Hutan Sankala dan Batu Samsara membawa setiap jiwa menyelusuri sebuah legenda masa lalu….
Pada suatu zaman dahulu, wujudnya seorang ratu yang sangat cantik dan anggun. Ratu penjaga Gunung Sankala. Jika ada orang bangsawan yang mahu melamarnya, dia akan meletakkan syarat-syarat yang aneh sehingga mereka berputus asa. Ratu Sankala, sungguh jelita dan berpancasona!
Dan bagaimana jika si Tuan Putera Musang berjanggut bertemu dengan Ratu bersyarat tujuh? Cinta yang hilang kini datang kembali di dalam perbezaan zaman dan waktu. Misteri terungkai dan sejarah terlerai. Kini tiba masanya dongeng menjadi realiti.
Legenda Mahadewi, seorang wanita sakti yang diam di atas Gunung Sankala, berpancasona indah. Bijak dalam segala perihal di dunia ini. Senyumannya seindah betari syurga.
Tengku Mahadi Syahidan atau digelar ‘Ghost’. Perjalanannya untuk masuk ke Sankala bersama isteri dan rakan-rakannya yang lain untuk mencari sebuah ‘batu’, merupakan perjalanan yang sangat mistik.
Segala-galanya di Sankala sangat indah dan misteri. Penuh dengan putaran sejarah yang aneh. Legenda-legenda Melayu yang pernah dibaca mereka di ‘dunia sebenar’, semuanya ada di sini!
Antara misteri dan masa. Antara cinta dan nyawa. Di Sankala, semuanya bagaikan mimpi indah yang melenakan. Manis yang berbahaya. Cinta yang berkelana. Apakah yang akan terjadi kepada Ratu di Gunung, Penjaga Sang Batu dan Raja antara Masa? Legenda yang tidak pernah terpadam aksaranya. Dan semuanya… bagaikan sakti.
Kisah ini mengisahkan Mahadewi, si Ratu Gunung Sankala, seorang ratu abadi dari alam mistik Sankala yang sarat dengan rahsia silam. Cerita bergerak dalam dua garis masa, iaitu zaman legenda yang memaparkan kebangkitan dan pengorbanan Mahadewi sebagai pemerintah, serta zaman moden apabila di mana Tengku Mahadi Shahidan @ Shah seorang manusia biasa yang terheret ke dalam takdir lama dan dunia mistik.
Sepanjang cerita, terungkai asal-usul Mahadewi, dunia Sankala, sumpahan keabadian disebabkan Batu Samsara serta cinta antara Ratu Sankala & Putera Mahadi Shahidan @ Musang Berjanggut.
Manakala zaman moden Shah bersama-sama Qaden, Eva & Mikha mengkaji Kitab Mahadewi & dlm misi mencari Batu Samsara di dunia Sankala. Misi ini hanya boleh dilaksanakan dgn kehadiran Ratu Ratna Mas Nyawa, isteri Shah. Di antara Shah & Ratu keduanya mempunyai kepentingan sendiri. Manakala Mr Lupin pula adalah dalang disetiap misi2 ini.
Mahadewi Legenda Ratu berfungsi sebagai pengenalan dunia dan watak & novel ini berakhir dengan cliffhanger, menandakan kebangkitan konflik dan rahsia besar yang masih belum terjawab.
Mahadewi : Lagenda Raja
Mahadewi: Legenda Raja meneruskan kisah yang tergantung dalam Legenda Ratu. Pengembaraan Shah serta kawan2 nya ke negeri Sankala di mana dunia nyata & ghaib bertemu. Di sini mereka bertemu dgn Mawar Wahyu yg mana merupakan puteri kpd Raja Shah & Ratu Sankala.
Cerita lebih menumpukan kpd kebangkitan kuasa lama dan pendedahan rahsia silam yang mencetuskan konflik antara takdir, cinta & pengorbanan.
Konflik yang semakin gelap menguji hubungan watak-watak utama serta mengancam keseimbangan dunia Sankala dan dunia moden. Siapakah Mr Lupin sebenarnya? Siapakah sebenarnya penjaga Batu Samsara yg menjadi mempunyai kuasa sakti itu?
Klimaks cerita sangat menarik apabila Shah terpaksa melalui tiga ujian yang sama pernah dilalui oleh Putera Musang Berjanggut. Babak ini benar-benar mencetuskan rasa seram dan membuatkan bulu roma meremang.
Watak2 utama dalam novel ini tersgt menyerlah. Kisah cinta Ratu Sankala x Putera Musang Berjanggut mempunyai kekuatannya tersendiri, di mana bait2 cinta yg diungkap oleh Putera Musang tersgt indah, cair beb 🥰 Manakala kisah cinta Shah & Ratu lebih kepada zaman moden punya percintaan. Shah yg dingin berubah menjadi si terpaling romeo.
Plot twist mmg menjadi, sy jangka Mikha Mr Lupin sebenarnya org lain. Mikha punya la duk tangkap cintan dgn Mawar & ayam Mawar & sy boleh tuduh dia - kesian Mikha. Ending cerita sy berpuas hati, bijak betul Mr Lupin ni 🤣
Part paling best dlm cite ni adalah bila watak2 fiksyen seolah-olah hidup, dgn jalan cerita yg unik seperti kisah dongeng yg diputarbelitkan. Si Tanggang yg berkahwin dgn Bawang Merah, Puteri gunung bercinta dgn Musang berjanggut, batu belah batu bertangkup, Dayang Senandung, Puteri Lindungan Bulan, Bujang Lapok & Badang. Gabungan watak-watak legenda yang luar biasa itu membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana plot sehebat itu dapat dihasilkan oleh penulis, mindblowing sgt!
Kesimpulannya, sy adalah penggemar cerita2 lagenda melayu & novel ini boleh dikatakan novel terbaik yg pernah sy baca. Penulis pandai bermain dgn emosi, sedih sgt part Ratu Sankala berjumpa dgn anaknya Mawar Wahyu & semasa kemangkatan Ratu Sankala. Sy menangis smpai sakit kepala 😭😭😭
Aku suka sangat buku ni, Ya Allah best weh baca, dah dua kali aku nangis tau, sedih la part nak dekat akhir tu, pastu Mawar pun aku rasa nak peluk je dia. Terbaik cerita ni bawa hikayat-hikayat lama jadikan plot twist pula tu. Bawang merah pula ada suami tapi bukan dengan putera, Si tanggang pula tak kene sumpah dgn batu tapi kahwin dgn bawang merah, puteri Wanang seri isteri kepada.. ish banyak lagi la hahaha korang kena baca, memang terbaik kisah ni. Main kisah nya pasangan Ratu dan Shah, sweet sangat diorang ni. Tapi part Mikha dan Mawar tak habis lagi, ada sambungan ke atau macam mana? Tergantung sangat ni huhu 😭