“Sejarah manusia adalah sejarah adikuasa.” Sejak awal peradaban, dunia sentiasa menyaksikan kemunculan dan kejatuhan adikuasa, iaitu negara-negara yang mendominasi politik dunia.
Dari Rom pada abad pertama, Khilafah Islam pada abad ke-7, Mongol pada abad ke-13, Uthmaniyah pada abad ke-15, Portugal dan Sepanyol pada abad ke-16, Belanda pada abad ke-17, Perancis pada abad ke-18, Britain pada abad ke-19, hingga ke Amerika Syarikat pada hari ini; setiap era mempunyai adikuasanya.
Dengan kekuatan ketenteraan, ekonomi dan budaya, mereka bukan sahaja menguasai wilayah, tetapi juga mencorakkan politik dunia, membentuk sistem ekonomi dan menyebarkan ideologi yang terus berakar hingga kini.
Namun, tiada adikuasa yang kekal selama-lamanya. Amerika Syarikat kini menghadapi kemerosotan, manakala kuasa baharu seperti China semakin mencabar dominasi globalnya.
Adakah kita sedang menyaksikan lahirnya orde dunia yang baharu? Atau mungkinkah persaingan ini akan membawa kepada perang dunia seterusnya?
Buku ini membawa pembaca merentas masa untuk meneliti sejarah 17 buah negara adikuasa yang pernah mendominasi dunia. Dengan memahami punca kebangkitan dan kejatuhan mereka, kita bukan sahaja dapat melihat corak sejarah yang berulang, tetapi juga meramalkan hala tuju masa depan.
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Adikuasa (Superpower) deserves to be regarded as a class of its own, owing to the grand scope it covers, the clarity of its analysis, and the real-world impact generated by the author’s original theory on the actualization of power.
Do not let the 600 pages daunt you. The first 400 pages provide a sweeping historical survey of superpowers—from their first energetic conception in the Fertile Crescent to what may be the closing act of the superpower of our day: the United States of America. The book is enriched with a generous amount of helpful maps and figures, making the narration remarkably engaging. The author’s decision to pair (and occasionally group in threes) contemporary superpowers within each chapter proves especially helpful in guiding the reader through 6,000 years of history.
The heart of the book lies in Chapter 15, where the author formulates his own model for determining the maximum potential extent of a nation. The theory suggests that a nation or civilization reaches superpower status when it is adept at harnessing its internal potential—such as population, economy, and military strength—through four mediating factors.
These four mediating factors are: the right place (geopolitic), the right people (demopolitic), the right time (kairopolitic), and the right institution (kratopolitik). The last factor is not about whether a political system is democratic, monarchic, or authoritarian, but whether the institutions are “right” in the sense of being effective and adaptive. History shows that superpowers can emerge under various regimes—from the authoritarian empires of antiquity to the British monarchy to modern democracies like the United States.
I cannot recommend this book highly enough to any student or enthusiast of history. Regardless of one’s prior knowledge, even a common reader like myself can follow the thrust of the argument thanks to the book’s lucid flow and coherent chapter progression.
Aku boleh katakan ini adalah buku terbaik tulisan Ayman Rashdan Wong.
Memenuhi citarasa aku dari segi cara penyampaian, topik yang dibincangkan dan cara setiap bab disusun.
Aku sangat suka bagaimana buku ini menceritakan sejarah turun naik adikuasa dengan perkaitan dan sambungan dari satu adikuasa ke adikuasa seterusnya. Seolah-olah seperti membaca sebuah buku cerita yang bersambung.
Selama ini aku sukar nak nampak bagaimana satu kuasa berkait dengan kuasa seterusnya. Kalau aku baca tentang satu-satu kuasa, ia seolah-olah seperti membaca sejarah yang 'standalone'.
Tetapi selepas membaca buku ini, barulah aku nampak dengan jelas bagaimana naik turun satu-satu kuasa itu dipengaruhi oleh pelbagai kuasa sezaman dengannya, dan bagaimana kejatuhan satu-satu adikuasa menyediakan tapak untuk adikuasa seterusnya.
Membaca buku ini seperti membawa kita berlayar dari awal kemunculan empayar besar sehingga ke zaman moden kini, 700 halaman dihidangkan untuk pembaca dengan setiap halaman sarat dengan pengetahuan dan maklumat yang baru. Setelah selesai membaca karya ini, pandangan terhadap apa yang berlaku pada zaman kini lebih tercerahkan.