Jump to ratings and reviews
Rate this book

Malaysia Sesudah Kiamat

Rate this book
Malaysia masa hadapan bukan lagi seperti yang kita kenal. Dunia telah pun musnah—atau itulah yang dipercayai oleh sisa-sisa manusia yang masih bertahan. Hampir seluruh populasi telah berubah menjadi zombi yang hauskan darah akibat wabak misteri yang tak terbendung. Dalam kekacauan itu, satu lagi petanda kiamat muncul: salji mula turun di tengah-tengah Kuala Lumpur, menandakan permulaan Zaman Ais Kedua.

Namun, harapan belum sepenuhnya padam.
A700, satu-satunya manusia yang kebal terhadap virus pembawa maut, merupakan subjek rahsia hasil kajian kerajaan. Dalam tubuhnya tersembunyi rahsia yang mampu menyelamatkan umat manusia… atau menghapuskan semuanya.

Demi menjamin kelangsungan hidup manusia, sekumpulan tentera upahan yang menggelar diri mereka The Patriots ditugaskan untuk mengiringi A700 menempuh perjalanan berbahaya merentasi tanah air yang telah hancur. Dari kota-kota mati hingga ke hutan liar yang dipenuhi makhluk yang sudah dijangkiti, mereka bertarung bukan sekadar untuk bertahan—tetapi untuk menangguhkan kiamat yang mungkin sudah terlalu hampir.

528 pages, Paperback

Published May 23, 2025

5 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (31%)
4 stars
9 (56%)
3 stars
2 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Zaid.
3 reviews
July 19, 2025
Alhamdulillah. Aku baru saja selesai baca instalment terbaru dalam Helmi Effendy Universe, Malaysia Sesudah Kiamat (MSK) yang terbit pada PBAKL baru-baru ni. MSK kalau ikut garis masa HE universe, dia disepit di antara Klimaks (2017) sebagai prequel dan alternate ending Dari Alam Lain (2015) sebagai sequel. Dan of course, walaupun tak berkait secara langsung sebagai siri, itulah keunikan HE yang berjaya satukan karya-karya dia di bawah payung universe yang sama ala-ala Stephen King punya universe. Aku dah follow HE universe ni dari 2019 lagi, jadi boleh kata aku agak ‘nerd’ dan enlightened dengan event-event yang berlaku. So here we go, review untuk MSK.

Dari sudut teknikal, bagi aku MSK merupakan nafas segar kepada novel-novel bergenre zombi yang ditulis HE selepas Klimaks (2017) dan Epidemik-T (2013). Sepertimana Terhempasnya Pesawat MH747 (2022) yang merupakan soft reboot The Lost World (2014), head canon aku MSK ni adalah soft reboot Klimaks yang HE cuba tulis lepas dah cukup pengalaman menulis. Dan semestinya, HE dalam MSK (sepertimana karya-karya dia pasca Dari Alam Lain) dah cukup teknikaliti kematangan membuatkan susah untuk aku jumpa penulisan yang lewah atau lemah yang buat aku tutup buku. MSK bawa satu pace pembacaan yang sangat-sangat pantas, sesuai dengan genre post-apokalips yang tentunya konflik bertalu-talu menimpa watak. Dan jujur kata, pace ni membantu aku habiskan MSK dalam tempoh dua sitting sahaja biarpun jumpah mukasurat sebanyak hampir 550 muka.

Dari sudut penceritaan pulak, MSK memperkenalkan kita dengan kumpulan mercenaries The Patriots dengan misi jejak kasih menemukan lelaki yang kebal dengan Virus Tyran (virus zombi yang menjangkiti dan membunuh 90% populasi dunia) dengan seorang saintis yang mampu extract vaksin dari darah lelaki tu. Jadi setiap konflik sepanjang penceritaan adalah konflik yang berlaku sepanjang misi tu berlangsung. Bagi aku kekuatan terbesar penceritaan MSK adalah world building. Kita disajikan dengan tempat-tempat ikonik Malaysia sebagai latar tempat dan juga pelbagai spesis zombi yang jadi cabaran The Patriots. Namun tak lama kemudian kita jugak didedahkan dengan hierarki kuasa di antara faksi-faksi yang wujud di Malaysia waktu zaman apokalips tu.

Keunikan penceritaan macam ni bagi aku ialah macam mana cepatnya fokus pembaca berubah dari memandang zombi sebagai ancaman kepada memandang manusia lain sebagai ancaman. Zombi yang sebenarnya satu elemen besar dalam world building novel ni perlahan-lahan jadi hanya satu tema kecil. Dekat sini aku mula sedar, MSK ada scope penceritaan yang lagi besar berbanding lawan zombi. Sewaktu dunia dah bertahun dilanda wabak zombi dan manusia dan mula capai survival dan bina koloni peradaban, pemilihan konflik politik kuasa (contohnya antara shafrizal dan khairy) sebagai tema bagi aku sebenarnya pilihan yang bijak. Dekat sini kita didedahkan dengan kekejaman manusia, yang ada kuasa memilih untuk berbuat jahat berbanding zombi yang tak ada nawaitu. Koloni atau tribe-tribe manusia ni jugak bagi aku nampak macam satu homage kepada kehancuran ketamadunan dan rebuilding yang berlaku sbb tamadun manusia ibarat start semula dari zero.

Tapi MSK juga tak terlepas dengan kelemahan yang buat aku rasa mengurangkan pengalaman membaca. Pertamanya aku perasan redundancy dalam watak yang wujud. Bukan novel HE lah kalau kau tak disaji dengan banyak watak, aku maklum tentang tu. Tapi wujud redundancy dalam watak-watak utama MSK membuatkan aku rasa kurang connection sebagai pembaca. Mercenaries dalam The Patriots yang asalnya terlihat sebagai misfits dalam satu kapal yang sama sebenarnya hanyalah parallel antara satu sama lain. Qisteena dan Gulam hilang family. Ben dan Reen sama background dan lari dari koloni sama-sama. Shakila dan Aidi hilang orang tersayang. Background berulang macam ni mengurangkan depth dan individuality pada watak. Membuatkan instead of aku layan diorang sebagai watak berlainan dengan emosi dan perkembangan berlainan kepada orang yang sama yang tak lebih sekadar watak. Lepastu watak macam Ammar dan Rick pulak disia-siakan dengan kurang perkembangan. Lagi-lagi bila berjumpa Maniac dan memori yang disajikan adalah memori yang bagi aku less important dan tak memberi kesan. Watak yang ada perkembangan baik bagi aku antaranya A700, Azzmel dan Aidi (walaupun sama background dengan Shakila tapi orang dia sayang betul-betul mati). Benda ni berbeza dengan novel Dirgahayu (2020) yang juga bawa trope misfits dalam satu group yang sama. Setiap watak dalam Dirgahayu ada depth dan individuality tersendiri yang buat aku terkesan dengan watak, menjadikan ending bittersweet novel tu buat air mata jantan menitik. Berbeza dengan ending MSK yang kurang umph pada aku.

Kelemahan lain pulak aku rasa adalah penceritaan rushed bermula pada pertengahan cerita sewaktu arc Zoo Taiping. Arc ni disajikan dengan konflik yang bagi aku berulang antara pecahan pasangan watak-watak sebelum dapat akses ke villain’s lair. Tapi bila akses diterima, babak yang disajikan anticlimax dan berlaku dekat background atau dalam istilah filem, offscreen. Pilihan untuk berlawan dengan zombi haiwan di Zoo Taiping jugak dah mensia-siakan peluang untuk explore tribe kanibal yang wujud dekat zaman tu. Dan sebagai pembaca The Lost World dan Terhempasnya Pesawat MH747, another animal fighting terasa ibarat trope yang dikitar semula dari dua novel ni. Bila saja konflik Zoo Taiping tamat, kita didedahkan secara rasmi dengan political game antara revolusi Shafrizal dan dictatorship Khairy. Untuk pertama kalinya watak-watak yang kita ikut perjalanannya dari awal novel ada role yang besar dekat dunia. Tapi perkembangan watak-watak macam Shafrizal dan Aqila yang bawa peranan penting tidak ditulis dengan baik. Dan disebabkan tu, bila kita ditunjuk dengan babak Shafrizal membunuh sultan-sultan melayu dan menteri, kurang terasa impaknya sebab kita tak tahu perwatakan shafrizal yang sebenar melainkan ikon revolusi yang bagi aku sangat bersifat satu dimensi. Berbeza dengan babak sama yang dibuat Khairul Anuar dalam Terhempasnya Pesawat MH747, babak tu betul-betul bagi goosebumps pada pembaca. Disebabkan kurang exploration watak juga, tindak tanduk shafrizal selepas tu (yang menjadi nadi pada arc tersebut) kurang kesan pada pembaca dan menjadikan penceritaan agak lemah. Dengan peluang untuk explore lebih banyak watak dan konflik, MSK bagi aku sewajarnya ada dalam lingkungan 700-800 muka surat.

Walaupun tak dapat top dua karya sebelumnya iaitu Dirgahayu dan Terhempasnya Pesawat MH747, MSK masih lagi satu karya yang bagus dan enjoyable dalam HE universe terumatanya sebab dapat beri context tentang apa yang berlaku sebelum Klimaks dan scope cerita yang lebih meluas. Rating aku buat novel ni ialah 8.5/10. Khalas.

#ReviewBukuMahakarya
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aira Zira.
106 reviews2 followers
August 7, 2025
Tengok tajuk je mesti rasa wow. Kiamat apa agak2nya yg melanda Malaysia tu? So basically novel ni berkaitan dgn zombi. Cuma yg menariknya kita takkan dikejar zombi sepanjang masa. Banyak konflik lain yg berlaku plus negara ketika ini tgh dilanda musim salji. Once dah start baca, adrenalin korang takkan relaks guys.

Kita akan bersama dgn The Patriots yg terdiri daripada mereka yg hebat dgn kemahiran masing2. Membawa A700 yg dikatakan kebal virus zombi untuk berjumpa dgn seorang saintis bagi menghasilkan penawar. Ekspedisi yg tak mudah dan perlu melalui beberapa hal yg menarik dan ekstrem.

Zombi dalam novel ni pun dikategorikan beberapa jenis zombi yg menjadikan cerita menarik. Mereka juga akan terdampar di beberapa tempat dgn cabaran dan situasi yg berbeza. Setiap halangan mereka mmg berjaya buat kita rasa saspen dan gerun. Ditambah dgn kisah masing2 yg akan bermain dgn emosi kita pula.

Jalan cerita yg kemas. Setiap situasi diterangkan penulis dgn terperinci dan mudah dibaca. Walau kadang ada yg saya tak faham tapi tetap tak mengganggu pembacaan. Cerita ni memang padat dan setiap muka surat tu penting tanpa rasa buang masa. Saya tak pernah minat cerita zombi tapi buku ni memang ada kelainannya. Sgt sarankan buat peminat sci-fi thriller.
2 reviews
October 12, 2025
honestly this is my first time reading the fiction genre's novel and jujur saya cakap saya sgtlah amaze dgn novel ni. Plot dia sgtlah best nak mati from the begining to the end and i really enjoyed every scenes sepanjang baca novel ni .my personal opinian yg sgt sukakan dystopian movie, this novel its kinda giving like series 'the walking dead' and also mcm ada sikit2 vibes movie 'maze runner' (sbb bagi saya maybe kt part yg org2 politik yang sgt selfish dalam citer ni). scene yg paling best and menarik adalah masa group patriots ni pergi ke genting and also masa dorang kt zoo taiping ( kalau nak tahu korang kena baca). and for the ending, ending dia saya puas hati but for my fav characters dalam tu,saya sedikit sebanyak tak boleh move on ye fav characters saya jadi begitu😔... anyways for you guys yang suka baca novel2 yg genre survival, diluar kotak dan tak membosankan, korang mmg patut baca novel ni and i really really really recommended it.


(my personal request dari hati boleh tak buat sambungan novel ni😔...sbb nak tahu sgt apa jadi kt A700 and apa yg terjadi lepas si shafrizal tu dah ambil alih kerajaan...sbb based on ending nampaknya mcm si syafrizal tu 2x5 je dgn perdana menteri khairy tu)
Profile Image for Amirah Abu.
5 reviews
December 29, 2025
Bila baca novel ni baru perasan ia prekuel kepada novel 'Klimaks' yang saya baca lama dulu. Jadi kena selak balik ending sebab lupa dah apa jadi. Bagi saya, novel kali ni paling lovey-dovey daripada HE. Jalan penceritaan macam biasa menarik dan page-turner. Cuma, bagi saya arc awal (spoiler alert) dengan Maniac macam terlalu lama. Part paling saya suka ketika di train tunnel dan politik antara kerajaan kuku besi dan pemberontak pada zaman ais tu.

Storytelling pun dah nampak penambaikan daripada novel HE yang lepas MH737 yang fast-pacing. Saya suka bila penulis jadi lebih descriptive explain detail-detail sesuatu babak tu supaya pembaca dapat visualize kan situasi tu.

Rating 3.5/5
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
June 3, 2025
4.8
Kalau buku dari Mahakarya tak pernah mengecewakan. Superb.
Dan saya sangat suka dengan gaya cerita penulis. Sedap je nak baca dari awal sampai habis.
Cuma buku ni agak tebal sebab setiap watak ada cerita sendiri lepas tu ada ulang siaran tak sampai dua muka surat.
Dan kenapa kejap ada penggunaan 'saya-awak' lepas tu 'aku-kau'.
Dan sangat tak puas hati dengan ending/ *cekik leher*
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.