Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.” “Jo..” “Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”
as alwiz... karya2 cik syamnuriezmil x pernah langsung nak beratur. selalu dapat layanan first class dr dina tuk potong segala que yg dah bertingkat kat dlm lemari tue. hehehehe...
awak sangat nakal.... hrmphhhh... mengeluh lima saat. pasaipa??? sbb mmg kena tajuk ngan citer dia. hahhahaa.. bukan nak kata awak tue sorang jer yg nakal.. malah bergang2 yang dok nakal dlm nie hah.. hehehe...
suke sgt baca sampe ke pengakhiran. M.F.E.O. =MEANT FOR EACH OTHER. mmg rasa dapat merangkumi gist buku nie. everything happen is for a reason.. part2 awal mmg tahap2 comel sampe tersengih sorang2.. tp bila masuk part tengah2, dah perasan dah dahi dah berkedut seribu. dok sama sibuk nak jadi detektif conan walau akhirnya ended up jadi detektif kunun jer lebey. hahahhaa...
bercakap mengenai Johan Ariff, Johan Rizqin dan Hafsyam.. alhamdulillah, all of them bahagia with their soulmate. i lioke kat situ. hehehe.. apa ada dengan cinta? asal x bertepuk sebelah tangan, everything akan jadi macam pelangi. =)
and that mamat kete hitam itu mmg blh buat hati org jadi bengkek jer. huhuhuhu...
apa2 pun pantun2 khas wat buku ASN.
Mak Munah suka jambu batu, Tak sangka pengakhirannya begitu.
Mak Munah looks pale, ASN tahap CSI episode finale.
Mak Munah layan lagu Ya Hanana, Berbaloi menanti kisah ERINE JOHANNA.
Mak Munah shopping di Pasar Payang, I'm in Love bila Johan kata sayang.
Terima kasih daun keladi, Lain kali Dina nak lagi.
Entah, ASN tak dapat tambat hati aku untuk menghabiskannya dengan cepat. Aku selalu abaikan ASN di atas meja dan buat kerja lain. Tak macam beberapa buku puan penulis yang lain yang pernah aku baca. Ala rasanya sebuah dua jek kut. Aku bukanlah peminat setia cik penulis. Sebab banyak giler buku dia nak beli kalau nak jadi kaki kipas puan penulis. Tebal dan mahal-mahal pulak tu hahahaha...
Aku tak tonton drama adaptasi dia. Tapi bila aku nampak iklan drama ASN, automatik aku terbayang Ayda Jebat dan Sharnaaz dalam buku ni. Ugh, malas! Tapi watak heroin tu memang sesuai sangat Ayda Jebat pegang. Sebab... (sila jawab sendiri) Hakaka...
Ya aku setuju dengan kak Ras. Bila banyak sangat dialog, sebenarnya tak best juga.
Tapi masih boleh dilayan. Korang tak nak cuba ke? Sharnazz kut jadi Johan! (Maaf saya tak suka Sharnaaz) hahaha...
Lengkap sudah semua novel penulis yang aku baca! Yeayyyyyy!
Novel kali ini tema kekeluargaan tak tinggal. Tapi konflik dia lain sikit. Tapi best! Best sangat! AKu suka Johan. Lelaki pemalu tapi sengal dan bertukar jadi sangat matang. Erine yang sangat nakal! Mak Munah yang selalu berpantun.
Oh!
Mak Munah masak maggi, Cepatlah buat novel panjang lagi!
AWAK SANGAT NAKAL! Ini karya Syamnuriezmil yg kedua aku baca selapas Tuan Anas Mikael. Pada pendapat aku, jalan ceritanya agak menarik sebab berjaya buat aku menyelak helaian naskhah ini sehingga ke lembaran yg terakhir. JOHAN & JOHANNA. Dengar nama sahaja dah boleh nampak chemistry between both of the characters. JOHAN - Di awal2 penceritaan, dia nampak seperti seorang yg sangat pemalu. Tapi rupa2nya xtau malu pon ada. Hahaha. Seorang guru BM, sudah bertunang dgn Ain dan pertunangannya bukan seperti yg disangka2 org. JOHANNA - Atau Erine Johanna yg lebih gemar disapa sbg JO dan Erine. Dia seorang yg sgt NAKAL. Gemar mengusik Johan yg sgt pemalu. Kenakalannya tu jugak yg menyebabkan bnyk konflik yg berlaku. Suka sgt sakat Johan sampai Johan dah tersuka dkt dia pulak. Heh!
Okay, aku suka novel ni, tapi taklah suka gila2. Gitu2 je. Heh! There's a few reasons:- 1) Sbb Johan ni anak Tok Imam & dia sendiri Tok Bilal Junior jadi aku rasa xpatut sgt2 adegan peluk2, pegang2. I know, adegan tersebut cuma sbg penambah rencah kpd ceritanya. Tapi serious talk, aku xsuka. Tok Bilal apa mcm ni? Hahaha. Sebab tu aku xnak bagi 5 bintang. Dah lama tau aku perati jer cara penulisan Syamnuriezmil ni. Part ni aja aku xberkenan. Don't judge me, aku pon xbaik mana. ^_^ 2) Pada aku ceritanya agak meleret. Sikit je xbanyak mana pon. So, xla ganggu aku sgt pon. Tapi aku take time nak baca novel ni. Aku xhabiskan dlm masa sehari. Selalunya kalau aku betul2 dah tersuka satu2 buku ni, susah okey nak stop. Nak pergi toilet pon aku sanggup tangguh, makan & minum pon x. Tapi novel ni x bagi aku rasa semua tu. So, no 5 stars for you. 3) Cerita ni ada konflik yg pada aku agak memeningkan pada mula-mulanya, tapi xlah pening sgt. You can guess what's going to happen next. So, bacaannya xberat sgt.
Okay, aku xnak cerita lebih2, u guys yg berminat better grab this book and start reading. Heh!
P/s: Aku agak suka dgn pantun yg dijual beli dlm novel ni walaupun kadang2 xmasuk sgt iramanya. Hahaha. Okay, apa2 saja review yg aku tulis adalah berdasarkan my personal POV. Jadi, jgn sentap2 sbb mungkin opinion kita berbeza. Yelah, rambut sama hitam, hati lain2. Hehehe ^_^ Selamat membaca!
Lama dah baca buku ni...baru teringat nk masuk ke listing GR...
Kalau dtgnya dr Syamnuriezmil mmg berbaloi beli dan baca! Tengok tajuk pun dah terpikat (pd saya la ya)...
Erine johanna dan Johan Rizqin ..gandingan yg serasi..nama pun dah seganding! menghburkan karenah erine yg mmg santai sengal..Johan pun blh tahan senget...ngam la dorang dua tu! sengih2 aje baca buku ni...hehehe
keseluruhan? citer yg blh dihadam dan menyenangkan! pembelian saya berbaloi..anda pula? belehlah cuba ya! ^^
Anyways, macam biasa siapa tak membaca karya-karya penulis ni memang rugi lah.again! This is another favourite read of mine. Sebenarnya cerita ni heavy tapi kan the author add some humor into it. Suka sangat dengan erine but i actually liked mak munah moreee! Hehe... Looking forward to her next karya. Syabas!!
Marvellous story, we never expect what's in the next chapter. Banyak pengajaran terutama tentang hibah dan wasiat. Erine Johanna is so sweet and always want to solve everything, kalau tak boleh, paksa sampai boleh!! Well, expect the unexpected! Thank you #syamnuriezmil..
Malas nak cerita panjang2. Buku ni sangat best dan santai. Saya sangat berpuas hati dan tahniah Puan Penulis. Ala2 baca buku nancy drew tapi versi kelakar. I like~ 5 bintang tu :P
Actually 3.5 star for me. Cerita nukilan Syamnuriezmil sarat dengan pantun mengarut dan lawak gilax2 macam biasa. Part itu sata suka walaupun kurang berkenan dengan keletah Jo yang semacam spoilt boleh pula digoda Johan sampai mendatangkan tak puas hati Ain, lepas tu tahu pula dia banyak cekadak. Apapun keselurugan cerita watak Johanna ni matang dan cerdik, macam biasa style heroine Syamnuriezmil. Tapi saya rasa cerita Awang Sangat Nakal ni banyak berbelit dan agak memeningkan. Yang si Johan dok terpikat dengan Johanna yang kegatalan (sebenarnya dia bawak minda anaknorang loaded dari bandar), over Ain yang sopan santun, saya tak suka. Rupanya Ain pulak yang dikisahkan buat perangai meng-ignore Johan sebab ada boypren lain. In fact half the book saya banyak kali juga nak give up, letih otak. Nasib baik saya tekan juga accelerator membaca.... kira ada menariknya konflik yang disajikan-complicated sesuai dengan lawyer lawi. Tapi kan, sedih ada lagi orang macam Mak Tok, sanggup membunuh kerana harta dan dendam. Kasihan sungguh.
Memang nakal sungguh.. Hahaha.. Tak pernah lagi cerita dari Syamnuriezmil ini tak best.. Ada sahaja kelainan dan keunikkan dalam setiap novel beliau.. Awak Sangat Nakal juga tidak ketinggalan.. Dengan pantun dua kerat mak munah.. Kesengalan Erine yang membuatkan Sha gelak dari awal hingga ke hujung novel.. Sikap pelindung dan sedikit nakal dari Johan Rizqin.. Cukuplah rencahnya.. Cerita cinta sweet tahap gula batu bercampur misteri dan perebutan harta.. Memang umph!! #awaksangatnakal #syamnuriezmil #october #novelcinta #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #bloggerbuku #bacaanoktober2017 #reviewbukuolehsha #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Siapa tak kenal Syamnuriezmil! Penulis novel Suamiku Encik Perfect 10 kot! Sebabkan novel tulah aku terus selidik pasal karya2 terbaru beliau. Sungguh beliau ada cara tersendiri nak menulis novel. Lain daripada yang lain! Bagi aku novel ini AGAK sesuai dengan taste aku bila baca novel cinta. Jalan cerita novel ini memang bertepatan dengan tajuk diala! Fortunately ada eBook version so novel ini sangat senang nak habiskan. Bye guys aku nak pergi baca karya writer novel ini yang lain di https://www.e-sentral.com/author/filt...
Aku mula-mula baca novel nih pun sebab nak tahu cerita yang sebenar-benarnya yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Kekadang, aku tak faham melalui drama yang mereka lakonkan. Namun, setelah mengambil masa selama 5 hari untuk khatam novel ni, barulah aku faham dengan jalan ceritanya. Sekarang, lagi syok baca novel yang begitu santai berbanding watching tv. Mudah difahami kerana menggunakan ayat-yat yang begitu simple.
Bila baca kenakalan heroin mengenakan hero,aku ingat aku akan menamatkan pembacaan dengan 3 bintang. Romance tiba-tiba jadi thriller, ok aku tambah satu lagi bintang. Syamnuriezmil memang kreatif. Cuma bab pantun je kadang rasa iramanya tak kena. Tapi untuk menghasilkan pantun yang banyak dan selamba macam tu, memang mencabar. Layannn..~
Okay lar. Fun to read. Kisah Erine Johanna yang sangat nakal, konon nak kacau Johan Rizqun, sekali terjatuh cinta plak dengan Johan. Kisah komplot perebutan harta, kisah Mak Munah dan anaknya. Yang bestnya, Erine ni suka berpantun Mak Munah..haha...kelakar ja. Lepas tu cakapa loghat utara plak. Bertambah kelakar.
Oh my! Dalam banyak-banyak novel yang saya telah baca sejak menjinak-jinak dengan novel Melayu, Awak Sangat Nakal tentunya yang paling seronok dibaca. Dari muka satu hingga akhir, takdenya yang membosankan. Saya asyik tersenyum dan tergelak membaca telatah Erinne Johanna yang terus berjangkit ke Johan Rizqin. Mereka sangat cocok dan sepadan. Ingatkan, jalan ceritanya hanya tentang mereka berdua, rupanya ada cerita sampingan, sungguh tak diduga bila membaca plot buku. Walau apa pun, tetap menarik. Susah benar nak ditinggalkan buku ini selagi tak habis, tiga hari je dah selesai! Terima kasih Syamnuriezmil kerana menuliskan cerita yang sangat menarik! Just love the catch phrase - kalau tak boleh, paksa sampai boleh!
Cerita ini 'very upbeat' dan menyenangkan. Suka dengan karakter Erine Johanna dan Johan Rizqin. Rupa-rupanya Mak Munah ada menyimpan rahsia besar selama ini. Erine dapat mengajar di sekolah Johan sebagai guru ganti. Kerana Erine, pertunangan Ain dengan Johan putus. Tetapi kerana dia juga Ain dapat ketemu Johan Ariff. Johan Ariff pula dapat bertemu dengan ibu-bapanya kembali. Mak Munah akhirnya dapat bertemu dengan anaknya dan Hafsyam dapat jodoh dengan Salinah.
Macam biasa karya Syamnuriezmil yak pernah mengecewakan. Suka sangat dengan kenakalan Erine dan juga Johan. Memang mereka berdua sepadan lah saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Karya syamnuriezmil mmg sesgt awesome....walaupun ade misteri tp x terasa langsung...johan n johanna mmgla sepdn sesgt...sweet je. Lg lg dgn adenye pantun mak munah hahahaha!!