Dalam diam, masa lalu kembali menuntut... dan darah sekali lagi menjadi saksi.
Diana Adelia hidup seperti watak misteri dalam sebuah novel. Kisahnya penuh rahsia dan untuk memahami siapa dirinya, dia harus menyingkap helaian-helaian sejarah silam yang suram. Namun, sebagai seorang pegawai polis, dia memilih untuk menutup luka lama.
Sehinggalah satu kes pembunuhan bersiri mula membongkar semula trauma yang disangka telah terkubur. Setiap mangsa ada kesan kelaran di leher. Setiap petunjuk yang ditemui mengheret Diana lebih jauh daripada ketenangan.
Rakan sekerjanya, Na’il berusaha melindunginya. Ryan, si wartawan pula datang menagih perhatiannya ketika dia terperangkap dalam kekeliruan.
“Jangan ambil kesempatan untuk keluar rumah tanpa berteman lagi-lagi dengan Ryan!” – Na’il
“Kenapa tak boleh?” – Diana
“Sebab tak bolehlah!” – Na’il
“Tapi kenapa?” – Diana
“Sebab kau penting bagi aku....” – Na’il
Siapakah pembunuh sebenar yang digelar The Crucifixion Killer itu?
Apa kaitan setiap kes pembunuhan dengan Diana?
Mampukah Diana bertahan apabila segala rahsia mula terbongkar?
***
Penulis berjaya menyatukan kisah jenayah, misteri dan cinta dalam sebuah naskhah yang mendebarkan. Penuh teka-teki dan rahsia yang tak dijangka. – Kamalia Ramlan, Editor
Woww perjalanan yang sangat mendebarkan😳 Siapaa yang suka tengok kdrama misteri thriller mesti akan enjoy buku nii. Sumpah adaa vibe kdrama sikit🤩 Walaupun kita dah tahu siapa pembunuhnya tapi still adaa rasa doubt betul kee dia pembunuhnya? sebab clue yang author bagi pun boleh tahan ehh buat saya rasa sangsi😅
Tajuk: Memori Adelia by Awa Lailani Pages: 385 Rating: 4.5/5🌟 Trope: friends to lovers + got psycho villain here yang minat FL + pembunuh bersiri etc..
MIGHT BE SOME SPOILERS! ⚠️
My thoughts 💭 (my opinion not yours)
Phew! Berpeluh sikit la baca buku ni sebab geram dengan villain ni susah betul nak ditangkap. First of all aku nak puji writing style penulis sedap dibaca and luckily the books good too! Takde draggy sana sini.
Memandangkan penulis cakap dia minat tengok K- drama bergenre thriller, jadi buku ni pun memang ada vibe thriller K-drama. Jujur waktu aku baca tu mula² dia macam biasa je, tapi bila dah mula rancak selak satu demi satu muka surat cerita dia jadi makin menarik. Sebab aku tertanya² siapa sebenarnya penjahat dalam cerita ni. Aku ingatkan ada plot twist yang kebaboom tapi rupanya jalan cerita boleh di predict.🤭 Memang dari awal sejak kemunculan si 'dia' tu kita dah agak dah sebab dia 'sus' hahaha so kitonyo takde la rasa macam 'noob' sangat sebab tak boleh teka.🤣
Overall cerita ni best! Jalan cerita yang bagus, idea yang bagus, nasib baik aku tak salah pilih. Sebenarnya dari mula manes umumkan buku keluaran terbaru dorang untuk PBAKL tahun ni aku memang aim satu je buku, iaitu buku ni. Tak tahu kenapa tertarik sangat dengan cover dan tajuknya, macam ada misteri yang perlu dirungkaikan, lepastu genre pula action, thriller and romance so aku pun belilah without no doubt hahaha turns out buku ni best! Tak menyesal beli.🔥
Last but not least, we need more kisah percintaan N & D 😍 please author takkan sikit je yang part last tu hahahah..😂🤭 so siapa yang ada buku ni dekat rak tu boleh dah ambil dan baca. Jom kita sama² selami dunia yang penuh dengan thriller ni.🔥 Highly Recommended.🔥✨
Memandangkan Memori Adelia merupakan karya pertama penulis, saya ingin mengucapkan syabas. Genre crime thriller salah satu genre yang susah ditulis sebab kena peka dengan timeline, details yang berkaitan jenayah dan sebagainya. This is a good first attempt from the author sebab dari muka surat pertama sudah mampu menarik minat dan perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Apa yang Joy suka: 1. Penulis mahir mencipta suasana yang seram, gerun, thrilling dan aura yang misterius.
2. I applaud sangat adegan-adegan pembunuhan sebab sangat mengganggu emosi dan detailed sangat. You can literally imagine those scenes in your head and cara penulis menerangkan apa yang sedang berlaku buatkan bab dan keadaan masa itu rasa sangat hidup. Imagine Criminal Minds - bila scene pembunuh muncul.
3. Cara penggunaan teknik imbas kembali yang lancar dan efektif. Tak rasa tiba-tiba dan kekok, malah ia lagi menambahkan feel yang mendebarkan. It revealed the dark and ugly past of Diana’s family.
4. Fast pacing dan tak membosankan. Lancar je pembacaan.
What could be better and improved on: 1. First half was good and the plot was building but rasa second half like rushing especially sampai klimaks and ending tu.
2. Actually, I dapat teka dah siapa pembunuh bersiri tu dan bila Na’il sedang siasat siapa perempuan misteri yang keluar masuk kondominium suspect tu, I dah tau apa yang sedang berlaku dan tekaan I betul. Maybe because I veteran dalam genre crime thriller - it’s my first love. Lebih bagus kalau this part author boleh cuba improve by making it less easy to guess?
3. Diana Adelia. Dia mengalami selective memory loss due to trauma dan PTSD. For me her mental and emotional state memang tak sesuai langsung sebagai seorang polis. Ini sangat berbahaya. Tetapi it seems in Malaysia, ujian psikiatri tidak mandatory untuk lulus menjadi seorang polis. Tapi, author tak tekankan kepentingan aspek ini sebab how she behaved later dalam cerita sangat foolish dan tak waras sebagai seorang inspektor.
4. Na’il. I geram dan bengang dengan dia sebab since you dah tau that person is tak berapa betul and you suspect dia mungkin ada kaitan tentang the serial killings, kenapa you tak diam-diam je siasat? Kenapa nak hamburkan amarah you and reveal your intentions kepada dia? Bodoh lah weiii. Sorry, I rasa aspek ini rasa macam tak ada langsung sifat seorang inspektor yang lebih tua daripada Diana.
5. Diana anak orang kaya and tinggal dalam rumah mewah dengan parents dia masa kecil. So, rumah mewah tentu pintu bilik yang digunakan berkualiti dan bukan kayu yang rapuh or cheap materials kan? Macam mana budak 12 tahun yang kurus kering dan selalu tak cukup makan dapat tendang buka pintu yang sudah dikunci? How? Ini tak masuk akal langsung dan i rasa nak gelak nangis je. Ok, maybe sebab budak tu psycho dan dapat tenaga The Hulk.
6. Klimaks / ending yang rushing and ended like so suddenly. And bab yang tempat pertempuran polis dengan pembunuh pun macam huh? This kind of action polis akan go by teams and not alone. Jadi kenapa Na’il so lama dengan Diana with the killer in his ruang kerja, sampai dah fighting semua but polis lain masih tak datang? Why was he alone? Sudah tau misi rescue and tangkap jadi why so foolish eh? Sampai I rasa nak jerit geram je baru Na’il instruct the rest of the team through his earpiece untuk datang and mereka tiber je semua masuk menyerang mengejut 😂 Sebelum tu kan, bila pembunuh kat depan Na’il and Diana, sempat lagi these 2 main characters berair mata mcm kekasih yang reunited. Aku tak faham, dahlah the killer is psychotic and gila dah, Na’il masih macam so distracted by Diana. Rasa nak ketuk kepala dia bagi sedar the urgency of the situation at that moment.
Ok. Cukup lah. Lagi tulis lagi geram. However, it is still a very enjoyable read.
– i suka bila first chapter pun dah mampu buat i hooked. the opening scene MA ni instantly set the tone of dark and full of intrigue.
– penulisan author bagi i memang on point especially in describing the scene (rasa hidup). kes kes yang dihighlight pun tak dibiarkan tergantung, everything was explained in detail.
– i also love how the author taburkan hints here and there. so macam sibuk la meneka siapa penjahat tu. i duk go back and forth just to connect the hint.
– tapi slack sikit sebab bagi i identity villain tu disclosed too early. but at the same time macam understandable jugak, mungkin benda tu sengaja untuk tonjolkan sisi psycho watak tu.
– and what make it more gripping, watak utama Diana Adelia herself sebab watak dia mystery. banyak kisah silam. lepas kemunculan serial killer baru dapat discover sisi gelap hidup Diana & apa kaitan dia dengan kes misteri tu.
– but as for me, there are few things yang kurang sikit. a) ada scene bagi i kalau tak ada pun tak ganggu jalan cerita. b) hubungan MCs lack of execution tak dapat rasa the connection between them. c) ending quite rushing dan epilog macam tiber sikit.
– still, i do enjoy this read. peminat thriller-crimer-mystery boleh try plus dia tak heavy sangat on romance.
Genre: Thriller, mystery, crime with lil bit of romance
Diana Adelia hidup seperti watak misteri dalam sebuah novel. Kisahnya penuh rahsia, dan untuk memahami siapa dirinya, dia harus menyingkap segala kenangan hitamnya. Sehinggalah satu kes pembunuhan bersiri mula membongkar kembali traumanya yang lama terkubur.
Apakah kaitan kes pembunuhan itu dengan Diana Adelia? ______________________________
This book is totally what I've been wanting to read for so long! Srsly dah lama kita cari buku thriller yang ada vibes kdrama, and finally jumpa pun bukunya! 🔥😍 Kdrama lovers, you've gotta read this book! Rasanya ni buku first Manes yang bergenre thriller, mystery & crime tau!
Penulisan buku ni memang mantap woo! Penulis memang membuatkan kita hook dengan storyline buku ni. Every scenes and informasi tu memang ditulis dengan details. Rasa macam masuk dalam buku, siasat sekali kes pembunuhan tu.
Dia membuatkan kita asyik tertanya-tanya apa kaitan Diana dengan kes pembunuhan tu? And most interesting, everytime pembunuh tu bunuh someone, dia akan pakaikan rantai. And Diana sendiri ada rantai tu! Tu yang kita makin curious tu.
Cumanya, since genre buku ni thriller romance, kita macam tak nampak sangat romance nya di situ. Dah nak habis baca, which is on 37, baru start nampak the romance between the fl and the ml. Tu pun macam ada tak de je. The ML je yang tunjuk dia punya feelings, the FL? Idk. Diorang punya chemistry tu kurang sikit. Actually I've been expecting more tension between the fl and the ml, tapi tak nampak sangat.
Maybe sebab penulis lebih fokuskan ke arah thriller and kes tu sendiri daripada romance? Maybe la. So it's understandable.
Dia punya storyline srsly memang dah best. Jinjja macam kdrama punya storyline, where the fl ada dark trauma, obsession psychopath, serial killer with the same pattern. Cumanya...the suspect or pembunuh tu diberitahu terlalu awal. So macam tak berapa nak syok. And it's kind of predictable.
Overall, ya kita memang suka buku ni! Genre thriller ni memang susah untuk ditulis kerana memerlukan description yang sangat tepat, teliti dan detais. Dan...penulis memang menulis buku ni dengan sangat baik. 🫶
It's would be better sangat kalau element romance tu wujud from the first of the storyline sampai akhir. And...maybe boleh tambah beberapa suspect lain untuk meng-confusedkan pembaca? (This is just my opinion je tau 🙏)
For those belum pernah baca novel manes sebab kurang minat romance tapi minat thriller, sangat recommended untuk start baca novel ni!! 🔥
Nice thriller novel. Best walaupun dpt agak siapa pelakunya 😊 baca novel ni mcm baca novel aku lelakimu penulis sara aisha. Bagaimana seseorg tu bila dh obses sggup buat apa saja utk puaskan hati mereka termasuklah membunuh. Tahniah utk novel yg pertama ni.
Fuh, akhirnya dapat juga baca novel ni selepas menunggu sekian lama!! Saya cuba review tanpa spoiler ya.
Its a solid 5 star read for me. Walaupun permulaan sedikit slow, tapi bermula bab 10 dan ke atas, rasa macam nak tinggalkan semua bnda dan baca buku ni je. Hati tak tenang selagi tak tahu apa jadi !!!
Dan selalunya novel thriller romance akan ada masalah terlebih romance lah, terlebih thriller lah, tapi bagi saya, novel Memori Adelia ni ngam-ngam je balancenya.
Saya suka cara penulis tabur hint dekat setiap pages. Semua yang kita perlu tahu ada di dalam novel. Saya suka cara penulis perincikan dengan detail setiap kes jenayah tu. Rasa mcm tengah berdiri sebelah Diana dengan Na'il selesaikan kes tu sama-sama pula.
Akhir kata, kepada sesiapa yang ingin membaca Memori Adelia, please, please, please read this blindly. Kepuasan membacanya akan menjadi jauh lebih menyeronokkan dan bermakna jika anda tidak tahu apa yang bakal berlaku. Hehehe!
Happy ending ke? Susah nak cakap. Tapi apa yang saya boleh beritahu, ending dia memuaskan bagi saya.
Novel ini memang wajib dimiliki, terutamanya yang sukakan K-Drama genre misteri dan thriller (macam saya). Sejak muka surat pertama lagi, saya dah rasa diri ini terheret masuk ke dalam cerita. Pengalaman membaca betul-betul buat saya rasa seolah-olah ada dalam novel ini, menjadi pemerhati setia di sisi Diana Adelia dan Inspektor Na’il. Alhamdulillah, saya selamat keluar tanpa sebarang kecederaan fizikal.. cuma mental saja yang terkesan sedikit! 😂
Penulis menggunakan teknik susunan plot yang sempurna; beliau menyulam misteri pembunuhan bersiri dengan cebisan memori trauma Diana yang mengganggu. Keseluruhan plotnya terasa padu dan rapi, menghasilkan satu penceritaan yang mana setiap rahsia masa lalu terangkai dengan jitu seperti kepingan puzzle.
Tambahan pula, penceritaan tentang watak psiko dalam novel ini sungguh realistik dan menakutkan. Nauzubillahiminzalik, minta dijauhkanlah dari orang psiko sebegini dalam dunia nyata. Seram!
Saya akui babak romantik dalam novel ini hanya menjadi 'gula-gula' yang dihidangkan dengan porsi yang sangat sesuai. Ia memang tak banyak, namun cukup untuk melembutkan ketegangan tanpa menenggelamkan teras utama novel.
Namun, sejujurnya, saya kurang setuju dengan perangai Diana Adelia di satu bahagian. Dia dilihat lebih memilih untuk mempercayai individu yang baru sahaja dikenali berbanding rakan yang sudah lama wujud. Haih, pelik! Bagi saya, seorang pegawai polis, keputusan sebegitu terasa agak janggal dan kurang berhati-hati, kan? Hm.
Pendek kata, bagi yang sukakan genre thriller dengan plot twist yang mantap, watak yang kuat dan naratif yang kemas, "Memori Adelia" adalah jawapannya. Cepat, baca sekarang! 🫵🏻
Baca novel ni terasa macam layan movie dekat netflix. Tentang siasatan jenayah pembunuhan bersiri. Selain tu kita akan berdepan dgn misteri kehidupan Diana. Apa kaitannya Diana dgn kes yg dia siasat? Siapa dalang psiko di sebalik cerita?
Bestnya buku ni sebab naratifnya predictable. Kita dah boleh nampak dan tebak siapa pelakunya, tapi dia masih bagi kita tertanya-tanya. Masih ada lagi perkara terpendam belum terungkai like why and how all these happened? Juga terdapat scene2 ngeri yg boleh terbayang buat rasa mual.
Situasi setiap bab ada yg random pop-up. Lepas tu kita kena jadi bijak dan faham sendiri ni siapa? ni masa bila? Nice gila. Pada saya cerita ni slow burn tapi cukup buat saya rasa saspen dgn misteri yg ada. Plot twist cantik je penulis bagi. Setiap kali selak tu memang rasa tak sabar nak tahu selanjutnya.
Thanks to kak yg suruh baca. Kita suka juga buku ni. Yang penting tak sarat sampai sakit kepala sebab banyak sgt dah baca buku psiko bulan ni rasanya.😂 You guys can try this one.👍🏻
Sebuah thriller psikologi yang menggabungkan misteri, emosi dan trauma silam dalam naratif yang menarik. Kisah Diana Adelia, pegawai polis yang dihantui kenangan lalu sambil menyiasat kes pembunuhan bersiri, membuat pembaca tertanya-tanya hingga ke helaian akhir.
Awa Lailani menulis dengan gaya yang kemas dan mudah diikuti, disulami ketegangan yang membuatkan kita ingin tahu siapa “The Crucifixion Killer”. Walaupun plotnya agak dapat dijangka di hujung cerita, perjalanan emosi dan ketegangan watak utama tetap memikat.
Gabungan elemen penyiasatan, psikologi dan sedikit romantik menjadikan buku ini segar dalam dunia fiksyen jenayah tempatan.
Novel Memori Adelia somehow is different! Even dah banyak baca buku in this genre tapi start from mula baca, terus terikat dengan storyline yang penuh surprise dan emotions. Banyak bab buat curiosity tu jd membuak buak, with sweet part yg buat tersenyum sendiri, ada jugak part yg sampai rasa nak menangis. The characters were alive in my imagination and it was a close story to me. Lastly, novel ni worth it to try for those yang suka dengan this kind of genre!
My dad is a retired cop, so when it comes to books where the main characters are police officers, I tend to be quite fussy. It’s very easy to get details wrong when it comes to investigations and the law, but I applaud Awa Lailani for getting it right, especially in the forensic scenes.
This book centers on a serial murder case. It isn’t about the reader trying to guess who the killer is, but about following Diana’s journey, her life obstacles, the man obsessed with her, the depiction of psychopathic behavior, and several other heavy themes. The romance is present, but it develops from colleagues to lovers, with Na’il showing love through acts of service rather than words of affirmation.
If you enjoy books where the cops truly act like cops, this is the book for you. I really enjoyed it!
Serius, novel ni memang best gila! Dari muka surat pertama lagi dah rasa macam kena tarik masuk ke dunia Adelia. Jalan cerita dia penuh dengan emosi — ada sedih, ada misteri, ada part yang buat kita rasa nak peluk watak tu kuat-kuat 🥹.
Watak Adelia ni sangat menarik. Nampak lembut, tapi kuat dalam diam. Lagi best bila penulis pandai main dengan mood – kadang rasa sunyi, kadang rasa takut, tapi dalam masa yang sama ada harapan dan cahaya.
Gaya penulisan Awa Lailani pun smooth sangat. Tak berat, tak klise, tapi penuh rasa. Ada vibes macam tgk kdrama sebab boleh imagine apa yg penulis nak sampaikan.
Thanks sebab dah hasilkan novel yg sgt² best utk dibaca❤️❤️❤️❤️❤️
Boleh dikatakan buku ini antara buku yang selalu saya nampak di ruang 𝘧𝘦𝘦𝘥 instagram saya dan ulasan dari para membaca membuatkan saya tertarik nak beli. Ia merupakan buku 𝙢𝙮𝙨𝙩𝙚𝙧𝙮 / 𝙩𝙝𝙧𝙞𝙡𝙡𝙚𝙧 melayu pertama yang pernah saya baca seumur hidup. Hari ini dalam sejarah!
Permulaan cerita yang terus membawa kita ke kehidupan Adelia sebagai seorang anggota polis bersama dengan rakan sejawat Na’il tanpa berlengah-lengah. Penulis akan selit sedikit demi sedikit kisah silam Adelia di antara cerita, jadi membuatkan kita terus fokus dan perasan ingin tahu semakin menebal. Bila rasa itu wujud, pace bacaan pun jadi semakin laju. Secara tak langsung ia mengajak pembaca untuk mencari jawapan sendiri. Sedar tak sedar, sehari sahaja masa diperlukan untuk menghabiskan naskah ini.
Buku ini bukan untuk mencari siapa pelaku tetapi lebih kepada motif ia berlaku kerana di awal cerita kita sudah boleh tahu siapa penjenayah itu. Konsep cerita seperti kebanyakan 𝙢𝙮𝙨𝙩𝙚𝙧𝙮 / 𝙩𝙝𝙧𝙞𝙡𝙡𝙚𝙧 yang kita tonton dan baca, ia juga diakui penulis sendiri yang menjadikan K-drama sebagai inspirasi, cuma yang membezakan adalah bagaimana cerita itu disampaikan sama ada dengan cara yang menarik atau membosankan seperti S.O.S Malaysia. Ya, masih tak boleh move on dengan karya separuh hati itu. Dan, semestinya Memori Adelia adalah cerita yang menarik untuk market tempatan.
Penulis berjaya menceritakan dengan terperinci situasi pembunuhan yang berlaku dan segala tindak tanduk setiap watak dalam cerita ini, jadinya kita dapat membayangkan dengan jelas. Watak-watak yang ada juga menepati kesesuaian cerita. Mungkin ada beranggapan tindak tanduk Adelia kurang bijak sebagai anggota polis. Tetapi ianya logik kerana kes yang berlalu berkait dengan empunya diri.
Cumanya kalau dipanjangkan lagi babak pelaku itu membunuh dan menyeksa mangsa-mangsanya, lebih baik bagi saya. Lagi bagus jika penulis menambahkan lagi penceritaan dari sudut pandang si pelaku itu supaya impaknya lebih untuk buku ini dan kurangkan babak-babak di rumah bersama keluarga. Pengakhirannya agak kurang 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘯𝘴𝘦 terutama sekali babak menjejak dan menangkap pelaku kerana dapat merasakan momentum agak berkurang sedikit.
Kesimpulannya, jika penulis menghasilkan lagi buku dengan genre yang sama, saya pasti akan membelinya. Mungkin sambungan kisah kehidupan polis Adelia & Na’il dengan kes-kes yang lebih kejam tetapi mana mungkin kan kalau suami isteri bekerja sekali?
📍 novel genre thriller, romance tipis? dah banyak dah novel macam ni. but this novel, i tell you guys ya memang lain daripada yang lain. sapa suka tengok kdrama genre thriller, ada penyiasatan, psiko semua tu boleh lah baca novel ni. sepanjang baca, saya rasa macam baca kdrama yang telah dibukukan 😂 sebab memang sebijik vibe kdrama tu.
📍i believe author mesti ada buat research jugak and also inspired from kdrama (sbb author mention dia minat thriller kdrama) especially on terms like forensic semua tu, sangat teliti and kita also dapat tambah ilmu baru.
📍jalan cerita macam di mention dekat atas lah, pasal apa semua tu. the first chapter pun dah boleh buat kita hook. watak banyak but mostly sampingan saja and the main characters pun just nice, semua ada peranan dalam novel ni. senang cakap takde lah author wujudkan watak yang tak perlu ha.
📍ML dan FL taknak cakap banyak, korang baca sendiri 😂 memang vibe kdrama haaa. so far semua best.
📍 mungkin yg slack sikit bila kita as readers yang selalu tengok kdrama thriller ni, kita dapat agak apa yg berlaku seterusnya sebab mmg sebijik kdrama yg dibukukan (berapa kali dah saya cakap ni 🤣) apa yg kita agak semua betul, macam takde yg betul-betul plot twist sangat. mungkin lah author terlalu terikat sangat dengan vibe kdrama tu. so pendapat saya lah eh dia macam kurang saspens sikit lah, sikit jeeee. plus kenapa author reveal awal sangat sapa villain tu hmm. saya baru nak tuduh semua orang. but sokay la sebab ada cerita how dia jadi villain, and sapa dia sebenarnya. so part tu la kita fikir macam "eh how eh?" 🤔
Berkisahkan tentang seorang inspektor bernama Diana Adelia yang mempunyai kaitan dengan seorang pembunuh bersiri. Dalam menyelesaikan kes pembunuhan bersiri ini juga, Na'il Harith, rakan sepasukan Diana, tak pernah meninggalkan Diana sendirian. Malah, dia juga selalu cuba untuk melindungi Diana sebaik mungkin.
Baca buku ni macam tengok K-drama thriller. Mendebarkan! Walaupun dah boleh agak siapa pembunuhnya tu, saya kira penulis berjaya mengembangkan jalan cerita dengan cemerlang tanpa lompong atau rasa bosan ketika membaca.
What I like about this book is the female main character. Diana tak lemah despite her traumatic history. Cuma ada la sikit2 but it's fine and natural for her to feel that way. Also, bijak (of course la dah namanya inspektor kan hehe) tak simply catch feeling with other guys terutama Ryan, si wartawan tuuu (well he's more than that actually). Watak2 sekeliling Diana juga bagi miss very realistic, which I like. And lastttttt, Na'il who puts all of his efforts just for someone he cares about <3
Cara penulisan? love! Matang. Tak draggy and nonsense. ada sikit typo tp takpelah satu je huhu
first buku melayu true crime yang saya baca. awal2 tu pace dia sedikit slow and ending dia pulak macam rushed. maybe sebab saya suka and banyak layan true crime jugak, ada beberapa part saya mcm “eh logik ke?” tapi idea tu nampak, still menarik cuma bila dia bagi clue2 tu dah boleh teka. lagi satu ada beberapa tingkah laku diana dgn na’il yg buat saya macam “eh kenapa seorang inspektor behave this way?” but maybe diorang jenis mengikut emosi and kita pun manusia, not all the time kita rasional. cuma itulah, diorang polis so tidak sepatutnya behave sedemikian untuk beberapa part.
overall best je, saya habis dalam 3 hari. nampaklah author minat anime and kdrama. bila baca tu dia macam tengok cerita. scene2 antagonist mmg dapat dibayangkan macam mana dia mengambil nyawa mangsa2 and betapa ngerinya aksi dia. saya jugak suka author habiskan buku dgn ayat al-quran. fl amatlah kental dalam ujian2 yg diberikan and despite everything dia still memaafkan semua org yg telah berbuat jahat terhadapnya. so in a way, kasi inspirasi terhadap saya sebagai reader.
Diana Adelia seorang inspektor polis yang tiba-tiba dapat jambangan bunga. Nak dijadikan cerita bila si pemberi kemungkinan suspek kepada kes pembunuhan bersiri yang Diana dan Nail (partner kerja Diana) sedang siasat. Mula-mula ingat macam salah orang tapi lama-lama oo make sense.
Saya nak cakap kudos to penulis sebab tulis cerita crime scene, crime investigation yang saya rasa puas hahah as someone yang (dulu) minat layan csi miami, sherlock holmes semua tu saya suka klu klu yang ditinggalkan. Rasa macam real.
Ada orang mungkin macam "ala nape expose awal sangat si pelaku ni?" bagi saya maybe penulis nak cerita backstory si pelaku. Saya rasa kesian, geram, marah pada pelaku tapi tulah, dia pun mangsa keadaan🥲.
Buku ni takda romance beria tapi kita dapat rasa bibit bibit cinta Nail dan Ryan pada Adelia😌 nak nak part Ryan tula.
Overall saya suka nak nak Naila yang tak tahu malu tu hahah🤭
Diana seorang anggota polis yang mempunyai kisah yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan orang sekelilingnya tapi apabila satu kes pembunuhan bersiri berlaku, mula kejadian aneh
Buku ni lebih kepada genre thriller mystery sebab most of the plot story tentang pembunuh bersiri. Ada sikit-sikit selit romance nak hujung cerita. Memang ada vibe detective kdrama which is good.
Watak Adelia dengan keluarga angkat menarik walaupun pada mulanya abang angkat tak suka dia sebab terasa kurang mendapat perhatian dari ibunya sendiri.
Na'il rakan sekerja Adelia pula jenis yang tak nak reveal perasaan dia pada Adelia. Deny perasaan dia kat Adelia tapi bila ada orang nak kenal dengan Adelia marah pulak.
Cuma awal sangat reveal pembunuh, baru nak berteka-teki masa baca. Pembunuh tu meamang sejak azali lagi dah suka membunuh dan dia jadi macam tu pun disebabkan orang sekeliling dia.
Memori Adelia ni memang jenis novel yang buat kau tak senang duduk. Penuh dengan misteri, suspen, dan ada juga elemen emosi yang kena pada tempat.
Penulis pandai mainkan perasaan pembaca. Sekejap buat kita rasa seram, buat kita sebak, lepas tu tiba-tiba datang plot twist dia! Kalau korang suka cerita yang ada gabungan genre thriller dengan sentuhan emosi sikit, memang berbaloi baca buku ni.
Pendek kata: jangan baca spoiler, layan dari awal sampai habis, dan siap sedialah untuk satu ride yang penuh teka-teki dan kejutan.
Memori Adelia.. mmg kena dgn tajuk. Saya suka jalan cerita yg penulis tampilkan. Walaupun dari 1/3 bacaan, kita dah tahu siapa pembunuh, tapi writer pandai buat kita tertanya. Knp dia bunuh mangsa mangsa tu? Apa kaitan dgn Adelia? Semua persoalan tu buat kita terus nak baca.. good job writer. 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ for this story.
Throughout the reading,there are so many 'suspicious moments' that make you want to keep reading.But one thing is that there is one point where you can already guess who's the antagonist nor villain which makes the ending is a bit not surprising.Nevertheless, it's still a great book and worth it 🙂↕️
The story content is great! However, I always get confused whose part am I reading as sometimes it goes back and forth Diana’s, Na’il’s, Ryan’s part and others. It took time for me to understand the chapter but nevertheless, it was a good book~ I like the concept.
Sekali dah start baca, memang tak boleh letak dah sehingga ke garisan penamat. Kisah rollercoaster, macam detektif conan pun ada mcm csi pun ada, gabung dengan sikit romance (little) and a psycho killer. Tak de apa nak review sebab nanti jadi spoiler pulak, sebab cerita nya best, tak rugi baca.