Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Milikku Jadi Milikku

Rate this book
“Kalau abang sudi, jadi yang halal untuk Siti. Tapi Siti dapat agak jawapan abang. Tak mungkin abang akan jadi yang halal pada Siti. Siti tak layak untuk abang...”

Eshaq Hakimi bukan tak sayangkan Siti Shafura. Tapi peristiwa daripada pertemuan pertama mereka yang telah menyebabkan Eshaq Hakimi bagai berdendam dengan gadis yang sopan dan sangat memelihara agamanya itu. Dia tak pernah menyangka akan bertemu dengan gadis itu sekali lagi, lebih-lebih lagi perasaan marahnya masih belum reda.

Siti Shafura juga tidak menyangka, mereka akan dipertemukan lagi dan tak hairanlah jika lelaki itu masih cam wajahnya dek kesalahan yang dilakukannya tempoh hari. Tapi memang tidak adakah ruang kemaafan untuknya walaupun dia berusaha untuk menebusnya?

Dan kerana hutang yang belum diganti itulah yang menyebabkan Siti Shafura akur dengan setiap permintaan lelaki itu.

Siapa sangka, dalam diam ada bunga yang mekar dalam hati lelaki itu. Tapi dek rasa takut selepas dikecewakan, dia cuba menidakkan perasaan itu. Namun takdir juga bagai mengerti dan jodoh mereka bagai telah tertulis apabila Siti Shafura meminta dirinya dinikahi oleh lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan menjadi haknya yang halal.

“Aku setuju nikah dengan kau, tapi aku ada syarat aku sendiri.”

Syarat? Adakah Siti Shafura akan menerima syarat itu dengan hati yang terbuka padahal seorang wanita yang bergelar isteri haruslah menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap suaminya sendiri? Kerana syurga seorang isteri itu mudah diperoleh jika taat dan patuh kepada si suami.

Kini, hubungan yang masih baru terjalin, tambah rumit apabila datang Datin Julia yang menuntut janji yang dibuatnya dengan Eshaq Hakimi. Saat lelaki itu hendak ‘cuci tangan’, banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya. Semuanya demi insan yang mula mendapat tempat dalam hidupnya.

“Orang yang dah bertaubat nasuha, takkan ulang dan takkan buat lagi benda-benda yang dia nak tinggalkan tu...”

Mampukah Eshaq Hakimi melawan segala dugaan yang datang untuk kembali ke jalan-Nya? Dan adakah mudah untuk Siti Shafura menerima kenyataan tentang kisah lampau suami yang dicintainya?

“Terima kasih sebab kau sudi jadi isteri aku. Aku takut kau pergi dari aku.”
“Selagi memang dah tertulis jodoh tu milik kita, walau apa pun jadi, Siti tetap jodoh abang... Insya-Allah...”

873 pages, Paperback

First published October 1, 2014

2 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Arsha

4 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (29%)
4 stars
20 (36%)
3 stars
12 (21%)
2 stars
3 (5%)
1 star
4 (7%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
November 1, 2014
Begitu lama rasanya tidak mengasah jari nan sepuluh ini menulis resensi. Bukan tidak mahu lagi melakukannya. Paling nyata belum berjumpa naskhah yang benar-benar membuatkan kucc mahu menulis sesuatu tentangnya untuk dikongsikan bersama. Kebelakangan ini kucc jadi sangat selektif. Kucc masih tetap membaca cuma tidak lagi menulis resensi seperti sebelum bergelar penulis. Ada sesuatu tentang naskhah ini yang dipersembahkan secara agak unik berbanding pesaingnya di pasaran lalu menarik jari-jemari saya untuk melarik sedikit catatan buatnya. Ada sesuatu yang istimewa tentangnya yang begitu menyentuh jiwa kucc. Pengisiannya cukup mengagumkan.Kata kuncinya HIDAYAH.

Hidayah adalah salah satu hikmah yang diberikan kepada hamba-Nya oleh sang pencipta sebagai satu cara untuk seseorang itu mencari jalan yang benar di sisi Islam sekali gus selamat di dunia dan akhirat. Itu matlamat kita semua. Walaupun ada kalangan hamba-Nya yang terpilih diberikan hidayah sebagai satu anugerah, namun ia sebenarnya perlu dicari oleh seseorang menerusi usaha. Hidayah itu sebenarnya satu pemberian Allah kepada manusia yang diberi dalam pelbagai bentuk dan cara. Menerusi insan lain, ada waktunya hidayah itu terpancar olehNya. Inilah mesej yang diangkat penulis didalam naskhah terbaharu beliau ini untuk dikongsi kepada pembaca.

Dipenakan dengan cemerlang menerusi garapan jalan cerita yang begitu berkesan sekali plot cerita bergerak dengan begitu lancar. Rantaian kisah diantara satu bab ke bab yang lain dijalin teliti, penuh sentuhan berjiwa. Kesinambungan kisah didalam naratif ini begitu membuai perasaan sehingga kita terikut-ikut merasakan tiap peristiwa yang terjadi didalamnya.

Perwatakan adalah tiang utama sesebuah naratif dan ia juga lah kunci keberkesanan seebuah karya. Watak yang kosong, tiada jiwa maka ia tidak akan berupaya memberikan kesan apatah lagi mempengaruhi pembaca agar sama-sama mengikut perjalanan naratif yang dipersembahan. Dua watak utama naskhah ini berjaya mendominasi naratif dengan cemerlang tanpa meninggalkan lopong-lopong yang akan mengurangkan kepuasan pembaca.

Eshaq Hakimi @Shaq, sang auditor yang punya sejarah cinta penuh luka dalam tubuh lelakinya yang bugar kekar. Sejarah yang mengheret diri untuk tidak mempercayai wanita dan cinta. Pemotretan watak Shaq sangat cantik ditangan penulis. Shaq yang tegas, Shaq yang lepas kata, Shaq tajam lidahnya, Shaq yang menyakitkan mata dan jiwa digarap sebaiknya oleh penulis. Ego lelakinya cukup terserlah. Celuparnya menjengkelkan sekali namun jauh di ujana hati, dia sebenarnya sama sahaja seperti lelaki-lelaki diluar sana yang mendambakan perhatian dan belaian insan bernama Hawa. Penghijrahan Shaq menjadi seorang Shaq yang baru adalah kemuncak naratif ini.

Siti Shafura@Pureen, si yatim piatu yang cukup halus jiwa dan hati. Namun dalam halus jiwa dan hati, pesonanya buat ramai jiwa adam yang terhambat dan mahu berlabuh tetap jika diberi izin. Siti, mahasiswa tahun akhir yang mengejar cita dan azam yang cukup tinggi. Figura Siti yang sangat muslimah, Siti yang punya latar agama yang utuh, Siti yang terlalu murah dengan maaf, Siti yang lebih suka mengalah dipenakan dengan baik. Siti yang ada kala mengundang geram kerana baiknya dia yang keterlaluan begitu cemerlang dilarik penulis.

BMJM membawa kisah Eshaq Hakimi, sang auditor yang dicurangi kekasih di hati; Suhaila. Peristiwa yang telah mencarik dan menyemai benci Shaq pada insan bernama perempuan. Kerana kecewa dan sakit hati, tugas sampingan sebagai lelaki pengiring dipilih dan dilakukan secara sembunyi demi membalas sakit hati pada wanita-wanita curang. Dilakukan bukan atas faktor kewangan kerana latar belakang dirinya sendiri yang dari keluarga ternama, tugas sebagai lelaki pengiring itu demi kepuasan diri yang pernah dikhianati. Mahu mengajar wanita-wanita yang curang dibelakang pasangan, tugas dilakukan sebaiknya hingga membuat kebanyakkan pelanggannya jatuh hati pada aura dan pesona seorang Eshaq Hakimi. Datin Julia, janda muda yang mengikat Shaq dengan kontrak tidak terkecuali. Pertemuan pertama Shaq dengan Siti Shafura; gadis lemah lembut yang menuntut di universiti yang sama dengan adiknya Suzila mencatat satu peristiwa tegang dan sakit hati Shaq. Siti yang tidak sengaja menyebabkan kemeja kesayangan Shaq kotor, mencatat rasa tidak puas hati yang teramat Shaq. Rentetan dari pertemuan pertama membawa pada pertemuan kedua di kondo Shaq ketika Siti mengikut Suzila dan dua teman yang lain melakukan tugasan kuliah untuk menemuramah Shaq terus menambahkan geram Shaq pada Siti. Sesuatu sudah ditanam dalam hati. Siti tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Dan rasa “dendam” itu makin mudah dilaksanakan bila Siti diangkat menjadi anak angkat keluarganya. Siti sudah terikat dan terkepung dalam wilayah yang dikuasai Shaq. Siti diperlakukan sesuka hati.

Setiap perbuatan “buli”, kata sinis dan celupar Shaq ditangani dengan baik oleh Siti yang sedia maklum akan rasa tidak puas hati Shaq padanya kesan pertemuan pertama mereka dahulu. Perancangan takdir buat keduanya cukup indah. Kemalangan yang menimpa Shaq hingga hilang upaya mengurus diri sendiri kala kedua ibu bapa dan Suzila di tanah suci membuatkan Siti terpanggil membantu. Batas antara keduanya ditambah sikap Shaq yang begitu mencabar kesabaran hampir buat Siti putus asa. Namun demi tanggungjawab yang tergalas Siti memperjudikan masa depan dengan meminta Shaq menikahinya demi meleraikan batas antara mereka. Kesabaran dan kehebatan Siti menangani Shaq dikala waktu ketidakupayaannya dan kelembutan jiwa sebagai isteri mendepani suami seperti Shaq yang masih menyimpan benci dan sakit hati membuka mata Shaq untuk mengenali gadis itu. Tanpa sedar dia jatuh hati pada sang isteri yang pernah dimusuhi itu namun ego yang bersarang di jiwa menolak mentah-mentah rasa yang mula bertapak.

Dialog dan lenggok bahasa di dalam naratif ini menggunakan bahasa mudah tanpa ada metafora simbolik. Personifikasinya ditangani dengan baik sekali oleh penulis.

Percaya pada pasangan adalah kunci keharmonian sebuah mahligai perkahwinan. Biar apa juga ancaman, badai dan amukan gelombang kehidupan yang datang, jika rasa percaya itu teguh dan utuh tidak akan runtuh mahligai yang dibina. Ego dan emosi jika keterlaluan boleh memakan diri. Prasangka itu adalah syaitan yang mengheret manusia ke lembah kemusnahan. Saya kira inilah rangkuman mesej tersirat yang terzahir dari naratif istimewa ini.

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui." - [ surah al-An’am, 6:97]

Selamat menghayati sebuah karya yang begitu indah dan cukup memberi makna kepada yang setia menunggu dan menanti sekian lama naskhah ini diversicetakkan.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
January 25, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

It’s better than expected. As a first time published writer, penulis tak mensia-siakan peluang itu kerana banyak pengisian yang dikongsikan.

Cerita kahwin paksa bukanlah jalan cerita yang baru. Begitu juga dengan cerita kahwin tanpa cinta dan cerita bercinta selepas berkahwin. Bagaimana pula dengan cerita yang berkahwin kerana nak menjaga seseorang yang bukan mahramnya? Setakat ni, inilah kali pertama N baca novel dengan jalan cerita yang begitu.

Pertemuan pertama Kimi dengan Siti tidak indah. Kimi yang kusut dengan masalah yang dicipta sendiri mengherdik Siti di depan khalayak ramai, hanya kerana sebuah insiden kecil. Tapi memanglah dunia ini kecil. Kimi rupa-rupanya abang kepada kawan baik Siti sendiri, maka pertemuan pertama itu tidak berakhir di situ.

Siapa sangka perempuan yang sering diherdiknya menjadi orang yang sama membantunya saat diri tidak sempurna. Tapi masakan Siti boleh menyentuh dan melihat aurat Kimi sesuka hati sedangkan mereka tiada hubungan yang halal. Nak menyerahkan tugas kepada yang pakar, sikap Kimi yang baran dan enggan menerima rawatan dan bantuan orang lain menyukarkan keadaan. Dengan berat hati, Siti melamar Kimi. Jika mahukan bantuan dia, halalkan hubungan mereka.

Nak beristeri? Kimi belum bersedia lagi. Tapi pilihan apa yang dia ada? Cadangan Siti diterima dengan syarat perkahwinan mereka harus dirahsiakan. Rupa-rupanya dalam mengambil Siti sebagai isteri, bukan sahaja tubuhnya yang menerima rawatan. Jiwa dan hatinya yang keras dan tersimpang jauh, kembali menemui jalan kepada-Nya. Tapi Kimi mempunyai sejarah hitam. Sejarah yang hanya menunggu masa untuk menunjukkan wajah dan memusnahkan semua yang Kimi sayangi.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
December 9, 2014
Kisah hidup Eshak Hakimi (Kimi) dgn Siti Shafura (Siti). Dua watak yg amat berbeza personaliti, ibarat langit dgn bumi. Kimi seorang yg keras hati, pendendam, panas baran, kurang peduli, hati beku & terlalu ego. Siti pula seorang yg tinggi budi pekerti, tenang, lembut, tabah, sgt menjaga batas pergaulannya serta amat disenangi.

Siti yg telah kehilangan walidnya diamanahkan kepada maksu & paksunya lantaran keadaan ibunya yg sgt uzu...r. Malangnya Siti amat tidak disenangi oleh maksunya. Hubungan akrabnya dgn Suzila, rakan sekuliahnya yg jg merupakan adik kepada Kimi & rasa senang ibu bapa Kimi & Suzila terhadap Siti menyebabkan Siti diangkat menjadi anak angkat kepada keluarga tersebut.

Kimi tersasar langkahnya apabila menjebakkan diri menjadi social escort kepada wanita2 kaya demi dendam yg tersemat di dadanya lantaran pernah dicurangi kekasih hati. Suatu hari, dia terlantar setelah ditimpa kemalangan & mengalami patah kaki & tangan kirinya ketika semua ahli keluarganya pergi menunaikan umrah.

Siti diminta oleh Suzila utk membantu menjaga Kimi yg enggan diuruskan oleh pihak hospital. Dalam serba salah Siti akur & demi mahu menjaga Kimi, Siti telah meminta di"halal"kan hubungannya dgn lelaki tersebut agar mudah bgnya menguruskan keperluan lelaki itu andai mereka adalah mahram. Kerana ego & tidak mahu dilihat lemah andai dirinya diurus org lain, seorang Kimi setuju dinikahkan dgn Siti dgn syarat status tersebut tidak didedahkan.

Siti tenang menjalankan tanggungjawabnya menguruskan suaminya yg sakit & menjaga ibu yg uzur dlm masa yg sama. Walaupun Kimi tdk pernah ambil berat tentang dirinya serta ibunya & tdk pernah melayannya selayaknya seorang isteri, dia tabah melalui segalanya dgn harapan mampu memberi sinar kpd suaminya untuk kembali ke jalan yg diredhai Allah.

Kebekuan Kimi bukan saja mengguris hati Siti tapi turut menghiris rasa para pembaca. Api dendam dalam hati Kimi seakan sukar dipadam sehingga ia dibutakan terhadap cinta.

Apakah kesudahan ikatan pernikahan mereka? Dapatkah maksunya menerima Siti kembali? Dapatkan karya ini kalau nak tau kisah selanjutnya. Kita akan rasa geram dgn Kimi yg sebeku2 & seego2 manusia. Kita juga akan tersentuh dgn ketenangan & ketabahan Siti melalui liku kehidupannya.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
January 13, 2015
Cats and dogs selalunya bercakar tetapi di zaman sekarang ni, singa yang mengaum boleh dijinakkan oleh si kucing comel..ahaks.

Kisah yang tidak bermula dengan indah dek perbezaan antara kedua watak utama.

Eshaq Hakimi, seorang pak singa yang hanya tahu berbicara kasar, amarah, garang dan serius sepanjang masa. Seorang yang berkaliber tetapi menjerat dirinya sendiri dengan keadaan yang tidak terduga akan menghantui kisah pencarian cintanya. Dia hanya mencari seseorang untuk dikasihi.

Siti Shafura, si manja, si lemah lembut, si penyayang dan juga teman baik adiknya merangkap anak angkat kesayangan keluarga. Seorang yang mengabadikan hidupnya hanya untuk orang-orang yang dia kasihi. Tiada apa yang tidak akan dilakukannya demi untuk membahagiakan mereka.

Pertemuan pertama hero dan heroin kita..Siti kena marah..siapa suruh tumpahkan air pada baju Hakimi.
Pertemuan kedua hero dan heroin kita..Siti kena sindir..lain kali nak menziarah rumah sahabat tu, tanya dulu siapa abang kesayangan best friend kita.
Pertemuan ketiga mereka..Siti kena pukul..haiyoo..perempuan ni memang suka tarik-tarik rambut ke ?
Pertemuan seterusnya..Siti kena dera..alamak..kupas kulit udang tu sebenarnya kerja yang saya sendiri tak suka.

See the flow ?

Jadi bila agaknya mereka berdua ini dapat duduk bersama tanpa ada kata-kata pedas, panas, usikan dan deraan ? Kenalah baca.

Dan perkahwinan mereka ? Ikhlaskah Siti menerima tanggungjawab itu sedangkan lafaz yang diucap Hakimi hanya dalam keterpaksaan ? Sabar sungguh Siti. Kalau saya, rasanya dah lama I dump Hakimi ni.
Kaki aje yang patah ye Kimi tapi mulut tetap berbisa melahar si isteri.

Kalau hati sudah suka, tidak perlu ada ucapan yang membawa derita di hati sesiapa. Sebab itu agaknya Siti asyik menangis. Airmata wanita ni sangat mahal harganya, don’t waste it on a man. Bila dah membazir macam tu, rasa macam Hakimi ni is not worth all the efforts yang Siti dah buat. Dan hati pak singa mengaum yang keras tu ? Takde nak pujuk ye, jatuh egonya.

Jalan bahagia Hakimi dan Siti macam roller coaster yang tak nak turun ke bawah, asyik kat atas sahaja. Maklumlah Hakimi ni banyak issues. Kena sort out his feelings layer by layer, piece by piece. Kesian Siti kena tunggu lama-lama. Tapi bila Siti jadi Pureen, barulah nampak siapa itu Eshaq Hakimi yang sebenarnya. At the end, mereka tetap menemui titik bemulanya bahagia dan cinta walaupun pak singa tu masih lagi nak kawal semua. A man will always be king but an intelligent woman can make a king abdicate his throne just to please the queen of his heart. Betul kan ?


A good read, walaupun lenguh tangan pegang buku yang tebal..hehe :)
154 reviews2 followers
December 1, 2020
Tak habis baca... give up separuh jalan

* pinjam kat pnm online tapi format buku hancur (dalam cloud reader), takde perenggan, takleh nak cari bab2

* watak hero yang terlampau2 (di)bengap(kan) + (di)bodoh(kan) + (di)bangang(kan) - buat aku rasa kesian sikit tapi menyampah lagi banyak - takde hati nak sokong hero cenggini der

* cerita sangat2 slow hampir2 statik balik2 hero sentap pastu heroin menangis mintak maaf pastu hero terpujuk pastu sentap pastu mintak maaf pastu terpujuk pastu sentap pastu mintak maaf pastu terpujuk pastu sentap pastu mintak maaf pastu terpujuk pastu sentap pastu mintak maaf pastu terpujuk pastu sentap pastu mintak maaf pastu terpujuk (hyehehe)
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
Read
January 17, 2015
alhamdulillah. sempat juga habiskn walaupun dah busy dgn hal skolah ni..

ramai org kata best . saya ? entahlah. nk bgi bintang pun x tau nk bgi brapa. tapi sya x suka sgt watak siti ni. bukan apa, tapi cepat sgt nangis. sikit2 nangis. haila. nk mcm heroin kt novel bhasa hati kita. chewah !

bgi sya, novel ni x berat dan mcm x de naik turun langsung. straight je garisan tu.
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
February 12, 2016
Cerita yg dpt di baca akhir nye. .ok.. suka
9 reviews1 follower
April 22, 2015
Love the storyline. Only take 2 day to complete the novel
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.