Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berakhir Sudahkah Ilmu dalam Acuan Sendiri?

Rate this book

277 pages, Paperback

First published January 1, 2012

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Akmal A..
172 reviews8 followers
September 23, 2016
Dari keseluruhan buku ini, aku boleh katakan yang hanya 30% daripada isi buku ini yang aku faham. Atau mungkin kurang lagi. Ini kerana membaca buku ini memerlukan latar belakang ilmu sains, falsafah, matematik, bahasa dan sastera yang kuat supaya makna dan hasrat cita penulis dapat sampai kepada pembaca.

Namun begitu buku ini sedikit sebanyak menjawab beberapa persoalan aku yang pernah timbul suatu ketika dulu tentang ;

1) kenapakah sains dan matematik yang diajarkan seakan tidak ada kaitan langsung dengan agama Islam terutamanya?

2) benarkah ilmu sains dan matematik ini ilmu yang tinggi sifatnya?

3) bagaimanakah ulama' dan saintis Islam dahulu sejajarkan ilmu sains ini untuk memperoleh keyakinan tentang kekuasaan Allah tetapi sekarang ini seakan menafikannya?

4) kenapakah wujud 'masa senggang' stagnant dalam tamadun Islam amnya secara khusus alam Melayu tentang ilmu sains, matematik dan teknologi?

5) bagaimanakah bidang ilmu sains dan matematik berkembang dalam dunia Melayu dahulunya kerana pastinya ada! Tamadun Melayu merupakan mereka yang terkenal dalam pembuatan kapal dan perdagangan, mustahil itu akan terjadi tanpa pemahaman yang mendalam tentang ilmu sains dan matematik?

6) kenapakah penyakit kemunduran segenap ilmu sains,matematik dan teknologi ini di alami oleh masyarakat pasca-kolonial?

7) kalau benar ilmu itu kiblat yang mutlak itu mestilah menuju ke arah barat kenala tidak pula berlaku di Jepun dan Korea Selatan yang boleh memajukan ilmu ini mengikut cita mereka?

Di atas merupakan beberapa persoalan yang pernah terbit dalam benak sanubari aku suatu masa dahulu yang tidak menemukan jawapannya. Sedikit jawapan ditemukan dalam gagasan Al Attas tetapi tidak secara mendalam. Buku ini menjawab sedikit sebanyak walaupun bukan secara mendalam, tetapi aku dapat jawapannya. Shaharir (penulis) seperti Al Attas, sangat menitik beratkan terutamanya dalam proses pengIslaman ilmu dan mencorakkan ilmu itu dalam bahasa,cita wawasan dan pandangan alam itu sendiri.

Seperti di permulaan bab, penulis mengkritik keras tindakan (cita-Inggeris-Melayu?) Mahathir yang pada asalnya membuat satu visi dan misi yang sangat mulia sehingga disanjung oleh seluruh pelosok bumi Malaysia, 'Wawasan 2020' yang isinya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang Maju dalam Acuan Sendiri. Tetapi akhirnya sebelum mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan, Mahathir curang dengan visinya selepas memperkenalkan PPSMI pada 2002 lalu slogan Maju dalam Acuan Sendiri dikuburkan tanpa talkinnya.

Banyak hujah-hujah kenapa bahasa sendiri merupakan unsur yang penting dalam kegiatan menyebarkan ilmu kerana ianya mengandungi sifat pandangan alam seperti mana yang mahu dianjurkan. Selain itu penulis mengkritik keras sarjana-sarjana Malaysia yang memandang perkara ini hal yang remeh kerana akhirnya kesarjaan mereka itu hanyalah masih dibelengg pemahaman yang dangkal dan tidak menghasilkan kekayaan dan kekreatifan dalam bidang ilmu tetapi hanyalah menurut dan mengiyakan apa yang diberitahu oleh Barat yang pekat penafian mereka terhadap Tuhan.

Pertengahan bab dari bab 5-8 sarat dengan penggunaan teori sains dan matematik dan penulis menghuraikan sedikit sebanyak kenapa keadaan ini berlaku. Aku pun taklah memahami sepenuhnya apa yang dibincangkan oleh penulis kerana kelemahan aku sendiri sebab tidak memiliki pengetahuan yang memdalam terutamanya dalam perkara sains Tabii dan matematik.

Bab 9-11 mengutarakan hujah-hujah betapa pentingnya ilmu dalam acuan sendiri yang dihuraikan panjang lebar yang menarik untuk diberikan perhatian kalau benar-benar kita serius untuk berdiri sendiri dalam menghalatujukan sendiri matlamat sebenar dalam bidang keilmuan.

Pada pendapat aku, penulis bukanlah mahu mengatakan apa yang berasal dari Barat itu salah secara total, tetapi perkara ini perlulah diteliti dan disaring supaya hasrat murni untuk mengembangkan ilmu itu dapat dilaksanakan. Seperti contoh yang diberikan tentang konsep masa yang wujud dalam alam/tamadun Melayu itu sendiri sangat berkait rapat dengan unsur ketuhanan tetapi konsep time yang dianjurkan Barat berbeza mengikut faham dan pandang Alam Melayu yang terang lagi bersuluh yang tiada wujud Tuhan didalam teori mereka. Mereka berpendapat sekadar memetik kata Hawking "Tuhan bukan sahaja bermain dadu, bahkan kadang-kadang mencampakkan dadu itu di tempat yang tidak diketahui orang". Penulis mengajak kita semua insaf terutamanya para sarjana Muslim-Melayu yang beriman kepada teori yang dianjurkan ahli Fizik Barat yang kebanyakkannya Ateis dan benci Tuhan supaya berhati-hati kerana perkara ini bukan sahaja menggoyahkan imannya tetapi boleh membawa kepada kekeliruan ramai sehingga mengiyakan apa yang dikatakan guru-guru Barat mereka.

Aku tak membaca sangat bab 5-8 tetapi aku sarankan kepada sesiapa yang yakin dan percaya masyarakat Malaysia mampu membangunkan ilmu Sains, Matematik dan Teknologi dalam cara dan cita sendiri, haruslah menelaah buku ini. Segalanya harus dimulakan dari peringkat dasar iaitu dari penggunaan Bahasa!
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.