Dipijak majikan, disuruh itu ini, dipergunakan oleh kawan sendiri… semua itu Rahmah telan dalam diam. Dia terlalu baik, terlalu percayakan orang. Memang kena sangat dengan namanya - Rahmah.
Kekalutan hidup yang semakin menekan, memaksa dia bekerja di sebuah pasar raya buat sementara. Di situ dia bertemu Dewi. Gadis juruwang yang sentiasa diam dengan wajah tiada seri. Apabila mata bertentang, terasa ada dingin mencengkam diri.
“Jangan dekat dengan dia…” “Dia itu pelik. Psiko…”
Naluri hati memaksa diri Rahmah untuk mendekati si gadis misteri. Namun diam-diam yang disangkakan tenang, rupa-rupanya ada bahaya yang kian mendatang.
Novel ini menceritakan tentang Rahmah, seorang gadis polos yang selalu ditindas oleh orang sekeliling. Menjadi mangsa buli di pejabat dan terpaksa menghadapi penganiayaan mental dan fizikal. Setelah semuanya dia hadapi dengan sabar, dia tetap diberhentikan secara paksa dan membuatkan dirinya menganggur. Dalam proses dia mencari pekerjaan baru, dirinya sekali lagi menjadi mangsa buli.
Rakan baiknya Jija telah menggunakan identitinya untuk melakukan pinjaman ahlong dan dirinya pula yang terpaksa membayar semua hutang-hutang tersebut. Dalam keterpaksaan untuk membayar hutang, Rahmah terpaksa bekerja disebuah pasaraya Merry Mart. Namun disebalik ujian ada hikmahnya. Rahmah bertemu dengan ramai rakan-rakan yang baik dan semakin gembira walaupun dalam kesusahan.
Namun dalam kalangan pekerja Merry Mart yang meriah, ada seorang gadis pendiam yang meminggirkan diri, ‘Dewi’. Wajah tanpa senyuman dan perangai sedingin ais. Tiada pekerja lain yang mahu berkawan dengannya. Namun Rahmah tak mampu membiarkan Dewi sendirian.
Semakin dia mahu merapati Dewi, semakin dia sedar ada sesuatu yang berbeza pada Dewi. Ibubapa Dewi sering datang melawatnya di pasaraya dan menegur Rahmah yang sentiasa bersifat ceria. Tanpa Rahmah sedari, itulah permulaan masalah yang lebih besar dalam hidupnya.
Dewi hilang tanpa khabar berita dan meninggalkan rumah. Tetapi Ibu Bapanya seperti tidak peduli bahkan seperti tidak mengenali siapa Dewi. Tanpa Rahmah sedari, dirinya sudah diculik. Oleh siapa? Kenapa?
Permulaan novel ni sedikit perlahan dan banyak berkisar tentang Rahmah, Linda dan Pak Daud. Penulis menerangkan dengan jelas bagaimana Rahmah terlibat dalam masalah satu demi satu. Namun ada beberapa adegan misteri yang diselitkan diantara penceritaan jalan hidup Rahmah yang pembaca cuma akan faham selepas habis membaca novel ini sepenuhnya.
Diawalnya Nani sangka novel ini sesuai untuk bacaan remaja kerana tiada adegan seram dan thriller yang melampau, sehinggalah Nani baca beberapa bab akhir. Nampaknya ini bacaan untuk pembaca matang. Hahaha. Betul-betul thriller dan seram ya. 18 bab terakhir, Nani tak boleh letak novel ni dan berjaya habiskan pembacaan cuma dalam beberapa jam saja.
Pengakhiran yang sangat menarik dan buatkan kita terfikir, mungkin sebenarnya Rahmah bukanlah sepolos yang disangka. Dia cuma... diam-diam pelik.
Membaca sebagai kawan Facebook kepada Fana Salleh, peminat Aman Wan, dan pembaca Blink pada era pertengahan tahun 2010-an. Saya cakap awal-awal, mungkin saya akan bias sikit. Plus, saya bukan pembaca thriller/psycho sangat sebenarnya. Black Mirror pun saya tengok yang short clips orang share kat FB je ;-;
Storyline yang okay dan tak terlalu berat bagi saya. Saya rasa seimbang dari segi penceritaan dan watak. Rasa rasional and plausible. Semua persoalan saya terjawab satu per satu.
Ada certain ejaan perkataan dan tatabahasa saya rasa janggal sikit since saya dah terbiasa buku Blink semua ejaan dan tatabahasanya patuh DBP. Contoh yang saya notice, kata majmuk yang bukan kata ganda tapi penulis letak dash pada perkataan tu. Kesalahan ni takde mencatatkan penceritaan pun, cuma saya rasa tak biasa.
Design book cover lawa. Bila waktu malam or dalam gelap, kadang saya flip buku ni or tindih buku ni dengan barang lain sebab kalau tak, boleh nampak mata putih dia bila terpantul cahaya. Saya bukan penakut, tapi cuma terkejut (ceh iya iya je).
Buku ni boleh dibaca kanak-kanak tak? Saya rasa okay sebab takde kata kasar dan carutan atau aksi ganas yang mudah ditiru (kot), cuma saya risau kalau mereka terikut-ikut falsafah yang dibawa oleh certain watak. Tapi saya rasa tak kot? Saya terkenangkan masalah saya masa sekolah rendah dulu, takde jumpa buku seram begini yang bukan bersifat tahyul. Kalau remaja, yes buku ni boleh dibaca.
Apa-apa pun tahniah kepada Fana for your book debut! Terima kasih juga Aman Wan for the guidance. Saya rasa buku ni dah cukup baik untuk seorang pemula.
Rahmah ialah seorang gadis yang percaya kebaikan akan sentiasa dibalas dengan kebaikan. Walau hidupnya berulang kali diuji, dia tetap memilih untuk berfikir positif.
“Tak apa. Mungkin ada sebab semua ni jadi.”
Ayat-ayat seperti ini kerap bermain di kepala Rahmah—dan juga di hati pembaca. Namun dunia tidak sentiasa lembut kepada orang yang terlalu baik.
Segalanya mula berubah apabila Rahmah bertemu Dewi, seorang rakan sekerja yang pendiam, terasing, dan sering dilabel pelik.
“Kenapa awak tak bercakap dengan orang lain?” Dewi hanya tersenyum nipis. “Tak semua orang selesa bercakap.”
Sejak itu, hidup Rahmah semakin dipenuhi keanehan. Peristiwa demi peristiwa berlaku, kecil pada mulanya—cukup untuk membuatkan pembaca rasa tidak sedap hati. Buku ini tidak terus menakutkan, sebaliknya membina rasa curiga secara perlahan, seperti api kecil yang semakin lama semakin panas.
Penceritaannya jenis slow burn. Bab demi bab memberi ruang untuk kita mengenali watak, memahami latar kehidupan Rahmah yang bergelut dengan hutang, pekerjaan, dan manusia-manusia di sekelilingnya. Soalan demi soalan timbul:
“Kenapa semua ni jadi dekat aku?” “Salah aku ke sebab terlalu baik?”
Apa yang membuatkan Diam-diam Pelik menarik ialah cara penulis mengawal emosi pembaca. Jawapan kepada persoalan tidak diberi secara tergesa-gesa, sebaliknya disuap dengan kemas—hingga kita sedar, kita sendiri sudah terperangkap dalam permainan psikologi cerita ini.
Dan bila sampai ke bahagian akhir… semua sangkaan runtuh.
“Awak yakin awak kenal semua orang di sekeliling awak?”
Plot twist datang bukan sekadar mengejutkan, tetapi membuatkan pembaca terdiam dan menoleh semula ke halaman-halaman awal. Malah selepas penamat, epilog masih sempat meninggalkan kesan—seolah-olah penulis berbisik perlahan:
“Cerita ini belum benar-benar selesai.”
Secara keseluruhan, Diam-diam Pelik ialah thriller psikologi yang tidak berat dari segi gaya, tetapi mengganggu secara emosi. Ia mengingatkan kita bahawa kebaikan tanpa batas juga boleh membawa padah, dan tidak semua manusia jujur seperti yang mereka tunjukkan.
📌 Disarankan untuk pembaca yang suka thriller psikologi, misteri, dan cerita yang buat kita berfikir lama selepas buku ditutup. Baca diam-diam—sebab yang pelik itu selalunya berlaku dalam senyap. 🖤
.. Rahmah gadis yang baik walaupun dipijak , diherdik dan dipergunakan oleh orang sekeliling. "𝘿𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙞𝙠"
Rahmah yang hidupnya tidak bernasib baik ditimpa Musibah bila diganggu AH LONG kerana menjadi penjamin "tak rasmi" kepada si peminjam hutang yang memalsukan tanda tangan Rahmah . Orang yang disangka "Kawan" sanggup mempermainkan orang sepertinya tetapi Rahmah masih berfikiran Positive terhadap perbuatan kawannya itu dan meminta Linda bersangka baik pada kejadian menimpanya. "𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗶𝗷𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮" ..
Rahmah yang kini terpaksa bekerja disebuah pasaraya MERRY MART untuk membayar hutang Ah Long yang menjadi beban utamanya . Di pasaraya itu Rahmah juga bertemu dengan gadis misteri bernama Dewi.
Pada satu masa Rahmah memerhati tingkah laku si gadis yang pendiam dan tidak besikap ramah pada pelanggan yang secara tiba-ii bertukar watak setelah kehadiran pasangan suami isteri yang dipanggil oleh Dewi "Mak Abah" . "𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮" .. Bermula dengan Pengenalan Orang Tua Dewi lah kisah Pelik terjadi 💀
^^ Siapa Dewi , siapa sebenarnya orang tua Dewi ni , Macam mana tiba-ii Jija boleh langsaikan semua Hutang Ahlong , Kenapa Pengurus kedai mati ? . kenapa dengan Linda ? siapa watak utama ? ^^
banyak persoalan Waktu mula2 penceritaan . Dan Plot twist dia memang 🤯 . saya pun tak sangka segila itu 💀. tak terfikir pun watak tu mcm tu sebenarnya 🙂↔️
‼️HIGHLY RECOMMENDED ‼️
🔽🔽
🪛 Jangan mengambil kesempatan atas kebaikkan orang
🪛 Kesihatan Mental perlu dirawat
🪛 Buat Baik berpada-pada , Jahat jangan sekali
🪛 Setiap perbuatan jahat akan dibalas yang setimpalnya
Sebagai seorang pembaca, Diam-Diam Pelik memberi pengalaman bacaan yang agak berbeza daripada novel seram biasa. Ia tidak terus menakutkan di awal, sebaliknya membina rasa pelik dan tidak selesa secara perlahan-lahan. Gaya penceritaan yang tenang, hampir “biasa”, sebenarnya menjadi kekuatan utama novel ini kerana membuatkan pembaca rasa seperti sedang membaca kisah kehidupan harian… sebelum sedikit demi sedikit disusupi sesuatu yang ganjil.
Watak Rahmah sangat mudah untuk dikaitkan. Dia mewakili ramai orang yang terlalu baik, mudah percaya, dan sering memendam rasa. Sebagai pembaca, saya rasa geram, simpati, dan pada masa yang sama takut melihat bagaimana sifat ini membawa dia semakin dekat dengan situasi berbahaya. Kehadiran watak Dewi pula benar-benar menaikkan aura misteri. Dia tidak digambarkan secara ekstrem, tetapi cukup dengan sikap dingin, dialog yang jimat, dan pergerakan yang mencurigakan untuk membuatkan pembaca sentiasa rasa tidak sedap hati.
Kekuatan novel ini terletak pada psikologi seram, bukan hantu semata-mata. Ia bermain dengan emosi, firasat, dan rasa “ada sesuatu yang tak kena” sepanjang cerita. Banyak bab membuatkan saya berhenti sekejap untuk berfikir dan meneka apa sebenarnya yang sedang berlaku. Unsur twist juga disusun dengan baik, tidak terlalu tergesa-gesa tetapi cukup untuk memberi kesan.
Dari segi gaya bahasa, penulis menggunakan ayat yang mudah dan lancar, sesuai untuk pembaca santai. Namun, di sebalik kesederhanaan itu, terselit mesej tentang kepercayaan, manipulasi, dan bahaya bila terlalu memendam segalanya seorang diri. Novel ini bukan jenis yang buat kita terkejut secara tiba-tiba, tetapi jenis yang buat kita rasa tidak selesa dalam diam dan itu lebih menyeramkan.
Secara keseluruhan, Diam-Diam Pelik sesuai untuk pembaca yang sukakan seram misteri berunsur psikologi, perlahan tetapi meninggalkan kesan yang lama dalam fikiran.
My first BLINK book. Beli buku ni masa PBAKL 2025. Dengar kata ada vibe-vibe buku Frieda McFadden dan aku pula dah baca buku The Housemaid, The Teacher dan Never Lie, terus aku sambar lah.
Buku ni target dia Young Adult maybe. Jadi pembacaan dia tu tak lah serumit mana pun. Tapi untuk kanak-kanak maybe perlukan Parental Guidance. Sebab ada jugak aksi 'gore' yang euwwww..
Separuh pembacaan memang aku menyirap betul dengan Si Rahmah ni. Ya Ampun dia puna naif ni memang aku nak Pokemon kan saja dia ni. Baik tak kenal tempat. Tapi bila dah sampai plot 'itu' aku dah mula rasa tak boleh nak letak dah buku tu dan nak kena baca sampai habis.
Sebab dah pernah baca buku Frieda tu, so, ada part yang aku boleh teka dah lah dan BETUL. Tapi tak sangka dia punya plot twist tu datang lagi dan datang lagi.
So far, aku puas hati lah. Adalah macam perkataan 'merah padam' tu patutnya 'merah padma' kan? Notis sebab ada banyak kali muncul.
Masa aku awal-awal baca novel ni, aku agak neutral. Aku rasa perkembangan cerita stabil dan biasa. Mungkin ada sedikit rasa ingin tahu tapi aku tak terlalu "invested" dalam bacaan aku.
Graf pengalaman aku tiba-tiba melonjak naik bila ada sesuatu terjadi. Cerita ni bila dia da masuk gear empat, dia tak turun-turun dah! Best!
Aku suka sebab ada banyak dimensi dalam novel ni. Ditambah dengan plot twist yang convincing, penceritaan yang menyeluruh. Backstory dibuat dengan secukupnya tanpa overdo.
Ada pula adegan yang ngeri, totally my type!
Aku cuma kurang enjoy bahagian-bahagian dialog di beberapa adegan. Aku rasa seperti perbualan tu mungkin tak perlu.
Pengolahan cerita ni kemas dan agak mudah untuk follow. Paling menjadi adalah intensiti elemen cemas. Bagi aku, cerita ni lebih kepada lapisan persoalan dan twisted personalities. Untuk suspense, ada juga tapi secara peribadi itu bukan elemen yang paling ketara bagi aku. Effect dia datang dari disturbing elements.