Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.
“Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang...”-QASEH
“Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi...”-RIZQY
QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.
“Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY
Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.
“Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni...macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali...”-RIZQY
Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Adakah cik penulis ni masih di peringkat umur yang tersangat muda? Persoalan itu menjadi tanda tanya bagi N kerana watak Qaseh yang baru saja berumur 24 tahun sudah dianggap sebagai “bukan muda lagi” dan hampir menjadi seorang andartu pada pandangan ibu dan adik-adiknya. Seriously???
N rasa story idea penulis tu bagus, tentang keinsafan seorang lelaki dan keluarganya setelah kehilangan salah seorang ahli keluarga. Merasakan Tuhan merampas milik mereka, mereka enggan bersujud kepada-Nya lagi. Malangnya, the execution of the idea was weak. It lacks refinement dan focus. Mungkin kerana penulis masih baru, jadi teknik pengolahan cerita masih belum tajam dan perlu diasah lagi.
Memang benar sungguhlah pepatah “Never judge a book by its cover” kerana jika novel ini diadili dari segi covernya, memang disangka isinya juga sama cantik. Malangnya, that’s not the case. The characters lack any likeability factor. Ketidakmatangan mereka buat N turn-off, tapi paksa juga diri baca sampai habis memandangkan rating novel ni boleh tahan tingginya.
Or maybe sebenarnya N yang sudah terlalu tua untuk novel ini.
Mulanya menarik tapi saya terpaksa berhenti membaca kerana jalan cerita tak sesuai dengan naluri saya. Saya sungguh tak berminat membaca hal yang saya rasa tak perlu terjadi, terutama pada watak yang agak penting walaupun bukan yang utama. Lagi berat apabila pembaca dah cukup kenal dengan watak tersebut. Sayang, saya suka betul perwatakan Rizqy dan cara dia mendidik Qaseh yang amat degil!