Semuanya bermula dengan sebuah novel langka-dan seorang pemuda yang sempat merampas naskhah terakhir novel itu di depan mata Khaira.
Entah bagaimana, takdir sering menemukan Khalra dengan si 'pencuri' novel ltu, Muttaqin-rakan sekelas yang suka mengusik, pesaing debat yang petah berbicara dan ahli kumpulan kerja kursus yang menjengkelkan.
Dalam pergaduhan yang kerap, terselit juga tawa yang perlahan-lahan melembutkan hati. Namun, apablla rasa manis Itu mula berbunga, datang pula dugaan yang meributkan hubungan mereka.
Tanpa Khaira ketahui, seperti novel-novel yang dibacanya, sesetengah rahsia tidak muncul pada awal cerita-kerana la menanti untuk muncul pada waktu yang tepat, lalu mengubah segala-galanya.
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.
– romcom, (not really) frienemies to lovers, college romance, not a meet cute, he fell first and both fell harder. light read.
– besides the love story between the MCs, ada selit masalah students yang maybe some of us can relate to. also, isu Muttaqin dealing with his mom’s expectations kena ikut impian mak sendiri, sedangkan minat/hobi dia tak direstui & dipandang rendah.
– cuma for me isu Muttaqin x Puan Jasmin agak tenggelam timbul. more execution would’ve been better. redemption mak Muttaqin pun tak berapa satisfying & quite rushed.
– as a romance sucker, romance dia tak sampai tahap buat aku sepak angin mengeletis sambil guling atas katil. tapi ada a few subtle scenes yang comel.
– scene coincidence diorang agak repetitive, macam tak habis habis benda yang sama je terjadi antara dua orang ni.
– tapi aku enjoyed the banter between Muttaqin x Khaira. every time diorang jumpa mesti bergaduh manja & masing masing tak nak mengalah. the ‘garang’ x ‘kuat mengusik’ duo >>>
– plot twist agak predictable dah boleh agak who is who 🙂↕️☝🏻
– maybe sebab this is my first time baca buku yang selit (suara hati) dalam monolog, so it felt a bit disturbing but i got used to it.
– kalau jenis tak suka buku yang santai, maybe this won’t be your cup of tea sebab dia tak ada ‘wow’ factor sangat. tapi kalau tengah cari something ringan & nak lari sekejap dari cerita berat, this one’s for you.
I only enjoy the book because of Khaira and Taqin. Their relationship, the fight, the malu-malu kucing confession. I love it so so muchhhh. BUT!
Buku ni terlaluuuu mendatarrrr. Like, i dont even know konflik sebenar cerita ni apa. I cant see the storyline at all. Dari awal sampai habis, I skim through a lot. I tak tahu nak expect apa, but I just keep reading until I jumpa perkataan tamat. Dah tutup buku pun, I cant even remember apa yang berlaku.
The issues regarding Taqin dengan mak dia, could have been done better. Like, I nak tengok more about how Taqin actually trying a lot to make his understand his situation. I nak tengok more fighting scenes between this two. The ending put resolves macam tu je. Likeeeee, wth?!
Not gonna lie, I was dissapointed. Tapi, okaylah kalau nak buat hilang bosan, nak yang light-light, no conflict or so on.
This entire review has been hidden because of spoilers.
This is a romcom, one of the genre that I've outgrown. So that definitely affected my rating a bit.
This book is about two university students who turn from enemies to lovers. Each have their own backstories that made this book worth the read, especially that of Muttaqin: dealing with his mother's expectations.
Here are my thoughts about the book:
× this book is too cute and sweet for me. If I'm 20 years younger it would probably made me blushed but at 40+ it just made me cringed. (NOT THE AUTHOR'S FAULT BTW)
× the writing style reminded me of Sophie Kinsella's shopaholic series which I enjoyed (when I was in my 20s). Compliments to Arep for getting the nuance right.
× I like Muttaqin part of the story because it gives depth to his character. I can't say the same about Khaira. I think she's a spoiled brat. The book has really good side characters though like Puan Marina, Kak Long and even the villain Taufiq (what happened to him btw? Was he expelled or not?). Too bad their characters are not fully explored. I also kind of wish Arep delves a bit more into Aidil and Sabrina relationship.
× I think it's too much of a coincidence for Khaira and Muttaqin to be paired together, that it's not realistic, making it too cliche.
× reading Muttaqin's part makes me want to start writing again. I've never used wattpad before and this book makes me want to try it. But at the same time, I'm worried about the comment section lol.
× speaking of which, when I saw Muttaqin is a writer, I put two and two together pretty early on and figured out the plot twist.
Story 3/5 Characters 4/5 Development 4/5 Style of writing 4/5 Enjoyment 3/5 Overall 3.6/5
1. Tak suka cara Mutaqqin “curi” buku terakhir kat Kino tu. Sebab lepas tu saya terus rasa hati saya dicuri dia.
2. Tak suka watak Mutaqqin yang suka menyakat. Tapi entah kenapa, setiap kali dia menyakat Khaira, saya senyum macam orang tak betul.
3. Tak suka Muttaqin dengan Khaira selalu bergaduh. Sebab setiap kali gaduh, saya macam “eeee get together je lah” pastu saya senyum sorang-sorang. Penat tau.
4. Tak suka watak Muttaqin tu confident sangat. Tapi saya lagi tak suka sebab saya pun automatically find him more attractive.
5. Tak suka babak pasal group assignments. Sebab GA leceh. Tapi saya sanggup buat asalkan ada Muttaqin dalam group.
6. Tak suka bila ada part yang relatable. Sebab saya nak lari dari realiti tapi kenapa penulis “expose” saya?
7. Tak suka bila watak perempuan macam Khaira keras kepala. Tapi sebenarnya... mungkin sebab saya pun macam tu. Defensive and annoying sometimes. So Khaira tu saya? AHHHH TIDAKKKK!
8. Tak suka buku ni buat saya emo. Sebab saya baca nak tenang, bukan nak nangis sebab Muttaqin dengan hal keluarga dia.
9. Tak suka yang saya terlalu invested. Plan nak baca kejap-kejap je. Sekali cepat betul habis. Bila dah habis, rasa “alaa.. dah habis ke?”
10. Tak suka sebab... sekarang saya nak baca balik dari awal. Sebab tak puas. Sebab terlalu suka.
✫ Khaira & Muttaqin, ambiklaaaa dunia ni 😭💗 geram tau comel gileeee buku ni grrrrrr.
✫ Cerita ni mengisahkan tentang Khaira yang cop Muttaqin sebagai 'pencuri buku' sebab ambil the last stock of buku yang dia suka dekat Kino 😂 Sejak haritu dia memang cam meluat la setiap kali tengok muka Muttaqin ni.
✫ Sumpah comel. Memang vibe masa dekat uni dulu. Ada crush la, study dengan crush, benci benci lama lama eh tersuka, join kelab kelab dekat uni sebab boleh dek.
✫ Buku ni sangat feel good romance. Kalau nak rasa lagi single boleh baca 😂 kalau bosan and nak something yang buat you ketawa sorang sorang and blushing pun boleh baca.
✫ I suka how their relationship grew so naturally. You takleh pinpoint sangat bila diorang dah start suka sama suka. Dah nama pun TERRjatuh suka. Takde declare declare terus cam unspoken words, "we will be here for each other" 💗
Overall, I suka buku ni and I bersyukur sebab Bookiut lamar Arif untuk publish buku ni from sekadar e-book to physical book. Sebab, kalau tak, memang I takkan tahu kewujudan Khaira & Muttaqin.
Kalau Arep ada 1 peminat sahaja, akulah yang satu tu. Kalau Arep tak ada peminat langsung, maksudnya aku dah arwah!
Anyways, tahniah lagi sekali untuk Arep kerana dah berjaya keluarkan anak baru! Berkali-kali Arep berjaya cabar diri untuk tulis luar genre zon selesa dan bagi aku kali ini membuahkan hasil sangat-sangat!
So dalam review yang sangat (tak) biased ni, aku akan bagitahu apa momen dan elemen yang aku sangat-sangat enjoy dalam TSPP ni. Lepas tu aku cuba ulas dengan cara yang (tak) kritikal sedikit, lebih kepada refleksi aku sendiri sebagai penulis dan juga untuk aku ingat keseluruhan opinion aku tentang cereka ni.
Innocent infatuation at its best Jujur sekali, aku tak berapa familiar dengan genre romansa lokal. Selalunya aku jugak memang takkan pick-up buku macam ni, tapi sebab aku respek dengan Arep, sebab dia (bukan) besfren aku, dan jugak sebab dia (bukan!) hosmet aku, aku relakan hati ni jadi taman.
Tapi dalam nota lebih (tak) serius, kalau kauorang pernah baca Rumah Tak Mesti Bahagia mesti kauorang tahu kebolehan Arep dalam menulis dengan cara yang sangat warm, menyeluruh tanpa gaya penulisan yang begitu gah-gah. Arep keeps it simple - setiap susunan ayat itu bertujuan untuk feel itu sampai kepada pembaca. Dan aku rasa memandangkan subjek dan tema cerita ni, feel cintan-cintun alololo tu memang sampai ke destinasi betul. Arep berjaya capture rasa geli-geleman crush-merush yang kita semua berangan-angan nak rasa, terutama lagi bila di bangku sekolah menengah atau dalam kes ni, di zaman uni. Imagine Kuliah Cinta tapi lagi down-to-earth, kurang drama dan dengan watak-watak yang fresh.
Walaupun aku tak adalah kemaruk ship sangat Khaira dengan Muttaqin ni, aku terhibur dengan gedik-geduk mereka. Pada saat yang lebih laid-backlah Muttaqin dengan Khaira ni menyerlah. Charm buku ni sangat bergantung pada back-and-forth banter mereka, dan aku sangat berpendapat Arep memang berjaya menggeletek dengan babak-babak mereka berdua. Jujur, kalau mereka ni bukan bercinta ataupun yang jenis platonik sekalipun, aku akan enjoy gelagat diaorang bersama-sama.
Cast sampingan yang memorable Yang aku perasan, aku memang suka watak sampingan dalam karya Arep. Begini jugak dalam TSPP, aku suka Puan Marina, Prof Ghafar, dan yang paling aku ingat adalah adik Khaira, Kamarul.
Walaupun mereka ditulis dengan tujuan comic relief, mereka ada tekstur yang aku suka. Arep lebih bersahaja menulis dialog watak sampingan - ada rasa yang macam penulis lebih loosen up dalam mengolah dialog mereka.
Result-nya adalah dialog yang flow dengan baik dan realistik, dan benda ni buat pembaca rasa begitu dekat sekali dengan watak.
Gaya penulisan yang mudah dihadam Aku rasa gaya penulisan yang aku paling suka adalah tulisan yang aku tak perlu baca dua tiga kali untuk faham.
Arep berjaya kekalkan kualiti ini dalam penulisan beliau tanpa buat karyanya jadi simplistik - masih ada banyak vokabulari yang aku baru belajar, tapi aku tak pernah kebingungan atau rasa macam tak boleh catch up apa yang dia nak sampaikan.
Penulis juga pandai jaga pacing cerita - beliau tahu bagaimana nak balance-kan momen-momen dalam cerita supaya satu enjoyment atau feeling yang pembaca dapat tak rasa tepu. Dalam tawa beliau selitkan babak-babak serius yang penuh dengan emosi. Lepas tu dia buat kita ketawa semula supaya tona cerita itu pelbagai tanpa bersepah, kemas tanpa perlu jadi predictable atau klise.
Overall, aku kagum sangat dengan penulis. Dalam nota belakang buku, penulis ada beritahu bahawa dia memang gemuruh nak cebur romance sebab genre selesanya lebih kepada saifai dan fantasi.
Hasilnya nampak sangat lumayan dan aku seru semua kakak abang yang nak rasa berbunga-bunga untuk pick-up naskhah ni.
Untuk part yang agak kritis sikit, aku akan sorok dalam spoiler. Selamat membaca, guys!
Overall, kita bagi 4 bintang yang terang benderang! Semoga buku ni sukses meletop kebabom!
Buku ni buku romantik komedi. Jadi, ceritanya perihal cintan cintun lah tapi dengan adegan adegan komedi.
Aku suka dengan vibe Sab dan Khai. Sebab Sab ni macam buat acah-acah tak nak kecara dengan Khai tapi dia kecara. Acah-acah tak ambil berat, tapi ambil berat. Nama-nama dalam buku ni macam nak konfius sikit. Ada satu bab tu aku dah konfius antara Aidil dan Adlin.
Jalan cerita dalam ni mmg straight to the point. Agak cliche bagi aku sebab kau macam dah tau ending dia macam mana. Dah romcom kan. Takkan nak sakit pulak ending nya. Itu cerita galau dah tu. Adegan Khai dengan Taqin akan buatkau menghenyam. Halah halah halah menyampah nye lah aku dengan si Taqqin dan si Khai ni. Kawen kan jugak baru tau!
Aku baru tahu yang penulis ni dak Meche Engine. Patutlah ada selit pasal Thermofluid Mechanics segala bagai tu.
Pn Marina ni Librarian aku love. Dia macam cikgu pakai tudung merah pakai kaca mata dengan bertali besi tu.
Comel kisah ni. “Eii merepek!” 😆 Tak sangka Arep boleh menulis romatik komedi juga. Jelas sungguh mengimbau zaman cinta monyet (yang saya pernah alami, masa sekolah rendah jelah). Tapi ya, jelas semua rasa tu digambarkan. Sama.
Semoga satu hari nanti kita juga akan bertemu seorang Taqin.
Betullah cerita ni memang comel. Macam satu angan2 zaman belajar yg dibukukan untuk jadi realiti(walaupun masih fiksi). Gitu ke? Yang penting siapa baca mesti acah2 nak juga benda sama kan? Buat-buat malu gitu. Haha
Saya confuse nak describe hubungan Khaira dgn Muttaqin ni macam mana. Kejap macam anjing dgn kucing, kejap baik mcm bestfriend, kejap mcm main tarik tali. Kalau hantuk kepala dedua aci tak? Geram. Yg lagi geram tu asyik ada je kebetulan antara diorang ni. Eh eh macam dunia ni ada kamu berdua je ek? Hahaha.
Santai dan tak stress layan novel ni. Khaira dgn Muttaqin belajar di satu uni yg sama. Kelas pun sama. Mcm2 kebetulan yg menyatukan si Khaira dgn Muttaqin ni. Lepas tu mula la nak bertikam lidah je. Khaira la selalunya garang sikit. Muttaqin dia jenis chill and gentle. Tapi bila perlukan mereka groupmate, merekalah yg terbaik.
Saya terkesan dgn life Muttaqin yg sering dibanding-bandingkan oleh ibunya. Hanya sebab nakkan yg terbaik, Muttaqin yg kena tempias tekanannya. Parents di luar sana please sentiasa support anak-anak tanpa membandingkan sesama mereka ye. Nothing serious. Enjoy your life and be happy!
ASYIK BUKU NI KENA TUMBOK KENA HEMPOK SEBAB AAAAAAA COMEL NYA 😭🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻
i LOVE Khaira and Muttaqin. Jalan cerita dia sangat simple, senang nak baca, tak ada heavy plot so sepanjang baca tu memang santai jeee (blushing jugak) ehe
chemistry khaira dengan taqin ni yang lagi penulis ketengahkan tau and the fact that khaira anak sulung and taqin anak bongsu?? imagine the chemistryyyy sorang suka sakat sorang suka melawan ahahahah comel sangat! saya memang tengah nak baca another romance tau and buku ni like aaaaaaa very giving! cliche dia saya tak rasa cringe ye itu satu plus point sebab saya ni senang cringe kalau baca romance melayu tapi buku ni asyik kasi blushing je tak ada cringe tak fair betul!
overall, i really love this book and this might be one of my comfort book too. seronok bila kita dah jumpa orang yang tepat dalam hidup kita (bak kata taqin "muse" ceh khaira kan muse dia) 🙂↔️ seronok bila baca kisah orang angau ni tau ahahhahaha terflashback la kita punya kisah sendiri 🙂↕️ dia punya asyik buat blushing tu sampai tak stop la sengih ish baca dalam lrt ni memang susah nak control sengih tau ahahahahhha
📖✨ (Tak) Suka Pandang Pertama Penulis : Arif Zulkifli Penerbit : @bukubookiut 🌟Infinity! 📍 a story that teaches us love isn’t always about first impressions
🌷 what i loved: • Watak yang real & relatable, rasa macam cerita tu bawa kita sekali di dalamnya🥹
• Dialog witty & ringan, senyum sorang baca
• Bukan sekadar cinta, tapi juga tentang terima diri & orang lain seadanya.
• Cerita yang berkembang dengan sangat cantik.
• Semoga kita pun ada kawan seperti Muttaqin dan juga Khaira🥹💞 (bila awak dah baca, mesti awak tahu kenapa saya kata begini).
• But, to be Muttaqin, means kau kena ada hati yang kental🥺 Tahniah Muttaqin kerana mampu membuktikan bahawa dirimu adalah dirimu sendiri💞
• Terima kasih Khaira kerana senantiasa ada untuk Muttaqin🥹💞
• Cuma nak cakap, saya stress baca part ibu Muttaqin😫Tak tahu nak salahkan siapa hahaha! Geram, Tapi sepanjang jalan cerita tu jugalah adalah kita senyum sorang2🤣
Okayyy finally habis dah baca buku nii. My first buku from Arif Zulkifli and kenal dia since dia one of the manes bookrista duluu hehe. First of all saya suka the idea of the book cerita pasal university students punya relationship. It is so cuteeee ngl. Muttaqin sangat sangat SANGAT LA GREEN FLAG. Cara dia dengan khaira mula-mula banyak bertikam lidah agitceww and berebut meja kat library laa hihi kiyowo je I like 😆.For me, the conflict yg author nk ketengahkan in this book sangat relatable dengan current situation yang anyone boleh hadapi. But for me, kat tengah-tengah cerita a bit draggy sikitt about how khaira cope dengan dia punya academic issue. But issokayyyy still boleh layan lagii. Muttaqin pulak sangat la comel ya layan khaira time diorg mula2 nk rapat tuu. hihikss . Nak order muttaqin ikat tepi satu! Overall bestt sgttt and the plot twist kat hujung cerita buat saya tendang angin ya time baca 😆 Okayy done yapping hihi. Ouh and fyi, this is my first time tulis review dalam good reads sbb selama ni baca kat Google je tak pernah nk download 😭 Okayy tu jee. Kepada sesiapa yg baca review ni and nk give it a try to baca this book, YOU SHOULD.
Romcom ini bermula dengan perebutan sebuah novel langka, yang menjadi titik mula pertemuan antara Khaira dan Muttaqin - 2 watak yang bertentangan dari segi personaliti.
Gaya bahasa Arif Zulkifli moden, santai, dan bersahaja, sesuai dengan latar kampus dan cinta remaja. Dialognya hidup, tak cringe dan tak dibuat - buat, pengalaman pembacaan aku lancar dan menghiburkan sebab ceritanya agak childish, lucu dan mencuit hati.
Novel ini ada rahsia yang hanya muncul pada waktu yang tepat, seperti dalam novel - novel yang dibaca oleh Khaira sendiri. Arif ada teknik yang baik dan penggunaan teknik foreshadowing yang berkesan.
Tema “musuh jadi cinta” dan “rahsia yang mengubah segalanya” ialah trope yang biasa dalam genre romcom remaja begini. Apabila disampaikan dengan baik, ia mengimbau kenangan zaman remaja aku dulu - geli hati aku dibuatnya. Haish, anak aku pun dah mula nak bercinta dah ni, kenangan apa entah, hahaha.
Sebuah novel yang light tapi matang serba serbi - sesuai untuk korang yang suka kisah cinta remaja. Matang sebab ada kekuatan pada gaya penulisan, pembangunan watak, dan struktur naratif Arif berbanding beberapa novel lain yang aku baca dalam genre yang sama.