"Dah, menangis. Lepaskan rasa sakit dekat dalam dada tu, itu gunanya Tuhan cipta air mata. Air mata jadi wakil pada perasaan, baik waktu kita gembira atau waktu kita sedih. Kita sahaja tahu apa-apa yang kita rasa."
Lantas air mata terasa tidak adil. Kenapa manusia ini tidak menggunakannya sebagaimana tujuannya diciptakan?
Kirana terus menangis teresak-esak hingga terasa lega.
Kirana adalah seorang gadis yang menghidap penyakit MDD (sejenis depression @ serious mood disorder yang melibatkan persistent feeling of sadness and a loss of interest in activities that were once enjoyable). Hidupnya berubah setelah 1 insiden yang tak dijangka. Adam & Kak Sara hadir untuk sedikit sebanyak mengubati beban emosi yang ditanggung Kirana selama ini.
Aku tabik dengan usaha Ainul dalam mengangkat mental health issues - yang bagi aku agak sensitif, dan agak rumit untuk memberi reading impact yang mendalam kalau salah adunannya. Untuk Matahari, aku dapat rasakan sincerity & effort Ainul dalam melakarkan watak Kirana - realistic, in-depth, and impactful. Aku "percaya" dengan watak ni berdasarkan symptoms khusus, cara dia reacts to a situation dan penjelasan Ainul terhadap MDD memberikan gambaran yang complete mengenai sakit ini.
It's a heavy read. Seperti biasa Ainul banyak menerapkan elemen sampingan yang dia mahir seperti crime, perbicaraan di mahkamah, kasih sayang, dan family value dengan halus dan perinci, menjadikan ia very "readable" (I can't say enjoyable, right?). Scene yang melibatkan proceeding di mahkamah bagi aku adalah part yang paling menarik. Bagi aku, Matahari bukan setakat menyentuh emosi ("pain" bak kata Gen Z & Gen Alpha), ia juga berjaya menyampaikan mesej penting tentang self-love dan harapan. Remember, you are at your own - kesendirian adalah takdirmu. Berhentilah menaruh harapan langit dan bumi pada spesies fana bernama manusia; mereka hanyalah bayang-bayang.
Dari segi plot - fast pace, well planned & effectively executed. Ada one part yang buat aku meremang - babak di mana Kirana melawan dirinya sendiri, impak emosi di situ sangat kuat dan berjaya dizahirkan melalui bakat penulisan Ainul. Overall story line and reading experience aku lancar, dialog yang ditulis hidup dan real especially antara Kirana dan Adam.
I would recommend this to the remaja - remaji yang mencari elemen "pain" dalam novel. The whole jalan ceritanya mantap, mudah difahami, plot twistnya kena, tidak meleret, dan quite relatable. But I think I still prefer YPPAK lagi simply because aku lebih minat dengan premise persahabatan si Azfar and the geng daripada si Kirana ni.
cerita ni mcm mix yppak and btn hence it explained why saya tak bagi full stars sebab lebih kurang je. but it doesnt mean cerita ni tak bagus. ainul farihah slayed again, how the plot disusun and ditulis sangat kemass
Kirana, a MDD fighter yang kebaikannya tiba tiba dituduh di sebaliknya sampaikan jadi court case. Masalah family yang tak pernah ada emotionally untuk dia, dengan sejarah ex dan kawan yang tak pernah faham keadaan kesihatan mental dia, keadaan rakan sekerja yang langsung tak membantu. my woman went through a lot if only i can got into the book and hug her🥺
Muncul Adam, staf baru dekat workplace dia yang tiba tiba rela jadi penjamin dan ada dengan Kirana sepanjang kes berjalan. He was sunshine in Kirana's life. Comel tau Adam, i can say he's a hot nerdy. biker dengan helmet yang ada sticker bunga Matahari🤣 but little did you know Adam pon ada perjuangan dia sendiri. and if pov Adam lagi depth saya akan lagi sedih untuk dia😭 first born core🥲
scene konsert tu sumpah hot gila wehh bila Adam tiber berdiri depan Kirana tu erghhh. their kejar bulan scene and semua deep talk diorang saya sukaa🥹 i love the case and court scene too, yang kelakar bila Adam asyik ingat diorang dalam kdrama HAHAHA lawak setiap kali lawyer Ahmed sembur Adam🤣
the twist part dawggg buat jadi numb. lepas habis baca terus menung dinding. Ambik masa lama jugak untuk saya hadam the ending. At the end of the day, kita hanya ada diri kita sendiri. peluk diri sendiri and keep telling ourselves that everything will be fine.
to 'Kirana' out there, to those carrying battles no one else can see, youre not broken. you are living proof that even in the dark, people can still bloom. Matahari pun terluka🫶🏻 keep holding on, even when it feels heavy. thankyou for being strong🤍
Matahari Pun Terluka membawa kita mengenal hidup seorang Kirana yang didiagnos dengan penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Awalnya hidup seorang Kirana hanyalah biasa-biasa sahaja sehinggalah tiba hari malang itu yang membuatkan hidupnya berubah total. Namun, kehadiran Adam dan Kak Sara menjadikan lelah dalam hidupnya sedikit berkurang. Dapatkah Kirana berdepan cabaran yang tidak disangkanya itu? Adakah memang tiada bahagia buat seorang Kirana?
Saya tidak akan melakukan perbandingan antara karya-karya beliau yang lain. Kita anggap macam ini pertama kali saya membaca naskhah penulis. Sejujurnya, saya benar benar kagum dengan usaha penulis menghasilkan karya yang memberi kesedaran ini. Bukan mudah untuk menulis kisah tentang kesihatan mental. Tahniah buat penulis kerana mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri untuk mengenal lebih dalam lagi tentang hidup seorang pesakit mental. Dan itu menjadikan watak seorang Kirana dilakar dengan sangat baik. Menjadi seorang pesakit mental bukan mudah walaupun orang selalu menghukum dengan kata kata "alah mesti tak ingat Tuhan", "mengadanya sampai nak depress". Sekali lagi, saya kagum dengan usaha penulis.
Keseluruhannya, buku Matahari Pun Terluka bolehlah saya copkan sebagai antara KARYA TERBAIK 2025. Isu kesihatan mental, jenayah, kasih sayang dan kekeluargaan semuanya diperasakan dengan sangat sangat bagus daripada penulis. Untuk kalian yang sedang mencari secebis bahagia dari dunia yang penuh dugaan ini, buku Matahari Pun Terluka adalah solusinya. Jangan pernah sakiti diri sendiri. Teruskan hidup kerana matahari terlihat cantik hari ini. Tahniah Ainul Farihah!
Kirana merupakan MDD survivor. Hidupnya terbiasa sendiri. Keluarga yang tidak peduli hati dan jasadnya. Terlalu kuat menjadi seorang Kirana, watak yang hebat dan tak lemah. Memang mudah kita mendalami sisi Kirana ini dengan penulisan yang sangat matang dan tepat ke dasar hati.
Sekelip mata je Kirana diuji. Perlukan 1 hari untuk dia lalui banyak benda. Sampai terpalit isu jenayah yang melibatkan jirannya yang bengis, Pak Osman. Kekuatannya pada Kak Sara dan Adam. Mereka yang memandu diri Kirana menjadi lebih yakin bahawa dirinya masih ada yang mengambil berat. Namun, dia masih sendiri tanpa sokongan keluarga. Kesian Kirana.
Flow sangat cantik. Sikit pun tak ada rasa bosan malah prinsip Kirana untuk terus bertahan tu sedikit sebanyak menjadi penguat diri sendiri. Saya memang suka betul dengan watak Kirana. Dia terlalu sendiri dan terbiasa kekurangan sokongan. Bukan mudah nak lawan segala suara yang orang lain tak rasa. Hanya Kirana untuk Kirana.
Adam sebagai penyelamat dan penjaminnya. Mula selesa dan menceriakan hari-hari Kirana. “Double joy, double kill”. Kebenaran dan twistnya maha jahat. Khianat yang paling pahit untuk Kirana telan. Setelah kepercayaan diberi, dia ditikam lagi. Saya pun terkesan sakitnya yang dilalui Kirana. Tidak semua hal yang indah dicipta untuk kita.
“Pada akhirnya, kita cuma ada diri sendiri. Ayuh tetap banggakan diri pada masa hadapan, dengan bertahan untuk hari ini.”
Tag: slice of life, jenayah, lawyer, mental health disorder, right person wrong time 💔
Menceritakan tentang Kirana yang sering memendam perasaannya. Dari dulu, dia tak pernah berjaya memuaskan hati maknya. Dari dulu, dirinya tidak pernah dipedulikan oleh ayahnya. Bagaikan dirinya tidak wujud sama sekali. Dan dari dulu, ibunya sering lebihkan abangnya dan adiknya.
Dia pendam. Pendam. Dan pendam sehingga dirinya mengalami MDD (major depressive disorder)
Suatu hari, dirinya dituduh melakukan jenayah hingga ke muka pengadilan. Saat itu juga, Adam Erfan masuk dalam hidupnya, dan mengubah segalanya... _______________________________
Dari semua buku Kak Ainul yang kita baca, buku MPT ni yang PALING kita suka setakat ni. 😭🫶 Penulisan Kak Ainul memang tidak disangkal lagi memang cukup matang, kemas dan penuh dengan emosi. Sehari je kita dah habis baca. In fact, she wrote this book in one month? IT'S INSANEEE.
Buku MPT ni bagi kita memang betul-betul portrayed diri Kirana yang menghidap mental disorder. I can see her struggles and her pains that she went through this book. Since penulis sendiri buat research & rujukan dengan pakar psychiatry sendiri, sebab itulah kita dapat rasa yang cerita Kirana tu macam real. Bukan sekadar tulisan semata-mata. It's feel realistic, depth and impactful. 🥺
Scene Kirana dekat mahkamah, berurusan dengan peguam semua memang ditulis dengan details ye. Rasa macam tengok Kdrama pun ada. (No wonder sbb penulis sendiri seorang lawyer 🤭)
Adam Erfan pula, memang green ya. (Kita love buku ni sebab dia ada hint of romance sikit walaupun diorang sekadar berkawan je. Suka, tapi tak nak mengaku. 🙈) Walaupun dia tahu Kirana ada sejarah as mental disorder patient, tapi dia still berkawan dengan Kirana. Dia comfort Kirana, teman Kirana, bagi dia ruang, serta dengar cerita Kirana yang selama ni dia pendam. 🫶💕🦋
"Saya dah biasa hadap seorang diri." -Kirana "Definitely not this one, with me around you." -Adam
Kalau korang baca buku ni, recomend sangat dengar lagu Insomniac, fuhh feeling habis. Hampir menitik la air mata kita. 😭 Bukan sebab sedih, tapi sebab dapat feel storyline cerita ni. Makin lama baca, makin mendalam kisah diorang. Adam...dia pun ada strugglenya juga. 🥺
And the ending...I DID NOT EXPECT AT ALL. Bukan Kak Ainul la kalau tak tulis cerita sedih kan? The plot twist, I didn't see it happened. 🥹💔 Sakitnya tu sampai ke sini, jauh di lubuk hati.
Dia tidak sepatutnya percayakan sesiapa. Itu prinsip kelima hidupnya. Tetapi...dia sendiri yang telah langgar prinsip tersebut.
Overall, buku ni memang cukup rasa cukup rencah bagi kita. Mengangkat tema isu kesihatan mental, kekeluargaan dan slice of life yang bagi kita memang dapat bagi impak yang cukup besar dalam diri.
"Kalau sedih kena buat apa, Kirana?" "Menangis." "Kalau sedih, kalau marah, jangan buat apa?" "Jangan sakiti diri sendiri."
For you, who's been struggles like Kirana, it's okay to cry sometimes. But don't ever hurt yourself, okay? ;)
Penat tau dah tulis panjang lebar sekali hilang… aaarrggh stressnya!
Tak sangka langsung kebaikan Kirana turned against her bila Pak Cik Osman tiba² report dia sebagai orang yang cederakan dia. Tiba² jadi suspect.
Niat nak tolong sekali kena tuduh. Terkapai² sorang diri. Lagi sakit bila family sendiri macam ghosting dia… seolah² Kirana tu tak wujud dalam rumah tu.
Then muncul Adam, staff baru yang jadi unexpected sunshine dalam hidup dia. Dia yang bagi semangat, teman Kirana turun naik mahkamah, jadi bahu untuk bersandar masa semua orang menjauh. Adam jadi sinar yang Kirana tak pernah minta… but desperately needed.
Abang Kirana pula jenis marah²..m keras luarannya. Tapi diam² dia hire lawyer untuk adik dia. Care tu ada, cuma ego tebal sangat.
And the biggest plot twist... siapa sebenarnya Adam sampai Pak Cik Osman tiba² tarik report? Buat kita tertanya². Ada sesuatu yang Kirana sendiri tak tahu.
Kesian Kirana… at the end of the day, dia tetap rasa keseorangan. Realising that sometimes the only person who will truly stand up for you… is yourself.
This isn’t my first time reading Ainul Farihah’s work and just as I expected, her writing touches the soul in the quietest yet deepest way. Matahari Pun Terluka is the second book I’ve read from her and it hits different closer way too close like Kirana is telling my story.
The book explores themes of depression, self harm and intrusive thoughts but it delivers them gently. It doesn’t try too hard, doesn’t dramatize the pain, yet still manages to show just how isolating it is to live with MDD. Through Kirana’s POV alone, I could feel the weight she carries.
I appreciate how the author didn’t just dump facts or heavy info but instead wove them delicately into the narrative. Even the chapters involving legal terms and courtroom scenes were written clearly and were easy to follow without overwhelming the reader.
But what left the biggest impact… was how each chapter made me stop and breathe. I couldn’t read it fast like I usually do because kirana’s wounds felt a little too familiar. The family tension, the friendships, the love that didn’t work out and the internal war… everything hit me hard.
And yes this book did trigger me. But in a strange way, it helped. It reminded me of who I was back then at my lowest. It reminded me that I almost didn’t make it but somehow, I’m still here.
And if Kirana is me… maybe I’m not fully healed either. But im learning to no longer deny those scars. And for that:
To the version of me who was tired in silence I know all you ever wanted was to be understood, not fixed. I’m sorry you had to be strong on your own for so long. I hear you now… and slowly, I’m trying to be the friend you always needed.
Akhirnya hbs jgk baca novel yg best ni. Novel ni aku rasa karya ainul farihah yg terbaik. OMG i really love this novel. Hmmm sakit weh baca novel ni. Klu YPPAK tu biasa2 je pain. Yg ni lagi pain. Aku suka scene mahkamah dan peguam tu. Mcm real. Ye lah ainul kan bakal lawyer 🤭. Baru tau bunga matahari membawa maksud joy. Double joy. Plot twist tu hmmm tak sangka ya. Dlm banyak2 bab, bab terakhir yg paling sakit. Sakit dikhianati sampai aku pun rasa dikhianati jgk. Hehehe. Korg pi la baca novel ni. Sgt recommended 😊
Tahniah utk karya yg terbaik ini. Semoga dipermudah segala urusan awk. Esok kita nk baca YPPAK versi extend. Maaf klu review ni tak seberapa
Kirana dan Adam. Masing-masing bergelut dengan cara masing-masing. Matahari menjadi penguat semangat mereka tatkala hidup dirundung duka. Lantas, mana mungkin matahari pun terluka lagi?
Cerita bergerak steady, semakin dibaca semakin menarik. Ditambah dengan penulisan yang sedap, membaca setiap ayat terasa seperti bait-bait yang menghidupkan.
Kesihatan mental yang dipaparkan dalam cerita ini berada pada tahap yang sungguh realistik. Setiap kali membaca bahagian itu, penulis menukilkan dengan ilmu. Sama seperti bahagian jenayah dan mahkamah, yang merupakan profesion penulis sendiri, digarap dengan jitu dan sangat bermanfaat.
Twist cerita memang aku terkejut sebab aku tak expect sungguh la. Banyak momen yang menyedihkan. Aku menangis juga pada beberapa babak berkenaan. 🥹
Seperti tajuknya, aku dah boleh agak akhir yang sebegini rupa. Indeed, this book left me speechless for a while before I could even process whatever happened to them both.
"Dia orang sayang je awak sebenarnya. Tak elok asyik fikir bukan-bukan fasal mak abah sendiri."
"Semua tu CUMA dalam kepala awak je, takyah fikir banyak sangat."
Namanya pun penyakit mental, kerana semua itu berlaku dalam kepala. Kalaulah suara-suara dalam kepala yang membuat fkiran terasa dirobek-robek ni terzahir secara fizikal, ia jadi parah dan berdarah. Bahkan disebabkan semua benda dalam kepala yang tidak terlihat lalu tidak dipercayai inilah, orang seperti Kirana terpaksa menzahirkan semua rasa secara fizikal. Dengan menyakiti tubuh sendiri.
Ini kisah Kirana, seorang Major Depressive Disorder (MDD) survivor yang sendirian berjuang melawan inner battlenya. Namun, kestabilan itu tergugat bila dia yang 'halimunan' tiba2 menjadi spotlight kerana satu jenayah yang tidak dilakukannya.
Luarannya Kirana nampak tenang dan kuat. Kirana dah terbiasa pendam kerana tiada siapa yang peduli. Abah yang tak pernah kisah, mak yang tidak pernah puas dan abang yang sering memandang rendah.
"Kita adalah perisai penjaga hati terutuh buat diri sendiri, bukan orang lain."
Sumpah banyak kali rasa goosebumps bila Kirana berjuang sungguh2 melawan inner thoughtsnya. Lagi2 part dia masuk dalam almari untuk menangis dan meraung dalam diam sebab tak nak susahkan sesiapa. Rasa nak peluk Kirana ketat2. Buku ni sangat well-written, kita seolah-olah masuk dalam pemikiran seorang Kirana. The emotion, character depth dia sgt realistic. Penulis siap consult pasal buku ni dengan pakar psikiatri. Suka baca buku yg well-researched mcm ni. Another great book about mental health after The Weight of Our Sky (PTSD+ OCD)
What I like about this book is despite carries a heavy theme, penulis pandai masukkan unsur humor yang buat kita tergelak dan tersenyum sorang. Tersengih-sengih bila Adam yg random n pandai menceriakan suasana muncul. Tapi Adam, peluk diri sendiri jugak, okay? Tough kan jadi first born. You've done your best🥺
Antara mesej buku ni adalah tentang pengendalian emosi. Rasa tu bukan salah kita. Bukan kita yang panggil dia datang. Berlaku adil pada diri sendiri.. ya? Jangan salahkan diri tentang rasa tu. Brace yourself dan hadap rasa tu.
"Teruskan menangis. Sakit ya. Tahan ya. You're doing well. Kau dah tak cederakan diri kau. Kau dah pandai menangis." "Terima kasih pada diri sendiri, dah ucap?" "Maafkan diri sendiri, Kir."
Walau apa pun berlaku, kita tetap ada diri kita. Dan kita juga ada Allah. Walaupun seluruh semesta meninggalkan kita.
To all Kiranas out there, terima kasih sudah bertahan. Kamu kuat dan berani :)
Matahari pun Terluka, dengan aku aku sendiri pun terluka huwaaa 😭
✅ Sayang nak habiskan sebab best. This is definitely my best read from Ainul Farihah, after Yang Paling Patah antara Kita & Vehaen I. Smooth plot, realistic main character, good theme, meaningful side characters, good knowledge, pain level 100. Part plot twist tu, aku dah boleh agak tapi yang aku agak tu satu level je, rupanya it is more than that.
I’ve read many books that tackle about mental health, but so far this book is the best. Memang tackle sungguh-sungguh tentang MDD (major depressive disorder). Other book that I can suggest is Di Situ Langit Dijunjung — Hanna Alkaf (PTSD).
Berair mata hujung-hujung pembacaan sebab sedih sangatttt especially bila Kirana sanggup masuk dalam almari kat bilik dia untuk menangis dan meratap, taknak disedari sesiapa. Jadi siapa yang sedang cari buku galau, then this is for you.
After one day post-MPT, I'm here to write down some thoughts and close this chapter :)
At first, I couldn't decide whether it was a 4 or 5-star reading experience for me. After contemplating, I believe it deserves a 5-star. MPT is a glimpse of Kirana's life as an MDD survivor, spanning from November 2023 to November 2024, more or less. Kenapa susah nak decide 4 or 5 star? Because honestly, I don't like how the author ended the story without giving Adam the chance to explain himself to Kirana. Lepas seharian fikir, it actually makes sense laa. It was not something yang you senang-senang boleh explain and apologise. Court matters kot.
Ada ruang dan peluang lagi ke untuk penjelasan dan kemaafan?
This "Tolong jangan mati ..... , sayang kalau mati. Sunset cantik kejap lagi" might sound ridiculous to some, but trust me, sometimes nature's beauty is all it takes to save a life :) "Bila matahari dah terbenam nanti, tolong jangan mati ya. Bulan cantik akan bersinar malam ni." —Oh, I love this part.
I love the character Kirana. She is so human. I love how the author portrayed her as a person. She knows that her parents are the source of her childhood trauma, yet she showed us how she still accepts the kind gestures given by her parents and family. Kirana tak block terus. Kirana cuba untuk jadi lebih baik. "Tetapi mak abah bukan orang jahat" —seeeee! Kirana tahu. Kirana banyak gila bersabar dengan family dia especially masa scene yang I for sure would flip the table or slam the door if it was me! I guess the two-year gap between Kirana and me makes all the difference.
"Akhirnya, kita hanya ada diri sendiri yang akan menemani setiap langkah dalam perjalanan hidup ini." I SWEAR I LEARNED THIS THE HARD WAY THROUGHOUT MY UNI LIFE SO PLEASE, PLEASE NEVER FORGET THIS, ALIAH.
You know what, bila belek balik novel to write this so-called review, I baru start rasa kecewa dengan Adam Erfan. Yes, pagi tadi masa I habis this novel, I terus tulis a note that reads "I know Adam Erfan salah TAPI I kesian kat both Kirana and Adam Erfan. They were caught in the middle. Wrong place, wrong time. Dear Kirana, please jangan benci Adam Erfan! :'( " and only now that I realise, Adam might not have helped the OKT if it wasn't Kirana. Gahhh! Tak suka, tak suka!
"tapi kan kita manusia. Ada ruang bodohnya." "Awak betul-betul tak kisah ke saya ada sejarah kesihatan mental...." "... saya tak kisah. Dunia ni gila. Kita semua gila dalam kepala." "Orang, kalau nak terima dan faham kita, dia akan usaha seadanya." "Semua akan baik-baik sahaja" "Tak apa, sedih dulu untuk hari ini" "Semua orang layak disayangi dengan apa-apa jua cara, melalui sesiapa sahaja. Itu namanya kasih sayang Tuhan melalui manusia." "Matahari pun boleh terluka." "Terima kasih. Sebab dah bertahan sampai sekarang." "Kalau sedih kena buat apa?" "Menangis."
The author has no idea how much I needed to hear these...
I cried in the early chapters. I cried in the middle. I cried in the end. I rasa ramai juga kot boleh relate dengan kisah hidup Kirana (atau/dan Adam Erfan) walaupun bukan MDD survivor (jangan self diagnose ya, kawan-kawan!). Bila boleh relate, the stories hit home huh? This is my 4th book from Ainul Farihah to be exact. Tak nak compare MPT dengan BTN or even YPPAK, but if I were to put them in ranking...
Ranking for the book itself (plot and character) 1. YPPAK 2. BTN 3. MPT 4. STUK
Last but not least, I would also like to acknowledge the biggest green flag shown by Adam Erfan. Do you know what it is? Yup, he kept his promise. He promised to always be there for Kirana until the end, until the case is closed. And he did. —Terima kasih juga, Adam!
To all Kirana and Adam out there, stay safe and take care, love! ❤️
Cerita hidup Kirana dan keluarga ni seolah macam tengah membaca pasal kehidupan diri sendiri. Gabungan keluarga Pak Osman dan keluarga Kirana menyerupai karekter keliarga sendiri. Babak Pertama, ku puji sungguh cara penyusunan kata dan tatabahasa Ainul Farihah. Jadi makin nak baca, baca. Makin lama macam makin menyelami. Setitik demi demi setitik air mata jatuh ke buku. Taktahu nak cakap macam mana, esakan tu makin kuat.
Perjalanan hidup ni Allah SWT bagi tak mudah, tapi kita tahu janjiNya pasti ada manisnya. Masih tak menyangka, buku ni buat saya termenung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kirana, seorang MDD fighter yang tiba-tiba dituduh membunuh jirannya. Daripada hidup yang serba tenang dengan cara sendiri, terus jadi kucar kacir sebab tuduhan tu. Kemudian, hadir pula Adam Erfan dan Kak Sara yang tak putus-putus membantu, baik dari segi emosi mahupun material. Tapi, Adam lebih banyak hadir dalam setiap proses. Dia jugalah yang menjadi penjamin Kirana. Dari situ, terbit satu rasa dalam hati keduanya. Situationship mungkin?
Put aside, the romance part. Tapi semuanya tentang Kirana. Tentang macam mana dia berjuang dari awal diagnosis MDD semasa di universiti, sampai dah bekerja. It's such a long journey that she's supporting herself tanpa pengetahuan keluarga dan orang sekeliling (kecuali rakan-rakan dia dan Kak Sara). Lagi sakit bila berada dalam persekitaran keluarga yang tak menyeronokkan untuk diceritakan. Sejujurnya, sedikit sakit bila baca macam mana Kirana hidup dalam dirinya pasca MDD. Tenang yang yang kuat, mengiyakan setiap keburukan yang dilemparkan supaya kita tak terlalu melayan perasaan yang boleh trigger balik penyakitnya. Senang cakap, lari dari segalanya. Tapi, one day bila dia burst out, lepaskan semuanya pada keluarga dia, puas betul hati! Selayaknya keluarga dia tahu apa yang jadi. Baru nampak development selepas tu walaupun dihujung cerita.
Adam pula, struggle dia sebab first child syndrome. Diamanahkan untuk jaga adik dia, walau macam mana pun. Sudahnya, dia yang menanggung akibat daripada perbuatan si adik. Kalau cerita yang ini, confirm spill habis. Tapi plot twist Adam paling tak boleh diterima. Tapi struggle dia, untuk bangun balik selepas kehilangan ibu tersayang. Pada masa yang sama, adik yang makin menjauh meninggalkan dia terkapai, kononnya sebab masih berkabung. Adam yang pernah berfikir, mati adalah lebih baik. Dia juga turut menderita.
Overall, macam biasa, cerita painful memang boleh bagi dekat Ainul. Bab-bab guaman dan undang-undang memang forte beliau. No much words, worth the read!
I love Ainul Farihah's writing so much! The plot is well-organized. I thought this book gonna be another cliche love story but no. She make it look simple but valuable. I love the concept and vibe. She includes most of the insomniacks songs where I really enjoy it.
You don't need to make a scene like going to a fancy restaurant or cafe to make the scene look romantic. Just simple activities like cycling and talking about relevant topics already make the characters look so special. All the parts in this book are well written and important for me. I feel like it didn't waste my time spent read for a thick book. The writing is also easy to understand and fast to read.
Some of the plots are predictable but that's the thing that we hope. The thing I really like about this author is that she really knows how to make the reader live with her characters through her writing. All the characters development also is so satisfying. I really love how she creates Adam Erfan as the man he is. Supportive and caring. I believe some of us can relate so much with some characters in this book. As for me, i love how Ainul portrayed Kirana as she is. Maybe some authors want to highlight the reality of MDD patients who keep hurting themselves but Ainul shares that the key to keep improving yourself is by improving and controlling the way you think and live. All the deep advice, word, notes, and sharing in this amazing writing is so beautiful. I do really need it. This book is right timing for me.
So i would recommend this book to all people who stress, and start losing themselves. Read it with your heart and enjoy the story.
Remember when you are sad, all you gotta do is cry :)
Can't wait to explore more books by Ainul Farihah!
Lepas habis baca buku ni, rasa meremang. Seram sejuk. Sebab scene Kirana 'melawan' diri sendiri. Takut. Takut andai Kirana tewas.
Sepanjang penceritaan, smooth saja semua. Kita dihidang dengan perkara-perkara indah antara Kirana dan Adam. Sejarah setiap insan yang hadir dalam hidup Kirana. Prinsip hidup Kirana. Konflik, sejarah kesihatan mental perempuan double joy ini. And I see all the struggle there, and I want to hug her. Menangis waktu Mak masak lauk kegemaran Kirana. Somehow, I can relate with her story. We all do.
Then boom, the plot twist. Dapat agak dari awal sebenarnya, sejak Farid masuk ke rumah tergesa-gesa tu, tapi kita 'dibutakan' dengan kisah sweet Adam dan Kirana. Sampailah semuanya terbongkar. Rasa macam, apa semua ni Adam?! Tapi, meletakkan diri dalam kasut Adam, buat kita rasa, aku faham kenapa kau buat macam tu. Tersepit. *But I do wish (somehow), ada sisi Adam yang lain. Dia menanggung amanah, rasa bersalah yang berat. How he can handle all of that?
Kirana, dia hanyalah manusia baik yang disalah erti. Hanya sebab berhati murni, hidupnya tunggang langgang. Dia tak buat jahat pada orang, tapi dia menanggung akibat perbuatan orang lain. Dan dia menyalahkan diri sendiri sebab khianati prinsip diri. Awak tak salah Kirana. Kirana mangsa keadaan.
Kalau ditanya mana yang lagi 💔, i would saya PATAH. 🌻 sakit, but PATAH is another level, still my top tier. Thank you author, sebab tulis buku-buku yang mengangkat tema kesihatan mental, we lurvee. 🤍💛
Matahari pun terluka. Send hug to all fighter out there.🫂 We can do this.
This entire review has been hidden because of spoilers.
First of all, aku rasa ni memang salah satu buku yang sangat berbaloi untuk dibaca, especially untuk sesiapa yang tengah struggle dengan mental health atau pun yang tengah cuba bangkit semula dari keadaan tu. Jalan ceritanya relatable dan sangat menyentuh hati. Setakat ni aku dah habis baca hampir empat buku daripada Ainul, dan personally aku rasa Yang Paling Patah Antara Kita masih pegang takhta sebagai novel terbaik dari dia — memang deep dan penuh emosi. Tapi yang ni pun bukan calang-calang, aku letak terus sebagai pilihan nombor dua aku dalam koleksi novel Ainul.
Jalan cerita dia mantap, tak terlalu berat dan sangat mudah untuk difahami. Plot dia tersusun elok, tak meleret, dan apa yang aku paling suka — dialog antara Kirana dengan Adam memang hidup dan real, macam kita tengah dengar dua orang betul-betul berbual depan mata. Chemistry antara dua watak tu pun best, buatkan kita lagi invest dalam kisah mereka.
Overall, aku bagi 4.5/5 untuk novel ni. Memang satu karya yang berjaya buat hati terusik, tapi dalam masa yang sama bagi semangat untuk teruskan hidup. Good job Ainul, keep writing! ❤️📚
I have to—I just have to recommend the plot twist and the ending to you guys. If you love talking and discussing mental health issues, then this book is for you. Trust me, the details of the issues mentioned here come with a warning, and DO take it seriously. If you’re a romance reader, that’s a plus for you. And for anyone struggling with a lot of unsaid things, and dark, long nights—please pick this book up. I won’t promise you that it will heal you, but one thing’s for sure: you are not alone.
To all the Kirana(s) out there, good job for surviving and making it this far. Sending hug to you guys for being brave.
This book reminded me of: “If anyone is having a very dark and long night, I hope you don’t get tired and hang in there until the end and greet the morning.” – Park Bo Young
Tiada kata-kata boleh diungkapkan lepas baca novel ni. Kenapa macam ni ceritanyaa. Dia tak sedih tau cuma terkedu dan sakit 🫥. Peminat cerita sad ending minat la novel gini. Trauma nak baca novel macam ni. Dah nama pun Matahari Pun Terluka🤣. Asyik yakinkan diri ada harapan untuk happy ending.
Hebat dugaan si Kirana ni. Moga yang baik2 untuk kita semua.
Nota kaki: Ada trigger warning untuk novel ni. Bila tenang-tenang baru baca.
Kak Ainul, for once in your life. Please write a happy ending book because I can't bear it anymore. (jokes, i love sad ending books) and I love you kak Ainul!! Please keep writing good stories!! You are creating masterpieces!!
Another masterpiece from Ainul Farihah. I never doubt reading her books, because I know it’s either going to have a great storyline or a heartbreaking ending.
Apa reaksi kamu tatkala kamu melolong memohon bantuan tapi tidak ada satu tangan pun yang menyambut? Lebih parah, kamu terus dituduh sebagai mengada-ada. Mungkin kerana itu, Kirana berpegang teguh kepada lima prinsip hidupnya, bukan untuk bahagia tapi untuk kekal waras.
Novel Matahari Pun Terluka mengangkat dua watak utama iaitu Kirana dan Adam Erfan. Persamaan mereka? Kedua-dua mereka memikul beban dan kata-kata yang terlalu lama didiamkan sehingga ia tumbuh besar menjadi sesuatu yang menyeksakan. Mereka jatuh bukan kerana lemah namun mereka terlalu lama berdiri sendirian.
Potret tidak mahu membebankan orang lain, itulah Kirana. Hidup Kirana boleh disimpulkan sebegini; Dia marah tapi marahnya sopan. Dia sedih tapi sedihnya teratur. Bagi Kirana, dunia lebih menyukai dirinya yang sebegini, "tidak menyusahkan" dan tidak melawan". Diam dan tahan menjadi mekanisme hidup kerana tidak ada yang peduli dan tidak ada yang mahu mendengar.
*** Satu petang, semua perhatian tiba-tiba tertumpu pada Kirana apabila Kirana dituduh mencederakan Pak cik Osman (Jiran) sehingga berlumuran darah. Tuduhan melulu tidak hanya terhenti di kawasan kejiranan malah ia terus bergema sehingga ke mahkamah. Belum disiasat dan mendapat kata putus, Kirana telah dilabel "penjenayah" oleh mereka yang hadir di tempat kejadian tanpa memberi peluang kepada Kirana untuk memberi penjelasan. Lebih menyakitkan, Kirana tidak mempunyai bukti konkrit yang menunjukkan dia tidak bersalah. Keadaan semakin bertambah keruh apabila terdapat saksi mata di kawasan kejadian yang mengatakan Kirana merupakan pelaku yang memukul pakcik Osman menggunakan pasu sehingga pasu berkecai. Persoalan tidak hanya berpusing sama ada Kirana bersalah ataupun tidak namun siapa yang akan mempercayai Kirana. Adakah Kirana akan mengaku bersalah hanya untuk membenarkan tutur pinta masyarakat?
Dalam kelam hidupnya Kirana, Adam Erfan merupakan rakan sekerja Kira yang hadir dalam hidupnya dan menjadi matahari yang memberi sinar dalam hidup Kirana. Adam Erfan menjadi pendengar, penasihat, dan yang menceriakan hari-hari Kirana dengan celotehnya. Adam memberi kekuatan kepada Kirana untuk menentang tuduhan dan mencari kebenaran yang tidak memihak.
*** Adam Erfan juga bukan satu watak yang utuh kerana dirinya juga mempunyai peristiwa gelap sehingga tercetus akal untuk "lepak underground". Mana datangnya "matahari terluka" Adam? Adam dihimpit badai kehidupan sehingga tersepit di antara dua pilihan dan Adam tetap memilih untuk senyum walau dia sendiri tahu bahawa tindakannya itu bakal menyakitkan diri sendiri. Adam seorang yang kuat dengan mempercayai prinsip "Aku boleh selesaikan ini" kerana prinsip ini mudah untuk ditelan berbanding mengakui sedang tenggelam.
*** Penghujung cerita, hanya kemarahan yang menyelebungi diri Kirana manakala perasaan kecewa akan selalu menghantui hidup Adam. Apa puncanya? Mungkin kegagalan mencari bukti yang Kirana tidak bersalah? Atau pilihan Adam yang pergi meninggalkan Kirana selamanya? Novel ini tidak memberi jawapan yang selesa kepada pembaca dan saya yakin itu juga kekuatan dalam novel ini.
Seterusnya, antara yang menarik dalam novel ini adalah setiap watak yang disebutkan dalam novel ini, "hidup!". Tidak ada watak yang diwujudkan sekadar untuk saja-saja melainkan setiap satu watak tersebut menjadi pelengkap cerita. Mungkin ramai pembaca akan menyokong Kirana dan bagi saya itu wajar. Tapi saya akan terus berada di sisi Adam, titik. Sehingga perjuangan terakhir, Adam tetap dipotretkan sebagai watak yang memikul segalanya sendirian walau sedar dirinya akan runtuh di hujungnya.
Ini merupakan antara ayat-ayat kegemaran saya dalam novel ini; "... tapi kan kita manusia. Ada ruang bodohnya." "Nampak tidak siapa yang koyak sekarang? Orang paling waras, kononnya." "... tak ada siapa boleh gerenti kita akan selamat walau dalam kepada sendiri ..."
Matahari Pun Terluka bukan sekadar kisah tentang fitnah atau keadilan tetapi tentang manusia yang didengari. Novel ini mengingatkan bahawa kita jarang kejam secara sedar, berapa kali kita memilih untuk percaya cerita yang paling bising dan berapa kali kita menolak kebenaran hanya kerana ia datang daripada suara yang terlalu perlahan. Maka, kita seharusnya berhenti menjadi manusia yang cepat menilai dan tergesa menjatuhkan hukum serta mendengar sepatutnya bukan untuk menjawab sewenangnya tetapi untuk memahami.
Pada mulanya saya sangkakan saya tidak akan suka buku ini lebih dari Yang Paling Patah Antara Kita, sebab cerita itu pun dah cukup bagus bagi saya. Lagipun buku ini lebih mengetengahkan kisah cinta, berbanding YPPAK yang memfokuskan tentang persahabatan. Namun buku ini menepati kehendak saya kerana ia juga mempunyai isu kekeluargaan.
Saya lebih cenderung memilih buku aksi atau misteri kerana buku kontemporari yang pernah saya baca selama ini sering membawa plot yang sama sahaja, dan dikitar sampai bosan! Kalau tak cinta antara dua darjat, muncullah watak papa Megah Holdings yang mahukan anaknya mengambil alih pimpinan di syarikat, ataupun watak kejam keluarga tiri atau mereka yang curang. Ah, rimas!
Teruja bila dapat baca buku macam ni. Plot TAK perlu ‘terpaling’ drama hanya dengan menggunakan unsur ‘gossipy’ untuk menarik sifat manusia yang selalu terikut dengan berita mengasyikkan, walaupun mengandungi unsur melampau dan tak masuk akal.
Buku Ainul Farihah memaparkan watak-watak yang amat realistik, mungkin juga personaliti yang biasa kita lihat dalam hidup sendiri. Masalah mereka? Komunikasi. Sesuatu yang saya rasa memang berlaku dalam hidup setiap orang. Jadi tak perlu plot terlebih sensasi, cukup sekadar memaparkan kisah orang-orang biasa. Suka cara penulis mengupas watak-watak. Pada awalnya sesetengah watak memang mengundang kemarahan, tapi lama-lama baca, sedar bahawa mereka ini perlu untuk mengetengahkan sesetengah lapisan masyarakat.
Matahari Pun Terluka menampilkan watak Kirana, seorang yang cukup berdikari, namun kadang kala mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari keluarga sendiri. Nasibnya menjadi malang apabila dia dituduh cuba menyerang jirannya yang tua, apabila niatnya baik hanya untuk melihat keadaan orang tua yang diserang itu. Salah sangka menyebabkan Kirana melalui saat paling buruk dalam hidupnya, hinggalah ketibaan seseorang baru di syarikat.
Saya suka jalan cerita dan juga melihat perubahan dari segi perwatakan protagonis itu sendiri. Plot ini menunjukkan bahawa bukan semuanya hitam putih, dan ramai orang mempunyai kebolehan untuk berubah ke arah yang lebih baik, dan juga wajar diberi peluang dan masa untuk berubah. Hanya satu bahagian yang saya harap lain dari apa yang terjadi tetapi itu hanya preference saya.
Tahniah kepada saudari Ainul kerana melahirkan buku-buku berkualiti. Tak sabar nak baca buku Ainul yang lain!
Ini buku ke 4 dari Ainul Farihah yang saya baca dan saya perasan ada satu elemen yang agak konsisten dalam penulisan beliau i.e muzik. Saya cuba dengar playlist yang penulis mention dalam buku ni dan yup, gabungan keduanya sangat harmoni. Membuatkan cerita tu jadi lebih deep in emotion.
Secara ringkas, Matahari Pun Terluka berkisah tentang Kirana yang bergelut untuk membersihkan namanya setelah difitnah melakukan satu kes jenayah. Ditambah pula dengan masalah depresi yang dia hadapi, Kirana menjadi lebih tertekan kerana layanan orang sekelilingnya.
Untuk buku yang ditulis dalam masa hanya sebulan, this is a solid book! Jalan cerita yang jika pun tidak terlalu berbeza, ianya masih mantap dan berbaloi untuk dibaca. Mudah nak relate dengan jalan cerita yang cuba disampaikan mungkin kerana ianya seakan ‘normal’ dalam masyarakat kita tapi penulis bijak mencari ruang perspektif berbeza yang juga logik dan tidak rasa seperti dipaksa2 ideanya.
But to be honest, I’m not a fan of the ending. Unlike buku Semesta Terakhir Untuk Kita, Bintang Tanpa Nama which both ending is justified, this one is semacam agak tergantung. Rasional, logik.. tapi agak tergantung. A bit rush pun ya. Seakan memerlukan 1-2 muka surat untuk pencerahan plot tersebut. Entah..
Even the small detail like she no longer enjoy the things that she used to, like matahari, bintang, taman tu.. I’m not sure what that means in psychological term but if feels to me that she seems to regress. Samada that shows that shes move on and all those dah tak buatkan dia happy or she stops doing that because all of those dah terpalit dengan memori dengan Adam... Kadang2 macam ada hint for part 2 of this story but personally, I think penulis needs wayy bigger story for it (because I’m not sure if there is anything left untuk diceritakan lagi). Just my 2 cents.
Btw, maybe I’m already getting used to penulisan penulis, this story agak predictable untuk saya. Out of 10 times, saya berjaya teka 8-9 kali plot seterusnya (hehe).
Ainul Farihah's books? Count me in! Aku minat buku-buku beliau sebab permainan emosi yang ditampilkan terasa bersahaja. Penulisannya pula simple dan berhias elemen puitis.
Kenapa aku kata aku kurang emosi bila baca Matahari Pun Terluka?
Buku ni bertunjangkan Kirana, gadis yang sarat dengan konflik dalaman. Dia bertemu dengan Adam saat sesuatu berlaku dalam hidupnya. Kejadian yang meletakkan dirinya di ambang pergolakan turut melahirkan suatu rasa baru dalam dirinya kerana insan bernama Adam itu.
Perjalanan cerita dalam novel ni kemas. Sama seperti karya-karya Ainul Farihah yang lain. Aku suka bagaimana satu kejadian yang boleh dianggap nothing too out there, considering the world we live in, menjadi titik tolak lebih banyak konflik dalam hidup Kirana.
Aku rasa geram dengan beberapa aspek dalam hidup Kirana juga, termasuklah beberapa watak yang berkait rapat dengan dirinya. Dari aspek ni, ada adegan yang beri kesan marah buat aku.
Tapi...
Yang aku kata aku kurang emosi tu dari segi air mata. Biasanya, aku akan rasa sebak bila baca novel Ainul Farihah. Ending nanti confirm aku berair mata. Kali ni tak pula macam tu. Jadi, dari segi tu, aku kurang puas.
Not saying it's not a good book. I'm just comparing this to her preceding novels.
Tolak tepi bab tu, aku rasa ramai boleh relate dengan novel ni. Ceritanya lebih kepada mendalami jiwa dan minda seseorang itu. Internalisation yang immersive andai dibaca dengan teliti. Ditambah pula dengan olahan kata puitis di beberapa bahagian.
Still worth reading or having, especially if you're an Ainul Farihah fan.
Im conflicted whether to give it a two or three stars but i stick to giving it a two because i remember my state while reading this book. I can understand the people that like this book, but personally this book is just not for me. The only thing that i like about this book is the ending. I cringe a lot throughout reading the book. There’s just a lot of verses that are intended to be dramatic but are failed to deliver. And one thing that makes my skin crawl is the OVERUSED of the word “trauma”. Im not against mental health or anything but i feel like there will comes to a point. And the character’s mental state is told directly which makes it unbearable. For example, instead of describing what the character is feeling, the writer straight up wrote that she’s depressed, and wrote the same thing over and over in different chapters. Another thing that really gives me the ick is the relationship between the main character, karina and her intended boyfriend, adam. Knowing that theyre not engaged or anything bothers me and makes me cringe every time. Overall it’s just a book that are full of the overused word “trauma” and are full of failed dramatic verses. Again, i can understand the people that find this book nice, but it is simply not for me. I cringe too much to give it a 4/5 stars.
tajuk matahari pun terluka dengan aku aku pun terluka 😭💔
Kisah Kirana yang sentiasa kena deal dengan environment kat rumah yang tak seberapa dan lebih memilih menjaga diri dari sibuk hal orang lain. But once dia nak niat baik tolong Pak Osman yang garang tu ,dia punya kebaikan disalah anggap oleh penduduk taman.
Kakak author memang menceritakan situasi mahkamah yang Kirana dituduh atas perkara yang dia tak buat pun.
Muncullah Adam yang membantunya supaya dia tidak dituduh atas kesalahan yang tidak Kirana lakukan.
Saya sebenarnya baca tu terkejut terkejut in one sitting but I understand Kirana's feelings about attachment and trust issues. Sebab sayanya begitu,even orang rapat sekali pun , mesti ade sekelumit rase trust issues yang bermain dalam fikiran dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.
Pasal mental health awareness memang kena titikberatkan,sebab sesetengah masyarakat pandang rendah dengan isu sebegini walhal mental health bukan berkurung atau murung sahaja bahkan lagi bahaya kalau ia bermain dalam minda yang menjadi suara-suara yang kita tidak ingini akan menyebabkan kita buat perkara yang luar jangka
Maka, carilah kawan atau ahli keluarga yang kita percaya untuk kita luahkan cerita atau masalah personal.
50% into this novel, rasa macam eh Yang Paling Patah Antara Kita + Bintang Tanpa Nama. sebab apa? plot lebih kurang, nak cari siapa pelaku sebenar, situasi mahkamah etc. mula2 ingat ada konflik lagi teruk tapi tu lahh.
80% baca rasa macam nak skip terus baca ending. bukan tak best, tapi plot macam meleret sangat sebab nak banyakkan perkataan. part monolog Kirana aci lah terima lagi, tapi scene ulang2 lirik lagu tu memang skip terus. tak boleh nak imagine sebab tak semua tahu lagu band tersebut. so feeling tu tak sampai.
98% cukuplah setakat ni, ending macam boleh agak dah. hmm
conclusionnya, kalau ainul release novel lepas ni tapi premis macam ni juga, maybe tak baca dah kot.