Hadi, Hadi Anadolu merupakan sebuah karya sastera perjalanan oleh Faisal Tehrani, yang menelusuri pencariannya di bumi Türkiye sekitar tahun 2004. Turut dimuatkan adalah retrospektif perjalanan tersebut kepada seorang Faisal Tehrani, setelah lebih daripada dua dekad ia berlalu. Di bumi Turkiye, Faisal Tehrani menemui fütüvvet, cinta dan kesakitan. Berselang puisi nan indah, pengalaman yang manis dan pahit, yang mencelik dan mengenyangkan, penulis menarik pembaca ke dalam pencariannya, menjejak turuti sama. Ya, kehilangan dan kesakitan boleh sahaja saling berbalas; saling bersilih ganti. Tetapi untuk penulis, Anadolu hanyalah gapura. Beliau kini, katanya, sudah meneroka jauh ke dalam kota—tidak lagi tercegat di gerbang.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Karya terbaharu Faisal Tehrani ini bukanlah hanya sebuah travelog biasa. Ia adalah sastera perjalanan kemanusiaan. Ada sisi sastrawinya, dan ada pula sisi manusiawinya. Johan Jaafar pernah mengeluh mengatakan ini genre sastera yang terabai. Justeru, dalam buku inilah diperdalamkan lagi makna perjalanan sastera.
Kata Faisal Tehrani, "...sewaktu saya mengembara itu, saya bukan merakam tempat atau manusia semata-mata. Ia bukan sekadar catatan diari, cebisan surat, kelepet tiket bas, momen pahit manis yang diketik dengan kamera... bukan. Bukan itu. Saya mendapat pemandangan, dan pandangan baru.... Alangkah bebalnya jika berjalan tetapi akal tersendat. Bukankah perjalanan itu bukan sahaja badan? Tetapi batin? Dan perjalanan yang zahir dan batin pasti mendorong kita ke takah yang lain. Kalau saya tidak tiba di Turkiye, mungkin saya bukan Faisal Tehrani yang hari ini."
Dan teramat istimewa bagi saya adalah sudut retrospektif iaitu suatu wawancara Azan Safar bersama Faisal Tehrani. Dari beberapa soal-jawab inilah saya lebih memahami pemikiran qadim-jadid Faisal Tehrani, proses pengkaryaan beliau, larik-larik puisi yang terilham, mabuk Tabrezi dan Rumi, Ilahiyyat, fütüvvet, cinta serta hikmah.
Buku yang berkisaran perjalanan ke Turkiye sewaktu muda, sedikit puisi, kucing montel di masjid Biru dan sedang menulis karya Surat-surat dari Perempuan Johor.