Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rasa Cerita Kita

Rate this book
“Saya sebenarnya nak offer awak untuk bekerja di Laman Cinta.” – Haris

“Ini bukan work scam, kan?” – Bunga

Laman Cinta, sebuah rumah orang-orang tua elit telah mempertemukan Bunga Elisa, yang meletakkan jiwanya dalam masakan, dengan Haris Hayyan, arkitek yang telah membina dan mengasaskan Laman Cinta.

“Saya cari orang yang boleh memasak dengan ikhlas daripada hati.

Seseorang yang seperti awak, Bunga.” – Haris

Bunga bukan hanya pengurus di Laman Cinta, tetapi dia dapat menelusuri cerita para penghuni di situ menerusi rasa. Dalam dapur yang tenang itu, setiap hidangan yang disediakan membuka pintu kepada cerita lalu yang tersimpan kemas. Ruang yang sarat dengan memori itu telah membawa Bunga menyelami kisah cinta, kehilangan dan harapan yang tidak pernah mati.

Kadang-kadang, cerita kita tidak disampaikan dengan kata-kata. Ia dirasai… dan dirasai semula, melalui sesuatu yang lebih halus.

Kerana setiap kita punya cerita kita yang tersendiri.

432 pages, Paperback

First published May 23, 2025

8 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Yumi Hyra

15 books94 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (44%)
4 stars
40 (45%)
3 stars
7 (8%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,052 reviews201 followers
December 11, 2025
Bila kita happy, apa saja yang kita buat datang straight from the heart.
And honestly… this is one of the best I’ve read in 2025.

Lambat gila F baca... buku ni release masa PBAKL tapi sekarang baru F terhegeh² nak mula. Worth it babe!

Totally recommended. It’s a clean romance, so baca dengan tenang, no worries at all.
The cover is gorgeous and the sprayed edges pun match perfectly dengan colour theme.

Baca karya ni buat F lapar je tengok menu² dia. Belum masuk bab Bunga prepare ingredients dalam dapur rahsia... lagi la rasa macam nak masuk dapur sekarang juga.

Setiap penghuni yang dapat privilege untuk masuk dan makan dalam dapur rahsia tu ada kisah masing² and that’s what makes it so special.

This book will make you grin, smile and even cry without you realising it. Chef’s kiss giler. Such a comfort read.

F pun berterima kasih dekat Haris sebab reject application Akmal, anak pada adopted parents Bunga yang dulu pulangkan Bunga ke rumah anak yatim lepas dapat anak perempuan. Sampai ke sudah tak minta maaf… suruh salam je.

Relationship Bunga & Haris pun very “go with the flow”. Haris busy dekat site, Bunga pula asyik menanti.

Ada juga sweet moments especially masa Bunga confess her feelings sampai Iman terlanggar tiang gazebo. Iconic betul scene tu.

That’s why F kata buku ni memang best. Try la... you all confirm akan suka!
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
July 2, 2025
Sangat jarang ye seketul Cik N bagi rating 5 star.Tapi buku ni sangat2 layak dapat 5 star.Mula2 terkejut juga sebab buku ni agak mahal,hampir RM50 tapi gigih juga beli.Tak rasa menyesal sebab buku ni sangat cantik,cover cantik,kertas cantik and warna kulit buku pun comel macam warna aiskrim paddle pop.Jalan cerita pun best dan kreatif,rasa lapar setiap kali masuk bab baru sebab setiap bab penulis letak nama makanan haha.Budak sekolah pun boleh baca buku ni sebab buku ni tak ada adegan bukan2,just comel semata mata.Aaaaa Cik N tak boleh move on lah dengan cerita ni,Bunga and Haris terlalu comel <3

Nota untuk penulis Yumi Hyra: Lepas saya baca part Pak Cik Idham makan char kuetiau tu terus saya buka shopeefood order char kuetiau dan alhamdulillah char kuetiau tu sedap.Kalau tak sedap saya minta penulis ganti duit saya sebab buat saya lapar malam2 buta haha.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
September 29, 2025
a comfort, fluffy, conflictless and heartwarming read.

awal tu pace agak lambat mungkin sebab takde conflict, just cerita kehidupan dan pengalaman Bunga dekat Laman Cinta dan dapur rahsia. so this book is not a page turner for me. writing kemas dan santai with element magical realism yang buat cerita ni ada keunikan sendiri.

suka dynamic antara staff LC. relationship development and slowburn antara Bunga dan Haris pun cute, smooth and matang antara adult. adala cringe sikit hujung tu haha. overall an okay read for me since i put quite high expectation for this one
Profile Image for buttercup.
58 reviews11 followers
August 31, 2025
personal rating — 4.5/5⭐️
genre — slice of life, comedy, magical realism, romance 🐈🍔🍰🍽️🪄

✍🏻 Bunga yang baru sahaja meletak jawatan sendiri sebagai seorang cef di restoran bertemu dengan Haris, pengasas Laman Cinta—yakni elite old folks home. Bunga mahu menolak tawaran Haris yang menawarkannya untuk bekerja sebagai pengurus Laman Cinta tetapi setiap apa yang keluar dari mulut Haris sering buat dia tertanya-tanya tentang keistimewaan rumah orang tua itu. Mahu tak mahu, dia cuba juga bekerja di situ.

Siapa sangka, dia dapat lihat dengan mata sendiri insiden yang sebenar-benarnya berlaku sebagai pengurus serta cef Laman Cinta.

disclaimer: jangan baca buku ni masa bulan puasa!!! nanti tak pasal-pasal terbuka peti ais rumah tanpa sengaja🙊



a book where i feel like going inside to experience their universe? THIS!!!

i love the magical realism concept😍 sebelum ni baca buku kak yumi genre romcom je and this one indeed differ in terms of genre. tak banyak sangat pun kak yumi cuma tambah elemen magical realism! it’s still included in light reading/romance category if you’re a fan of that genre⭐️ do slip Rasa Cerita Kita in your wishlist! a book never hurt your wallet, ite? 🙂‍↔️👀

i didn’t put much expectation as i dive into this one, but surprisingly i sangat suka watak Bunga and Haris. Haris yang blur blur biawak and Bunga yang selalu sembur je apa yang ada dalam kepala dia comel tau diorang nii😂🤍 bunga pandai lukis orang lidi (samalah Bunga) and Haris has that skill of drawing pergh complement each other bethol diorang ni. and one thing maybe saya senang terhibur i feel like watak Bunga ni lawak la some of her selamba dialogues never fail to make me laugh HAHAHA. Bunga Elissa loves to smile, suka buat orang gembira but apa yang dia tak sedar dia tak pernah cuba gembirakan diri sendiri. my heart breaks knowing her backstory ya allah sedihh🥺 never underestimate orang yang selalu ketawa tak kira masa ni ya they always hide the darkest story behind their smile’(( Tan Sri Simba auto jadi member (read: tempat meluah) Bunga sejak kes Bunga panjat pokok bak kata Haris — “spiderman” HAHAHHA

Haris punya love language is asking Bunga “are you okay?” i love men who pays attention to every details🙂‍↔️🤏🏻 subtle flirting mamat ni boleh tahan ek buat orang rasa nak sepak angin tapi (this is a me problem lah) confession scene tu cringed me out sikit + macam tiba tiba sangat Bunga jadi bold. saya kena secondhand embarassment!😭 their feelings execution pun macam lack eventhough their trope is slowburn romance but sebab kak yumi macam focus kepada slice of life penduduk Laman Cinta buat i can’t really see how the relationship between Bunga and Haris grows. diorang bukan insta love—and their mutual feelings didn’t show that early tapi kalau tambah lagi description on how Haris observes Bunga’s doings, the stolen glances, the jealousy… you know… i think i would enjoy it even better!

i see how kak yumi want to portray apa yang orang jarang nampak sekeliling kita — kewujudan rumah anak yatim dan rumah orang tua. macam Bunga sendiri cakap, some people might skeptic dengan mindset anak2 yang hantar parents pergi rumah orang tua. kadang2 kena tahu konteks jugak, sebab ada anak yang kekangan masa sebab kerja dan bila hantar parents pergi rumah orang tua at least makan pakai minum diorang terjaga. lurve jugakk bond between Bunga and Bonda Hawa walaupun bonda bukan darah daging Bunga🥹 Bonda Hawa’s affection feels so pure and sincere and as she should because Bunga deserves all the love from this worlddd🫂💗💗 the way bonda tahu bila Bunga okay and bila Bunga tak okay🥹

i rasa baca rck buat i jadi macam Bunga, a person full of empathy🥹 sebab tiap kali baca cerita2 di sebalik makanan penghuni Laman Cinta mesti i rasa nak menangis😭 pandai kak yumi main dengan perasaan saya😞🤏🏻 dah buat saya senyum pastu dia add on sebak pulak. among all the ‘stories’ behind the foods Bunga made, kisah Aunty Dhivya paling buat i terkilan and hit me to my core😭💔 Pak Cik Idham pun tak ada kurangnya. nasib tak meleleh je air mata emas kiter

brotherhood Haris and Dr. Widad pun kiyottt Dr. Widad tak habis2 usik Haris pasal perasaan dia dekat Bunga😂 saya suka la baca friendship lelaki ceni very healthy and such a ✨comedic relief✨. tak lupa the bawang rangers Suria, Kak Mimi, Iman and Naim! ihh Naim dengan Iman ni kuat gaduh nanti naik pelamin karang! kalau takda Iman dan Suria yang recommend Bunga dekat Encik Haris mesti tak bertembung balik dua orang nii i thank them for that🤣🤍 on a scale from 1 to 10, i rasa empat orang nii memang SHIP Bunga and Haris SOLID 10/10 since the beginning HAHAHA. dia bukan cari pengurus LC je tapi cari bakal isteri untuk Encik Haris jugakk sambil menyelam minum air gitu

kalau i tak jumpa jodoh i dah fikir nak duduk rumah orang tua, mana tahu nasib i jadi macam Auntie Seri & Uncle Shah? know know kahwin sebab terjumpa balik kawan sekolah lama dekat rumah orang tua🙂‍↔️ boleh manifest ex crush masuk rumah orang tua jugak HAHA JKJKJK. thank you kak yumi untuk naskhah yang penuh dengan ‘rasa’ ini🫶🏻 I NEED DR. WIDAD & NADINE’S STORY ASAP!!! ni kena menekan sikit sebab kak yumi left me wondering kenapa Widad tu takut sangat dengan Nadine diorang mesti ada history sendiri😤🫵🏻
Profile Image for sooa.
64 reviews4 followers
December 28, 2025
3.5/5

suka premis cerita ni sebab best dan menarik but me is the problem sebab tak boleh masuk sangat dengan penulisan yumi hyra ni. buku ni tak salah, aku yang aneh. but it was such a readable book dan boleh baca sampai habis cuma tak berapa enjoy dan takde wow effect sangat. mungkin aku bukan target audience penulis kut
Profile Image for meenie.
327 reviews3 followers
September 30, 2025

simply 5 ⭐️ *clap 👏🏻

siapa yang tak pernah baca buku by yumi hyra, please lah baca. korang ketinggalan tau kalau tak pernah baca haih 😞

cerita cinta kita bukan sebuah kisah biasa-biasa. laman cinta yang dijadikan latar belakang cerita ini sungguh memikat hati. mana kita nak jumpa rumah orang tua yang senibina berlatarkan inggeris ala-ala Bridgerton✨? mana kita nak cari sebuah dapur rahsia yang boleh bawa kita semula ke memori kita? dan yang paling penting, mana kita nak jumpa pemilik Laman Cinta yang kacak dan manis seperti encik haris di dunia yang nyata ini? 🫶🏻

kisah yang disajikan sangat unik. bukan sahaja menyentuh isu percintaan, malahan kekeluargaan dan persahabatan pun ada. so, korang jangan terpedaya dengan tajuk dia hahaha this is more than that !

sekali baca rasa seperti Asian Literature’s book: Before the Coffee Gets Cold by Toshikazu Kawaguchi. (this one pun highly recommend juga!). untuk kak yumi, betullah. saya lapar sungguh bila baca buku ini. comel betul, penuh dengan nama-nama makanan. yang paling comel bila ada resepi di tiga halaman terakhir 😍

hands down, the prettiest book i ever read 🤩
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
988 reviews119 followers
January 4, 2026
TW: Jangan baca pada bulan puasa. Confirm iman tergoda, perut berkeroncong dan kriuk kriuk sepanjang pembacaan 🤣

Aside from the delicious and mouthwatering menu as the title of each chapter, Rasa Cerita Kita is a simple but very heartwarming story not just about our main characters Haris & Bunga, but also about the elderlies residing in Laman Cinta.

Apabila membaca cerita ini, it immediately reminded me of the C-drama Octogenarians and the 90s yang dilakonkan oleh Bai Jingting & Janice Wu. Saya sangat highly recommend this drama because the concept and feel is the same as this novel. Rasa tenang, manis, sebak dan happy je.

Tetapi cerita nie special sikit sebab ada elemen magic kat dapur rahsia Laman Cinta dan also the delicious food macam drama Bon Appetit. Ah, tulis review nie pun buat Joy lapar. Huhuhu~

You will laugh, shed some tears, smile like a delulu and cheer for each of the LC characters inside. It’s a rom-com with a dash of magic & no heavy conflicts.

I love it!
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
295 reviews15 followers
June 15, 2025
novel yang sangat2 comforting💓 plus mmg buat lapar weii sebab setiap tajuk bab tu nama makanan, baca pulak tgh mlm huhu berkeroncong perut ku🤣

Harris dengan Bunga comel sangat... menyengih je aku baca hahaha
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
December 31, 2025
– usually baca cerita fluffy romcom je from kak Yumi, but this time ada tambahan magical realism⭐️ plus slice-of-life is my go-to genre right now, so plus point for that.

– masa baca blurb memang curious macam mana Bunga boleh menyelami ruang memori orang lain dengan makanan. tapi bila dah mula baca, honestly premise cerita ni unik.

– setiap kali Bunga masak comfort food untuk penduduk Laman Cinta yang terpilih, dia pun akan ‘terhubung’ dengan memori pemilik rasa tu. and honestly kisah kisah memori penghuni ni bukan main tachinggg walaupun sekejap je ‘flashback’ tu t-Y

– of course ada elemen romance and it's slow burn. awal awal tu questioned jugak la kenapa Haris overly protective sangat dekat Bunga. dalam hati dah berdoa, “please jangan jadi insta-love” HAHAH tapi nasib baik emotional build up was so well paced.

– red string fate, the ‘independent’ fl x the ‘act of service’ ml, he fell first and harder😍 suka la dua orang ni!! lepastu Haris pun jenis yang kuat menyakat walaupun nampak lurus je.

– walaupun banyak supporting characters dalam ni tapi each of them really helps to bring more life and warmth. sangat menyerikan lagi jalan cerita.

– ada few dialogues yang baku sikit, sksksk kitonyo tak boleh kalau ada dialog baku rasa pelik bila baca, tapi tak mencacatkan cerita, still boleh layan.

– gabungan magical realism + makanan comfort + slice-of-life is such a creative combo for me🫶🏻 suka sangat dengan vibe healing dalam ni.
Profile Image for Shi Dean.
4 reviews
June 8, 2025
No one tell me it's a slow burn romance! Ugh!

I rarely baca buku slow burn but this one is very fluffy!!! Bacaan yang sangat ringan dan saya rasa sesuai untuk semua peringkat umur. Semua watak mainkan peranan masing masing and I love it.

Honestly, saya tak terfikir yang penulis akan masukkan elemen magic-realms dalam cerita ni which is make it mooooree beautiful ❤️

Thank you Yumi Hyra and bookiut for the beautiful book ❤️❤️❤️❤️
Profile Image for Izzrinzack.
5 reviews
June 25, 2025
This book is one I would totally recommend to anyone looking for a light read.

I really love the harmonious old folks’ home setting, no toxicity, no drama, just pure, genuine relationships between human beings.

“Setiap makanan mempunyai cerita dan memori tersendiri.”

I rasa teringin nak makan agar-agar kek batik pandan lepas baca this book🫶🏻🤭
Profile Image for Cutie_pie28.
394 reviews8 followers
July 21, 2025
Wowww.. best nyee cerita mcm gini..

Laman Cinta (LC) di tubuh kn oleh Harris utk kesenangan orang² tua yg keseorangan.. pemilik rumah tersebut buat perjanjian dgn Haris, you nk renovate mcm mane pun buat laa.. satu jeee tk bole usik.. Dapur Rahsia - perbaiki atau tmbh baik bole.. tp tk bole roboh kan.. mula² Haris pelik tp die ikot kn aje..

Bunga seorang chef yg ade pendirian.. die masak dri hati + guna kn brg² yg kualiti.. bekerja di satu restoran.. pengurus kt sane decide utk guna brg yg kurang berkualiti, mmg Bunga tk suka dan trus decide utk benti.. ape yg terjadi, terdgr oleh Haris yg kebetulan ade kt situ..

Bile dpt tau Bunga da benti, Haris offer Bunga utk keje di LC utk jdi pengurus kt sane..

And the best part is bile Bunga sedia kn meal utk penghuni bertuah, terungkap memori lame.. Setiap seorang ade cerita tersendiri..

Bunga nie mmg hati die baik sungguh.. sanggup die tlg penghuni dlm LC utk capai keinginan dorg.. mula² mmg Haris tk suka.. nnt lame² die tlg jugk Bunga..

Bunga dan Haris soo sweet.. 🥰

And setiap bab die letak menu mknn.. haiii mmg terasa teringin nk mkn smue ade.. mcm tk bole move on laaa
Profile Image for Mini.
37 reviews4 followers
October 21, 2025
Review Time 📚⏰️

Rasa Cerita Kita - @yumihyra
Rating: 5/5 🌟

Setiap makanan yg kita suka tu, mesti ada cerita di sebaliknya kan? Kadang bukan sebab rasa je kita suka, tapi kenangan yg datang sekali dgn setiap suapan tu..

Berlatarbelakangkan Laman Cinta, rumah orang2 tua elit. Setiap kali Bunga Elissa memasak comfort food dgn ikhlas di dapur rahsia, makanan tu macam ada 'kuasa' untuk bawa penghuni kembali ke memori silam mereka.

​Konsep cerita ni memang unik! Ia hampir sama dgn feel Kdrama bertajuk Bon Appétit, Your Majesty! Cerita pun lebih kurang, tapi versi ni bawa ke dunia 'emosi' yg lebih mendalam.

​Novel ni sumpah best dan comel! Dah lama tak rasa seronok baca sesuatu yg boleh tendang angin, pukul bantal, peluk dinding macam ni 😹 Kisah antara Haris Hayyan dan Bunga Elissa tu jenis slow-burn romance buat saya tak senang duduk!

​Setiap watak, termasuk penghuni Laman Cinta pula terasa hidup dan mempunyai kisah tersendiri. Mereka bukan sekadar pelengkap, tapi sebahagian daripada kehangatan cerita ini. Cinta dan kasih sayang bukan hanya tentang dua insan, tetapi juga tentang menghargai kenangan, berdamai dgn luka lama dan belajar menerima bahawa setiap orang ada cerita dan “rasa” tersendiri. Kadang2 rasa tu bukan sekadar pada lidah tapi pada hati yg pernah terluka dan sedang cuba sembuh.

​AMARAN! Jangan sesekali baca buku ni waktu perut kosong. Saya rasa lapar sepanjang masa tau! 😤 dahlah semua tajuk bab pula diletak nama makanan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Pasta Pesto, Roti Canai, Mi Goreng Mamak dan lain2.. haihhh auto craving Roti Canai dan Agar2 Kek Batik Pandan tu..

​Apapun, terima kasih banyak kepada penulis sebab sudi selitkan resepi makanan di akhir2 muka surat! Bolehlah saya cuba buat dan masak sendiri lepas ni (jika rajin la🤭).

​Pendek kata, kalau korang cari novel vibe2 healing, selain daripada rom-com, kisah persahabatan, slice of life dan kekeluargaan.. wajib baca novel ni!!

Sekian.

#minimembaca #rasaceritakita #yumihyra #bookiut #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
336 reviews15 followers
June 7, 2025
Comfort reading. Latar rumah orang tua dengan elemen fantasi dalam bentuk dapur rahsia. Watak Bunga dan Haris membuat saya yang membaca tersenyum-senyum. Begitu juga dengan watak-watak lain terutamanya warga emas. Masing-masing ada cerita dan kenangan tersendiri. Uniknya novel ini - bab dinamakan dengan nama makanan.

Buku ini cantik dipandang terutamanya kelebihan sprayed edge pada tepi muka surat.

Kebetulan buku ini hadir pada masanya untuk saya yang perlu melengkapkan 97 jam sangkutan di pusat jagaan warga emas. Di mana pula nak cari Laman Cinta?
Profile Image for bookmehnia.
332 reviews17 followers
August 16, 2025
(50/2025) 4/5🌟 Realisme Magis (Fiksi) | 431 ms

“𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙜𝙚𝙢𝙗𝙞𝙧𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙗𝙪 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖.”

Kalau diberi peluang, apakah masakan yang sudah lama tidak anda makan dan anda teringin sangat merasanya sekali lagi?

Kalau tanya saya, saya teringin sangat mahu rasa semula roti kukus lapis berdaging atau lasagna roti yang arwah mama saya selalu masak semasa hayatnya, kerana itu jugalah kali terakhir saya merasanya. Tiga belas tahun sudah mama meninggalkan kami, tiada siapa di antara kami adik-beradik yang berjaya 𝘳𝘦𝘱𝘭𝘪𝘤𝘢𝘵𝘦 resipi mama, sebab arwah mama kami saja yang boleh memasaknya bagi kami. Saya tidak pernah lagi jumpa resipi itu di mana-mana.

Semasa kecil, abah saya memang rajin memasak sebab abah saya seorang yang cerewet hal makanannya. Mama terkadang beritahu saya dia tidak pandai memasak, tetapi mama tidak sedar, masakan telur gorengnya pun sudah sangat sedap bagi kami. Mama juga seorang yang pantang mendengar anak, menantu, cucu teringin mahu makan apa-apa terutama sekali bila ingin berjalan jauh. Pernah sekali, saya dan suami pulang melawat. Suami tidak sengaja menyebut tidak sempat makan kacang pool sebelum kami pulang ke Shah Alam hari esok. Keesokannya, awal-awal pagi mama sudah hilang, rupa-rupanya mama pergi membeli kacang pool lantaran terdengar menantu teringin mahu makan. Itulah mama saya.

Mama jugalah yang selalu pesan pada saya, “…𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘮𝘶 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘮𝘶 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘦𝘬𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯-𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘨𝘶𝘯𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯.” Dalam maksudnya pada saya dan saya simpan erat sebagai panduan.

Makanan memang jadi bahasa cinta orang kita terutamanya apabila ia dimasak sendiri - penuh istimewa. Menu mungkin menu yang ringkas, tapi bila masakan itu dimasak dengan hati yang ikhlas dan gembira, masakan jadi lebih enak dan bermakna.

Begitulah hal yang terjadi antara Haris dan Bunga. Haris perlukan seorang pengurus baru yang boleh menjaga Laman Cinta. Bunga pula baru berhenti kerja sebagai seorang cef terkemuka. Laman Cinta sebenarnya rumah orang-orang tua ilham dan usaha Haris. Di dalam Laman Cinta ada satu tempat rahasia yang perlu pengawasan orang yang tepat, dan Ilham tawarkan jawatan kosong itu pada Bunga. Bunga pada mulanya keliru tetapi dek kerana perasaan ingin tahunya yang tinggi, tawaran kerja itu diterima. Sesungguhnya, tidak Bunga sangka, Laman Cinta jadi tempat untuk Bunga merawat luka yang disimpan di lubuk hati paling dalam. Manakala Haris pula, rasa seakan 𝘥𝘦𝘫𝘢𝘷𝘶. Gerak hatinya menyatakan ada sesuatu yang terkait antara dia dan Bunga.

Apakah tempat rahasia itu? Apakah pula rahasia Bunga dan Haris yang lama tersimpan?

Saya sebenarnya terjumpa buku ini secara tidak sengaja sewaktu menatal laman 𝘣𝘰𝘰𝘬𝘴𝘵𝘢𝘨𝘳𝘢𝘮 saya. Buku ini diiklankan di laman penerbitnya. Saya jadi teruja melihat setiap bab yang dinamakan mengikut nama menu makanan dan juga membaca sinopsisnya yang seperti ada unsur magis. Sangkaan saya, ada cerita di sebalik menu masakan yang diletak pada tajuk setiap bab, namun tidak rupanya. Cuma ada beberapa sahaja yang tajuk bab terkait isi kandungannya. Mungkin ini kreativiti penulis untuk menarik minat pembaca, memandangkan jalan ceritanya berkait hal masakan.

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ringan namun ianya sarat pesanan menyentuh hati dan bermakna. Dua watak utamanya juga punya perangai comel, dan sesuai dengan tema gen-Z setiapkali ada watak-watak sebegini iaitu, 𝘨𝘳𝘶𝘮𝘱𝘺 𝘵𝘰 𝘴𝘶𝘯𝘴𝘩𝘪𝘯𝘦, seperti yang selalu anak-anak gadis saya sebut pada saya sebagai 𝘧𝘭𝘶𝘧𝘧𝘺 𝘳𝘰𝘮𝘢𝘯𝘤𝘦 atau jalan cerita yang punya rasa 𝘧𝘦𝘦𝘭 𝘨𝘰𝘰𝘥. Tersenyum kambing sambil menghempas-hempas bantal jugalah saya tatkala membaca “pertembungan” watak-watak Bunga dan Haris 🤣🤣🤣.

Laras bahasanya mudah difahami, penggunaan bahasa yang baik, jalan cerita yang sederhana ringan tetapi sangat menyentuh hati, juga punya cerita lain daripada yang lain. Saya suka bukunya yang cantik dan 𝘴𝘱𝘳𝘢𝘺𝘦𝘥 𝘦𝘥𝘨𝘦𝘴nya yang comel.

Tetapi, terus-terang saya lebih tertarik dengan watak-watak penghuni rumah orang-orang tua Laman Cinta ini, dan saya terfikir kalaulah dipanjangkan kisah hidup mereka pasti lebih menarik. Walaupun kisah-kisah mereka dapat juga kita ketahui, tetapi seperti ada lebih banyak yang perlu diceritakan. Di usia saya yang sebegini, antara topik kegemaran saya dan suami tatkala berbual ialah kehidupan kami di usia emas. Saya pernah suarakan pada suami, kalau ada rumah orang-orang tua seperti yang digambarkan dalam Laman Cinta ini, saya mahu duduk di situ sahaja. Yalah, anak-anak punya kehidupan sendiri, tinggallah kami berdua. Kalau ada pusat penjagaan khusus lengkap kelas agama dan sebagainya, bagus juga dapat duduk di situ. Rentetan banyak kisah keluarga yang kami baca di media sosial, kami janji kami akan cuba memahami kerana anak-anak juga akan ada banyak tanggungjawab mereka nanti. Mana yang boleh kami selesai sendiri, kita buat sendiri. Terkadang banyak salah tanggap oleh masyarakat apabila melihat rumah orang-orang tua sebegini, tetapi bagi saya 𝘵𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘪𝘴 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘴𝘪𝘥𝘦𝘴 𝘵𝘰 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺.

Di akhir pembacaan, saya rasa gembira tetapi sayu. Di sudut hati saya, saya rindu masakan arwah mama saya, namun saya tahu, saya boleh salurkan perasaan itu di dalam setiap masakan saya untuk anak-anak. Banyak pengajaran bermakna terutamanya pesanan untuk menghargai masa dan tidak 𝘵𝘢𝘬𝘦 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘨𝘳𝘢𝘯𝘵𝘦𝘥. Setiap yang terjadi itu adalah atas izin Allah Yang Maha Esa, Yang Lebih Mengetahui baik buruk sesuatu itu kerana hidup kita di atas muka bumi ini adalah sebagai ujian keimanan kita semata-mata. Terbitkan rasa syukur dan rasa gembira dalam setiap perkara, memasak antaranya, untuk mereka yang tersayang.

Baca buku ini sekiranya anda mahukan bacaan ringan menyentuh hati, mahu tersenyum riang dan mahu juga melepaskan apa yang terbuku di hati. Baca buku ini juga sekiranya anda perlu ilham menu-menu masakan untuk menggembirakan hati kerana “𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘸𝘦𝘦𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘶 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘰𝘳𝘭𝘥 𝘪𝘴 𝘔𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘜” (semua gara-gara Bunga dan Haris 🤭).

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #AugustReads #AugustTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #rasaceritakita #yumihyra
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
September 20, 2025
Buku ini menggunakan resipi sebagai metafora utama untuk menyulam kisah-kisah kehidupan. Setiap kisah terasa seperti hidangan yang berbeza, memberikan rasa manis, masin, dan kadang kala pahit dalam setiap gigitan.

Saya menyukai buku ini atas tiga sebab utama.

🍔 Pertama, saya sangat suka bagaimana Yumi Hyra menggunakan menu makanan sebagai naratif pendorong. Setiap bab diberi nama mengikut hidangan tertentu, seperti 'Nasi Goreng Kampung' dan 'Soto Ayam'. Ini bukan sekadar nama, tetapi ia menggambarkan cerita di dalamnya dengan tepat, mengaitkan setiap menu dengan memori, emosi, dan pengalaman watak-watak.

🍔 Kedua, nuansa buku ini sangat menenangkan dan memberikan rasa kehangatan, mirip dengan karya-karya popular seperti "Chibineko Kitchen" oleh Yoshio Kataoka dan "Before Coffee Gets Cold" oleh Toshikazu Kawaguchi.

Sama seperti buku-buku tersebut, "Rasa Cerita Kita" menggunakan latar belakang makanan dan minuman untuk merungkai cerita-cerita yang mendalam tentang hubungan manusia, kehilangan, dan harapan. Buku ini mengingatkan pembaca bahawa kenangan dan masa depan sering kali terikat pada rasa dan bau, sama seperti watak-watak dalam "Kamogawa Food Detectives" oleh Hisashi Kashiwai yang mencari kembali memori melalui hidangan.

🍔 Ketiga, gaya penulisan Yumi Hyra yang ringkas dan puitis membuat buku ini mudah dibaca dan dicerna. Walaupun kisahnya pendek, setiap satu meninggalkan kesan yang mendalam. Penulis tidak berlebihan dalam menceritakan butiran, sebaliknya memilih untuk fokus pada emosi dan intipati cerita. Ini membuatkan pembaca sentiasa ingin tahu dan merenung, sama seperti mencuba hidangan baharu yang penuh dengan kejutan.

Secara keseluruhan, "Rasa Cerita Kita" adalah sebuah karya yang harus dibaca oleh sesiapa sahaja yang mencari ketenangan dan keindahan dalam cerita-cerita yang ringkas tetapi penuh makna.

#RasaCeritaKita #YumiHyra #BukuMelayu #UlasanBuku #Sastera #BukuKisahHidup #ResipiCerita #ChibinekoKitchen #BeforeCoffeeGetsCold #KamogawaFoodDetectives #BukuBest #PencintaBuku #BacaBuku #BookRecommendation #Bibliophile #BookstagramMY #Buku2025 #BookTokMY
106 reviews2 followers
November 17, 2025
Sebelum ulasan - Seingat saya masa di sekolah dulu, sepatutnya 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗮-𝘁𝘂𝗮 bukan 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗮. Sebabnya orang-orang tu membawa maksud orang-orang yang dipacakkan di sawah.


Rasa Cerita Kita oleh Yumi Hyra

Tahun lalu, daripada kira-kira 80 buku Inggeris yang saya habiskan, hampir 60% daripadanya ialah bacaan bertema healing dan redemption karya penulis Jepun. Jadi secara tidak langsung, ketika membaca naskhah ini, perbandingan itu tetap wujud. Seperti buku-buku dengan tema sebegitu, plotnya biasanya tidak terlalu dramatik—lebih mendatar dan perlahan—tetapi masih mampu menjentik hati.

Saya suka dinamik hubungan sesama pekerja 𝗟𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮. Mereka memberikan “vibe” positif dalam mewujudkan suasana yang ceria & harmoni di rumah orang tua-tua. Begitu juga hubungan Bunga and Bonda Hawa, saya dapat membayangkan kasih sayang yang “warmth” antara mereka.

Hubungan cinta Haris & Bunga pula bagi saya tidaklah kebudak-budakan, mungkin lah sedikit canggung tetapi bukan lah fokus utama cerita ini jadi saya suka. Sebab saya bukan nak baca novel cinta.

Setelah dikaji, rupanya penulis cenderung ke arah novel cinta & ini merupakan buku pertama beliau yang saya baca membawa tema yang berbeza. Penulis berjaya membuka mata pembaca untuk tidak memandang serong atau skeptikal terhadap anak-anak yang menghantar ibu ayah menghuni rumah orang tua-tua. Ia adalah tempat untuk bersosial sesama umur, menambah ilmu dan berehat santai. Malah 𝗟𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮 digambarkan sebagai sebuah tempat yang eksklusif dan terurus; jelas sekali kebajikan penghuni sentiasa diutamakan.

Cerita ini turut mengingatkan saya kepada siri 𝗧𝗵𝗲 𝗞𝗮𝗺𝗼𝗴𝗮𝘄𝗮 𝗙𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗲𝘁𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲𝘀 oleh 𝗛𝗶𝘀𝗮𝘀𝗵𝗶 𝗞𝗮𝘀𝗵𝗶𝘄𝗮𝗶, di mana memori silam dihidupkan kembali melalui makanan dan minuman. Menu yang dicipta bukan sekadar hidangan, tetapi medium untuk berdamai dengan takdir, merawat hati, dan menerima masa depan dengan hati terbuka.

Harapnya kita akan ada lebih banyak buku seperti ini utk pasaran tempatan sebab saya pun dah mula muak nak baca Japanese Literature yang membawa tema yang sama. Bila ada sambungan, terpaksa beli. 🙃

🌟🌟🌟🌟
11 reviews1 follower
July 27, 2025
🍔🥨🍰
Rasa Cerita Kita
Penulis : @yumihyra
Penerbit : @bukubookiut
✨4.9/5
(Sebab nak juga kisah Dr Widad)🤣

🌸 “Ada rasa yang tak perlu dijeritkan… cukup disimpan dalam rasa setiap masakan kita"...
📖✨  #RasaCeritaKita”

💌 Apa yang best sangat?

🍝Cerita ni sangat smooth, ada juga momen yang buat hati kau tersentuh.

🍝Rasa Cerita Kita perlahan-lahan membawa pembaca ke dalam kisah setiap penghuni Laman Cinta. 
(Laman Cinta adalah old folks home yang mengubah pandangan manusia bahawa rumah orang-orang tua ni adalah tempat anak-anak dump ibu bapa dan tinggalkan tanpa pesan!)

Ada kisah gembira,
Ada kisah sedih,
Dan ada rasa sesalan...

🍝Pernah terfikir, ada dapur yang magis, boleh bawa kita ke masa lalu hanya dengan makan makanan yang kita request? Yes, inilah bukunya🥹Sentuhan magis!

🍝Watak-watak dia, bukan je realistik, tapi comel dan ada chemistry setiapnya yang buat kita tersenyum sorang-sorang. I love all the characters in this novel, sangat positive!🫶

🍝Bunga (si tukang masak yang masak dengan penuh rasa dari hati) dan Haris (pengasas Laman Cinta yang tak reti hide his feeling!) ni memang ditakdirkan for each other🥹
Hujung-hujung cerita tu, rasa asyik nak menendang angin je🤣
Bila dah habis cerita ni, i was like, please, tak nak keluar dari Laman Cinta😂
I will go and work at Laman Cinta kalau ianya wujud hahaha!

🫶 Mood bila baca ?? 
Macam tengah picnic bawah pokok besar, sambil dengar lagu cinta 90-an.

Bila tutup buku, rasa nak wish supaya dunia sebenar boleh rasa macam dalam cerita ni.

Kalau kau suka cerita yang heartwarming, penuh vibes kisah flash back + nostalgia + a lil' bit magic dan cinta yang tenang tapi dalam, ini buku untuk kau 💕📚
#rasaceritakita
#yumihayra
#bukubookiut
13 reviews
September 20, 2025
terjumpa buku ni dijual di RnR Dengkil, beli dan baca.
berbaloi dengan harga dgn isi buku ni
saya seronok membaca di kala cuti yang panjang, 'escapism' dari dunia kerja yang sibuk.

buku ini mengajar banyak benda. kita selalu rasa kehidupan kita dah cukup tragis dan sedih tapi sebenarnya ada orang lain lagi yang kisah hidup dia sgt sedih.

Bunga yang ceria , yang 'okay' setiap masa tapi simpan kisah hidup yg sgt sedih
Haris yang hampir 'jatuh' tapi diselamatkan dgn sebekas kuih agar agar pandan batik dan 'sticky note' yang comel. Benarlah orang kata kadang kadang "small act of kindness can make a big difference"

suka dgn penulis yang suka ketengahkan watak yang "beauty with brain " . Penat baca bila watak utama yang di ketengahkan hanyalah paras rupa atau kerja mafia ?

babak 'confession' tu macam cringe sangat tapi masih buat saya terjerit jerit dan senyum panjang. lama tak rasa macam ni bila baca buku

paling tak sangka kejadian dalam dapur rahsia tu. rasa macam nak pergi dapur tu dan makan pulut kuning yang nenek selalu buat dgn harapan jumpa nenek

berharap ada rumah seperti Laman Cinta ni .

" When life takes you to the dark, grab the courage to shine like the stars"

ps : mana nak cari agar agar kek batik pandan ni
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
30 reviews
June 15, 2025
Ulasan Buku: Rasa Cerita Kita
Penulis: @yumihyra

“Kadang-kadang, cerita kita tidak disampaikan dengan kata-kata. Ia dirasai… dan dirasai semula, melalui sesuatu yang lebih halus.”
Buku ini bukan sekadar kisah cinta antara dua jiwa, tetapi juga sebuah penghormatan terhadap memori, harapan, dan rasa yang terpendam dalam setiap hidangan dan detik.

Kisah ini mengisahkan pertemuan antara Bunga Elissa, seorang wanita yang percaya bahawa melalui makanan dapat memberikan rasa yang tak dapat dilupakan, dan Haris Hayyan, seorang arkitek yang membina Laman Cinta, rumah orang tua elit yang menyimpan beribu kisah dan rasa. Daripada tawaran pekerjaan yang kelihatan luar biasa —
“Saya sebenarnya nak offer awak untuk bekerja di Laman Cinta.” —
Hingga kepada reaksi spontan Bunga —
“Ini bukan work scam, kan?” — cerita ini segera mengikat pembaca dengan elemen humor dan kejujuran.

Watak Bunga yang bersahaja tetapi berjiwa besar dapat dirasai melalui dialognya yang tulus:
“Kenapa Encik Haris gelak? Mesti first time Encik Haris tengok perempuan cantik melatah kan?”
Ayat ini menunjukkan sisi Bunga Elissa dan penuh warna seorang Bunga Elissa yang walaupun kelihatan ‘hasty’ — “And I think she is a hasty person.” — namun tetap penuh semangat dan keikhlasan.

Lebih menyentuh hati apabila Haris menyampaikan pengharapan dalam diam, melalui kata-kata seperti:
“It’s okay, saya akan tunggu. I am actually pretty good at waiting.”
Ia bukan hanya ungkapan biasa, tetapi menunjukkan kesabaran dan cinta yang mendalam.

Secara keseluruhannya, Rasa Cerita Kita adalah sebuah karya yang mengajak pembaca menyelami kehidupan, cinta, dan kehilangan dalam cara yang paling halus — melalui rasa. Sesuai untuk korang yang sukakan makanan!!!

Kasih sayang yang ikhlas ni takkan pernah berhenti dan takkan pernah habis.

Penilaian: ★★★★★
Boleh dapatkan di reruai @bukubookiut @bukupts Level 4: PWTC dan kedai buku berhampiran andaaa ❤️ #bookstagram #YumiHyra #RasaCeritaKita #bookish #bookiut #pbakl2025 #malaynovel #NovelCinta
Profile Image for Adira Dahlia.
11 reviews
September 11, 2025
4/5🌟

buku ni ringan je. sesuai utk bacaan santai dan menenangkan fikiran takde yg berat² pun. buku ni akan buat you LAPAR!🤣 i craving ayam gepuk because of this book ye HAHAHAH sabo jelah aku.


papepun I suka watak Haris sbb dia tahu apa dia nak and very straightforward. tak complicated. and i suka jugak nama watak Bunga Elissa. done masuk wish nama bakal anak akuu MAUHAHAHHAAH okay tu je baii
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
September 27, 2025
4/5⭐️

Cerita ni sangat comel. Betul laa dengan setiap makanan pilihan kita ada cerita dan memori di sebaliknya: sama ada sedih atau gembira.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.