Sewaktu Nur Ayra bersetuju untuk menjaga anak saudaranya sepanjang kakak dan abang iparnya menunaikan haji, dia langsung tidak menyangka perkara itu bakal mengubah hidupnya.
Kalau bukan kerana Nur Imanina dan plastisin, mungkin hidup Ayra di kampung itu tenang sahaja tanpa perlu melalui insiden yang memalukan di Kedai Runcit Pak Mat!
“Jangan risau. Saya takkan bagi tahu Sir Hero tu awak dah kutuk dia. Because you just did it yourself.” – Ahmad Khairul
Pertemuan pertama Ayra dengan guru Sains itu mungkin memalukan tapi... siapa kesah? Mereka punya minat yang sama kut!
“Is that a book?” – Nur Ayra
Daripada sekadar berkongsi minat akhirnya masing masing berkongsi rasa. Cuma... hidup sentiasa ada cara tersendiri untuk memberi kejutan.
“Keluarga awak lebih perlukan awak, Ayra. Imani lebih perlukan awak.” – Ahmad Khairul
Antara rasa dan tanggungjawab, yang mana harus Ayra dan Khairul utamakan? Dan apabila mereka tidak lagi berada pada halaman yang sama, mungkinkah ada lagi peluang untuk mereka apabila bertemu pada bab kehidupan yang seterusnya?
Cinta itu luar biasa apabila mereka tak saling berjumpa, tak saling memiliki, tapi masih saling mendoakan.
***
Suka Buku Suka Kamu, kisah tentang kehilangan dan pengorbanan yang ditulis dengan rasa yang mendamaikan. Moga pembaca juga dapat merasainya. – Habib, Editor
Seriously? What did I just read. Joy mulakan dengan hati yang tenang but baca sampai demam & boleh darah tinggi.
Joy rate 2 stars pun sebab si comel Nina. The rest of the plot and the logic...
Pacing novel agak slow and Joy suka bila bab Nina & friends muncul bersama Sir Hero. Yang part Cik Ya tu agak bosan to be honest. Bila ada Sir Hero & Nina dalam scene tu baru rasa ada momentum.
Secara jujur, Joy tak suka langsung trope jenis tukar kain. Okey, in reality and certain families this may happened but untuk Joy for this story, I rasa ia digunakan dengan agak malas.
It feels like the author takde idea lain untuk build the plot and pisahkan watak utama kita. Ayah dan ibu Nina (kakak Cik Ya kita) pergi haji, jadi Cik Ya and mummynya pun tinggal kat rumah kakak dia tu untuk jaga Nina, anak buah Cik Ya. Cik Ya masa tu on sem break and from there Sir Hero aka Khairul muncul, dia guru kelas Nina. Guru ganti sementara tunggu official posting.
2- 3 hari sebelum parents Nina sepatutnya balik Malaysia, tiba je kakak dia meninggal. There was no further explanation or details as to why she suddenly passed away. Oklah kalau the reason is ajal dah sampai etc, but come on lah. Ini novel kot, we paid almost RM40 kot. At least kena ada some logik kan to this out of the blue plot?
Disebabkan ini, abang ipar Cik Ya depression and after 3 weeks, dia dah macam mula stabil balik but diam-diam dah bincang dengan mummy Cik Ya nak kahwin dengan Cik Ya, adik arwah isterinya. Mummy dia pun satu, mulut je cakap tak beri kata putus sebab nak dengar keputusan Cik Ya, but bila mereka jumpa dia untuk bincang, the way they talk to Cik Ya dah macam guilt tripping dia walaupun dia dah tak nak. Kata dia kena fikir bagi pihak Nina dan arwah kakak dia. Ini dah berat sebelah, mummy dia boleh kata dia tak berat sebelah. Mummy dia tak tanya pun isi hati Cik Ya. So, anak dia nie ke tak layak dapat her own happiness?
Sorry lah, I benci trope macam nie. Then Si Hero kita patah hati bila tahu yang Cik Ya akan menikah dengan ayah Nina. Geli lah bila I fikir isteri you baru meninggal tak lama, then you nak tukar kain begitu cepat: imagine you kena bersama dengan laki yang dah bersama dengan sister you 🥴
Lepas tu skip 3 tahun kemudian and end up Abang Luqman tu tak mai meminang dia on the day that he was supposed to. So tak jadi lah but masa tu Sir Hero kita dah blocked Cik Ya.
Yang nie paling bodoh. Aside from lelaki pi block number perempuan sebab patah hati (entahlah aku nak cakap apa lagi), Cik Ya nie pun stupid ke? Dah tau dia block you and you nak sangat jumpa dia contact dia balik to explain the situation, kenapa tak guna nombor lain atau nombor kawan? Awat masih kekal guna blocked number tu for 3 years? Apaaaa ni?
Lepas tau the truth, Sir Hero pun cuba pikat and grovel his way back to Cik Ya. But Cik Ya jual mahal sampai 3/4 story nie baru sedar yang jangan betul-betul kehilangan baru nak menyesal.
Ok, end up happy together. Married with baby on the way.
The end. Terima kasih semua.
This entire review has been hidden because of spoilers.
I beli sebab sinopsis menarik and cover buku ni cantik.Cerita dia santai je,penulisan pun okey.Cuma hero macam over sikit,sampai block heroin (part ni i gelak,jarang lelaki block perempuan) Tapi cerita ni ok je,tak rasa menyesal pun beli.Budak sekolah pun boleh baca sebab takde adegan bukan2.
Trope(s): stranger to lover, second chance, slowburn
Best kan kalau seorang reader ni dapat jodoh dengan someone yang suka buku juga? Boleh rant buku sama-sama, boleh pergi pesta buku sama-sama & boleh cerita semua benda pasal buku dekat si dia. Yes, I'm jealous okay. Jealous dekat si Ayra ni sebab dia dapat lelaki yang SUKA BUKU! 😩
Sewaktu Ayra ni bersetuju untuk menjaga anak saudaranya di kampung, dia terjumpa dengan Sir Hero. Sir Hero? Ya, Sir Hero tu sebenarnya Cikgu Sains anak saudaranya!
Siapa sangka yang mereka sebenarnya berkongsi minat yang sama- baca buku. Daripada berkongsi minat, mereka sebenarnya telah berkongsi rasa juga!
Fuh, penatlah kita tersengih macam kerang busuk masa baca buku ni. Sakit rahang kita tau tak. Diorang ni comel gila! Tambah pula dengan kehadiran Nina, memang kita asyik tersengih je dengan perangai diorang ni. Si Ayra ni asyik nak menyakat anak sedara dia aje! 🤣
Jarang tau kita baca novel yang character dia ni seorang cikgu. Macam dalam buku ni, character Khairul bagi kita okay je. Tak berlebihan sangat, and tak cringe sangat. Dia ni banyak kali bagi mix signal tau, cuma si Ayra ni je yang tak faham. Bila dia dah flirt secara direct pulak, memang comel gila. Dah lah suka buku, dia pergi flirt Ayra guna quotes dekat buku pulaktu! Haih, comel gila!!!
Buku ni ada 2 bahagian tau. Bahagian pertama bagi kita, diorang ni main tarik tali. When they both like each other but keep denying. Bila orang tu dah pergi tinggalkan kita, tau pula jiwa tu meronta-ronta. 🥰 Masuk je bahagian 2, the slow burn is finally burning. Khairul finally make his moves gaisss. Mula lah dia flirt si Ayra di dengan macam ii cara. Dah lah Khairul ni soft-spoken teruk. Siapa aje yang tak cair. 🙈
Penulisan buku ni pula, memang santai & sempoi! Kiter suka! Sebab bila baca tu tak bosan. Paling kita suka sebab baaaaanyak gila quotes dalam buku ni! Lurve! 😍 - Even though buku ni comel, tapi siapa sangka penulis berjaya mainkan emosi saya yer. Ada satu part tu, memang kite quite terkejut la jugak. Hampir kita selak buku sebab nak tau ending dia dengan siapa. 😩 Bukan character je misunderstood, kita sekali terkena. 🤧 - Buku ni pun ada painnya sikit. Sebab dia bukan pasal cinta semata, ada juga menyentuh pasal kekeluargaan. - Overall, kita enjoy baca buku ni. Buku ni sdsuai sangat kalau korang nak cari something yang light reading. Cuma ada la, sedikit konflik di situ. 🤧 Tapi jangan risau, buku ni comel-comel ajer, sama macam cover dia! 🙈🫶 - "Meeting you again feels like destiny smiling on us." - Personal rating: 4.6/5 ⭐
Bagi tahu Imani, Sir Hero belanja. Sebab makcik dia cantik. . Review ini mungkin mengandungi spoilers⚠️
Wow! Dah lama tak baca buku yang ada big wow! Seriously author??? Bagi ML nickname Sir Hero was a good idea! Sebabbbbbbb cute GILSSS❤️😇☺️😉😁🎉
Pergerakan plot dan perkembangan watak yang elok dan tak cacamerba. Sangat konsisten. Suka sangat bila penulis cerita macam mana perkembangan hubungan ML dan FL tanpa dipaksa-paksa. Smooth. Tho, saya tak tahu ler kenapa nak kena ada scene sedih mak bapa Imani, cause i cried a bit. Hua! Sedih tau!
Plot twist Ya dilamar oleh abang iparnya tak dipanjangkan, so tak delah rasa turn off nak sambung baca.
Yang lawak tu bila Abe Mad a.k.a Sir Hero blocked Ya sebab dia ingat Ya setuju dengan lamaran Luq. Haha kau ni, bang! Cuba ler tanya dulu! Nasib baik kau memang hero. Tapi, saya faham je kenapa dia terus block instead of tanya. Yelah, sebab dia tak sampai hati kalau jawapan Ya adalah 'ya, saya akan berkahwin dengan Luq'. Tapi, macam yang Ya cakap, macam mana kalau jawapan dia 'tak, saya tak terima lamaran Luq'? Jangan memandai nak buat assumption, bang oi.
Tapi, effort Sir Hero lepas dah tahu hal sebenar tu, elok ler. Mengaku salah dan kalini dengan berani minta peluang kedua (walaupun kalini tak confess pakai buku). Ini yang kita mahukan. Tanya. Tanya dan tanya. Dan Ya pun tak lama berkeras hati.
Ayra dtg ke Kg Sedili utk jage Nina.. sbb kakak dan abg ipar die pegi tunai kn haji..
Terjumpe ngn Khairul mase Ayra kene lari cari bahan utk subjek Sains di sekolah esok ari nye.. dri situ mereka mula rapat..
Mcm² kejadian jdi buat kn Ayra rasa serba slh.. sbb die rase die tk jage Nina dgn betul..
Satu ari waktu jemaah² Haji Hajah nk balik, sesuatu menimpa kakak die.. sekaligus buat kn mereka tenggelam dlm kesedihan..
3thun terpisah antara Ayra dan Khairul.. bile terjumpe balik Khairul tersilap tafsir ttg Ayra.. mmg die cuba cari jln utk tackle balik Ayra nie.. tk mudah yee..
Lamanya tak rasa berbunga-bunga, rama-rama berterbangan. Usik mengusik yg boleh buat hang tersipu2 sorang diri. Dalam buku ni boleh bagi tau! Comel betul dapat kenal dgn watak Ayra dan Khairul ni. Disebabkan plastisin, mereka berkenalan. Tak pasal2 dia kutuk cikgu sains si anak buah depan Khairul. Bertambah rapat bila ada minat yg sama pada buku.
Si Ayra yg ulat buku memang auto kepoh kalau terkena umpan si Khairul. Pandai pula Khairul tambat hati si Ayra dgn buku. Kalau mengayat pun boleh tahan juga. Mengusik sampai tersengih2 kita baca. Sampai Aunty Laila pun terkena cak cak dia😂. Saya memang approved Sir Hero ni🤭.
Tapi, takkan manis je kan? Ada juga part hiba. Siapa kita nak menidakkan takdir yg dah tertulis. Kehilangan yg memaksa Ayra untuk berada dalam keadaan yg tak diinginkan. Sampai ada yg makan hati bawa diri. Habis disekatnya. Hujung-hujung bertambah rama-rama berterbangan. Geram ye.
Buku ni ringan je ceritanya. Pace lancar. Gaya penulisan dan bahasa paling best. Paling saya love. Santai je macam dialog harian kita. Senang nak feel watak. Lagi2 hubungan Ayra dgn mummynya tu saya suka betul! Mummy yg sangat cool dan supportive. No more words. Buku ni recommended🫶🏻. Selamat berama-rama!
Alhamdulillah settle utk satu hari ni. Ehem nk mula review mcm mana ya. Hehehe. I really love the story. Ayra dan Khairul. Novel ni ada 2 bahagian. Bahagian 1 kisah pertemuan Ayra dan Khairul. Ayra umur 23 thn. Khairul umur 24 tahun. Mcm mana mereka bertemu buat pertama kali. Kat bahagian 1 ni la mcm2 rasa bila baca. Ada part lawak, sedih pun ada. Kat sini boleh byg mcm mana si Khairul tackle Ayra. Oh ya lupa. Ayra dan Khairul ni suka buku tau. Kena la dgn tajuknya kan. Akhir bahagian 1 ni ada konflik sikit antara mereka. Nak tau konflik apa, bacalah novel ni 🤭
Bahagian 2. 3 tahun lepas konflik tu terjadi. Hehehe bahagian ni pun saya suka. Kat bahagian ni penulis bagitau apa yg jadi 3 tahun lepas dan juga peluang kedua Khairul dan Ayra. Happy ever after 😊
Novel sgt banyak quotes. Yg paling saya suka quote yg Pak Mad bagi kat Khairul. “Awak tahu tak macam mana cinta tu dikatakan luar biasa?” “Cinta itu luar biasa apabila mereka tak saling berjumpa, tak saling memiliki tetapi masih saling mendoakan” cantik betul quote ni 😍
Tahniah penulis utk karya pertama yg cantik ni 👏
Kita ni tak reti sgt nk review buku. Ikut dan je ni 😅 maaf tau 🙏
ya Allah finally, habis pun baca buku ni 😭 hampir nak dnf buku ni sebab rasa macam everything at the same time; rasa macam laju sangat, tapi macam draggy sangat pun ada juga. kinda unsure nak bagi 3 or 4 star sebab the only reason I keep on baca juga buku ni sampai habis, is because I love chemistry antara Ayra and Khairul ni. other than the pace, saya kurang minat dengan cara penulisan Aileen. tapi at least, disebabkan penulisan dia juga, dialog watak dalam buku ni tak bunyi awkward.
Buku ni comel gila. Dari awal sampai habis memang hati berbunga je. Paling buat melt bila penulis pilih Khairul yang jatuh cinta dulu rasa macam kita pulak tengah on crush mode 😭
Khairul ni jenis perfect: soft spoken, matang, tenang, dan cute. Baca je terus senyum sorang-sorang. Dan paling penting… dia suka baca buku. Macam mana tak cair?
Ayra ni kalau merajuk, senang je nak pujuk. Cakap pasal buku sikit, terus excited…hilang terus malu sebab kantoi tadi. Padahal sebelum tu punya lah dia mengumpat Sir Hero (Khairul) sebab kes plastesin Nina, siap kantoi pulak tu. Tapi tu lah, moment kelakar macam tu jugalah yang buat diaorang mula rapat. 📚✨
Buku ni tak banyak konflik…ringan je, tapi tetap buat hati rasa berdebar sepanjang baca. Disebabkan salah faham je diaorang boleh lost contact selama tiga tahun. Nasib baik Sir Hero ni jenis tak give up… mengayat sampai Ayra cair balik.
Tak nak cakap banyak… tapi sumpah nak macam Khairul satuuu. Yang boleh tukar-tukar buku, sembang pasal cerita fav, pastu ada mini library sama-sama 😌📚✨
saya suka ayra yang selalu utamakan family dia dulu, walaupun sepatutnya dia rancang nak ikut kawan baiknya bercuti, tapi disebabkan kakak dan suami kakak dia nak tunaikan haji, terpaksalah dia kaburkan niatnya. lepastu, comel ya part yang ayra bebel dengan khairul tentang cikgu sains nina iaitu sir hero tentang barang kena beli bawa esok, rupanya dia tengah bebel dengan cikgu hero tu pun sendiri 🤣 yes sir hero tu khairul rupanya! lepastu part yang kononnya ayra kahwin dengan luqman tu, saya takut selak buku, takut benda tu real, nasib tidak ya. lagi, saya suka juga yang ayra dan khairul ambil berat betul tentang masa hadapan selepas kahwin, maksud saya macam mana dorang buat persediaan tu, baca buku tentang persediaan perkahwinan dan bincang kos-kos selepas kahwin. semua tu buatkan mereka berdua nampak matang. overall saya suka buku ni, recommended!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Okay saya suka buku ini. Kita cerita tentang luaran dulu. Cover buku dia cantikkk!!. sukaaa. so, my first thought is buku mungkin akan cringe, but semestinyaaa tidakkkut. i love the story. tak perlu conflict yang cliche. Khairul ni serius greenflag ya. Siapa perlukan light reading tapi nak rasa blushing2 can try this book. Suka buku buku from Manes ni sebab semua watak lelaki dia greenflag. Sila lah baca korangg.
Novel ini bawa kita ke dalam kisah romantis yang ringan, manis dan Geli Hati 😛. baca tajuk je dah buat hati berbunga , Kisah cinta dengan buku, siapa je yang tak cair kan? sweet je kalau dapat Pasangan yang hobi sama dengan kita 😍💕
.. ** Novel ni ada 2 bahagian tau ,dia macam Bila ada Kesukaran mestila ada kesenangan cengitu 😝** ..
💙 Ayra yang datang ke Kampung Selidi untuk menjaga Anak Saudaranya Nina sementara Kakak dan Abang Iparnya menunaikan Ibadah Haji . Dan pasti gara-gara "𝙋𝙡𝙖𝙨𝙩𝙞𝙨𝙞𝙣 𝙋𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙨𝙖𝙞𝙣𝙨 𝙉𝙞𝙣𝙖" Ayra bertemu dengan seorang Jejaka bernama Khairul a.k.a Sir Hero .
💙 Bermula dari situ mereka berdua jadi akrab ,Almost Everyday berjumpa disebabkan Khairul Cikgu Sains Nina walaupun Ayra rasa macam nak benam diri dalam Pasir Pantai disebabkan peristiwa pertama diaorang dekat kedai Pak Mat 😆 dan Khairul jugalah yang sentiasa ada ketika Ayra & Keluarganya dalam Kesulitan .(Maklumla Menantu Pilihan Ibu-ii sedunia😇)
💙 Sehinggalah ada 1 Kejadian yang menimpa Ayra sekeluarga , dan timbullah 1 konflik yang membuatkan Khairul berjauh hati dengan Ayra sampai kena block lah wassap kawan tu a.k.a Ayra kena ghosting gais 🙂↕️🤚🏻. (Ni semua sebab salah faham yang masing-ii ego punya pasal !!)
**Lama Tau Ayra Kena Ghosting sampai 3 Tahun tu?!0 Ingat 3 Tahun tu sekejap ke 😖 Dengan Bawa Hati yang berduka lara lagi 🥲🤚🏻 Penat tau .
💙 And Nanti Dekat Bahagian 2 nantila Ayra dan Khairul bertemu semula , dan bermulalah Misi Khairul Memujuk dan minta peluang kedua untuk mereka perbaiki apa yang silap dahulu . Dari Jual Mahal tetiba Ayra yang kalah dengan perasaan sendiri 😜.
~~ 𝗝𝗮𝗱𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗝𝗼𝗺𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗧𝗕𝗥 𝗸𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 😎
Betulla Author cakap Novel ni Banyak Manisnya dari pahit 😂. Teruskan Berkarya Aileen Fariha 💓 , Saya Tunggu Next Book ❤️
Sebagai seorang readers yang memang suka baca buku. Yup,buku ni memahami saya sangat.
This story about Nur Ayra yang jaga anak buah dia Nur Imanina sampaikan HAHAHA Sir Hero iaitu Ahmad Khairul ,cikgu sains Imani yang kenal ayra tu sebab plastisin, Comeyyy angatt.
It has 2 parts, firstly time Ayra masih belajar dalam bidang interior design while Khairul jadi cikgu praktikal sains sebelum posting. Second parts pulak ni mcm second chance love dimana dua dua dah kerja and then diaorang jumpa balik atas urusan editing buku.
Fast pace je saya baca walaupun ade konflik yang diaorang gaduh tu hmmm. Ending dia HAHHH SAYA NAK MCM TUU. Gais,cari suami yang boleh support kita punya hobby mcm Ahmad Khairul nii. Bagus dia ni sebab pandai ambik hati isteri nya dgn buku ,scented candles and jadi buddy reading.
Thanks for this masterpiece akak author,udah bape kali tutup buku,pusing satu rumah sebab blushing
Jalan ceritanya ringan tapi penuh dengan emosi. Plot tersusun cantik, tak serabut, seronok baca. Tak ada part yang cringe. Ada bab yang buat saya senyum sendiri, ada juga yang buat hati rasa sayu. Watak-wataknya terasa dekat, macam kawan sendiri.
Saya suka cara penulis bawa tema cinta dan persahabatan — tak terlalu klise, tapi cukup buat kita rasa “eh, aku pernah rasa macam ni.”
Sesuai sangat untuk yang suka bacaan santai tapi bermakna. Lepas habis baca, rasa macam nak peluk buku tu.