JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.' Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!
Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.'
Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.' Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?
RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Tertipu? Ya, mungkin. Tapi aku rasa kurang ummphhh-nya. Entah! Seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam relung masa.
Full review: 05/05/2015
Joker; si contract killer dan White; si pemegang kontraknya. Bukan pemangsa yang biasa-biasa, sasaran pembunuhan mereka adalah golongan penjenayah kolar putih. Tak pernah bersua muka, email menjadi medan perhubungan mereka berdua. Tapi, hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Logik akal, Joker sudah mati!
Di sisi lain, ada 2 watak yang diperkenalkan -- Faris & Hambali. Sahabat yang terputus hubungan bertahun lamanya. Seorang putih, yang seorang lagi sisinya hitam. Hambali cuba membantu Faris, tapi ada rahsia besar yang Faris sembunyikan. Dan, bila rahsianya pecah, kesemuanya berubah.
Raudhah, yang pada asalnya aku kira nama watak. Benar, ada watak yang digelar Raudhah. Tapi apa yang lebih menyentuh jiwa adalah perincian yang dilakukan RAM tentang ‘Raudhah’. Aku suka, InsyaAllah moga aku diperkenankan Tuhan untuk berkunjung ke sana. Aminnnn...
Jadi, apa kaitan Joker-White dan Faris-Hambali? Pheww... ini yang tak akan aku ceritakan kerana jauh di sudut hati, ada rasa tidak puas membaca naskhah terbaru RAM ini. Kecewa? Barangkali.
Aku tak mahu menggelarkannya twist, sebabnya aku tau penulis ada sentuhan magisnya tersendiri kalau 'bermain' dengan cerita thriller sebegini. Sayangnya, ia bukan seperti yang aku harapkan. Dah elok-elok 'hanyut', kemudiannya 'dang', terlanggar lampu isyarat. Aduh! *sakitnya tu di sini di dalam hatiku*
Nak tahu apa maksudku tentang terlanggar lampu isyarat tu? Silakan baca sendiri ;P
Selain Tombirouo, ini salah sebuah naskah Ramlee Awang Murshid yang pada aku payah nak habiskan cepat. Agak kurang mencabar. Banyak juga yang aku lompat-lompat. Bosan. Entah kenapa. Tiada magis yang buat aku terpukau dengan naskah ini. Mungkin mood membaca aku buat masa ini sudah berenang ke laut dalam kot. Mungkin sudah merentasi Laut China Selatan. Atau juga aku perlu baca semula naskah ini untuk mencari titik keseronokan buku ini yang mungkin terlepas pandang.
Kaver saja yang pada aku 4.0*...
Maaf pada peminat RAM. Aku jugak peminat karya-karya encik penulis, tapi cuba untuk tidak bias dengan memberi rating bagai bintang-bintang di langit.
Bab 62 dan ke atas betul-betul telah membuatkan rahang aku jatuh mencecah lantai. The plot twist in Raudhah by Ramlee Awang Murshid is better that Fixi and Lejen Press novels combined.
(Sekiranya imej tidak dipaparkan, klik "Read Fatini Zulkifli's review" untuk memaparkannya)
Mulanya, aku agak skeptikal dengan novel ini selepas membaca beberapa review yang tidak puas hati ini dengan novel ini. Ada juga yang kecewa dengan persembahan Ramlee Awang Murshid kali ini. Tapi tak apalah, aku tetap akan baca sendiri. Percaturan aku tepat kerana aku tidak kecewa langsung dengan naskhah ini. Ini kali pertama aku membaca Suicide Squad, politik bisnes, persatuan ala-ala Freemason, Gerak Khas, hukum pancung di Arab Saudi, pembunuhan, kegagalan jantung dan alam ghaib dikahwinkan dalam satu novel.
Spoiler alert!
Bab 64 dan ke atas berkaitan dengan pengembaraan alam roh oleh watak utama. Sewaktu watak utama koma, roh dia merayap dan mengembara selama bertahun-tahun bermula semenjak kecil. Tapi di alam realiti, dia koma selama tiga minit sahaja. Bukan koma, tapi mati. Sebab jantung tiba-tiba berhenti selama tiga minit. Tiga minit mati di alam realiti bersamaan bertahun-tahun pengembaraan di alam roh. RAM pakai konsep sama macam setahun di dunia ibarat seribu tahun diakhirat. Bila dua dunia berbeza, hukum alam pun berbeza termasuk konsep masa. RAM pakai Teori Albert Einstein tanpa disedari iaitu Theory of Relativity of Time and Space.
This is goooood because I love physics, alam ruh and a little touch from Suicide Squad. Marrying religious stuff (alam ruh) and physics (3 minit di dunia bersamaan bertahun-tahun di alam ghaib Einstein's theory) really impresses me.
Nak tahu cerita nya pasal apa? Lebih baik baca sendiri. Clue - crime thriller, police work, murders, killings, contract killer. pusing pusing pusing tapi sungguh anda tak kan pening. Malah excited nak baca dan baca. Saya sebenarnya terdesak perlu habiskan segera, so saya ingat dah tinggal suku buku, sampai part Faris sedang nak gerak melawat kilang kain kiswah, saya fikir boleh stop dah, "rasanya tahu dah ending Dia". Chehwahhh, how wrong I was. Nasib baik saya tak jadi berhenti, saya terus kan. Memang langsung tak sangka ending Dia.
Entahh...aku rasa mcm ada sesuatu yg kurang...mungkin sbb genre nya berbeza berbanding novel sebelum ini...
Sepertimana ko membaca sebuah cerita yg ianya mimpi semata2...
Namun syabas & tahniah buat Abg RAM...ada unsur2 dakwah dalam ni...banyak petikan2 hadis yang di paparkan...sedikit sebanyak menimbul rasa keinsafan...hehhe
Mula-mula baca, okay.. Seronok baca kisah si Faris yang keseorangan dan hilang kasih sayang.. Tapi bila dah dekat nak habis tu, aku jadi blur.. Parents Faris ni mati ke tidak sebenarnya..? Kemalangan tu ujud atau cuma fantasi Faris je..? Hambali pun..? Alih-alih ada pulak watak si Rina.. Pening sudahnya.. ahaha...
Mungkin ada part yang aku terlepas pandang kot.. Tapi takpe la.. Apapun, aku enjoy baca kisah ni.. Kisah seorang pembunuh upahan.. Kisah dia menunggu hukuman pancung dan sebagainya..
Classic RAM twist and turn within the story. A truly unexpected near-ending for me. Tak sia-sia habiskan pembacaan dalam masa satu hari! :D
Tolonglah beli dan baca. Tak rugi. If you have not read a book by RAM, this book is a good one to start. Of course, after that you will have to work your way backwards for 24 books. So, all the best ;)
RAM terkenal dengan kebijakannya 'menipu' pembaca. Dan, kisah kali ini sy turut menjadi mangsa penipuannya. Ahah! Kisah di bumi Rasulullah paling mendapat tempat di hati. Tiba2 teringat babak ayat2 cinta. Tahniah buat RAM!!!
Lain ku agak,lain pula yang jadi,,as expected from RAM! Karyanya kali ini mampu membuatkan pembaca banyak bermuhasabah diri bagi sesiapa yang menghayati..
tah kenapa terasa susah untuk menilai letak-duduknya Raudhah berbanding buku-buku RAM yang lain. mungkin keterlaluan untuk aku kata yang RAM seperti kehilangan magis dalam mencorak karya-karyanya yang baru, semuanya atas alasan buku-bukunya yang lama lebih umphh dan power.
tapi walaupun buku ini tak sehebat beberapa buku RAM yang lain, Raudhah tetap ada manisnya sendiri. mulanya bila dah baca sampai separuh buku ini agak terkejut, kenapa Raudhah terlalu perlahan dan kurang aksi thriller. malah watak 'Joker' pun hanya dimunculkan sikit-sikit dan itu penambah kecewa walhal aksi 'contract killer' yang sebenarnya dinanti-nanti pembaca seperti aku. penulis lebih memfokuskan watak Faris yang sedang menuju taubat dan taubatnya memenuhi hampir semua muka surat.
tapi kemudian aku sedar. tuan RAM bukanlah kehilangan magis atau kehilangan bisa thriller, cuma memang Raudhah disengajacorakkan begitu. memang buku ini temanya taubat dan keinsafan jadi tak hairan watak 'Joker' hanya sebagai cameo dan adegan 'contract killer' hanya penambah rasa.
dan antara benda yang menjadi argue dalam minda aku selama membaca Raudhah ialah kenapa RAM namakan buku ini 'Raudhah' dan bukannya 'Joker'. malah watak 'Raudhah' sendiri tenggelam meskipun namanya menjadi tajuk buku. kemudian menjelang muka surat akhir barulah aku faham apa sebenarnya makna 'Raudhah' yang tuan RAM cuba sampaikan. dan tahniah kerana berjaya memperdayakan kami lagi sekali tuan.
aku percaya 'Raudhah' punya tempat istimewa dalam diri penulis. ia seperti penanda aras dalam diri penulis dalam perjalanannya mendekatkan diri pada tuhan. Raudhah juga menjadi tanda mata yang manis dan lembut darinya untuk pembacanya yang selama ini membesar dengan karya-karyanya yang suspen, misteri, magis dan thriller. 'Raudhah' seperti air penyejuk yang melegakan disamping makanan yang lazat-lazat.
Dalam masa tiga hari baru aku dapat habiskan buku setebal 558 muka surat ini . Tebal sungguh pada aku kerana tahun ini merupakan tahun di mana aku lebih mengfokuskan menelaah(sangat) buku-buku fixi hahaaha. Aku sebenarnya nak bagi 4 bintang tapi disebabkan RAM sekali lagi berjaya menipu pembaca maka aku bagi 5 bintang . Sebagai pembaca tegar aku boleh agak ending bagaimana tapi untuk karya-karya RAM susah nak jangka ending . Banyak menyentuh isu-isu negara sekarang seperti MH370 , pengganas Ukraine malah rasuah . Karya RAM kali ini banyak sentuh isu islamik sehingga membuatkan aku rasa bersalah solat lambat (wuuhuhuhu).Sekali lagi aku katakan ENDING DI MANA KAU TA BOLEH EXPECT DAN KAU DITIPU . 3 MINIT MAMPU MENGUBAH SEGALANYA .
ahhh aku kena tipu lagi hahahha .Aku tewas lagi dengan RAM .Kudos to you :)
Novel ini merupakan karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang ke-24 bersama dengan rumah penerbitan Alaf 21. Melalui pembacaan saya,dapatlah saya simpulkan formula atau corak penceritaan masih sama. Cinta,thriller dan Islam. Sememangnya inilah trademark atau signature penulisan RAM. Jika anda mengharapkan sesuatu yang baharu melalui novel Raudhah ini,anda mungkin kecewa kerana tidak menjumpainya. Walaupun demikian,ini tidaklah bermakna bahawa karya kali ini sama sekali tidak menarik. Seperti kebiasaan,ada mesej yang cuba disampaikan melalui setiap novel yang ditulis RAM. Dan,kali ini temanya bersentuhan mengenai keampunan Allah S.W.T. yang tidak terbatas,walaupun kepada mereka yang telah melakukan dosa-dosa besar. Kesimpulannya,novel kali ini tidaklah mengecewakan. Malah,ada kejutannya yang tersendiri apabila saya menamatkan pembacaan saya ke atas novel ini. Bukan sahaja penamatnya mempunyai twistnya yang tersendiri,malah,anda mungkin akan rasa 'tertipu'!
Ni novel ke 5 yang aku baca hasil karya RAM. Kalau aku tengok pada review mereka yang lain, novel ni tidak sehebat karya2 RAM yang lain. Ade kekurangan pada novel ni.
Dan aku pon merasainya walaupon aku masih baru dalam dunia RAM. Walaupon plot twistnya ada, tapi tidakla menyakitkn kepala seperti plot twist novelnya yang lain.
Faris yang digelar Joker kerana menjadi contact killer bagi 5 White. Dia menerima arahan daripada White untuk membunuh mereka2 yang terlibat dalam jenayah kolar putih.
Tapi lama kelamaan, Faris mula rasa tidak selesa pada bahagian jantungnya. Setiap kali dia melakukan pembunuhan, selepas itu pasti dia akan berasa sakit jantung. Apabila melakukan pemeriksaan doktor, doktor mengesahkan dia sihat. Tapi kenapa jantungnya sering berdebar2.
Akhirnya, Faris ingin pulang ke pangkal jalan dengan bantuan sahabatnya, Hambali. Dia pergi ke Makah menunaikan Umrah. Dan apabila dia pulang dia mengalami perkara yang pelik. Apakah? Kenala baca.. Haha.. Nanti spoil.
Saya bagi 4🌟 hanya kerana mempunyai plot twist yang menarik dan ia juga menjadi sebab saya meneruskan bacaan.
Bab awalan jalan cerita sangat lambat dan saya sebagai seorang pembaca terasa kosong bila membacanya (jalan cerita tak ada klu tentang tajuk Raudhah) agak membosankan juga tapi babak aksi membuatkan saya meneruskan bacaan. Masuk bab 42, bacaan semakin lancar. Dekat sini, saya ditembak dengan plot twist yang benar-benar diluar jangkaan saya. Bab 62 pula, saya dikejutkan dengan plot twist yang lain, jalan cerita yang lain. Alhamdulillah, apapun happy ending. Bab pertengahan, genrenya sudah ke arah islamik dan cinta. Dah tak ada lagi babak aksi tapi apapun muka surat pertengahan memang sudah menarik. Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan novel Raudhah dan sememangnya RAM harus dipuji kerana mampu memberikan idea yang luar biasa untuk novel ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sekali lagi aku terkena dengan gaya penulisan RAM. Semalam aku mengeluh sebab rasa penat baca Raudhah—bukan sebab tak best, tapi plot dia agak perlahan. Konflik dalam cerita ni pun makan masa lebih separuh buku untuk diselesaikan. Aku ingatkan akan bosan sampai habis, tapi rupanya aku salah besar!
Masuk separuh kedua buku, aku makin tertarik dan lebih fokus nak tahu apa yang jadi seterusnya. Dan bila sampai ke penghujung… boom! Plot twist yang memang tak disangka-sangka. Memang bijak RAM susun cerita ni!
Saya mengambil masa yang sangat lama untuk habiskan buku RAM yang ini. Perkembangan plotnya sangat perlahan, tak macam buku-buku RAM yang lain. Namun, dari aspek informasi dan ilmu tambahan memang sangat banyak dalam buku ini. Terutama sekali pengetahuan tentang hukum hudud dan sebagainya. Apa-apa pun, ini bacaan yang baik kalau nak menambah ilmu dengan cara yang santai. Plot-twist di bahagian hujung juga boleh dikatakan agak menarik. Kudos to RAM!
Memaparkan kisah mengenai seorang pembunuh upahan yang bergerak sendiri dan mempunyai cara yang unik dalam membunuh. Signature yang sangat awesome. Kemudian, jantung si pembunuh terhenti selama 3 minit. Sepatutnya si pembunuh sudahpun mati tapi terus hidup. Maka bermulalah kisah mencari Raudhah. Pertemuan kembali dengan seorang sahabat mendekatkan diri si pembunuh kepada perubahan. Dalam mencari Raudhah, muncul pula cinta tanpa diduga. Semuanya mula menjadi keliru kerana yang dicinta sudah menjadi milik si sahabat yang membantu. Berjayakah Raudhah dicapai?? Suspen, pembunuhan demi pembunuhan, pembohongan dan kekejaman silih berganti. Mengundang debaran yang menggila di jiwa yang membaca. Semoga novel RAM ini mampu memberi pengajaran dan juga sedikit getaran dihati kita. Kadang-kadang teguran datang dalam berbagai bentuk..
Mcm biasa karya abg RAM mmg berjaya memutar belitkan otak aku..esp part siapa sbnrnya White...aku mmg x sangka..cuma aku kecewa sikit kurang aksi dan twist jalan cerita yg mmg mengelirukan di mana bhgn tu agak singkat..lebih kpd misi mencari Tuhan..ada sedikit keinsafan muncul dr celah sanubari aku ketika menoktahkan novel ini...hmmm
I don't like the way the story end. I don't like the way the other characters got their endings. That's not how I used to read, the story told by my fav author. But I did enjoy reading this book, at least till I read about the denouement plot.
At first it started of great and then at the 2/3 of it i thought i know whats gonna happen in the end but boi it didnt go where i was expecting it too. Love it so much
Sooo sooo best. The plot is just way tooo awesomee !!! Love it so much. Chapter 62 had me soooo gooood. Menjerit-jerit tau baca buku ni HAHAHA i love Faris Si Awwabin so much.
Faris watak utama yang beberapa kali mati selama tiga minit tapi hidup semula. Buku ni, boldkan tentang betapa Allah tu Maha Pengampun. Sebesar apa pun dosamu. Faris si contract killer, membunuh tanpa ada rasa. Di upah oleh white untuk membunuh penjahat berkolar putih. Setiap kali dia membunuh jantung Faris akan mulai reput. Plot cerita jadi makin menarik saat Faris nak berhenti dari jadi pembunuh dan ingin bertaubat, mula mencari Tuhan. Dikurniakam seorang sahabat yang sangat baik, which is Hambali. Hambali sanggup mati, demi nak dermakan jantung untuk Faris. Supaya Faris terus diberi peluang untuk bertaubat dan hidup. Raudhah, mula2 ingatkan perempuan rupanya "Raudhah" syurga Allah yang Faris dambakan.
Mula phase buku ni slow. Tapi part siapa white. Aih, aku salah teka lagi. Ingatkan...... rupanya....
Plot di Madinah sekali lagi menarik perhatian aku, bila mana sekali lagi Faris difitnah sebagai pembunuh sedang kali ini dia tidak membunuh. Waktu ni aku start rasa tak nak tidur sebab nak tahu ending. Part berdebar², Faris nak kene hukum mati tu, sebab kat Makkah mereka menggunakan undang² Islam, di mana siapa yang jatuh hukum membunuh akan dibunuh juga. Qisas. Setelas bayaran diyat dirunding, tetapi family yang dibunuh menolak. Tapi ending dia ........ Pftttt...Jujur aku tak suka ending diaaaa. Aaaa..Koyak baca ending dia. Sekali lagi Ramlee Awang Mursyid menipu aku si pembaca. ♥️
Raudhah, sebuah kisah yang begitu simbolik. Bagaimana seorang manusia diberikan peluang ke-2. Bagaimana seorang manusia diberikan keinsafan melalui kehidupan yang dilalui semasa koma. Begitu hebat kekuasaan Allah S.W.T, bagaimana Allah memberikan hidayah kepada hamba-Nya.
Faris seorang contract killer. Pertemuaannya dengan Hambali telah membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang lurus. Peristiwa 3 minit yang dilaluinya dan keadaan jantungnya yang sakit setiap kali dia melakukan tugas jahat seakan memberi amaran kepada Faris. Dia ingin bertaubat. Namun, masihkah ada waktu dan kesempatan untuknya.
Hambali seorang sahabat sejati. Walaupun telah lama terpisah dengan Faris, namun dia masih ingin membantu Faris kembali ke jalan yang benar. Persahabatan mereka teruji bila kebenaran tentang Faris terbongkar. Ketika ini, Hambali perlu membuat pilihan Faris atau kebenaran.
Penutup kisah yang tidak disangka. Bacalah, anda akan ketahui kebenarannya.