Cinta tidak semestinya bahagia. Kisah dongeng juga boleh berakhir dengan tragedi dan kedukaan. Sesungguhnya, keutuhan cinta manusia mudah goyah tatkala rintangan melanda. Pelbagai kisah cinta suka dan duka dimuatkan di dalam karya terbaru Puppeteer, "Forgotten" ini.
Lukisan dalam ni memang tiptop ✨ Macam guna watercolor. Halwa mata beb! Cuma jalan cerita jelah aku tak berapa nak faham. Jalan cerita tu sama ada terlalu deep atau terlalu semberono. Fokus utama dalam komik ni adalah berkaitan cinta muda mudi disertakan dengan drama. Ada juga elemen fantasi gelap dan sedikit humor. Dekat sini kita boleh nampaklah Puppeteer ni banyak dipengaruhi dengan musik genre pop rock dan heavy metal. Banyak jugak diselitkan berkenaan permotoran.