Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Aku #5

Anak Teruna Tuan Peguam: Pelindung untuk Aku

Rate this book
Sejak sekian lama, dia telah lali dengan gelaran buaya tembaga. Tapi, Huzair tak pernah ambil hati kerana dia kenal dirinya. Cuma hari ini, gelaran itu memberi kesan yang teruk bila Nazrina jelas tidak suka padanya. Wanita itu tidak langsung cuba menutup kebencian padanya.

Pada Nazrina pula, cinta hatinya hanya seorang. Iaitu teman sejak kanak-kanaknya. Lelaki yang sentiasa mengambil berat dan menerima dia seadanya. Lelaki seperti Huzair tidak terbanding dengan Rizqin.

Satu yang Nazrina tidak tahu, lelaki seperti Huzair juga tahu erti sakit bila hatinya ditoreh tanpa belas.
“Awak memang tak faham atau sengaja buat tak faham?” … - Huzair

“Jawapan tepat adalah malas nak layan…” – Nazrina
Tapi, Huzair tidak pernah berhenti. Biarpun sekadar menjaga jodoh orang, dia tetap sudi. Hingga tiba masa, Nazrina bahagia dan selamat dengan lelaki yang dicintai, kala itu dia akan berlalu pergi.

“Awak akan ada dengan saya walau dalam keadaan saya yang paling teruk?” - Nazrina

“Hurm… itulah masa yang saya paling nak ada dengan awak…” - Huzair

Jatuh cinta itu mudah. Cinta berbalas itu juga tak susah. Yang payah adalah untuk bertahan demi cinta yang menoreh luka di hati. Huzair begitu. Nazrina begini. Seperti tidak lagi terdaya mempertahankan janji.

376 pages, Paperback

First published May 1, 2025

2 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (36%)
4 stars
20 (32%)
3 stars
16 (26%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
June 3, 2025
4.6✨

Lamanya I tak habiskan bacaan secepat macam ni. Novel RM kalini sangat best ok! Lain sikit dari cerita yang dulu dulu. Kalini I tak rasa nak hempuk buku, tak rasa nak menyumpah dengan watak-pijak-semut-tak-mati & watak kalini menggunakan akal yg dikurniakan Tuhan dengan sebaiknya.

Plot twist tu I macam ehhhhh? okayyyy memang dh lama I tak rasa mcm ni bila baca buku RM. Cerita ni berjaya buatkan I selak helaian demi helaian sampai pukul 4 am (lepastu bangun pagi menyesal). Btw, banyak jugak eh cameo dari novel novel RM yang lain (nasib baik I dh baca semua kalau tak mesti mcm huhh?), and I rasa watak cameo kalini sedang sedang elok ja dimasukkan dalam cerita ni, tak over macam haritu, (APDP).

Lepastu, cerita ni nak kata pain sangat tu takla, tapi adalah jugak sikit2 scene yang bila baca tu rasa tertusuk hati.

Heroin 👏🏻 , Hero 👏🏻, Antagonist 👏🏻, Watak sampingan 👏🏻, cameo 👏🏻, plot twist 👏🏻.

ohh yg penting kalini I tak rasa nk ‘eww apakah ini?’ bila baca sebab baca ayat ayat yang agak hmmmm penatlah baca. Tapi kalini sedapppp betuiiiii baca. Lama I tak puji RM tapi kalini kena puji sebab plot & bahasa yang sedap dibaca. Even typical RM, pengakhiran semua watak mestilah baik baik aje semua.

ps - tapi adalah jugak beberapa kesalahan ejaan & ayat, sakit jugak mata baca. Dengan banyak penggunaan ‘Hurm..’ macam tak sesuai?
Profile Image for Mslvoe.
2,052 reviews200 followers
June 27, 2025
The story starts off strong... memang best! Tapi bila sampai ending, F rasa macam rushing sangat. Like... ehh, tiba² dah habis? 😅 camtu je F kena game 🙈🤣

One thing that kept me hooked was the familiar faces popping up here and there... rasa macam reunion geng lama. It made the story feel warm and connected ❤️

And can we talk about Huzair’s mum? So sweet and motherly! Cara dia layan anak bongsu tu memang macam baby forever. F sukalah vibe family Huzair... tenang, supportive, very homely 🥹 how sweet!

This time around the story tak terlalu heart-wrenching tapi tetap buat F geram dengan Naz! Especially awal² tu, ego dia tu ya ampun! Lucky for her, Huzair was always there whenever she needed someone… consistency level 100 👏

Overall, sweet and light. Just wished the ending had a bit more breathing space. Still, a nice ride 💕
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 17, 2025
premise cerita ni dah menarik dah tau tapi hujung hujung tu sumpah rushing gila😭 like eh eh awat falling plot dia gini. macam bagitahu semua penyelesaian segedebuk gituu. transition dari scene ke scene lain berlaku dengan sangat pantas sampai saya tergelak sebab terlalu cepat kena brain apa yang sedang jadi🤣

love the twist pasal family Naz sebab tak expect life Naz dark begitu sekali. hence kalau execute better and diperhalusi lagi hujung tu supaya tak jadi sinetron sangat, i would rate this book higher. best dah dynamic Naz-Huzair, Naz yang tak suka and menyampah dengan Huzair playboy pencen yang kuat mengusik. Cara Huzair flirt guna bahasa puitis tu lain dari lain such a unique character personality. comella diorang sebenarnya! their relationship build up pon nice, tak cepat and tak lambat sangat. conflict pon tak draggy or terlalu pain, buku nipis so this such a light read actually.

ghostship saya Naz-Riz sebenarnya sbb nak trope friends to lover dari karehan HAHA sebaik la Huzair dalam buku ni likable gak. next book maybe pasal Rizqin and kakak Huzair, Humaira pulak. another enemies to lover. tapi couple ni nampak mcm lagi chaotic sbb Humaira nampak gila gila sikit.

dalam buku ni pon banyak cameo Untuk Aku series dan juga Haq dan Maliki. walaupon saya rasa cameo scene diorang ni mcm try hard nak masukkan, i still thanked karehan for putting them here terubat la rindu dengan semua. apapon still enjoy this story walaupon last last tu sedikit mengecewakan😭😭
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
June 3, 2025
Yup kalini tenang-tenang sahaja bacaannya. Bukan rasa nak hempuk-hempuk bukunya kat dinding :D
Profile Image for Wan Nur Ain.
5 reviews
May 28, 2025
Tak puas sebab nak lagi kisah Huzair dengan Nazrina. Nak lagi baca ayat puitis Huzair. Ya Tuhan, kepak2 dada baca si huzair ni. Adushhh boleh tendang angin. RM, nak sambungan. Cerpen pun jadi laaaaa..
Profile Image for Elurine.
80 reviews2 followers
June 4, 2025
Cerita bermula dengan Huzair yg kerap kali mengusik Nazrina sehingga akhirnya membawa kepada pertelingkahan. Asal jumpa je gaduh, asal jumpa je masam muka, asal jumpa je dalam hujan, asal jumpa je beri pertolongan dan menunggu pertolongan, eh—

Huzair yg digembar gemburkan seorang buaya tapi lebih kepada buaya hati tisu 🤣 tiber ada sekali tu lembab pulak nak faham bahasa cinta HAHAHAAHAHAHAH. Nazrina pula bila org dah ngusik mana tak emosinya. Manalah nak ada perempuan yg suka laki kuat ngusik 😔 tapi dalam pada terasa hati tu tercuit jugak hati Naz dgn Zair. Setiap kali Naz dalam kesusahan, Zair sentiasa ada. Malah tanpa sengaja nombor Zair juga yg Naz call 🥹

Banyak jugak cameo dalam niiiii, saya sukerrrr walaupun ada yg kata mcm tak perlu tapi pada saya okay je. Cuma kalau panjangkan lagi dan konflik lagi tak terjangkau dek akal lagi bestttt! Mula expect trio tu ada misi nak selamatkan naz ke apa lah tapi takde tapi okay je. Ada kemunculan trio tu pun dah syok. Tapi tiber rasa nak setuju pulak ada waktu cameo tu tak patut muncul pun.

Papepun buku ni still ada konflik tapi takdelah boom sangat. Untuk saya buku ni kira bacaan santai. Nipis je buku ni, sekejap je boleh habis baca dah.

Personal rating: 3.8/5
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 29, 2025
this book scream enemies to lovers trope. hehe suka la tgk dua ketul ni gaduh, chemistry antara dua watak utama ni masuk dn mcm biasa novel ni lebih kurang dgn trilogi untuk aku, yeah knight in amor saving her loved ones. Tapi, suka character Naz ni, strong woman gtu, tp ada masanya kita still perlukan petolongan lelaki, seseorang yang mampu melindungi. Anyways tk expect past Naz sesadis itu, dlm novel sblm ni tk nampak her scar in life, cause dia sentiasa ada untuk Sera dlm apa jua keadaan. lepastu, mula-mula mcm pelik kenapa few watak keep on ada dlm few part rupanya ada ikatan yg kuat antara mereka. Huzair hmm mulut manis tp bila dia serius haa bru la Naz thu langit tinggi ke rendah. And yes ada cameo from buku RM yg sebelum ni, yg trio tu ada sekali, well diorang ni siap ada gp chat skali tau.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
September 10, 2025
banyak sangat kesalahan bahasa dalam buku ni, kalau sekali dua boleh tahan lagi. dekat bab bab yang terakhir tu banyak betul

character dalam novel sebelum2 ni macam banyak sangat sampai rasa annoying. lebih prefer kalau setakat muncul sorang dua.

cerita ni cliche sikit dia punya ending, boleh jadi lagi better

boleh rasa penulisan yang rush since buku ni nipis macam buku taufiq dan johanees

ending dia juga nampak macam tak logik macam saya cakap tadi, boleh jadi better. mungkin lebih sesuai kalau naz tak jumpa keluarga kandung dia
Profile Image for Nabilah Izzati.
28 reviews
December 1, 2025
Buku yang sesedap rasa. Cukup rempah ratus semuanya. Nampak nipis ya tetapi setiap helaian diisi dengan padat, lebih-lebih lagi dengan ayat puitis dari Si Huzair buaya tisu dengan Nazrina yang keras mcm batu. Suka bila tengok perjalanan kisah cinta mereka berdua ni, sweet dengan ada adegan mcm cerita hindustan.

Kemunculan cameo dari SUA, TUA, DUA, APDP, Luruh, KBTC & Noktah menambahkan warna dalam buku ini. boleh la buat mengubat rindu....

Adakah lepas ini akan ada kisah Rizqin & Humaira pula nanti ???
Profile Image for aya read.
7 reviews
August 31, 2025
Ni buku second from RM untuk aya and I would say the best i had ever read. RM memang famous untuk cerita yg heartbreaking yang akan buat korang berteriak. At first agak sceptical sebab buku ni nipis sangat, but penulis berjaya tulis buku ni packed and cukup rasa. Plot,humor, angst semua memang mantap. Every character dalam cerita ni hidup and bagi kita lagi feel.

Let me tell you, aya nangis yer bila huzair kena dengan nazrina. Rasa OUCH.
Profile Image for Ainsolehah.
14 reviews
October 18, 2025
Arrgghh! Perfect wei! 🩷😍🥰 rasa tak puas baca novel ni. Rasa mcm argghhhhh 🤣 suka sangat dengan nazrina & huzair ni! Jatuh cinta laaaaa 🥰

Huzair tuu, jenis buaya ii baik hahaha not bad! Perangai dia tak teruk okey! Mendamaikann. Sama juga dengan nazrina. Dia sangat tenang & cool. Tambah lagi dengan watak ii "siri untuk aku". Nampak lengkap sangat semua! Semoga mereka semua berbahagia 🥰 walaupun hanya sekadar sebuah cerita.
12 reviews
June 27, 2025
Penulis memang pandai kaitkan watak2 dlm semua novel beliau. Novel ni ada kaitan dgn luruh(bos dia), rapuh, noktah, kau bicara tentang cinta, anak perempuan dato pengarah dan jiwa

Untu yg mat terap qadr, ziyad n taufik ada kaitan dgn ank perempuan dato pengarah(adik taufik) n malik bos luqman..giler kn..tp semua best..
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
June 23, 2025
Yang ini tak banyak angst sangat tapi still enjoyable.
Dan perlu ye dalam satu ayat kena update semua ringkasan hidup setiap watak buku. Luls.
Cuma Huzair ini +10 sikit sebab puitis sangat dengan sastera dia tu.
Profile Image for sooha.
99 reviews1 follower
August 31, 2025
4.25 / 5✨️✨️✨️✨️✨️✨️


ngeee nyomeyyy rasa nak kawen HAAHHAHAHA
1 review
August 17, 2025
Saya tak tulis review biasa nya.
Tapi yang ni buat saya geram.

Ada beberapa benda saya geram.
1. Mintak sangat pihak penerbit, editor dan proof reader untuk lebih teliti dengan ejaan, perkataan ulang, susunan ayat and if you want to include English, make it make sense.
2. Penulis nampak nya nak push penggunaan perkataan “dangkal” dan “depan hari”. Ulangan yang buat perkataan tu membosankan dan menghilangkan seri penceritaan.
3. Penulis juga nak push universe “Untuk Aku”. Watak watak dari siri ini nampak disua ke depan muka, dan di paksa beraksi tanpa keperluan, walhal kalau cuma dipetik bila perlu mungkin lebih menggamit rasa; membuat pembaca yang kenal watak watak ini lebih ceria.
4. Penutup yang nampak tergesa gesa dan agak “wattpad-style”. Tiba tiba semua orang baik. Bosan.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.