ni, akhirnya itu je balasan...
Overall, masih menarik walaupun tebal. tapi, agak dragging sikit dipertengahan.
jadikan amalan membaca sebagai budaya. yup, sebab tu gigih membaca sampai pukul 3 pagi.
EJ: aku faham perasaan dia bila disingkirkan oleh keluarga sendiri tapi cukup pantang bila berkasar dengan orang tua. tak kisahlah orang tu perangai macam Maria-bakal mak tiri tak jadi. ni dah siap ber aku kau...nasib baik hanya watak rekaan. kalaulah EJ ni adik, memang dah kena cili mulut tu. tapi kelakar cara dia couple dengan ikmal. thank you lah abg bob sebab tolong budak berdua ni. one more thing...yup2, your birthday present tu super bike ducati apa ntah nombor siri. tp no needlah nak mention nama penuh motor tu dari awal cerita ke akhir. termasuk your sport car. just ckp the super bike or the ducati sudah. klu karangan bm pun, kalau nama khas. first time je beri nama penuh. nect time dibenarkan pakai short form.
adam&ashraff: tu dia dah muncul pelakon the heirs/meteor garden versi melayu. tapi sebab versi melayu so agak kelakar sikit nak bayang. tapi kenapa dao ming si melayu tak cukup nakal membuli yek? kaya tu dah cukup sifat. satu aku tak faham dengan kembar ni, kata sayang dgn EJ tapi apa yang diluahkan tu kontra benar dengan apa tersirat. dan patutnya sebagai abang, kena ajar sikit adik jangan jadi kurang ajar.
ikmal: alahai doktor ikmal. kalau saya sakit demam ke selsema ke, boleh saya jumpa doktor tak?
firdaouse: lupalah. tuan firdaouse kita ni takde pangkat kan? fuyoh...first time aku baca orang kaya (orang terkaya di Malaysia) takde pangkat. just panggil tuan. kalau selalunya paling2 koman pun datuk lah. kalau nak nampak grand tengku tan sri doktor.....Kekeke. tak faham lah kenapa dia nak bertunang dengan maria. oklah bertunang tu masih boleh terima. tapi janji nak kahwin even tengah buat siasatan berkaitan maria. then suruh safi percaya dia tapi tindakannya macam slow dan taknak bersungguh2 je. maria ke safi ke, even rapat mana pun, kalian takde hubungan yang sah. dengan safi, tak takut plak media dapat hidu yang mereka duduk serumah...eh...sevila. dengan media takut. dengan Allah tak takut ke?
Kenapalah lately buku2 yang dibaca semua watak utama bersifar pemaaf. ke aku yang bersikap berdendam? irfan rogol arwah isteri kamu, fir. rogol isteri kawan baik sendiri. penyebab kau berpisah dengan isteri dan anak. penyebab tiga orang anak tidak dapat kasih sayang parents yang sepenuhnya. kau boleh maafkan gitu je? how about maria? how about sofia? dia cuba bunuh anak bongsu kamu. haish....kalau lah aku ni bff doraemon boleh juga pinjam pintu sakti then masuk dalam cerita untuk piat2 telinga sorang2. tension baca.
Sebuah kisah kekeluargaan yg sarat dgn emosi. Dr awal hingga akhir, tiada satu part pun yg membosankan. Demi menutup sebuah keaiban, kebenaran terlindung. Kerana rasa jijik akan diri sendiri, terlerai sebuah ikatan meskipun tanpa rela. Natijahnya hubungan kekeluargaan menjadi pincang dek salah faham.
Si abang yg sepatutnya bersifat pelindung tega menafikan ikatan darah, kasih sayang diselubungi benci & dendam sehingga rasa hormat hilang. Sedangkan si adik dambakan perhatian, inginkan kesempatan bermanja & dahagakan kasih sayang seorang ayah.
Yg pastinya airmataku beberapa kali tertumpah sepanjang pembacaan.
pd sy 5 bintang x ckp utk nk rate cads ni....klau blh sy nk bg beribu2 bintang di langit utk cads....sy xmo review pnjg2 kt sini sbb sy dh review pnjg lebar kt fb.... apa yg blh sy katakan, cads sarat dgn kisah kekeluargaan n persahabatan....bc lah sendiri n anda pasti tahu apa yg sy katakan.... cuma pesanan sy, jgn nilai dr segi ketebalannya tp nilai lah dr citer yg terkandung di dlm nya....buka mata, buka hati...pasti anda akn nampak apa yg ingin di sampaikn oleh penulis melalui cads....
Word of caution: sila cari tempat yang tersembunyi dan jauh dari pandangan awam, JANGAN memakai eyeliner atau mascara BILA MEMBACA BUKU INI.
Kita ikuti citer ni dari blog dan sangat excited bila keluar bukunya. Walaupun bukunya sangat tebal 1299 ms, dengan harga rm40 (s) / rm43 (s/s), sangat berbaloi dan kita amat berpuas hati. Tapi kita memang dah jangka pun, pastinya hasil tulisan Sha belum pernah lagi menghampakan.
Kita bayangkan CADS ni, citer Edlynn Jasmin & Ikmal Izzuddin, tetapi bila baca buku dengan sepenuh, citer dorang sikit ajer, tetapi kisah yang mengisahkan hubungan keluarga yang terpisah dengan sadis dan menyayat hati, disebabkan rahsia, pertelingkahan, syakwasangka dan salah faham, yang sungguh menyedihkan dimana cinta sepasangan suami isteri yang sungguh romantis dan sepadan, boleh saja terlerai akibat khianat orang lain, anak-anak yang terpisah dari ibu/bapa, adik beradik yang terpisah sesama mereka. Cinta Tuan Firdause & Nur Kaseh, kemudian cinta Tuan Firdause & Nur Saffiyah, kita suka sangat cinta matang diantara mereka, sungguh mature dan tak perlu ayat bergula dan romantik berbunga, cinta mereka lebih dari itu, cinta mereka dari zaman persekolahan, suka duka, bahagia derita, menangis dan ketawa bersama, now that's true love.
Yang pastinya, bila baca citer ni, airmata semestinya mengalir dengan deras hihihihi, walau mcm mana nak kontrol ayu konon tak nak nanges, BIG UGLY TEAR FEST! Basah lenjun baju & tisu. Semua rasa ada di sini, benci, geram, sedih, derita dan akhirnya bahagia, ingat di hunjung2 bab, tak akan ada lagi bab sedih, tapi bila muncul kisah Mike pulak, adoooi nanges lagi. But it's wonderful and satisfied kinda feeling.
READ THIS BOOK. AND YOU WILL FALL IN LOVE WITH TUAN FIRDAUSE & NUR KASEH, NUR SAFFIYAH AND THEIR CHILDREN , juga kawan2 setia yang berjaya mendapat tempat di hati seperti watak Mike, Norman, Intan, Iman. And you will feel anger towards mak langsiur maria, anak dia sofia, irfan even ustaz tu!
Edlynn Jasmine untuk pertama kalinya menginjakkan kaki di Kuala Lumpur setelah sebelumnya tinggal di Johor. Tujuannya datang ke KL adalah untuk berkumpul kembali dengan ayahnya, Tuan Firdause, dan kedua kakak kembarnya, Adam dan Asyraff. Alangkah sedih hatinya ketika ia mendarat di KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dan hanya dijemput oleh seorang pembantu dan seorang bodyguard. Edlynn mengharapkan sambutan yang meriah dari ayah dan abang-abangnya karena sudah sepuluh tahun berlalu sejak mereka terakhir bertemu. Apalagi hanya merekalah keluarga yang masih dimiliki Edlynn sejak mummy-nya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.
Sambutan yang didapatkan sejak tinggal di villa ayahnya adalah sikap dingin ayahnya dan kekasaran Adam dan Asyraff yang dengan tegas menyatakan bahwa mereka tidak punya adik. Edlynn merasa bingung dengan sikap mereka. Sewaktu ibunya masih hidup beliau selalu menyatakan kerinduannya kepada suami dan anak-anaknya. Tetapi, kenapa semua orang di villa tersebut begitu membenci ibunya?
Kerana dendam, tamak dan dengki manusia, sebuah keluarga bahagia musnah. Usaha anak bongsu menyatukan keluarga seperti amanat arwah ibunya hampir menemui kegagalan sehingga dia sendiri mengalah. Kekuatan karakter Edlynn, Tuan Firdaus, Ikmal, Adam, Asyraff, Mike dan orang2 di sekeliling mereka membentuk jalan cerita yang menarik.
Edlynn Jasmin kembali kepangkuan Daddy dan abang-abangnya selepas pemergian mummy. Itulah amanat terakhir mummy. Namun kepulangan dan kehadirannya dirumah besar itu sama sekali tidak dihargai. Edlynn sedar, memang ada sesuatu yang terjadi diantara daddy dan mummy sehingga keluarga mereka berpisah selama 10 tahun. Bosan mengharap pada yang tak sudi, Edlynn mula tunjuk perangai memberontak. Dalam satu kejadian, yang hampir membuatkan nyawa Edlynn melayang, tiba-tiba layanan daddy dan abang-abangnya mula berubah.
Ternyata da terlambat...Rasa Sayang, Rindu, Hormat pada Daddy & Abg2 da bertukar menjadi Benci & Dendam! Tiada lagi panggilan Along & Angah terhadap abg2nya. Digantikan dengan Kau & Aku! Panggilan manja Edlynn Jasmin,EJ yg hanya Along & Angah memanggilnya, Edlynn Haramkan! Adam & Asyraff menyesal...sesal dengan sikap mereka terhadap satu2nya adik yg mereka sayang....terlalu rindu. Memohon maaf dari adiknya, tapi...langsung tk berkesan...malah, Edlynn langsung tidak pandang mereka sebelah mata.
Tuan Firdause/Kaseh – Pasangan bahagia yg terpisah kerana dengki orang ketiga yg memusnahkan kepercayaan. Adam/Asyraff dibesarkan Tuan Firdaus manakala Edlynn bersama Kaseh setelah Tuan Firdaus meragui akan status Edlynn. Kaseh dituduh ditangkap khalwat & curang bersama seorang Ustaz. Kebenarannya, semua itu angkara perbuatan jahat Maria dan Irfan yang gilakan harta Tuan Firdause. Lebih menyakitkan hati, Tuan Firdause berasa bersalah kerana menuduh arwah isterinya. Jauh di sudut hatinya, dia tau Kaseh tidak bersalah...Tetapi, sifat Kaseh diamkan diri meragui segalanya.
Irfan, teman baik Firdause telah merogol Kaseh dan ini menyebabkan Kaseh berasa bersalah terhadap suaminya dan memilih perpisahan..... Kaseh hanya mampu melihat Adam/Asyraff dari jauh selama 10 tahun berpisah....
EDLYNN JASMIN (EJ)/ADAM/ASYRAF – Tiga beradik yang menjadi mangsa. Adam/Asyraf pada mulanya tidak menerima kehadiran Edlynn kerana telah diracuni Maria akan kejahatan ibu mereka. Setelah mengetahui kebenaran, mereka berusaha untuk membaiki hubungan mereka. Tapi, hati Edlynn sudah terlalu luka. Edlynn merasakan dirinya ibarat seorang pengemis yg menagih kasih sayang dari Abg2 & Daddynya....Jadi jgn salahkan Edlynn bila kesabarannya makin menipis....Sikap memberontak menguasai diri.
EDLYNN JASMIN / IKMAL IZZUDDIN – Edlynn jatuh cinta pandang pertama dengan Ikmal. "Mak aih...Handsome siot!".... Itulah ayat pertama yg keluar dari mulut Edlynn bila terlanggar dengan Ikmal...hahahah. Ikmal turut tertarik dengan Edlynn tetapi pada masa yg sama tidak yakin kerana Edlynn muda dari dirinya... 19th vs 28thn... Setelah berapa kali "bertemu" Edlynn mulakan langkah..."melamar" Ikmal menjadi Boyfriendnya!
EDLYNN / MIKE / BOB – Bob ialah bodyguard yg diupah untuk menjaga keselamatan Edlynn. Bob, sudah dianggap mcm Abg pada Edlynn. Yg memahami & melindunginya. Mike merupakan Bayang2 Edlynn, dia pelindung & teman Edlynn dan sentiasa ada di saat diperlukan sehingga hampir mengorbankan nyawa sendiri ketika dia bersama2 Edlynn melarikan diri dari penculik.... Dlm diam, Mike menyembunyikan "satu rahsia" yg membuat Edlynn kecewa...terlalu kecewa tapi, Siapa sangka, Mike mencintai Edlynn dlm diam. Mustahil Edlynn akan membalas sebab dlm hati Edlynn cuma ada Ikmal.
Paling seronok membaca kisah Edlynn mengayat Ikmal, sikap ego Adam/Asyraff untuk menerima kehadiran adik mereka, dan sikap pelindung Bob (bodyguard Edlynn) dan Mike. Paling kelakar babak Ikmal melamar Edlynn dalam keadaan dia jatuh motor tepi jalan.
First of all,sediakan tisu sebelum membaca and not to forget otot tangan jugak kena ready. Memang penuh dgn kekeluargaan dan cinta sewaktu membaca cerita ne. I suka dgn Ikmal yg banyak bersabar dan melayan kerenah Edlynn dan juga persahabatan yg utuh diantara Mike dan EJ. Something yg I tak nak baca pada mulanya disebabkan terlalu tebal but once I dah bukak memang kalau boleh nak habiskan waktu tu jugak.
CADS yg sgt2 dinanti...dan memilikinya mmg sgt2 berbaloi...saya senang dan sgt mengikuti citer ni...semua watak 'masuk' dgn karakter..membacanya seakan dpt merasai sama dgn watak2! SETUJU untuk bersama mereka yg mengangkat ibu jari (y) ..ini bkn sekadar satu citer...bkn sekadar garapan sebuah kisah cinta tp ada yg dikongsikan! nak tahu? blh beli dan nilai sendiri!!!
kategori novel yg menarik utk ditamatkan walaupun page mencecah 1000 page.. agak berat novel sha ibrahim kali ini. tapi masih lagi menarik untuk dikhatamkan.. citer kali ni byk menerapkan unsur kekeluargaan dan persahabatan.. x tertinggal juga kisah cinta .. yg berjaya menyentuh perasaan sy adalah nilai persahaBatan diantara edlynn dan mike...
Novel ni okay sbb lain dari novel yang biasa. Basicly, novel ni tentang kekeluargaan. Tapi nya, banyak sgt benda yg nak diceritakan tentang Kaseh-Tuan Firdaus-Maria-Safi-Irfan, EJ-Iz, Adam-Iman, Asyraff-Intan. kadang tu, skip aje part2 yg Tuan Firdaus-Safi-Maria. Sbb mcm terlaaaaaaaaaaaluuuuuuuuuuuuuu banyak.
apa yang boleh dikatakan sekarang ni, cemburu sbb xdpt bace lagi!!!! lama da tunggu..novel sampai kt rumah kt semannjung, tggu adik pos minggu ni...xsanggup nk tggu habis sem..tpakse pos hhahhaha ap yg pastu novel sha ibrahim xpnah mngecewakan!!!
I'm speechless...mmg buat airmata mengalir saat baca warkah dari seorang ibu buat anak n bingkisan buat suami. Mmg owesome storyline. Sangat2 puashati. Antara novel yg sangat memberi kesan dalam hati.
Dr terima buku ni dr poslaju dua minggu lpas, sy dh ulang baca buku ni berkali2 tanpa jemu. Suka dgn gelagat Tn Firdaus & Safi. Cuma pelik knplah lelaki terkaya ni hnya digelar Tuan. Satu lg yg x brp suka dgn novel ni ialah kehidupan kolej yg mcm kebaratan sgt.
best gileerr doh cite... part tgh tuh buat mate aq bertambah bocor... Huh sedih part edlyn n Mike tuh..... dlm cite nie aq mcm jatuh cinta kat Mike la pulok.... edlyn punye sifat mmg cool
Sampai tak tidur mlm nak menghabiskan buku ni.. namun ia berbaloi.. tahniah sha ibrahim cerita yg lama saya tunggu utk mengetahui kesudahannya.. berbaloi dan best sangat...