“Bermusafirlah wahai para pemuda Muslim!” Kebanyakan perbincangan dalam buku “RISALAH PEMUDA MUSLIM” ini, mendukung beberapa tema utama, iaitu pemuda Muslim yang progresif, pemuda sebagai ejen perubah, “politik warga” (citizen politic) yang tidak terikat dengan kerangka politik kepartian (partisan politik) yang lazimnya dianuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia, pemugaran fikrah yang kritis dan analitikal serta meraikan tajdid dan islah. Penulis membawa para pembaca meneroka gaya pemikiran beliau, sebagai seorang Islam yang versatile (serba boleh), berjiwa merdeka, berfikiran terbuka, bersikap progresif dan bermentaliti kritikal.
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Dibahagikan kepada enam bahagian iaitu worldview Islam, tajdid dan umat Islam, pemulihan dan perubahan, politik dan perubahan, pemuda dan gerakan Islam dan titipan nasihat untuk anak muda. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada topik-topik kecil.
Sejujurnya kandungannya berat. Level penulisan ini belum sampai lagi dengan tahap pemikiran saya yang masih berada di tahap rendah. Banyak sekali konsep yang digunakan yang mungkin relatable untuk pelajar fiqh dan politik seperti tajdid, fiqah al-ikhtilaf, islah . Selaku bekas pelajar UIA, saya ingat definisi sahaja. Bila penulis go deeper, saya rasa begitu asing sekali dan rasa disconnected. Oleh itu, ia memerlukan saya 16 hari untuk habis. Tak boleh nak fokus dan baca waktu malam atau waktu rehat kerana isi kandungan memaksa otak untuk bekerja dengan lebih keras.
Buku ini mungkin sesuai untuk pelajar politik, calon PhD atau seseorang yang suka berfalsafah. Buku ini bukan level pemuda Malaysia yang dari golongan kebanyakan dan ada tugas hakiki seperti saya (ibu, guru) kerana, "Dah la penat fikir pasal kerja dan uruskan keluarga, kena perah otak pula untuk fahamkan isi kandungan buku ini."
Buku ini bagus, tapi bukan level saya. Mungkin boleh dipendekkan dan dimudahkan.
Berkisar tentang politik. Sesuai untuk newbie yang baru nak baca, dedahkan diri mengenai politik dalam kerangka lebih luas. Juga diselitkan pandangan dan pemerhatian penulis mengenai idea negara demokrasi yang menjadi pegangan gerakan-gerakan Islam perdana seluruh dunia.
I wished I had read it when I was younger, however said so the take on the aspiration of youth needs to be guided- pray tell, who in the right mind will read such book at an early age? Well Maybe the likes of the author himself, he has a clear direction of moral and ethics that could gauge the nation if we let him. I have maybe lost some valuable time but here I am with children, perhaps this would be a guiding light, and a reminder that all's not lost. We will reclaim good governance and rule of law, even if it starts with the smallest economic unit recognised in Islamic system: the family.
Sebenarnya saya kurang berminat dgn cover dan tajuk buku ini. Namun disebabkan penulisnya Dr Maszlee Malik, saya tetap ingin membacanya. Ternyata isinya sangat bernas dan bagus sekali. Saya suka kerana Dr bukan sahaja mengambil rujukan drpd Quran, Sunnah dan Ulama Islam sahaja tp juga diselitkan dgn pelbagai rujukan drpd Academician barat juga. Tahniah Dr!
Secara komprehensif, buku ini membincangkan mengenai peranan pemuda Islam dan apa yang perlu mereka utamakan. Terlalu banyak huraiannya sehingga aku meyakini buku ini, buku silibus universiti, padahal ia adalah sebuah buku yang menjual gaya pemikiran penulis.
Buku ini membicarakan soal sudut pandang Islam pada permulaanya. Kemudian, soal agama dari sudut Fiqh. Disusuli dengan politik dan peranan pemuda Islam. Ruang bagi sejarah juga tidak dilupakan penulis. Pada bahagian akhirnya, penulis menitip nasihat yang berguna untuk pemuda.
Kisah Sancho Panza dan kisah Jesus dan Judas dalam lukisan The Last Supper karya Da Vinci amatlah menarik bagi pembaca untuk menghayati kisahnya. Dan dua kisah ini seeloknya diambil pengajaran buat para pembaca.
Sebelum lupa, buku ini juga menekankan tanggungjawab para intelek untuk memimpin masyarakat bersama-sama – keluar dari zon kejahilan dan kejumudan.
Bagi aku buku ini perlu dibuat rujukan akan datang dan kemudian hari kerana input-inputnya yang padat dan penuh dengan kata-kata cendiakawan – memerlukan pengulangan pembacaan oleh kerana tidak semua buah fikir penulis dapat dicerna dengan sempurna. Ada idea yang dibawa oleh penulis memerlukan pemahaman yang baik dari seorang pembaca.
Hal ini kerana pembaca perlu meluaskan pembacaan supaya terma-terma yang dikupas oleh penulis dapat dihadam dengan baik.
Kesimpulannya, bagi pelajar jurusan agama, buku ini sewajarnya menjadi salah satu daripada senarai pembacaan tahunan(kamu sedia maklum dengan apa yang aku tulis di atas tadi). Bagi yang di luar bidang keagamaan , aku mengalu-alukan semua untuk membaca buku ini. Aku yakin ada sesuatu yang penulis hendak sampaikan pada semua.
Itu perkara pertama yang terlintas pada fikiran saya saat membaca buku ini. Semangat orang muda yang diiringi dengan hikmah orang tua.
Buku ini merungkai satu per satu pesanan untuk anak muda, yang akan menjadi para pejuang Islam dan peneraju perubahan dalam negara kita sendiri berpandukan ajaran Islam yang sebenar dan keperluan yang lebih diutamakan dalam pentadbiran dan kemajuan sesebuah negara.
Pemuda, yang banyak meluangkan masa mengembara dan melihat dunia, yang menjadi tunjang harapan bangsa untuk membawa balik hikmah yang telah hilang dari diri mukmin.
Dr Maszlee, sebagai yang lebih berpengalaman, menyusun satu demi satu asas yang perlu sebati dalam jiwa pemuda sebagai syarat perubahan.
Pertama, melihat Islam secara menyeluruh, as total, as our world, sebelum topik kedua yang menyentuh ‘pembaharuan’ niat kita dalam membawa kebaikan. Tajdid. Mengembalikan semula sesuatu kepada kejadian asalnya. Kembali kepada fitrah, set our heart as how we set it before sebelum futur that. Di mana dengan jiwa dan minda tajdid, pemuda memimpin dan membawa diri mereka ke hadapan untuk meneraju arus perubahan. Sebagaimana kesedaran Sheikh Ahmad Yassin bahawa politik itu penting dalam perubahan setempat, dan menjadi pendokong jemaah gerakan Islam adalah jalannya. Dan sudah tentulah dalam kobar anak muda dalam melakukan penambahbaikan secara masyarakat besar, hikmah orang lama yang perlu sarat dengan nasihat perlu untuk memimpin mereka supaya tidak melampaui batas tanpa mereka sedari.
Sebenarnya buku wajib untuk mahasiswa, serta kita para pemuda dan pemudi yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Karya seperti ini harus dijadikan sumber inspirasi bagi semua mahasiswa Islam dalam negara kita. Walaupun bagi saya gaya penulisannya agak berat untuk dihadam , akan tetapi para pembaca lama kelamaan akan terbiasa dengan mesej penyampaian setiap ayat yang dikarang.
Penulis juga bijak menghuraikan kepentingan berpolitik serta mengubah stigma masyarakat mengenai perkataan ‘Politik’ itu sendiri . Kini saya juga lebih faham akan kepentingan politik dalam menjadikan diri kita sebagai khalifah terbaik di muka bumi ini.
Selain itu , banyak perkataan dan istilah baharu yang saya peroleh dalam pembacaan kali ini . Di penghujung buku ini diselitkan ruang ‘glosari’ untuk mendefinisikan setiap perkataan tersebut untuk kemudahan para pembaca.
Akan tetapi , terdapat sedikit kesilapan yang boleh diperbaiki dalam buku ini . Antaranya pengulangan ayat atau sesuatu perenggan yang kelihatan jelas sekali berulang untuk mengaitkan dengan suatu bab yang baharu . Semoga perkara ini dititikberatkan bagi menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan terbaik pada masa akan datang.
Buku yang sangat baik. Secara personal, saya suka baca buku ini berkali2, supaya ayat2 di dalamnya sebati dalam minda dan hati. Memberi semangat dan petunjuk untuk menjadi muslim yang lebih baik dan menyebarkan mesej Islam adalah rahmatan lil 'alamin.
This books bridges on what it is like to be a Muslim in this century that is at least versed about politics and how we can contribute in our own meaningful ways. <3
Saya sering tertanya-tanya, buku apakah yang perlu dibaca oleh seorang pendokong gerakan Islam di kampus untuk memahami realiti dunia, dalam masa yang sama kekal dengan prinsip seorang muslim?
Buku ini sedikit-sebanyak menjawab persoalan saya. Ia mendukung beberapa tema, iaitu:
- Pemuda muslim yang progresif - Pemuda sebagai ejen perubahan - Politik warga (citizen politic) yang tidak terikat dengan kerangka politik kepartian (partisan politic) yang lazimnya dianuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia - Pemugaran fikrah yang kritis dan analitikal - Meraikan tajdid dan islah
Pada bahagian pertama buku ini, penulis menghuraikan tentang pandangan sarwa (worldview) Islam yang menjadi perkara pokok kepada setiap muslim dalam kehidupan. Mendalami Islam dari sudut tauhid, ibadat dan akhlak adalah asas kehidupan seorang muslim. Tidak dinafikan individu muslim adalah maratib yang sangat penting sebelum melangkah ke maratib-maratib yang seterusnya.
Bahagian seterusnya penulis mengemukakan idea tajdid (pembaharuan) dalam kalangan umat Islam. Adalah penting seorang muslim untuk memahami bahawa tajdid dari sudut Islam tidaklah sama dengan reform dari sudut pandangan barat. Kesimpulan yang dibuat penulis, tajdid ialah satu proses pembaikan ataupun satu perubahan yang bertujuan membawa kehidupan kembali kepada keaslian Islam yang utuh. Maksudnya, tajdid ialah berkaitan usaha mengembalikan sikap dan pengamatan umat Islam kepada ajaran Islam itu sendiri dan bukannya menggantikan Islam dengan ajaran baharu kerana tidak sesuai dengan zaman (Mengikut pemahaman barat, reform lebih membawa unsur membuang segala yang lama dan menggantikan dengan sesuatu yang baru.)
Bahagian Pemuda dan Perubahan menerangkan peranan seorang pemuda muslim dalam menjadi agen perubahan/ tajdid. Pembaca didedahkan dengan kepentingan untuk terjun dalam lapangan masyarakat kerana politik dan keterlibatan politik adalah satu kewajipan bagi setiap insan (tidak semestinya politik kepartian tetapi yang lebih penting ialah politik warga/ citizen politik). Peranan intelektual juga penting bagi mencorak pemikiran masyarakat.
Perbincangan dilanjutkan kepada bab Politik dan Perubahan, kemudian bab Pemuda dan Gerakan Islam, bab-bab terakhir yang saya gemari dalam buku ini. Perbincangan dalam kedua-dua bab ini memberi pencerahan khususnya kepada pendokong gerakan Islam dalam menghadapi realiti semasa. Penulis banyak mengetengahkan idea Rachid al Ghannouchi dalam pembangunan sesebuah negara. Sedikit sebanyak otak ini 'bekerja' untuk 'agree to disagree.'
Bab terakhir saya kira adalah rumusan terhadap beberapa perkara yang lebih kepada pembinaan individu muslim yang hebat.
Saya kira artikel-artikel yang ada dalam buku ini sudah ditulis beberapa tahun lepas tetapi disusun cantik dalam satu buku yang jelas objektifnya. Biarlah kita berbeza pandangan dengan penulis, tetapi perlu juga untuk kita kutip ilmu dan pengalaman yang ada padanya sebagai bekalan menghadapi hari-hari akan datang. Terima kasih buat sahabat yang mencadangkan bacaan ini.
Buku Risalah Pemuda Muslim mengandungi perbincangan tentang beberapa tema utama yang relevan bagi pemuda Muslim masa kini, termasuk menjadi pemuda yang progresif, ejen perubahan, dan pentingnya memahami politik warga yang tidak terikat kepada politik kepartian. Penulis mengajak pembaca untuk meneroka gaya pemikiran yang terbuka, progresif, dan kritikal.
Bahagian pertama buku menerangkan tentang pandangan hidup Islam yang menjadi asas kepada kehidupan seorang Muslim, termasuk aspek tauhid, ibadat, dan akhlak. Penulis menekankan bahawa individu Muslim harus memahami tajdid sebagai proses pembaharuan yang bertujuan mengembalikan pengamalan Islam ke jalan yang benar, tanpa menggantikan ajaran asal dengan yang baru.
Dalam bahagian seterusnya, penulis membincangkan peranan pemuda sebagai agen perubahan, menyeru mereka untuk aktif dalam masyarakat dan politik, tanpa terikat kepada politik kepartian. Bab-bab mengenai politik dan perubahan serta pemuda dan gerakan Islam memberikan pencerahan yang berguna kepada pendokong gerakan Islam dalam menghadapi cabaran semasa.
Kesimpulan buku memberi fokus kepada pembinaan individu Muslim yang berkualiti, dengan harapan bahawa walaupun pembaca mungkin mempunyai perbezaan pandangan dengan penulis, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan tetap menjadi bekalan untuk menghadapi masa depan. Buku ini adalah sumber yang berguna untuk pemuda Muslim yang ingin memahami tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan peranan mereka sebagai agen perubahan.