Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Macam Aku

Rate this book
NIYARA JANNAH. Takdir membawanya ke lembah yang gelap dan bersangkar. Terkurung kelemasan bersama golongan yang dipanggil sebagai sampah masyarakat. Terlibat dengan najis dadah dengan penuh keterpaksaan. Fikir Niyara, dia tidak akan boleh lari dari sangkar utuh dan kuat itu. Tapi, bila takdir menemukan dia dengan HILAL NABHAN, seorang lelaki asing yang tiba-tiba sahaja ingin menarik dia keluar dari sangkar penuh kegelapan itu, Niyara letakkan sepenuh kepercayaan kepada Han.

"Pegang tangan aku dengan erat! Dan, aku berjanji kepada rumput yang menghijau, gunung yang tinggi, langit yang biru dan laut yang luas, untuk hadirkan satu cahaya dalam kegelapan sangkar hidup kau. Aku berjanji kepada Tuhan yang satu dan seluruh isi bumi yang aku takkan pernah sesekali tinggalkan kau." - HILAL NABHAN

Sumpah Han kedengaran begitu berat. Membuatkan jiwa rapuh Niyara lemas dengan rasa terharu.

"Sepanjang aku hidup, tak pernah ada walau seorang lelaki pun yang ucapkan sumpah berat macam tu pada aku setelah dia tahu tentang masa silam aku. Hanya kau, satu-satunya lelaki yang sudi melamar aku selantang itu." - NIYARA JANNAH

Bahagia. Terdayakah mereka untuk menggapai bahagia bila seorang ibu yang martabatnya terlalu tinggi menjadi halangan?

"Mati hidup balik pun ibu takkan terima perempuan sehina dia untuk jadi menantu ibu! - DATIN AMRA

"Selantang mana pun ibu menghina aku, janji pada aku yang kau takkan balas balik kelantangan bicara kau pada dia. Dia insan pertama yang ajar kau bercakap. Jadi jangan pernah kecewakan dia dengan tingginya suara kau. Jangan toreh luka di hati dia dengan lidah kau." - NIYARA JANNAH

Sukar untuk mereka bersatu. Kerana bukan cuma Datin Amra yang menentang. Tapi, seakan-seakan seluruh dunia cuba memisahkan mereka berdua. Lebih-lebih lagi perempuan bernama SELINA YASMIN. Dari dulu lagi, Selina menaruh harapan dan perasaan kepada Han. Dan Selina langsung tidak dapat menerima bila dirinya kalah dengan perempuan penagih seperti Niyara.

"Perempuan macam kau tak layak untuk Han. Kau tu hanya sampah masyarakat yang hina dan menjijikkan! Buka mata kau besar-besar dan buka telinga kau luas-luas dengan apa yang aku nak cakapkan ni. Kau ingat Han cintakan kau ke? Cuba cerminkan diri kau! Kau tu hanya tempat Han lepaskan hawa nafsu dia je.- SELINA YASMIN

Lemah dan terus menerima kata-kata itu? Itu bukan sikap Niyara. Dalam rapuhnya jiwa Niyara, dia tidak cepat membuat tindakan melulu. Tiada siapa yang dia percaya dalam dunia ini selain Han.

"Aku memang pernah jadi bodoh sebab binasakan badan aku dengan dadah tapi aku tak cukup bodoh untuk percayakan kata-kata kau. Dan kalau betul seperti apa yang kau cakapkan sekalipun, kau takkan dapat gantikan tempat aku di sisi Han. Han takkan pernah cintakan kau macam mana dia cintakan aku." - NIYARA JANNAH

Janji Han untuk mereka sama-sama mengejar Jannah seperti pangkal nama keduanya, Niyara patrikan kukuh di hati. Tapi, bila dugaan hadir dan terus-menerus menguji mereka berdua, seterdaya mana Niyara untuk bertahan? Dunia terlalu kejam kepada mereka. Sangat-sangat kejam sampaikan hati Niyara terdetik ingin mengalah.

"Aku tak pernah masuk campur urusan diorang. Aku hanya ingin berada di dunia aku. Dunia yang hanya ada kita. Aku hanya perlukan kau, untuk menemani setiap langkah aku yang pincang. Aku hanya mahukan kau untuk terus berdiri di samping aku selalu. Kalau bahagia tu betul-betul wujud, kenapa terlalu sukar untuk kita capai bahagia, Han? Perempuan macam aku ni tak layak ke untuk kenal apa itu erti bahagia?" - NIYARA JANNAH

Berjayakah Niyara melawan semua kekejaman dunia dan bersama Han untuk sama-sama mencipta bahagia seperti yang diimpikan?

"Lepaskan aku, Han." - NIYARA JANNAH

"Jangan pernah biarkan mereka hancurkan syurga kita, Niyara." - HILAL NABHAN

Cinta mereka... Akankah selamanya menyatu?

803 pages, ebook

Published December 1, 2022

4 people want to read

About the author

Amy Lucciola

6 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for matchastroberi.
178 reviews29 followers
May 17, 2025
genre — angst, sad romance
trope(s) — stranger to lover, i am broken and he saved me, he fell first and fell harder, green flag hero and heroin, healthy relationship
TW — drugs, sexual assault, sexual abuse, halucination

personal rating; 5/5🌟

📝Niyara Jannah, seorang pejuang yang berusaha untuk tidak kembali ke jalan hitam sebagai seorang penagih dadah. Huluran tangan diberikan oleh Han pada mulanya buat dia skeptikal. Kerana sebelum ini, ada saja yang sudi membantu tapi pengakhirannya pasti mahukan pulangan dari tubuh Niyara. Han tekad ingin membantu Niyara dengan mengikat gadis itu sebagai yang halal di sisinya. Ini sebuah perjalanan yang tak mudah buat dua insan ini.

"𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭, 𝐇𝐚𝐧"

"𝐊𝐚𝐮 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐮."

---

KORANG. KENA. BACA.

plot; sebuah kisah dengan isu yang berat i suka bila baca cerita yang memberi input lagi lagi dengan isu penagih dadah macam ni di mana satu penyampaian yang membuka mata dan tak ramai mampu buat but author did a very great job i must say in love how details the execution, nampak author betul betul study macam mana keadaan seorang penagih and proses mereka untuk pulih. sangat mengayat hati and buat kita sebagai pembaca buka mata untuk tak senang senang judge golongan begini. Penulisan pon sedap gilsss mak lurvee🥰

watak;
Niyara Jannah — i wanna hug and tell her that im so proud of her🥹🤍 i suka watak Niyara sebab dia kuat gila, nak Han tapi mampu ke jadi sekuat Niyara'(( and yess i suka perempuan tahu her self worth. walaupon Niyara ada low self esteem sebab dark past dia tapi dia tak pernah biar diri dia kena pijak. I suka cara dia handle ibu Han and Selina. matang dan tenang. Untuk Niyara di luar sana terus kuat💪🏻

Hilal Nabhan — simp slot untuk Han wehhhhh another hutan belantara yang memang hijau dia out of the world ya allah nak suami macam Han serius ni😭🤏🏻 Han dah masuk carta paling atas dalam suami fiksi saya HAHA kalau nak cerita setiap apa yang Han buat memang takkan habis dekat sini fr😭☝🏻paling comel dia hadiahkan sapu tangan dia sulam sendiri nama wife dia dekat situ. paling i respect his loyalty, patience and martabat yang dia letak toward his wife and his own mom perghh chefkithsss!! words of affirmation Han sangat lah top notch how hes comforting and assure Niyara like shhdhsjsj eii comell setiap kali "isteri aku" "isteri aku kuat" "isteri aku cantik" AIYOOO MELEYOTTT did i mention dia hottt plus kayoo HAHA

they complement each other so much. How healthy their relay i want what they have dò the perfect of definition berbaloi untuk diperjuangkan. Han percaya dan cintakan Niyara dengan seluruh hidup dia and Niyara takkan pernah putus berjuang dengan adanya
Han di sisi dia. the trust they put for each other >>>

for those yang suka straight foward storyline might find this story quite draggy with some repetitive scenes but for me this is a journey. perjalanan penuh dengan duri dan ujian buat seorang Niyara Jannah. realistic proses dia dari awal sehingga akhir. plot twist dia pon wehhh sakittt. cuma i stress akhir tu weh lamanyaaa diorang berpisah cane Han boleh kuat'))

overall, sangat puas hati dan berbaloi. HIGHLY RECOMMENDED tapi Han saya punya!
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
September 21, 2025
4.5/5

finallehh struggle gila nak habiskan😭 tapi berbaloi la dengan segala masa dan emosi aku sepanjang baca ebook ni even cam draggy sikit but still emotional damage. apapun saya enjoy gila baca cerita nii best dan sedap sangat angstnya. ml sehijau hutan, fl strong yang tak lembik even hidup dia menyedihkan. salute kat penulis sebab potray watak niyara ni sebagai watak penagih yang realistik di mana pov dia nak berubah normal tu sangat sangat tak mudah
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.