Kata Hajah Rokiah kepada Muslim, “Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan diri orang lain.” Balas Muslim pula, “Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni.” Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. “Kahwin atau turun pangkat!”
Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin Otai. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, “Okey! Saya setuju kahwin dengan dia.” Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.
Penangan cinta Zara buat Muslim jadi angau. Lalu masalah itu dirujuk lagi kepada Sudin. Sudin beri kepada Muslim sekeping kertas yang bertulis 10 cara-cara memikat perempuan.
“Kau yakin semua cara ni menjadi? Kau tak tipu aku?” “Pernah ke kau tengok aku kena reject dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Ha… itulah rahsianya. Jadi, kalau kau nak pikat Zara, kau guna semua cara tu. Aku jamin kau pasti akan berjaya dengan cemerlang. Percayalah cakap aku.”
Lalu, dengan 10 cara itu, bermulalah acara Muslim memikat Zara. Walaupun Zara meluat dengannya, namun dia tak berputus asa kerana dia hanya nak Zara seorang sahaja kahwin dengannya.
sy dh lama habis baca cerita ni. cerita yg menarik. cuma sy sakit hati dengan watak zara yg mana tak mahu berterus terang bila dah suka muslim. cik writer mmg pandai membuat cerita yg berunsur lawak begini. andainya sesetangah org jatuh cinta dengan hero... sy pula akan jatuh cinta dgn watak sudin. bg sy, sudin mmg owesome!!! terbaik!!! susah juga ya nak dapat sahabat seperti sudin tu. dah la perasan, kelakar pula tu. semangat setia kawan antara sudin & muslim buat sy tertarik. congrats miss writer sbb berjaya buat sy tertawa sepanjang membaca karya anda. kipiddap!!!
Hrmmm... Everything is okay... Romantik & super sweet overdose... Tp bila mai part balik cuti dr kampung, pergh!! Terus stress tahap petala.. Ntah pa pe jer. Tahulah sakit, tp emo tue yg x menahan. Jahat tau!! Sib baek org tue dah syg, kalu x kelaut la hah... Ngeeee
Sebuah naskhah berunsur romantik komedi yang agak menarik mengisahkan Harith Muslim yang sanggup bayar 50 ribu Ringgit untuk dapatkan khidmat Peon Sdn Berhad asal tak payah kahwin dengan calon isteri pilihan Hajah Rokiah. Zara Zafira hanyalah seorang kerani. Apabila Encik Peon perlukan Zara untuk menyamar jadi kekasih Muslim, Zara terpaksa tanpa rela demi menyelamatkan syarikat Encik Peon yang hampir bankrap itu. Banyak bab lucu antara Muslim dan Zara. Begitu juga bab kelakar Sudin Otai, kawan baik Muslim. Saya puji jalinan persahabatan mereka walaupun Sudin hanya seorang penghantar surat dan Muslim ialah cucu Hajah Rokiah yang kaya. Bak kata Muslim, harta neneknya 10 keturunan pun tak akan habis. Keseluruhan jalan cerita cukup menghiburkan walaupun dengan pendokong watak yang tak banyak. Cuma ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan. Plot pun tak berat dengan watak antagonis Azam, kawan serumah Sudin yang cuba meraih cinta Zara banyak menyokong dengan jalan cerita.