Orang itu, mengkritik isu, mengkritik masalah, lawanlah isu itu, lawanlah apa yang dilontarkan itu. Pandangan lawan pandangan. Tulisan lawan tulisan. Itu sahaja. Tak perlu nak ugut ke apa.
2.5* untuk naskah ini rasanya sudah memadai... Sedang-sedang kata orang.
Membaca naskah ini ibaratnya seperti aku sedang duduk bersama encik penulis di sebuah restoran mamak yang agak sibuk dengan pelanggan yang ramai pada tengahari yang agak terik. Di hadapan aku segelas teh tarik yang agak panas dengan mee kari yang memang tak sedap!
Selepas itu dia mula bercerita. Aku mula terhibur pada permulaan ceritanya. Membuka sedikit minda aku yang selama ini mungkin agak terkongkong dengan dunia fiksyen. Semakin lama celotehnya mula membuatkan aku berasa sedikit pening untuk menghadam bait kata-katanya. Kipas yang berputar pada siling restoran langsung tidak mampu menghilangkan rasa panas dan peluh yang semakin deras mengalir membasahi muka dan badan. Aku mula hilang fokus dan bosan. Terus membiarkan dia bercerita panjang walau sukar sebenarnya untuk aku hadam.
Teh tarik aku habis dan gantikan dengan teh o ais. Ada beberapa bab ceritanya membuatkan aku berfikir 'dia ni tak penat ke asyik cakap benda yang sama berulang-ulang?' dan ada kalanya aku berbisik pada diri sendiri 'dia nak fokus pada apa ni? nak kritik siapa? Dia marah kat siapa? Pada manusia, pemerintah negara atau pada Tuhan?'. Tapi aku terus temankan dia sehingga dia habis berbual agar aku tidak membuatkan dia sentap dan supaya aku tahu apa yang dia ingin sampaikan sebenarnya. Aku berandaian, mungkin dia penat dengan drama yang ada di dunia ini sehingga muncul pemikiran rebel yang membuak-buak dari jiwa mudanya. Aku juga masih muda dan mentah dari segala aspek. Jadi aku sentiasa positif dan terus menemaninya sehingga ke lewat petang sebelum aku menutup kisah itu semua tadi.
Wah, aku merapu sekejap. hehe..
Naskah ini sedang-sedang sahaja. Ada yang boleh diterima masuk dalam minda dan ada yang buat aku mengangkat kening tinggi. Hanya isian pendapat dan pengalaman penulis sendiri.
Kerana Tuhan itu adalah pemilik kasih dan sayang. Mana mungkin Tuhan membiarkan seseorang itu masuk neraka semata-mata tidak berjumpa Islam.
Haha... Aku senyum dengan ayat di atas. Zaman serba canggih begini membuatkan aku kurang bersetuju. Kenapa? Anda fikir sendirilah. Aku juga lemah dalam bab agama. Tapi apa yang aku rumus, kalau Christiano Ronaldo baca buku ini, andai dia ingin memeluk islam, mungkin dia akan cuba berfikir 10 kali selepas ini. Hehe.. Maaf, ini ulasan budak hingusan...
Aku tertarik untuk beli buku encik penulis sebab kelantangannya di laman muka buku mengkritik karya orang lain. Jadi aku berminat untuk mendalami pemikiran sang penulis. So, ulamak, universiti, Islam&atheist, pemimpin sekarang, semua ini bisa kau temui dalam naskah ini.
Penulisan rambang dan angkuh daripada seorang penganggur yang banyak membaca. Makan ikut suka (pengakuan sendiri). Tidur ikut suka (pengakuan sendiri). Masa terluang dihabiskan judge orang lain. Agamawan dia anti. Ahli politik dia anti. Pensyarah universiti (dan segala yang bersangkutan) dia anti. Pakar motivasi dia anti. Sangat kena dengan ‘tema’ buku. Pendek kata, cuma dia seorang sahaja yang betul.
Ada satu elemen ketara di kalangan penulis indie yang dah lama saya perasan. Dalam usaha menampakkan diri lebih intelektual, bahasa sengaja dibombastikkan sampai tahap cipta perkataan sendiri. Tolak ke tepi frasa-frasa seperti ‘kepoyoan intelektualisme’ yang diperkenalkan oleh Benz Ali. Lebih menjengkelkan ialah kosa kata mudah. Pabila ‘memperbetulkan’ telah tersedia ada dalam daftar kata, kenapa perlu guna ‘mengoreksi’? Nak korek apa? Saya paling tergelak besar saat bertemu perkataan ‘keeksistensan’. Jikalau digunakan sahaja ‘kewujudan’, bukankah lebih mudah? Ugh, pening!
Aspek teknikal memang hancur. Anarkis sungguh sampai tahap ejaan serta tatabahasa tak mahu dihormati. Itulah sebabnya perlu berguru. Bukannya berapi-api kutuk institusi pendidikan. Beberapa kupasan isu agak repetitif. Malah, hujah juga banyak kitaran semula daripada penulis-penulis lain. Misalnya, saranan elak guna al-Quran tatkala berdebat dengan non-Muslim.
Saya fikir buku ini banyak publisiti lantaran kelantangan penulis. Namun, apa gunanya kelantangan tanpa hujah tersusun? Tersangatlah paradoks bila mana penulis menggesa para pembaca menjadi lebih bijak dengan banyak membaca serta menulis, namun dalam masa yang sama menghasilkan bahan bacaan berkualiti sebegini. Sangat-sangat memalukan :(
Kesimpulannya, buku ini tak wujud pun tak mengapa.
Aku tak pernah kenal Benz Ali secara peribadi pun, semuanya dalam Facebook saja selama ini. Dari status-statusnya Benz memang jenis cakap terus-terang, jujur, lantang, celupar dan agak biadap. Kalau korang biasa baca status Benz kat Facebook, haa macam tu jugaklah stail dia dalam buku ni. Sebab tu penerbit dah bagi warning siap-siap kat cover depan buku ni.
Aku tiada masalah dengan pandangan, pendapat, kritikan Benz dalam buku ni. Malah aku rasa ada saja sisi baik yang cuba diketengahkan dan buku ni mahu bertindak sebagai eye-opener kepada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia khususnya. Isu-isu yang dibawa pun sangat dekat dengan rakyat Malaysia. Ada yang aku setuju, ada yang aku tak setuju dengan Benz. Dan aku pun tak berniat untuk ulas setiap bab yang ada dalam buku ni, which is ada dalam 80++. Kalau nak bidas semua, nanti tak pasal-pasal aku kena tulis buku barulah nampaknya. Hehe.
Setiap bab yang disajikan dalam buku ni ada pelbagai perisa. Macam-macam rasa, macam-macam warna, macam-macam ada! Sekejap-sekejap aku rasa, "Hmm, betul jugak tu...", "Absolutely, aku pun fikir benda yang sama!", "Apahal dengan dia ni?", "Err maksudnya?" dan macam-macam lagilah. Aku bukanlah seorang pemikir seperti Benz Ali. Aku cuma produk universiti yang baru nak kenal dunia yang sebenar. Aku tercabar gila dengan Benz ni. Dia banyak jentik pasal ustaz-ustaz, graduan Pengajian Islam dan seangkatan dengannya. Cerita dia sekarang ni, aku bakal graduan Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam! And yes, aku sentap, aku rasa mata aku "terbuka", aku rasa terhantuk. Aku cuba untuk belajar pelbagai disiplin ilmu selain daripada kos pengajian aku sendiri; Ekonomi & Perbankan Islam, tujuannya tidak lain dan tidak bukan, supaya aku dapat menyumbang kepada orang lain dalam pelbagai aspek dan supaya aku tidak diperbodohkan. Bukanlah menjadi pelajar Pengajian Islam yang tipikal, menjual agama dan apa-apa lagi yang didakwa oleh Benz.
Pun begitu, aku sedikit kagum dengan buku ni, sebab ianya rare. Jarang dapat jumpa buku dengan genre sebegini. Non-klise gitu. Penggunaan bahasa yang mudah difahami, walaupun isunya berat dan bersifat intelektual. Buku ni mendorong anak-anak muda untuk berfikir, menganalisis, mempersoalkan, memperjuangkan, bertindak.
Again, bukan semua benda dalam yang Benz kata dalam buku ni, aku setuju. Ada yang aku tak setuju. Sebab antara disiplin aku ketika membaca ialah tidak menerima bulat-bulat apa yang tertulis di dalam buku melainkan kitab suci Al-Quran, kerana buku juga ditulis oleh manusia-manusia, dan sesungguhnya manusia secara semulajadinya melakukan kesilapan. Membaca hendaklah disertai dengan akal dan ilmu yang ada. Jadi, aku sarankan korang baca buku ni. InshaAllah tak rugi.
Akhir kata, terima kasih Benz Ali. Aku terhantuk. Lalu aku menjadi lebih yakin dengan diriku.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 jadi sudah pasti ada pandangan penulis yang sudah berubah.
“Apapun, sama ada korang beli tak beli buku ni, baca tak baca buku ini, aku sudah berjumpa Tuhan.” m/s 7
Adakah Benz Ali bercita-cita yang pembaca masih membaca buku ini ketika dia sudah mati. Setakat ini beliau masih hidup. Alhamdulillah.
Pada bab 1, Benz Ali mengkritik program selawat yang begitu popular ketika buku ini ditulis di negara kita. Dimana kena bayar untuk sertai. Aku setuju je sebab solat dan selawat ni modalnya air liur je jadi apahal kena bayar pulak. Cuma bila penulis sebut yang program tersebut diadakan di auditorium, aku boleh agak yang kos pembayaran tu pasti digunakan untuk bayar kos sewa auditorium dan makan minum para peserta. Tapi sebab yang mengadakan program ni orang terkenal, baik dia cari penaja, islamkan untuk semua, bukan untuk orang berduit sahaja.
Bab 6, isu syiah. Benz Ali mengkritik rakyat Malaysia yang membenci dan mengharamkan syiah dari Bumi Malaysia. Aku pernah tengok beberapa video mengenai sunni di Iran, mereka hidup seperti biasa, ada masjid sendiri, laungan azan standard pun dibenarkan berkumandang, ada yang siap bermain bola mewakili Iran lagi. Ada penindasan tak? Penindasan mereka ibarat “prejudis” melayu kepada cina dan india di Malaysia je. Bagaimana? Orang cina dan india di Malaysia masih boleh hidup seperti biasa, boleh jadi kaya raya dan sebagainya. Tapi tetap diprejudis sesetengah orang melayu. Itu je lah. Jauh di hati orang syiah di Iran “Semoga sunni2 ini kembali ke jalan yang benar”. Rujuk video: 1. https://www.youtube.com/results?searc... 2. https://www.youtube.com/watch?v=IBJWH...
Sebab kenapa Malaysia tak dapat terima syiah? Sebab orang melayu dah banyak berpecah dah Benz. UMNO, PAS, PKR, PBPM, PETAI, MUDA, ISLAMIS, SEKULAR, LIBERAL, SOSIALIS, WAHABI, ASWAJA bla bla bla, datang syiah pecah lagi, syiah imamiyah, syiah zaidiyyah, syiah ismailiyyah bla bla bla. Lepas tu kita saban tahun dok gaduh salafi vs aswaja, datang syiah jadi salafi vs aswaja vs syiah. Kekallah aku menjadi penonton siaran ulangan tiap2 tahun. Kita sunni pun hari2 dok selawat ke atas keluarga Rasulullah pada tahiyyat akhir, ok lah tu. Ahlul bait dari Hadramaut pun rajin datang selawat ramai2, ok lah tu. Besar impak dia nanti. Minta maaf.
Bab 11, Benz mahu Pendidikan percuma untuk semua pelajaran agama. Dah ada dah pondok2 yang mengajar agama secara percuma Cuma tak banyaklah dan tak komersial. Bagi aku, boleh dilaksanakan Cuma badan2 agama kena cari penaja untuk tanggung kos guru, bahan Pendidikan apa semua. Idea yang bagus.
Bab 16, aku setuju. Tindakan penulis untuk membaca banyak buku dalam masa setahun, mengkaji sendiri buku2 tersebut dan menulis sebuah buku pula sebagai respons. Aku harap Benz mengkaji dengan bertanya kepada orang2 yang pakar. Walaupun mungkin dia tidak setuju dengan si pakar tapi Benz kan berfikiran terbuka.
Kenapa aku setuju? Sebab aku ada kenal seorang professor undang2 sebuah university tempatan yang rajin menulis buku berkenaan undang2 Malaysia dan buku beliau digunakan di firma2 guaman Malaysia. Beliau menambahbaik buku beliau setiap tahun untuk edisi2 baru sebab semakin berubah zaman semakin berbeza cabaran dan banyak kes2 baru muncul untuk dijadikan “case study”. Profesor meluahkan yang beliau merasa kecewa dengan beberapa rakan beliau di university yang sudah berpuluh-puluh tahun mengajar tapi tak pernah menulis satu buku pun. Beliau rasa ini adalah satu kerugian untuk Malaysia kerana ilmu2 yang mereka ada akan hilang begitu sahaja jika mereka meninggal. Benar.
Bab 29, Allah telah berfirman: Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut 2-3)
Bab 33, Benz tak puas hati dengan ustaz2 yang kaya. Teringin nak tahu apa pandangan Benz terhadap sahabat2 nabi yang kaya macam Abdul Rahman Bin Auf r.a dan Usman Bin Affan r.a. Aku rasa pada tahun 2021 ni, jawapan kepada kemarahan Benz di bab 33 ni ialah Tuan Ebit Lew.
Bab 37, Benz kena sertai Jemaah tabligh untuk Nampak sikap kasih saying islam kepada seluruh manusia. Aku rasa Benz pernah sertai kot sebab katanya dia selesa hidup berwacana di jalanan. Jemaah tabligh pun menyantuni jalanan. (Aku pernah join JT, they walk the talk, respect for them!)
Bab 54, dalam solat 5 waktumu, berdoalah hidayah untuk manusia seluruh alam. Ada ustaz tabligh beritahu yang Imam Ghazali r.ah pernah berkata “Jika mati satu manusia di hujung-hujung dunia tanpa kalimah, seluruh umat Islam akan dipertanggungjawabkan”. Hidup kita ni singkat untuk jumpa semua manusia di muka bumi, jadi selemah-lemah iman kita, berdoalah untuk seluruh manusia.
Bab 61, penulis memuji-muji Republik Iran dan Hezbollah yang 1000 kali lebih dahsyat dari negara2 sunni. Hezbollah ni sebelah Palestin tapi tak pernah serang Israel pun, Cuma perang untuk mempertahankan Lubnan dari Israel je, jaga tanah air sendiri je sebenarnya. Ketika buku ini ditulis, rusuhan di Iran belum Meletus. Tahun 2016-2020 baru ada rusuhan di Iran. Punca rusuhan pun perkara2 klise di dunia arab (ops, orang iran adalah orang farsi ye, pantang diorang dipanggil arab, ibarat jawa dipanggil melayu).
Punca2 rusuhan di Iran mengikut Wikipedia yang mungkin ditulis oleh anti-Khomenei sebab menurut Benz, Iran 1000 kali lebih dahsyat dari negara2 sunni.
1. Korupsi kerajaan (la… ada jugak korupsi, ingat negara2 arab, Indonesia dan Malaysia je ada korupsi, 2x5 je shiah ni) 2. Kenaikan harga minyak (sila salahkan sanksi Amerika) 3. Kemiskinan (ulama2 malaysia tak fikir orang miskin kata Benz, tau kawin banyak je, ulama syiah pun 2x5) 4. Pencabulan hak asasi 5. Kegagalan menangani pandemic covid-19 (Malaysia pun sama, 2x5) 6. Menentang Presiden Hassan Rouhani dan Supreme Leader Ali Khamenei 7. Menentang Republik Islamik Iran 8. Menentang campur tangan iran di konflik serantau (Syria, yaman ect.)
Ni semua sumber Wikipedia so tak taulah boleh percaya ke tak sebab penulis sangat mengagumi negara Iran dan Hezbollah. Jadi, mungkin semua ini adalah tipudaya pembangkang di Iran sahaja yang tak bersyukur akan kehebatan negara mereka sendiri. Benz tidak ada mengatakan negara Iran dan Hezbollah itu sempurna, Cuma 1000 kali lebih dahsyat dari dunia sunnah (m/s 148). Ingatkan negara rausyanfikir ni terbuka kepada kritikan tapi banyak pengarah2 filem iran diharamkan dari membuat film kerana kritikan2 kepada Iran yang diselitkan dalam filem2 mereka. Boleh tonton filem “Taxi” karya Jafar Panahi.
Kalau Benz ada kat Iran masa rusuhan rasanya dia akan join sekali rusuhan, sebab dia Benz Ali kan.
Bab 62, agak kebudak-budakan, masakan Imam Mahdi perlukan nuclear? Imam Mahdi kot. Pepandailah dia. Ada nuklear pun dia menang, takdak nuklear pun dia menang. Insyaallah.
Bab 63, penulis agak skeptikal tentang kewujudan Dajal, siaran di facebook beliau baru2 ni pun ada menyebutkan perkara yang sama. Satu pendapat yang sangatlah asing tapi menarik. Dajal wujud atau tak, teruskan jadi orang yang baik, amal Quran & sunnah nabi. Insyaallah selamat dari berbagai fitnah yang sedia ada, sebelum fitnah besar Dajal.
Bab 65, Roger Garaudy, seorang komunis perancis yang memeluk islam. Menarik. Teringin juga nak tahu kisah PKM melayu iaitu Rashid Maidin, Abdullah CD dan Ahmad Boestamam. Mereka islam hingga ke ahir hayat.
Bab 82, mungkin muslim Malaysia ni ikut perangai Abu Bakar As-Siddiq r.a la kot sebab terus membenarkan perintah Allah dan Rasul tanpa banyak soal. Benz mungkin nak kita banyak bertanya untuk memperkuat keimanan kita. Mungkin Benz ingin mencontohi sikap Nabi Ibrahim a.s yang ingin melihat kekuasaan Allah di depan mata untuk lebih yakin. Dalam kisah sahabat pun bila ada orang kafir yang bertanya soalan yang pelik2 seperti siapa yang mencipta Allah pun sahabat jawab Lakum dinukum waliyadin. Debat2 perkara ghaib ni boleh rujuk kisah Imam Hanafi dengan si atheis. Ataupun kisah Abu Yazid Al-Bustami dengan paderi Kristian.
Bab 92, jika mengikuti tulisan2 terbaru di FB penulis, pendirian ini masih dikekalkan. Penulis jengkel dengan ustaz2 sebab tidak berjuang untuk orang tertindas. Hanya meniaga air liur sahaja. Sebenarnya ustaz/ustazah kadang2 ada je ceramah topik sedekah bantu orang susah, ada je yang tubuh NGO tolong orang2 miskin. Tapi mungkin Benz nak semua ustaz2 kat Malaysia jadi Ebit Lew kot.
Kesimpulannya, penulis nak kita semua membantu orang2 susah/tertindas, banyak membaca dan banyak berfikir macam dia, baru Malaysia akan maju katanya. Marilah kita kalau tak mampu turun padang, sebulan sekali bersedekah kepada orang miskin ke apa tanpa kira agama. Bank in ke akaun bantuan Ebit Lew ke. Ustaz2 lain pun yang bersedekah sembunyi tu kadang2 tunjuk la sikit kat media social, tak adalah dituduh guna duit beli kereta mahal, tambah bini dan sebagainya.
Buku ini padat dengan idea yang menyanggah arus perdana; dalam segenap aspek - sosioekonomi, politik, agama, etc. Sebahagian besar gagasannya memang membuka minda dan merobohkan kotak pemikiran yang konvensional. Bersifat provokasi yang menajamkan cara pembaca menilik dan mena'akul persekitarannya.
Buku ini dipromosi giat sebagai "pemikir" yang garang menyinga. Tetapi aspek pengisian sebenarnya tidak diberi karisma seperti yang didendang. Ia adalah satu kompilasi rambang sikap rebel seorang anak muda terhadap pelbagai perkara - yang kadangkala realistik, ada ketika idealistik dan banyak ketika agak utopia. Secara keseluruhan, saya anggap buku ini agak sederhana. Honestly, nothing to shout about. Dari segi merobohkan stereotaip pemikiran - ia sangat ketinggalan jauh berbanding karya "Sekolah Bukan Penjara" oleh Zul Fikri Zamir. Sama ada dari segi persembahan naratif, mahupun pengisian fikrah.
Pun begitu saya temui satu kesimpulan penting dalam buku ini: bahawa Benz Ali bukanlah seorang yang anti agama; atau selayaknya dilabel atheist. Dia sebenarnya sangat mencintai agamanya, jauh lebih kuat daripada ramai agamawan yang saya pernah temui.
Dari status FB ke buku - Antithesis bagi aku adalah ledakan pemikiran bebas - sebuah teks yang cuba meruntuhkan dogma, mencabar autoriti, dan membebaskan individu daripada belenggu ideologi. Buku ini aku lihat sebagai sebuah manifesto eksistensial yang mentah dan penuh keresahan.
Benz Ali menulis dengan keberanian yang jarang ditemui dalam penulisan Melayu kontemporari. Dia tak takut membukukan isu - isu sensitif dalam agama, pendidikan, politik, dan budaya melalui pemerhatian dan penerimaannya yang tersendiri. Nadanya sinikal, adakalalanya nihilistik. Dalam dunia buku lokal yang dibungkus eufemisme dan kepura - puraan, Benz tampil dengan suara yang jujur, dan kasar.
Ternyata dia ada prinsip - dia menulis untuk mengetuk kepala sesetengah orang yang masih tidur.
Ini buku pertama dari Benz dan yang pertama aku baca setelah menjadi pemerhati dan pembaca pasif dan dingin buat kesekian lama. Dari sudut ketajaman hujah dan struktur epistemik, minta maaf buku ni tak memenuhi piawaian aku yang menuntut analisis yang sistematik dan berasaskan teori. Idea - idea yang dibawa - walaupun penting - tidak dibangunkan secara progresif, lebih bersifat retorikal dan berulang. Apabila tiada kerangka falsafah yang jelas, tiada sokongan teori yang kukuh, dan tiada usaha untuk menghubungkan hujah dengan konteks sosial secara empirikal, penulisan ini bagi aku telah menjadi jeritan yang belum sempat menjadi wacana.
Aku suka kejituan maksud istalah ciptaan Benz - keeksistensan, kepoyoan intelektualisme, dan mengoreksi - menjadikan teks ini menarik untuk dibaca.
Cuma, buku ini tidak membawa aku ke dalam proses pemikiran, mungkin disebabkan rentetan lontaran idea yang tidak terurai tu. Isu yang disentuh sebenarnya adalah isu - isu besar - hegemoni agama, sistem pendidikan yang membunuh kreativiti, politik yang menipu rakyat - tapi tak pula isu - isu ini dihubungkan dengan struktur sosial Malaysia secara analitik. Tiada kajian kes, tiada data, tiada rujukan kepada sejarah atau institusi. Again, ia kedengaran seakan benar under subconsious mind, tapi kekal menjadi hoax atau luahan rasa berbanding analisis, hakikat atau fakta.
Taking into the consideration that buku ini diterbitkan pada tahun 2014, keampuhan pena dan ketajaman minda Benz sudah pasti lebih terasah dalam buku seterusnya. Aku nak baca Anticonformity dan Agama & Hegemoni Negara yang aku grab bersama buku ini untuk perbandingan.
Benz adalah seorang penulis dan pemikir yang benar benar perlu diberi perhatian kerana kelainan ideanya yang boleh inject pemikiran baru dalam lanksap intelektual yang suram di tanahair.
Antithesis, Benz Ali - tamat. Aku mengaku, aku teruja untk baca pemikiran Benz Ali ini. aku bukanlah pemikir falsafah yang detailed, aku hanya suka melihat dunia dari sudut falsafahnya sendiri, sudut seorang pemikir. Ada benda yang aku boleh setuju, ada benda yang memang aku tidak boleh toleransi.
Dan sungguh, aku sudah membuka fikiran aku seluas-luasnya, biar terbuka saat membaca naskah ini.
Seorang anarkis, seorang ekstremis, tajamnya Benz Ali di mata pena, telah membuka dimensi aku utk lihat kehidupan dengan skop yang lebih luas. kukira latar belakangnya turut mempengaruhi pemikirannya. buku yang dibaca, rutin hariannya jelas menunjukkan dia tidak menjadikan hidupnya sia-sia. dalam konteks ini, apa yang aku maksudkan ialah kebolehannya utk menganalisis & mencabar sesuatu yang sudah konkrit pada mata manusia, mungkin pada agamawan, kapitalis dsb yang dibencinya. Keperluan kepada Tuhan, aku sedar dia cuba utk melanggar horizon kepercayaan beragama tapi mungkin dipatahkan dengan nalurinya yang masih lagi minda orang yang tahu beragama. apatah lagi beragama Islam.
maaf, aku bukan ekstremis. di saat aku mengambil buku ini utk dibaca sekalipun, aku sudah memberi peringatan pada diri, dalam mencari janganlah terlalu mempersoal sehingga semua menjadi tidak pasti, kerana dunia ini Allah yang punya dan disaat kau makin meneroka, lebih banyak kau tahu, lumrahnya akan membawa kau utk merasa lagi banyak perkara itu kau tidak tahu. itulah sebenarnya kuasa Tuhan. bagaimana Dia membawa kau yang mendabik dada kembali terjelepuk di tanah akibat terlalu lama mengangkat diri, tak sedar Tuhan itu Maha Kuasa. Hidup ini suatu misteri. Kita dihadapkan dengan pelbagai soalan tanpa jawapan, kerana misteri itulah satu keistimewaan hidup.
Berkawan dengan para ateis mungkin membuatkan si Benz Ali ini berfikiran sedemikian rupa. aku boleh faham, tapi mungkin ada suatu benda kau tidak boleh terlalu mudah mempersoalkan, sehingga hilang terus identiti dan entiti konsep tersebut. Lagipun, ada benda yang kau tidak boleh dengan hanya lantang bersuara. Hanya sibuk memikir, makan minum tidak, sibuk berproskastinasi sampai hasilnya mana?? hasilnya mana? lambat laun, kau akan berharap jua pada golongan intelektual, para kapitalis, para mahasiswa mahasiswi yang kau anti ini. mengharapkan cetusan idea kau menyentuh hati mereka, kemudian membantu orang - orang miskin yang telah kau uar-uarkan.
Lalu, bagaimanakah kau mahu meyakinkan manusia yang berfikir secara praktikal, yang kata mereka 'stop thinking, start doing!' dan mencapai produktiviti yang tinggi? Aku percaya dengan berfikir, kita mengerakkan otak tapi adakah persekitaran, kejayaan turut bergerak sama? Dan berapa ramai yang setuju dengan idea universiti bebas dengan kerja hanya menelaah buku library sehingga habis? no offence, aku memang peminat library tegar, tapi yang aku pasti, bukan semua org ada minat yang sama dengan aku.
Aku minat psychology. dan dari pembacaan aku, Benz Ali yang mengaku mindanya terbuka hanya melihat dunia dari perspektifnya sendiri, seiring dengan sikap prejudis. ada yang aku setuju. ada yang aku tak. 3 bintang, kerana membawa aku ke pengembaraan penuh falsafah - politik, agama, isu semasa, u name it. Dan yang aku tabik dekat Benz Ali ini ialah kelantangan dia bersuara dan tidak takut untuk menjadi diri sendiri.
Benz Ali, moga kau bertemu apa yang kau ketemu. moga Tuhan beri kau petunjuk.
"Ada bahagian yang pada saya idea ini boleh pakai, ada bahagian yang lain yang bertentangan dengan prinsip diri. Bagaimanapun pada saya buku ini okay-okay sahaja. Ia mewakili sebahagian anak muda yang menjadi antitesis kepada establishment dan hal-hal lain yang mencengkam. Bahasanya mudah (kadang-kadang rasa terhina membacanya). Tidak wajar dibaca jika anda seorang yang mudah tersinggung, seperti kata penerbit."
bagus dan aku masih ralat belum sempat bertemu penulis secara personal, ada pandangannya yang aku setuju sangat, dan ada yang aku kurang setuju, tidak mengapa asalkan kita berhujah berlandaskan bukti serta fakta.
Antithesis sebenarnya himpunan catatan Benz Ali. Bila aku baca buku ni, terjawab lah soalan kenapa nama dia Benz Ali, dan kenapa Benz Ali ni kontroversi sangat. Pada aku ada beberapa catatan yang berulang, membuatkan aku rasa macam bosan sekejap.
Sehingga lah aku baca catatan #67. Serius aku bagi standing ovation untuk catatan #67. Catatan #67 adalah berkisarkan isu perebutan kalimah Allah. Analogi yang Benz Ali bagi cukup mudah dihadam dan aku amat bersetuju dengan analogi tersebut. Jujur, aku secara peribadi berpendapat tiada gunanya kita berbalah tentang kalimah Allah. Tapi apabila newsfeed aku dipenuhi rakan-rakan yang bersungguh-sungguh menentang penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim, aku jadi takut untuk menyatakan pendirian aku tentang kalimah Allah. In fact, aku jadi tertanya-tanya adakah aku ni bukan hamba yang baik kerana aku tidak mahu mempertahan nama Allah?
Selain daripada isu kalimah Allah, Benz Ali banyak menyentuh pasal ustaz-ustaz di Malaysia. Jujur aku katakan, apa yang diperkatakan Benz Ali ni betul-betul berjaya membuat aku berfikir sejenak. Ramai ustaz-ustaz kita badannya bagai terlebih makan, pakai kereta mewah, berkahwin dua tiga, dsb. Lalu Benz Ali mempersoalkan berapa ramai ustaz yang sama-sama susah seperti rakyat marhaen yang lain? Hmm. Aku tak pasti sama ada nak setuju atau nak bangkang. Tapi jauh di sudut hati aku, ada betulnya juga apa yang dibisingkan Benz Ali ni. Aku sendiri nak 'membuang' duit untuk berlibur pun berfikir dua tiga kali, kerana mengenangkan ramai lagi manusia lain yang masih homeless dan tak cukup makan. Tapi ye lah, mungkin ustaz-ustaz ni ada membantu di balik tabir, mana kita tahu, kan?
Ringkasnya, tunjang utama buku ni adalah: tak kira lah Tuhan apa yang kau percaya, kalau kau tak membantu orang lain dalam kesusahan, tak guna lah kepercayaan kau itu walaupun kau bergelar agamawan.
2) Keras & melawan. Penerbit pun dah bagi peringatan " Jika anda mudah tersinggung, jangan beli buku ini."
3) Walaupun buku ini dibuat daripada kertas yang lembut tapi isi dalam buku ini memang keras. Sekeras hati penulis, mungkin.
4) Mungkin ada orang yang mengatakan buku ini sampah tapi bagi aku di sebalik sampah itu ada sesuatu yang boleh dikitar semula, diguna semula mahupun dijual.
5) "Someone's money may become someone's money."
6) Buku ini mengandungi 232 mukasurat & 99 bab.
7) Tapi kenapa bab ketujuh tak ada. Kesilapan sewaktu menaip @ sewaktu mencetak. Ye la kot.
8) Banyak idea penulis nak karang buku ini. Tapi, jangan diambil semua & jangan yang ditolak semua. Ambil yang jernih, yang keruh jangan dibuang. Cuba tapis yang keruh tu sampai jernih. Bila dah tak boleh jernih kau boleh guna yang keruh tu untuk siram bunga. Moga hidup subur.
9) " Bila orang mengkritik isu, mengkritik masalah, lawanlah isu itu, lawanlah apa yang dilontarkan itu. Pandangan lawan pandangan. Tulisan lawan tulisan." Ini adalah ayat daripada penulis.
10) Selamat membaca ! Hati-hati ketika membaca, takut tergelincir, jalan licin.
"nasib terbaik adalah tidak dilahirkan dan kedua terbaik, adalah mati muda, dan beruntunglah mereka yang mati muda."
sebagai seorang yang kini dilanda anxiety, aku sangat setuju dengan kata-kata di atas.
Buku ni merupakan kompilasi catatan-catatan Benz Ali. Sama seperti Esc. karya Budak Tomato. Cuma yang bezanya, Benz Ali berfikiran kritikal, politikal, bla bla and if korang baca catatan-catatan Benz Ali, korang akan tahu yang Benz Ali ni bukan orang biasa. Kau tahu yang dia ni berilmu. Kau tahu yang dia ni orang yang banyak baca.
Just nak bagitahu sebabnya aku pickup buku ni is because dalam salah satu kuliah kelas agama aku di uni, ustaz aku ada cerita serba sedikit tentang orang-orang liberal. dan dia ada bagi contoh. dan contoh itu adalah Benz Ali. Kata ustaz aku si Benz Ali ni tersangatlah liberal. Disebabkan itu, aku jadi curious, aku pon kaji lah Facebook page dia dan tahun ni, aku beli buku dia.
Before reading, aku langsung tak expect yang buku tu mampu move aku. But after reading, I'm a changed person.
For your information, aku ni sebenarnya tergolong orang-orang yang 'konservatif' AKA geng tudung tutup dada, tak bercampur sangat dngan lelaki, etc. So while aku cakap yang aku suka buku ni, aku juga nak cakap yang aku tak agree 100% dengan semua idea dia.
Ya, memang dia liberal. Tapi ada juga ideanya yang bernas, masuk akal dan bagus.
Dan apa yang aku boleh simpulkan dari buku ni is how much Benz Ali tekankan sangat-sangat amalan membaca (dan menulis). Dah berapa banyak catatan dia repeat pasal membaca. Dia siap ada cadangkan idea 'Usrah Membaca'. Where a group of people bedah buku, etc.
Overall, truly an inspiring book for me. I'll be sure to read it again in the future.
maat untuk bintang yang sedikit. sepatutnya lebih banyak boleh diberi. barangkali, sampai habis bintang-bintang di langit boleh aku bagi untuk benz dan pemikirannya, kalau saja buku ini bukan diterbitkan oleh penerbit acah-acah berontak, dubook press al-kalbun. ketahuilah, 'star' yang sikit ini adalah untuk penerbitnya.
kekuatan benz adalah ilmu logika yang tinggi, dan gaya bahasa yang sampai ke hati. aku selalu menyampah dengan penulis malaysia yang kitar semula isu dan tulis konon-konon dialah pencebur isu itu, macam zul fikri zamir. tapi benz bukan begitu. isunya, walaupun barangkali bukan original, tapi segar dan menegangkan urat selirat dalam kepala kita. tak dinafikan tulisan benz ali lah yang buat aku berjumpa tuhan yang selama ini berselindung di balik serban dan kain pelikat ustaz selebriti. semoga tuhan merahmati benz ali dan keluarganya.
Buku Benz Ali yang pertama aku baca. Dulu aku tak pernah kenal pun Benz Ali ni. Zaman aku sekolah dia ni famous sebab orang kata dia ni pro Syiah, tapi lepas baca buku ni baru aku faham yang sebenarnya aku pun sudah berjaya di brainwash. Kalau hang ni pro pak lebai, pro sunni, pro agama, ultra nationalist, pro islam is the way of life dan pro element konservatif yang lain, anda mungkin tidak sesuai baca buku ini. Dalam buku ini, Benz banyak mengkritik Islamis dan uztaz-uztaz (yang betul betul bermasaalah). Buku ini melawan agaman yang mengejar kekayaan, sehingga lupa apa sebenarnya tujuan menjadi agamawan tersebut. Banyak isi dan pengajaran yang boleh kita perolehi. Ada tajuk yang berat untuk difikir, dan ada yang ringan ringan sahaja. Must have!
Perjalanan seorang anak muda yang mencari erti hidup.
Gaya bahasa sembang, banyak carut-marut, tiada nilai keindahan literasi bahasa aras tinggi.
Sekurang-kurangnya anak muda ini menulis. Inilah hadiahnya untuk masyarakat. Hadiah buat orang yang mencari erti beragama, hadiah buat orang yang ditindas hegemoni pemerintah, hadiah buat sang belia yang ditutup mulut dari bertanya dan berfikir.
Don't judge a book by its cover. Lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Nescaya kau akan jumpa permata.
Kembali membaca Antithesis.. Ini adalah rutin tahunan, untuk mencari ilham dan membetulkan kesilapan-kesilapan sebelum ini.. Dan mungkin tahun hadapan adalah tahun terakhir membelek ulang Antithesis ini.. Kerana mahu move on ke depan..
Aku terima apa sahaja kritikan yang dilontarkan oleh para pembaca kepada buku ini.. Kerana ini buku pertamaku, bukan seorang yang pernah menghasilkan sebuah buku sebelum itu - secara solo - Dan kebanyakan yang dilontarkan dalam Antithesis adalah idea-idea mentah.. Belum dimasak dengan lebih baik.. Dan aku kembali mengutip dan membersihkan semula isi-isi dalam Antithesis untuk dimasak dalam buku-buku seterusnya, yang aku janjikan, aku memberi sedaya upaya yang terbaik..
Aku mengakui jika dalam karya-karya awalku, bermula Antithesis seterusnya Anticonformity agak tebal dan berbau narsisistik. Kerana aku sangat lemah dan sendirian, maka aku tak boleh membiarkan keadaan lemah ini berterusan, maka aku lebih banyak, menggunakan perkataan "aku", dan self-motivated berbanding berharap orang lain yang pandang, memuji, atau mengangkat. Makna kata, dalam menulis melawan kelemahan diri ini, aku juga agak "over" dalam mengangkat diriku sendiri. Ini bukanlah kesilapan, atau kesengajaan. Ini adalah kelemahan diriku sendiri.
Berkali-kali aku membaca semula Antithesis, baik di kamar, mahupun di tandas, aku cuba mencari apa-apa kesilapan semula, merenung untuk memperbetulkannya semula. Aku fikir bahagian-bahagian akhir, mungkin dari mukasurat 100 atau 150 ke akhir, ianya adalah renungan-renungan kontemplasi. Aku juga insan biasa, tak lepas dari ujub, riya' dan yang semacamnya. Aku bukan nabi. Tetapi mudah-mudahan, renungan-renungan yang dilontarkan, bisa membuahkan sesuatu menjadi kebaikan buat pembaca.
Yang mengeji, hanya akan dapat apa yang dikeji. Yang membaca, meneliti dan cuba memahami, dia akan dapat apa yang dicari. Ini adalah catatan-catatan perjalanan anak manusia yang slow learner, fragile, mudah kecewa, cepat putus asa, pesimist, narsisis, non komformis dan segala-gala yang boleh dikatakan jelik, dan banyak memandang jelik terhadap yang lain. Mohon maaf jika pembacaan kalian pada naskhah pertama ini mengundang bad impresion lantas tak sudi untuk menjamah karya-karya yang seterusnya. Aku tidak menyalahkan, atau menyuguhkan karya lain. Cuma jika anda berminat dengan pemikiran-pemikiran non konvesional, alternatif dan lain dari kebiasaan, carilah karya-karyaku yang lain (termasuk Antithesis).
Segala kritikan adalah diperlukan, bagaimanapun, penulis akan mempertahankan karyanya seperti ibu mempertahankan anaknya.. Itu biasa, tanda keterikatan sang penulis dengan hasil tulisannya, bukan sekadar bebas lepas, atau sekadar mahu buat duit..
Terima kasih kepada Mutalib Uthman dan team DuBook pada waktu itu -2014- kerana menerbitkan karya ini. Aku harus akui, karya ini banyak melonjakkan nama aku sedikit sebanyak. Tanpa Antithesis ini, mungkin aku masih jauh lagi dan meraba-raba bagaimana mahu menjadi penulis buku.
Harap terus menyokong dan memperbetulkan aku untuk menghasilkan karya-karya terbaik :)
- Mula-mula baca buku ni aku takde idea aku macam blurrr aku macam " aku baca buku apa ni ? ". But then aku teruskan jugak pembacaan tu sebab aku rasa macam ada something dalam buku ni.
- Ya, memang ada something. Hahaha. Rupa-rupanya buku ni macam catatan penulis pasal dunia sekarang, or lebih dalam lagi pasal dunia Islam sekarang.
- Kau patut bersedia dari segi mental sebab buku ni memang keras hahaha. Nak tahu kenapa ? Bacalah sendiri.
- Haa, buku ni ada 99 bab dan 232 muka surat kalau dalam hardcopy, tapi sebab aku baca dalam softcopy ada 283 muka surat. Tapi mostly ada halaman yang tak bercetak.
- Mostly, aku banyak je setuju dengan apa yang penulis nak sampaikan. Tapi aku tak kata aku setuju semua benda. Yang baik kita boleh ambil tapi yang keruh jangan buang tepi.
- Penulis ada sebut pasal perpustakaan, dan aku suka dengan satu ayat ni, lebih kurang macam ni, ' kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mengusikknya'. Usik kat sini maksudnya, buku-buku kat library tu la. Dia kata student-student sekarang sampai takde masa nak belek-belek, baca buku kat library tu. Betul la kan, aku setuju dengan yang tu.
- Idea pasal usrah buku tu pun nice. Takde lah setiap kali usrah macam krikkrik je kan. Usrah buku tu macam cerita pasal buku, kira macam ahli usrah kena baca satu buku tu then bagi pandangan pasal buku yang di baca.
- Haa , sepanjang aku baca buku ni, penulis sangat menekankan perkataan 'membaca' tu. Dan aku rasa penulis ni banyak sangat ilmu dia based on apa yang dia tulis tu boleh nampak la dia ni memang banyak membaca.
- Nak tahu banyak lagi, baca la. Tapi hati-hati hehe.
Saya membaca Antithesis agak lewat. Saya tidak mengenali penulisnya, saya hanya mengetahui kewujudan buku ini setelah orang berhenti memperkatakan tentangnya. Buku ini mendapat perhatian saya setelah diulas oleh Ramzah Dambul, seorang pengkritik yang saya hormati, biarpun aliran pemikiran dan ideologi kami jauh menyimpang. Saya kira jika Ramzah meluangkan masa membaca dan mengulas buku ini, tentunya berbaloi untuk saya memberinya peluang (give it a try).
Buku ini adalah kumpulan anekdot-anekdot pendek. Saya menghabiskan pembacaan buku ini dalam masa satu hari sahaja. Tulisannya baik sekali, topik yang diangkatnya tidaklah asing tetapi jarang (berani) diperkatakan, pendiriannya konsisten dari awal hingga akhir penulisan, jujur, lantang dan berani. Ianya luahan hati seorang yang sedang (amat?) marah berada di dalam kotak sempit tidak boleh bernafas, dikelilingi benteng-benteng konvensional yang tinggi tidak boleh dipanjat, yang dibina para autoriti. Seorang anak muda memang sepatutnya (semestinya) berperasaan begitu apabila menyaksikan kepincangan persekitarannya. Cuma agak amatur gaya bahasa dan penulisannya. Begitupun, saya amat mengkagumi ketelitian beliau memerhati dan menganalisa, bukan sahaja persekitaran masyarakat, tetapi juga terhadap hegemoni. Buku ini membawa saya mencari dan menghubungi penulisnya, maka bermulalah satu genre baru dalam koleksi bahan bacaan saya.
Oleh kerana saya agak ‘ketinggalan masa’ ketika membaca buku ini, jadi saya tidak bercadang untuk mengulas. Jadi, saya biarkan sahaja ia di situ dan (hampir) melupakan sahaja.
Namun, pada hari ini (Khamis, 28 Disember 2017), apabila KDN membuat pengumuman rasmi, saya membuka kembali buku ini dan membaca dengan lebih teliti, mencari-cari dan membelek-belek ke'tidak betul'an buku ini sehingga diharamkan. Mana tahu mungkin ada bahagian yang saya tertinggal atau telah tidak diberi perhatian yang selayaknya. Begitupun, pandangan saya terhadap buku ini masih tidak jauh berubah, namun saya mula nampak kenapa buku ini penting untuk mula dibicarakan semula. Tulisan-tulisan ini memang boleh menggemparkan fikiran kita, lantas membuka mata dan minda kita terhadap kecurangan 'mereka', maka boleh mendatangkan mudarat kepada ketenteraman hidup 'mereka'. Memang patutlah 'mereka' merasa terancam dan marah. Catatan-catatan ini sangat penting sebagai rakaman kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari ini, yang dilakukan oleh ‘mereka’, yang memberi kesan secara langsung kepada kita dan akan memberi kesan secara warisan kepada anak-cucu kita, tidak terkecuali juga keturunan dari kaum kerabat ‘mereka’.
Pada hari ini, mungkin kita tidak merasa sangat pelik dengan penulisan di dalam buku ini, kerana kita sedang menghadapi dan mengharunginya. Ini kehidupan kita seharian. Cumanya, untuk segelintir yang tidak menyedari hakikat ini, mungkin akan tercelik sedikit mata fikiran mereka tentang pergelutan yang sedang berlaku di dalam dunia kita ini. Bayangkan 30-40-50 hatta 100 tahun lagi, catatan ini akan menjadi bahan sejarah, yang mungkin akan dibaca oleh anak-cucu kita, dan anak-cucu ‘mereka’. Sekiranya apa yang berlaku pada hari ini masih berterusan pada masa itu, anak-anak ini mungkin akan terfikir, ‘Sudah lama kita hanyut di dalam belenggu ini. Marilah kita berubah untuk menjadi lebih baik’. Jika sebaliknya pula, sekiranya pada masa akan datang kehidupan mereka sangat maju dari segi intelektual (hasil dari pendidikan percuma tentunya) dan mereka telah mampu menyanggah dogma dan meruntuhkan tirani, mungkin juga mereka menjadikan naskah sebegini sebagai rujukan agar mereka lebih berhati-hati supaya apa yang berlaku kepada kita hari ini tidak akan perlu mereka hadapi lagi.
Saya tidak bercadang untuk menulis secara terperinci tentang isi buku ini, kerana saya kira telah agak banyak diperbincangkan. Carian di Goodreads menunjukkan terdapat lebih 40 review, dan saya percaya ada juga review dan ulasan yang ditulis di media-media lain. Ramai pembaca tampil memberi pandangan mereka. Ramai yang teruja dan bersetuju, namun lebih ramai yang tidak bersetuju. Ramai juga yang bersetuju di dalam sesetengah perkara dan tidak bersetuju untuk perkara lainnya. Ada yang mengaku terpaksa bersetuju setelah tersingkap hijab pemikiran apabila sesuatu isu dikupas dan dibogelkan. Yang ingin saya bangkitkan di sini adalah, mereka membalas tulisan di dalam buku ini dengan menulis pandangan mereka. Apa pun pandangan mereka, setuju, tidak bersetuju, marah, sinis dan sebagainya, mereka lawan dengan mengemukakan pendapat mereka. Mereka tidak menggenggam penumbuk, menyingsing lengan atau menghunus keris. Dan yang paling penting sekali untuk diambil contoh ialah, mereka tidak menangis tersedu-sedan dibucu katil sambil mengadu kepada ‘tu(h)an’ mereka dengan juraian air mata penuh kesayuan, dengan harapan ‘tu(h)an’ mereka akan mengambil tindakan yang mereka wajarkan terhadap helaian-helaian kertas bercetak yang dijilidkan, yang kaku, yang tidak bernyawa, yang secara harfiahnya tidak ada kuasa adiwira untuk melawan pun.
“If you want to fight, pick someone your own size”
Amaran awal, reviu ini mungkin sangat panjang, kerana ia akan dirangkumkan sekali dengan pemikiran dan pengalaman peribadi, so, read at your own peril. Sebelum kita membicarakan buku yang ada ditangan, izinkan saya ber-cherita tentang bagaimana buku ini boleh sampai ke tangan saya.
Saya pernah mendengar nama Benz Ali sejak zaman universiti lagi, ketika itu saya masih sibuk dengan usrah-usrah di luar negara (usrah ini melalaikan menurut Benz, boleh baca disini), saya dengar persoalan-persoalan ketuhanan yang dibangkitkan oleh Benz, tetapi pada kira saya ketika itu persoalan ketuhanan yang membingungkan manusia ini ditanya sepanjang zaman, malah ia telah dijawab sepanjang zaman, cuma mungkin belum dijumpai oleh generasi baru, jadi tidak ada apa yang istimewa dan saya tidak mengikutinya dengan dekat.
Jauh selepas saya keluar dari zaman universiti, bergelumang dengan hidup dan kehidupan, seorang teman, Israr, mengajak saya ke Kuliah Buku yang diadakan di Pulau Pinang. Beliau kelihatan begitu bersungguh mengajak saya, malah beliau membeli naskah buku tulisan saya (buku yang dikritik Benz). Malam itu adalah kali pertama saya bertemu beliau mendengar kuliah yang disampaikan oleh Anas Abd Jalil yang bertajuk 'Kerajaan Pakatan Di Bawah Telunjuk Rejim Neo-Liberal Mahathir-Daim'. Selepas ber-kuliah di MacDonalds berdekatan USM kami menyambung per-sembang-an di Restoran Nasi Kandar Pelita. Selepas pertemuan itu Israr saya lihat banyak menulis di satu Page Facebook perihal musik Indie sebelum beliau hilang tanpa jejak, usaha menjejaki nombor talifon beliau juga tidak berjaya, satu misteri. Kali kedua saya bertemu Benz adalah ketika event Pasar Buku 2020 yang dianjurkan oleh Buku Jalanan Bagan.
Pada Pesta Buku KL 2019, saya diajak teman karib saya, Izzat Ibrahim untuk bersama beliau menjual buku di kiosk swaterbit yang disediakan penganjur. Kiosk ini dikhaskan untuk penerbit yang menerbit karya sendiri, ia adalah usaha mengetengahkan buku yang tidak diterbit oleh penerbit besar negara. Walaupun lokasinya sedikit terpuruk kedalam, aura pesta buku berjaya menghabiskan jualan semua buku yang saya cetak. Salah seorang pembelinya adalah seorang wanita yang dihantar Benz Ali – yang saya syak merupakan Kia Syakira. Di buku tersebut saya titipkan pesan mohon ia di-reviu dan Benz bermurah hati mengkritik buku saya itu dalam dua bahagian (bahagian satu dan dua). Di depan kiosk kami pada ketika itu adalah kiosk Kementerian Dalam Negeri (KDN), apabila tiada pengunjung, saya ringankan kaki untuk berkunjung di kiosk KDN. Selain buku-buku pro-komunis yang dipamerkan sebagai buku haram, buku ‘Antithesis’ juga merupakan antara buku yang dipamerkan sebagai buku haram, selain komunis, perkara-perkara yang mempromosi marijuana (dadah) juga merupakan bahan yang diharamkan, antara bahan pameran lain adalah seluar dalam yang mempunyai lambang daun marijuana. Saya bersembang dengan pegawai bertugas, saya bertanya bagaimana bahan-bahan pro-komunis diharamkan tetapi saya masih boleh membeli The Communist Manifesto di gedung buku terbesar negara di tengah ibukota? (nama kedai dirahsiakan atas faktor keselamatan dari risikan dan serbuan). Pegawai tersebut mengatakan penguatkuasaan mereka terhad, mereka hanya bertindak atas laporan, jika tak dilapor mereka tidak tahu (ambil tahu).
Selepas itu baru saya mempunyai keinginan untuk membaca buku ‘Antithesis’ yang telah diharamkan ini, saya pernah mencari buku ini dalam senarai katalog OFAC Perpustakaan Negara (OFAC PNM), walaupun mempunyai ISBN number, ternyata buku haram ini tidak keluar dalam senarai carian. Apabila saya menggunakan terma ‘buku haram’ dalam tulisan ini, saya tidak bermaksud ia dalam konotasi pejoratif, tetapi hanya kenyataan objektif. Kerana pada fikir saya, banyak buku-buku yang baik sepanjang sejarah pernah diharamkan, jadi pengharaman buku ini mesti disebabkan ia mengandungi sesuatu, ada substance, jadi pengharaman pada pandangan saya merupakan pencapaian bahawa buku ini mempunyai substance, ia diiktiraf oleh kerajaan bahawa ia mampu mempengaruhi manusia. Namun akhirnya saya tetap mendapatkan naskah buku haram tersebut untuk dibaca (cara mendapatkannya dirahsiakan).
Saya kira ini buku terbitan Dubook pertama yang saya dapatkan (mungkin juga terakhir). Semasa Dubook naik mencanak dahulu, saya merupakan antara orang yang tidak ambil kisah, bukan saya mempunyai dendam peribadi terhadap Dubook yang ‘liar dan angkuh’, tetapi saya secara peribadi tidak meminati bahasa-bahasa kempen yang digunakan, yang bagi saya terlalu kesat, tidak melambangkan nilai intelektual buku seperti yang saya faham. Walaupun saya faham, ia merupakan kaedah mereka untuk melakukan marketing – tetapi ia tidak masuk dengan saya. Mungkin jika saya tidak punya pengalaman berkenalan secara peribadi, saya tidak akan mendapatkan buku ini.
Tentang agama. Orang Agama. Orang beragama. Orang tak beragama. Marhaen. Golongan Miskin. Tertindas. Syiah. Sunnah Sekitar bicara utama buku ini. Jadi aku nampak perhubungan antara kepercayaan Benz yang dulu dan yang kini dan atas dasar apa.
Aku mengenali sosok Benz melalui FBnya dan kritik-kritik yang diterima atas usaha dia mencari. Membina ketauhidan. Jadi selayaknya untuk kita -kita punya rasa pedih saat di hambur kritik dia semula.
Seharusnya. Watak-watak barisan hadapan Orang agama terutamanya baca faham isi hati seorang Benz Ali yang boleh jadi menjadi wakil beribu sosok yang lainnya. Syukur kerana Benz seorang yang mencari. Menjadi pencari yang rajin. Bagaimana pula dengan saudara-saudara kita yang masih berlantaikan kotak dan berbumbung langit sebagai tempat berteduh. Mereka yang jauh pergi dan sesat. Mahu dipanggil kembali?
Banyak persoalan yang di timbul Benz untuk kita tidak sekadar menjadi manusia yang berfungsi sebagai peramai populasi.
Aku syorkan kau orang baca dan cuma untuk nilaikannya tidak sekadar bahasa seorang yang sedang amarah, tetapi seorang manusia seorang insan yang rajin mempersoalkan. Dia mahukan jawapan. Jangan salahkan dia atas dosa kita tak mampu menjawab soalannya.
Buka dada lapang terima yang baik. Buang yang tidak perlu. Bak kata dia hujah biar dibalas hujah tiada kaitan dengan latar peribadi dia.
Antithesis defined as the direct opposite of something else. You might call love is an antithesis of selfishness. Back to book -232 pages, an Indie literature, some may argue that the writer using harsh or disorganized words, phrases while others consider it as a freedom of speech, as long as the message is pellucid.
I've found the author's writing having excessive metaphors. An observe-think(from knowledge and self-perspective)-critique book. Because the author believes that if you don't agree with something write it out but not to label or exterminate something violently or diverging main issues.
Author critics (of the activists, destiny, free Islamic education, conformists, the effectiveness of syllabus and university systems, religion-seller, anarchism and education, debates between ideologies in Islam, boycotts and its impact, self economy and selfishness, democracy, polygamy, Islam and economy, and lazy thinkers) sometimes without proof or justifications, not to mention no proper citation. Sentences quite radical depends on how open-minded you are. Too many generalizations focus on point of interest but ignoring the other variables, sometimes metaphors used out of context. You might sometimes get carried away by one or some, kindly review the title or main concept to relate back. Certain explanations I have found unclear on page 23, 61, 64, 65, 86, 126, 180, 196, and 203. While the author clearly antithesizes things reside on page 53, 60, 98, 122, 138, and 141.
A great book if you want to challenge your own belief. One which he keeps stressing readers, to accept criticisms and justify whether your principles worth grasping or just garbage. Keep in mind that you read not to accept, but to learn new viewpoints which you may argue, agree or just sitting on the fence with. As for me, quite a lot of author points I'm in dispute with. For no one imprisons your mind, so don't make yourself inmate of any. It's one of the books that I jotted ideas a lot.
Naskhah giveaway daripada Kak Azz @bukumedina pada tahun 2021. Terima kasih Kak Azz. Baru berkesempatan dibaca didalam bas ketika dia perjalanan. Satu diperjalanan ulang-alik Dungun-Shah Alam, dan satu lagi ulang-alik Dungun-Melaka.
Cebisan kritikan penulis terhadap tanggungjawab pelbagai entiti dan institusi bagi meningkattaraf hidup manusia pada hampir 10 tahun lalu. Aku pernah terdengar dan terbaca perihal karya penulis yang kontroversial, tapi aku tak mengendahkannya. Dan aku bersetuju dengan ratusan komen pembaca lain. Tulisan penulisan menggambarkan pemikiran ketika itu. Pastinya kini lebih matang yang keluar dari kepompong keremajaan.
Namun, kenikmatan mencurah pemikirannya harus dipuji.
Buku permulaan untuk mengenali penulis tentang apa yang beliau rasa terhadap sekeliling berlaku disekitarnya. Buku yang santai untuk dibaca dan mungkin ada benda benda yang agak konterversi tetapi masih boleh dihadam dan sesuai untuk dibaca
Aku kenal benz ali melalui tulisan2 dalam Facebook nya yg kuat menentang manusia yg tak sekepala dengan dia, baik alim ulama', pakar motivasi, penceramah bebas, ahli politik dan mahasiswa. kata benz mereka anti-reformis. bila aku dapat tau dia tulis buku, aku letak buku dia dlm 'book wishlist' aku, mmg aku nak tengok apa sebenarnya tujuan dia menulis, dan apa asas penulisan dia yang lantang tu. mula2 baca, aku rasa ada benarnya tulisan dia ni, agak kritis dan boleh dikatakan sangat berani, alih2 sampai ke separuh buku, tuduhan dia menjadi tidak berasas kepada sesetengah pihak. kebanyakannya benz ali melancarkan 'ad hominem' ke atas sesetengah orang yang dikritik. ada juga penulisan dan pendapat benz berulang2 daripada satu topik ke topik yang lain. walau aku sedikit bosan, aku gagahkan juga ke muka surat akhir. sesetengah tulisan agak biadap dan kasar, demi mempertahankan pemikiran kau yang kau rasa paling betul tu. Benz, belajarlah merendah diri. Jangan sebab beberapa pengalaman kau dgn 'budak agama', 'ahli agama'atau 'institusi agama' kau jadi anti agama. sekian. tapi aku rasa aku kena re-read buku ni untuk hadam balik hamburan2 yang susah untuk aku hadam, keliru aku samada kau mahu marahkan pemimpin, ahli agama atau Tuhan? samada kau mahu membela, atheist, sunni, syiah, rakyat marhaen atau diri kau sendiri?
p/s: eh tapi aku dgr benz dah berubah, betu ka weh?
Bila kau ada satu perasaan 'fuck it, i got nothing to lose anyway', kau akan mampu tulis seperti apa yang dilahirkan oleh Benz Ali ini. Mungkin juga tidak. Pilihan di tangan anda.
Walaupun hanya himpunan status-status FB beliau, buku ini senang untuk menangkap perhatian sesiapa yang sama ada kenal atau tidak mengenali Benz.
Penuh dengan sikap melawan yang disulam dengan kata-kata yang kadang-kadang biadab (seperti anggapan kebanyakan orang) namun banyak betulnya.
Aku mengambil masa dalam hendak memahami maksud dan tujuan setiap tulisan dalam buku ini.
Dari segi isi, sangat cukup dan penuh dengan hostility tapi yang bersebab. Bukan kosong-kosong. Untuk memahami setiap tulisan beliau, perlunya pemahaman tentang latar peristiwa serta keadaan semasa tulisan itu dibuat.
Cuma susunan agak caca marba, mungkin itu ada alasan dari segi teknikal dari penerbit.
Walaubagaimanapun, buku ini cadangkan bagi mereka yang ingin mencabar ketahanan hati dan fikiran masing-masing.
Silakan baca.
Oh yaa, buku ini dah diharamkan. Pandai-pandailah korang cari ya.
Tulisan daripada Benz yang membuat pembaca berfikir mengenai Tuhan, Agama, & Manusia. Bagi aku, jika ramai anak muda yang berfikiran seperti Benz di Malaysia, aku yakin negara akan mengalami 1 revolusi yang sangat hebat & kita takkan lagi mempunyai pemimpin seperti firaun.
Apa yang membuatkan Benz menjadi perhatian adalah pemikiran beliau yang 'rare' & beliau lantang menentang & menyuarakan pendapat. Tidak hairan 'haters', para agamawan, pemerintah tidak senang dududk dengan cara pemikirannya. Tambahan pula, bahan rujukan dan bacaan beliau yang sangat bagus.
Aku tidak 100% bersetuju dengan idea dan cara pemikiran Benz dalam Antithesis ini, tetapi buku ini juga membuka ruang kepada para pembaca untuk lebih memahami konsep ketuhanan, agama dan cara pemikiran itu sensdiri.
* Perlu baca Antithesis dengan fikiran terbuka. Kita mungkin berbeza pendapat, tapi orang seperti Benz jugalah yang membuat kita lebih berilmu.